Sabtu, 28 Jun 2014

Khalwat dengan isteri orang


Alor Setar: Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam kelmarin.

Mereka dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam Ops Bersih.

Lelaki lingkungan 30-an yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia empat tahun itu berasal dari Pendang dan dipercayai baru bertukar kerja dari Sabah ke negeri ini sejak sebulan lalu.

Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai baru mengenali wanita berusia 25 tahun itu yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar raya ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata operasi itu disertai 25 anggota penguat kuasa JAIK yang tertumpu di sekitar bandar raya ini dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di negeri ini.


Beliau berkata, ketika membuat pemeriksaan di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini mendapati sebuah bilik berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir 10 minit, seorang wanita yang berpakaian lengkap kemudian membuka dan membenarkan pemeriksaan dalam bilik itu.  -HM

\

Dirogol Depan Mata


Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya,” kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap.

Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu.

Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.

“Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya.- HM

Khamis, 26 Jun 2014

Murid perempuan darjah tiga diculik dan dicabul



IPOH: Seorang murid perempuan darjah tiga diculik seorang lelaki berumur 57 tahun yang menaiki sebuah kereta di stesen bas Slim River dekat sini semalam sebelum dicabul.
   
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa dan kakaknya berumur 12 tahun berada di stesen bas berkenaan setelah tamat sesi persekolahan.
   
"Selepas menyedari adiknya menaiki kereta seorang lelaki, kakak mangsa telah menelefon bapanya yang kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Slim River," katanya.
   
Beberapa jam kemudian polis berjaya menahan suspek bersama-sama seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya di Taman Desa Idaman dekat Sungkai di sini, katanya ketika dihubungi hari ini.
   
"Sebelum suspek ditahan, dia enggan memberhentikan kenderaannya dan memecut laju menghala Plaza Tol Slim River dan seterusnya masuk ke tol Sungkai.
   
"Semasa di Pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar kenderaan awam jenis Proton Exora dan masuk ke Taman Desa Idaman Sungkai dan bertindak melanggar kenderaan polis di bahagian hadapan sisi kiri. Bagaimanapun anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal berjaya menangkap suspek," katanya.
   
Beliau berkata budak perempuan itu yang sedang berlari dalam keadaan ketakutan dijumpai seorang wanita yang memandu kereta melalui jalan lama Slim Village berdekatan perkuburan Cina dan membawanya ke Balai Polis Slim River.
   
Othman berkata sebelum menculik budak perempuan itu, lelaki itu mengajak mangsa menaiki keretanya kononnya untuk pergi membeli buku dan ketika berada di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.
   
Suspek kemudian memberhentikan keretanya di kawasan perkuburan Cina dan mengajak mangsa ke pondok tokong di kawasan itu sebelum mencabulnya dan beredar dari kawasan itu, katanya.
   
Mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan mangsa diperkosa, katanya.
   
Othman berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. - Bernama


Sabtu, 21 Jun 2014

Dirogol Along


Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang.

Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.


Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya

Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan anaknya di hospital.


“Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan hutangnya itu yang kian bertambah,” katanya.


Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang miliknya jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan polis dan dia boleh dipenjara.

Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi masa kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.


“Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan hutangnya.

“Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit,” katanya.


Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.


“Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.


“Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat. -HM


Jumaat, 20 Jun 2014

Polis cekup isteri khalwat


Putrajaya: Seorang bekas pegawai polis ditangkap khalwat dengan seorang anggota polis wanita berstatus isteri orang di perumahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, dekat sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah jam 1.20 pagi.


Menurut sumber, suami wanita terbabit yang juga anggota dari IPD Subang Jaya, Selangor mengesyaki sesuatu apabila mendapati pintu rumah dikunci dari dalam dan sebaik masuk ke rumah dia mendapati ada bantal dan selimut terbentang di hadapan televisyen ruang tamu rumah.

“Suaminya mengesyaki sesuatu kerana isterinya yang berusia 33 tahun itu berada dalam keadaan kelam-kabut sebelum memeriksa bilik air, stor belakang, sebelum ke bilik depan dan mendapati tiga anaknya sedang tidur.


“Dia kemudian memeriksa bilik tengah rumah dan mendapati seorang lelaki sedang bersembunyi di tepi katil, sebelum isterinya memaklumkan lelaki itu kawannya,” katanya.


Menurutnya, suami wanita berkenaan kemudian membawa isterinya dan lelaki berkenaan ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk tindakan lanjut kerana disyaki bersekedudukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, dan kes diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan selanjutnya.


“Lelaki berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan pihak polis selepas keterangannya diambil. Perkara ini akan dirujuk kepada JAIS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan ulasan daripada JAIS gagal apabila kakitangan di bahagian penguat kuasa enggan memberi kerjasama. -HM


Dirogol Kerana Rakan Kalah Judi



Kajang: Dua remaja lelaki membuat ‘pertaruhan gila’ apabila menjadikan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai ‘bahan hukuman’ dalam pertandingan permainan komputer diatur mereka.

Dalam kejadian jam 2 pagi Ahad lalu, seorang daripada remaja lelaki terbabit yang tewas dalam permainan komputer itu didenda supaya memperkosa mangsa di sebuah rumah di Batu 9. Cheras di sini.

Sumber polis berkata, kejadian malang itu menimpa mangsa selepas dia menemani rakan perempuannya bertemu dua suspek di kediaman berkenaan.

Menurutnya, mangsa pada mulanya keluar bersama suspek untuk minum di sebuah restoran di Hulu Langat, di sini.


“Selepas selesai minum mereka kemudian singgah di rumah seorang suspek lelaki itu yang berusia 17 tahun. Mereka dikatakan bermain permainan komputer dan membuat pertaruhan. -HM


Bapa memasukkan jari dalam faraj anak



KOTA BHARU - Seorang pembantu am mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini, sebentar tadi terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya berusia 15 tahun, April lalu.

Tuduhan terhadap lelaki yang berusia 37 tahun itu dibuat di hadapan hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan memasukkan jari ke kemaluan mangsa berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Kenor, Kuala Krai antara jam 2.30 petang hingga 3.30, April 2014.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. -SH


Khamis, 19 Jun 2014

Guru nyaris dirogol Iban


Seorang guru wanita yang disamun di rumahnya, menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol penyamun itu, dengan menjerit meminta tolong jirannya.

Guru berusia 23 tahun itu tdipaksa lelaki berkenaan dengan menggunakan parang, tetapi wanita itu bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan penyamun itu lari, tetapi sempat membawa bersama barang-barang yang disamunnya.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pada pukul 4 petang semalam, ketika guru itu berada di rumah bersama ibunya di Permyjaya, apabila seorang lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk.

Lelaki itu mengarahkan dua beranak itu menyerahkan wang, barang kemas dan telefon bimbit dalam anggaran RM5,500, katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Miri hari ini.

Gan berkata polis percaya lelaki yang sama sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada sebelah paginya, tetapi gagal.

Pelajar berkenaan juga tinggal di kawasan Permyjaya dan suspek menggunakan parang untuk mengancam mangsa, bertindak agresif dengan menumbuk, menampar dan mencederakan pelajar itu, kata Gan.

Pelajar itu kini menerima rawatan lanjut di hospital dan doktor mengesahkan dia tidak dirogol.

Berikutan dua kejadian itu, polis memburu seorang lelaki Iban berusia dalam lingkungan 20-an dan alamat terakhirnya juga di Permyajaya. – Bernama

Ditetak: Isteri Curang bersama Remaja


Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.

Jurucakap polis berkata, suspek bertengkar dengan pekerjanya itu sebelum pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang serta menetak mangsa beberapa kali yang turut terkena isterinya.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. -HM


Suspek memakai jersi Brazil(kiri) kelihatan mendukung anaknya sebelum ditahan pihak polis di lokasi kejadian



Alor Setar: Seorang isteri cedera parah di paha kiri akibat ditetak suaminya dengan parang selepas wanita terbabit ditemui sedang memadu kasih dengan lelaki lain tanpa seurat benang dalam kejadian di Langgar, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, sebelum menemui isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama seorang remaja lelaki.


Suspek yang menyaksikan kejadian terus ‘naik minyak‘’ dan menyerang remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit selepas berlaku pertelingkahan antara mereka.

Tidak lama kemudian, suspek pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang sebelum menetak remaja itu beberapa kali dan turut terkena pada isterinya menyebabkan kedua-duanya cedera parah sebelum menghubungi polis.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit tidak pulang ke rumah, sebaliknya terus ke kedai berhampiran kediamannya bagi membeli barang untuk memulakan perniagaan pada keesokan hari.

Namun, katanya, dia menukar fikiran kerana tidak sedap hati lalu pulang ke rumah. sejurus tiba di kedai kerana bimbang berlaku kejadian buruk di rumahnya.

“Sebaik tiba di rumah, suspek mendapati ada motosikal Modenas Kriss berwarna hitam dan sepasang selipar milik pekerjanya.

“Curiga dengan perkara itu, suspek membuat pemeriksaan dan menemui isterinya sedang berdua-duaan dengan lelaki berkenaan tanpa pakaian.

“Berang dengan kejadian itu, suspek menetak tangan dan kaki remaja itu sebelum libasan berkenaan terkena paha kiri isterinya,” katanya.

Katanya, wanita terbabit tidak sedarkan diri akibat pendarahan teruk, manakala remaja itu hampir putus tangan kiri dan parah di kaki.

“Sebaik anggota polis tiba, kedua-dua mangsa terlentang berlumuran darah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Siasatan awal mendapati mangsa wanita masih belum sedarkan diri dan kedua-duanya masih dirawat di Unit Kecemasan HSB.


“Polis akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan,” katanya.


Selasa, 17 Jun 2014

5 Makanan Untuk Naikkan Gairah Seks


Ingin menjadi lelaki yang perkasa? tentu ini idaman setiap lelaki, kerana itu faktor ghairah seks salah-satu terpenting.

Jika Gairah seks anda menurun, jangan bimbang, ghairah seks anda boleh naik dengan mengambil lima makanan di bawah ini.

1. Avokado
Avokado dikenali sebagai afrodisiak yang baik untuk jantung kerana kaya lemak tak tepu. Makanan apa pun yang boleh menjaga jantung berdegup dengan baik membantu darah mengalir ke tempat yang tepat. Penyelidikan memperlihatkan bahawa lelaki yang menderita kelainan jantung mempunyai risiko disfungsi erektil dibanding dengan lelaki dengan jantung sihat.

2. Kacang almond
Almond telah lama dikenal dapat meningkatkan ghairah, rangsangan seksual, dan juga kerap dikaitkan dengan kesuburan. Almond sangat kaya nutrisi dan mengandungi mineral yang penting bagi kesihatan seksual dan pembiakan seperti zinc, selenium, dan vitamin E. "Zinc menambah libido dan hasrat seksual,"

3. Strowberi
Warnanya yang merah membantu membakar ghairah. Selain itu, strowberi juga merupakan sumber asid folik, salah satu jenis vitamin B yang membantu mengurangkan risiko semasa melahirkan pada perempuan. Sementara bagi lelaki, asid folat meningkatkan jumlah sperma.

4. Makanan laut
Selain kerang yang sudah terkenal sebagai afrodisiak, makanan dari laut lain juga banyak mengandung zinc. Selain itu, ikan kaya akan omega-3 yang baik untuk jantung.

5. Sitrus / oren
Oren jenis apa pun mempunyai asid folik, vitamin C, dan aktioksidan yang penting bagi kesihatan pembiakan lelaki. Anda boleh mendapat manfaatnya dengan makan buah limau mandarin, atau mencampurkan limau nipis atau lemon ke masakan anda.

Isnin, 16 Jun 2014

Gambar Bogel Pemain World Cup Croatia tersebar


KUALA LUMPUR: Pemain pasukan Croatia enggan melayani pihak media di Piala Dunia Brazil selepas gambar mereka berenang bogel diambil secara curi-curi.

 

Dua orang jurugambar telah bersembunyi di belakang semak berdekatan dan mengambil gambar tersebut yang kini tersebar luas di laman web.

Bercakap lewat pada hari Ahad dengan pihak media, jurulatih pasukan Niko Kovac berkata beliau tidak akan memaksa pemainnya bercakap semula dengan pihak media, dan tidak tahu bila mereka akan kembali selesa.

Bercakap dari kem latihan mereka di Praia do Forte, Kovac berkata: "Saya tidak boleh memaksa mereka ditemubual selepas mereka dan keluarga mereka dimalukan begitu.

"Kalau berlaku pada anda, adakah anda suka? Gambar bogel anda disebarkan tanpa sebab? Mereka berkeras tidak mahu ditemubual dan saya tidak tahu sehingga bila mereka akan terus senyapkan diri, mungkin esok, mungkin selepas kempen kami di Piala Dunia kali ini berakhir," Kovac bertegas.

"Saya hormati pendapat pemain saya dan walaupun anda semua telah bersikap profesional setakat ini, anda memang bersalah mengambil dan menerbitkan gambar itu."

Croatia tewas pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini pada Brazil dan akan beraksi seterusnya bertemu Camerron di Manaus pada hari Rabu. -Sumber



Sabtu, 14 Jun 2014

Pelajar dicekup dalam tandas


BANDAR SRI SENDAYAN - Dua remaja berusia 15 dan 13 tahun ditangkap ketika sedang asyik berdua-duaan dalam sebuah tandas di kawasan kedai makan Medan Nusari, dekat sini, semalam.

Difahamkan, perlakuan sumbang kedua-dua remaja terbabit disedari beberapa pelanggan kedai makan berkenaan kira-kira jam 10 pagi, semasa mahu menggunakan tandas tersebut yang terletak beberapa meter dari kedai dan berkeadaan sunyi.

Salah seorang pelanggan hanya mahu dikenali sebagai Rusydi, 35, berkata, pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa ketika melihat remaja lelaki dan perempuan menaiki motosikal bersama menuju ke kawasan tandas itu.

“Bagaimanapun, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati motosikal dinaiki kedua-duanya masih berada di situ, sedangkan kelibat mereka langsung tidak kelihatan sejak 20 minit lalu.

“Pemeriksaan saya bersama rakan-rakan dalam tandas lelaki tidak menemui apa-apa. Namun, alangkah terkejutnya saya kerana ternampak dua pasang kaki dalam keadaan cukup rapat ketika menjengah dari bahagian bawah salah satu tandas wanita,” katanya.

Menurutnya, selepas dipaksa membuka pintu, mereka mendapati kedua-dua remaja terbabit sedang berada dalam tandas berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Melalui penjelasan diberikan kedua-duanya, difahamkan remaja perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan satu itu berasal dari taman sekitar kawasan ini, manakala si lelaki pula datang dari Seremban Dua yang terletak lebih kurang 6.3 kilometer dari tempat kejadian.

“Mereka juga merayu agar tidak diserahkan kepada pihak berkuasa dan mengaku tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya yang menjelaskan, ibu  remaja perempuan itu sampai di lokasi lebih kurang 45 minit kemudian selepas dihubungi anaknya.

Katanya lagi, si ibu langsung tidak menyangka akan berlaku demikian, memandangkan anaknya ada meminta izin untuk keluar dengan alasan mahu pergi bersiar-siar.

Kekecohan juga hampir berlaku apabila bapa kepada remaja lelaki terlibat yang tiba beberapa minit kemudian, naik angin dan mengugut mahu memukul Sinar Harian yang cuba mendapatkan maklumat.

“Kau siapa? Jangan kurang ajar! Aku belasah kau nanti,” demikian herdik lelaki dalam lingkungan 40-an itu kepada Sinar Harian, semalam yang kemudiannya meminta maaf dan mengaku tertekan dengan perbuatan anaknya.

Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati, kedua-dua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing dan tidak membabitkan pihak berkuasa.  

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nusari Aman 2 (Natra), Terence Santhanam Beh, 41, berkata, beliau hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh beberapa penduduk.

“Kita kesal dengan kejadian sebegini, lebih-lebih lagi berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Kita harap, ibu bapa akan dapat mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya.-SH


Jumaat, 13 Jun 2014

Gol Pembuka Worldcup 2014

CROATIA VS BRAZIL







Croatia menjaringkan gol pertama dalam pembukaan worldcup 2014


Warga Emas Terbantut Bersama GRO Vetnam


TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan  Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya. -SH


Isnin, 9 Jun 2014

Video Kantoi Main Dengan Bini Orang


VIDEO KANTOI SKANDAL DENGAN BINI ORANG DI SABAH




VIDEO KANTOI SKANDAL DENGAN BINI ORANG DI MELAKA



Kes buli paksa bogel pelajar UPM selesai


SERDANG – Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang  mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan.
Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain.

Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.

Beliau menafikan wujud kejadian ‘ragging’ memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa.

Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.

UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai  langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya.

“Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.

Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti.

“Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar,” katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

“UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya,” katanya.

Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu.

Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.

Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan. SH



Ahad, 8 Jun 2014

Rakyat Malaysia dirogol di India


NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.

"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.


Lelaki itu berusia 30 tahun.

Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.


Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.


Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.

"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telahpun menghubungi mangsa.

"Dia selamat dan pihak berkuasa di Jaipur memberi kerjasama penuh kepada kami berhubung insiden ini," kata seorang pegawai ketika dihubungi hari ini.

Bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.

Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.

Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.

Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. - Bernama


Sabtu, 7 Jun 2014

Cikgu rogol murid 11 tahun



SELAYANG - Seorang guru dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas dua tuduhan merogol anak muridnya tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Majistret Nurliana Ismail tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 34, kerana kes itu akan dituduh semula di Mahkamah Sesyen pada Isnin ini.

Ezlie Azram didakwa merogol murid berkenaan yang  ketika itu berusia 11 tahun lapan bulan, dalam bilik di rumahnya, Taman Aman Siara, antara jam 1 petang hingga 3 petang, 3 Disember 2011.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa pada pertengahan Ogos 2013.

Guru berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Read dan Donny Abdullah.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh. -SH

Jumaat, 6 Jun 2014

92% mangsa rogol di Kelantan adalah bawah umur



KOTA BHARU 5 Jun - Sebanyak 92 peratus mangsa rogol di negeri ini merupakan golongan remaja di bawah umur.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu yang dicatatkan bagi lima bulan pertama tahun ini, mangsa berusia 14 tahun adalah yang tertinggi iaitu seramai 24 orang diikuti remaja berusia 15 tahun (23), 16 tahun (15) dan 13 tahun (15).

Kata beliau, berbanding tempoh sama tahun lalu, ia hanya menunjukkan penurunan sebanyak satu peratus.

"Polis juga merekodkan sebanyak 88 kes berjaya diselesaikan dengan penahanan 90 orang tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 87 kes berjaya diselesaikan dengan penahanan 51 orang," katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati kebanyakan suspek yang ditahan merupakan penagih pil kuda.

Pada 20 Mei lalu, masyarakat digemparkan dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan rakannya berusia 17 tahun menjadi mangsa ‘kenduri seks’ oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini. - sumber

Isnin, 2 Jun 2014

Polis siasat video 'Pailang' Bertudung




Kuala Lumpur: Susulan penyebaran video seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain yang menimbulkan kemarahan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada April lalu di sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

“Klip video itu tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

“Pihak polis sudah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam rakaman yang menjadi 'viral' di laman sosial itu, seorang pelajar perempuan ditendang, ditumbuk dan diheret di atas lantai dengan rambutnya ditarik oleh sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

DALAM klip video berkenaan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh sekumpulan pelajar lain.



Video 'pailang' makan diri

Kota Samarahan: Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di sini, sudah lengkap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi berkata satu kertas siasatan dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, tiga suspek pelajar tingkatan empat ditahan untuk siasatan lanjut dan sudah dibebaskan dengan jaminan.

“Siasatan lengkap sudah dijalankan dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan yang dijangka dilakukan minggu ini.

“Kes ini berlaku bulan lalu tetapi baru dimuat naik di Youtube dan tersebar,” katanya.


Menurut sumber pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini itu dibelasah tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama.

Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan