Khamis, 19 Jun 2014

Ditetak: Isteri Curang bersama Remaja


Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.

Jurucakap polis berkata, suspek bertengkar dengan pekerjanya itu sebelum pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang serta menetak mangsa beberapa kali yang turut terkena isterinya.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. -HM


Suspek memakai jersi Brazil(kiri) kelihatan mendukung anaknya sebelum ditahan pihak polis di lokasi kejadian



Alor Setar: Seorang isteri cedera parah di paha kiri akibat ditetak suaminya dengan parang selepas wanita terbabit ditemui sedang memadu kasih dengan lelaki lain tanpa seurat benang dalam kejadian di Langgar, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, sebelum menemui isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama seorang remaja lelaki.


Suspek yang menyaksikan kejadian terus ‘naik minyak‘’ dan menyerang remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit selepas berlaku pertelingkahan antara mereka.

Tidak lama kemudian, suspek pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang sebelum menetak remaja itu beberapa kali dan turut terkena pada isterinya menyebabkan kedua-duanya cedera parah sebelum menghubungi polis.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit tidak pulang ke rumah, sebaliknya terus ke kedai berhampiran kediamannya bagi membeli barang untuk memulakan perniagaan pada keesokan hari.

Namun, katanya, dia menukar fikiran kerana tidak sedap hati lalu pulang ke rumah. sejurus tiba di kedai kerana bimbang berlaku kejadian buruk di rumahnya.

“Sebaik tiba di rumah, suspek mendapati ada motosikal Modenas Kriss berwarna hitam dan sepasang selipar milik pekerjanya.

“Curiga dengan perkara itu, suspek membuat pemeriksaan dan menemui isterinya sedang berdua-duaan dengan lelaki berkenaan tanpa pakaian.

“Berang dengan kejadian itu, suspek menetak tangan dan kaki remaja itu sebelum libasan berkenaan terkena paha kiri isterinya,” katanya.

Katanya, wanita terbabit tidak sedarkan diri akibat pendarahan teruk, manakala remaja itu hampir putus tangan kiri dan parah di kaki.

“Sebaik anggota polis tiba, kedua-dua mangsa terlentang berlumuran darah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Siasatan awal mendapati mangsa wanita masih belum sedarkan diri dan kedua-duanya masih dirawat di Unit Kecemasan HSB.


“Polis akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan,” katanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines