Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Kelahiran semula Asmidar
- Aaron, Lisa & Zain sedia kongsi ilmu
- Puteri Sarah kini bertudung
- Isu 'demand': Hanis Zalikha akhirnya buka mulut
- Apa saya buat, semua salah: Che Ta
- Terkilan RM5 tidak laku
- Terkejut lihat badan penuh kesan lebam dan gigitan
- Zain tutup Instagram demi Rozita
- Jupe yakin kekasih tak curang
- Anang diperlakukan seperti pengganas
- Hidup baharu Salwa Razak
- Ketua pengganas Sulu ditangkap
- Kem pelarian terbakar, 62 maut
- My Chemical Romance berpecah selepas 12 tahun
- Lebih enak, tidak berminyak
- Motivasi perlu berterusan
- Wanita lima suami
- Lembah manusia hidup lama
- Adira dating bawa pengawal peribadi
Posted: 23 Mar 2013 07:25 PM PDT
BIAR Mimpi Sampai Ke Bintang sudah menjadi metafora terindah yang pernah dilagukan oleh Asmidar. Biarpun dia sendiri tidak dihujani bintang, namun melodi dan lirik indah itu membuatkan namanya masih diingati sehingga kini. Berjaya menerjah sehingga ke peringkat semi final Muzik-Muzik sudah cukup menjadi pengukur kejayaan juara Vokal Bukan Sekadar Rupa itu. Sampai hari ini, dia mahu terbang lebih jauh dan kali ini, Kali Pertama menjadi pertaruhan terbaharu wanita berusia 27 tahun itu dalam mengisi kembara seninya. "Saya masih belum berada di mana-mana tahap pun. Single pertama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu sekadar membuka jalan untuk meneruskan perjalanan saya. Sekarang, album sulung Kali Pertama menjadi landasan untuk saya terus melangkah. Kalau boleh saya mahu berlari dan terbang lebih tinggi," katanya menunduk penuh kerendahan hati. Mengambil resam kupu-kupu yang terbit daripada kepompong kelabu, Asmidar turut mengibaratkan penghasilan album studio sulungnya itu sebagai sebuah metamorfosis. "Saya cuma mahu menjadi sebahagian daripada warna-warna dalam industri. Kupu-kupu ibarat sebuah kelahiran semula dan saya tertarik untuk menjadi imej kupu-kupu itu ke dalam penggambaran video klip single kedua saya, Kali Pertama. "Sudah tentulah saya mahu kemunculan kali ini lebih berwarna berbanding kemunculan awal tahun lalu. Tahun lepas saya mendapat rahmat ekoran kemenangan dalam program realiti dan single yang diterima ramai. Itu platform untuk saya dan tahun ini pula, saya mahu mengukuhkan lagi nama Asmidar dalam hati khalayak," katanya yang kini mempertaruhkan single keduanya, Kali Pertama. Keluar kepompong Bersisa banyak sifat malu dan kekok saat beraksi depan lensa kamera, Asmidar optimis dengan setiap kelemahan yang masih sedang diperbaiki. Perlahan-lahan membuang saki-baki kurang keyakinan diri yang selama ini berbalut kemas pada tubuhnya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sebenarnya masih gusar. Dia bimbang dilabel terkena renjatan budaya walaupun sudah berbelas tahun terlibat dalam dunia nyanyian.
"Memanglah saya menyanyi sejak di bangku sekolah. Selalu masuk pertandingan di RTM dan kemudian menang dalam program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa. Pengalaman-pengalaman lepas itu sedikit sebanyak buat saya rasa rendah diri. "Saya mungkin tidak akan mampu membuang jauh-jauh perasaan malu dan rendah diri, tapi saya banyak belajar cara membawa diri di khalayak ramai, cara bergaul dengan orang-orang dalam industri dan media. Saya akui kadang-kadang tidak boleh terlalu menjadi diri sendiri jika mahu betul-betul mahu disenangi," katanya jujur. Dia juga berazam mahu menyertai kelas tarian untuk mempelbagaikan persembahan ketika beraksi di atas pentas nyanyian. "Kalau saya mahu terlalu menjadi diri sendiri, saya tak buat buat kerja ini (menyanyi). Saya tak bermaksud untuk menjadi hipokrit atau jadi orang lain tapi saya kena sedar bahawa ada bahagian ruang peribadi yang disimpan khusus untuk diri sendiri. Saya jenis yang kurang bersosial untuk berada dalam industri ini, saya berkawan dengan setiap lapisan orang. Kena pandai bawa diri," katanya lagi tentang budaya industri hiburan yang sedang benar-benar mahu difahaminya. "Saya bernasib baik kerana berada dalam keluarga yang tidak pernah jemu memberi sokongan. Saya juga banyak belajar daripada bapa saudara, Tiar Zainal yang juga seorang jurusolek profesional dalam industri. Saya juga sering ditemani ayah untuk ke mana-mana acara atau aktiviti seni, rasa selamat dan tak jauh daripada keluarga," katanya sudah bernaung menjadi artis rakaman Warner Music sejak pertengahan tahun lepas. Selain Kali Pertama gubahan Audi Mok, lagu-lagu yang terkandung dalam album pertama Asmidar termasuklah Pesona Cinta oleh Ana Rafali, Sepenggal Kisah Lama (Bayu Laluna), Sepasang Sudu (Awi Rafael), Bila Cinta (Acap) serta lagu-lagu daripada Hang Dimas (Hujan), Omar K dan Taja (Meet Uncle Hussin). Konsep album pilihan sendiri Masih kekal dalam konsep pop dan balada secara keseluruhan, istimewanya bagi Asmidar, album berkenaan terhasil sepenuhnya atas kepuasan peribadinya.
"Alhamdulillah, pihak syarikat banyak beri kebebasan dalam pemilihan komposer. Lagu-lagu yang terisi pula hasil perbincangan bersama," katanya yang selesa membawakan rentak balada. Biarpun berkonsepkan balada, setiap lagu dalam Kali Pertama mempunyai muzik tersendiri. "Saya tidak boleh namakan satu pun lagu yang menjadi kegemaran kerana semua lagu dalam album ini punyai pelbagai rasa dan ia begitu istimewa buat saya. "Ikut perancangan awal konsepnya bukan seperti yang terhasil. Banyak pertukaran dilakukan untuk menyesuaikan konsep album itu dengan karakter saya," beritahu Asmidar yang menunggu sehingga 12 tahun untuk memiliki album pertama. Lambat atau cepat, itu semua bukan lagi satu persoalan buat dirinya. Pahit-manis menempuh pancaroba selama mahu menempa nama dalam industri sudah cukup menjadi azimat buat Asmidar. Semangat dan fokusnya hanya untuk karier, biarpun ia baru bermula pada usia 27 tahun. | |||||
Aaron, Lisa & Zain sedia kongsi ilmu Posted: 23 Mar 2013 07:24 PM PDT Salah satu cara yang mungkin dapat membantu adalah menerusi drama bersiri komedi dan pendidikan Oh My English! (OME!) musim kedua yang mula disiarkan mulai 31 Mac di saluran Astro TVIQ (saluran 610) dan di Astro Mustika HD (Saluran 134). Berlainan daripada musim pertama, OME! kali ini bakal menjadi lebih meriah dengan karakter baru yang didukung oleh pelakon terkenal tanah air seperti Tiz Zaqyah (Cikgu Ayu), Aaron Aziz (Cikgu Malik), Syafie Naswip (Azlan) Selain itu, musim kali ini turut menjemput beberapa barisan pelakon popular seperti, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura dan ramai lagi sebagai penampilan khas pada setiap episod. Sempat mengikuti majlis pelancaran drama OME!, Zass tidak melepaskan peluang menemu ramah tiga selebriti yang bakal memeriahkan OME musim ini. Jom ikuti kisah, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Zain Saidin. Lisa tak fikir panjang Sama seperti musim pertama, Lisa masih diberi kepercayaan membawa watak dirinya sendiri, iaitu sebagai seorang pelakon yang sedang mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem Bahasa Inggeris. Akui teruja membintangi siri ini, Lisa berkata, dia terus menerima tawaran tanpa perlu berfikir panjang lagi. "Saya anggap ini rezeki saya kerana dipanggil balik untuk musim kedua ini. "Pada musim pertama, saya anggap kemunculan saya hanya sebagai pengenalan sahaja, tetapi pada musim kedua ini, saya sudah serasi dan kenal pelakon yang sama-sama terlibat dalam OME ini," katanya. Menurut pelakon Istanbul Aku Datang tersebut, dia menyokong sistem pembelajaran di Malaysia dan ingin turut serta meningkatkan tahap kemahiran Bahasa Inggeris para pelajar dan rakyat Malaysia yang menonton OME. "Pada pendapat saya, OME sangat bagus kerana menyelitkan pendidikan dan hiburan. OME bukan rancangan yang kosong, tetapi bermakna. "Terima kasih kepada Astro kerana mempelawa saya untuk musim kedua ini dan jangan lupa untuk saksikan OME setiap hari Ahad bermula 31 Mac ini," katanya. Terbang ke Los Angeles Menyentuh mengenai perkembangan terbarunya, pelakon yang tidak lekang dengan senyuman itu menyatakan yang dia akan terbang ke Los Angeles (LA) pada hujung minggu ini. Bukan sebab mendapat tawaran berlakon di Hollywood ataupun menjalani penggambaran di sana, Lisa ke Los Angeles menemani suaminya Yusri atas urusan kerja. "Lisa ke LA kerana Yusri ada perjumpaan dengan pengedar di sana dan Lisa sebagai isteri hanya temankan Yusri sahaja,"katanya. Dalam bidang lakonan pula, Lisa akan muncul dengan dua telemovie terbarunya dalam masa terdekat ini iaitu Jawa Taiko dan Mama Mama Mia. "Jawa Taiko merupakan parodi Jiwa Taiko dan kedua-dua telemovie ini berunsur komedi dan tidak berat. "Filem Lisa yang akan datang adalah Dendam Orang Mati dan Ular. Ular merupakan filem arahan Yusri dan ini kali pertama Lisa berlakon di bawah filem arahan Yusri," katanya. Menurutnya lagi, lakonannya dalam filem atau drama yang bersifat komedi merupakan terapi untuk dirinya kerana secara tidak langsung ini dapat melepaskan tekanan berlakon filem yang berat. "Terima kasih kepada peminat Lisa kerana menyokong Lisa selama ini dan teruskan menyokong Lisa," kata duta produk kecantikan Garnier ini. Zain dipanggil cikgu Membawa watak Mr Henry Middleton dalam OME, Zain mengakui tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa watak Mr Henry. Mempunyai wajah persis Inggeris kerana mewarisi darah ibunya, ini menjadikan satu kelebihan buat Zain kerana Mr Henry merupakan guru Bahasa Inggeris daripada United Kingdom yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di SMK Ayer Dalam. Kepetahan berbicara dalam Bahasa Inggeris memudahkan lagi penghayatan Zain dalam membawakan watak Mr Henry ini. "Saya rasa saya tidak layak untuk menjadi seorang cikgu kerana saya tidak pernah belajar bidang tersebut. Tetapi apabila berlakon saya perlu menghayati watak tersebut. "Tambahan pula sebelum ini saya merupakan tenaga pengajar di gimnasium. Dan saya turut mengajar mereka cara yang betul di gimnasium. Bagi saya apabila ditawarkan watak Mr Henry ini, pengalaman ini amat membantu dalam lakonan saya. "Apa yang membuatkan saya sedikit terkejut apabila ada mereka di luar sana memanggil saya cikgu. Saya rasa saya tidak layak tetapi apabila mereka memanggil saya terpaksa menyahut untuk tidak menghampakan mereka," katanya lagi. Bercerita mengenai OME musim kedua ini, Zain menyifatkan watak Mr Henry pada kali ini lebih mencari cinta. Ini kerana Mr Henry minat kepada Cikgu Ayu lakonan Tiz Zaqyah dan dalam masa yang sama perlu berebut dengan Cikgu Malik lakonan Aaron Aziz. Dalam masa yang sama, Mr Henry berjumpa kembali dengan kekasih lamanya dan membuatkannya berbelah bahagi sama ada untuk memilih Cikgu Ayu atau kekasih lamanya. Ditanya mengenai cabaran musim kedua ini, Zain mengatakan dalam bidang lakonan tidak ada cabaran kerana sudah menyesuaikan diri semasa musim pertama lagi. Apa yang menjadi cabaran adalah masa apabila menghabiskan lakonan 20 episod dalam masa tiga minggu sahaja. Sertai MasterChef Selebriti Ditanya mengenai perkembangan terkini, pelakon putih melepak tersebut memberitahu Zass dia akan terlibat dalam MasterChef Selebriti musim kedua yang akan disiarkan oleh Astro. Turut serta dalam MasterChef Selebriti musim kedua ini adalah kekasih hatinya, Rozita Che Wan. Selain itu, Zain turut ditawarkan menjadi pengacara untuk sebuah program berbahasa Inggeris. "Saya terima tawaran pengacaraan ini kerana ianya merupakan satu pengalaman yang berbeza buat saya. Apa salahnya saya mencuba satu benda yang baru," katanya kepada Zass. Zain turut memberitahu bahawa jadualnya kini penuh sehingga Mei dan akan menjalani penggambaran untuk sebuah telefilem di Amsterdam. Ditebak mengenai hubungannya dengan Rozita Che Wan ini jawapannya. "Saya akan mengadakan sidang media mengenai perkahwinan saya dengan Che Ta selepas raya tahun ini. Jadi tunggulah lepas raya nanti," katanya bersahaja. Aaron berlakon demi anak-anak Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2012, Aaron Aziz turut memeriahkan musim kedua OME dengan membuat penampilan sebagai Cikgu Malik. Bagi Aaron, ini merupakan pengalaman baru buatnya. Malah selama ini dia turut kagum dan meminati siri OME. "Anak-anak sering bertanya kepada saya kenapa daddy tak berlakon dalam OME? Saya jawab kepada anak-anak saya tak semua filem atau drama perlukan daddy," katanya sambil ketawa. "Jadi bila menerima tawaran untuk terlibat dalam OME musim kedua, saya terus menerima dan anak-anak saya merupakan orang yang paling gembira," katanya. Katanya lagi, dia tahu drama lakonan dia dapat menarik minat dan perhatian setiap orang dan dia buat semua ini untuk anak-anaknya dan semua orang. Mengenai watak yang dibawa iaitu Cikgu Malik, Aaron memberitahu Cikgu Malik merupakan seorang guru pendidikan jasmani dan amat mementingkan kesihatan dan menganggap pendidikan jasmani lebih penting dari Bahasa Inggeris. Jadual semakin padat Pelakon bertubuh sasa ini mengakui jadual lakonan dan hariannya kini penuh dan terpaksa membahagikan masa untuk keluarga dan peminat. Filem terbaru Aaron akan menemui penonton di pawagam pada hujung Mac ini dan kemunculan drama siri pada Mei ini. Aaron juga akan terlibat dalam pembikinan filem Adam dan Hawa selepas raya tahun ini. Selain itu, peminat Aaron boleh nantikan kemunculan filem KL Gangster 2, Dampak dan Lari lakonan Aaron Aziz. Terbaru, Aaron Aziz melancarkan duet terbarunya bersama Sleeq yang diberi nama Salam Semua. "Walaupun dalam lagu ini saya tak nampak seperti menyanyi, tetapi lebih kepada rap sahaja, saya rasa ini permulaan yang bagus sebab saya sendiri pun tidak pernah terfikir untuk jadi penyanyi. "Lagipun ini semua idea Sleeq untuk saya menyanyi sekali dan lagu Salam Semua ini lebih berkisar kepada kehidupan saya, isteri dan anak-anak dan mesej yang hendak saya sampaikan ada dalam lagu ini," katanya. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 07:23 PM PDT Akui semakin tenang dengan penghijrahan itu, Sarah bagaimanapun menafikan keputusannya itu disebabkan kecewa dengan hubungan cintanya bersama aktor, Amar Alfian yang tidak kesampaian. "Alhamdulillah, hasrat untuk berhijab telah dipermudahkan dan semua ini berlaku atas kehendak-Nya. "Mungkin sudah masanya untuk saya berubah dan niat itu datang dari diri sendiri bukan paksaan," katanya. | |||||
Isu 'demand': Hanis Zalikha akhirnya buka mulut Posted: 23 Mar 2013 07:21 PM PDT Menjelaskan dengan lebih lanjut Hanis atau nama sebenarnya, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, berkata, isu yang mengatakan dia 'demand' pernah timbul sebelum ini dan dia lebih gemar mengambil sikap berdiam diri, kerana menganggap perkara itu akan berlalu begitu sahaja. "Saya akui agak terkejut dan malu apabila ada pihak mengatakan saya mula 'demand' kerana meminta bayaran untuk sesi fotografi. "Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah berbuat demikian dan saya juga faham artis dan wartawan saling memerlukan. "Sebelum ini, cerita mengatakan saya semakin 'demand' pernah keluar dan saya diamkan saja. Tapi bila keluar sekali lagi cerita sebegini, ramai pembaca blog saya menyarankan saya membuat kenyataan," jelasnya. Menerusi sebuah akhbar minggu lalu, heroin filem Gangster Celop ini dikatakan meminta bayaran kepada salah sebuah organisasi media untuk mengambil gambarnya. Ditanya adakah ini antara agenda sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan kariernya, Hanis berkata: "Saya tidak tahu ia sabotaj atau agenda menjatuhkan nama saya. "Bagaimanapun, saya bersikap positif dan tidak mahu terlalu melayan cerita-cerita negatif seperti ini," katanya. Rezeki murah Hanis berkata, di sebalik cerita negatif yang timbul, dia bersyukur kerana tawaran lakonan dan pengacaraan yang diterimanya kini semakin mencurah-curah. Katanya, minggu depan, dia akan memasuki set penggambaran filem pertama arahan Aaron Aziz dan turut akan berlakon di samping aktor itu serta Nabil Ahmad. "Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah. Saya kini sedang menjalani latihan kerana filem arahan Aaron adalah sebuah filem aksi dan saya memang amat nantikan. "Bulan depan, saya mula penggambaran musim kedua Memberku Hawa. Kemudian, rancang kelolaan saya, Mad Market juga akan jalani penggambaran untuk musim kedua. "Selain itu, saya juga ditawar menjadi pengacara Raikan Cinta musim kedua dan akan menjalani penggambaran tidak lama lagi," katanya. Agenda tergendala Biarpun mendapat tawaran mencurah-curah, Hanis berkata, dia tidak dapat melibatkan diri sepenuh masa dengan kariernya pelakon dan pengacara kerana turut bergelar ahli perniagaan. "Saya akui, saya semakin serius dengan penglibatan saya dalam bidang seni. Tapi saya tidak dapat memberi perhatian sepenuh masa kerana terikat dengan perkara lain seperti perniagaan. "Saya kini mengelolakan sebuah perniagaan kecantikan kulit jenama Toujours Skin. Buat masa ini, ia hanya dijalankan menerusi perniagaan atas talian," katanya. Hanis berkata, walaupun dia berhasrat untuk membuka kedai sendiri, namun impiannya itu terpaksa ditangguhkan sebentar kerana kesibukan kerja. "Harapan saya, kedai tersebut akan dapat dibuka dalam tahun ini juga. Saya Cuma berharap impian saya akan terlaksana nanti," ujarnya. | |||||
Apa saya buat, semua salah: Che Ta Posted: 23 Mar 2013 07:21 PM PDT Selain dikritik kerana penampilannya yang semakin seksi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini turut 'dihentam' kerana aksi mesra bersama kekasihnya itu. Menerusi Zass, Che Ta berkata, dia enggan mengambil pusing kritikan itu, bahkan meminta agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'. Bagaimanapun, kenyataan ibu kepada dua anak itu, mendapat teguran, Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har. Beliau tidak setuju dengan cara aktres seksi itu dan menyifatkan masyarakat ada hak untuk mengambil tahu dan memberi teguran sesama insan. Pun begitu, Che Ta masih berpegang teguh pada pendiriannya dan enggan mengambil pusing mengenai segala cemuhan serta kritikan pihak lain. "Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu. "Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun. "Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!," katanya dalam nada yang tegas. Sementara itu, Zain turut bertindak menutup akaun Instagramnya bagi mengelak kontroversi ini dari terus berlanjutan. Lali kontroversi Walaupun berhadapan pelbagai kontroversi, namun akui Che Ta, ia tidak menjejaskan hubungan cintanya bersama Zain. Malah, Che Ta mengakui dirinya sudah lali dengan gosip seumpama itu dan enggan menjadikannya sebagai isu besar. "Saya dah letih nak layan semua ni. Sebelum ni pun, ada juga kisah-kisah saya dimanipulasikan pihak-pihak tertentu. "Pun begitu, ia tidak mengganggu perjalanan hubungan kami. Insya-ALLAH, bila tiba masanya nanti, saya akan umum tarikh itu," katanya ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan bersama Zain. Itulah Rozita: Zain Akui terkilan dengan situasi yang menimpa kekasihnya, Zain berkata, niatnya untuk mempamerkan tahap keseriusan hubungan mereka banyak disalah ertikan segelintir pihak. Malah, kata Zain, dia tidak menyangka gambar seksi Rozita bersamanya yang dimuat naik di laman Instagram mengundang kontroversi serta turut mencalarkan imej kekasih hatinya itu. "Saya tak kisah apa pandangan orang mengenainya kerana Rozita yang saya kenal memang macam tu. Itulah Rozita. "Dia memang seksi dari dulu lagi dan saya tak pasti semua orang tahu mengenai perkara itu atau tidak. "Saya tahu, ada segelintir pihak tidak suka kami bersama. Namun siapa saya untuk menolak ketentuan jika jodoh saya bersama dia?," kata Zain yang turut mengakui bakal membuat persiapan kahwin selepas sambutan Aidilfitri nanti. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 07:17 PM PDT Samsu Baharin Udin, 64, berkata, wang kertas itu diperolehnya beberapa hari lalu selepas mendapat baki duit ketika membeli barang di bandar. "Sudah banyak kali saya mahu membuat pembayaran guna duit ini, namun mereka (peniaga) tidak mahu terima. Kata mereka, duit ini tidak laku. "Duit ini tidak dicetak dengan sempurna. Gambar yang sepatutnya ada, tidak terdapat pada wang kertas ini. Malah nombor sirinya juga sudah pudar. Saya tidak tahu sama ada ia dicuci atau dicetak begitu. Tapi saya amat kecewa ia tidak dapat digunakan," katanya. Samsu Baharin berkata, meskipun hanya bernilai RM5, namun dia berpendapat hal itu wajar diketengahkan supaya pihak yang mengeluarkan wang tersebut lebih peka. Dia juga tidak melihat wang kertas itu sebagai satu keunikan, namun jika ada pihak yang berminat, dia mungkin akan menyerahkannya," katanya. | |||||
Terkejut lihat badan penuh kesan lebam dan gigitan Posted: 23 Mar 2013 07:14 PM PDT Hana Mohammad, 26, yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Kerteh berkata, kesan itu dilihatnya pada Khamis lalu dan lebam yang sangat ketara pada bahagian belakang badan, pinggang, paha dan lengan anak tunggalnya itu. "Pada hari itu, kira-kira jam 4 petang, suami saya ambil anak di taska dan ketika itu anak saya meraung. Apabila suami tanya kepada pengasuh, dia cakap anak baru bangun tidur, sebab itu menangis. "Tetapi, selepas tiga jam kemudian, sewaktu saya mahu memandikan anak, saya terperanjat apabila tengok badan anak begitu. Jadi, saya segera menghubungi pengasuh, namun dua orang pengasuh di taska itu masing-masing tidak menjawab telefon seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena," katanya kepada Sinar Harian. Digigit kanak-kanak lain Menurutnya, bagi mendapatkan penjelasan, dia cuba bertanya seorang daripada pengasuh di taska itu menerusi mesej dalam laman sosial Facebook, dan pengasuh terbabit menjelaskan kemungkinan bayinya itu digigit kanak-kanak lain. "Dia juga memberitahu, pada hari itu, penyelia taska mereka berada di taska itu. Jadi kesemua empat pengasuh di taska itu sangat sibuk. "Sebenarnya sehari sebelum itu, saya juga perasan lengan anak saya lebam seperti kesan gigit, tetapi apabila saya tanya kepada pengasuh, dia beritahu yang anak saya kena gigit oleh kawannya. Jadi saya abaikan sahaja perkara itu, tetapi apabila seluruh badan lebam begini, saya dan suami risau dan pada malam Khamis itu juga kami bawa anak ke sebuah klinik swasta di Kerteh," katanya kesal. Kata Hana, selepas memeriksa anaknya itu, doktor mengesahkan yang anaknya itu bukan digigit tetapi didera dan menasihatkannya membuat laporan polis. Justeru, Hana dan suami, Ashraf Mohamad, 30, yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, Kelantan membuat laporan polis di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 10 malam sebelum terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kemaman. Asna Hafy dibenarkan pulang pada petang kelmarin dan kesan lebam pada badannya masih belum hilang. Takut berhadapan orang ramai Ibu muda ini berkata, kejadian itu juga menjawab teka-teki yang bermain di fikirannya selama ini kerana bayinya itu sejak akhir-akhir ini kelihatan agak trauma dan seperti ketakutan apabila berdepan dengan orang ramai, sedangkan anaknya itu sebelum ini amat mesra dengan sesiapa sahaja walaupun tidak dikenalinya. "Sebelum ini banyak yang saya tutup mata sahaja kerana tidak mahu memanjangkan kes. Sebelum ini, banyak kali juga baju anak saya koyak dan apabila tanya pengasuh, macam-macam alasan diberikan. Anak juga kerap demam. "Saya sangat kesal dengan kejadian ini. Jadi kami suami isteri nekad buat laporan polis agar tidak mahu anak orang lain turut menerima nasib sama, biarlah anak saya jadi yang terawal dan terakhir yang menerima nasib seperti ini," katanya yang mula menghantar anak di bawah jagaan taska di Kerteh itu sejak Januari lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan dan beliau memaklumkan, kes masih dalam siasatan. | |||||
Zain tutup Instagram demi Rozita Posted: 23 Mar 2013 07:11 PM PDT
LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram bahkan blog-blog video yang semakin digilai hari ini boleh menjadi sumber informasi dan pengisi masa lapang. Bagi golongan selebriti, laman-laman sosial boleh dijadikan alat promosi tanpa perlu mengharapkan publisiti media massa. Dalam waktu yang sama, laman sosial juga boleh menjadi penyakit dan membikin parah kepada sesetengah pihak. Sambutan luar jangka pengikut ke laman-laman sosial milik artis adakalanya menyumbang impak yang tidak dikehendaki. Niat sekadar hendak berkongsi bahagia dan keseronokan tetapi ia menjadi bahan herdikan dan cacian sehingga mampu merosakkan perasaan bahkan menimbulkan rasa sakit hati. Apa yang berlaku terhadap pelakon drama, Zain Saidin bukan sesuatu yang pelik. Tanpa kekuatan untuk menangani komen-komen serta cemuhan menjatuhkan di laman Instagram miliknya sendiri, Zain akhirnya mengambil keputusan untuk menutup terus akaunnya itu dengan alasan untuk menyelamatkan maruah kekasihnya, Rozita Che Wan. Dia juga mahu mengelak daripada terus sakit hati ekoran bermacam-macam kritikan daripada pengikutnya selepas gambar-gambar mesranya bersama Rozita Che Wan dimuat naik ke dalam akaun Instagram. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd. Saidin, 29, berkata, keputusan itu dibuat semata-mata untuk menjaga maruah, nama baik serta imej yang dibawa oleh kekasihnya itu.
"Ya, benar saya sudah memadamkan akaun Instagram saya kerana tidak mampu untuk mengawal komen-komen dan kutukan pada setiap gambar yang saya muat naik. "Gambar-gambar itu hanyalah sekadar gambar biasa sahaja, bukannya gambar tidak sopan. Kalau ada pun mungkin hanya skirt (Rozita) tertarik sikit semasa sedang duduk," akuinya selepas sidang media pelancaran musim baharu drama bersiri Oh My English! di Sekolah Wawasan, USJ 16, Subang Jaya, Rabu lalu. Dia menamatkan akaun tersebut pada malam Isnin lalu selepas gambar bersama Rozita, 40, dikecam kerana wanita itu dituduh berpakaian seksi. Hubungan Zain dan Rozita semakin menjadi perhatian apabila pasangan itu mengaku sedang hangat bercinta dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Perbezaan usia yang ketara antara Zain dan Rozita sebanyak 11 tahun juga bukan halangan lagi untuk pasangan itu hidup bersama ke alam perkahwinan. Ditanya tentang perancangannya selepas berumah tangga, khususnya soal anak, Zain berkata, dia belum terfikir soal berkenaan memandangkan Rozita sendiri sudah mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Faktor umur Rozita juga menjadi faktor membataskan kemampuan pelakon seksi itu untuk hamil lagi. Zain bagaimanapun menyerahkan soal anak kepada Allah. "Selepas berkahwin nanti saya merancang untuk buat bisnes agar kehidupan kami lebih stabil. Kalau boleh biarlah Rozita berehat dan kerja ikut kemampuan dia. "Hal zuriat saya serahkan kepada Allah," katanya. Akhbar sebelum ini melaporkan Zain dan Rozita, membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan mereka dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Pasangan ini memberitahu akan mengadakan sidang media tentang perkahwinan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 07:10 PM PDT
SELEBRITI sensasi, Julia Perez kini bergelar banduan di Rutan Pondok Bambu mulai minggu lalu. Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan nama Jupe tersebut ditahan selama tiga bulan gara-gara dituduh menyerang pelakon Dewi Perssik. Jupe mendakwa, mentalnya sudah bersedia untuk menghuni tirai besi selama 90 hari. "Secara mental Bismillah, serahkan kepada Allah, segala sesuatu itu atas izin Allah," kata Jupe. Walaupun bergelar banduan, Jupe mendakwa, dia tidak gentar. Jupe sebaliknya, dengan bangga menyatakan kekasihnya, Gaston tidak akan berlaku curang sebaliknya akan merinduinya. "Dia faham saya. Dia percayakan saya," kata Gaston tentang kekasihnya, Jupe. "Saya selalu doa buat dia agar dia menjadi positif terus. Setelah masalah ini selesai, dia boleh kembali dengan pekerjaannya," kata Gaston. Selain itu, penyanyi lagu Belah Duren ini juga berpesan kepada peguamnya, Malik dan Gaston untuk memberikan ucapan terima kasih kepada pihak yang selama ini menyokongnya. "Jupe turut berterima kasih kepada media yang selalu menyokongnya dengan laporan yang baik dan positif. Itu amanat daripada dia," celah Malik. | |||||
Anang diperlakukan seperti pengganas Posted: 23 Mar 2013 07:09 PM PDT KOMPOSER Anang Hermansyah menyambut hari lahir yang ke-44 dalam suasana sangat berbeza pada tahun ini. Isteri Anang, Ashanty membuat kejutan terhadap suaminya seolah-olah bekas suami Kris Dayanti itu seperti seorang pengganas. Anang dipaksa untuk menggunakan penutup mata ketika dibawa ke lokasi sambutan hari lahir. Tidak lama kemudian mereka berhenti tepat di halaman rumah baharu mereka. "Mahu ke mana? Ini mahu dibawa ke mana?" tanya Anang kepada Ashanty yang mendesaknya memasuki rumah besarnya di Villa Cinere Masjl. Taman Merkurius, Tangerang, Jakarta, Indonesia. Sambil tersenyum, Ashanty menenangkan Anang yang terus menaiki anak tangga menuju ke dalam rumah. Sewaktu memasuki rumah, ternyata seluruh anggota keluarga telah bersiap menanti kedatangan ayah kepada Aurel dan Azriel itu. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 07:08 PM PDT
NAMA Salwa Razak asing buat peminat industri seni suara tempatan. Bagaimanapun persepsi itu segera bertukar sebaik terdengar nama Arora Salwa. Nama itu pasti membawa ingatan kepada seorang penyanyi baharu. Hadir dengan nama Arora Salwa, penyanyi dan aktres yang pernah menganggotai pasukan polis itu kembali dengan menggunakan nama Salwa sebagai nama komersialnya. Nama baharu tersebut mula digunakan sejak Oktober tahun lalu. Mengaku menyukai nama Arora yang bermaksud fenomena cahaya, Salwa akur menukar nama komersialnya kerana 'badi' nama Arora menimbulkan pelbagai cerita negatif. Kini nama Salwa Razak menjadi taruhan penyanyi ini yang kini bernaung di bawah label JJ Solution Sdn. Bhd., kepunyaan Junita Jaafar yang juga bertindak selaku pengurusnya. Sebagai langkah awal, Salwa hadir dengan dua buah single berjudul Hidup Baru dan Takdir Dan Masa. Kedua-dua buah single itu ditulis oleh komposer terkenal, Kunci Demak. Menurut penyanyi ini, single dengan tajuk Hidup Baru tersebut mempunyai sentuhan peribadi buat dirinya dan Salwa sendiri bertindak memilih Rudi atau Kunci Demak untuk bekerjasama.
"Saya menyukai muzik balada. Saya sudah berbincang dengan pasukan saya (syarikat rakaman dan syarikat promosi, Mewah Event Management) dan mereka memberi peluang untuk saya buat apa yang saya mahukan," jelasnya pada satu sidang akhbar di ibu negara baru-baru ini. Tambahnya dalam majlis tersebut, lagu Hidup Baru merupakan sebuah perkenalan dan langkah Salwa sebagai penyanyi. "Sekarang ini adalah imej yang baharu, bagi saya perkara-perkara yang lepas tu adalah perkara lama," jelas Salwa dengan yakin. Bakat wanita muda kelahiran Kota Tinggi, Johor ini mula diterokai sejak dia menyertai uji bakat semasa berkhidmat dalam pasukan polis. Usai tamat latihan polis, Salwa dipilih menjadi penyanyi utama bagi grup D'Muse yang memberinya peluang menyanyi di konsert-konsert dan persembahan. Salwa berada dalam pasukan polis selama tujuh tahun bermula tahun 2004 hinggalah 2010 sebelum membuat keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Bernaung di bawah label Sony Music selama dua tahun, kini Salwa mengambil keputusan untuk menjadi penyanyi profesional dan seterusnya melancarkan lagu Hidup Baru. Penyanyi ini juga menerokai bidang lakonan dan muncul sebagai anggota polis dalam filem baharunya yang berjudul Kerat 14. Pengalaman lampau sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), Kuala Lumpur membuatkan dirinya dapat menghayati watak yang diberikan. Pangkat terakhir Salwa dalam bidang kepolisan ialah Lans Koperal di bahagian tugas-tugas am. Penyanyi berumur 28 tahun itu juga tidak menolak karakter yang diberikan kepadanya dalam filem yang turut membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zamarul Hisham dan Fouziah Gous. Pelakon dan penyanyi ini juga turut muncul dalam drama bersiri bertajuk Operasi D6 yang mengisahkan tugas anggota pencegah rasuah. | |||||
Ketua pengganas Sulu ditangkap Posted: 23 Mar 2013 07:06 PM PDT
LAHAD DATU – Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam. Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina. Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan. | |||||
Kem pelarian terbakar, 62 maut Posted: 23 Mar 2013 07:03 PM PDT
BANGKOK - Kebakaran besar yang berlaku di sebuah kem pelarian dari Myanmar di utara Thailand membunuh sekurang-kurangnya 62 orang mangsa. Berpuluh-puluh lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di kem Mae Surin, wilayah Mae Hong Son itu. Kem tersebut menempatkan 3,700 pelarian. Kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak. Pihak berkuasa percaya kebakaran berlaku akibat api dapur yang tidak dijaga. Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca panas dan angin kencang. "Angka kematian mungkin bertambah kerana pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mereka di sana," kata gabenor Mae Hong Son, Narumol Paravat. Menurut polis, kebakaran itu memusnahkan 400 unit rumah sementara. Biro Pencegahan Bencana dan Mitigasi pula memberitahu, sebuah sekolah, klinik serta dua gudang makanan turut musnah. Sementara itu, konflik agama antara penganut Islam dan Buddha yang tercetus di Meiktila, Myanmar kembali tenang selepas pasukan tentera dihantar untuk mengawal keadaan. Rusuhan yang bermula pada Rabu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa. | |||||
My Chemical Romance berpecah selepas 12 tahun Posted: 23 Mar 2013 07:02 PM PDT NEW JERSEY- Kumpulan alternatif rock terkenal, My Chemical Romance pada Jumaat mengumumkan dalam laman web bahawa mereka akan berpecah selepas 12 tahun bersama. My Chemical Romance yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat telah ditubuhkan sejak tahun 2001. Mereka sempat merakamkan empat album studio dan popular di seluruh dunia menerusi album Welcome to the Black Parade pada tahun 2004. "Menjadi sebahagian daripada band ini merupakan satu rahmat. Ia membolehkan kami melihat dan merasai pengalaman yang tidak pernah terfikirkan. "Kami berkongsi pentas dengan individu yang kami kagumi. Orang yang kami nantikan dan paling penting, bersama rakan-rakan kami. Jadi kini, sama seperti semua perkara hebat yang lain, sudah tiba masanya untuk ia berakhir," kata My Chemical Romance dalam satu kenyataan. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan padu selama ini. Album terakhir My Chemical Romance ialah Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys yang diterbitkan pada tahun 2010. Ia berjaya menduduki tempat ke-8 dalam carta Billboard 200 dengan jualan mencecah 112,000 salinan. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 07:01 PM PDT
IMEJ negara Yemen sering tercalar kerana insiden penculikan warga asing serta serangan pengganas yang melibatkan kehilangan nyawa. Rentetan peristiwa tersebut seakan-akan menyembunyikan ciri -ciri sebenar negara benua Asia Barat itu yang sarat dengan cerita penting sebelum dan selepas kedatangan Islam. Ironi, Yemen terkenal dengan ketamadunan Islam yang berdiri dalam kelas tersendiri. Semua pasti mengetahui kisah tentera Abrahah pimpinan Gabenor Yemen, yang ingin menghancurkan Mekah. Abrahah berharap dengan hancurnya Kaabah, maka orang Arab akan beribadat di gereja yang telah dibinanya di Yemen. Penduduk Mekah sendiri, apabila mengetahui rancangan Abrahah tersebut tidak memberikan tentangan kerana sedar kekuatan pasukan musuh. Namun sebelum semua itu terjadi, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menghancurkan pasukan tentera bergajah dengan burung Ababil. Peristiwa ini dijelaskan di dalam al-Quran yang terdapat dalam surah al-Fil. Umat Islam pasti menjadikan pemuda yang merupakan golongan pertama yang masuk Islam iaitu Muadz bin Jabal sebagai idola. Beliau bersama Rasulullah SAW menerima bai'at daripada kabilah Aus dan Khazraj dalam Perjanjian Aqabah kedua. Muadz telah dilantik menjadi pemimpin masyarakat Yemen sewaktu umurnya belum mencecah 20 tahun. Tidak lupa, kisah Ratu Balqis dan rakyatnya yang hidup pada era Nabi Sulaiman. Ratu Balqis ialah pemerintah kerajaan Saba' yang terkenal di Yemen. Ratu Balqis seorang tokoh pemerintah yang bijaksana dan pintar namun menyembah matahari. Namun, akhirnya beliau beriman kepada Allah hasil dakwah Nabi Sulaiman. Warisan dunia Sebenarnya, pada tahun 1986, Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), mengisytiharkan keseluruhan ibu kota Yemen iaitu Sanaa sebagai Tapak Warisan Dunia.
Ini sekali gus memastikan rumah-rumah dan pasar-pasar purba yang ada di sana terpulihara. Tarikan tersendiri negara itu ialah nasi mandi. Bukan sahaja enak, cara memasaknya juga berbeza iaitu menggunakan dapur bawah tanah. Bagaimanapun, anda tidak perlu ke Yemen untuk menikmati makanan istimewa ini kerana terdapat restoran yang menyediakannya di Malaysia. Menurut pemilik Restoran Al Edrus, Sayed Amir Muzakkir Al-Aydrus, dapur bawah tanah merupakan kemestian bagi rakyat Yemen untuk memasak nasi mandi. Ini kerana nasi yang dimasak menggunakan dapur sebegitu bersifat kering, tidak berminyak selain cepat kenyang apabila dimakan. "Ayam dan daging kambing lebih lembut malah daging kambing tidak berbau hanyir dan boleh diracik seperti ayam yang direbus," cerita Sayed Amir yang keluarga mempunyai darah Yemen dan menetap di Terengganu. Kawasan gurun Restoran Al Edrus mempunyai beberapa cawangan termasuk di Sungai Buloh dan Taman Melawati di Selangor serta Kuantan, Pahang. Mengikut penduduk lama Yemen, nasi mandi didakwa mendapat namanya kerana jus daging ayam dan kambing yang direbus di dalam periuk bertingkat melimpah masuk ke dalam periuk nasi yang terletak di bawahnya. Ia menyebabkan nasi itu seakan-akan berair semasa dimasak. Namun, nasi tersebut ditoskan terlebih dulu sebelum dihidangkan. Terang Sayed Amir, 30, dahulu rakyat Yemen memasak nasi mandi menggunakan dapur bawah tanah di kawasan gurun. "Cuma pada zaman moden ini mereka mengorek tanah rumah atau restoran untuk dijadikan dapur tradisional," katanya. Dapur bawah tanah yang sekali pandang seperti sebuah telaga itu terdapat di semua Restoran Al Edrus. Menurut Sayed Amir, ada beberapa petua yang perlu dipatuhi semasa hendak membuat dapur telaga itu. Katanya, tanah yang akan dikorek seharusnya tidak mempunyai sumber air bawah tanah. "Tanah kasar yang dipilih perlu dikorek menggunakan cangkul sekurang-kurangnya sedalam 1.5 meter dengan diameter 1 meter. "Lantai dan dinding lubang itu disimen. Selepas itu, lubang itu diisi dengan arang. "Sebaik-baiknya lubang tadi jangan terlalu hampir dengan dapur dan ruang makan kerana ia mengeluarkan haba yang panas," beritahu beliau. Malah, sebaik sahaja selesai digunakan, lubang itu ditutup sebagai langkah keselamatan dan bagi menjamin kebersihannya. Jelas Sayed Amir, kaedah memasak menggunakan dapur itu juga mudah. Gas memasak akan disalurkan ke bahagian bawah dapar yang menempatkan arang menggunakan saluran paip yang diubah suai. "Gas itu dihidupkan dengan kertas sehingga semua arang bernyala. Selepas bekalan gas dihentikan, barulah makanan berkaitan dimasak menggunakan api arang sepenuhnya," kata beliau.
Sayed Amir berkata, nasi mandi dimasak di dalam periuk bertingkat di bahagian paling bawah. "Bekas berisi daging ayam dan kambing terletak di bahagian atas dengan proses memasaknya mengambil masa dua jam," katanya. Menurut seorang pengurus restorannya, Mohammad Helmy Abdul Moik, nasi itu mampu bertahan selama lima hari sekiranya dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kalau disimpan di luar ia boleh bertahan selama dua hari. "Nasi mandi kini kian digemari rakyat negara ini termasuk kaum Cina dan India. "Sebagai contoh cawangan Restoran Al Edrus di Kuantan sering dipenuhi orang Cina," katanya. Kru Jurnal berpeluang merasai nasi mandi restoran tersebut. Ternyata apa yang dikatakan Sayed Amir benar. Nasi mandi yang dimasak menggunakan arang rasanya lebih enak berbanding nasi yang dimasak dengan dapur gas. Ia tidak berminyak dan melekit. Daging kambingnya pula lembut dan tidak berbau. Selain itu, terdapat tarikan tersendiri di restoran ini iaitu kuahnya seperti sambal belacan yang terasa kepedasannya. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 07:00 PM PDT PANTANG ada cuti, pasti program motivasi menghiasi kalendar pelajar sekolah terutama untuk adik-adik yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Menyertai program motivasi yang muncul bagai cendawan tumbuh lepas hujan itu bukanlah sekadar RM50 tetapi ada kursus yang didakwa profesional mengenakan bayaran sehingga RM2,000 untuk satu sesi. Ada juga kedengaran ibu bapa dan peserta yang berhabis duit menyertai program berkenaan merungut kononnya sudah 'terkena.' Seorang wakil syarikat perunding motivasi HBJ Warisan yang mahu dikenali sebagai Nasri berkata, program motivasi direka untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar agar mereka mengetahui matlamat hidup masing-masing dengan lebih jelas. "Kita ajar peserta menghormati kedua-dua ibu bapa. Untuk pelajar di ambang peperiksaan, motivasi lebih kepada memberikan semangat kepada mereka untuk maju dalam bidang pelajaran. "Program motivasi untuk pelajar biasanya ditekankan dari sudut agama seperti kepentingan solat dan aurat selain membantu menanamkan semangat dalam diri pelajar itu sendiri tentang tugas mereka sebagai anak dan pelajar.
"Ada yang menyertai program motivasi ini terdiri daripada pelajar golongan berada tetapi jiwa mereka kosong, ada pula datang daripada keluarga susah tetapi bahagia. Tidak semua pelajar yang menyertai program motivasi terdiri daripada pelajar yang bermasalah," ujarnya ketika dihubungi. Tambah Nasri, program motivasi boleh membentuk diri pelajar melalui kaedah yang digunakan secara perseorangan mahu pun dalam bentuk kumpulan kecil. "Kaedah yang digunakan lebih kepada konsep kasih sayang bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab yang perlu digalas. "Antaranya ialah sesi perkenalan, pengucapan awam, aktiviti riadah, ceramah, latihan dalam kumpulan, bengkel dan aktiviti bermuhasabah diri. "Kebanyakan program diterapkan melalui pendekatan kasih sayang antara peserta dan fasilitator bagi mengurangkan jurang antara mereka," jelasnya. Kadar bayaran yang dikenakan kepada seorang pelajar itu merangkumi keseluruhan kemudahan yang disediakan selama program motivasi itu berlangsung, jelas Nasri. "Kadar bayaran ditentukan mengikut jenis program motivasi yang dianjurkan. "Keberkesanan program motivasi yang selalunya diadakan selama tiga hari dua malam ini boleh dicapai sekiranya ibu bapa memainkan peranan mereka. "Persoalan ini semua kembali kepada peranan keluarga itu sendiri kerana jika dilihat mentaliti kebanyakan ibu bapa sememangnya mengharapkan anak mereka berubah sebaik pulang daripada program motivasi perlu diubah," beritahu beliau.
Tambahnya, kebanyakan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar ini ialah sikap malas belajar, tidak mahu mendengar cakap ibu bapa dan terpengaruh dengan rakan sebaya. "Anak lebih cenderung mendengar nasihat daripada pihak ketiga kerana mereka seakan-akan menerima semangat baharu apabila bertemu dengan rakan baharu selain suasana yang baharu. "Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan dalam menyambung kembali tugas fasilitator di rumah bagi memastikan keberkesanan melalui program motivasi itu," kata Nasri. Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon memberitahu, motivasi bermaksud memusatkan matlamat yang ingin dicapai agar tingkah laku sering objektif. "Proses perkembangan dan pembangunan manusia berlaku secara berterusan baik dari segi pemikiran, emosi dan sahsiah diri. "Ia boleh menjadi pemangkin dalam menggerakkan motivasi diri seseorang dan proses ini memerlukan tindakan susulan yang teratur dalam memperbaiki diri. "Seperti program motivasi pelajar ini, selepas program itu tamat ibu bapa dan pihak sekolah perlu melakukan tindakan susulan yang boleh menjadi pencetus kepada perubahan perkembangan diri seseorang," ujarnya. Tambahnya, selalunya golongan pelajar ini akan mencari sokongan terdiri daripada rakan sebaya yang dapat memahami mereka. "Kewujudan suasana harmoni, kondusif dan bersikap terbuka yang ditunjukkan oleh keluarga dapat membantu seorang remaja itu berkongsi masalahnya dengan lebih selesa," beritahu beliau. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 06:59 PM PDT JIKA di kebanyakan tempat, kita sering mendengar kisah lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi di India lain pula kisahnya. Seorang wanita, Rajo Verma, 21, yang menetap di sebuah perkampungan di wilayah utara India mengahwini lima lelaki dan kesemua lelaki itu merupakan adik-beradik. Akibat bersuamikan lima lelaki itu, Rajo yang kini sudah memiliki seorang anak terpaksa melayan suami yang berbeza pada setiap malam. Situasi ini, bagi sebahagian besar daripada kita mungkin sangat aneh dan tidak masuk akal tetapi itu adalah tradisi di perkampungan Dehradun, di negeri Uttarakhand. Tradisi itu membolehkan seorang wanita mengahwini saudara lelaki daripada suami pertama mereka. "Pada mulanya terasa aneh tetapi saya menyayangi semuanya kerana mereka suami saya. Rajo dan suami pertamanya, Guddu, berkahwin mengikut tradisi Hindu kira-kira empat tahun lalu dan dia kemudiannya berkahwin pula dengan Baiju,32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh, 19. Dalam tradisi Hindu kuno, wanita bersuami ramai secara serentak atau poliandri pernah dipraktikkan secara umum di India namun, kini amalan tradisi itu sudah semakin pupus. Situasi seperti ini biasanya terjadi di kawasan yang majoritinya lelaki. Dalam tradisi itu, seorang wanita diharapkan berkahwin dengan semua saudara kandung si suami. Tradisi ini yang muncul daripada epik popular Mahabharata itu mengisahkan Puteri Mahabharata iaitu anak Raja Pancha, berkahwin dengan lima lelaki bersaudara. Selain mengamalkan tradisi kuno, cara itu juga dijadikan sebagai jalan penyelesaian supaya tanah milik keluarga akan terus menjadi milik mereka selamanya. Ia biasa diamalkan oleh masyarakat yang menetap di kawasan berhampiran Himalaya di utara India, serta di negara pergunungan Tibet. Walaupun arus kemodenan menyaksikan amalan kuno sebahagian besarnya sudah tidak diamalkan di kebanyakan kawasan, tetapi faktor kekurangan wanita di negara-negara seperti China dan India akhirnya membawa kepada jalan penyelesaian kepada masalah lelaki muda dalam mencari seorang isteri. Selain Rajo, ibunya juga pernah berkahwin dengan tiga orang lelaki bersaudara. "Saya perlu tidur mengikut giliran dengan setiap suami saya tetapi disebabkan ketiadaan tempat tidur, kami hanya tidur di atas lantai yang beralaskan selimut. "Saya bahagia dengan kesemua suami saya kerana mendapat lebih banyak perhatian daripada isteri-isteri yang lain," ujarnya. | |||||
Posted: 23 Mar 2013 06:58 PM PDT BAYANGKAN anda hidup di sebuah daerah yang mana keseluruhan penduduknya tidak pernah diserang penyakit kanser manakala penglihatan mereka masih sempurna walaupun berumur 100 tahun. Malah, tiada istilah penyakit jantung, obesiti, kencing manis, apendiks dan ulser. Lebih mengejutkan, ada kalangan lelaki berumur 80 hingga 90 tahun di kawasan pergunungan setinggi 20,000 meter itu masih mempunyai anak kecil. Penduduk di kawasan itu secara purata mempunyai hayat sehingga 120 tahun. Bukan sekadar itu, kadar jenayah sifar, tiada cukai dikenakan, bank, status sosial dan kedai runcit dan urus niaga wang tidak berlaku di daerah ini. Seorang penduduk, Hamayoon Baig, 105, masih bertenaga malah rutinnya pada waktu petang ialah bermain bola sepak Hayamoon menetap di Faizabad, Lembah Hunza, utara Pakistan yang merupakan kawasan pergunungan dengan suhu berlegar sekitar 8 hingga 12 darjah Celsius. Lazimnya, penduduk Hunza termasuk Hamayoon ialah tidak menyentuh sebarang makanan walaupun tidak berpuasa pada awal pagi. Bagi Hamayoon dan puaknya, berjalan kaki sejauh 15 hingga 20 kilometer sehari menuju ke kebun satu perkara biasa. Penduduk Hunza bergantung hidup terhadap alam semula jadi sebagai punca rezeki. Elak kimia Hamayoon sendiri menanam sendiri sayur-sayuran, memetik buah-buahan yang ditanam sebagai sumber makanan keluarganya. Tiada istilah makanan yang diproses supaya tahan lama kerana buah-buahan kering yang dijemur bawah cahaya matahari dan hasil tenusu seperti keju serta mentega menjadi sumber zat tambahan. Para penduduk juga tidak menggunakan baja tiruan mahupun baja kimia untuk menyuburkan tanaman. "Saya masih merasakan diri masih muda dan bertenaga," kata Hayamoon. Walaupun racun perosak menjadi bahan larangan yang ditegah di Lembah Hunza, penduduk tetap berjaya menghalau serangga perosak menggunakan asap. Menurut sejarah, suku Hunza ialah tentera Iskandar Zulkarnain yang bernikah dengan wanita-wanita Parsi. Mereka kemudian melarikan diri menyusuri pergunungan Himalaya dan tiba di lembah Hunza. Majoriti mereka beragama Islam dan dipimpin oleh seorang ketua masyarakat yang digelar Mir. Kebanyakan mereka mempunyai dialek daerah tersendiri iaitu Brushuski tetapi memahami bahasa Urdu dan Inggeris. Kadar celik huruf mereka lebih 90 peratus dan remaja sekurang-kurangnya menamatkan sekolah menengah. Perkara ini ternyata membingungkan pakar-pakar kesihatan di Amerika Syarikat (AS). Dua pakar kardiologi dari AS, Dr. Paul D. White dan rakannya, Dr. Edward G. Toomey pada 1964 melakukan ekspedisi sukar untuk mengkaji tahap kesihatan penduduk Lembah Hunza. Makan aprikot Hasil penyelidikan mereka mendapati tahap kesihatan 25 lelaki Lembah Hunza berumur 90 hingga 110 cukup menakjubkan. Kadar tekanan darah dan kolesterol cukup mengagumkan dengan tiada seorang pun yang menghadapi simptom penyakit jantung dan darah tinggi. Pakar mata AS, Dr. Allen E. Banik juga melakukan ekspedisi di lembah bertuah itu pada 1960, dan menyimpulkan dalam bukunya yang bertajuk Hunza Land yang mendapati kadar penglihatan warga tua lebih 80 tahun seperti remaja. "Saya mengkaji tahap penglihatan mereka dan keputusannya masih baik dan sempurna," kata Allen. Mereka juga bekerja selama tujuh hari seminggu dengan tempoh masa minimum 12 jam dengan gembira tanpa sebarang tekanan. Kebiasaannya, setiap keluarga memiliki tanah bersaiz kecil tetapi cukup untuk menampung keperluan keluarga. Antara tanaman penting yang ditanam adalah pokok aprikot. Buah-buahan ini dikenali mempunyai tahap khasiat yang tinggi. Mereka akan menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok aprikot berhampiran rumah. Tanah pula dianggap satu harta yang mulia dan mereka tidak akan sesekali menjual tanah mereka kepada orang lain. Seorang lelaki dianggap bacul jika tidak mengusahakan tanahnya atau menjual tanahnya kepada orang lain. Menjual tanah dianggap sama seperti perbuatan menjual anak. | |||||
Adira dating bawa pengawal peribadi Posted: 23 Mar 2013 06:57 PM PDT
PENAT-PENAT balik kerja minggu lepas, Diva teringin juga nak pekena teh tarik atau minum di lobi hotel tapi memandangkan poket tak berapa nak merestui, Diva pun pilihlah kawasan lepak yang menjadi tumpuan ramai di pinggir ibu kota. Tengah-tengah layan buih teh tarik, terjeling pula mata Diva ke arah sepasang anak muda. Bukan main manja dan mesra alam, siap belai-belai rambut, sentuh-sentuh pipi bagai lagi. Putih gebu pula budak perempuan itu. Jeling punya jeling, rupa-rupanya artis. Ingat teringin juga nak ambik gambar, alah nak tayang kat Instagram tapi bila Diva perasan ada dua orang pengawal peribadi siap macam nak kawad kat sebelah pasangan berkenaan, terus niat Diva terbantut. Takut! Manalah tahu abang pengawal yang siap pakai sut hitam itu bagi buku lima kat muka Diva. Manalah Diva nak cari duit ganti silikon kat pipi lagi sekali. Eh, pecah lubang pula. Ceritanya bukan Diva, tapi artis tadi. Rambutnya pendek, genit dan bersuara meletup Ombak Rindunya, siapa lagi kalau bukan Adira. Ini bukan fitnah tau, tapi Diva nampak sendiri. Nak pergi salam sebenarnya, tapi itulah takut tengok pengawal keselamatan di kiri dan kanan. Entah anak orang kenamaan mana atau anak raja mana yang bersama Adira pada malam itu, tidaklah pula Diva pasti. Yang pasti ganteng! |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |