Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Zain Hapuskan Akaun Instagram Kerana Maruah Rozita
- Hubungan Siti Nurhaliza Lebih Romantik Selepas Suami Kemalangan
- Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English'
- Rita Rudaini Minta Jangan Burukkan Namanya
- Natasha Hudson beri penjelasan aksi panas dan 'daring'
- Rozita: Seksi tu hak saya
- Emelda tutup mulut
- Syazwan nafi punca perpisahan Keith, Tyas
- Fi Interbank Giro turun 2 Mei
- Lapan pengganas Sulu didakwa
- Pelakon wanita didakwa cederakan bekas suami
- Agihan pendapatan ASG meningkat
- Serangan siber berlaku di Korea Selatan
- Ribuan bangkai udang terdampar di pantai
- Lukisan berusia lebih 17,000 tahun dipamerkan
- Pekerja zoo beri seekor kambing untuk dimakan biawak komodo
- Perjuangan teater artis tempatan
- Penglibatan teater bintang Hollywood
- Pengehosan web bantu perniagaan
- Fenomena lubang gergasi 'telan' manusia
- Lumia 820 caj secara wayarles
Zain Hapuskan Akaun Instagram Kerana Maruah Rozita Posted: 21 Mar 2013 02:46 AM PDT Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, keputusan itu dibuat semata-mata untuk menjaga maruah, nama baik serta imej yang dibawa oleh kekasihnya itu. "Ya... Saya padam akaun (Instagram) kerana tidak mampu untuk mengawal orang yang beri komen dan kutukan pada setiap gambar yang saya muat naik. "Gambar-gambar itu hanyalah sekadar gambar biasa sahaja, bukannya gambar tidak sopan. Kalau ada pun mungkin hanya skirt (Rozita) tertarik sikit semasa sedang duduk," ujarnya kepada ketika ditemui selepas sidang media pelancaran Oh My English! musim ke 2 di Sekolah Wawasan, USJ 16, Subang Jaya di sini pada Rabu. Dia menamatkan akaun tersebut pada malam Isnin lalu selepas gambar bersama Rozita, 40, dikecam kerana wanita itu dituduh berpakaian seksi. Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya selepas berumah tangga kelak, Zain berkata dia tidak pernah merancang untuk mendapat anak memandang faktor usia Rozita. "Selepas berkahwin nanti saya merancang untuk buat bisnes agar kehidupan kami lebih stabil. Kalau boleh biarlah Rozita berehat dan kerja ikut kemampuan dia. "Dari segi perancangan keluarga dan anak pula saya tidak meletakkan harapan atau perancangan, kita hanya serahkan kepada Allah," katanya. Dalam pada itu menerusi Oh My English! musim kedua ini, Zain tetap memegang peranan serupa iaitu sebagai cikgu Henry Meddleton . Rancangan itu akan disiarkan pada setiap Ahad pukul 7.30 malam bermula 31 Mac ini menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Terdahulu media sebelum ini melaporkan Zain dan Rozita, telah membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan mereka dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Pasangan ini memberitahu akan mengadakan sidang media tentang perkahwinan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. | ||
Hubungan Siti Nurhaliza Lebih Romantik Selepas Suami Kemalangan Posted: 21 Mar 2013 02:45 AM PDT Siti, 34, berkata, keadaan itu berlaku sejak dia menjaga dan menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu. "Sejak suami cedera akibat kemalangan, saya cuti beberapa bulan semata-mata untuk menjaga suami. Saya tak menyangka, kemalangan yang berlaku itu memberi hikmah besar buat saya. "Bukan nak kata sebelum ini saya dan suami tak romantik. Dia memang seorang yang romantik dan penyayang sejak dulu lagi. "Tetapi apabila kami lebih kerap meluangkan masa bersama, suasana romantik dan rasa sayang itu menjadi berlipat kali ganda. Berbanding dahulu, kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu. Malah beliau juga bersyukur apabila melihat perubahan suaminya yang semakin sihat dan memerlukan beberapa rawatan fisioterapi agar pulih sepenuhnya. "Alhamdulillah, kejadian yang telah berlaku merupakan cabaran dan dugaan hidup. Saya sangat bersyukur kerana Allah tidak mengambil terus nyawa suami saya. "Biasalah menjaga orang sakit ini macam-macam dugaannya. Bagi yang pernah berada dalam situasi seperti saya, mereka mesti akan faham. "Memandangkan tangan suami cedera, banyak pergerakan yang tidak boleh dilakukannya dan hal itu membuatkan dia tak senang duduk. "Kalau tidak... ada sahaja benda yang hendak dibuatnya. Kadang-kadang perabot dalam rumah yang dirasakan tidak kena dengan cita rasanya pun hendak diubah sendiri," seloroh penyanyi jelita ini. | ||
Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English' Posted: 21 Mar 2013 02:44 AM PDT Mereka terdiri daripada Aaron Aziz, Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi dan Nur Fazura. Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Yasmin Megat berkata, pemilihan beberapa artis popular adalah berikutan permintaan daripada penonton melalui maklum balas yang diberikan pada siri pertama. "Selepas tamat musim pertama kita terima maklum balas baik dari penonton yang mahu beberapa artis popular menyertai program ini. "Seperti yang kita tahu artis seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani, Fazura, Tiz Zaqyah mempunyai pengikut yang ramai dan ia dapat menarik lebih ramai penonton," katanya pada sidang media pelancaran program Oh My English! musim ke2, di Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang Jaya di sini pada Rabu. Tambahnya, disebabkan sambutan hangat terhadap rancangan tersebut, pihaknya perlu melipatgandakan komitmen untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan generasi muda menerusi medium berkenaan. "Pada musim pertama lalu OME! telah mencatatkan jumlah penonton seramai lebih 3.6 juta, lebih 8.4 juta menontonnya di YouTube dan 430,000 peminat di Facebook. "Kami sangat terharu dengan respons positif yang kami terima daripada pelajar sekolah, ibu bapa sehinggalah guru-guru, bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Brunei, Singapura, Indonesia, Timur Tengah dan Korea," katanya. Menerusi program 20 episod itu, OME! meneruskan formulanya menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris. OME! bakal menemui penonton pada setiap Ahad pukul 7.30 malam menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Mustika HD (saluran 134) bermula 31 Mac depan. Bagaimanapun Di Sebalik Tabir istimewa OME! dapat diikuti pada Ahad ini menerusi saluran yang sama. | ||
Rita Rudaini Minta Jangan Burukkan Namanya Posted: 21 Mar 2013 02:43 AM PDT Rita, 37, menjelaskan dia tidak sepatutnya dipersalahkan kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, 26, dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah. "Jangan hendak burukkan nama saya sebab selama ini saya tidak pernah tidak hadir ke mana-mana perbicaraan, tuduhan ini mencalar reputasi saya. "Saya tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak tahu perbicaraan ini telah ditangguhkan ke 3 April 2013," katanya kepada Kosmo! dalam laporan pada Khamis. Tegas Rita, pihaknya akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai itu. Mahkamah pada 25 Februari lalu mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai pemain bola sepak Johor DT itu terhadap isterinya itu dibantah oleh Rita. Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah. Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2. Mereka tidak tinggal bersama selepas pemain bola sepak itu dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara pada tahun lalu. | ||
Natasha Hudson beri penjelasan aksi panas dan 'daring' Posted: 21 Mar 2013 02:42 AM PDT Langgar, yang disifatkan agak 'panas' dan 'daring'. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai adegan yang melibatkan dirinya itu, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, berkata, dia tidak melihat adegan tersebut sebagai sesuatu yang panas dan menimbulkan kontroversi. Apatah lagi ketika menerima tawaran filem sulung arahan Syed Hussein (Sein) tersebut, dia jatuh cinta pada jalan ceritanya dan adegan yang dilakonkan itu sekadar menurut kehendak skrip. "Saya suka dengan jalan ceritanya, apatah lagi Langgar merupakan filem aksi pertama saya. Adegan yang saya lakukan sebenarnya bukanlah terlalu seksual, sebaliknya dikategorikan sebagai ganas. "Amanda (watak lakonannya) adalah seorang bekas penagih dadah dan dia berperwatakan seperti lelaki sebelum ini. Dia ada sejarah hidup dia sendiri. Apabila dia menjadi teman wanita kepada ketua gangster bernama Radzi (Namron) bererti Radzi boleh buat apa saja kepadanya," katanya yang ditemui di pelancaran filem terbitan Tayangan Unggul, bertempat di Carney Vino, Kuala Lumpur. Selain Natasha, turut berlakon dalam filem ini ialah Adi Putra, Khir Rahman, Zul Huzaimy, dan Hans Isaac. Bagaimanapun, aktres kacukan Melayu-Australia ini bersedia untuk menerima apa saja reaksi daripada penonton apabila filem ini ditayangkan pada 11 April depan. "Saya tahu, setiap orang akan ada pandang dan pendapat masing-masing apabila menonton filem ini kelak. Cuma saya berharap penonton boleh berfikir positif setelah menonton filem ini nanti," ujarnya. Rela dipukul Bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya menjayakan watak Amanda, Natasha berkata, dia merelakan Namron memukul dan melakukan kekasaran terhadapnya. Katanya, biarpun pada mula Namron enggan berbuat demikian, namun dia tetap bertegas untuk merasai sendiri seolah-olah betul dipukul bagi menghayati wataknya. "Masa kena pukul, adalah beberapa kali benjol dan bengkak sebab Namron pakai banyak cincin berbatu. Tapi saya tak kisah kerana dengan cara itu, kami juga boleh cepat mendapatkan keserasian," katanya. Tatkala ditanya mengenai penerimaan suaminya, Carleed Khaza, 34, berhubung lakonannya itu, Natasha berkata, dia bertuah kerana memiliki seorang suaminya yang bersikap profesional dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon. "Sejak awal lagi, dia memahami kerjaya saya dan begitu juga saya memahami kerjaya dia. Kalau dari awal dia tak faham, mungkin susah jugalah buat saya," katanya yang kini sarat hamil lapan bulan. Kejutan anak kedua Menyentuh mengenai kandungannya pula, Natasha berkata, pengalaman hamil anak kedua berbeza ketika dia hamil anak sulungnya, Neesa Helena, 5. Katanya, kali ini, dia lebih aktif dan tidak boleh duduk diam dan masih sibuk dengan perniagaan dalam talian dan program bersama TV Al Hijrah. "Mengenai jantina, saya memang tidak mahu tahu dan menganggap ia sebagai kejutan. Persiapan juga saya buat ala kadar saja dan banyak lagi baju Neesa semasa bayi masih belum digunakan. "Selagi saya larat, saya akan aktif sehinggalah nak dekat bersalin nanti. Rutin saya tetap sibuk dengan keluarga, perniagaan karier. Apatah lagi Neesa juga sudah mula bersekolah tahun ini. "Bagaimanapun, semenjak usia kandungan mencapai lima bulan, saya tidak lagi menerima tawaran lakonan dan projek terakhir saya adalah filem Mamat Cupcake," katanya yang masih menanti tayangan dua lagi filem lakonannya iaitu Halilintar dan Lemak Kampung Santan. | ||
Posted: 21 Mar 2013 02:41 AM PDT Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi. Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan. Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan. Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing. "Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. "Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam. Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'. Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti. "Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula," katanya. Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua. "Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya. | ||
Posted: 21 Mar 2013 02:35 AM PDT
MASIH menyembunyikan identiti dan gambar anak angkatnya, Edra Rafael yang kini memasuki usia dua tahun, Emelda tetap dengan pendiriannya sampai sekarang. Kata Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid, 33, kehidupannya sebagai seorang ibu, pelakon dan pelajar separuh masa kini dilimpahi keceriaan setiap hari. "Saya minta maaf, buat masa sekarang saya belum bersedia untuk menceritakan atau mendedahkan anak angkat saya kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku kepadanya kalau saya berbuat demikian. "Harap semua pihak menghormati keputusan saya kali ini," ujar Emelda atau mesra disapa Mel yang ditemui ketika tayangan perdana filem Sembunyi: Amukan Azazil di Cathay Cineleisure e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Mahu anak Emelda menegaskan, dia bukan seperti artis lain yang perlu berkongsi semua cerita peribadi dan tidak merasakan adalah perlu untuk mendedahkan identiti anak angkatnya. "Biarlah anak saya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain kerana dia juga berhak untuk hidup sedemikian," ujar Emelda yang mahu mengunci mulut daripada membicarakan soal anak. Sebelum ini, Emelda dan suaminya, Adlin Aman Ramlie pernah membawa anak angkatnya yang ketika itu berusia lima bulan sekitar Ogos tahun 2011 ke majlis akikah cucu penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman namun mereka enggan disiarkan gambar mereka bersama. Dalam pada itu, katanya dia dan suami masih berusaha untuk memiliki zuriat sendiri dan tidak putus-putus berdoa. "Saya tidak pernah putus asa, setiap hari kami mencuba dan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata. Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi dan kami menunggu rezeki dari Allah. "Kami tidak merancang dan dalam masa sama kami turut menjalani rawatan di hospital atas nasihat doktor untuk memudahkan saya hamil. "Tapi entah kenapa sampai sekarang belum dikurniakan cahaya mata, mungkin Tuhan mahu kami bermanja-manja dan bercinta terlebih dahulu," tambahnya. yang mengahwini Adlin pada 22 Mei 2009 di Ipoh, Perak.
Pengajian tahun akhir Sementara itu, Emelda tidak lokek untuk berkongsi kehidupannya bergelar pelajar yang sudah hampir bergraduasi tidak lama lagi. Emelda kini sedang mengikuti pengajian tahun akhir dalam bidang Ijazah Komunikasi di kampus luar Universiti Utara Malaysia (UUM). "Tidak susah untuk membahagikan masa untuk rumah tangga, karier dan pelajaran kerana saya bukan pelajar sepenuh masa. Insya-Allah bulan Oktober ini saya akan menamatkan pengajian saya. "Jadi, selain waktu kuliah itu saya gunakan untuk berlakon dan uruskan keluarga," ujar lulusan Diploma Senireka Grafik itu. Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu juga berkongsi pengalamannya berlakon dalam produksi Sembunyi: Amukan Azazil yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 Mac nanti. Emelda melakonkan watak Melur, seorang wanita kampung yang bertukar sifatnya apabila terlalu dikongkong oleh suaminya, Atan (lakonan Sharnaaz Ahmad). "Suami saya dalam filem ini sangat garang dan Melur merupakan seorang isteri yang akur dengan arahan suami. Berlakon dalam filem ini banyak cabarannya terutama apabila penggambaran dilakukan di dalam hutan pada bulan Ramadan. "Tambah memenatkan apabila penggambaran tamat beberapa hari sebelum Hari Raya Puasa dan menerusi filem ini saya perlu menari dan menyanyi," ujar Emelda yang pertama kali digandingkan bersama Sharnaaz. | ||
Syazwan nafi punca perpisahan Keith, Tyas Posted: 21 Mar 2013 02:34 AM PDT
RUANGAN pojok sebuah akhbar tempatan Ahad lalu menyiarkan laporan mengenai perpisahan pelakon dan model terkenal yang mencipta nama di Indonesia, Keith Foo dan Tyas Mirasih yang dikatakan berpunca daripada orang ketiga iaitu pelakon Syazwan Zulkifly. Syazwan, 26, sebelum ini bergandingan dengan Tyas menerusi filem Laga. Syazwan yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini mengulas lanjut berkenaan gosip yang mengaitkan dirinya sebagai punca perpisahan dua pelakon itu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Syazwan yang menjawab tentang kontroversi terbabit. Kosmo!: Mungkin Syazwan boleh komen mengenai kontroversi yang mengaitkan nama anda sebagai punca perpisahan Keith Foo dan Tyas Mirasih? SYAZWAN: Saya, Tyas dan pihak produksi filem Laga tahu apa yang terjadi dan sepanjang penggambaran tiada masalah antara kami. Apabila timbul cerita sebegini, saya rasa tidak selesa dan kisah percintaan atau perpisahan mereka pun saya dengar daripada Tyas sendiri memandangkan kami masih berhubung sebagai kawan sampai sekarang. Sejauh manakah perkenalan antara Syazwan dengan Tyas secara peribadinya? Menerusi filem Laga, Tyas melakonkan watak kekasih saya dan tiada sebarang babak romantik antara kami berdua pun. Saya seronok mengenali dia kerana kami boleh jadi sekepala dan saya sering menumpangkan dia menaiki kereta saya bersama dua orang pembantu peribadinya sepanjang berada di Kuala Kangsar, Perak. Kali terakhir kami bertemu pun tiga minggu lalu ketika dia berada di Kuala Lumpur. Bagaimanakah pula hubungan Syazwan dengan Keith Foo? Saya tidak salahkan Keith dan saya juga tidak mengenalinya secara personal. Tapi sebelum ini saya pernah satu kali bercakap dengannya menerusi telefon ketika terdengar khabar angin mengenai hubungan mereka yang semakin renggang melalui Tyas. Tiada kes saya merampas kekasih Keith dan tidak rasa kenapa saya perlu jadi orang ketiga dalam hubungan mereka. Kami tiada masalah dan insya-Allah kami akan digabungkan bersama dalam sebuah drama adaptasi novel pada awal bulan Mei nanti yang turut dibintangi Farid Kamil, Nabila Huda dan Izara Aishah. Adakah wujud unsur sabotaj yang ingin memecahbelahkan hubungan Syazwan, Keith dan Tyas? Saya tidak fikir orang dalam produksi yang boleh menyampaikan cerita begini kepada Keith atau Tyas, pastinya pihak terbabit mempunyai akses yang cepat untuk berhubung dengan pihak Keith atau Tyas di Indonesia ketika itu. Apabila timbul gosip sebegini, adakah ia menjejaskan karier atau kehidupan peribadi Syazwan? Saya tidak merasakan ia menjejaskan kerjaya atau kehidupan saya cuma gosip sebegini akan 'menambah nasi' terhadap kata-kata orang sebelum ini bahawa saya kaki perempuan. Memang betul saya kenal ramai perempuan dan secara peribadinya, saya rasa tidak salah kerana saya juga masih solo. Apakah tindakan Syazwan selepas ini? Saya tidak terfikir untuk mengambil sebarang tindakan buat masa sekarang dan biarlah masalah ini diselesaikan sendiri oleh Keith atau Tyas. Cuma saya tertanya-tanya kenapa perlu cakap saya menjadi punca mereka putus cinta? Apakah perkembangan terkini Syazwan? Saya baru selesai penggambaran drama bersiri Karlos dan sedang menjalani penggambaran telefilem Wisalah Cinta terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. bersama Zamarul Hisyam dan Lisdawati, kemudian akan ke set telefilem Ad-Din bergandingan dengan Talha Harith. | ||
Posted: 20 Mar 2013 06:02 PM PDT KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan fi untuk urus niaga Sistem GIRO Antara Bank (Interbank Giro) yang dilakukan secara dalam talian melalui perbankan internet dan mudah alih ialah 10 sen berkuatkuasa 2 Mei ini berbanding RM2 pada masa sekarang. Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, fi yang lebih rendah ini bertujuan untuk memberi insentif kepada pengguna beralih kepada pembayaran elektronik (e-pembayaran) yang lebih murah. "Pembayaran dalam perbankan internet dan mudah alih memberikan manfaat yang ketara kepada individu dan peniaga. "Bagi individu, ia membolehkan mereka menikmati urus niaga pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi tanpa perlu beratur di kaunter bank, manakala peniaga boleh mengurangkan kos operasi perniagaan melalui pengurangan atau penggunaan semula sumber yang sebelum ini digunakan untuk mengendalikan wang tunai dan cek," katanya. | ||
Posted: 20 Mar 2013 06:02 PM PDT
LAHAD DATU - Lapan lelaki warga Filipina yang disyaki pengganas Sulu didakwa di Mahkamah Majistret di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini semalam atas pertuduhan melakukan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 K(A) Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Bajau. Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 130 kesemua tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup manakala bagi pertuduhan mengikut Seksyen 121 pula mereka boleh djatuhi hukuman mati. Lapan tertuduh itu ialah Basad H. Manuel, Atik Hussin Abu Bakar, Holland Kalbi, Lin Mad Saleh, Timhar Hadir, Habil Suhaili, Kadir Buyong dan Lating Tiong. Basad dan Atik dituduh atas kedua-dua pertuduhan iaitu melakukan keganasan dan melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Baki empat lagi tertuduh, didakwa melakukan keganasan. Kesemua tertuduh berumur 17 hingga 66 tahun. | ||
Pelakon wanita didakwa cederakan bekas suami Posted: 20 Mar 2013 06:01 PM PDT PETALING JAYA - Seorang pelakon wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan bekas suami dengan mencubit dan mencakar tangan ahli perniagaan itu dalam satu pergaduhan berhubung jagaan anak tahun lalu. Sharifah Nadia Yusnita Abd. Haniff, 32, yang popular dalam drama Mahligai Gading mengaku tidak bersalah. Dia didakwa mencederakan Lob Mahadir Abdul Syukur, 40, di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen USJ di sini pada pukul 10.30 pagi 25 November 2012. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. | ||
Agihan pendapatan ASG meningkat Posted: 20 Mar 2013 05:59 PM PDT KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), pengurus dana milik Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan kadar agihan pendapatan sebanyak 7.10 sen seunit bagi Amanah Saham Gemilang (ASG) Pendidikan, 7.20 sen seunit bagi ASG-Kesihatan dan 7.30 sen seunit bagi ASG-Persaraan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013. Kadar tersebut lebih tinggi berbanding tahun lalu yang mencatatkan agihan sebanyak tujuh sen seunit untuk ASG-Pendidikan, 7.10 sen bagi ASG-Kesihatan dan 7.05 sen bagi ASG-Persaraan. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ASNB memperuntukkan RM5.25 juta untuk agihan pendapatan ASG-Pendidikan, RM6.50 juta untuk ASG-Kesihatan dan RM1.66 juta untuk ASG-Persaraan. "Ia akan memberi manfaat kepada 21,460 pemegang unit ASG-Pendidikan, 14,472 pemegang unit ASG-Kesihatan dan 3,393 pemegang unit ASG-Persaraan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Sehingga 19 Mac 2013, ASG-Pendidikan mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM5.72 juta, ASG-Kesihatan memperoleh pendapatan sebanyak RM7.49 juta manakala ASG-Persaraan memperoleh RM2.18 juta. | ||
Serangan siber berlaku di Korea Selatan Posted: 20 Mar 2013 05:54 PM PDT SEOUL - Rangkaian komputer di dua bank utama dan tiga stesen penyiaran televisyen terkenal di negara ini digodam semalam. Serangan tersebut menyebabkan mesin-mesin pengeluaran dan memasukkan wang lumpuh di seluruh Korea Selatan. Agensi Keselamatan Maklumat menyatakan, serangan siber itu berlaku pada pukul 2 petang waktu tempatan apabila imej tengkorak muncul pada sejumlah skrin komputer. Menurut pihak polis dan para pegawai Korea Selatan yang menyiasat kes itu menyatakan punca serangan tersebut masih belum jelas. Namun, terdapat spekulasi bahawa serangan siber itu dilakukan oleh Korea Utara. Sebahagian komputer mula beroperasi selepas lebih dua jam dan 30 minit tergendala. Kejadian itu berlaku selepas Korea Utara dikenakan sekatan barang mewah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana melakukan ujian nuklear pada Februari lalu. Sebuah kumpulan yang tidak dikenali yang bernama Whois Team mengaku menggodam komputer-komputer itu. Komputer-komputer yang terjejas itu ialah milik rangkaian televisyen YTN, MBC dan KBS. Ia turut menjejaskan komputer Bank Shinhan dan NongHyup. Di sebuah kedai kopi Starbucks di sini, para pelanggan diminta untuk membayar tunai manakala terdapat barisan di mesin-mesin pengeluaran dan memasukkan wang semasa kejadian tersebut berlaku. Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, ekoran kejadian itu, pihak tentera meningkatkan tahap berjaga-jaga berhubung serangan siber. Bagaimanapun, para pegawai pertahanan melaporkan tiada tanda-tanda serangan siber berlaku pada rangkaian komputer kementerian tersebut. | ||
Ribuan bangkai udang terdampar di pantai Posted: 20 Mar 2013 05:53 PM PDT CORONEL - Ribuan bangkai udang terdampar di sebuah pantai di sini, kira-kira 540 kilometer ke barat daya Santiago, Chile kelmarin. Udang tersebut mati ekoran pencemaran yang berlaku di kawasan habitatnya dekat pantai tersebut. Pencemaran itu berlaku selepas air yang digunakan untuk menyejukkan dua loji termoelektrik dilepaskan ke laut tersebut. | ||
Lukisan berusia lebih 17,000 tahun dipamerkan Posted: 20 Mar 2013 05:52 PM PDT CHIGACO, Amerika Syarikat - Muzium Field di sini mempamerkan salinan beberapa lukisan yang berusia lebih 17,000 tahun kepada orang ramai bermula semalam. Lukisan tersebut ditemui di sebuah Gua Lascaux di Perancis. Gua tersebut ditutup kepada orang awam pada tahun 1963 sebagai usaha untuk memulihara lukisan tersebut. Penutupan tersebut menyebabkan salinan lukisan itu dibuat untuk dipamerkan kepada orang awam. Pelbagai gambar orang dan haiwan terdapat pada lukisan itu. Bagaimanapun, pakar-pakar masih belum dapat mentafsirkan makna lukisan tersebut. Terdapat hampir 2,000 lukisan di dalam gua itu. | ||
Pekerja zoo beri seekor kambing untuk dimakan biawak komodo Posted: 20 Mar 2013 05:51 PM PDT SURABAYA - Dua pekerja membaling seekor kambing yang telah mati untuk dimakan oleh beberapa ekor biawak komodo naga di Zoo Surabaya di sini semalam. Lima ekor biawak kemudian mengerumuni bangkai kambing itu di dalam kurungan haiwan tersebut selepas ia dibaling oleh dua pekerja berkenaan. Haiwan tersebut merupakan biawak paling besar di dunia. Ia boleh membesar sehingga tiga meter panjang dengan berat sehingga 70 kilogram. Biawak itu amat popular dalam kalangan pengunjung zoo. | ||
Perjuangan teater artis tempatan Posted: 20 Mar 2013 05:49 PM PDT
Di Malaysia, kebiasaannya, masyarakat sering diuar-uarkan dengan persembahan teater yang sangat gah yang mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit, dihiasi set yang moden serta lokasi mewah khususnya seperti yang dipentaskan di Istana Budaya. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya, banyak lagi pementasan teater tetapi yang berlangsung di pentas kecil tanpa bajet yang tinggi. Apa yang menarik, industri teater berskala kecil ini diperjuangkan oleh aktor mahupun aktres yang sudah punya nama dalam arena hiburan tempatan. Apa yang pasti, teater seperti ini sebenarnya lebih menarik dengan mengetengahkan isu semasa yang dekat dengan masyarakat. Antara nama popular dunia lakonan tanah air yang bergiat aktif dalam arena teater berskala kecil ini sama ada sebagai penerbit mahupun pelakon termasuklah Nam Ron, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Amar Asyraf, Fauziah Nawi dan Reza Mohamad. Bicara salah seorang penggiat seni tanah air yang sememangnya sudah mempunyai nama kukuh dalam industri, ujar Nam Ron, dia mempunyai falsafah tersendiri dalam membangunkan seni teater berskala kecil. Bebas bereksperimental Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan yang kini sedang giat mengusahakan produksi teater arahan terbaharunya yang berjudul Ayaq Hangat Entertainment, teater berskala kecil lebih bebas. "Jujur saya akui, saya pernah mendapat beberapa tawaran untuk mengarah teater berskala besar sebelum ini. "Namun, saya mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut. Ini kerana bagi saya, jika mengarah teater berskala besar, saya harus bekerja dengan permintaan mereka (pelabur teater) dari segi cerita dan semuanya ada panduan - tidak bebas. "Namun, jika saya bergerak dengan mengarah teater kecil, saya mampu bereksperimental dan tidak perlu terlalu terikat dengan peraturan daripada sesiapa. "Bagi saya, untuk berkarya kita perlukan kebebasan dalam meluahkan setiap karya. Walaupun ruang mungkin kecil, namun kebebasan tersebut memberikan saya kepuasan," jelas Nam Ron. Tambahnya, jika menghasilkan teater berskala besar, jarang pihak produksi akan mengetengahkan isu yang bersifat eksperimental kerana mereka mahukan sesuatu yang mempunyai lebih nilai komersial. "Bagi menghasilkan pementasan teater berskala kecil, kos bukanlah sesuatu yang berat untuk difikirkan," ujarnya yang pernah bertindak sebagai pengarah artistik teater Inggeris berjudul, Short Eyes. Dekat dengan masyarakat Mungkin beberapa tahun kebelakang ini, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang kurang mengenali serta menghargai seni teater berskala kecil ini. Bagaimanapun, harus diakui, kini lebih ramai golongan generasi baharu yang turut sama memperjuangkan teater berskala kecil. Pada zaman moden ini, walaupun ia tidak menggunakan bajet yang besar, props pentas yang mewah serta canggih, namun, isu yang diketengahkan berjaya menarik minat masyarakat dalam memberikan sokongan. "Setakat ini mengikut pengalaman saya, isu yang diangkat berjaya menarik minat orang kerana ia tidak boleh didapati di tempat lain. "Memang kami akan menjadikan isu terkini suatu ekspresi melalui pementasan teater. Setiap orang yang hadir mempunyai pemikiran berbeza bagi menilai apa yang mereka tonton. "Teater berskala kecil pada kebiasaannya banyak mengangkat isu mengenai kemasyarakatan, kemanusiaan, keagamaan, politik, ekonomi serta banyak lagi isu semasa yang digumpalkan serta dikongsi dengan masyarakat kita sendiri," tegas Nam Ron yang sudah hampir 24 tahun terlibat dalam industri teater tempatan. Menurutnya lagi, memang wujud golongan yang akan menghargai usaha penggiat teater berskala kecil dan memberi sokongan kerana dapat merasai kejujuran melalui cerita yang disampaikan. Ini kerana, ia lebih jujur dalam berkarya kerana tiada had tertentu. "Diambil sebagai contoh, pulangan semula modal yang dikeluarkan untuk mementaskan sesebuah teater menjadi perkara nombor dua, memandangkan mereka ingin beri lebih tumpuan terhadap apa yang boleh disampaikan," jelasnya yang pernah mengarah teater berskala kecil dengan judul-judul yang unik seperti Alih Punggong dan Matderihkolaperlih. Ikut kemampuan Namun, lain pula pendapat primadona lakonan teater, Fauziah Nawi yang namanya cukup gah dalam bidang lakonan filem, drama mahupun teater. Karyawan seni berwibawa ini bukan sahaja melibatkan diri dalam bidang lakonan teater, malah dia turut mempunyai sebuah produksi teater yang diberi nama Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) - ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah syarikat Fauziah Nawi (M) Sdn. Bhd. Tidak dinafikan sepanjang penglibatan Fauziah dalam dunia teater tanah air, sudah banyak dia melibatkan diri dalam teater berskala kecil, mahupun berskala besar. Antara teater berskala kecil arahannya termasuklah Teater Monolog Cinta Julia dan Teater Muzikal Lorong Blues manakala dia juga pernah mengarah teater berskala besar, Mahsuri yang dipentaskan di Istana Budaya pada tahun 2009 Bagi Fauziah, tidak wujud begitu banyak perbezaan dalam mementaskan sebuah teater besar atau kecil, khususnya dari segi yang membabitkan perasaan. "Bagi saya, perasaan melakukan teater berskala besar dan kecil sama sahaja. Jika kita tidak mampu untuk pentaskan teater berskala besar, kita buat sahaja yang kecil. Namun, pada hakikatnya, semua perlu bermula daripada yang kecil. "Jika ikutkan diri saya, teater (berskala) yang kecil ini saya buat kerana saya rasa saya mahu lakukannya. Tidak dinafikan juga, teater kecil itu lebih dekat kepada penonton dan yang besar itu punya cara tersendiri," bicara Fauziah. Tambahnya, kedua-dua teater berskala besar dan kecil lebih kurang sama dan bajet mungkin berbeza. "Namun apa yang pasti, beban kerja dan hasil yang akan ditonton, adalah lebih kurang sama," ujar Fauziah.
Lebih terkawal, lebih mengawal Setiap orang mempunyai pendapat mahupun keinginan lain dalam melahirkan ekspresi tentang apa yang mereka mahukan dalam sesetengah perkara. Bagi penggiat teater wanita berusia 59 tahun ini, ternyata pengalaman yang dibinanya hampir 20 tahun lalu, memberi kelebihan buat dirinya untuk membuat penilaian. "Bagi saya, apa yang saya ingin lihat dalam sesebuah persembahan teater sudah tentu isi penceritaan. Kadangkala, ada sesetengah teater yang mungkin naskhahnya bagus, tapi apabila dipentaskan, ia tidak menjadi. Ini sebenarnya terpulang kepada selera masing-masing yang menonton. "Isu komersial atau tidak, terpulang kepada orang yang menonton dan saya tidak nampak apa masalahnya. Cuma apa yang saya boleh katakan, yang kecil lebih terkawal dan yang besar perlu lebih mengawal," jelas Fauziah memberi pandangan dari sudut profesionalisme. Ujarnya lagi, mungkin jika terlibat dengan teater berskala besar, bajet merupakan perkara yang tidak perlu sangat difikirkan. Bagaimanapun, apa yang perlu fikir ialah bagaimana ingin mengawal keadaan serta kru serta pelakon yang ramai. Fauziah merumuskan bahawa pengalaman sangat membantu dalam mementaskan sesebuah teater tidak kira yang besar mahupun kecil. Akuinya, walaupun mungkin kurang mendapat publisiti, atas pengalaman yang diperoleh, dia telah mampu untuk menjengah ke tahap antarabangsa melalui industri teater seperti di Singapura dan London. Sambutan menggalakkan Namun bagi seorang anak seni yang sememangnya aktif dalam bidang lakonan teater iaitu pelakon Pekin Ibrahim, kepuasan berteater ialah dapat menyegarkan semula apa yang dipelajarinya sebelum ini. "Lakonan di skrin, tidak seperti mana yang kita buat latihan. Jadi melalui teater, tidak kiralah yang kecil mahupun yang besar tetap akan melalui proses latihan, dan latihan itu yang sebenarnya membantu. "Secara peribadi, saya lebih gemar dengan teater berskala kecil kerana ia lebih dekat dengan audiens dan naskhah serta isinya juga lebih bebas," jelasnya yang aktif berlakon teater di bawah produksi Anak Seni Teater (RAT). Mempunyai pendapat sama seperti Nam Ron, ujar pemilik nama sebenar, Mohd. Iznan Ibrahim ini, isu yang diangkat teater berskala besar lebih kepada nilai komersial. Menurutnya, RAT lebih banyak mengangkat isu yang dekat dengan masyarakat serta apa yang mereka mahu pentaskan kepada umum. Ditebak persoalan mengenai bajet serta promosi yang dijalankan, bicara anak kelahiran Kelantan ini, walaupun mungkin teater berskala kecil kurang bajet, namun, promosi yang dijalankan agak meriah. "Kini telah banyak pihak yang menyokong industri teater berskala kecil ini. Banyak medium yang digunakan selain media massa dan cetak, ramai juga yang turut membuat promosi melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook. "Sejujurnya, pementasan yang kami pentaskan, jarang tidak mendapat sambutan dan kebiasaannya penuh. Sehinggakan ada yang minta kami panjangkan lagi tempoh pementasan. "Hakikatnya memang dari dahulu teater kecil ini sudah punya pengikut yang ramai, tapi mungkin pendedahan itu kurang," jelas aktor yang hampir 18 tahun bergiat dalam industri hiburan tempatan ini. | ||
Penglibatan teater bintang Hollywood Posted: 20 Mar 2013 05:48 PM PDT
BROADWAY di Amerika Syarikat dan West End di London cukup sinonim sebagai lokasi pementasan teater berprestij yang dikenali di seluruh dunia. Jika di Malaysia, ia boleh diibaratkan seperti Istana Budaya yang terletak di Kuala Lumpur. Dapat meluahkan bakat di atas pentas berprestij ini merupakan satu penghormatan buat mana-mana pelakon. Di Hollywood, sememangnya terdapat ramai bintang ternama yang juga membina nama dalam bidang teater. Ada yang bermula kariernya sebagai seorang pelakon teater dan ada pula yang terlibat dengan dunia teater selepas bergelar seorang pelakon layar kaca atau layar perak. Namun apa yang pasti, mereka ini masih lagi mencipta nama dalam kedua-dua bidang lakonan arus perdana serta teater dan punya nama yang besar dalam industri. Antara bintang terkenal yang turut terbabit dalam dunia teater termasuklah Whoopi Goldberg, Robert De Niro, Rowan Atkinson, Barbara Streisand, Scarlett Johanson, Hugh Jackman dan Daniel Craig. Whoopi Goldberg Whoopi Goldberg atau nama sebenarnya, Caryn Elaine Johnson bukan sahaja mempunyai karier sebagai seorang pelakon di Hollywood, namun wanita berusia 57 tahun ini seorang yang sangat versatil. Bukan sekadar pelakon tetapi dia juga seorang pelawak, penyampai radio, penerbit, penulis, penyanyi dan pengacara. Dia mula membina nama di Hollywood menerusi filem pertama lakonannya yang berjudul The Color Purple pada tahun 1985. Kehebatan Goldberg dalam bidang lakonan memang tidak dapat disangkal lagi sepanjang bergelar aktres memandangkan dia mendapat pendidikan awal tentang lakonan di bawah guru lakonan terkenal, Uta Hagen di HB Studio. Kredibilitinya terbukti apabila dia meraih Anugerah Oscar Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada tahun 1991 hasil lakonannya menerusi filem, Ghost (1990). Pada tahun 1983, Goldberg telah mengendalikan sebuah teater monolog berjudul, The Spook Show yang menggabungkan banyak karakter. Dari situ, bermulalah penampilan Goldberg di pentas Broadway. Ternyata, teater tersebut mendapat sambutan baik yang mana tiket untuk menyaksikan sebanyak 156 pementasan The Spook Show habis terjual. Rowan Atkinson Rowan Sebastian Atkinson atau lebih dikenali ramai dengan watak komedinya sebagai Mr Bean di seluruh dunia telah memulakan karier seninya sejak tahun 1976 lagi. Kerjaya Atkinson dalam dunia teater bermula pada tahun 1979 menerusi teater pentas yang berjudul The Secret Policeman Ball. Pada tahun 1988 pula, Atkinson terlibat dengan teater yang diadakan di Aldwych Theatre, London bersama pelakon lain seperti Timothy West and Cheryl Campbell. Setelah itu, karier dalam bidang teater mula berkembang bagi Atkinson dan dia pernah meluahkan bakatnya di pentas West End dan juga Wyndham's Theatre di London.
Barbra Streisand Barbra Joan Streisand merupakan seorang wanita yang sangat berjaya dalam kedua-dua bidang lakonan dan nyanyian. Dia bukan sahaja memenangi anugerah melalui nyanyian, namun pelbagai penghormatan juga diberi kepadanya dalam bidang lakonan. Karier lakonannya sudah tentu tidak terhad di layar perak sahaja. Pentas teater mega seperti Broadway serta West End, bukan merupakan satu lokasi asing buat Streisand. Pada tahun 1962, Streisand muncul pertama kalinya di atas pentas Broadway dengan watak yang kecil sebagai Miss Marmelstein namun berjaya mengangkat namanya melalui pementasan teater muzikal berjudul, I Can Get It for You Wholesale. Dua tahun selepas itu, Streisand kembali ke arena teater dengan membawa watak Fanny Brice menerusi Funny Girl yang dipentaskan di Winter Garden Theatre. Teater itu meraih kejayaan besar lalu mengangkat dirinya sebagai penyanyi dan pelakon yang bukan sahaja berjaya tetapi disegani dari segi kewibawaan dalam pelbagai cabang bidang hiburan. Hugh Jackman Aktor kacak dan tinggi lampai Hugh Jackman, sememangnya memiliki aura luar biasa ketika membawa sebarang watak yang diberikan kepadanya. Berikan apa sahaja watak seperti romantik, antagonis mahupun adiwira - kesemuanya pernah dilakonkan dengan sukses oleh aktor kelahiran Sydney, Australia ini. Akui Jackman, sejak kecil, dia memang sangat berminat dengan industri teater. Jika di layar perak dia cukup sinonim dengan karakter Wolverine menerusi siri filem pecah panggung X-Men, menerusi teater pula, namanya bersinar terang selepas pembabitannya menerusi pementasan The Boy from Oz di Broadway pada tahun 2004 Impak pementasan teater tersebut, dia telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah paling berprestij dalam dunia pementasan teater iaitu Anugerah Tony kategori Aktor Terbaik, selain dinobatkan sebagai pemenang anugerah-anugerah lain teater yang termasuklah Anugerah Drama League, Outer Critics Circle, Theatre Fan's Choice dan TDF-Astaire. Selain The Boy from Oz, antara teater lain yang Jackman turut terlibat termasuklah A Steady Rain bergandingan dengan aktor Daniel Craig. | ||
Pengehosan web bantu perniagaan Posted: 20 Mar 2013 05:46 PM PDT
KETIKA mula-mula menjalankan perniagaan penerbitan novel, Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. (Kaki Novel), Rizal Abdullah, 45, menerima banyak e-mel yang mahu membeli buku secara kiriman pos. Atas sambutan yang diterima, dia menjadikan laman webnya, www.kakinovel.com mesra pengguna untuk membeli dan melihat-lihat setiap novel yang ditawarkan syarikat berkenaan. Maklumat seperti biodata penulis, tajuk-tajuk koleksi novel dan informasi terkini diletakkan pada lajur atas secara teratur serta mudah dilihat. Jika mahu membuat pembelian, cara pembayaran dan penghantaran ditunjukkan. Setakat ini, pembeli boleh menggunakan akaun Maybank atau Ambank. Sebaik penyata pembayaran dihantar menerusi faks atau e-mel kepada Kaki Novel, semua buku yang ditempah dibungkus dan dipos pada hari yang sama. Mesej ringkas (SMS) dihantar sebagai pemberitahuan penghantaran telah dibuat sekali gus nombor penjejakan bungkusan diberitahu. Kaki Novel mempunyai kira-kira lapan orang pekerja menguruskan bahagian pembelian dalam talian. Secara purata, mereka mengepos lebih kurang 250 buah buku dengan belanja pos laju sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sebulan. Bagi memastikan pelanggan berpuas hati, Kaki Novel juga mempunyai khidmat pelanggan yang melayan sebarang kesulitan pembaca yang beroperasi dari pukul sembilan pagi hingga lima petang. "Pembelian dalam talian memudahkan para pembaca yang tinggal jauh dari kedai buku dan menjimatkan masa sekali gus menjadikan buku senang didapati," kata Rizal Abdullah, 45, ketika ditemui di ibu pejabat Kaki Novel di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Setakat ini, tempahan pembeli paling banyak secara dalam talian datang dari Kuala Lumpur diikuti Sabah, Sarawak, Selangor, Johor dan Perak. Julat usia pembeli kaedah itu pula sekitar 20 hingga 60 tahun dan berbilang latar belakang profesion. Akui Rizal, pasaran terbuka yang dijual di kedai-kedai buku masih lagi menguasai pecahan terbesar penjualan novel, sekitar 20 peratus daripada total keseluruhan pula dibeli menerusi internet. Sebagai contoh, hasil karya Suri Ryana, Maid terjual antara 13,000 hingga 15,000 salinan dari bulan April 2011 sampai November 2012, manakala pasaran terbuka mencecah 100,000 salinan buah buku dalam tempoh yang sama. Biarpun peratusan jualan kecil, Rizal memberitahu, kaedah tersebut amat perlu bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin hari semakin berubah gaya hidup. "Kini, pesanan melalui laman sosial, Facebook turut mula mendapat perhatian dan bertambah, mungkin disebabkan sifatnya yang boleh dikemas kini pada masa nyata. "Jadi, setiap produk baharu boleh diberitahu di Facebook," kata Rizal lagi. Dia menjangkakan pasaran dalam talian bakal berubah dan meningkat naik dalam tempoh enam tahun lagi. Barangkali, berlaku perubahan medium kepada e-buku. Bagi menggalakkan jualan dalam talian internet, Kaki Novel memberi diskaun sebanyak RM4 untuk setiap judul buku dan pengiriman pos percuma. Kaki Novel mula serius menjadikan laman web sebagai salah satu medium perniagaan pada tahun 2008 dengan menerima tempahan dalam talian. Pada tahun yang sama, alamat laman web syarikat penerbitan itu juga mempunyai nama domain sendiri dan tidak menggunakan platform blog. Sememangnya, platform blog sangat menjimatkan berbanding memiliki nama domain, tetapi terdapat kekangan pada bahan yang dapat disiarkan. Menggunakan domain sendiri membolehkan laman web diuruskan lebih sistematik dan teratur berdasarkan bahagian laman yang diperlukan. "Paling penting keyakinan orang ramai untuk membeli produk dan dapat memberi penjenamaan kepada syarikat," ujar Rizal lagi. Dalam pada itu, Konsultan Pembangunan Perniagaan Serverfreak Technologies Sdn. Bhd. (Serverfreak), Sherene Gan, 28, berkata, terdapat beberapa isu yang boleh berlaku jika ahli perniagaan menggunakan platform blog dalam mempromosi barang jualan. Antaranya, berlaku masalah hak milik kerana ia bukan sepenuhnya dimiliki oleh tuan laman blog dan tiada kawalan terhadap kandungan 100 peratus serta berlaku berkemungkinan bahan dipadamkan. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai nama domain sendiri, terdapat masalah orang tengah mengambil margin keuntungan yang tinggi dan jika terdapat masalah, ia terpaksa dirujuk kepada syarikat pengehosan. Secara asasnya, untuk membina sebuah laman web, individu perlu membeli pengehosan web dan nama domain. Serverfreak merupakan antara syarikat pengehosan web di Malaysia. Pengehosan web umpama tapak rumah dan pemilik perniagaan atau blogger yang prolifik disaran memiliki nama domain sendiri. Pengehosan web bermaksud pemilik menyewa ruang server milik syarikat pengehosan untuk menyimpan fail dan data laman web supaya dapat dilayari oleh orang ramai di alam maya. Serverfreak mempunyai pusat data di dua negara iaitu di Dallas, Amerika Syarikat dan Cyberjaya, Malaysia serta menguruskan kira-kira 500 buah server (pelayan). Nama domain merupakan alamat laman web yang membolehkan orang ramai melakukan pencarian dalam enjin carian atau terus ke laman web atau blog. Harga domain .com, .net, .biz dan .org lebih kurang RM40 setahun, manakala .com.my dan .my antara RM100 hingga RM120 setahun. "Selepas mempunyai kedua-dua ini, laman web boleh dibina mengikut kehendak. Ia boleh dibina sendiri atau mengupah pereka laman web. "Apabila siap mereka bentuk, fail reka bentuk dimuat naik ke akaun pengehosan web yang disewa," cerita Sherene ketika ditemui di Bangsar Shopping Centre, Bangsar, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa jenis pengehosan web disediakan di Serverfreak seperti Pengehosan Web Kongsi iaitu beberapa laman web berada dalam satu server. Setiap satu diletakkan pada bahagian atau seksyen masing-masing bagi memastikan semua data berada dalam keadaan terasing antara satu sama lain. Perkhidmatan ini merupakan paling jimat sekali gus setiap laman web dapat berkongsi kos penyelenggaraan server. Dalam sebuah pelayan boleh memuatkan kira-kira 200 akaun. Bagi yang memerlukan banyak fungsi seperti e-mel atau mempunyai trafik pelawat yang tinggi selain penggunaan bahan siaran yang berkapasiti besar seperti foto dan video seperti laman web perdagangan, Pelayan Peribadi Maya (VPS) serta Perkhidmatan Pengehosan Khusus (DHS) amat sesuai. Pemilihan jenis pelayan bergantung kepada jumlah ruang kapasiti penyimpanan data yang dimahukan dan akses lebar jalur yang dikehendaki. "Pelayan di Serverfreak sesuai dengan semua jenis laman web dan boleh digubah seperti dijadikan laman perdagangan dengan meletakkan fungsi e-cart atau hanya paparan maklumat syarikat," terang Sherene lagi. Bayaran sewa pelayan setahun sekitar RM180 hingga RM499 bergantung kepada keperluan. Serverfreak menguruskan kira-kira 11,000 domain dan hampir 10,000 pelanggan di seluruh dunia. Ujarnya, terdapat pelanggan yang mahukan fail laman web mereka disimpan di pusat data di Malaysia. Barangkali, ia bertujuan untuk mengukuhkan perniagaan di sini sekali gus memberikan kemudahan kepada penggunanya supaya mudah mengakses laman web. Antara pelanggan dari luar Malaysia ialah Jepun, Thailand dan Singapura, manakala dari dalam negara ialah SEGi Berhad, IJM, Bolton Berhad serta Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad. Selain itu, blogger seperti justkhai.com, RedMummy.com dan Budiey.com turut menggunakan domain sendiri oleh Serverfreak. Bagaimanapun, pengehosan web dan perkomputeran awan adalah dua perkara yang sangat berbeza, ujar Sherene menolak sebarang kekeliruan antara kedua-duannya. | ||
Fenomena lubang gergasi 'telan' manusia Posted: 20 Mar 2013 05:46 PM PDT SEORANG lelaki di Florida hilang setelah ditelan sebuah lubang sedalam enam meter dalam satu kejadian di rumahnya. Lubang tersebut ditemui di bahagian bilik tidur mangsa. Jeffrey Bush, 36, dipercayai meninggal dunia selepas anggota keselamatan gagal menghubungi dan menemui jasadnya yang tertimbus di dalam lubang tersebut. Atas faktor keselamatan, pegawai-pegawai berdekatan bandar Tampa telah menangguhkan usaha mencari tersebut. Ketua Jabatan Bomba di Hillsborough County, Florida, Ron Rogers berkata, kejadian lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering kali berlaku di beberapa kawasan sekitar Florida. "Pada dasarnya, Florida terletak di atas permukaan batu kapur. Apabila berlaku hakisan air dalam gua, ia akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus terbentuk lubang-lubang besar pada permukaan," jelasnya. Siasatan awal mendapati lubang gergasi di rumah Jeffrey ialah selebar sembilan meter dan kedalaman enam meter. Sehubungan itu, pegawai berkenaan telah membuat zon keselamatan sejauh 30 meter dari kawasan kejadian kerana lubang itu semakin membesar. "Kita tidak tahu sejauh mana kestabilan tanah di lokasi tersebut. Ketika anggota penyelamat berada di dalam lubang beberapa bahagian rumah runtuh lagi,"
ujarnya. Selain Florida, kejadian lubang besar pernah berlaku di Amerika Syarikat. Kawasan itu digelar Devil's Sinkhole dan telah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular. Selain Amerika Syarikat, kejadian sama berlaku di Guatemala. Ia disebabkan ribut Tropika Agatha yang menyebabkan tanah mendap sekali gus terbentuk lubang besar. Pakar-pakar geologi menyifatkan lubang besar berlaku disebabkan pergerakan air bawah tanah, hakisan batu kapur, kesan meteor, aktiviti perlombongan dan kebocoran sistem pengairan. Dalam pada itu, lubang besar juga pernah berlaku di Laut Caribbean akibat kesan meteor. Kini, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Berbalik kepada kejadian yang menimpa Jeffry, adiknya, Jeremy, 35, berkata, dia mendengar dentuman kuat dan diikuti jeritan abangnya meminta pertolongan. Menurutnya, dia telah melompat ke dalam lubang namun tidak nampak kelibat abangnya itu. "Lantai rumah masih bergerak dan segala kekotoran memasuki lubang tetapi saya tidak peduli. Saya mahu menyelamatkan abang saya," katanya yang keluar dari rumah jirannya sambil menangis teresak-esak. Bagaimanapun, salah seorang anggota keselamatan terpaksa menarik Jeremy daripada menggali lubang besar itu. Menurut Rogers, mereka melihat sebahagian tilam terkeluar dari lubang itu. Pihaknya tidak dapat berhubung dengan Jeffrey walaupun anggota keselamatan telah memasukkan kamera dan alat pendengaran ke dalam lubang tersebut. Lantaran itu, kedua-dua jiran di sebelah rumah Jeremy dipindahkan. Rumah Jeffrey pula dirobohkan pihak berkuasa pada 3 Mac lalu. Begitupun, mereka melakukan kerja-kerja tersebut dengan teliti untuk menyelamatkan beberapa bahagian rumah tersebut. Antara yang terselamat ialah kitab Bible, dompet wanita dan gambar keluarga. Setelah kerja-kerja merobohkan rumah itu selesai barulah sekumpulan pakar akan memeriksa lubang itu. Pakar-pakar tersebut mengakui terdapat ribuan lubang benam di Florida dan ia berlaku disebabkan struktur geologi di negeri itu. Selain itu, Florida terletak di atas permukaan batu kapur yang menyebabkan tanahnya mudah terbenam. | ||
Posted: 20 Mar 2013 05:45 PM PDT TELEFON pintar, Nokia Lumia 820 dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan. Apa yang menarik, rekaan terbaharu itu mempunyai pengecas wayarles selain didatangkan dengan pilihan pelbagai warna antaranya merah, kuning, kelabu, cyan, ungu, putih dan hitam. Telefon pintar itu dijana oleh perisian terbaharu daripada Windows Phone 8. Paparan pada skrinnya juga mudah untuk digunakan, malah mempunyai perisian animasi Live Tile. Aplikasi dan fail yang ditawarkan oleh Xbox seperti muzik, gambar serta video juga boleh dibuka dengan mudah. Tidak setakat itu sahaja, dengan memiliki Internet Explorer 10, pengguna boleh melayari internet serta aplikasi Microsoft Office dengan pantas dan selamat. Terdapat aksesori pengecas wayarles seperti The Fatboy Recharge Pillow dan pengecas wayarles JBL Power Up yang juga merupakan pembesar suara dalam reka bentuk yang lebih klasik. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |