Khamis, 28 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Masa Lapang Rayqal bersama Ibunya

Posted: 27 Feb 2013 10:01 PM PST

Anak yang suka menolong orang tuanya pasti menjadi kebanggaan bahkan orang tua juga tidak mungkin inginkan anaknya menjadi seorang pemalas kan.

Anak Nora Danish, Rayqal ternyata seorang anak yang juga rajin, menolong emaknya dimasa lapang membasuh kereta milik mereka.

Selain daripada itu, mereka juga pergi ke tempat hiburan untuk menghiburkan Rayqal, mungkin setelah habis mencuci kereta berkenaan, hadiah kot. -gambar Instagram Nora Danish

Gambar Anne Ngasri di Jepun

Posted: 27 Feb 2013 09:00 PM PST

Kalau tak silap baru-baru ni Anne Ngasri pergi ke Negara Matahari Terbit, Jepun bersama rakan-rakan selebriti yang lainnya.

Tidak tahu apa tujuannya mereka datanga ke sana, mungkin untuk shooting atau percutian semata-mata. Layan~

Gambar Eira, Azad dengan Amarra Sofea Rose

Posted: 27 Feb 2013 08:27 PM PST

Anak kepada Eira Syazira dan Azad Jasmin iaitu Amarra Sofea Rose yang lahir pada 11 Januari 2013 yang lalu kini semakin dibelai-belai oleh kedua orang tuanya itu.

Manakan tidak, anak sulung seperti umpama sebuah permata yang tidak ternilai harganya. Dan pastinya itu adalah anugerah Allah yang tiada bandinganya.

Ini ada beberapa keping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial mereka yang menunjukkan ragam mereka berdua bersama anak kecil, Amarra Sofea Rose. -gambar Instagram Eira


Gambar Acong dan Isteri, Zuraida

Posted: 27 Feb 2013 06:58 PM PST

Pelawaj Acong (Sweet Child) sudah pon mendirikan rumahtangga atau berkahwin dengan Siti Zuraida pada 15 Disember yang lalu. Dan kini sudah 2 bulan lebih dalam melayari rumahtangga bersama.

Tidak disangka Zuraida ini juga merupakan seorang pelakon. Dan terbaru dia berlakon bersama suaminya, Acong untuk satu telemovie, Sujud di Bawah Langit (gambar4,5 dan 6)

Video Bersama Tunang Pierre Andre

Posted: 27 Feb 2013 05:32 PM PST

Pengarah, Pierre Andre yang sudah bertunang dengan gadis pilihannya pada 9 Februari bernama Nurhidayah telah diwawancara oleh wartawan MiG baru-baru ini. Video yang dimuatnaik pada 19 Februari itu memperlihatkan kedua-duanya hadir di sebuah majlis anjuran MiG.

Memang kelihatan manis dan menawan sekali tunang Pierre ni.  Mereka berkenal selama setahun dan dalam perancangan akan bernikah pada bulan Jun 2013 nanti.

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Shila Tegaskan Tidak Mahu Dipinang

Posted: 27 Feb 2013 02:15 AM PST


Shila Amzah
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
"Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.
"Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.
Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.
"Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.
"Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan," katanya.
Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.
Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.
"Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula," katanya.

'Jangan Nilai Saya Kerana Gambar Seksi' - Nabila

Posted: 27 Feb 2013 02:14 AM PST

Nabila Huda
PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda, menyifatkan gambar-gambar yang di muat naik di laman sosial Instagram miliknya adalah sekadar untuk berkongsi tentang kegiatannya dan bukan bertujuan menimbulkan kontroversi.
Kata Nabila, 29, gambar-gambar tersebut kebanyakannya berkisarkan tentang tempat-tempat cantik yang pernah dikunjungi ketika penggambaran atau percutian.
"Ia adalah perkara normal, semua orang akan muat naik gambar-gambar menarik mereka cuma mungkin pakaian saya sedikit seksi tapi sebenarnya bukan itu yang saya ingin tunjukkan kepada umum sebaliknya gambar pemandangan dan latar belakang gambar itu.
"Jangan menilai saya hanya dengan gambar-gambar tersebut, itu adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu hipokrit," ujarnya yang enggan mengambil peduli cemuhan masyarakat.
Salah satu gambar yang diambil daripada Instagram Nabila Huda ketika bercuti di sebuah pulau.
Nabila ditemui pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal di sini pada Selasa sempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25).
Tambahnya, dia pernah berasa putus asa suatu masa dahulu kerana terlalu memikirkan pandangan masyarakat terhadap dirinya.
"Dulu saya pernah rasa give up, saya rasa hidup saya tidak berguna apabila mengambil pusing apa yang orang ramai cakap.
"Namun sekarang saya buat tidak tahu sahaja, biarkan mereka cakap apa yang mereka mahu," katanya.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Amy (Search) ini memohon agar kontroversi atau isu yang ditimbulkan olehnya tidak dikaitkan dengan keluarga.
"Apabila ada isu atau perkara negatif tentang saya tolong jangan libatkan ayah kerana saya sudah besar dan bertanggung jawab dengan hidup saya sendiri.
"Saya tidak mahu dia risau kerana dia pun sudah tua, saya mahu dia melihat kerja dan bakat saya bukannya masalah," ujar Nabila.

Shahrizal Jazle Tangguh Kahwin 2015

Posted: 27 Feb 2013 02:14 AM PST

Shahrizal Jazle
KUALA LUMPUR: Pelakon Shahrizal Jazle, 25, memberitahu terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redwani Puteri,25, sehingga tahun 2015.
Kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, ia berikutan permintaan kedua ibu bapa Redwani yang mahu wanita itu menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.
"Ya... kami memang pada awalnya ingin berkahwin awal tapi ibu bapanya mahu dia tamatkan pengajian dahulu.
"Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Sebagai anak kami mengikut sahaja apa yang terbaik bagi keluarga," ujarnya yang menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Shahz ditemui pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal di sini pada Selasa sempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25).
Dalam pada itu Shaz memberitahu, walaupun perkahwinan dua tahun lagi tetapi mereka telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis tersebut.
Katanya, tempat persandingan dengan tema perkahwinan dalam taman akan menjadi pilihan.
"Saya sudah buat sedikit sebanyak persiapan dan sudah ada lokasi perkahwinan nanti iaitu di Hulu Langat.
"Sejak dari dulu saya sudah impikan untuk berkahwin dengan tema dalam taman dan dia (Redwani) setuju," ujarnya.
Dalam pada itu, Shahz mengakui sudah merasai dugaan bertunang biarpun baru tiga bulan menjalinkan ikatan.
"Dugaan pertama ialah jarak dan masa yang mana kami jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.
"Saya juga akan berada di Kedah selama tiga bulan untuk penggambaran drama Rindu Bertaut Di Abu Dhabi.
"Dia juga sibuk dengan pengajiannya, jadi kami agak sukar berjumpa tetapi hanya berkomunikasi menerusi telefon," ujarnya.

Zamani Cerita Soal Jodoh Dan Badan Cengkung

Posted: 27 Feb 2013 02:13 AM PST

Zamani
AMPANG: Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani masih belum berputus asa mencari pasangan hidup selepas mengalami kegagalan dalam hubungan cinta sebanyak dua kali sebelum ini.
Zamani, 42, berkata, pada usianya kini dia sentiasa berharap akan kehadiran seorang wanita dalam hidupnya suatu hari nanti.
"Saya tidak menolak jika bertemu jodoh pada usia sekarang kerana masih belum berputus asa mencari pasangan sesuai untuk saya.
"Ciri-ciri pada seorang wanita bukan menjadi keutamaan kerana yang penting dia dapat menerima bukan sahaja kebaikan tetapi juga kekurangan pada diri saya.
"Walaupun pernah putus cinta sebanyak dua kali sebelum ini tetapi itu tidak bererti saya sudah serik mencari jodoh cuma belum sampai masanya lagi," jelasnya kepada mStar Online.
Zamani ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha Bersama Zamani di sini, Selasa.
Persembahan eksklusif itu bakal diadakan pada 9 April depan di Kelab Darul Ehsan (KDE) bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.
Pelawak Man (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim turut dijemput untuk memeriahkan persembahan yang dijangka akan dihadiri kira-kira 300 tetamu itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang kelihatan cengkung, Zamani berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan berat badan namun gagal.
Menurutnya, selera makannya seperti biasa seperti individu lain tetapi keadaan fizikalnya tetap sama sejak dahulu.
"Dari dulu berat badan saya 45 kilogram dan macam-macam usaha dibuat untuk tambahkan berat badan tapi tak berjaya.
"Malah sekarang badan saya turun dua kilo sehingga ada yang menegur saya kelihatan sakit," jelasnya.
Bagaimanapun kata Zamani, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana baginya dia mengamalkan pemakanan seimbang supaya kekal sihat.
Dalam perkembangan lain, Zamani berkata, dia sangat teruja dengan persembahan Minggu Setiausaha KDE itu kerana ini adalah kali pertama dia terlibat dalam persembahan eksklusif berkenaan.
Zamani akan mempersembahkan 10 buah lagu pada acara itu nanti selain menyelitkan beberapa segmen bersama penonton.
"Setakat ini kami masih berbincang untuk memberi kelainan kepada persembahan itu nanti namun yang pasti saya akan cuba memberikan yang terbaik," jelasnya.
Dibawa oleh Triple Network Solutions (M) Sdn Bhd, penonton yang hadir bakal memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 termasuk percutian ke tempat-tempat menarik dalam negeri.
Tiket dijual pada harga RM173, RM273, RM373 dan RM473.
Untuk tempahan dan pertanyaan tiket boleh melayari www.ilassotickets.com atau hubungi 03-41441330, 012-3770579 dan 017-2332243.

Rosnah Mohd Noor Di HKL, Patah Tulang Paha

Posted: 27 Feb 2013 02:11 AM PST

Wajah terbaharu Rosnah Mohd Noor
PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihadapinya sebelum ini.
Rosnah, 54, berkata, dia dimasukkan ke HKL pada 18 Februari lalu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu bergerak.
"Semasa kejadian saya terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambil saya di Taman Melati (Kuala Lumpur) kerana pada ketika itu saya sudah tidak boleh berjalan.
"Apabila melalui beberapa proses imbasan oleh pihak HKL, saya dimaklumkan ada kesan patah pada bahagian paha saya yang menyebabkan sakit luar biasa sehingga ke pinggul," katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.
Jelas Rosnah lagi, pada Khamis lalu doktor telah melakukan pembedahan memasukkan besi pada bahagian pahanya dan ketika ini dia tidak boleh berjalan sementara menanti penyakit itu sembuh.
Kata Rosnah, dia pada mulanya mahu melakukan imbasan pada tiga bulan lalu tetapi sengaja menangguhkannya kerana masih lagi boleh berjalan dengan bantuan tongkat sehinggalah keadaan menjadi semakin serius.
"Buat masa ini saya masih lagi ditahan di wad dan keadaan saya sudah stabil. Saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan dua orang anak yang menjaga saya secara bergilir-gilir," katanya yang juga terpaksa memakai lampin buat sementara waktu.
Ketika muda...
Ditanya adakah penyakit patah tulang yang dihidapinya itu akibat kesan rawatan kanser payu dara yang dihidapinya tidak lama dulu sehingga menjadikan tulang itu rapuh kata Rosnah, ia turut menyumbang kepada masalah berkenaan.
Bagaimanapun pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 1986 ini bersyukur kerana penyakit itu tidak begitu serius selain mempunyai anak yang sanggup menjaganya ketika sakit.
"Saya rasa beruntung kerana ada anak yang dapat menjaga saya selain saudara-mara juga ramai datang melawat. Cuma rakan-rakan artis sahaja yang tidak tahu kerana saya tidak memaklumkan kepada mereka," katanya.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.

Pelakon 'Kerat 14', Ali Arami Berlakon Dengan Aaron Kwok

Posted: 27 Feb 2013 02:11 AM PST

Ali tidak terburu-buru mengejar peluang berlakon di luar negara.
PETALING JAYA: Pelakon filem Kerat 14, Ali Arami tidak terlalu terdedak untuk mencipta nama di luar negara walaupun mendapat banyak tawaran berlakon dari Hong Kong.
Ali, 23, berkata, perasaan itu wujud kerana dia sedar saingan di peringkat antarabangsa sangat sengit namun menganggap tawaran diberikan satu peluang baik untuk karier lakonannya.
"Siapa tidak mahu dikenali di peringkat lebih tinggi namun pada masa sama kita perlu sedar diri terutama tentang persaingan yang cukup hebat di sana," katanya kepada mStar Online.
Ali memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem di Hong Kong berjudul Detective A di samping pelakon terkenal Aaron Kwok dan bakal muncul dalam beberapa lain karya lagi.
"Walaupun bukan peranan utama namun itu adalah pengalaman yang besar untuk pelakon baru seperti saya," jelasnya.
Dalam pada itu, Ali berkata, faktor dia terpilih untuk membintangi filem Cina disebabkan kebolehannya berbahasa Mandarin selain dia boleh melakukan aksi ngeri sendiri.
Ali pernah menyertai skuad kebangsaan sukan Wushu dari tahun 2008 hingga 2009.
Jelas Ali, dia mempunyai kemahiran itu yang dipelajari sejak di bangku sekolah selain pernah menyertai skuad kebangsaan sukan Wushu pada tahun 2008 hingga 2009.
"Setakat ini semua aksi berbahaya saya lakukan sendiri kerana mempunyai asas dan teknik sukan wushu yang dipelajari sebelum ini. Kemahiran itu telah membuka ruang kepada saya untuk melebarkan sayap sebagai pelakon di luar negara," katanya.
Bagaimanapun kata Ali, jalan yang ditempuh untuk mendapat tawaran berlakon di luar negara bukan mudah kerana terpaksa melalui pelbagai uji bakat sebelum diterima.
Bercakap mengenai pengalaman lakonan, Ali berkata, dia telah mula bergelar pelakon sejak berusia 15 tahun dan kebanyakan drama yang dibintanginya untuk siaran RTM.
"Mungkin banyak drama lakonan saya ditayangkan RTM menyebabkan ramai tidak menyedari kehadiran saya sebagai pelakon," jelasnya.
Sementara itu, Ali berkata, dia mahu mencipta nama di negara sendiri dan berharap dapat berlakon dalam filem dan drama arahan hebat pengarah terkenal di negara ini.
"Kerat 14 adalah filem pertama saya dan berharap ia akan membuka lebih banyak ruang kepada saya sebagai pendatang baru," jelasnya.

Tak akan curang! Izara Aishah setia pada yang satu

Posted: 27 Feb 2013 02:09 AM PST


Izara Aishah
Izara Aishah
Meskipun namanya berada di puncak, pelakon jelita ini tidak pernah menyembunyikan status hatinya yang sudah berpunya. Akui sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka sejak di tingkatan tiga lagi, Izara semakin yakin dengan hubungan yang dibina.

Bagaimanapun pelakon kacukan Melayu-Pakistan ini bingung apabila timbul dakwaan mereka sudah putus hubungan.

"Dakwaan mengatakan saya mempunyai kekasih baru tidak benar. Saya sangat terkejut dengan gosip ini. Sejujurnya saya hanya setia pada yang satu," ujar Izara.

Tegas Izara, dia tidak mungkin mencurangi kekasihnya itu.

"Hubungan kami sangat baik dan boleh dikatakan tiada sebarang masalah antara kami.

"Percintaan kami sejak dari zaman persekolahan tak mungkin saya akan menduakannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka," katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor Fizo Omar.

Melihat dunia artis yang semakin panas dengan kisah putus cinta, Izara berharap perkara itu tidak akan berlaku terhadapnya. Bagaimanapun, dia terpaksa akur sekiranya bukan jodoh mereka.

"Hubungan kami memang serius. Tapi masih belum fikir ke arah yang lebih jauh (perkahwinan)," kata Izara yang masih belum sedia untuk mendedahkan buah hatinya itu.

Semakin memilih?

Sejak membintangi drama 'Vanilla Coklat', nama Izara Aishah semakin menjadi sebutan. Turut popular menerusi beberapa drama seperti Naziha dan Soffiya, naib juara pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, ini mula menjadi rebutan pengarah dan penerbit tempatan tanah air.

Bagaimanapun sejak video tarian tango 'ghairahnya' tersebar di Youtube, ramai yang menyangka pelakon kecil molek ini mula menyepi. Sementelah wajahnya juga jarang kelihatan di kaca TV.

Tidak mudah melatah, pemilik nama Izara Aishah ini menganggap kariernya belum berakhir. Akui Izara, kontroversi itu tidak pula menggugat karier seninya.

"Memang sekarang saya jarang muncul di kaca TV kerana tumpuan saya adalah untuk filem terbaru, Pilot Cafe.

"Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap filem ini," kata Izara yang kini sibuk menjalani penggambaran filem arahan Osman Ali itu.

Membawa watak utama dalam karya adaptasi nukilan Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman, Pilot Cafe mengisahkan tentang dilema seorang gadis terhadap dua lelaki.

Menurut Izara, dia berasa gembira apabila dipilih untuk menerajui watak utama di samping Fahrin Ahmad dan Neelofa.

"Ini adalah gandingan pertama saya bersama mereka. Jalan cerita filem ini sarat dengan kisah cinta.

"Memang pada mulanya saya rasa agak gentar, namun saya akan memberikan yang terbaik demi filem ini," katanya yang turut membintangi filem KL Zombie dan Putera di samping Beto Kusyairi dan Namron.

Tak lupa diri

Semakin 'ghairah' menerima tawaran filem, tidak bermakna aktres kelahiran Batu Pahat Johor ini sudah melupakan drama yang sebelum ini banyak melonjakkan namanya.

Baru saja selesai menjalani penggambaran siri, Oh My English, untuk musim kedua, Izara berkata, dia masih banyak menerima tawaran drama.

Sedar kemampuannya sebagai pelakon baru, dia terpaksa menolak tawaran drama buat masa ini. Malah akui Izara, dia bukanlah semakin memilih seperti mana yang didakwa segelintir pihak.

"Saya akan ambil tawaran mana yang datang dulu, tidak kira drama atau filem.

"Jadual lakonan saya memang padat. Sebab itulah saya tak boleh terima tawaran yang banyak.

"Biarlah saya fokus satu-satu dahulu," katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian di kolej demi memberi tumpuan kepada lakonan.

Zain Saidin nafi nikah Che Ta Julai ini

Posted: 27 Feb 2013 02:08 AM PST


Zain Saidin - Rozita
Zain Saidin - Rozita
PELAKON Oh My English, Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada Julai ini.

Laporan akhbar tempatan semalam menyebut, pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.

Ketika dihubungi, adik kepada Shasha Saidin ini menafikan laporan itu.

"Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan) ," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Che Ta lebih memilih untuk berdiam diri bercakap tentang kisah cintanya dengan pelakon berwajah Pan Asia itu.

Beberapa minggu lalu, mereka bercuti ke Singapura bersama keluarga Che Ta sempena cuti sekolah.

Dalam pada itu, Zain juga akui masih belum ada perbincangan tentang perkahwinan.

"Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah," katanya.

Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai.

"Julai itu bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang datang kahwin ke apa?" katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan, Zain serius untuk bernikah dengan Che Ta dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.

GRO asyik menari, tidak sedar diserbu

Posted: 27 Feb 2013 02:06 AM PST


GRO asyik menari, tidak sedar diserbu
Suasana ketika pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir diserbu Jabatan Imigresen Johor.
SENAI - Keasyikan wanita GRO melayan pengunjung dengan tarian mengghairahkan di sebuah pusat hiburan bertukar kelam kabut apabila mereka menyedari kehadiran anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor di situ.

Ada di antara mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya kerana anggota operasi telah mengepung semua kawasan pintu di premis berkenaan.

Dalam operasi di Johor Bahru pada Ahad lalu, seramai 70 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 53 wanita serta enam lelaki warga Thailand berusia 20 hingga 41 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Timbalan Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, serbuan itu dilakukan hasil aduan awam bahawa terdapat warga asing bekerja sebagai GRO tanpa pas dan permit selain melakukan kegiatan tidak bermoral.

"Semasa serbuan dilakukan, GRO sedang menari di pentas dan menerima kalungan bunga daripada pengunjung lelaki yang datang berhibur di pusat hiburan ini.

"Terdapat juga tarian di antara lelaki dan wanita  dalam aksi tidak bermoral dengan duduk di pangkuan lelaki sambil membelai pasangan masing-masing. Terdapat juga GRO sedang melayan lelaki di meja sambil minum," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Masri yang bertindak sebagai ketua operasi berkata, hasil daripada pemeriksaan, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kesemua warga asing yang ditahan di bawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut jabatan.

Budak 10 tahun mampu bangun, berjalan selepas digilis traktor

Posted: 27 Feb 2013 02:05 AM PST


Budak 10 tahun mampu bangun, berjalan selepas digilis traktor
Hamid(kiri) menunjukkan kesan kecederaan dialami Muhammad Syafiq berserta laporan perubatan mengenai keadaan kesihatan anaknya.
Budak 10 tahun mampu bangun, berjalan selepas digilis traktor
Keadaan Muhammad Syafiq ketika menerima rawatan susulan di wad ICU Hospital Taiping.
ALOR PONGSU - "Bagai mati hidup semula," itu adalah pengakuan kanak-kanak yang terselamat setelah sebahagian badannya digilis traktor pengangkut kelapa sawit seberat dua tan dalam kemalangan di Changkat Lobak, di sini. baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak terbabit, Muhammad Syafiq Hamid, 10 menceritakan, dia dapat bangkit dan berjalan seperti biasa mendapatkan ayahnya yang sedang memandu traktor tanpa sebarang rasa sakit.

Menurutnya, bapanya sedang memandu traktor menuju ke pusat pengumpulan hasil sawit di Changkat Lobak sewaktu kejadian pada jam 2.30 petang itu berlaku, untuk menjual hasil sawit yang dikutip di kebun.

"Saya duduk di sebelah ayah ketika itu dan terjatuh ke bahagian belakang traktor ketika sedang melihat kenderaan di belakang. Saya jatuh terlentang dan digilis tayar belakang traktor.

"Saya terkejut ketika itu dan menyangka telah mati. Tapi saya langsung tidak rasa sakit selepas separuh badan digilis lalu bangun dan berjalan seperti biasa," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Changkat Lobak, semalam.

Bapa mangsa, Hamid Dahaman, 48 berkata, sebaik sahaja menyedari anaknya digilis tayar traktor, dia segera memberhentikan kenderaan lalu bergegas turun untuk menyelamatkan Muhammad Syafiq.

Bagaimanapun, Hamid mengakui telah menerima kejutan apabila Muhammad Syafiq bukan sekadar tidak menunjukkan reaksi kesakitan, malah mampu bangun dan berjalan ke arahnya seolah-olah tiada apa berlaku.

"Saya bimbang dia mengalami kecederaan dalaman dan segera membawanya ke Hospital Selama untuk menjalani pemeriksaan. Imbasan sinar-X mendapati tulang selangka Muhammad Syafiq agak renggang dan dia dimasukkan segera ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan," katanya.

Hamid mengaku, keluarganya terkejut apabila doktor menjelaskan bahawa Muhammad Syafiq mengalami kerosakan pada sebahagian buah pinggang, limpa dan paru-paru sebelah kanan, di samping tulang bahu patah sedangkan kesihatannya seperti tidak
bermasalah jika dilihat secara luaran.

Katanya, doktor berkenaan menjelaskan, Muhammad Syafiq mampu meneruskan kehidupan walaupun banyak organ dalamannya rosak akibat kejadian itu, namun dia tidak dapat menikmati kehidupan aktif seperti kanak-kanak lain.

"Segala pergerakannya kini amat terbatas keranan kecederaan dalaman dan kejadian itu turut mengakibatkan penglihatan sebelah matanya kabur. Dia perlu memakai cermin mata.
"Kemalangan itu juga menyebabkan Muhammad Syafiq terlantar selama 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 10 hari di wad biasa Hospital Taiping. Namun sebalik beberapa kekurangan akibat kemalangan itu, kami sekeluarga bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan nyawa anak bongsu saya," katanya.

Hamid turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sokongan kepada keluarganya termasuk Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang turut meluangkan masa untuk menziarahi Muhammad Syafiq.

Jualan air jampi kian dapat sambutan

Posted: 27 Feb 2013 02:02 AM PST


Jualan air jampi kian dapat sambutan
Pekedai menunjukkan antara produk air jampi yang mendapat sambutan.
ALOR SETAR - Keghairahan segelintir masyarakat mempercayai keajaiban air rukyah atau air jampi yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit, menjadi bijak, mendapat jodoh mahupun naik pangkat wajar dipertimbangkan secara rasional diri masing-masing.

Kebanjiran produk bermotifkan air jampi dilihat memenuhi pelbagai premis termasuk farmasi, pasar raya, kios, butik serta individu sehingga ia bukan lagi perkara asing, sebaliknya seakan-akan telah menjadi sebahagian hidup sesetengah masyarakat.

Peniaga tempatan enggan dikenali, 63, berkata, air jampi antara produk terlaris di kedainya di pasaran masa kini kerana dipercayai mampu merealisasikan hasrat penggunanya.

"Jualan air jampi dapat sambutan hangat kalangan pembeli berikutan ia boleh didapatkan dengan harga serendah RM1 sahaja.

"Kebanyakan pembeli mengatakan mereka tidak perlu lagi bersusah payah habiskan banyak wang, masa dan tenaga semata-mata ingin mendapatkan rawatan bagi setengah penyakit," katanya semasa tinjauan Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, penduduk, Fauzi Zakaria, 55, berkata, penjualan produk air jampi secara berleluasa menyebabkan imej orang beragama Islam sedikit tercemar, ditambah apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kanak-kanak untuk menjual produk itu.

"Jika pihak berkaitan ikhlas merawat, maka air jampi harus diberikan cara ikhlas juga, sedangkan perubatan Islam kaedah terbukti baik, namun kini berlaku pula penetapan harga pada produk itu," katanya.

Fauzi berkata, mendapatkan air jampi daripada individu tertentu bagi merawat menggunakan perubatan Islam tidak bermasalah, namun apabila ia dikomersialkan, keadaan menyebabkannya menjadi tidak ikhlas kerana dirasakan ingin mengambil keuntungan.

Manakala, Muhammad Suhardi Mohd Ali, 38, berkata, air jampi berunsurkan spiritual, maka ia tidak sepatutnya dikomersialkan kerana dikhuatiri bakal menimbulkan salah faham terhadap orang yang mengamalkan agama lain, selain daripada orang Islam sendiri.

Katanya, hanya fahaman akidah yang betul mampu menangani ketaasuban masyarakat terhadap air jampi ini.

"Sebarang perubatan yang digunakan, tidak kira sama ada berunsurkan sains mahupun spiritual (air jampi) keyakinan bahawa ia mampu merawat pelbagai penyakit haruslah terletak pada ALLAH dan bukannya mempercayai manusia ataupun ubat" katanya.

Katanya, tanggapan ini salah jadi jika seseorang itu kurang fahaman, maka secara tidak langsung akidah pihak berkenaan telah songsang dari landasan agama yang sebenar.

Suhardi berkata, jika pihak berkaitan telah meneliti dan menemui bahawa produk ini mendatangkan kemudaratan, seperti harganya tidak munasabah dan tidak bersepadan dengan saiznya, maka mereka perlu membanteras keadaan ini terus berleluasa.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menasihatkan agar air jampi tidak dikomersialkan berikutan kerisauan ia meninggalkan tanggapan tertentu terhadap kaedah perubatan Islam bagi sesetengah pihak.

Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan kriteria penjualan air jampi haruslah berdasarkan satu garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi semua terlibat.

Hans pada mata Elaine

Posted: 27 Feb 2013 01:58 AM PST



BAGAI tidak lengkap kehidupan seorang selebriti andai kisah peribadi tidak disentuh tatkala peluang diberikan untuk bersua dan kali ini Elaine Daly berkongsi ceritanya.
Elaine, 36, akur akan atmosfera yang sedang dijejakinya selaku figura yang menuntut pelbagai penjelasan dan kesimpulan tatkala timbul pelbagai isu, katanya, selagi dia memegang status solo, selagi itu kontroversi tidak akan lekang.
"Saya seorang perancang dan suatu ketika dahulu saya pernah mengimpikan saya sudah mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun dan mempunyai dua orang anak tetapi mungkin jodoh saya belum sampai.
"Bukan tidak mencari tetapi saya menganggap diri ini seorang yang pentingkan kerjaya sehingga saya dilabelkan sebagai seorang yang cerewet dan lelaki pun takut untuk mendekati saya.
"Bagi saya, sebelum berkahwin saya mahu mengenali seseorang lelaki itu sebaik mungkin dan apabila melihat perkahwinan kawan-kawan saya yang tidak kekal lama saya jadi lebih berjaga-jaga supaya hidup saya nanti terjamin.
ELAINE dan Vanessa bakal bergandingan sebagai hos Bella Awards.


"Perceraian bagi saya bukan satu pilihan," kongsinya ketika pertemuan di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini untuk sesi pemadanan baju sempena Bella Awards.
Tambah Elaine, dia ingin mencari seorang lelaki sejati yang jujur dan berterus-terang serta boleh menerima kerjayanya sebagai seorang pelakon, pengacara dan bakal pengarah.
"Paling penting lelaki itu baik dan memahami saya. Saya tidak pernah mengharapkan duit kerana saya pun berkerjaya. Kalau perkara itu yang saya tekankan, awal-awal lagi saya sudah berkahwin.
"Seboleh-bolehnya, lelaki itu berkerjaya, mempunyai cita-cita dan senang berkomunikasi. Kalau berjumpa dengan lelaki yang lebih muda, itu jodoh. Tapi bagi saya kematangan seseorang lelaki itu bermula pada usia 30-an," tegasnya.
Bagaimanapun, Miss Malaysia Universe 2003 itu tidak melihat mengambil seorang anak angkat sebagai penyelesaian untuk mengisi kekosongan hatinya.
Hubungan mesra
Selama 16 tahun mengenali aktor, model merangkap sutradara serta Pengarah Urusan Tall Order Productions Sdn. Bhd., Hans Isaac, Elaine tertawa saat diajukan soalan mengenai hubungan mereka yang khabarnya kembali erat sejak kebelakangan ini.
Ujarnya, hubungan mesranya dengan pelakon filem Cuci itu tidak melibatkan perasaan cinta melainkan kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik.
"Hans dijemput untuk mengacarakan Bella Awards pada 2 Mac depan dan dia satu-satunya pengacara lelaki di samping saya, Daphne Iking dan Vanessa Chong.
HANS dan Elaine sudah mengenali antara satu sama lain selama 16 tahun.


"Mungkin pihak produksi dan penonton melihat kolaborasi Hans dalam rancangan Bella sempena edisi Hari Natal tahun lalu sangat positif, maka mereka memilihnya sekali lagi untuk Bella Awards. Lagipun saya senang bekerja dengan dia.
"Kami ibarat kawan baik selepas berpisah sepuluh tahun lalu dan saya juga anggap dia seperti abang saya. Kedua-dua belah keluarga kami pun rapat. Saya dan Hans sudah tiada sebarang perasaan cinta.
"Sebelum ini pun Hans ada keluar lepak bersama-sama saya dan bekas teman lelaki saya. Kami menghormati satu sama lain dan saya andaikan perpisahan kami adalah perpisahan terbaik sepanjang hidup saya," kata pengacara The Breakfast Show itu lagi.
Ibu, isteri
Elaine bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk menamatkan zaman solonya ketika berusia 20-an malah tidak mudah melenting apabila sering dikaitkan dengan Hans.
"Enam tahun bersama Hans adalah satu tempoh panjang malah, ada antara kawan-kawan saya yang berkahwin pun tidak sampai usia enam tahun.
"Tidak menjadi masalah kalau saya sering dikaitkan dengan Hans sebab kami bersama dalam satu tempoh yang panjang.



"Apapun saya bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin ketika berusia 20-an kerana kematangan dan pemikiran kita berbeza apabila kita semakin berusia. Sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan seorang ibu!" jelas peguam lulusan Universiti London itu.
Diminta mengulas mengenai perkembangan hubungan Hans dan pelakon kontroversi Neelofa yang sering digosipkan bersama sejak tahun lalu, kata Elaine, dia gembira dengan apa pun keputusan Hans.
"Selagi Hans gembira dengan tindakan yang dilakukannya, saya pun gembira. Kalau dia nak kahwin dengan siapa pun saya gembira. Tapi saya tegaskan kami tak akan boleh bersama atau berkahwin kerana kami umpama adik-beradik," ulasnya bersulam ketawa kecil.

Zain tak pernah bincang - Sasha

Posted: 27 Feb 2013 01:58 AM PST

SASHA mengakui terkejut dan tidak mengetahui tentang tarikh perkahwinan adiknya, Zain dengan Rozita yang didakwa bakal berlangsung pada bulan Ramadan ini.


SETELAH kisah percintaan mereka sering diperkatakan media dan peminat, akhirnya pasangan Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 42, mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Rozita menerusi sebuah akhbar semalam yang mendakwa dia dan Zain bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Julai ini.
Namun ia menimbulkan persoalan kerana hujung Julai merupakan bulan Ramadan. Justeru, adakah Rozita dan Zain akan berkahwin pada bulan Ramadan tahun ini?
Bagi mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, Kosmo! menghubungi kakak Zain iaitu bekas anggota kumpulan Elite, Sasha.
Kosmo!: Bolehkah Sasha komen mengenai kenyataan Rozita yang dia akan berkahwin dengan Zain pada hujung bulan Julai ini?
SASHA: Sebenarnya saya agak terkejut dengan perkara tersebut dan langsung tidak tahu apa-apa mengenainya. Lagipun saya baru sahaja pulang dari Sydney, Australia minggu lalu dan Zain sendiri tidak pernah berbincang apa-apa pun mengenainya (kahwin pada hujung Julai).
Adakah Sasha fikir mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan tersebut?
Saya rasa ia sesuatu yang agak mustahil memandangkan ketika itu merupakan bulan Ramadan dan umat Islam sedang berpuasa. Jadi, saya rasa tidak mungkin mereka akan melangsungkannya pada masa berkenaan.
Apabila berita ini tersebar saya ada menghubungi Zain untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Dia memberitahu saya memang dia dan Rozita akan berkahwin, tetapi pada hujung tahun dan bukan pada hujung Julai ini.
Adakah selama ini keluarga merestui hubungan Zain dan Rozita memandangkan umur Rozita dan Zain jauh berbeza iaitu 13 tahun?
Sebagai kakak, saya memang tiada halangan dan Zain bebas memilih sesiapa sahaja yang ingin menjadi teman hidupnya, asalkan dia gembira dengan pilihannya itu. Keluarga kami pula memang mengamalkan sikap terbuka dan merestui hubungan mereka berdua selama ini. Memang faktor umur tidak menjadi halangan dan semua keputusan terletak di tangan Zain.
Memandangkan Zain akan berkahwin pada tahun ini, bagaimanakah pula Sasha sendiri, tidakkan ingin kembali mendirikan rumah tangga setelah bercerai pada tahun lalu?
Keinginan untuk berumah tangga itu memang ada memandangkan saya jenis wanita yang tidak boleh hidup keseorangan, namun jodoh semuanya terletak pada kuasa Allah.
Sepanjang bergelar ibu tunggal adakah mana-mana lelaki yang cuba mendekati Sasha?
Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati dan ingin mengambil saya sebagai isteri. Buat masa ini, ia masih lagi dalam proses penilaian dan mengenal hati budi masing-masing. Saya mahu membuat keputusan yang tepat untuk memilih teman hidup agar pisang tidak berbuah dua kali.
Bagaimanakah dengan perkembangan kerjaya Sasha sekarang ini?
Sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan drama terbaharu saya berjudul Cinta Adam dan Hawa sebanyak 26 episod akan ditayangkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, saya lebih banyak mendapat tawaran membuat pertunjukan fesyen di merata-rata tempat. Cuma sesekali saya turut diberi peluang menjadi pengacara sesebuah majlis serta tampil sebagai artis undangan dalam beberapa buah program TV.

Fiq belum terkubur

Posted: 27 Feb 2013 01:57 AM PST

JUARA Mentor 2 ini dalam rangka mempromosi single berjudul, Setia Hujung Nyawa.


JUARA rancangan realiti nyanyian Mentor 2, Fiq atau nama sebenarnya Mohd. Firdaus Abdul Halim bagaikan sudah hilang daripada dunia seni.
Perkembangan karier penyanyi kelahiran Sabah itu dilihat tenggelam timbul selepas syarikat rakaman EMI Malaysia gulung tikar beberapa tahun lalu impaknya, Fiq seolah-olah merajuk daripada industri.
Sebelum ini timbul dakwaan bahawa Fiq mempunyai pelbagai masalah disiplin termasuklah menolak pertunjukan pentas atas alasan tidak munasabah serta menolak sesi fotografi.
Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, kata Fiq, dia sedang mencari peluang untuk muncul kembali setelah sekian lama menyepi.
"Mungkin saya kelihatan senyap depan mata tetapi sebenarnya saya sibuk dengan undangan persembahan dan kerja belakang tabir.
Saya baru merakamkan beberapa buah single untuk album saya akan datang baru-baru ini.
"Album ini sedikit tertangguh kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan satu persatu dan saya mahu album ini betul-betul sempurna," katanya yang ditemui ketika sesi tayangan perdana khas konsert Led Zeppelin di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kahwin
Ditanya adakah dia merajuk dengan industri seni suara yang dilihat meminggirkannya sejak akhir-akhir ini, ujar anak didik bintang legenda rock Amy Search itu, dia masih terlalu muda untuk dilupakan.
"Peminat sentiasa ada bersama saya, tidak pernah ada istilah merajuk atau memilih untuk berdiam diri. Saya menceburi bidang nyanyian kerana minat jadi, jika keputusan itu saya pilih lebih baik dari awal lagi saya berhenti menyanyi," ujarnya yang kini bernaung di bawah label syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
Selain itu, Fiq menolak dakwaan bahawa dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan malah katanya dia belum mempunyai calon yang sesuai.
"Saya belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, usahkan merancang, calon pun belum ada," jelasnya.
Fiq kini dalam proses mempromosikan single terbaharu nyanyiannya menerusi drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang menggunakan judul sama serta usai merakamkan single Balistik Cinta untuk dimuatkan dalam filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Mengakui turut terkena tempias populariti drama Setia Hujung Nyawa yang telah berjaya mencatat tontonan 4.2 juta, kata Fiq, lagu yang dinyanyikannya berjaya kembali mencuri tumpuan umum.
"Drama itu sangat memberi kesan kepada saya dan banyak membantu menaikkan kembali karier saya. Walaupun lagu itu dimainkan selepas beberapa episod bersiaran di TV, penonton yang meminati drama itu turut meminati saya," tambahnya.

Kapal ditahan bersama minyak curi RM252 juta

Posted: 27 Feb 2013 01:56 AM PST


KAPAL tangki MT Bramani yang ditahan di perairan Pengerang, Johor.


JOHOR BAHRU - Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang di sini pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.
Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.
Katanya, APMM menjejaki kapal itu selepas menerima laporan sebuah syarikat, Glammarine Services, yang mendakwa kapal itu telah hilang ketika berlabuh di perairan Tanjung Agas.
"Kami juga berjaya menemui semula semua muatan kapal itu.
"Ini adalah kes paling besar yang pernah dikendalikan oleh APMM," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jumpa tengkorak dalam lubang

Posted: 27 Feb 2013 01:55 AM PST


MUIDIN diiring keluar selepas perbicaraan hari kedua kes pembunuhan Dirang selesai di Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam


JOHOR BAHRU – Berkat solat hajat dan mengikut gerak hati, seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia dan empat lelaki menemui tengkorak, cebisan tiub tayar dan plastik yang terbakar di dalam lubang tempat rangka Nurul Nadirah Abdullah ditemui pada 8 Mac 2012.
Alan Alip, 50, yang merupakan datuk mangsa bunuh, Nurul Nadirah, 5, atau Dirang dalam keterangannya memberitahu, kesemua barangan itu ditemui di sebuah kawasan rumah terbengkalai di Nusa Damai, di sini.
"Saya bersama jemaah surau sebelum itu mengadakan solat hajat. Kami kemudian memulakan pencarian mengikut gerak hati sendiri sehingga di kawasan rumah terbengkalai itu lapan hari selepas Dirang dilaporkan hilang.
"Di situ, saya lihat dinding simen berwarna hitam seperti kesan terbakar dan apabila menghampiri kawasan tersebut, saya nampak seperti tengkorak di dalam sebuah lubang. Saya juga terlihat ada cebisan tiub tayar dan plastik yang sudah terbakar di dalam lubang berkenaan," katanya di hadapan hakim Datuk Abdul Halim Aman.
Bagaimanapun Alan berkata, ketika itu, dia tidak tahu rangka berkenaan milik siapa dan bertindak menghubungi polis.

Aswara sasar 300 penyertaan

Posted: 27 Feb 2013 01:53 AM PST


BEBERAPA pelajar tekun melukis potret P. Ramlee pada Pertandingan Melukis Potret P. Ramlee di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.


KUALA LUMPUR - Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof. Dr. Hatta Azad Khan menyasarkan 300 penyertaan filem pendek diterima menjelang tarikh tutup Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee pada Sabtu ini.
Ia berdasarkan maklum balas positif yang diterima biarpun tempoh penyertaan berbaki empat hari lagi.
"Ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini khususnya anak muda yang mempunyai minat dan belajar dalam bidang perfileman malah ada golongan yang memang cintakan nukilan karya P. Ramlee," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, menerusi penganjuran pertandingan itu, ia secara tidak langsung mampu memberi pendedahan kepada golongan anak muda untuk mengkaji filem-filem lama.
Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM70,000 iaitu RM20,000 kepada juara, RM15,000 tempat kedua dan tempat ketiga RM10,000 selain lima hadiah penghargaan bernilai RM5,000 setiap satu.
Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di laman web www.aswara.edu.my.

Tapir jantan 100kg mati dilanggar

Posted: 27 Feb 2013 01:52 AM PST


BEBERAPA pegawai Perhilitan melihat tapir yang ditemui mati akibat dilanggar berhampiran Bukit Cherakah, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seekor tapir jantan dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 11, Jalan Batu Arang berhampiran hutan simpan Bukit Cherakah di sini semalam.
Bangkai tapir seberat lebih 100 kilogram itu dijumpai orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan pada pukul 9.15 pagi dan kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.
Difahamkan, ia merupakan kali keempat kejadian tapir mati dilanggar di sekitar kawasan terbabit sejak tahun 2005.
Penolong Pengarah Perhilitan negeri, Ahmad Sahrizan Mohd. Nawawi berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati haiwan berusia kira-kira 15 tahun itu telah mati di tepi jalan raya.
Menurutnya, tapir tersebut mati akibat cedera di badan, kepala dan patah kaki selepas dipercayai dilanggar dan diseret sejauh kira-kira 30 meter oleh sebuah kenderaan yang menuju ke Puncak Alam.
"Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi tadi (semalam) namun sehingga kini tiada maklumat mengenai jenis kenderaan yang melanggar haiwan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Banjir di Terengganu kian buruk

Posted: 27 Feb 2013 01:51 AM PST


SEBAHAGIAN penduduk Kampung Baru mula dipindahkan menggunakan bot ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh selepas kampung mereka dilanda banjir semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 758 orang daripada 243 keluarga berbanding sembilan daripada tiga keluarga kelmarin.
Selain Terengganu, Kelantan turut dilanda gelombang ketiga banjir apabila 456 mangsa daripada 103 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan semalam selain menyaksikan dua remaja mati lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik di sebuah kolam terbiar di Machang.
Di Kuala Terengganu, banjir menyebabkan empat sekolah di Setiu, empat di Hulu Terengganu dan sebuah di Besut ditutup.
Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 6.30 petang, 15 pusat pemindahan telah dibuka.
Di Besut, 160 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan, 132 mangsa di lima pusat pemindahan di Setiu, 339 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Dungun dan 127 mangsa di Hulu Terengganu.
Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin memberitahu, empat sekolah di Setiu terpaksa ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh, SK Kampung Besut, SK Kampung Las dan SK Kampung Bukit.
"Di Hulu Terengganu, sekolah yang ditutup ialah SK Padang Setebu, SK Bukit Tadok, SK Sungai Berua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis sementara di Besut sekolah terlibat ialah SK Kampung La," katanya.
Di Kota Bharu, pula penduduk di jajahan Kuala Krai paling terjejas apabila 236 orang daripada 53 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan manakala di Tanah Merah, 111 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.
Portal e-banjir Kelantan melaporkan, dua sungai utama mencatat bacaan aras air melebihi paras bahaya dengan Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat bacaan 9.95 meter berbanding lima meter paras normal dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard pada bacaan 17.15 meter berbanding 10 meter paras normal.
Selain itu, Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Tangga Krai merekodkan bacaan melebihi paras amaran manakala Sungai Galas di Dabong, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja melebihi paras berjaga-jaga.
Dalam pada itu, dua jalan ditutup kepada semua kenderaan ringan iaitu Kilometer 8, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu berhampiran Kampung Reka dan Kilometer 6, Jalan Tanah Merah-Kusial berhampiran Kampung Ipoh.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Ismail berkata, tiupan angin timuran yang kencang dari barat Pasifik telah tertumpu di kawasan timur dan utara Semenanjung menyebabkan pembentukan kelompok awan hujan besar.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengeluarkan amaran peringkat Jingga iaitu hujan sekejap-sekejap dan kadang-kadang sederhana lebat.

Tengkorak haiwan dijual di pasar Mali

Posted: 27 Feb 2013 01:45 AM PST


SEJUMLAH tengkorak haiwan yang dijual di sebuah pasar di Bamako pada Sabtu lalu. - AFP


BAMAKO, Mali - Sejumlah tengkorak haiwan dijual di sebuah pasar di sini yang dipercayai boleh digunakan untuk mengubah kehidupan pembeli.
Gerai milik Adama Kamara menjual tengkorak buaya yang dipercayai boleh menguatkan tenaga batin.
Tengkorak burung bayan dipercayai boleh membantu seseorang itu memperoleh pekerjaan.
Menurut kepercayaan penduduk tempatan, tengkorak anjing mampu mengubat sakit kepala.
Kamara merupakan penjual ubat-ubat tradisional.

Lembu paling berat jadi tumpuan

Posted: 26 Feb 2013 08:44 PM PST



LEMBU jantan yang bernama Chabal menjadi tumpuan orang ramai pada Pameran Pertanian Antarabangsa di Paris kelmarin.


PARIS - Seekor lembu jantan berusia lima tahun menjadi haiwan paling berat yang dipamerkan pada Pameran Pertanian Antarabangsa di sini kelmarin.
Lembu jantan yang bernama Chabal itu seberat 1,790 kilogram.
Kira-kira 4,000 ekor haiwan dipamerkan pada pameran tersebut yang berlangsung pada 23 Februari lalu hingga 3 Mac depan.
Nama Chabal itu diberikan kepada haiwan tersebut sempena nama bekas pemain ragbi pasukan Perancis, Sebastien Chabal.

Menu lima bintang, gerai tepi jalan

Posted: 26 Feb 2013 08:34 PM PST



SUASANA Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur pada waktu malam sepi tanpa deruman enjin kenderaan.
Pada waktu siang, jalan itu sibuk kerana menjadi laluan utama bagi penjawat awam dan swasta yang bekerja di bangunan-bangunan pejabat sekitar jalan tersebut.
Waktu malam pula, penduduk yang tinggal di kawasan apartmen berhampiran jalan itu lebih tertumpu di beberapa kawasan seperti di restoran McDonald's, kedai runcit 24 jam dan beberapa restoran mamak.
Begitupun, di satu sudut jalan tersebut terdapat sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai. Bukan struktur gerai mudah alih konvensional, ia sebaliknya merupakan sebuah lori kecil yang diubah suai.
Kelompok pelanggan yang memeriahkan suasana di situ boleh memilih sama ada untuk memesan makanan untuk dibungkus dan dibawa pulang mahu pun menikmatinya terus di meja makan yang disediakan.
"Ini kali pertama saya ke tempat makan yang menghidangkan menu ala Barat yang dijual di atas lori dan senario ini amat unik," ujar Nur Aina Omar, 25.
Aina dan rakannya, Sheila Shareena Mohamed Hamidi merupakan penggemar menu hidangan ala Barat seperti spageti, piza, burger, bebola daging dan lasagna.
"Saya tidak sangka akan menemui spageti yang dijual pada harga RM5 di Kuala Lumpur ini. Namun, Humble Chef telah menyangkal persepsi saya itu," jelasnya.
Kunjungan kali pertama Nur Aina dan Sheila dari Puchong ke lori Humble Chef yang terletak di Jalan Damanlela baru-baru ini ternyata berbaloi kerana makanan yang disediakan menepati cita rasa mereka.

WALAUPUN dengan sebuah lori kecil, Humble Chef menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung ke Pusat Bandar Damansara pada waktu malam.


Tambah penjawat dalam sektor swasta itu, dia menggemari tempat makan seperti Humble Chef kerana mempunyai ciri-ciri santai dan ringkas walaupun tempat makan itu terletak di tepi jalan.
Sejak kira-kira empat tahun lalu, Humble Chef sudah dikenali sebagai gerai yang menggunakan lori kecil untuk menghidangkan makanan Barat ringkas seperti spageti, roti pita dan telur dadar (omelette).
Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Humble Chef, pasti berpuas hati dengan harga serta kualiti makanan yang ditawarkan oleh jenama tersebut.
Langkah mula
Pemilik Humble Chef, Rosman Hussin Rizal, 30 memberitahu, idea untuk menghasilkan makanan ala Barat yang dijual dengan lori itu timbul empat tahun lalu.
Ketika itu, lokasi pertama untuk mengenengahkan ideanya itu ialah di hadapan Masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta.
"Dengan hanya dua menu utama iaitu spageti bolognese ayam dan daging, saya nekad untuk menjalankan perniagaan saya sendiri dengan sedikit bantuan kewangan daripada ibu.
"Pada waktu itu, saya berniaga pada setiap waktu tengah hari. Saya yang mengambil pesanan dan saya juga yang akan memasak setiap hidangan.
Hari Jumaat merupakan hari yang paling mendapat sambutan. Kebanyakan yang datang ke lori saya ketika itu merupakan penjawat awam yang dalam tempoh percubaan untuk diet," ujar graduan Diploma Seni Kulinari, Kolej Legend, Kuala Lumpur itu.
Dia tidak meletakkan harapan yang tinggi dan hanya berharap mendapat pulangan harian sebanyak RM100 termasuk keuntungan dan modal.
Menurutnya, setelah beberapa bulan berniaga, dia mengambil keputusan untuk mengubah lokasi perniagaannya itu ke Jalan Damanlela kerana menyukai panorama malam di sekitar jalan tersebut.
"Sebagai seorang bekas pelajar seni kulinari, saya tahu mengenai pasaran makanan di Malaysia. Rakyat negara ini menyukai makanan yang murah dan hidangannya pula ringkas.
"Ketika mula berpindah, saya dan seorang rakan tidak memperoleh banyak pelanggan. Rata-ratanya yang datang untuk bungkus makanan untuk dibawa pulang.

ROSMAN (kanan) turut membantu Mokhtar dalam penyediaan hidangan ala Barat di restorannya.


"Namun, selepas masakan Humble Chef telah diulas baik oleh sebuah laman blog terkenal iaitu Bangsar Babe, pelanggan kami semakin bertambah. Daripada tiada kerusi dan meja untuk pelanggan, kami akhirnya menambah kelengkapan tersebut sedikit demi sedikit," ujar anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.
Ketika ditanya mengenai penggunaan jenama Humble Chef, Rosman memberitahu, idea tersebut datang daripada bapanya yang merujuk kepada sikapnya yang suka merendah diri.
Buka restoran
Selain daripada berniaga dengan lori, Rosman telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka restoran yang terletak di Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara sejak setahun lalu.
Walaupun telah membuka restoran, Rosman masih mengekalkan menu, kualiti dan yang paling penting, harga yang sama seperti yang dijual di lori.
"Setiap resipi yang disediakan untuk pelanggan merupakan resipi rahsia yang dicipta sendiri oleh saya. Penyediaan hidangan tidak menggunakan bahan pengawet dan terjamin halal dan bersih.
"Saya amat mementingkan keaslian sesuatu makanan. Setiap restoran perlu ada signatur tersendiri untuk menarik pelanggan tidak kira menjual makanan tradisional atau masakan Barat," ujarnya mengenai menu di gerainya yang turut menjadi pilihan ramai selebriti tanah air.
Sementara itu, sahabat Rosman yang bertindak selaku tukang masak di restoran Humble Chef, Mokhtar Hashim, 30, memberitahu, dia berasa gembira apabila melihat pinggan kosong dipulangkan ke dapur selepas pelanggan menjamu selera.
"Bagi saya, apabila pelanggan menghabiskan makanan, mereka suka akan hidangan itu. Itu juga merupakan salah satu motivasi kepada saya untuk terus menghasilkan hidangan terbaik kepada mereka," ujarnya.

SUASANA restoran Humble Chef semakin meriah dengan kehadiran pelanggan apabila menjelang waktu makan tengah hari.


Mengimbau kenangan yang tidak dapat dilupakan Rosman adalah apabila seorang pengkritik masakan dari Singapura pernah berkunjung ke restorannya dan memuji masakan Humble Chef.
"Saya tidak tahu bahawa dia merupakan pengkritik masakan. Usai dia menghabiskan makanan, dia mengatakan makanan ala Barat di restoran ini ringkas dan sedap," ujarnya.
Rosman memberitahu, tukang masak di restoran mahupun di lori Humble Chef mampu menyiapkan hidangan spageti dalam masa satu minit.
Selain menggunakan Facebook dan Twitter sebagai strategi pemasaran Humble Chef, Rosman juga percaya bahawa percakapan dari mulut ke mulut yang dibawa oleh pelanggan merupakan strategi pemasaran terbaik.
"Kebanyakan pelanggan setia Humble Chef merupakan pelanggan yang mendengar buah mulut rakan-rakan mereka yang pernah ke lori saya. Dengan itu, secara tidak langsung nama Humble Chef tersebar kepada pelanggan baharu," ujarnya.
Menurut Rosman, dia kini sedang merancang untuk membuka cawangan restoran Humble Chef di Shah Alam.

Wajah baharu Uptown Kota Damansara

Posted: 26 Feb 2013 08:33 PM PST


SUASANA beli-belah di Uptown Kota Damansara semakin ceria dan menyeronokkan.


WAJAH baharu Bazar Malam Uptown Kota Damansara yang lebih sistematik dan kemas dilihat mampu meningkatkan imej peniaga bazar malam di sana. Pengubahsuaian yang dibuat ke atas lot-lot kedai sedia ada juga memberi impak besar terhadap hasrat pihak pengurusan yang mahu menjadikan ia sebagai salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi.
Tampil dengan suasana yang lebih ceria dan segar, bazar tersebut menawarkan pengalaman beli-belah yang mengujakan terutama buat kaum wanita.
Kepelbagaian barangan yang dijual di sana menyebabkan pengunjung rambang mata dalam membuat pilihan.
Pengurus Konsultan Bazar Malam Uptown Kota Damansara atau sebelum ini dikenali sebagai Uptown D'Kota, Siti Hazirah Suwito berkata, proses menaik taraf bazar tersebut sudah bermula sejak awal tahun lalu.
"Proses tersebut terdiri daripada pengubahsuaian aspek fizikal – daripada gerai yang dibina dengan khemah atau kanopi kecil kepada kedai berlantaikan simen dan dinding kaca lutsinar.
"Selain itu, pihak kami juga telah memberi nafas baharu buat medan selera yang ada di sini dengan membawa masuk variasi menu berbeza untuk dipilih oleh pengunjung mengikut kegemaran masing-masing," ujar Siti Hazirah ketika ditemui Kosmo! di Uptown Kota Damansara baru-baru ini.

PELBAGAI koleksi barangan wanita termasuk beg tangan, kasut dan aksesori boleh didapati di sini pada harga yang sangat berpatutan.


Tambah Siti Hazirah, setakat ini terdapat kira-kira 300 peniaga yang mencari rezeki di lokasi tersebut yang sentiasa dipenuhi pengunjung saban malam.
"Hasrat kami adalah untuk menaikkan imej peniaga uptown yang sebelum ini sering dianggap peniaga kelas bawahan kerana menjual barangan yang tidak berkualiti dan sebagainya.
"Justeru, kami akan memastikan produk yang dijual menepati standard sekali gus menepati cita rasa pengunjung yang datang untuk membeli-belah," tuturnya.
Tarik perhatian
Sementara itu, pemilik jenama pakaian Electra, Sya Ramly, 26, mengakui transformasi yang dilaksanakan terhadap Uptown Kota Damansara amat baik untuk peniaga kerana mampu menarik perhatian pengunjung.
Menjual baju dan aksesori wanita bertemakan vintaj dan mengikut fesyen terkini, Sya memberitahu, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.
"Produk yang saya jual di bawah jenama Electra menggunakan pelbagai material seperti fabrik kapas, sifon dan benang bulu biri-biri. Menariknya, ia merangkumi pelbagai saiz daripada XSS hinggalah saiz XXL yang dibeli secara borong dari beberapa negara termasuk China dan Korea. Paling penting harganya sangat berpatutan," ungkapnya sambil tersenyum.
Menjamu selera
Antara keistimewaan lain di sini ialah pengunjung boleh menjamu selera dan melepaskan dahaga selepas penat mencuci mata atau memborong sakan. Pilih sahaja jenis makanan yang digemari, semuanya tersedia di depan mata.
Burger bakar, char kuetiau, nasi ayam, makanan laut, rojak, sup, stimbot dan nasi kukus merupakan variasi menu yang boleh dicuba.

PENIAGA D'Krul Char Kuew Teow, Kamarul Isma Rizal menunjukkan sajian istimewa gerainya.


Peniaga makanan, Sukir Darman, 56, tidak ketinggalan berkongsi hidangan nasi ayam hainan yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk dinikmati.
"Alhamdulillah, setiap hari ramai pelanggan yang datang membeli-belah akan singgah untuk mengalas perut dengan sajian ini. Selain itu, minuman istimewa, Milo dinosaur turut menjadi kegemaran mereka," katanya yang mesra disapa Wak Sukir dalam kalangan peniaga di sana.
Dalam pada itu, sebagai usaha mempromosikan destinasi tersebut, pihak pengurusan turut mewujudkan satu laman web khusus untuk bazar berkenaan.
Melalui laman web streetfashionbazaar.wix.com/damansara, orang ramai boleh melayarinya untuk melihat maklumat terkini dan produk yang ditawarkan secara dalam talian.
Pembangunnya, Junaidah Abdul Aziz, 22, berkata, laman web tersebut telah pun beroperasi secara rasmi pada pertengahan Januari lalu.

'Conteng' dinding di Genting Highlands

Posted: 26 Feb 2013 08:32 PM PST


DARI kiri: Pengarah Akedemik Kolej IACT Sdn. Bhd., Nicholas Lee; artis grafiti, Ooi Kok Chuen; Pengarah Urusan OMD Malaysia, Margaret Lim, Wei Heng dan Philip sempena pelancaran YNOT - Spark Your Creativity with Graffiti.


CONTENGAN grafiti yang banyak memenuhi dinding di sekitar ibu kota sering kali dikelaskan sebagai satu bentuk gejala vandalisme.
Biarpun hasil kerja artis grafiti tersebut sangat menarik, ia masih kurang mendapat perhatian masyarakat ekoran kekangan lokasi khas bagi mereka berkarya.
Grafiti mereka juga bukanlah sekadar lukisan biasa yang dihasilkan secara suka-suka. Kebanyakannya sarat dengan mesej bersifat peribadi ataupun mewakili suara generasi muda yang tidak dipandang serius.
Menyedari masalah yang dihadapi penggiat seni grafiti tempatan, Resorts World Genting dengan besar hati menganjurkan Pertandingan Seni Grafiti 2013, YNOT - Spark Your Creativity with Graffiti.
"Populariti seni grafiti kian melonjak sejak kebelakangan ini dan kami tahu terdapat ramai artis grafiti berbakat di luar sana. Pertandingan ini mampu bertindak sebagai platform bagi mereka mempertontonkan karya seni mereka kepada orang awam.
"Kami sedar, kawasan khusus untuk grafiti sangat terhad dan ramai yang terpaksa melakukannya secara haram. Penganjuran acara sebegini memberi mereka saluran yang betul untuk menunjukkan bakat," Jelas Naib Presiden Pemasaran Genting Malaysia Berhad, Chow Wei Heng pada satu sidang akhbar di Kolej IACT, Petaling Jaya, Selangor.
Penyertaan bagi pertandingan tersebut telahpun dibuka pada 21 Februari lepas sehingga 13 Mac depan. Mereka yang berminat dikehendaki menghantar satu visual asli berwarna lengkap dengan konsep dan idea bertemakan Keseronokan dan Keterujaan kepada laman rasmi Facebook Resorts World Genting, https://apps.facebook.com/ynot_graffiti.
Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka kepada artis grafiti berumur 18 tahun ke atas dan pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka yang mendaftar di bawah kategori pelajar perlu menyertakan salinan kad pelajar bersama hasil karya yang dihantar.
Kesemua penyertaan akan dipaparkan di Facebook bagi membolehkan orang ramai mengundi karya pilihan mereka bermula 15 sehingga 28 Mac depan.
Seramai 20 peserta bagi setiap kategori yang menerima undian tertinggi dan melepasi penilaian panel juri akan bersaing di pusingan akhir. Mereka yang terpilih akan diumumkan di Facebook pada 29 Mac 2013.
Naik Genting

KEKURANGAN kawasan bagi artis grafiti tempatan berkarya mendorong pertandingan YNOT - Spark Your Creativity with Graffiti diadakan. - Gambar hiasan


Selepas kesemua peserta akhir dipilih, mereka akan dibawa ke Genting Highlands bagi bersaing merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000. Selama dua hari, iaitu 11 dan 12 April 2013, para peserta diberi masa untuk menghamparkan karya mereka pada 40 ruang dinding di Taman Tema Luar (Outdoor) Resorts World Genting.
"Dinding-dinding yang disediakan adalah berbeza mengikut saiz. Barisan juri yang akan menetapkan sebesar mana ruang yang akan diperoleh setiap peserta. Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian awal terhadap visual asli yang dihantar ketika pendaftaran," jelas konsultan pertandingan tersebut, Philip Wong yang juga seorang artis grafiti tempatan.
Juara bagi kategori terbuka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan pakej percutian Resorts World Langkawi. Pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai RM2,000 beserta baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel Awana, Genting. Tempat ketiga pula bakal memenangi wang tunai RM1,000 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World, Genting.
Kategori pelajar pula menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1,000 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World. Wang tunai RM800 dan baucar tiga hari dua malam di Hotel First World pula menanti pemenang tempat kedua. Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM500 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World.
Sementara itu, sebanyak tujuh hadiah saguhati berupa baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World juga akan diberikan bagi setiap kategori.
Untuk keterangan lanjut tentang pertandingan, layari laman web www.rwgenting.com atau www.facebook.com/resortsworldgenting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan