Selasa, 26 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Pelakon Fazurina Nikah Kali ke-2

Posted: 25 Mar 2013 10:50 PM PDT

Pelakon Dunia Anita, Siti Fazurina akui terpaksa bernikah untuk kali ke-2 kerana perkahwinan yang pertama beliau tidak sah oleh Mahkamah Syariah mengikut hukum syarak.

Pernikahan kali ke-2 itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu. Sebelum ini, Fazurina berkahwin dengan Muhammad Hykal Zulkifli di Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,

"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.

"Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran

"Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu,

"Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu," " kata ibu Fazurina, Zubaidah. -mStar

Gambar Ady Putra Melancong

Posted: 25 Mar 2013 10:00 PM PDT

Memang sudah menjadi hobi dikalangan artis untuk pergi melancong. Tak sah kalau tak melancong luar negara. Ady Putra juga merupakan seorang kaki melancong yang rata-rata sudah menjelajahi tempat menarik di luar negara dengan membawa kamera DSLR miliknya.

Bahkan pengambaraan Ady di Sydney dan Taj Mahal ini merupakan salah satu percutian yang menarik sekali, banyak Negara telah dilawatinya, tapi sayangnya namun hanya beberapa keping gambar sahaja yang diberikan tontonan umum.

Dikesempatan lain pula, dia menemui YBh. Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Ammar Nafi Sindir Puteri Sarah Bertudung

Posted: 25 Mar 2013 09:00 PM PDT

Bekas kekasih Puteri Sarah Liyana, Ammar Alfian Aziz dikatakan menyindir Puteri melalui laman sosial Facebook pada hari Isnin yang lalu berkaitan dengan tudung yang dikenakan oleh Puteri.

Namun Ammar yang dihubungi oleh portal mStar semalam menyangkal post itu ditujukan kepada bekas kekasihnya itu malah menganggap ianya sebagai 'public post' untuk semua fan page Ammar.

Ammar menyokong tindakan Puteri bertudung walaupun tidak pernah menghubungi setelah putus pada akhir tahun lalu.
"Saya tulis secara 'random' (rambang) sahaja, tidak maksud atau tujukan kepada orang tertentu, ia hanya kenyataan umum sahaja.

"Kalau dia (Puteri Sarah) dah pakai tudung itu bagus untuk diri dia, sebab sebelum ini dia pernah bercerita kepada saya hasratnya untuk pakai tudung," katanya

Fahrin Ahmad Beli Kereta BMW

Posted: 25 Mar 2013 08:00 PM PDT

Golongan selebriti ni tak usah cakap lah, memang gaji mereka berpuluh ribu setiap bulan. Dari pelakon sehinggalah kepada penyanyi mereka mendapat imbuhan daripada pelbagai sumber penajaan dan juga duta. Jadi tak salah jika mereka mempunyai kemewahan menjangkaui gaji-gaji professional jawatan awam yang lain.

Lihat sahaja Fahrin Ahmad, dengar khabar dia telah menukar rim kereta di salah sebuah kedai tayar, yang menjadi kenyataan disini adalah keretanya itu dikatakan baharu dibeli olehnya. BMW model Series-1 ini adalah kereta family yang berharga RM200,000. Memang dasyat lah Fahrin ni, banyak duit waA. bab kahwin bila pula. Hehe, -gambar twitter Fahrin Ahmad.


Rileksla, gua pakai motor kapcai jew.. Keh Keh..



Najwa Latif Tumbuk Pelajar Lelaki!

Posted: 25 Mar 2013 06:14 PM PDT

Itu dia Najwa Latif yang boleh dikatakan pandai menumbuk dengan rakan lelaki di sekolahnya. Bahkan ianya terjadi kerana ketidak puasan hati Najwa sendiri kepada pelajar lelaki berkenaan.

Bukan kerana Najwa seorang kaki pukul atau gangster sekolah tapi kerana kebenaran berada di pihaknya, dia menumbuk disebabkan pelajar lelaki berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepadanya, lalu kena debomm lah oleh Najwa. Wajar kan tindakan Najwa ini. Namun itu semua menjadi kenangan dan iktibar untuk pelajar wanita lainnya.

Lain-lain mengenai Najwa ada dibawah ini memetik portal GUA:
  1. Sering mengigau ketika tidur. Sama ada tidur siang mahu pun malam.
  2. Fobia dengan eskalator sebab pernah berlaku insiden di mana selipar yang dipakainya terputus gara-gara tersangkut di eskalator. Najwa lebih selesa naik tangga atau naik lif.
  3. Seorang yang kuat makan. Tidak pernah risau tentang berat badan.
  4. Pernah menaiki bas dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan wang RM20 sahaja.
  5. Suka menghendap orang di laman sosial seperti di Instagram dan Twitter.
  6. Memiliki beberapa gajet seperti telefon bimbit Blackberry, Samsung SIII, PlayStation 3, DVD mudah alih dan IPod.
  7. Tidak suka makan ubat atau mengambil sebarang vitamin. Selalu kena paksa dengan pengurus supaya makan vitamin untuk elak kelesuan.
  8. Untuk menjaga suara, Najwa minum madu pada setiap pagi.
  9. Selepas setahun bergelar penyanyi, Najwa sudah mampu membeli sebuah kereta MyVi untuk kegunaan sendiri.
  10. Mempunyai dua barang yang sangat disayangi iaitu jam tangan berjenama Casio dan seutas gelang tangan yang terukir namanya.
  11. Tidak makan di restoran mamak. Biarpun perut terasa sangat lapar, Najwa tidak akan sesekali menjamu selera di restoran pilihan ramai ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines