Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Zizan, Emma hanya kawan
- Selepas Adi Putra, Linda Onn Pula Tarik Diri Dalam ABPBH
- Hafiz jumpa keluarga kekasih
- Nazim Othman Cerewet Dengan Penampilan
- 8TV & TV9 Raih Kemenangan Dalam Anugerah Televisyen Chicago
- Penyanyi 60-an, Azizah Mohamad Meninggal Dunia Akibat Kanser
- Rangka manusia dalam kereta terbakar
- Nilai Sam masih sama
- Perjuangan seni KakiSeni
- Dadah ditemui di dalam bas Bieber
- Tentera Syria terus gempur pinggir Damsyik
- Lelaki Tunisia hasilkan roti terbaik di Paris
- Afghanistan digesa bina tandas selamat untuk polis wanita
- Evolusi ikon SUV Britain
- Imej sporty, karakter famili!
- Penjelajah urban
- 4,000 Outlander plug-in hybrid ditarik balik
- Star Crusises tembusi pasaran halal
- Menawan puncak Gunung Benum
- Jejak warisan bersama DBKL
- Istana Lama Bersejarah
- Reedha bongkar rahsia sarang burung
- Duathlon Malakoff di tiga universiti
Posted: 27 Apr 2013 05:48 AM PDT
SELEPAS hubungan pelakon Emma Maembong dengan kekasihnya putus beberapa bulan lalu, kini dia mula dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang lelaki. Sebelum ini, Emma pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Johan Asa'ri gara-gara kemesraan yang ditampilkan mereka berdua semasa siri jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Setelah reda dengan gosip tersebut, kini pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland itu didakwa pula mempunyai hubungan istimewa dengan Zizan Razak. Kisah tersebut timbul apabila Zizan memberitahu dia sudah mempunyai kekasih tanpa mendedahkan identiti kekasihnya itu. Nama Emma tiba-tiba dikaitkan dengan Zizan selepas pelakon baharu itu hadir pada majlis sambutan ulang tahunnya baru-baru ini. Memperkuatkan dakwaan tersebut apabila ibu Zizan, Anai Ibrahim mendedahkan bahawa Emma pernah datang ke rumahnya di Terengganu sewaktu menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri dua tahun lalu. Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut, Kosmo! cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada kedua-dua pelakon berkenaan. Kosmo!: Adakah benar Emma pernah datang ke rumah Zizan dua tahun lalu semasa Aidilfitri? EMMA: Ya, saya mengaku perkara tersebut memang benar dan saya datang bersama ahli keluarga yang lain. Ketika itu kami sekeluarga pulang bercuti ke Terengganu dan mengambil kesempatan datang ke rumahnya. Bagaimanakah anda boleh mengenali Zizan, sedangkan pada masa itu anda belum lagi terbabit dalam bidang lakonan? Sebenarnya, saya kenal Zizan menerusi kakak saya yang memang mengenali ramai pelakon dan dia juga individu yang bertanggungjawab membawa saya berkecimpung sebagai seorang pelakon. Secara kebetulan kakak saya memang mengenali Zizan dan sebab itu dia mengajak kami sekeluarga untuk datang ke rumahnya sempena rumah terbuka Aidilfitri. Sejauh manakah hubungan yang terjalin antara anda dan Zizan selepas itu? Apa yang boleh saya katakan memang selama ini kami berkawan dan mengenalinya sejak saya belum bergelar pelakon lagi, tetapi tidaklah terlalu rapat memandangkan dia selalu sibuk dengan kerja, manakala saya pula sibuk mengikut ayah ke pameran lukisan. Sesekali, kami ada berhubung menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar. Kami amat jarang berjumpa sehinggalah saya terbabit dalam dunia lakonan. Adakah anda tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan sepanjang mengenalinya? Tentang perasaan cinta itu memang langsung tidak ada kerana sebelum ini saya sudah mempunyai kekasih dan hubungan kami pun baru berakhir kira-kira dua bulan lalu. Lagipun sekarang ini saya sudah bernaung di bawah syarikat pengurusan miliknya iaitu Wire Fame Entertainment. Jadi, saya perlu menghormati Zizan sebagai seorang bos. Apakah projek terbaharu anda sekarang? Ketika ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem sulung lakonan saya yang diarahkan oleh Mamat Khalid iaitu Werewolf Dari Bangladesh bersama beberapa pelakon lain seperti Usop Wilcha dan Zizan. | |
Selepas Adi Putra, Linda Onn Pula Tarik Diri Dalam ABPBH Posted: 27 Apr 2013 05:47 AM PDT Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 36, berkata, dia berasa bersalah terhadap para peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian. "Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya. "Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian," jelasnya kepada mStar Online. Selain Datuk Siti Nurhaliza, baru-baru ini pelakon Adi Putra juga melahirkan hasrat sama untuk tidak lagi bertanding dalam ABPBH pada tahun hadapan. Adi bagaimanapun tidak akan menolak untuk dicalonkan pada tahun-tahun berikutnya. Pada ABPBH 2012, kategori penyampai radio wanita popular di menangi oleh Fara Fauzana. Penyampai radio Hot FM itu memenanginya sejak 2007. Linda berkata, para peminatnya juga pasti akan memahami dengan penarikan dirinya itu dan tidak meragui sokongan mereka selama ini. "Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya. Bagaimanapun Linda tidak menafikan, kegagalannya mempertahankan anugerah itu selama beberapa tahun sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai penyampai radio. "Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti," katanya. Dalam perkembangan sama, Linda berkata, walaupun tidak mahu lagi bertanding dalam ABPBH, dia akan sentiasa menyokong anugerah tersebut pada masa hadapan jika diminta berbuat demikian. "Keputusan ini bukan bererti saya enggan bekerjasama lagi dengan BH sebaliknya akan terus menyokong segala program yang akan diatur kelak. "Jasa mereka sangat besar dalam karier saya dan ABPBH juga yang memperkenalkan anugerah untuk mengangkat penyampai radio di negara ini," jelasnya. Untuk rekod, Linda pernah menggondol trofi menerusi kategori berkenaan sebanyak enam kali berturut-turut sejak dicalonkan pada tahun 2001. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:47 AM PDT
TIDAK mahu menanggung malu jika hubungannya dengan kekasih tidak menjadi, penyanyi popular, Hafiz Suip, mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kekasih baharunya. Ujarnya, pengalaman silam juga (putus cinta dengan Adira) menyebabkan mengapa dia bertindak untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadinya kepada umum. Begitupun, Hafiz mengakui hubungannya bersama kekasih yang dirahsiakan identitinya kini melalui fasa yang lebih serius apabila kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga masing-masing. Selain kisah cintanya, penyanyi yang berusia 23 tahun itu juga bercerita mengenai konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 3 Jun ini. Ikuti cerita Hafiz selanjutnya. Kosmo!: Kenapakah sehingga kini Hafiz enggan mendedahkan siapakah kekasih anda? HAFIZ: Ada benda yang saya boleh kongsikan kepada umum dan ada juga yang perlu saya simpan seperti hal kekasih ini. Kenapa anda bertindak begitu? Jika hubungan saya dengan dia (kekasih) tidak jadi, saya juga yang malu nanti. Adakah anda takut pengalaman putus cinta seperti sebelum ini terjadi lagi kepada anda? Ya. Saya tidak mahu menanggung malu sekali lagi. Boleh tahu, adakah anda benar-benar serius dengan kekasih baharu anda ini? Ya, malah kami juga sudah mengenali keluarga masing-masing. Bilakah anda dan kekasih bakal berkahwin? Belum ada sasaran bila kami akan berkahwin. Saya baru berusia 23 tahun. Saya mahu stabilkan ekonomi diri dan keluarga terlebih dahulu. Kalau kemampuan diri pun belum cukup, bagaimana saya mahu membahagiakan orang lain. Beralih pada soalan lain. Apakah perkembangan terbaharu anda? Awal Mei ini, saya akan melancarkan album ketiga berjudul Luahan Hati Seorang Anak Seni. Album tersebut memuatkan sembilan buah lagu termasuk single pertama saya iaitu Bahagiamu Deritaku. Selepas itu saya akan berehat selama sebulan. Kenapakah anda ingin berehat? Saya berehat selama sebulan untuk membuat persiapan pada konsert solo saya yang akan berlangsung 3 Jun ini di Dewan Filharmonik Petronas. Boleh cerita sikit mengenai konsert tersebut? Saya akan menyanyikan sembilan buah lagu pada konsert yang bakal berlangsung selama sejam suku itu. Saya akan menyanyi enam buah lagu saya dan selebihnya adalah lagu-lagu popular penyanyi lain. Kemungkinan juga akan ada artis undangan popular. Adakah konsert yang berlangsung selama sejam suku itu dapat memberi kepuasan kepada peminat anda? Itu sebenarnya masa yang telah diberikan oleh pihak DFP. Lagipun ia adalah konsert pertama saya dan rasanya masa tersebut adalah mencukupi. Insya-Allah, kalau berjaya, untuk konsert kedua nanti saya akan buat dengan durasi yang lebih panjang, malah di tempat yang lebih besar. Bagaimanakah dari segi penjualan tiket anda sekarang? Alhamdulillah, tiket sudah pun habis dijual. | |
Nazim Othman Cerewet Dengan Penampilan Posted: 27 Apr 2013 05:46 AM PDT Nazim, 29, berkata, perkara itu menjadi keutamaannya kerana dia berpendapat menerusi imej ia akan menggambarkan personaliti seseorang. "Orang mungkin menilai kita daripada apa yang mereka lihat pada luaran dan sebab itu saya sangat mementingkan penampilan tambahan pula sebagai seorang selebriti saya mesti menjaga imej supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya. Bagaimanapun kata Nazim, itu tidak bererti dia akan berpakaian kemas sepanjang masa tetapi mengikut kesesuaian sesuatu majlis atau pun tempat yang ingin ditujui. "Kalau setiap hari nak berpakaian cantik dan kemas susah juga tetapi ia perlu mengikut kesesuaian dengan majlis dan tempat yang ingin ditujui," katanya. Dalam pada itu, Nazim berkata, dia bukanlah seorang yang terlalu obses dengan pakaian berjenama tetapi memilih sesuatu barangan itu mengikut selera dan kesesuaian. "Kadang-kadang barang yang murah itu pun ada yang cantik dan sesuai. Jenama bukan satu isu tetapi cara kita sesuaikan sesuatu pakaian supaya tampak menarik. "Paling penting ia dapat mencerminkan personaliti dan imej kita yang tersendiri," katanya. Sementara itu, Nazim memberitahu, dia tidak terlalu memikirkan mengenai populariti sebagai artis sebaliknya mahu memberi fokus kepada karier lakonan yang semakin mendapat perhatian. "Populariti itu pada saya satu bonus dan ia akan datang dengan sendiri. Paling penting kena usaha lebih keras supaya dapat mengukuhkan nama dalam industri. Tambahan pula persaingan sekarang semakin hebat," katanya. Nazim bakal muncul dengan sebuah drama bersiri baru berjudul Epilog Cinta Kirana menerusi slot Samarinda di TV3. Selain Nazim drama bersiri arahan Azmi Hatta itu turut menampilkan pelakon seperti Tasha Shilla, Raja Ilya, Alif Aziz dan Arash Mohamad. | |
8TV & TV9 Raih Kemenangan Dalam Anugerah Televisyen Chicago Posted: 27 Apr 2013 05:45 AM PDT Hip-Hoppin Asia, sebuah rancangan travelog berunsur hip-hop yang dihoskan oleh penyanyi Joe Flizzow itu memenangi Anugerah Perak dalam kategori Travel Series. Ia disiarkan menerusi saluran 8TV pada Oktober tahun lalu. Sementara itu, Switch Off, sebuah rancangan berbentuk game show terbitan TV9, telah dianugerahkan Sijil Merit dalam kategori Game Show Series. Anugerah Televisyen Festival Filem Antarabangsa Chicago adalah satu pertandingan televisyen antarabangsa tahunan yang mengiktiraf rancangan-rancangan dan iklan-iklan televisyen dari seluruh dunia. Majlis Anugerah tersebut, dihoskan oleh personaliti televisyen dan radio terkenal Jeanne Sparrow. Leo Burnett, salah satu agensi pengiklanan terbesar di dunia telah diberi penghormatan dengan Anugerah Komitmen Kecemerlangan untuk Iklan Televisyen. Wartawan Walter Jacobson pula telah memenangi Anugerah Legenda Chicago sempena sumbangan beliau dalam bidang kewartawanan selama 50 tahun. "Saya berbangga dengan bakat-bakat muda di 8TV dan TV9 yang sentiasa menyumbangkan idea-idea segar dan inovatif untuk menghasilkan kandungan yang terbaik. "Saya percaya pencapaian ini menjadi inspirasi besar bagi kami untuk terus menghasilkan rancangan-rancangan berkualiti yang boleh dinikmati oleh penonton di seluruh dunia," katanya. Hip-Hoppin Asia memperkenalkan penonton kepada pelbagai cara hidup hip-hop di bandar-bandar Asia dan meneroka bagaimana genre muzik ini dihayati di setiap destinasi. Dari Thailand ke Taiwan, Filipina ke Jepun dan Hong Kong ke Sri Lanka, travelog ini memaparkan perkara-perkara unik untuk dilakukan di bandar-bandar berkenaan dan juga pengalaman hip-hop paling menarik untuk dicuba. Sepanjang perjalanan, Joe Flizzow juga bertemu dengan personaliti-personaliti hip-hop terkemuka seperti Teriyaki Boyz di Jepun, Thaitanium di Thailand, dan Saykoji di Indonesia. Dalam pada itu Switch Off yang disiarkan pada September 2012 telah menyaksikan ahli band-band indie tempatan melaksanakan cabaran yang diberi di dalam sebuah rumah usang yang gelap. Keberanian para peserta diuji apabila mereka terpaksa menghadapi salah satu daripada ketakutan yang paling asas iaitu kegelapan. Hanya walkie-talkie menjadi penghubung dengan ahli mereka yang lain. Rancangan ini dihoskan oleh Radhi Razali yang turut menyaksikan penyertaan band-band ternama Malaysia seperti Monoloque, Kyoto Protocol, Grey Sky Morning, OAG, Couple dan Oh Chentaku. | |
Penyanyi 60-an, Azizah Mohamad Meninggal Dunia Akibat Kanser Posted: 27 Apr 2013 05:44 AM PDT Allahyarham meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu selain beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis. Beliau meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hasaan dan ahli keluarga lain. Anak kepada Allahyarham, pelakon dan pengarah, Khir Rahman yang dihubungi mStar Online berkata, semua ahli keluarga redha dengan kehilangan itu kerana pihak hospital telah memaklumkan keadaan ibunya yang tidak dapat diselamatkan lagi. Jelas Khir, tiga hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, ibunya sudah tidak sedarkan diri. "Selepas doktor memberitahu kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan semua ahli keluarga sentiasa bersamanya. "Ibu seorang yang kuat dalam melawan penyakitnya sehingga ke saat yang terakhir dan Allahyarham pergi dengan tenang. Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya," kata Khir. Dalam pada itu, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di HKL sebelum dibawa pulang ke rumah di Keramat dekat sini untuk memberi peluang kepada kaum keluarga memberikan penghormatan terakhir. Khir memberitahu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar selepas solat Zohor pada Sabtu. Sebelum ini, mStar Online pernah melaporkan Azizah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami komplikasi beberapa penyakit dan jangkitan kuman dalam paru-paru. Allahyarham yang aktif menyanyi sekitar tahun 60-an dan 70-an pernah popular dengan lagu seperti Syurga Idaman, Pergilah Kandaku dan Dikaulah Harapanku. | |
Rangka manusia dalam kereta terbakar Posted: 27 Apr 2013 05:40 AM PDT Mayat ditemui kira-kira jam 6.15 petang, ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum melihat sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar di lokasi kejadian. Seorang penduduk enggan dikenali berkata, dia tidak sangka kepulan asap tebal dari arah sebuah kebun, di sini, rupanya kenderaan yang sedang terbakar dan tambah mengejutkan terdapat rangka manusia di bahagian pemandu. Menurutnya, semasa cuba mendekati kenderaan terbabit, dia nyaris terkena serpihan besi akibat letupan yang berlaku sejurus api marak. "Ketika kejadian tiada aktiviti mencurigakan berlaku termasuk tiada suspek yang dilihat berada di kawasan tersebut. "Saya segera telefon pihak polis minta mereka datang ke tempat kejadian," katanya. Tinjauan forensik mendapati, terdapat empat tin berhampiran kenderaan itu dipercayai bahan mudah terbakar, selain satu botol kaca berwarna coklat. Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang aktiviti jenayah berlaku berikutan tiada senjata ditemui dalam kenderaan terbabit dan di kawasan sekitarnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan penemuan mayat rentung dalam sebuah kenderaan di ladang berkenaan. Katanya, buat masa ini, jantina mayat masih belum diketahui berikutan keadaannya yang terbakar 80 peratus dan pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat. "Polis masih menyiasat kejadian dan meminta Unit Forensik dan Unit Anjing (K9) membantu siasatan. "Berikutan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:36 AM PDT
SEAWAL tahun 1995 ketika mula melakar nama, Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad pernah dibayar RM300 untuk berlakon drama dan RM500 jika sebuah filem. Sejajar pertambahan usia kematangan dalam industri hiburan, angka bayarannya turut meningkat mendadak sejak dua tahun lalu dan ujar Sam dia selesa dengan bayaran yang diterima. 'Diserang' persoalan tentang nilai sebenar yang diterima setiap kali dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak seni, Sam mengelak untuk menjawab. Lelaki berusia 31 tahun ini bimbang dianggap riak dengan jumlah pendapatannya kini. Namun, daripada cakap-cakap orang industri, Sam merupakan antara pelakon lelaki Malaysia yang menerima bayaran paling mahal. Ia mencecah ratusan ribu untuk sekali tugasan! Enggan riak dan terlalu mendabik dada atas pencapaian dan jumlah angka gajinya hari ini, Sam bagaimanapun menyifatkan bayaran diterima berbaloi dengan usahanya sejak dulu. Sesekali, suaranya terdengar tersekat-sekat. Barangkali, Sam cuba memberi jawapan yang paling diplomatik terhadap persoalan tentang harga perkhidmatannya kini. Malah, sesekali, setiap persoalan, dijawab hanya dengan sepatah perkataan. Namun, akhirnya, selepas selesa dan bagai mendapat 'idea' jawapan yang paling diplomatik untuk diberikan, Sam kembali bersuara. Sam menegaskan dia masih mahu dilihat sebagai individu yang sama biar telah beberapa kali menggenggam trofi anugerah berbeza-beza. "Harga lakonan saya tetap sama tiada perubahan, tidak naik tidak turun. Antara popular atau tidak, kerja saya masih sama dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri serta pihak produksi yang saya terbabit. "Selagi saya berlakon, tidak akan sesekali saya susahkan pihak lain terutama produksi. Sebab itu kebanyakan produksi yang tahu cara saya bekerja masih memanggil saya untuk berlakon sampai sekarang," ujarnya yang ditemui ketika majlis perasmian restoran pertamanya, Best Time Family Cafe & Grill di Cheras, Selangor baru-baru ini. Berkongsi mengenai projek terbaharunya, Sam menetapkan dia akan mengehadkan paling banyak empat buah filem yang akan dibintangi tahun ini. Salah satu daripada filem tersebut yang sudah tertulis hitam putih kata Sam adalah filem Manisnya Cinta bergandingan dengan Fazura dan Lisa Surihani yang bakal menjalani penggambaran di Turki bermula 20 Mei ini. Rahsia Pasti ramai yang menjadikan Sam sebagai idola untuk berjaya dalam bidang lakonan dan ketika ditemui baru-baru ini, Sam tidak lokek berkongsi rahsia kejayaannya. Kata Sam, komited terhadap kerja dan tidak putus berdoa menjadi resipinya sepanjang bergelar artis. "Untuk menjadi sesiapa saja kita perlu komited melakukan sesuatu perkara dan apabila kita memilih untuk menjadi artis, kita perlu kenal apakah itu lakonan. "Jika ilmu tidak lengkap perlu belajar asas lakonan. Insya-Allah setiap kerja kalau dilakukan dengan ikhlas hati akan jadi terbaik. "Selain itu, jaga hubungan dengan orang sekeliling dan ibu bapa. Percaya pada diri, berusaha dan berdoa itu penting!" kongsi Sam. Popular barangkali tiket untuk mencuri perhatian ramai gadis namun tidak mustahil populariti yang diraih menyebabkan individu sekeliling menjauhkan diri dek bimbang dengan taraf yang telah diraih seseorang artis. Mengakui adakalanya sikap skeptikal itu wujud dalam kalangan teman rapatnya, Sam tidak menafikan bahawa populariti mungkin membuatkan dia sukar mencari jodoh. "Populariti tidak menyukarkan saya mencari pasangan tapi disebabkan saya seorang yang teliti (perfectionist), maka saya akan cerewet dalam banyak segi walaupun perkara itu kecil. "Tidak payah bergelar popular kerana terpulang kepada cara kita bekerja. Kalau kita mengambil serius terhadap sesuatu perkara, ia akan jadi susah sebenarnya," katanya. Wanita idaman Sam bagaimanapun mengakui pengalaman pahit putus cinta tiga kali sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu fokusnya untuk serius dalam perhubungan. "Dulu kalau cakap tak mahu serius, tapi akhirnya jadi serius juga. Sekarang saya masih solo dan memfokuskan pada kerja. "Saya tiada masalah kalau jodoh itu datang pada tahun ini. Saya tiada perancangan. Sekarang bukan masa saya sibuk mencari pasangan, tapi sibuk mencari kerja. Entah-entah saya akan bertemu jodoh ketika sedang bekerja. "Insya-Allah banyak pilihan depan mata, tapi bukan semua suka kita dan mungkin ada yang suka saya tapi saya tidak tahu," tuturnya. Dalam pada itu, Sam menegaskan ciri-ciri wanita idamannya. Perkara pokok kata Sam, dia memerlukan seseorang yang menenangkannya ketika dia cemas. "Saya mencari seorang wanita yang sederhana dan paling penting boleh menyejukkan hati. Saya seorang yang cepat kelam-kabut, lekas tertekan dan cemas, maka saya perlukan individu yang tidak gopoh-gapah dan tidak mendesak. "Comel dan fizikal yang boleh menyejukkan hati apabila memandang hari-hari, selain itu pandai mengambil hati keluarga saya dan boleh menjaga makan minum saya," kata Sam yang tidak ambil pusing sekiranya jodoh bersama orang kebanyakan. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:35 AM PDT APABILA berbicara mengenai bidang seni, ternyata ia terbahagi kepada pelbagai cabang. Antara cabang yang paling popular merupakan seni halus dan ia termasuk muzik, penulisan, puisi, tarian serta teater. Namun, apa yang kita sering lihat di kaca televisyen pengiktirafan banyak diberikan kepada pelakon, penyanyi serta seumpama dengannya. Bagaimanapun, sejak sembilan tahun lalu, BOH Cameronian telah mengadakan sebuah acara anugerah yang mengiktiraf bahagian teknikal karya seni halus ini. Anugerah yang dilancarkan pada tahun 2002 ini, merupakan satu-satunya anugerah seni persembahan di Malaysia yang mengiktiraf persembahan muzik, tarian, teater dan teater muzikal. Memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan diterima setiap tahun, kali ini Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian 2013 yang ke-10 (10BCAA) telah memulakan acara pembukaan pada Isnin lalu. Selain itu, buat kali pertamanya, Festival Kaki Seni bakal menganjurkan dan bekerjasama dengan anugerah 10BCAA yang ditaja oleh The BOH Cameronian, teh premium Boh Plantations ini. "Bagi anugerah kali ke-10 ini, kami masih nekad untuk memberi pengiktirafan kepada tenaga kerja di sebalik tabir. Ini kerana mereka tidak pernah berhenti menyokong perjuangan seni persembahan dan begitu juga kami. "Kami juga telah menyaksikan peningkatan kemahiran teknikal dalam industri kita ini. Oleh itu, kami percaya bahawa peningkatan prestasi ini akan berpanjangan dan BCAA sangat berbangga dalam memainkan peranan untuk menyokong peningkatan mereka," tutur Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn. Bhd., Caroline Russel ketika majlis membuka tirai 10BCAA yang bertempat di Dome, pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Apa yang menariknya, sempena menanti ketibaan acara kemuncak anugerah 10BCAA pada 1 Mei ini, KakiSeni akan mengadakan sebuah festival di pusat beli-belah Pavilion, secara percuma kepada orang ramai. Festival seni tersebut menampilkan muzik, persembahan jalanan, pementasan teater dan tarian, serta seni visual daripada 516 artis tempatan dan antarabangsa. "Ini juga merupakan satu peluang besar untuk mengingatkan golongan muda bahawa kerjaya dalam bidang teknikal seni persembahan juga mendapat pengiktirafan. "Kerjaya dalam bidang ini dianggap profesional kerana keupayaan kreativiti dan penyelesaian yang inovatif yang boleh menjamin pencapaian serta ganjaran yang memuaskan," tambah Ketua KakiSeni, Low Ngai Yuen yang menyeru agar golongan muda menghargai dan melibatkan diri dalam karier seni. Bagi peminat seni yang ingin menonton persembahan menarik dari aktivis seni tempatan serta antarabangsa, jangan lupa kunjungi Festival KakiSeni di pusat beli-belah Pavilion bermula 22 April hingga 1 Mei ini. | |
Dadah ditemui di dalam bas Bieber Posted: 27 Apr 2013 05:28 AM PDT STOCKHOLM - Polis Sweden menyatakan kelmarin bahawa mereka menemui sejumlah kecil ganja di dalam sebuah bas jelajah yang digunakan oleh bintang pop remaja, Justin Bieber. Dadah itu ditemui ketika penyanyi berusia 19 tahun itu membuat persembahan di Arena Globen, di sini. "Kami menjalankan pemeriksaan terhadap bas Bieber dan menemui sejumlah kecil ganja," kata jurucakap polis Stockholm, Lars Bystroem kepada AFP. Pihak berkuasa menemui ganja berkenaan sekitar pukul 8 malam pada Rabu lalu dalam satu serbuan ke atas sebuah bas yang diletakkan di luar lokasi konsert. Namun, tiada orang di dalam bas tersebut apabila polis membuat serbuan dan polis turut menyatakan tiada sebarang tangkapan dibuat. Serbuan dilakukan selepas beberapa pegawai keselamatan sekitar hotel Bieber menginap membuat aduan tentang bau ganja yang kuat dari bas terbabit. Pada Januari lepas, Bieber pernah mencetuskan kontroversi apabila satu gambarnya yang menghisap rokok berisi ganja di sebuah parti di California tersebar di internet. Dia juga dilihat menghisap rokok ganja di sebuah kedai kopi terkenal di Amsterdam, Belanda pada Mac lepas. | |
Tentera Syria terus gempur pinggir Damsyik Posted: 27 Apr 2013 05:27 AM PDT DAMSYIK - Pertempuran terbaru meletus di pinggir ibu kota Damsyik semalam apabila tentera Syria menyerang pihak penentang di utara, selatan dan timur dengan disokong kereta kebal serta pasukan militia, kata sebuah kumpulan pemerhati. "Beberapa pertempuran tercetus di daerah Barzeh melibatkan tentera Syria dengan Tentera Pembebasan Syria," kata kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia. Menurut kumpulan pemerhati tersebut, kawasan di utara bandar raya ini turut dibedil kereta kebal tentera. Tambahnya, pasukan militia dibawa dari daerah Esh Al-Warwar yang dihuni penduduk minoriti Alawite iaitu puak Presiden Syria, Bashar Al-Assad. Kebanyakan pejuang penentang merupakan penduduk majoriti Syria yang mengamalkan ajaran Sunnah. Pejuang penentang dan tentera turut bertempur di be berapa kawasan di selatan ibu kota dan pinggir bandaraya ini. Di timur bandar raya ini, pertempuran tercetus di daerah Jobar yang dikuasai oleh pihak penentang. Dalam keganasan kelmarin, sekurang-kurangnya 130 orang terbunuh termasuk 27 askar dan 50 pejuang penentang. | |
Lelaki Tunisia hasilkan roti terbaik di Paris Posted: 27 Apr 2013 05:25 AM PDT PARIS - Jika anda mahukan roti baguette terbaik di sini, anda perlu menemui Ridha Khadher. Penjual roti berusia 42 tahun itu membuat roti panjang tersebut sejak berumur 15 tahun lagi Kelmarin dia memenangi anugerah berprestij Grand Prix sebagai pembuat roti baguette terbaik di sini. Khadher yang dilahirkan di Tunisia merupakan antara 203 peserta pertandingan tersebut dengan 52 peserta lain digugurkan kerana gagal memenuhi syarat ketat acara tersebut. "Saya menyertai pertandingan itu pada saat-saat akhir dan tidak menyangka baguette saya adalah yang terbaik," katanya. Sebagai hadiah, dia memenangi kontrak membekalkan roti tersebut ke Istana Presiden Perancis selama setahun. | |
Afghanistan digesa bina tandas selamat untuk polis wanita Posted: 27 Apr 2013 05:25 AM PDT KABUL - Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mendesak pihak berkuasa Afghanistan menyediakan tandas dan bilik persalinan berasingan untuk anggota polis wanita di beberapa balai polis di sini. Pertubuhan hak asasi manusia itu juga mendakwa, anggota polis wanita tersebut turut diganggu dan dicaci di tempat kerja. Menurut pertubuhan Human Rights Watch (HRW), desakan itu dilakukan bagi mengatasi masalah anggota polis wanita yang sering menjadi mangsa keganasan dalam masyarakat Afghanistan. Pertubuhan itu berkata, anggota polis wanita tidak mempunyai tandas yang sesuai dan selamat malah, beberapa aduan telah dilakukan kepada pegawai atasan tetapi permintaan mereka tidak dipedulikan. "Pemerintah Afghanistan sepatutnya mengambil tindakan segera untuk memastikan anggota polis wanita di negara itu mempunyai tandas berasingan. "Tandas itu juga perlu selamat dan bilik persalinan yang disediakan di balai polis perlu boleh dikunci," katanya dalam satu kenyataan. HRW berkata lagi, seramai 1,500 anggota polis wanita di negara ini berhadapan dengan masalah gangguan seksual dan keganasan yang dilakukan oleh rakan sekerja lelaki. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:23 AM PDT
APABILA Land Rover mengajukan soalan apa yang pelanggannya mahu daripada sebuah model Range Rover baharu, jawapan yang diterima adalah: Jangan ubah, hanya jadikannya lebih baik (Dont' change it, just make it better). Maklum balas itu cukup ringkas. Namun ia menjadi ramuan penting dalam penghasilan Range Rover generasi keempat. Range Rover ialah jentera untuk segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) premium. Sepanjang tempoh dari 1970 hingga 2012, pengeluar kenderaan 4x4 terkemuka dunia itu berjaya memperkenalkan tiga generasi Range Rover. Generasi pertama yang dikenali sebagai Range Rover Classic ialah model paling lama berada dalam pasaran iaitu hampir 26 tahun. Penggantinya tiba pada tahun 1995, sebelum disusuli dengan generasi ketiga tujuh tahun kemudian. Range Rover 2013 membuat penampilan global di sebuah institusi tarian balet klasik terkenal, The Royal Ballet School yang terletak di Richmond, London, Britain. Berdasarkan laporan tahunan kewangan 2012-2013 Jaguar Land Rover Automotive PLC (Jaguar Land Rover), sebanyak 316,043 unit rangkaian produk Land Rover sudah menemui pemiliknya di 177 buah negara. Statistik itu merangkumi model Defender, Freelander, Discovery, Range Rover Sport, Range Rover, Range Rover Evoque dan Range Rover baharu (2013). Bagi Range Rover 2013, angka jualan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja sudah mencecah angka 13,139 unit di pasaran antarabangsa. Untuk makluman, Jaguar Land Rover ialah subsidiari Tata Motors Group dari India. Syarikat itu terlibat dalam proses pembinaan, penghasilan dan jualan rangkaian kenderaan Jaguar serta Land Rover. Range Rover 2013 menetapkan penanda aras baharu dalam industri apabila muncul sebagai SUV pertama di dunia yang memiliki struktur badan monokok aluminium sepenuhnya. Penggunaan material ringan itu berjaya menurunkan berat jentera sebanyak 350 kilogram, jika dibandingkan dengan model generasi ketiga. Dua struktur utama pada Range Rover 2013 mengguna pakai komponen aluminium secara komprehensif. Pertama, panel bahagian luaran badan kenderaan yang menggunakan material dikenali sebagai Anticorodal-600 PX. Struktur kedua pula melibatkan aplikasi material Anticorodal-300 T61 yang diadun pada struktur kawasan sensitif pelanggaran kenderaan termasuk pada tiang B. Anticorodal bermaksud gabungan beberapa siri aluminium dengan logam lain seperti magnesium dan tembaga. Kemewahan kontemporari Komponen berteknologi tinggi itu dibekalkan oleh Novelis Inc., sebuah entiti perniagaan yang berkecimpung dalam penghasilan produk aluminium dan aktiviti kitar semula tin aluminium. Sekali pandang, reka bentuk jentera ikon Britain itu memperlihatkan penekanan pada konsep elemen kemewahan kontemporari. Sentuhan rapi para jurutera Land Rover dipaparkan pada setiap sudut jentera itu. Wajah hadapannya kemas dengan set lampu hadapan baharu yang kelihatan seperti lensa kamera. Paparan hadapan diserikan lagi dengan penggunaan lampu DRL (daytime running lights) LED. Gril tiga jalur hadapan baharu memiliki 66 lubang kecil oktagon tidak sekata. Hiasan menarik itu berperanan meningkatkan faktor aerodinamik model berkenaan. Dua varian enjin Selain gril, sudut cermin hadapan Range Rover baharu yang sedikit landai membantu menurunkan kadar pekali seretan pada kadar sepuluh peratus berbanding model sebelumnya. Bahagian belakang mengimbangi konfigurasi hadapan. Set lampu belakang mengekalkan konsep tindihan. Namun, pembaharuan tetap diberikan dengan rekaan lampu brek berbentuk segi empat serta lampu isyarat membelok yang mempunyai tiga baris. Buka sahaja pintu Range Rover 2013, anda boleh melihat sendiri nilai estetika jentera pacuan empat roda itu. Setiap sudut diberi perincian teliti oleh jurutera Land Rover. Perkara pertama dikesan adalah pengurangan jumlah butang kawalan yang terdapat pada bahagian stereng dan konsol tengah. Hampir 50 peratus butang dibuang jika dibandingkan dengan model terdahulu. Konsol tengah dilengkapi skrin sentuh berukuran lapan inci yang memaparkan pelbagai maklumat termasuk sistem navigasi, audio, tetapan pemanduan off-road dan atas jalan raya biasa. Di bahagian belakang stereng, terdapat satu skrin berukuran 12.3 inci yang menunjukkan meter kelajuan, meter RPM dan paparan pelbagai maklumat mengenai konfigurasi sistem pacuan roda semasa Range Rover. Kenderaan itu turut dilengkapi sistem Terrain Response. Teknologi tersebut akan mengubah tetapan kenderaan yang bersesuaian secara automatik berdasarkan kepada corak pemanduan semasa pemandu. Pemandu juga boleh meredah paras air setinggi 900 milimeter dengan Range Rover 2013. Ia merupakan peningkatan ketinggian sebanyak 200mm berbanding model sebelum ini. Rahsianya terletak pada tindakan memindahkan lokasi corong udara ke enjin di kawasan atas roda hadapan. Aspek keselamatan diberi penekanan menerusi pemasangan pelbagai teknologi termaju seperti Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Kawalan Kestabilan Olengan (RSC), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC), Bantuan Kestabilan Treler (TSA) dan Kawalan Penurunan Bukit (HDC). Tambahan lain membabitkan Kawalan Pelepasan Cerun (GRC), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Kawalan Tork Seretan Enjin (EDC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Edaran Daya Brek Elektronik (EBD), Lampu Brek Kecemasan (EBL) dan Kawalan Brek Penyelekohan (CBC). Untuk pasaran tempatan, Land Rover Malaysia Sdn. Bhd. (Land Rover Malaysia) membawa masuk dua pilihan enjin iaitu enjin jenis petrol 5.0 liter dengan pengecas lampau dan enjin diesel 4.4-liter turbo. Kedua-dua varian didatangkan bersama transmisi lapan kelajuan. Pengarah Urusan Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 50 unit Range Rover baharu bagi tahun ini. Tempahan diterima sebelum hari pelancaran adalah sebanyak tujuh unit. Maklum balas berkenaan menunjukkan reaksi positif daripada pelanggan tempatan terhadap taruhan terbaru Land Rover Malaysia. Range Rover dengan enjin petrol dijual pada harga RM1,089,888 seunit. Bagi varian diesel pula, harganya adalah RM949,888 sebuah. Harga tersebut adalah di atas jalan dan tidak termasuk insurans. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:22 AM PDT HONDA Civic mempunyai legasi yang sangat besar. Model itu mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan telah terjual jutaan unit di seluruh dunia. Sewaktu mula dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970-an, Civic mendapat sambutan hangat kerana pada masa itu negara tersebut mengalami krisis minyak. Di AS, Honda Civic lebih kepada kereta rakyat untuk kegunaan orang ramai sebagai kenderaan harian mereka. Berbeza di tempat kita, Civic diposisikan sebagai jenama pertengahan, sesuai dengan harganya. Berikutan posisi tersebut, Civic telah mencapai status kereta idaman. Mereka yang memilikinya sudah mencapai sesuatu dalam hidup. Oleh kerana legasi dan rekod kualiti yang baik, Civic mempunyai nilai jualan semula yang stabil. Lihat sahaja di ruang iklan kereta terpakai, harga Civic masih lagi melekat pada aras puluhan ribu ringgit. Bukan setakat itu, Civic dipuja oleh pelbagai selera pasaran. Ada yang membeli kerana imejnya yang sporty, eksekutif dan keluarga. Harus tahu, Civic melalui beberapa generasi mempunyai model prestasi yang dikenali sebagai Type-R. Model tersebut diubah suai secara rasmi oleh Honda kerana perlumbaan adalah jiwa syarikat itu. Lebih menarik Honda Malaysia secara rasminya telah membawa masuk Civic Type R dan Malaysia adalah negara jualan rasmi kedua selepas Jepun. Tidak cukup dengan model prestasi, Honda turut memberi perhatian kepada alam sekitar apabila memasarkan Civic Hybrid. Lengkaplah varian Civic untuk pelbagai jenis kehendak pasaran. Honda Civic generasi kesembilan telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai tahun lalu. Model baharu itu mempunyai sejarah kontroversi yang bertimpa-timpa. Apabila dilancarkan pertama kali di AS, ramai yang mengutuk reka bentuknya tidak radikal model sebelum ini. Kemudian, program CKD terganggu kerana banjir besar di Thailand. Honda sendiri terputus bekalan untuk beberapa model penting sementara menunggu operasi pulih sepenuhnya. Akhirnya Civic berjaya dilancarkan di negara kita, namun ramai pula yang mengkritik reka bentuknya. Sebabnya, reka bentuk Civic baharu lebih konservatif berbanding model generasi kelapan. Tambahan pula, Civic baharu dibangunkan ketika ekonomi dunia meleset. Jangkaan pada waktu itu adalah pasaran mahukan kereta yang ekonomikal. Falsafah evolusi Hakikatnya, jika dibuat kajian mengenai reka bentuk kereta-kereta Honda, syarikat itu banyak menggunakan falsafah evolusi berbanding revolusi. Ramai yang sukakan Civic generasi kelapan kerana model itu menampilkan reka bentuk yang radikal, berbeza sepenuhnya berbanding model terdahulu. Dengan generasi kesembilan, Honda dilihat kembali kepada falsafah utamanya iaitu menggunakan konsep evolusi. Model generasi kelapan telah ditambah baik, permukaan yang kasar dilembutkan. Aspek tidak seimbang dilaraskan dan hasilnya lahirlah sebuah Civic baharu dengan rekaan yang segar, lembut dan beremosi. Saya tahu ramai yang berpendapat model ini tidak jauh bezanya dengan City. Benar, kerana reka bentuk City adalah bahasa rekaan Honda yang terkini. Hakikatnya bahasa rekaan adalah identiti sesebuah jenama. Anda boleh saksikan melalui model-model BMW misalnya. Sama ada 3 series, 5 series masing-masing ada persamaan dan ini dikenali sebagai DNA. Cuma mungkin, Honda memperkenalkan bahasa rekaan baharu melalui model City, model termurahnya dan kemudian diperkenalkan pula pada Civic. Situasi pasti berubah jika Honda memperkenalkan gaya bahasa baharu daripada model paling premium dan kemudian diturunkan ke model bawahnya. Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah dengan reka bentuk Civic baharu. Malah lebih menyukainya berbanding model lama. Civic baharu lebih seksi, beremosi dan sporty - satu ciri DNA Honda. Sebenarnya Honda telah menala kereta ini mengikut selera orang kebanyakan dan supaya lebih menjimatkan. Karakter pemanduannya lebih sopan. Ia sesuai untuk orang berkeluarga dan mesra wanita. Pautan sterengnya ringan semasa keluar-masuk parkir dan memberat pada kelajuan tinggi atau semasa mengambil selekoh. Suspensinya pula lembut tetapi tidak beralun-alun, cuma mungkin terasa keras dan sedikit kasar kerana kombinasi tayar 215/45 dengan rim bersaiz 17 inci. Karektor enjin Kuasa enjin pula tidak agresif dan sangat bersahaja. Ditambah pula butang ECON yang menala semula respon pedal minyak, penyaman udara dan sistem lain untuk lebih ekonomikal Pecutan enjinnya dirasakan mendatar dan saya fikir itulah pengorbanan yang harus diterima untuk penggunaan minyak yang ekonomikal. Apa pun karakter enjin i-VTEC tetap menyerlah. Bagi mereka yang mahukan prestasi, alihkan sahaja seleksi gear D ke S untuk merasai karakter enjin yang berbeza dan bertenaga. Untuk penggunaan minyak, secara purata saya memperolehi bacaan 10.4km untuk setiap liter petrol. Teknologi hijau diserlahkan lagi dengan meter bantuan Eco Assist untuk memberitahu corak pemanduan si pemandu. Jika minyak ditekan secara semborono, nyalaan meter berwarna merah dipaparkan dan warna biru pula keluar bila pemanduan sederhana. Untuk mendapatkan nyalaan meter berwarna hijau iaitu tahap paling menjimatkan, pemandu perlu menekan minyak dengan sangat cermat dan lembut. Menariknya, pemanduan tidak semestinya perlahan bahkan saya mendapat warna hijau walaupun pada kelajuan menghampiri 120 km/j. Apa yang penting ialah disiplin pada kaki supaya tidak memerah minyak 'tak ingat dunia!' Dari segi dalaman pula, Honda memang pandai memaksimumkan ruang. Nampak dari luar seperti padat, tetapi saiz dalamannya sebenarnya selesa untuk pemandu dan penumpang. Kerusi pemandu dan penumpang yang dibalut kulit terasa empuk dan sesuai untuk perjalanan jauh. Cuma yang saya tidak gemar ialah saiz papan pemukanya yang besar. Selain itu, reka bentuk set pemain cakera padat juga kurang menarik dan seperti tidak sepadan dengan rekaan futuristik papan pemuka. Mungkin itu adalah strategi supaya pelanggan membeli varian Navi dengan pelbagai kemudahan seperti sambungan Bluetooth, kamera undur dan sebagainya. Tetapi semua peralatan itu boleh dikatakan sebagai standard kilang pada masa sekarang terutama pada kereta Korea. Wajar jika Honda dapat menjadikannya sebagai aksesori standard. Dari segi keselamatan pula, Honda Civic 2.0S didatangkan dengan empat beg udara iaitu dua di depan, manakala bakinya di sisi selain daripada ABS dan VSA. Secara kesimpulannya, saya sukakan Honda Civic kerana reka bentuknya yang sporty. Jika ditambah dengan kit Modulo, lebih menyerlah DNA Honda itu. Teknologi penjimatan minyaknya juga canggih dan segala kekurangan yang ada pasti dimaafkan kerana pada penghujung hari apa yang penting ialah poket tidak menipis. Honda Civic 2.0S dipasarkan pada harga hampir RM132,000. Mungkin ada yang merasakannya agak tinggi dan isu itu boleh diatasi dengan menambah pakej spesifikasi standard supaya dilihat lebih nilai untuk wang dan berbaloi berbanding pesaingnya yang lain. Apa pun, Civic tetap menang kerana jenama Honda yang kuat dan rekod nilai jualan semula Civic yang stabil. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:21 AM PDT PENGENALAN Yamaha FZ150i pada tahun 2008 menandakan bahawa Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kembali bersaing dalam segmen motosikal 150cc tempatan. Sebelum itu, HLYM ada mengambil bahagian dalam kategori itu menerusi model Yamaha TZM. Namun, produksinya ditamatkan pada tahun 2000. Ini bermakna hampir lapan tahun HLYM tiada produk pengganti untuk segmen berkenaan. Yamaha FZ150i merupakan jentera pertama HLYM dalam kelas tersendiri yang dilengkapi teknologi sistem suntikan bahan api pada enjin empat lejang baharu. HLYM kemudiannya memberi nafas baharu pada model naked itu menerusi dua pengenalan varian naik taraf, masing-masing pada tahun 2010 dan 2012. Varian 2010 dipasang lampu utama bersama skema warna baharu. Bagi varian 2012 pula, transformasi membabitkan aspek kosmetik dan penghadang angin pada bahagian atas meter motosikal. Mudah dicapai Baru-baru ini, saya berpeluang menunggang Yamaha FZ150i dengan kerjasama HLYM. Saya diberi tempoh selama seminggu untuk menguji FZ150i. Sebaik sahaja kunci motosikal dimasukkan dan dipusingkan mengikut arah jam, lampu utama hadapan memantulkan cahaya. Begitu juga dengan lampu membrek belakang. Anda perlu menunggu beberapa saat supaya lampu Engine Check pada meter RPM padam. Ada dua cara untuk menghidupkan enjin, pertama menggunakan butang penghidup elektrik. Anda juga boleh gunakan cara penendang kaki. Saya mendapati pemijak kaki kanan perlu dinaikkan terlebih dulu sebelum mulakan tendangan. Jika tidak, penendang kaki akan berlaga dengan pemijak kaki. Klac tangan perlu ditarik sebelum memasukkan gear. FZ150i dilengkapi kotak gear lima kelajuan. Susun atur semua butang kawalan pada hendal didapati mudah dicapai oleh ibu jari. Untuk memberi isyarat memintas kenderaan di hadapan, gunakan sahaja jari telunjuk kiri untuk menarik tuil Pass. Lampu utama akan memantulkan cahaya tinggi rendah. Posisi kedudukan badan atas jentera itu dikategorikan sebagai memuaskan. Pelana hitam memberi keselesaan pada punggung dan pinggang sepanjang tunggangan. Aspek kestabilan FZ150i boleh diberi pujian. Sistem penyerap hentak tunggal belakang dengan padanan fork hadapan menyerap kesan hentakan dengan baik. Itu atas jalan kering. Apa yang saya kurang digemari ialah prestasi cengkaman tayar ketika berada atas jalan raya basah atau licin. Ia mudah membuang jika tidak berhati-hati.
Pancaran lampu utama ketika tunggangan malam cukup bagus. Ia jelas dan tidak pecah-pecah. Pencahayaan lampu isyarat membelok dan lampu brek juga terang. Satu tangki petrol penuh membolehkan saya mencapai jarak tunggangan sejauh 335 kilometer (km) sebelum jarum minyak berada di zon merah E (kosong). Kelajuan tunggangan dikekalkan antara 80km sejam (km/j) hingga 130km/j. Haba enjin jelas terasa pada bahagian betis kaki ketika saya memberhentikan motosikal biarpun memakai seluar jeans. Seingat saya, kelajuan tunggangan dikekalkan antara 110km/j hingga 130km/j sejauh 52km. Ia kembali sejuk dengan khidmat satu unit kipas yang dipasang di belakang radiator. Kipas itu dihidupkan secara automatik sejurus mengesan tahap kepanasan enjin FZ150i. Jika suhu kembali normal atau pada paras bersesuaian, kipas akan berhenti sendiri. Jika anda berminat mendapatkan model ini, harga asasnya ialah RM8,188 sebuah. Itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan lain-lain caj. Jaminan pula adalah selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dahulu). Berhubung aktiviti Yamaha FZ150i Jamboree yang sepatutnya diadakan pada 4 hingga 5 Mei ini, ia telah dibatalkan. HLYM terpaksa berbuat demikian bagi membolehkan para pemilik Yamaha FZ150i untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi. Yuran pendaftaran yang dibuat akan dipulangkan secepat mungkin kepada mereka yang mendaftar. Anda diminta menghubungi mana-mana cawangan HLYM untuk maklumat pemulangan. | |
4,000 Outlander plug-in hybrid ditarik balik Posted: 27 Apr 2013 05:21 AM PDT MITSUBISHI Motors Corp. baru-baru ini memanggil semula sebanyak 4,000 unit SUV Outlander plug-in hybrid kerana wujud kemungkinan program kawalan komputer automatiknya mengalami kerosakan dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jurucakap Mitsubishi, Namie Koketsu memberitahu, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. Menurut laporan akhbar Bloomberg Businessweek, sebelum ini Mitsubishi ada memanggil balik model sama kerana masalah bateri lithium-ion. Dalam perkembangan sama, Mitsubishi memanggil semula 18 unit Outlander plug-in hybrid di Jepun kerana satu pembekal memberitahu ada komponen tidak dipasang dengan sempurna. Sebanyak 14 buah kenderaan mengalami masalah generator. Sementara bakinya berdepan masalah motor hadapan. Outlander plug-in hybrid mula dijual di Jepun 24 Januari lalu. Sehingga kini, sebanyak 4,305 unit model itu sudah dijual. | |
Star Crusises tembusi pasaran halal Posted: 27 Apr 2013 05:20 AM PDT
KAPAL pertama yang dibina bagi tujuan persiaran di dunia ialah Prinzessin Victoria Luise, rekaan Pengurus Besar Hamburg-America Line, Albert Ballin pada tahun 1900. Kapal-kapal lain kemudiannya juga mengalami transformasi. Evolusinya bermula daripada kapal belayar untuk berperang atau berniaga kepada kapal yang mesra pelancong. Proses yang sama juga melahirkan kapal persiaran terkenal, Titanic yang dianggap kebal tetapi akhirnya karam akibat terlanggar bongkah ais. Hari ini, kapal persiaran saling tidak ubah seperti 'hotel terapung' dengan perkhidmatan hospitaliti yang lengkap. Malah, bukan sesuatu yang luar biasa bagi kapal-kapal persiaran terutamanya kapal mewah untuk mempunyai lebih ramai kru dan kakitangan berbanding penumpang. Trend pelancongan itu juga tidak terkecuali di negara ini. Sebagai negara maritim, Malaysia menjadi tumpuan persinggahan kapal-kapal persiaran dari seluruh dunia. Kapal persiaran terkenal di Malaysia kini dikendalikan oleh Star Cruises seperti Star Pisces, SuperStars Aquarius, SuperStar Libra, SuperStar Virgo dan terbaharu, SuperStar Gemini. Gemini paling bongsu SuperStar Gemini telah memulakan pelayaran sulungnya dari jeti kapal persiaran antarabangsa di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang pada 6 Januari lalu ke Phuket dan Krabi di Thailand. Kapal persiaran seberat 50,764 tan itu tiba di Pulau Mutiara dari Pusat Kapal Persiaran Mewah Singapura bagi menyambung pelayaran tahunannya mengelilingi Asia. Naib Presiden Kanan Jualan Star Cruises, Michael Goh berkata, Pulau Pinang menjadi pelabuhan utama bagi SuperStar Gemini sepanjang Januari lalu sebelum kapal itu berlepas ke Sanya dan Shanghai, China sehingga Oktober tahun ini. Menurut beliau, selepas dinaik taraf, kapal persiaran itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih seperti sistem pandu arah dan kawalan keselamatan. "Kabin-kabin penginapan juga berwajah baharu, manakala sisi badan kapal pula dihiasi dengan corak hiasan gelombang berwarna-warni," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang, baru-baru ini. Menurut Michael, SuperStar Gemini bukan sahaja menyajikan percutian hebat dalam suasana menyeronokkan kepada penumpang, tetapi juga menyajikan nilai-nilai kemewahan menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan. Ia terbukti mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan apabila operasinya dikendalikan oleh syarikat pelancongan yang menjadi rakan perniagaan Star Cruises selama 20 tahun, Hwajing Travel and Tours (Hwajing). "Tahun ini juga mencatat kejayaan tersendiri bagi Star Cruises yang bakal meraikan ulang tahun ke-20," katanya. SuperStar Gemini yang melalui proses naik taraf melibatkan kos kira-kira AS$50 juta (RM151.5 juta) itu memiliki sebanyak 766 kabin penginapan mewah bagi menampung 1,532 penumpang dalam satu-satu pelayaran. Bagi Pengarah Urusan Hwajing, Kenny Cheong, pelayaran sulung SuperStar Gemini menandakan permulaan baharu kepada Hwajing. Selepas 20 tahun, kata Kenny, pihaknya terus kekal menyediakan pengalaman percutian pelayaran terbaik kepada pelanggan dengan kerjasama dengan Star Cruises. Selain menaikkan reputasi Hwajing, Kenny berkata, ia secara tidak langsung menaikkan reputasi Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya sebagai pelabuhan singgah terbaik di rantau ini. Malah, ada pelancong Eropah dan Amerika Syarikat mula melihat Pulau Pinang sebagai tumpuan utama ke Asia melalui kapal pelayaran. "Kami kini menuju era keemasan percutian pelayaran di Asia. Dengan peningkatan kuasa ekonomi Asia dan faktor penggalak lain seperti kemudahan pelabuhan premium, jumlah pelancong pelayaran Asia dijangka mencecah tujuh juta orang menjelang tahun 2015. "Ia sekali gus menjadikan Asia sebagai lokasi paling digemari pelancong," katanya. Kenny yang turut menyertai pelayaran sulung SuperStar Gemini itu memberitahu, kapal berkenaan memiliki ruang pasar raya seluas 557 meter persegi (6,000 kaki persegi) sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah barangan bebas cukai kepada penumpang. Para penumpang, katanya, boleh mendapatkan jenama jam tangan mewah tanpa cukai, barangan kemas dan beg tangan sambil belayar selain kemudahan lain seperti gim, karaoke, kolam dan pelbagai pilihan jenis restoran. Pelayaran halal Apa pun, menurut Kenny, perkara paling menarik jika bercuti di atas kapal persiaran adalah melihat pemandangan matahari terbenam dan terbit setiap hari. Apatah lagi menghabiskan momen terindah itu bersama pasangan dan keluarga masing-masing. Ditanya mengenai potensi pelancongan kapal persiaran, Kenny berkata, mulai tahun 2013, pihaknya akan membawa masuk lebih banyak restoran halal bagi meningkatkan jualan dalam kalangan pelancong Muslim terutamanya dari negara Asia Barat. Setakat ini, menurutnya, kapal SuperStar Libra merupakan kapal persiaran pertama mempunyai restoran halal dan ia terbukti menjadi tarikan kepada pelancong Muslim mengikuti pelayaran. "Kami menyedari konsep halal ini menjadi penentu pasaran pada masa depan dan pada tahun 2013 kami akan menumpukan perkara itu. Mungkin kapal Star Virgo akan menjadi kapal persiaran kedua mempunyai restoran halal. "Setakat ini, hanya 40 peratus pelanggan dari Malaysia menaiki kapal kami dan kami percaya sekiranya konsep halal berjaya diaplikasikan, ia akan menarik minat lebih 70 peratus pasaran tempatan," jelasnya. Dalam pada itu, pihaknya juga memberi keutamaan kepada penumpang yang terdiri daripada kategori golongan kelainan upaya (OKU) atau orang tua. Sekiranya ada pelanggan OKU, pihaknya akan menyediakan kakitangan khas untuk membantu mereka bergerak di sepanjang berada di dalam kapal. "Jika ada penumpang OKU dan mereka memerlukan bantuan, mereka cuma perlu telefon kami dan ada kakitangan mengambil mereka di bilik," jelasnya. Sejak 6 Januari hingga 24 Januari lalu, SuperStar Gemini meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Phuket dan Krabi di Thailand sebelum menawarkan pakej pelayaran istimewa selama tujuh hari enam malam dari Singapura menuju ke Ho Chin Minh, Nha Trang dan Hong Kong antara 24 Januari hingga 1 Februari. Ia melibatkan tiket berharga antara RM900 hingga RM2,500 berdasarkan bilik dan tingkat. Bermula April hingga Oktober, kapal itu akan memulakan pelayaran ke lokasi lain di Asia. Maklumat lanjut mengenai SuperStar Gemini dan pakej pelayaran boleh didapati di www.hwajing.com.my atau menghubungi 03-9200 02929. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:19 AM PDT GUNUNG TAHAN yang terletak di Taman Negara Pahang mempunyai ketinggian 2,187 meter merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Bagi para pendaki, Gunung Tahan menawarkan 'aksi' hebat bukan sahaja memerlukan masa kira-kira 10 hari untuk sampai ke puncak, malah perlu merentas sungai dan trek mencabar. Begitupun, bagi mereka yang ingin cabaran berbeza, Gunung Benum yang merupakan gunung kedua tertinggi di negeri tersebut boleh dijadikan pilihan. Terdapat dua denai hutan yang boleh digunakan para pendaki untuk ke puncak Gunung Benum iaitu melalui denai dari Lata Berembun di Raub dikendalikan oleh pihak Jabatan Perhutanan Pahang. Laluan kedua pula adalah dari Pos Perlok, Ulu Cheka, Jerantut yang diselenggara dan dikendalikan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Pertengahan bulan Februari lepas, penulis bersama-sama 15 pendaki dari National Outdoor Adventure (NOA) telah menyertai ekspedisi mendaki Gunung Benum melalui denai Pos Perlok yang memakan masa lima hari empat malam. Ekspedisi itu diketuai Siti Norhidayah Mohd. Azlan dan dibantu tiga jurupandu arah khas dari Perhilitan Ulu Cheka iaitu Saiful Alias, Azman Samah dan Ismail Johar. Hari pertama Kami memulakan perjalanan dari Pejabat Perhilitan di Pos Perlok menuju ke kawasan perkhemahan di Kem Jeneruh diketuai Saiful atau lebih mesra dipanggil Ali. Dia memaklumkan kepada kami bahawa denai tersebut baru dibuka pada 16 Januari lalu setelah ditutup untuk kerja-kerja baik pulih. Permulaan pendakian agak mudah, namun kami berdepan 'serangan' pacat yang menggigit pergelangan kaki. Serangan itu tidak mematahkan semangat kami, malah perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Sungai Kepal. Di seberang sungai itu, langkah kami terhenti seketika kerana mata terpesona melihat beberapa kuntum bunga terbesar di dunia iaitu rafflesia yang hendak mengembang. Terdapat juga beberapa bunga rafflesia yang mati di kawasan tersebut. Kami meneruskan pendakian dan berhenti rehat untuk melepaskan penat di puncak bukit 800. Selepas itu, kami menuruni sebuah kawasan lembah menuju ke Kem Jeneruh untuk bermalam. Hari kedua Selesai sarapan pagi, kami mengorak langkah ke Kem Batu Serondong yang merupakan lokasi untuk kami bermalam pada hari tersebut. Kira-kira 30 minit perjalanan, kami berhenti seketika di sebuah kawasan dikenali sebagai Mata Air Bukit Damar. Mata air yang keluar dari celahan batu di situ merupakan sumber air terakhir dalam perjalanan yang masih berbaki dua hari. Kami kemudiannya berhenti rehat, makan tengah hari dan solat di puncak Gunung Lilin. Walaupun di kawasan tersebut tidak mempunyai sumber air, pihak Perhilitan telah mengambil inisiatif dengan mendirikan sebuah pondok kecil dan sebuah tangki air. Kemudahan sama turut disediakan di kawasan perkhemahan Permatang Angin. Ia disediakan menggunakan bantuan helikopter bagi tujuan memudahkan para pendaki memasak dan berkhemah. Dalam perjalanan menuju Kem Batu Serondong kami teruja kerana menemui periuk kera yang amat besar dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Kami tiba di Kem Batu Serondong pada lewat senja. Cuaca ketika itu sejuk dan berkabus. Kami segera mendirikan khemah dan menyediakan makan malam. Hari ketiga Sebelum itu, ke puncak Benum pendakian selama empat jam membawa kami ke tapak perkhemahan Permatang Angin. Ia merupakan sebuah kawasan permatang yang lapang dan hanya ditumbuhi pokok pain. Pokok-pokok pain ini tumbuh di kiri dan kanan kawasan tersebut sekali gus memudahkan laluan angin. Kami meletakkan barang-barang perkhemahan dan beg galas besar di kawasan tersebut. Perjalanan diteruskan hanya dengan membawa air minuman di dalam beg galas kecil. Dalam perjalanan itu, kami menemui sebuah kawasan lapang bekas helikopter tentera mendarat berhampiran kemuncak Gunung Benum. Menurut Ali, kawasan tersebut pernah menjadi kawasan persembunyian komunis selain pernah berlaku pertempuran. Dua jam kemudian, kami akhirnya tiba di puncak Gunung Benum yang mempunyai ketinggian 2,107 meter dari aras laut. Terdapat penanda puncak yang diperbuat daripada besi dan zink di kawasan tersebut. Pemandangan di belakang puncak Gunung Benum ketika itu diselubungi kabus tebal. Setelah bergambar kenang-kenangan di puncak Gunung Benum, kami menuruni puncak dan menuju kembali ke kawasan perkhemahan Permatang Angin untuk bermalam.
Hari keempat Kami meninggalkan Kem Permatang Angin dalam misi menuju Pos Perlok yang memakan masa selama dua hari. Kami tiba di kawasan anak sungai dan berhenti rehat sambil menyegarkan tubuh seketika. Perjalanan diteruskan dengan mendaki sebuah tebing curam. Di atas tebing curam itu, salah seorang jurupandu arah kami, Azman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Andak menyuruh kami berhenti secara tiba-tiba. Ini kerana dia telah menemui sesuatu yang unik iaitu seekor cacing besar dan panjang. Sebelum ini, penulis hanya mendengar cerita rakan-rakan tentang penemuan cacing gergasi di Banjaran Benum. Setelah hampir lima jam menuruni beberapa laluan curam, akhirnya kami tiba di kawasan perkhemahan Kem Sungai Besar dan bermalam di situ. Hari kelima Hari terakhir ini, antara misi kami adalah menuju Kem Lata Bujang sebelum keluar ke Pos Perlok. Kami perlu meredah sungai berarus deras untuk sampai ke sana. Kami tiba di persimpangan denai antara Pos Perlok ke Lata Bujang. Jarak persimpangan denai ke Lata Bujang hanya memakan masa 20 minit. Lata Bujang terkenal dengan air terjun empat tingkat yang cantik. Terdapat sebuah kolam di tingkat pertama air terjun itu yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan terjun tiruk. Setelah puas mandi-manda, kami meneruskan perjalanan ke Pos Perlok dan kemudian menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Pejabat Perhilitan Ulu Cheka. Apabila tiba di pejabat tersebut, kepuasan jelas terpancar di wajah para pendaki kerana kejayaan mendaki Gunung Benum itu. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:18 AM PDT IBU negara Kuala Lumpur memang terkenal dengan kepelbagaian tarikan pelancongan. Justeru, bagi memberi lebih banyak pilihan kepada para pelancong, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan program Jejak Warisan Dataran Merdeka yang dilancarkan baru-baru ini. Program lawatan selama sehari itu menawarkan beberapa produk percutian berkonsepkan warisan dan kebudayaan rakyat berbilang kaum di Malaysia serta keunikan makanan tradisional. Orang ramai terutamanya ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kerana kebanyakan pakej ditawarkan secara percuma. Melalui program tersebut orang ramai berpeluang mengetahui lebih dekat tentang bangunan bersejarah berdekatan Dataran Merdeka. Antaranya, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Mahkamah Tinggi Lama, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Panggung Bandaraya (bangunan lama DBKL). Aktiviti menjelajah dengan berjalan kaki ditawarkan secara percuma yang diadakan pada setiap Isnin, Rabu dan Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 11.45 pagi. Seorang pemandu pelancong akan mengiringi aktiviti tersebut. Ia pasti memberi satu pengalaman dan pengetahuan baharu kepada anak-anak tentang sejarah ibu negara. Berbasikal DBKL juga menyediakan aktiviti mesra alam seperti berbasikal menerokai persekitaran Kuala Lumpur bermula dari Dataran Merdeka sehingga ke Taman Warisan Tun Abdul Razak. Di sepanjang laluan yang menghubungkan kedua-dua tempat menarik itu, pelancong berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Botani Perdana, Taman Burung, Memorial Tun Abdul Razak, Taman Orkid, Taman Rusa, Muzium Polis dan Masjid Negara. Pakej sewaan basikal ialah pakej santai berharga RM30 selama empat jam dan pakej berkumpulan bersama pemandu pelancong sebanyak RM45 seorang. "Dengan hanya RM1, pelancong dapat melawat Taman Warisan Tun Abdul Razak menaiki tram yang pastinya boleh memberi pengalaman lebih menakjubkan," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib. Selain itu, pelancong boleh melawat Pasar Seni dari Bukit Bintang menggunakan kemudahan bas GO KL secara percuma atau menaiki KL Hop On Hop Off tanpa had berhenti. Menurut Ahmad Phesal, Kuala Lumpur juga mempunyai banyak kemudahan awam seperti transit aliran ringan, monorel serta jejantas pejalan kaki termasuklah jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ke Bukit Bintang. Kemudahan-kemudahan tersebut memudahkan orang ramai melihat keindahan Kuala Lumpur tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas jika menaiki kereta. Makanan bajet Selepas penat menjelajah tempat-tempat menarik, para pelancong boleh menikmati pelbagai makanan tempatan dengan harga bajet. Terdapat banyak restoran dan gerai makanan di tempat tumpuan ramai seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Para pelancong boleh menikmati makanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan harga yang berpatutan seperti sarapan pagi pada kadar harga sekitar RM5, makan tengah hari RM7, manakala makan malam RM10. Dengan wang sebanyak RM50 sebenarnya mencukupi untuk melawat setiap kawasan menarik di Kuala Lumpur. Kanak-kanak juga mampu menimba banyak pengalaman dan ilmu berguna sepanjang lawatan tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.visitkl.gov.my untuk pakej dan aktiviti percutian menarik di Kuala Lumpur. | |
Posted: 27 Apr 2013 05:17 AM PDT BERCERITA tentang Perancis pasti membuatkan fikiran kita melayang-layang membayangkan kemegahan kota Paris yang menjadi lokasi terbinanya sebuah menara terkenal di dunia iaitu Menara Eiffel. Bagaimanapun, Perancis mempunyai sebuah lagi destinasi menarik yang wajib dikunjungi pelancong dari serata dunia iaitu sebuah istana lama yang terletak di Amboise. Istana lama itu, Chateau d'Amboise terletak kira-kira 222 kilometer dari Kota Paris dan memakan masa dua jam setengah jika perjalanan menggunakan kereta. Ia dibina di atas Sungai Loire pada abad ke-13 oleh Count of Anjou, Fulk Nerra untuk Louis d'Amboise. Begitupun, pada 4 September 1434, istana itu telah dirampas oleh Raja Charles ketujuh selepas Louis didapati bersalah berkomplot menentang Raja Louis ke-11. Sejak istana tersebut beralih tangan, ia menjadi lokasi kegemaran raja-raja Perancis sejak Raja Louis ke-11 hingga raja Francis yang pertama. Pada abad ke-15, berlaku perang agama di Perancis yang dicetuskan oleh Huguenots. Beliau akhirnya berjaya menguasai negara tersebut termasuk merampas istana berkenaan. Istana tersebut kemudiannya dinaik taraf secara besar-besaran dan sejak itu, ia menjadi lokasi kegemaran golongan diraja. Tapak Warisan Dunia Pada tahun 1840, Kementerian Kebudayaan Perancis mengiktiraf istana tersebut sebagai tugu peringatan. Pihak Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1981 juga telah mewartakan kawasan tersebut menjadi Tapak Warisan Dunia kerana ia menyimpan lipatan memori politik dan perkembangan sejarah seni lukis pada kebangkitan zaman Renaissance di Eropah. Kunjungan ke istana itu bukan sekadar mengimbau kenangan sejarah lama, tetapi menghayati keunikan seni bina dan monumen-monumen dalam istana tersebut. Pelancong yang berkunjung ke sana juga pasti kagum melihat ukiran batu dan keunikan corak pada tingkap kaca yang terdapat di istana tersebut. Ia turut merakam detik-detik penting seperti sejarah raja-raja Perancis dan perjalanan harian di mahkamah negara berkenaan. Selain itu, istana tersebut juga menjadi lokasi persemadian lagenda pelukis terkemuka dunia, Leonardo da Vinci yang meninggal dunia pada 1519. Istana Diraja Chateau d'Amboise dibuka pada setiap hari kecuali pada 1 Januari dan 25 Disember pada setiap tahun. Monumen gah berkenaan turut mempunyai beberapa buah taman yang direka dengan landskap ala Perancis sekali gus merakamkan pemandangan menakjubkan di Lembah Loire, Amboise. | |
Reedha bongkar rahsia sarang burung Posted: 27 Apr 2013 05:16 AM PDT
WALAUPUN sudah bergelar isteri dengan dua orang cahaya mata, bagi Lia Zalee Ahmad, 39, ia bukanlah alasan untuknya menoktahkan rutin penjagaan kecantikan dan kesihatan diri. Malah, kecintaannya terhadap dunia kecantikan dan kesihatan menyebabkan suri rumah itu akhirnya memulakan empayar perniagaan sendiri melalui produk Reedha. Menurut wanita itu, Reedha lahir melalui pembacaan serta penyelidikannya mengenai bahan kesihatan dan herba-herba Melayu. Berbeza dengan produk lain, Reedha menyatukan khasiat sarang burung walit, epal hijau, halia, maquiberry dan kacip fatimah untuk menghasilkan Reedha Collagen Sarang Burung Plus. "Saya memang banyak membuat bacaan mengenai pelbagai bahan kecantikan dan kesihatan sebelum ini. Selepas terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri, saya mencari beberapa pakar penyelidikan untuk membentangkan idea. "Saya nyatakan bahan-bahan yang saya inginkan dan minta penyelidik TPM Biotech jalankan kajian sama ada ia boleh disatukan serta kesannya kepada kesihatan. Alhamdulillah, selepas dua tahun penyelidikan hasilnya sangat baik," ujar wanita kelahiran Kampung Tenang, Labis, Johor itu mengenai bibit-bibit awal pembabitannya sebagai usahawan kecantikan. Terang Lia Zalee, Reedha Collagen Sarang Burung Plus yang dilancarkan pada Julai tahun lalu, merupakan produk minuman kesihatan yang mampu mengembalikan keremajaan serta menjaga kesihatan dalam dan luaran. Minuman itu yang merangsang pertumbuhan sel-sel baharu dalam badan bukan sahaja membuat kulit bertambah halus, gebu dan cerah, malah dapat mengembalikan tenaga selepas penat bekerja. Permintaan yang baik terhadap produk Reedha Collagen Sarang Burung Plus membuatkan Lia Zalee kemudian tampil dengan beberapa produk tambahan seperti Sabun Sarang Burung Plus + Hablur Emas, Toner Gold, UV Foundation Emas 24K + Apple Steam Cell dan Night Cream Sarang Burung + Hablur Emas 24K. Ditanya mengenai nama Reedha, kongsi Lia Zalee nama produk tersebut diambil inspirasi daripada nama anak keduanya Amyreedha Razalee, 9. Reedha juga telah melantik penyanyi, Salwa Abdul Rahman sebagai duta, manakala pengacara Karl Shafek sebagai pengguna testimonial. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi 03-4024 2441 atau reedha-collagen.blogspot.com. | |
Duathlon Malakoff di tiga universiti Posted: 27 Apr 2013 05:16 AM PDT MALAKOFF Corporation Berhad telah melancarkan Siri Duathlon Universiti Malakoff (MUDS) iaitu perlumbaan endurance larian dan berbasikal di tiga buah universiti. Perlumbaan duathlon itu akan bermula di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 11 Mei, diikuti Universiti Malaya 18 Mei dan menutup tirai di Universiti Putra Malaysia pada 1 Jun. Pendaftaran untuk ketiga-tiga peringkat perlumbaan telah pun dibuka sejak 18 April lalu dengan Malakoff menyasarkan penyertaan lebih 900 orang. Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil berkata, syarikat tersebut sentiasa menyokong program komuniti berasaskan sukan termasuklah aktiviti duathlon. "Siri Duathlon Universiti Malakoff direka khusus untuk mereka yang berminat dengan sukan larian dan berbasikal. Saya gembira melihat respons positif daripada pelbagai pihak termasuk pelajar melalui penyertaan yang semakin bertambah," ujarnya. MUDS pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003 dengan penyertaan 321 orang. Sokongan orang ramai semakin bertambah dari setahun ke setahun, malah tahun lalu MUDS berjaya mengumpulkan 750 orang peserta. Untuk pendaftaran Siri Duathlon Univesiti Malakoff anda boleh melayari laman web ww.duathlonseries.com.my. Tarikh tutup untuk mendaftar bagi ketiga-tiga siri ialah pada 7 Mei, 14 Mei dan 28 Mei. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |