Sabtu, 16 Februari 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Tidak Mungkin Cinta Faralyna & Hairul Azreen Terjalin Semula

Posted: 15 Feb 2013 03:32 AM PST

Faralyna tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada bekas teman lelakinya, Hairul Azreen ekoran keretakan hubungan mereka.
PETALING JAYA: Aktres Faralyna Idris tidak terfikir untuk menjalinkan semula hubungan dengan Hairul Azreen walaupun pemuda itu mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan berlaku keretakan terhadap hubungan yang dijalinkan sejak empat tahun lalu itu.
Faralyna, 23, berkata, dia lebih selesa dengan kehidupan solonya ketika ini selain dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya seni yang sedang diciptanya.
"Pada masa ini lebih baik kami berdua menumpukan kepada kerjaya masing-masing. Seandainya jika sudah tertulis jodoh di antara kami, pasti kami akan bersama," katanya kepada mStar Online.
Katanya sebagai pasangan dia mengakui turut memikul kesalahan serupa sehingga menyebabkan hubungan itu tidak menjadi.
Bagaimanapun dia merasakan apa yang berlaku itu dapat mematangkan kehidupannya sebagai manusia.
"Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi ia bukan salah satu pihak sahaja dan seperti Hairul, saya sendiri ada kesalahan yang menyebabkan hubungan itu tidak kekal.
Hairul Azreen.
"Bagaimanapun kami matang dalam hal ini dan memilih untuk tidak memperbesar-besarkan isu ini kerana kami menghormati antara satu sama lain," jelasnya.
Tambah Faralyna, dia juga tidak terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini kerana lebih senang dikelilingi teman dan keluarga.
"Sekarang kehidupan saya lebih baik kerana saya banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan keluarga malah tidak terfikir untuk mencari pengganti," katanya.
Sementara itu, Faralyna baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu untuk siaran RTM.
Dia juga terlibat dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang akan ditayangkan Mac depan
"Syukur kerjaya dalam bidang lakonan semakin baik tetapi saya tidak mahu terlalu mengejar semua benda kerana ingin menapak secara perlahan-lahan dalam industri ini," jelasnya.

Black Akur Terpaksa Dedah Identiti Tunang

Posted: 15 Feb 2013 03:31 AM PST

Black
PETALING JAYA: Penyanyi Black yang sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunangnya akhirnya dia harus berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, oleh sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai "Cira Khairi," di laman sosial Instagram.
"Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh.
"Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi, malu pula seluruh keluarga kami.
"Bagaimanapun, saya sedar, menjadi selebriti juga, kita perlu berkongsi sedikit tentang hal-hal penting mengenai diri kepada orang ramai. Dan kerana itu saya mula memuatkan beberapa foto saya dan tunang di Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Black bersama tunangnya.
Tambah Black yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, dia berjanji akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sudah menetapkan tarikh perkahwinannya.
Black dan wanita berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Namun ia dirahsiakan daripada diketahui umum bagi menghormati permintaan keluarga.
Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini, dia sudah bersedia majlis pertunangannya itu akan terbongkar juga walaupun dia tidak menghebohkannya.
"Mujurlah awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada keluarga pihak perempuan bahawa pertunangan ini sukar dirahsiakan kerana saya seorang selebriti.
Black akhirnya membuat keputusan berkongsi rahsia peribadinya.
"Ditambah pula dengan adanya pelbagai medium sosial, ia cepat tersebar. Tetapi tak sangka pula hal ini dapat dirahsiakan hampir sebulan," selorohnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan lain, Black baru sahaja selesai berlakon filem berjudul Longkai di bawah arahan Hashim Rejab terbitan Metrowealth International Group (MIG).
Dalam filem itu, Black membawakan watak bernama Ketum bergandingan bersama pelakon Erra Fazira dan Wawa Zainal.
"Ini merupakan filem pertama saya dan tak sangka pula lakonan saya diberi respons positif daripada pengarah.
"Tetapi ia agak mencabar juga kerana pada hari pertama, kekok juga dibuatnya untuk berlakon.
"Alhamdulillah, selepas itu saya semakin selesa. Bagaimanapun lakonan ini hanya sekadar mahu mencuba. Karier nyanyian tetapi diutamakan," ujarnya.

'Dia Bukan Kekasih Saya' - Talha Harith

Posted: 15 Feb 2013 03:30 AM PST

Talha Harith
KUALA LUMPUR: Pelakon Talha Harith menegaskan wanita yang dilihat bergambar mesra dengannya dalam beberapa keping foto di laman Instagram hanyalah rakan karib dan bukan kekasih seperti yang didakwa.
Talha, 23, berkata, dia membuat penjelasan tersebut bagi mengelak salah faham dan spekulasi kerana hubungannya dengan wanita bernama Farah Shazreen itu hanyalah berlandaskan persahabatan biasa.
"Saya tidak kisah pun mengenai gambar-gambar kami tersebar sebab tiada apa yang menjolok mata ataupun perbuatan tidak sopan.
"Cuma saya perlu jelaskan wanita itu hanyalah kawan baik dan kami bukan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.
Beberapa keping gambar mesra aktor tersebut di samping Farah dimuat naik pada laman sosial Instagram dan Facebook milik wanita pada Khamis sehingga mencetuskan spekulasi kononnya mereka adalah pasangan kekasih.
Talha bersama wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengannya.
Talha berkata, susulan itu dia segera menghubungi dan menegur Farah atas tindakannya memuat naik gambar-gambar berkenaan.
"Saya terus tegur kenapa dia memuat naik gambar-gambar itu berserta kapsyen my babyboo (kekasih saya) kerana ia menimbulkan salah faham.
"Padahal kami hanya kawan baik sejak tiga tahun lalu dan tiada apa-apa ikatan istimewa pun," terangnya.
Tambahnya, pendedahan berhubung status gambar itu bukan kerana dia mahu menyembunyikan status hubungan cinta daripada peminat.
"Saya cuma tidak mahu timbul salah faham sahaja. Kalau memang dia kekasih tidak apalah tetapi kami hanya kawan biasa," tuturnya.
Terbaharu, Talha sedang menjalani penggambaran drama bersiri 28 episod berjudul Teduhan Kasih untuk siaran TV3.

Kerja Aznil Lebih Mudah Selepas Terima Datuk

Posted: 15 Feb 2013 03:29 AM PST

Aznil Nawawi
KUALA LUMPUR: Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi percaya pengurniaan darjah kebesaran yang diterimanya itu akan melancarkan lagi pelaksanaan pelbagai projek amal yang sudah lama dirancangnya.
Aznil, 51, berkata, gelaran yang diterima pada 1 Februari lalu itu memudahkan dia mendekati dan mendapatkan dana bagi melaksanakan pelbagai projek termasuk membantu rakan-rakan artis muda dan veteran yang kesempitan.
"Kredibiliti (pangkat Datuk) yang saya miliki itu tidak akan dipertikaikan mana-mana pihak kerana ia adalah pemberian daripada pemerintah.
"Sekali gus bertambah mudah dan lancar untuk saya mendekati agensi kerajaan atau syarikat swasta bagi mendapatkan dana atau sokongan terhadap pelbagai projek amal yang saya rancang selama ini," katanya.
Aznil selaku Naib Presiden dan Ketua Ambasador Bahagian Pengurusan Bakat Personaliti Televisyen Astro berkata demikian pada majlis ramah mesra bersama personaliti televisyen baharu saluran berbayar itu di sebuah hotel di KL Sentral di sini, petang Khamis.
Pada acara santai itu, 11 personaliti baharu yang digilap Aznil menerusi akademi pengacaraan sejak enam bulan lalu diperkenalkan kepada pihak media.
Aznil dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu.
Katanya, pelaksanaan beberapa perancangan amal antaranya menubuhkan sebuah yayasan kebajikan untuk artis dan rumah orang tua bagi artis veteran yang kurang bernasib baik menjadi lebih mudah sejak dia bergelar Datuk.
"Memang saya nantikan peluang (Datuk) ini kerana ia memudahkan pelaksanaan pelbagai kerja amal yang saya mahu lakukan.
"Lebih mudah bila dengan gelaran ini untuk kita dapatkan sokongan pelbagai pihak bagi melaksanakan penubuhan dana artis dan rumah orang tua untuk artis contohnya," kata beliau.
Aznil (empat dari kiri) bersama personaliti baru Astro yang diasuhnya.
Tambahnya, kesedaran terhadap perihal perjuangan segelintir artis muda seperti Yuna dan Shila Amzah yang menggunakan bajet sendiri untuk mengembangkan kerjaya di luar menggesanya untuk menubuhkan dana tersebut.
"Dana artis itu belum didaftarkan lagi tetapi ia dijangka ditubuhkan dalam tahun ini juga.
"Kita sudah lihat ramai artis kita yang bersusah payah guna wang sendiri untuk mengembang kerjaya di luar tetapi apa sumbangan kita sehingga mereka berjaya begitu?
"Saya mahu dana yang akan ditubuhkan nanti membantu perbelanjaan artis-artis muda lai melakukan perkara yang sama pada masa akan datang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aznil berkata, dia mahu kesemua personaliti baharu yang dibimbingnya itu memberi fokus pada kerjaya mereka.
"Saya tidak galakkan mereka berlakon atau buat perkara lain selagi kerjaya pengacaraan mereka belum kukuh kerana ada di kalangan mereka yang mula menerima tawaran seni lain.
"Mereka perlu fokus dan terus belajar selok-belok bidang pengacaraan dan penyiaran televisyen jika mahu berjaya sebagai hos yang berilmu," katanya.
11 personaliti itu mengendalikan pelbagai tugasan iaitu pengacara, penyampai berita dan wartawan penyiaran di bawah Astro.
Mereka terdiri daripada Hafizul Kamal, Hilal Azmi, Hazeman Huzir, Syakirin Husnal, CK Faizal, Malissa Sahari, Hakim Hassan, Dahlia Shazwan, Hefny Sahad, Hans Yusoff dan Hana Ismail.

'Asmara Songsang' Papar Kehidupan LGBT Untuk Ditentang

Posted: 15 Feb 2013 03:28 AM PST

Julia Ziegler (tiga dari kanan) bersama para pelakon melakonkan watak dalam pementasan teater >i>Asmara Songsang.
KUALA LUMPUR: Pengarah dan penulis skrip teater muzikal Asmara Songsang, Rahman Adam menjelaskan karya terbaharunya itu turut menyentuh tentang penglibatan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dalam senario politik semasa.
Rahman berkata, beliau bukan secara sengaja memasukkan elemen tersebut tetapi hanya menggambarkan situasi sebenar yang pernah berlaku sesuai dengan skrip yang ditulis.
"Saya akui secara tidak langsung ada beberapa babak yang menggambarkan golongan ini (LGBT) ada terlibat dengan politik, perhimpunan jalanan dan sebagainya.
"Namun saya tidak tujukan senario itu kepada pihak tertentu kerana ia hanya dibuat secara am sahaja," jelasnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran teater muzikal tersebut di Istana Budaya di sini pada Khamis.
Rahman Adam
Tambah Rahman, beliau sedar tindakan itu akan mendapat bantahan daripada segelintir pihak namun dia tetap optimis dalam menghidupkan jalan cerita teater muzikal tersebut.
"Saya sudah bersedia dikritik kerana perkara itu tetapi paling penting mesej yang ingin disampaikan tercapai," katanya.
Asmara Songsang akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac depan. Ia boleh disaksikan secara percuma.
Pementasan ini membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Julia Ziegler, Kamal Adli, Radhi Khalid, Razak Ahmad, Najwa P. Ramlee dan Abby Rossidi.
Dalam pada itu, Rahman berkata, teater muzikal itu lebih memfokuskan kepada gambaran situasi sebenar kehidupan LGBT dan aktiviti gelap yang tidak diketahui masyarakat.
Kata beliau, adalah amat penting ia dipaparkan bagi membuka minda masyarakat bahawa gejala tersebut semakin meruncing tanpa disedari.
Julia Ziegler
"Pementasan teater ini adalah sebagai satu usaha membantu kerajaan untuk menentang kewujudan LGBT yang semakin menular di kalangan remaja dan situasi ini agak membimbangkan.
"Malah ia dapat membuka mata masyarakat terutama ibu bapa yang menonton bahawa perkara itu boleh terjadi di kalangan anak-anak mereka jika gambaran sebenar tidak disampaikan," jelasnya.
Sementara itu, Rahman berkata, teater ini juga agak menarik apabila ia menggabungkan tiga generasi pelakon yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Tidak mengharap keuntungan daripada pementasan itu, Rahman berkata, ia lebih kepada tanggungjawab sosial kepada masyarakat mengenai masalah yang berlaku.
"Kita juga berhasrat untuk membawa teater muzikal ini ke negeri lain dan setakat ini sudah ada beberapa pihak bersetuju," katanya.

Fazley Tidak Terkilan Kurang Dikenali Sebagai Penyanyi

Posted: 15 Feb 2013 03:27 AM PST

Fazley menunjukkan karya terbaharu miliknya.
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Fazley Yaakob tidak akan berkecil hati sekiranya kehadiran beliau sebagai penyanyi tidak dikenali biarpun sudah memiliki lima buah album lagu.
Fazley, 34, berkata, dia memahami para peminatnya terdiri daripada pelbagai golongan yang melihatnya sebagai penyanyi, pelakon, pengacara, pakar motivasi mahupun sebagai chef selebriti sejak menjuarai Masterchef Selebriti Malaysia 2012.
"Saya tak kisah jika orang tidak menganggap saya sebagai penyanyi kerana ia tak penting dan tidak membuatkan saya berkecil hati.
"Walaupun karier nyanyian saya tidak benar-benar kukuh, ia tidak membantutkan keinginan saya untuk menghasilkan lagu," katanya.
Fazley yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini ditemui pada pelancaran buku 'Motivasi Santai #Harian' di restoran Garden Midvalley, di sini, Khamis.
Buku 'Motivasi Santai #Harian' merupakan hasil koleksi kata-kata motivasi yang ditulis Fazley di Twitter menggunakan hashtag #Motivasi dan #Harian.
"Saya sering memberikan inspirasi berbentuk motivasi kepada pengikut Twitter saya yang melebihi 130,000 orang di mana ia disampaikan secara santai dan tidak serius.
"Kemudian apabila peminat mencadangkan saya mengumpulkan kesemua ayat motivasi terbaik di Twitter untuk dimuatkan ke dalam sebuah buku, maka saya menghasilkannya.
"Saya harap, kata-kata yang ada dalam buku ini dapat memberi semangat mahupun menerapkan nilai-nilai positif kepada yang membaca," ujarnya.
Buku mini 'Motivasi Santai #Harian' kini sudah pun berada di pasaran dan dijual dengan harga RM9.90.
Ia juga merupakan buku motivasi ketiga yang dihasilkan Fazley selepas Motivasi Santai Harian Bila April-Cerita Paji dan Motivasi Santai #Cinta.
Dalam perkembangan lain Fazley juga sedang menyambung pengajiannya di sebuah universiti tempatan peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi.
Selain itu, beliau turut mengambil kursus selama setahun dalam bidang masakan di Lecordon Bleu Paris, Kolej Universiti Sunway dekat sini.

Irma & Redza bakal timang anak lelaki

Posted: 15 Feb 2013 03:25 AM PST


Irma Hasmie
Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah.
Setiap hubungan perkahwinan yang dibina pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga.

Bagi pelakon terkenal, Irma Hasmie, dia sangat bersyukur kerana tidak perlu menunggu lama untuk bergelar ibu.

Bakal menyambut kelahiran pertama pada Mac depan, Irma dan suami, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan, teruja menanti kehadiran si kecil.

Menurut Irma, 30, ketika menjalani ujian imbasan doktor mengesahkan dia bakal menimang anak lelaki.

"Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina. Yang penting, kandungan sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah.

"Alhamdulillah, setakat ini, kandungan saya sihat dan semuanya baik-baik sahaja.

"Lagipun, sepanjang tempoh kehamilan, saya tidak mengalami alahan yang teruk," katanya yang masih lagi terlibat dalam pengacaraan program, Assalamualaikum, di TV AlHijrah.


Amal baca Al-Quran setiap hari

Bersedia untuk bergelar ibu, Irma turut menambah pengetahuannya dalam proses kehamilan dengan membaca buku-buku panduan.

Malah, masa terluang yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membaca buku, Al-Quran dan amalan sunat ketika mengandung.

"Setiap hari, saya akan baca Al-Quran dan buku-buku tentang kehamilan. Maklumlah, ini anak pertama saya dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

"Dari buku itu, saya lebih mengetahui tentang ragam ketika mengandung, persediaan, proses kelahiran dan penjagaan bayi selepas dilahirkan.

"Selain itu, saya turut mengamalkan pemakanan sunnah seperti minum air Zamzam dan makan kurma untuk tenaga dalam badan," kata duta tudung, D'Haja ini.


Tidak mahu terburu-buru

Walaupun teruja menanti detik kelahiran bayi sulungnya itu, namun Irma tidak mahu terburu-buru dalam membuat persediaan.

Sentiasa mengingati pesan ibunya agar tidak terlalu teruja, Irma mengakui masih belum membuat persediaan lengkap untuk bayinya itu.

"Dulu, saya memang teruja nak buat persiapan itu dan ini. Namun, ibu berpesan agar jangan terlalu cepat.

"Jadi, kami hanya menyediakan beberapa perkara sahaja buat masa ini. Mungkin selepas ini kami akan membelinya lagi," kata Irma yang turut terlibat dalam menghadiri kelas, Usrah Fitrah.


Kembali aktif selepas bersalin

Tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan dunia seni yang dicintai, Irma memberitahu, dia akan berehat sementara waktu sahaja.

Katanya, selepas proses berpantang, Irma akan kembali dengan tugasnya sebagai pengacara dan berlakon.

"Buat masa ini, saya mahu berehat dari dunia lakonan kerana saya tidak yakin dapat memberikan yang terbaik dalam keadaan berbadan dua.

"Nak bercakap pun 'mengah', apatah lagi nak berlakon. Insya-Allah, jika diberi kesihatan yang baik, saya akan kembali berlakon selepas ini.

"Pun begitu, bukan bermakna saya akan menerima apa jua watak yang ditawarkan. Ia mestilah bersesuaian dengan imej dan status saya sekarang," katanya yang mengakui mendapat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta.

Bermadu kasih bersama teman lelaki, ibu sanggup tinggal anak

Posted: 15 Feb 2013 03:22 AM PST


Bermadu kasih bersama teman lelaki, ibu sanggup tinggal anak
Antara pasangan yang diserbu dalam Ops Mawar Merah.
JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan dua anaknya berusia enam dan 14 tahun semata-mata untuk meraikan Hari Kekasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Lebih memeranjatkan, wanita berusia 40an dan lelaki berusia 33 tahun itu yang tinggal dalam kampung sama di Pontian mengaku datang ke hotel terbabit untuk memadu kasih bersama kekasihnya  yang mempunyai tiga anak dan sudah beristeri.

Pasangan itu antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu membabitkan hotel sekitar Danga Bay, Taman Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan Taman Ungku Tun Aminah.

Menurutnya, operasi yang membabitkan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jaij itu memeriksa kira-kira 19 hotel murah bagi mengekang umat Islam di negeri ini menyambut sambutan Hari Kekasih.

"Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura dan Filipina. Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.

"Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang meraikan sambutan ini," katanya di sini, semalam.

 Ramly berkata, pasangan yang ditahan dibawa ke Jaij untuk diambil keterangan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Pekerja Maim dijel setahun, satu sebat tipu wanita

Posted: 15 Feb 2013 03:19 AM PST


Pekerja Maim dijel setahun, satu sebat tipu wanita
Tertuduh cuba melindungi wajahnya daripada dirakam petugas media
AYER KEROH - Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan seorang pekerja Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dipenjara setahun serta disebat sekali setelah didapati bersalah menipu seorang wanita, tiga tahun lalu.

Hakim, Ahmad Sazali Omar, ketika menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Zullias Rasid Manan, 38, berkata, beliau berpuas hati dengan hujahan pendakwa raya, di mana keterangan saksi pendakwaan iaitu mangsa dan pegawai penyiasat kes adalah tepat dan bukan rekaan.

Dalam hujah penghakimannya, beliau turut berkata, hukuman yang dijatuhkan  mengambil kira keterangan tertuduh yang tidak menafikan berjumpa pengadu (mangsa) seperti keterangan saksi-saksi sebelum ini.

Menurutnya, hujah peguam bela tertuduh, Andrew Lourdes, bahawa tiada sebarang bukti kukuh menunjukkan tertuduh berjumpa mangsa pada tarikh dan lokasi dinyatakan adalah meragukan, serta tidak boleh diterima pakai atas alasan tertuduh sendiri tidak menafikan pertemuan itu.

Pendakwaan kes ini dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Siti Aisyah Mohd Yusoff dengan menawar membantu menyelesaikan kes tangkapan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM1,500.

Kejadian berkenaan didakwa dilakukan tertuduh jam 6.30 petang, 10 Januari lalu di tempat letak motosikal Dataran Pahlawan, Banda Hilir.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan sebat jika sabit kesalahan.

Semasa pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen tiga tahu lalu, tertuduh telah membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas tuduhan berkenaan.

Sementara itu, peguam bela tertuduh memohon supaya mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap tertuduh bagi membolehkan rayuan difailkan.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan penangguhan hukuman, bagaimanapun dengan syarat jaminan RM8,000 yang dikenakan kekal.

Beliau mengingatkan pihak pembelaan memfailkan rayuan pada hari sama dan sekiranya ia dilakukan hari ini (Jumaat) maka mahkamah berhak membatalkan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Padah curi duit tabung masjid

Posted: 15 Feb 2013 03:17 AM PST


Padah curi duit tabung masjid
Nazawawi dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah mencuri wang tabung Masjid Tengku Sulung Kuala Ibai, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU- Seorang bapa kepada tiga anak tergamak mencuri duit tabung masjid atas alasan tidak memiliki pekerjaan, serta dalam masa sama terpaksa menanggung anak dan isteri.

Walau apa juga alasan diberikan, Nazawawi @Shafunizam Md Nor, 38, dari Kampung Kepong, Taman Desa Sepakat, di sini, tetap menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Nazawawi mengaku bersalah mencuri wang tunai sebanyak RM332.80 milik Masjid Tengku Sulung Kuala Ibai, di sini, pada 10 Febuari lalu lebih kurang jam 11.30 pagi.

Dengan itu, dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Nazawawi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan terkutuk Nazawawi yang mencuri duit di dalam tabung masjid telah disedari salah seorang pekerja di masjid itu iaitu Ali Mohd Diah, sebelum memaklumkan kepada penduduk setempat untuk menangkapnya.

Sejurus menerima maklumat penduduk tentang penangkapan Nazawawi, anggota polis ke lokasi kejadian dan menahannya sebelum turut berjaya merampas sebotol gam bertulis 'Rat Glue' warna merah jambu; satu pita pengukur warna kuning dan wang tunai kertas serta syiling berjumlah RM332.80.

Ops Medan: Patah kaki terjun dari tingkap

Posted: 15 Feb 2013 03:13 AM PST


Ops Medan: Patah kaki terjun dari tingkap
Seorang lelaki yang cuba melarikan diri bagi mengelakkan diberkas pihak berkuasa dalam serbuan.
PETALING JAYA – Tindakan berani mati tiga lelaki yang cuba melarikan diri ketika serbuan Ops Medan di Mentari Court, Jalan PJS10 kelmarin mengundang padah apabila ketiga-tiganya patah kaki selepas terjun dari tingkat satu bangunan berkenaan.

Dalam serbuan bersepadu dijalankan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula jam 9 malam hingga 1 pagi di tiga lokasi berasingan itu, ketiga-tiga lelaki tempatan itu dikatakan cuba melarikan diri untuk mengelak daripada ditahan selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Operasi berkenaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Hairy Ahmad bersama 20 anggota manakala enam anggota AADK termasuk seorang pegawai.

Pengarahnya, Mohd Fauzi Maarop berkata, ketika serbuan berkenaan, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis berkenaan.

"Premis berkenaan menjalankan kegiatan judi haram di tingkat atas manakala di bawah adalah restoran," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, AADK menjalankan ujian saringan air kencing terhadap lapan orang dan ketiga-tiga lelaki itu ditahan kerana didapati positif dadah.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah (APD) 1983.

Katanya, MBPJ menyita 27 monitor, 21 komputer dan tujuh kotak syiling mengikut Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007 MBPJ.

Mohd Fauzi berkata, dua lagi serbuan di jalankan di Taman Desa Ria, Jalan PJS5 dan seramai 12 orang disaring.

"Bagaimanapun, kesemuanya negatif dadah dan kami (MBPJ) merampas 12 komputer, 32 cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) serta 34 monitor," katanya.

Suami parah ditikam isteri

Posted: 15 Feb 2013 03:09 AM PST


Suami parah ditikam isteri
Seorang wanita sanggup menikam suaminya kerana ditegur kerap keluar rumah tanpa izin. - Gambar hiasan.
Muka depan Sinar Harian edisi Melaka dan Negeri Sembilan
Muka depan Sinar Harian edisi Melaka dan Negeri Sembilan.
MELAKA - Berang kerana sering ditegur akibat tindakannya kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita bertindak menikam suaminya dengan pisau.

Dalam kejadian jam 10 pagi di sebuah rumah di Malim di sini, Isnin lalu, wanita berusia 27 tahun itu dan bekerja sebagai penyelia kilang, didakwa menikam belakang tubuh suaminya dengan setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun, cedera parah.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa masih mampu memandu kereta dan membawa anak perempuan berusia dua tahun pergi ke rumah keluarganya di Kandang, sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, pasangan suami isteri itu berselisih faham apabila apabila mangsa menegur isterinya yang didakwa sering keluar rumah tanpa izin.

Menurutnya, disebabkan panas telinga ditegur mangsa, wanita itu dipercayai bertindak mengambil sebilah pisau dari dapur dan menikam belakang badan mangsa.

"Akibat kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada hari sama," katanya.

Menurutnya, polis menahan wanita itu di satu lokasi di negeri ini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Difahamkan, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap isteri mangsa semalam bagi membantu siasatan.

Komuter tergelincir di Stesen Shah Alam

Posted: 15 Feb 2013 03:07 AM PST


KTM
Keadaan KTM Komuter yang tergelincir dekat Stesen Shah Alam malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Empat daripada enam gerabak KTM Komuter tergelincir di Stesen Komuter Shah Alam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, komuter tanpa penumpang tersebut dalam perjalanan dari Klang menuju Kuala Lumpur.

Setibanya di stesen, empat gerabak di bahagian belakang tergelincir.

Bagaimanapun pemandu kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sinar Harian yang berada di lokasi mendapati pekerja KTM sedang melakukan siasatan dan kerja penyelenggaraan.

Ia kejadian ketiga melibatkan kemudahan KTM dalam tempoh sebulan ini.

Minggu lalu, kereta api Sinaran Utara tergelincir dengan Kampung Baru, Bukit Mertajam.
Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan awal agi tadi, KTMB berkata, perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Pelabuhan Klang–Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan hari ini ekoran kegelinciran tren Komuter di stesen Shah Alam.
"Perkhidmatan tren komuter bagi sektor ini akan beroperasi seperti biasa dengan kelewatan sekitar lima minit," kata kenyataan itu.
Semasa insiden berlaku, katanya, tren komuter berkenaan kosong, tiada penumpang, dan sedang membuat perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelenggaraan.
"Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1-300-88-5862," kata kenyataan itu lagi.

Datuk kena cekup separuh bogel

Posted: 15 Feb 2013 03:05 AM PST


khalwat
Antara pasangan yang ditangkap khalwat di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.
Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
Penguat kuasa Jawi
Penguat kuasa Jawi memeriksa dokumen mereka yang ditahan ketika serbuan di sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, semalam.
Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.
Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.
KUALA LUMPUR - "Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah," kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih.

Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan.

Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel.

Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan.


Datuk dicekup dengan janda

Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.

Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban.

Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan.

Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.


Jumlah tangkapan menurun

Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan.

Pegawai Penguat Kuasa Kanan Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, operasi di lapan hotel murah sekitar Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa mencatatkan penahanan paling sedikit, iaitu sebanyak 10 pasangan.

"Tangkapan ini adalah melalui operasi pihak kami secara berterusan di kawasan Kuala Lumpur.

"Ini tangkapan paling kecil bilangannya dan ia menunjukkan penurunan daripada tangkapan pada tahun sebelumnya," katanya di pejabat Jawi, semalam.

Menurutnya, pasangan yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun itu turut menerima tiga surat perintah hadir di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Anuar tak mencari cinta

Posted: 15 Feb 2013 03:01 AM PST



SESI fotografi pada lewat petang Rabu beberapa minggu lalu berlangsung jaya dalam suasana yang santai. Imej Anuar Zain yang selama ini cukup sinonim dilihat serius dikuis ke tepi dan dibiarkan penyanyi bersuara lunak itu bermain dengan karakter keanak-anakan pula.
Kata Anuar sebelum perbualan dilanjutkan, fotografi santai yang membongkar sifat nakal dan manja sebegini merupakan pengalaman pertamanya sejak menjadi penyanyi selama lebih 30 tahun.
Satu kelana yang panjang bagi seorang penghibur sejati untuk mengabadikan diri kepada kerjayanya namun bagi Anuar kecintaannya dalam muzik ibarat sebuah perkahwinan yang menuntut kesetiaan.
"Saya sudah berkahwin dengan karier saya selama 30 tahun, ada bahagia ada gundah. Hakikatnya kemanisan itu tidak datang tanpa bersakit-sakit dulu," luah butir katanya bersimpul senyum.
Menjawab soalan nakal yang ditanyakan berkenaan cinta jawab Anuar dia masih solo. Katanya: "Buat masa sekarang saya masih bersendirian, biar ditemukan cinta jangan kita mencari cinta."
Jawapan diplomasi yang sering dilontarkan Anuar apabila ditanya mengenai cinta itu dibiarkan seketika kerana ciri-ciri itu sebenarnya melengkapkan diri seorang Anuar.
Pastinya dia mempunyai percaturan tersendiri.
Menjaga nilai eksklusif dan dilihat seorang yang mahukan kesempurnaan dalam setiap tingkah, Anuar menegaskan prinsipnya bekerja barangkali berbeza dengan penyanyi lain.
"Saya tidak membuat kerja sembarangan apatah kalau kerja itu tidak sesuai dengan saya. Harus ada rasa keselesaan dengan situasi baru yang diambil terutama apabila ia melibatkan imej dan usia saya.
"Saya memilih sesuatu bukan untuk karier semata-mata bahkan lebih kepada kehidupan. Terlebih publisiti bisa membunuh karier sendiri," jelas Anuar.
Privasi
ANUAR reda dengan perubahan lokasi konsertnya saat akhir dari Stadium Putra Bukit Jalil ke Stadium Malawati Shah Alam.


Tidak seperti penyanyi lain, Anuar memiliki pendirian sendiri untuk tidak terlalu terbuka membicarakan soal peribadi dan memperuntukkan sedikit ruang privasi buat dirinya.
"Material itu tidak penting, yang penting adalah kerja dan nyanyian saya. Saya takut dikategorikan sebagai seorang yang menunjuk-nunjuk dan kerana itu saya meletakkan batas-batas tertentu untuk dikongsikan mengenai diri saya.
"Kalau dikatakan saya seorang yang introvert, rasanya tidak kerana saya juga sering keluar dan melepak bersama kawan-kawan saya," kata pelantun lagu Ajari Aku itu.
Anuar juga mengajar dirinya untuk tidak menjadikan laman sosial sebagai medium berinteraksi dengan peminat, kerana baginya laman sosial bersifat kasar, tajam dan kejam.
"Tidak dinafikan Twitter, Facebook dan Instagram itu penting tapi ia menjadikan komunikasi dengan peminat itu nampak negatif.
"Saya melihat internet antaranya boleh menjatuhkan orang jika tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya lebih selesa berinteraksi secara terus dengan peminat maka orang tidak akan manipulasi perkara yang positif," ujar Anuar yang kini baru membuka laman sosial Twitter, Anuar Zain Network.
Nilai bintang
KOMITMEN dan komited terhadap kerjaya, Anuar mendedikasikan konsert mega pertamanya kepada peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.


Anuar turut berkongsi rahsia mengekalkan aura dan popularitinya selama lebih tiga dekad. Dia berpegang kepada empat prinsip dalam kerjayanya.
"Pertama, hubungan kita dengan kerjaya, membahagiakan orang sekeliling dan peminat yang saya lihat paling penting, kemudiannya berkerja dengan ikhlas dan akhir sekali menjaga hubungan dengan media.
"Selain itu perlu ringan mulut dan rajin sedikit untuk bertegur sapa biar dengan orang yang tidak dikenali. Orang pasti akan lebih menghargai kita," ungkapnya.
Melihat kekuatan seseorang artis adalah sokongan peminatnya, Anuar juga percaya akan kuasa keikhlasan. Ujarnya: "Insya-Allah rezeki akan datang kalau kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas."

Reen Rahim tidak serik

Posted: 15 Feb 2013 03:00 AM PST


REEN RAHIM akui masih baharu dan segala yang terjadi akan diambil sebagai iktibar dan pengajaran.


MUNGKIN ramai yang tidak mengenali Reen Rahim, gadis yang telah muncul juara dalam program realiti Pilih Kasih musim ketiga. Namun namanya meniti di bibir peminat setelah dia dihimpit kontroversi tentang lakonannya dengan memakai purdah purdah menerusi drama Sahara baru-baru ini.
Walaupun mengakui terkejut dengan kontroversi yang melanda, namun ia tidak membuatkan Reen Rahim atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Rahim untuk terus menerima tawaran berlakon dengan memakai tudung.
Ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem pertama lakonannya, Gangster Celop, yang bertempat di E @ Curve, Damansara, Kuala Lumpur, Reen dilihat boleh menerima segala yang telah berlaku terhadap dirinya.
Kosmo!: Bagaimanakah perasaan berlakon pertama kali dalam filem?
REEN: Pada mulanya memang saya agak terkejut dengan suasana penggambaran filem dan drama kerana ia memang berlainan. Lagipun, ketika itu, saya baru keluar dari program Pilih Kasih. Jadi ketika itu, saya masih hijau dan agak takut juga.
Tapi saya banyak belajar dengan melihat cara pelakon senior yang lain berlakon dan sebagainya walaupun watak saya kecil. Ahmad Idham juga banyak mengajar saya tentang lakonan dan informasi lain yang perlu saya pelajari.
Anda pernah dilanda kontroversi dengan lakonan bertudung dalam drama Sahara dan kini masih lagi mengambil watak bertudung. Tidakkah anda takut dilanda kontroversi lagi?
Watak kali ini saya sebagai seorang gadis kampung biasa yang bertudung. Tapi, watak dalam drama sebelum ini pegang dan berpeluk. Namun, watak kedua ini berbeza sama sekali. Tiada pegang-pegang namun ada juga babak saya lentokkan kepala ke bahu Kamal, itu sahaja.
Selepas kontroversi itu, bagaimanakah penerimaan dan komen orang terhadap anda?
Jika diikutkan, dalam seratus peratus, lebih kurang 40 peratus sahaja yang mengkritik hebat tetapi yang lain banyak beri respons yang membina memandangkan saya masih baharu.
Semasa anda melakukan babak tersebut, adakah anda terfikir akan keburukan membawa babak demikian? Adakah anda pernah menyuarakan pendapat ketika melakonkan babak itu?
Agak sukar untuk saya komen perkara tersebut. Apa yang dilakukan itu adalah kehendak pengarah. Memang ramai yang komen, kenapa saya tidak bersuara namun mungkin disebabkan saya masih baharu lagi dalam industri membuatkan saya tidak begitu berani untuk mempersoalkannya.
Tapi, sebenarnya dalam babak tersebut, ada mesej yang hendak disampaikan. Saya tersadung dan aktor pula membantu dengan menangkap saya. Tapi, mungkin dari angle yang cantik dan ia diambil sebagai promosi drama. Mungkin sesetengah orang yang tidak melihat apa sebenarnya yang berlaku dalam babak tersebut kerana itu mereka marah. Tapi saya juga akui jika saya individu yang bertudung melihat babak itu, pasti saya akan marah.
Mungkin selepas itu anda akan lebih berhati-hati dan mungkin bersuara atau berbincang dengan pengarah?
Memang saya akui perkara ini mengajar dan mematangkan diri saya. Tapi, saya tidak mungkin takut untuk lakukan apa yang saya minat iaitu lakonan. Sebenarnya, pihak produksi Pilih Kasih pernah menasihati saya di mana saya punyai hak untuk bersuara, tapi dengan cara baik dan dari situ saya banyak belajar.
Adakah publisiti seperti itu sedikit sebanyak membantu populariti anda?
Saya tidak juga rasa begitu tapi pada masa yang sama, saya nampak ramai yang sokong saya walaupun ada yang tidak kenal lagi siapa saya. Ada golongan yang pakai purdah itu wujudkan laman sosial untuk haramkan saya. Apabila jadi begini, semua beri sokongan terutama keluarga. Jika tidak, memang terduduk juga saya.
Adakah ia memberi impak yang besar dalam hidup anda?
Memang besar, kerana ia melibatkan agama. Ada yang menuduh saya tiada pegangan agama. Itu yang membuatkan saya terasa dengan komen tersebut. Tapi kini saya sudah baik dan tidak pernah saya terfikir untuk berhenti berlakon. Saya minta maaf kepada semua yang tersinggung dengan babak tersebut.

Selena temui pengganti Bieber

Posted: 15 Feb 2013 02:59 AM PST


KEMESRAAN yang ditunjukkan oleh Selena dan Alfredo menerusi foto-foto yang dirakam secara curi oleh paparazi ini seolah-olah mahu menunjukkan mereka kini merupakan pasangan kekasih.


SELEPAS putus cinta dengan bintang remaja, Justin Bieber, Selena Gomez tidak perlu menunggu tempoh yang panjang untuk mencari pengganti.
Baru-baru ini, Selena sering dilihat bersama seorang jejaka bernama Alfredo Flores yang dikatakan bertugas sebagai seorang pengarah video muzik.
Menurut sumber kepada akhbar Daily Mail, tugas Alfredo sepanjang berada dengan Selena adalah menghantar dan menjemput bekas bintang Disney itu ke acara Warner Music Group/In Style 2013.
"Kedua-dua Selena dan Alfredo bukan kali pertama muncul bersama dalam khalayak ramai kerana mereka juga pernah dilihat bersama ketika majlis sambutan ulang tahun seorang lagi bekas bintang Disney, Ashley Tisdale di Malibu, California baru-baru ini," tambah sumber tersebut.
Selena menjalinkan hubungan dengan Justin pada penghujung tahun 201, namun hubungan mereka tidak kesampaian dan putus pada Januari tahun ini.

Fahrin Ahmad akui kekok jadi penyanyi

Posted: 15 Feb 2013 02:58 AM PST


FAHRIN kini muncul dengan single sulungnya, Siapa Ingin Membawa.


KEKOK dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran aktor Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa dendangannya sendiri buat pertama kali.
Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan Aiman Hakim Ridza.
Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang.
"Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
"Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja," kata Fahrin.
Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak, Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan adakah dia kini mahu jadi penyanyi?
"Sebenarnya saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum merakam lagu untuk drama ini.
"Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa salahnya untuk mencuba," ujarnya.
Tambah Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya.
"Nyanyian sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan.
"Jika tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran yang diberikan kepada saya," tuturnya.
Bercerita mengenai pengalamannya di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan satu perkara yang mudah.
"Selepas saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi.
"Menyanyi perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama, mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.
"Bagaimanapun, saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur," balasnya.
Abu Dhabi
Berbicara tentang drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi yang menggantikan drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa, Fahrin yakin drama lakonannya itu mampu menarik perhatian peminat.
"Drama ini cukup menarik jalan ceritanya kerana naskhahnya berdiri dengan sendiri. Drama Setia Hujung Nyawa mempunyai ramai pengikut mungkin kerana cerita daripada sebuah novel popular.
"Saya berharap drama Rindu di Abu Dhabi akan mengatasi drama Setia Hujung Nyawa. Gementar juga kerana saya dengar rating drama itu sangat tinggi," ungkapnya.
Bercakap tentang pengalamannya sepanjang sebulan menjalani penggambaran drama di Abu Dhabi, kata Fahrin, pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri.
Namun, keramahan rakyat Malaysia di sana melayan semua kru dan pelakon menyebabkan mereka merasa seperti berada di tanah air sendiri.
"Abu Dhabi memang tempat yang cantik untuk bercuti tetapi kalau sudah hampir sebulan duduk di sana tetap rindu nak balik Malaysia. Nasib kami baik, di sana ramai rakyat Malaysia, jadi tidaklah rasa janggal sangat," terangnya.
Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 11 Februari lalu itu mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin) yang membawa diri ke Abu Dhabi kerana difitnah.
Angkara fitnah tersebut, Firdaus terpaksa memutuskan pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shila).

130 terkandas di lapangan terbang

Posted: 15 Feb 2013 02:57 AM PST

SEBAHAGIAN daripada 130 peneroka yang gagal menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing ketika terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA – Hasrat kira-kira 130 orang peneroka Felda untuk terbang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah semalam terbantut apabila mereka secara mengejut dimaklumkan bahawa penerbangan mereka dibatalkan pada malam sebelum berlepas.
Lebih mengecewakan, ada sebahagian daripada mereka mendakwa tidak dimaklumkan tentang pembatalan itu dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk ke Jeddah seperti yang dijadualkan oleh pihak ejen.
Rata-rata mereka yang terdiri daripada peneroka yang datang dari beberapa kawasan Felda di Johor kelihatan hampa sehingga ada yang menitiskan air mata ketika terkandas di lapangan terbang kerana penantian selama berbelas tahun untuk mengerjakan umrah tergendala.
Kosmo! difahamkan, insiden itu berlaku kerana ejen yang dilantik untuk menguruskan perjalanan mereka ditipu oleh seorang perantara yang diminta menguruskan tiket penerbangan para jemaah.
Seorang daripada jemaah, Tumiran Perman, 57, dari Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi berkata, dia hanya mengetahui pembatalan pemergiannya ke Jeddah lebih kurang pukul 4 pagi ketika dia bersiap sedia untuk ke lapangan terbang.

Pesawat terbalik semasa mendarat

Posted: 15 Feb 2013 02:54 AM PST

BEBERAPA anggota polis dan penyiasat berdiri dekat pesawat penumpang syarikat Southern Airlines yang terbalik dekat Donetsk kelmarin.


KIEV, Ukraine - Lima orang mati dan 12 lagi cedera kelmarin selepas sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbalik semasa membuat pendaratan cemas dalam cuaca berkabus tebal dekat bandar Donetsk, menurut beberapa pegawai pentadbiran.
Sebahagian daripada badan pesawat itu turut terputus.
Seorang pramugari disenaraikan sebagai orang yang hilang dalam nahas itu.
Pesawat Antonov An-24 buatan Rusia itu sebelum ini berlepas dari bandar Odessa dengan membawa 45 orang.
Punca nahas masih belum diketahui.
Ia mendarat 700 meter dari landasan sebuah lapangan terbang.
Pesawat berkenaan dikendalikan oleh sya-rikat Southern Airlines.

Komponen senjata api dijadikan peralatan muzik

Posted: 15 Feb 2013 02:52 AM PST


REYES berdiri di belakang sebuah peralatan muzik yang dicipta dengan menggunakan komponen senjata api tetapi boleh mengeluarkan bunyi gitar bes.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang pengukir terkenal, Pedro Reyes menghabiskan masa selama dua tahun untuk menghasilkan pelbagai jenis peralatan muzik dengan menggunakan komponen daripada 6,700 senjata api.
Menurut laporan agensi berita AP semalam, bekalan senjata api itu diperoleh daripada polis yang merampasnya.
Reyes juga memperoleh bekalan tersebut daripada pemiliknya yang menyerahkannya secara sukarela kepada polis.
Antara peralatan muzik yang dihasilkannya ialah xilofon, piano dan dram.
Dia juga mencipta peralatan muzik yang boleh mengeluarkan bunyi seperti gitar bes.

Spesies baharu burung hantu ditemui di Indonesia

Posted: 15 Feb 2013 02:51 AM PST

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor burung hantu spesies baharu yang ditemui di Lombok.


JAKARTA - Sekumpulan penyelidik menemui spesies baharu burung hantu di Indonesia, kata seorang saintis, George Sangster semalam.
Burung hantu Rinjani Scops berwarna putih dan perang itu pada mulanya ditemui di Pulau Lombok pada tahun 2003 ketika para penyelidik mencari burung hantu lain.
"Kini terdapat seekor burung hantu yang cantik berasal dari pulau itu.
"Kami berharap lebih ramai pemerhati burung akan melawat Lombok," kata Sangster.

Perdagangan komoditi eksotik

Posted: 15 Feb 2013 02:50 AM PST



KELIHATAN kain rentang Sate Kobra dengan gambar ular tedung mengembangkan kepala terpampang di sebuah gerai menjual sate ular tedung di Mangga Besar, Jakarta, Indonesia. Gerai tersebut hanya dibuka pada sebelah malam dan di tepi gerai itu terdapat sebuah sangkar yang dipenuhi ular tedung.
Seorang pelanggan memesan seekor ular lalu peniaga berkenaan mengambil penyepit untuk menyepit kepala ular tedung yang cuba melawan.
Kepala ular itu dipenggal dan darahnya dimasukkan ke dalam cawan. Kulit ular kemudiannya disiat dan perutnya dibelah bagi mendapatkan hempedu dan sum-sum tulang. Hempedu dan sum-sum tulang itu turut dicampur bersama-sama dengan darah ular berkenaan. Daging ular kemudiannya dipotong kecil-kecil dan digaul dengan rempah sebelum dicucuk dengan lidi serta dibakar.
Di sebuah lagi wilayah di Indonesia, Yogyakarta, terdapat restoran yang menjual burger dengan menambahkan daging ular terutamanya ular tedung di dalamnya.
Mengikut kepercayaan sesetengah orang memakan daging, meminum darah dan hempedu ular dikatakan baik untuk kesihatan, melancarkan pengaliran darah dan menguatkan tenaga batin lelaki.
Industri fesyen
Bagaimanapun, selain diburu untuk dagingnya, kulit ular amat bernilai dalam industri fesyen dunia. Kulit ular sawa contohnya mempunyai corak dan warna yang cantik mendapat permintaan tinggi di Eropah.
Portal di India, Bihar Times melaporkan label fesyen terkenal seperti Jimmy Choo, Donna Karan, Mulberry, Gucci, Prada, Roberto Cavalli serta Yves Saint Laurent menggunakan kulit ular untuk menghasilkan baju, kot, beg dan kasut.
Pereka fesyen, Erdem Moralioqlu serta Proenza Schouler contohnya memperagakan pakaian dan beg daripada kulit ular sawa yang eksotik sebagai koleksi musim panas 2013.
Hermes, Gucci dan Prada merupakan pelanggan utama kulit ular sawa kerana mendominasi hampir 75 peratus daripada nilai dagangan barangan tersebut, lapor Pusat Perdagangan Antarabangsa (UTC) iaitu anak syarikat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WHO).
Eksport Asia Tenggara
BBC melaporkan dalam industri kulit ular lebih setengah juta kulit ular sawa dieksport setiap tahun dari Asia Tenggara sahaja membabitkan nilai lebih RM3 bilion.
Insentif lumayan yang diberikan kepada penangkap-penangkap ular menyebabkan semakin ramai yang masuk ke hutan mencari ular.
Di Indonesia, penangkap ular di kampung-kampung boleh mendapat sehingga RM90 untuk kulit ular yang besar.
KULIT ular sawa sangat berkualiti dan mempunyai nilai pasaran tinggi dalam dunia fesyen.


Namun, apa yang lebih tragis label fesyen mengaut keuntungan lebih besar apabila kulit ular itu berakhir menjadi beg di butik-butik fesyen di Perancis atau Itali pada harga sehingga RM40,000.
Permintaan kulit ular paling tinggi bagi kulit berukuran tiga hingga empat meter panjang.
Bagaimanapun, untuk membendung perdagangan ular sebagai satu komoditi agak sukar ekoran penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Selain itu, kulit-kulit itu dieksport secara haram dan terselindung di sebalik kargo-kargo yang mempunyai label barangan lain.
"Ia bergantung kepada pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan undang-undang. Kekurangan dana, tenaga pekerja dan kepakaran menyukarkan usaha tersebut.
"Adakalanya, ada pihak berkuasa tempatan yang tidak mengambil peduli tentang penyeludupan itu," kata Olivier Caillabet pengarang bersama, Pusat Perdagangan Antarabangsa kepada BBC.
Implikasi negatif
Cara ular-ular tersebut ditangkap di habitat asalnya juga boleh membawa implikasi negatif kepada ekosistem dunia. Ular sawa di habitatnya memerlukan masa yang agak lama untuk membesar dan penangkapan secara berleluasa pasti membawa implikasi tidak baik kepada alam semula jadi.
Dilaporkan pada tahun 2005, lebih 350,000 kulit ular terutamanya spesies ular sawa diimport secara sah oleh negara-negara Eropah.
Berdasarkan rekod tahun 1985 hingga 1998, Indonesia mengeksport lebih 4.5 juta ular sawa sama ada ular yang masih hidup atau kulit sahaja.
Di negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, New Zealand, Sri Lanka, India dan Filipina, ular yang ditangkap di habitat asalnya berusia antara tiga hingga empat tahun. Ular tersebut turut dieksport ke Amerika Syarikat, Eropah, Kanada dan China.
Penangkap ular

PELAPAH memaku atau menggantung ular bagi memudahkan kulitnya disiat dari badan.


Menurut laporan Daily Mail pula, untuk mengaut keuntungan daripada industri berkaitan ular di Indonesia, ia bergantung kepada kumpulan penangkap ular.
Kumpulan-kumpulan itu bergerak di dalam kawasan semak, hutan atau padang rumput dengan memasang jerat atau jaring.
Ular-ular yang ditangkap disimpan di dalam beg kanvas dan dijual kepada pelapah-pelapah kulit ular tradisional.
Di negara tersebut dianggarkan terdapat 175,000 individu terbabit dalam industri berkenaan dengan 150,000 merupakan penangkap ular.
Bakinya merupakan pelapah kulit ular dan agen-agen penjual ular antarabangsa. Laporan itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Perdagangan Amfibia dan Reptilia Indonesia.
Penangkapan, membunuh atau memperdagangkan reptilia tersebut di India adalah salah di sisi undang-undang negara berkenaan sejak pengenalan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Namun, hakikatnya ia masih gagal menurunkan secara drastik penangkapan dan pembunuhan ular.
Ramai orang mendakwa mereka menggunakan kulit daripada ular yang bersalin kulit dan tidak membabitkan pembunuhan reptilia tersebut.
Namun, Bihar Times menegaskan ular hanya bersalin kulit beberapa kali sepanjang hidupnya.
Semasa bersalin kulit, ular menggosokkan kulit lama di permukaan kasar. Warna kulit lama itu pudar, kering, nipis dan tidak sesuai untuk dijadikan apa-apa produk. Ular mesti mati, jika hendak dapatkan kulitnya, tegas Bihar Times.
Aktivis haiwan
Aktivis haiwan telah lama berkempen membantah penggunaan kulit ular dalam industri fesyen. Daily Mail melaporkan, aktivis menyatakan penggunaan kulit ular tidak berperikemanusiaan dan tidak terkawal.

SEKUMPULAN pekerja menggunakan gunting untuk melapah ular di sebuah pusat reptilia eksotik itu di Cirebon, Indonesia.


Clifford Warwick, seorang pakar reptilia Britian berkata: "Industri kulit telah menjadi satu fesyen ketika ini. The Vogue memasukkannya dalam majalah dan ia kelihatan menarik."
Selebriti seperti Kylie Minogue pernah dirakam fotonya memegang beg kulit ular sawa berwarna emas jenama Zagliani berharga RM7,000 di London pada tahun 2007.
Warwick berharap selebriti perlu berfikir dua kali ketika ingin membeli beg kulit seumpama itu kerana produk tersebut dihasilkan daripada kulit ular.
Ramai juga aktivis yang mempertikaikan kekejaman terhadap reptilia tersebut terutamanya ketika proses melapah.
"Pelapah ular tidak memenggal kepala ular yang bersaiz besar, jadi mereka memaku reptilia itu ke pokok. Kemudian, mereka memasukkan saluran paip ke mulut ular dan menyebabkan badan ular kembang seperti belon sekali gus memudahkan kulit disiat.
"Selepas itu, badan ular dibuang ketika ia masih hidup. Ular itu menderita sehingga dua hari sebelum mati," katanya.
Meskipun terdapat dakwaan hanya ular yang diternak digunakan, para pakar mengingatkan bahawa penyeludupan kulit ular haram semakin berleluasa termasuk di Asia Tenggara.
Warwick menegaskan, ular tersebut bukanlah diternak. Ular sepanjang tiga meter mengambil masa sehingga lima tahun untuk sebesar itu. Tidak mungkin, petani mampu menjaga dan memberi makan dalam tempoh masa tersebut.

Kecil dan mudah dibawa

Posted: 15 Feb 2013 02:49 AM PST



PENANGAN kek balang atau kek jar mencetuskan fenomena baharu terutama dalam industri pembuatan kek ketika ini kerana keunikan kek yang berada di dalam balang kecil.
Selain keenakan rasanya, ia juga mudah dibawa sehingga menjadi pilihan ramai terutama dalam kalangan penggemar kek.
Melihat kepada senario itu, ia turut memberi nafas baharu kepada pengusaha-pengusaha kek untuk membuat kek di dalam balang.
Tidak terkecuali, pasangan suami isteri Rosazliza Ramli, 34, dan Ahmad Nazrol Hud, 35, yang turut mengusahakan kek tersebut.
Rosazliza berkecimpung dalam dunia pembuatan kek sejak tiga tahun lalu, namun kehadiran kek balang tidak disedari sehingga salah seorang pelanggan memintanya untuk membuat kek dalam bekas balang kaca. Dia yang mula belajar membuat kek berkenaan kira-kira sebulan lalu mengakui tertarik apabila diberitahu mengenai keunikan kek tersebut.
Bakar dahulu baru isi
Pada mulanya, akui Rosazliza, dia sendiri tidak tahu cara-cara menghasilkan kek tersebut dalam balang. Namun, itu tidak menghalangnya untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Justeru, dia mempelajari selok-belok membuat kek itu menerusi internet.
Bertutur lanjut mengenai pengalaman pertamanya, ibu kepada tiga orang anak itu memberitahu, cara-cara yang diajar menerusi kebanyakan pengusaha kek meletakkan terus adunan kek ke dalam balang lalu membakarnya.
"Ia mudah memandangkan proses membuat kek tersebut adalah seperti biasa iaitu mengadun bahan-bahan yang terdiri daripada tepung, keju, gula lalu membakarnya.
"Sebelum membakarnya, kesemua balang perlu diletakkan di dalam loyang yang diisi dengan air lalu masukkannya dalam ketuhar," katanya sambil menyifatkan ia umpama seperti mengukus kek.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, kaedah itu dilihat sukar kerana untuk menghasilkan corak di dalam itu bukan kerja yang mudah.
Cara tersebut akan menyebabkan ukiran yang dihasilkan dalam balang kecil itu akan menjadi comot.
KEK balang juga sesuai dijadikan kek hari jadi dengan hiasan tambahan seperti lilin di atasnya.


Justeru, dia yang kreatif dalam pembuatan corak mengambil inisiatif sendiri untuk mencipta resipi terbaharu dengan membakar adunan kek terlebih dahulu.
Sejurus itu, dengan menggunakan acuan bulat dan kecil mengikut bentuk balang, anak jati Taiping, Perak itu memberitahu, dia akan masukkan kek yang telah siap dibakar itu secara berperingkat.
Kaedah itu membantunya untuk menghasilkan pelbagai corak dalam balang kecil tersebut.
"Ia lebih mudah dan apa yang penting saya boleh mengukir pelbagai jenis corak yang menarik dalam ruang balang yang kecil itu," katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Taman Seri, Meru, Klang, Selangor.
Wanita yang tidak lekang dengan senyuman itu menyifatkan selain cara penghasilannya yang remeh, kek balang memerlukan seseorang kreatif bagi penghasilan corak yang cantik dan kemas.
Menurutnya lagi, sesiapa sahaja boleh menghasilkan kek balang tetapi untuk menaikkan seri dalam balang itu bukan mudah. Ia memerlukan seseorang lebih kreatif dalam bermain dan mencuba pelbagai jenis corak.
Mengulas lanjut mengenai kek berkenaan, ujar suri rumah itu, dia menghasilkan empat jenis kek seperti red velvet, oreo cheese, kek pelangi dan kek keju durian.
Dia juga menyarankan kek yang diperbuat daripada keju dan krim disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan mudah rosak.
Begitupun, satu balang kek itu yang boleh dinikmati oleh dua orang boleh bertahan lebih seminggu.

MEMASUKKAN krim ke dalam balang merupakan tugas yang sukar kerana ia mudah menyebabkan balang comot.


Kesemua kek itu dijual pada harga RM8 hingga RM12, tetapi harganya bergantung kepada jenis kek dan gubahan balang itu yang terdiri daripada reben dan bunga.
Kek tersebut juga sesuai dijadikan hantaran, majlis hari jadi, ole-ole untuk tetamu dan banyak lagi.
Tidak menang tangan
Pasangan suami isteri tersebut mengakui disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan pelanggannya, ia membuka lebih rezeki mereka.
"Sejak mengusahakan kek itu, saya mendapat tempahan sehingga 2,000 balang. Saya tidak sangka sampai begitu banyak tempahan. Namun, mujur suami, anak-anak dan adik-beradik membantu untuk menyiapkan tempahan," katanya yang tidak mengupah pekerja kerana menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
Sejak jumlah pelanggan meningkat dan permintaan terhadap kek balang berganda, operasi membuat kek balang dijalankan dengan penuh teliti.
"Saya mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kesemua pelanggan. Walaupun terpaksa mengambil masa selama tiga hari (jika tempahan banyak) saya menggunakan ruang masa dengan sebaik mungkin.
"Bagi saya, hasil kerja perlu kemas dan bersih, barulah pelanggan berpuas hati," ujarnya sambil memberitahu kek tersebut turut menarik minat pelanggan dari Tanjung Malim, Perak dan Rawang, Selangor yang sanggup ke rumahnya.

KEK balang mula mendapat perhatian peminat sejak sebulan lalu.


Selain kek dalam balang, pasangan itu turut menjual beberapa jenis kek lain seperti kek cawan, mufin, kek fondant dengan pelbagai hiasan mengikut cita rasa pelanggan.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba atau menempah kek balang, anda boleh hubungi Ahmad Nazrol di 019-5720 120 atau layari blogspot di kekdihatiku.blogspot.com.
Perlu teliti
Sementara itu, lain pula bagi seorang pengusaha kek di Ipoh, Perak, Muhammad Zafri Zakaria, 39.
Menurutnya, dia lebih gemar meletakkan adunan kek terus ke dalam balang lalu membakarnya seperti biasa.
"Proses pembuatannya mudah, tetapi jika mahu mengukir corak ia menuntut ketelitian. Pada kebiasaan, jika meletakkan adunan terus ke dalam balang, agak sukar untuk membuat corak.
"Oleh itu, saya tidak membuat corak kerana tidak mahu kek dalam balang itu comot dengan gubahan yang dilakukan dengan sapuan krim," jelasnya.

Aksi si cilik di gelanggang bola

Posted: 15 Feb 2013 02:48 AM PST


SEBELUM memulakan aksi, kumpulan kanak-kanak ini sempat merakam gambar bersama barisan jurulatih dan pihak penganjur, Samsung diwakili Elaine (tengah depan).


PENUH bersemangat. Itu yang dapat dilihat pada aksi sekumpulan kanak-kanak yang berpeluang mengikuti Kem Bola Sepak Remaja Samsung-Chelsea baru-baru ini.
Seramai 180 kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 13 tahun terpilih menyertai program tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Ini termasuklah anak-anak kurang bernasib baik dari Rumah Sayangan, ahli Little League Malaysia dan Kelab Bola Sepak Remaja Kuala Lumpur.
Ketua Penjenamaan dan Komunikasi Korporat Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Elaine Soh berkata, aktiviti tersebut merupakan salah satu komitmen berterusan mereka dalam usaha memupuk semangat kanak-kanak serta belia melalui sukan dan gaya hidup sihat.
"Sebagai pemimpin global dalam media digital dan teknologi penumpuan digital, program ini adalah sebahagian daripada kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Samsung yang telah dilaksanakan buat kali ketiga.
"Apabila melihat keceriaan yang terpamer pada wajah kanak-kanak yang menyertai program ini, kami rasa puas dan berharap ia mampu memberi pengalaman berguna kepada mereka," ujar Elaine ketika ditemui Kosmo! di Pusat Sukan NPNG.

KEMAHIRAN taktikal bermain bola sepak turut dipelajari para peserta dalam program kali ini.


Kesemua kanak-kanak tersebut menerima tunjuk ajar daripada empat jurulatih remaja kelab bola sepak terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea atau The Blues.
Walaupun tidak pernah mengikuti latihan formal dalam sukan bola sepak, tetapi masing-masing berjaya menampilkan aksi menarik dan tersendiri ketika berada di gelanggang.
Perkara itu diakui oleh ketua jurulatih, Steven Allan Winnet, 31, yang datang ke Malaysia buat kali ketiga bagi mengikuti program anjuran Samsung itu.
"Semua peserta cilik kem bola sepak ini sentiasa bersemangat menjalani latihan sama ada dalam aspek teknikal mahupun taktikal. Saya sendiri teruja melihat kesungguhan mereka.
"Mereka ada bakat, cuma ia perlu diasah secara berterusan jika mahu menjadi pemain bola sepak yang berjaya apabila dewasa kelak," luah Allan Winnet yang berpengalaman sebagai jurulatih selama 12 tahun.
Selain Allan Winnet, tiga lagi jurulatih yang terlibat dalam kem bola sepak itu ialah Jack Colin West, Steven Leonard Shipp dan David Michael Stewart. Walaupun daripada latar belakang berbeza, kesemua jurulatih tersebut tidak lokek berkongsi keghairahan tentang sukan yang diminati di seluruh dunia itu.
Pengalaman bermakna

GOL belon gergasi turut dibina di tepi padang untuk memberi peluang kepada para peserta membuat sepakan.


Seorang peserta, Looi Kok Chin, 11, memberitahu, dia seronok kerana dapat menimba ilmu daripada jurulatih profesional yang telah melatih pasukan remaja Chelsea.
"Saya rasa sangat bangga kerana bukan semua orang berpeluang melakukan perkara ini. Justeru, saya tidak akan melupakan pengalaman hingga saya dewasa kelak.
"Kalau boleh, saya mahu menjadi pemain bola sepak terkenal seperti Didier Drogba," tutur Kok Chin yang merupakan pelajar tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Naam Kheung, Cheras.
Bagi rakannya, Jordan Johnson, 10, pula mengakui banyak taktik dan teknik bermain bola sepak yang diketahui apabila mengikuti kem tersebut.
"Sebelum ini, saya hanya bermain mengikut diri sendiri. Kalau rasa nak sepak, saya akan sepak tanpa memikirkan apa-apa. Namun, selepas menerima tunjuk ajar daripada barisan jurulatih yang berkaliber, saya rasa semakin seronok untuk bermain bola sepak," jelas Jordan sambil tersenyum lebar.
Sempena kem itu juga, Samsung turut menjemput chef selebriti, Anis Nabilah untuk melakukan demonstrasi memasak makanan sihat.
Program CSR Samsung untuk belia itu telah dimulakan sejak tahun 2007. Sejak itu, lebih 1,650 kanak-kanak dari seluruh dunia telah merasai pengalaman bermain bola sepak bersama kelab Chelsea.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines