Rabu, 27 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Sambutan Harijadi Anak Sulung Abby Abadi

Posted: 26 Mar 2013 10:45 PM PDT

Baru-baru ini anak kepada perkahwinan pertama Norman Hakim dengan Abby Abadi, Danish Hakim telah menyambut hari kelahiran di kediamannya bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain termasuk Memey Suhaiza dengan anaknya.

Mereka kelihatan begitu akrab sekali seperti satu keluarga besar. Dan melihat anak Memey juga, Mohamed Darwisz juga dah semakin membesar dan comel.




Yatt Hamzah ke Gaza

Posted: 26 Mar 2013 10:00 PM PDT

Gaza bukan tempat destinasi percutian yang boleh dianggap selamat kerana terdapat ancaman daripada Israel Laknatullah pada bila-bila masa. Namun Gaza juga boleh dianggap tempat selamat jika kita berani menjejakkan kaki ke sana. Seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan beberapa golongan selebriti sebelum ini. Dan yang terbaharu adalah pengacara, Yatt Hamzah yang dalam perancangan akan pergi ke Gaza pada 25 Mac sehingga 1 April ini bersama-sama ahli keluarganya. Untuk misi kemanusian bukan untuk bercuti-cuti.

"Selepas mengikuti kelas Usrah Fitrah, banyak mengajar saya pengertian sebenar tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

"Daripada situ juga, saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat ketika dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan,

"Ini kali pertama saya membawa mereka bersama, jika ditakdirkan mati syahid pun, biarlah masa itu saya bersama suami dan anak. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi ALLAH, selamat pergi dan pulang." -Yatt, MediaHiburan

Amanda Misbun Kini Bertudung

Posted: 26 Mar 2013 09:28 PM PDT

Wah bertambah lagi seorang selebriti kita memakai tudung. Kali ini menampilkan pelakon Amanda Misbun yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun.

Gambar dibawah ini dikatakan diambil ketika mereka sedang membuka kedai tudung. Dan sekaligus dikhabarkan Amanda kini memakai tudung pada dirinya.

4 Pelakon Jelita Jadi Undian

Posted: 26 Mar 2013 09:25 PM PDT

Keempat-empat selebriti ni memang kelihatan anggun dan menawan sekali. Mereka terdiri daripada Nora Danish, Izara Aishah, Neelofa dan Hanez Suraya.

Mereka mengambil gambar bersama ini ketika berada di Johor Baharu bersempena road show ABPBH2012. Cuba undi mana yang lebih cantik.


Gambar Baby Shower Fasha Sandha

Posted: 26 Mar 2013 06:30 PM PDT

Gambar dibawah adalah beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha melalui laman Instagram miliknya untuk hari sempena Baby Shower yang diadakan baru-baru ini dikediamannya.

Fasha yang sarat hamil akan melahirkan anak sulung itu tidak lama lagi. Turut hadir rakan artis yang lain, keluarga serta suaminya, Jejai. Layan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines