Jumaat, 15 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Motorsikal Milik Umie Aida

Posted: 14 Feb 2013 10:00 PM PST

Motorsikal model terbaharu 3 roda yang diberi nama BRP Can-Am Spyder Roadster dengan harga lingkungan mengikut kelasnya, RM103,860 sehingga RM159,350. Memang sebuah motorsikal yang unik dan canggih lah katakan, selebriti mana tak minat, tengok Datin Paduka Umie Aida salah seorang pengemar motorsikal model terbaharu ini.

Walaupun jarang kita lihat Umie di layar perak, namun pelakon ini masih juga ramai follower dilaman sosial miliknya, dan mungkin menunggang motorsikal model ini menjadi hobi masa lapangnya.

Gambar Juliana Evans di Amerika Syarikat

Posted: 14 Feb 2013 09:22 PM PST

Kehidupan Juliana Evans di Amerika yang sedang dok belajar ketika ini memang sangat dirindui oleh peminat pelakon jelita ini. Bahkan kemunculannya di kaca TV pasti menyinari suasana filem/drama berkenaan.

Namun seperti biasa kehidupan di Amerika bukanlah sama dengan di negara sendiri, pasti akan berubah 90 darjah mengikut trend di sana. Juliana yang dikaitkan dengan lelaki tempatan Amerika bernama Nate Miller pada waktu dahulu sememangnya bukan lah menjadi biasa, malah kekerapan mereka bergambar bersama banyak kali dimuat naik oleh Juliana.

Soal cinta dan kehidupan tidak dapat dipisahkan, ini lah gambar yang dimuat naik oleh Juliana ketika berada di Amerika.

Gambar Anak ke-3 Johan, Ozlyn?

Posted: 14 Feb 2013 07:58 PM PST

Inilah dia mungkin anak ke-3 yang dikhabarkan dilahirkan pada awal bulan Januari 2013 yang lalu hasil perkahwinan pelawak, Johan dengan Ozlyn. Namun masih belum ada penjelasan yang nyata oleh Johan sendiri mengenai kelahiran bayi berkenaan. Tidak tahu apa sebabnya. Namun admin yakin, inilah dia gambar anak ke-3 mereka itu.


Kekasih Yuna, Jules tempah Baju Pengantin?

Posted: 14 Feb 2013 07:00 PM PST

Wah adakah Yuna akan mendirikan rumahtangga? atau sekadar memilih baju sesuai untuk sesi video klip lagunya atau anda fikir bagaimana? hehe, baru-baru ni pereka fesyen Hatta Dolmat telah memuat naik gambar Instagram (@hattadolmathdc), jejaka yang dikatakan kekasih Yuna, namanya Jules (@throughjules) telah memakai baju pengantin lelaki di butiknya.

Malah bukan itu sahaja, lagi menguatkan fakta gambar berkenaan adalah apabila Jules ditemani oleh ibu Yuna (@kunumzarai) sendiri. Memang susah untuk menafsirkan situasi ini, namun lebih kepada bentuk untuk berkahwin nampaknya.

Shila Amzah - Masih Aku Cinta

Posted: 14 Feb 2013 05:00 PM PST

Adui bukan main romantik sungguh Shila Amzah ni, siap buat lagu yang dikatakan khas untuk bekas kekasihnya Sharnaaz. Biasalah jiwa perempuan tak sama dengan jiwa lelaki, kan kan.

Dengan status Twitter-nya baru-baru ini yang berbunyi:
"New start, new life, new songs coming out...alhamdullilah " 
Maka lahirlah sebuah lagu berjudul 'Masih Aku Cinta'. Memang tidak dinafikan lirik dan juga iramanya memang berkaitan dengan kehidupan Shila dan Sharnaaz.


Lirik Lagu..
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku..
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu, memanggil nama ku..
Terasa seolah kau masih ada...

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu..
Namun ku, 'kan selalu doakan mu..
Agar kau takkan terus terluka..

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan Kau gusar
Aku, akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia, menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines