Selasa, 19 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Natasha Hudson Hamil/Mengandung

Posted: 18 Feb 2013 09:15 PM PST

Kandungan Natasha Hudson kini dah mencecah usia 6 bulan. Dan ini ada beberapa keping gambar yang menunjukkan Natasha hamil/mengandung bersiar-siar dan bersantai.

Mengingati kembali yang Natasha dan Carleed Khaza dinikahkan pada April 2012 yang lalu.

Elly Mazlein Putus Tunang?

Posted: 18 Feb 2013 08:19 PM PST

Dengar-dengar penyanyi Elly Mazlein putus tunang dengan pengarah, Azmi Md Hatta? menurut petikan di Bharian semalam, perkara ini seperti menjadi rahsia diantara Elly sendiri.

Malah kalau boleh dia nak umumkan disidang khas media tidak lama lagi mengenai hubungannya dengan Azmi samada mereka putus tunang atau bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.

Dikatakan rancangan ijab kabul itu dijadualkan pada bulan Februari 2012 yang lalu dan ditunda kepada Disember 2012 namun sehingga sekarang tiada khabar berita.
"Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang.

"Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan,"

"Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan," -Elly

Gambar Konsert Anuar Zain

Posted: 18 Feb 2013 07:00 PM PST

Baru-baru ini Anuar Zain ada mengadakan konsertnya di Stadium Malawati, Shah Alam dan dianggarkan hampir 6,000 peminatnya membanjiri konsert berkenaan.

Memang ini lah impian Anuar untuk mengadakan konsert selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, jadi nama konsert ini juga dinamakan sempena tempoh masa itu, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad.

Antara lagu yang di persembahkan adalah I'm The Lucky One, Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ajari Aku, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu dan Ketulusan Hati.

Selain itu kehadiran, Nora Danish, Adibah Noor, Dina Malaysian Idol turut menghangatkan konsert berkenaan. - gambar HazmilJapilus

Gambar Anak Sulung Faezah Elai

Posted: 18 Feb 2013 05:20 PM PST

Pelakon, Faezah Elai yang selamat melahirkan anak pada 6 Februari yang lalu kini sudah menayangkan gambar/photo anaknya itu kepada umum melalui laman sosial miliknya.

Nama anak sulung Faezah Elai dan suaminya, Heykal Hanifah itu bernama Dealova Heyrinna (nama pun kelas gitue). Layan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines