Isnin, 18 Mac 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Lisa Surihani Tidak Berhasrat Jadi Artis KRU

Posted: 16 Mar 2013 07:02 PM PDT

Lisa selesa menguruskan kerjaya lakonannya sendiri.
KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani memberitahu tidak berhasrat untuk menjadi artis dibawah pengurusan KRU dan selesa menguruskan kerjaya lakonannya sendiri.
Lisa berkata, dia tidak mahu ada pihak yang mempertikaikan penyertaannya dalam syarikat itu dan keputusannya itu turut dipersetujui oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.
"Rasanya saya tidak akan bernaung dibawah pengurusan KRU kerana tidak mahu salah faham timbul memandangkan saya isteri kepada Yusry yang juga salah seorang pemilik syarikat tersebut.
"Suami saya juga bersependapat tentang hal ini dan saya kini selesa menguruskan kerjaya seni dengan bantuan ibu saya," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Lisa berkata, peluang menguruskan sendiri kerjaya lakonannya telah memberikan lebih banyak kebaikkan kerana dia dapat mempelajari selok belok tentang pengurusan kariernya.
Malah kata Lisa, dia semakin yakin apabila perlu berhadapan dengan syarikat produksi yang memanggilnya berlakon dan dapat berbincang sendiri berbanding menggunakan pihak ketiga.
"Sebelum ini memang saya tidak mempelajari apa-apa tentang pengurusan karier kerana semua dilakukan oleh pihak pengurusan dan kini saya berpeluang berbuat demikian. Ia satu proses pembelajaran baru buat saya," jelasnya.
Sementara itu, Lisa berkata, walaupun telah mampu menguruskan kerjayanya sendiri dia akan memastikan sentias mendapatkan pendapat suaminya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Suami seorang yang sangat memahami dan dia akan berikan pendapat dan bukannya keputusan. Kami sering berbincang terlebih dahulu bagi memastikan semua keputusan dibuat dengan baik," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Lisa berkata, dia bakal muncul dengan sebuah drama bersiri terbaharu arahan Nizam Zakaria berjudul Maskara disamping pelakon seperti Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.
Ia bakal bersiaran di TV1 pada setiap Khamis pukul 10 malam bermula April ini.

Pasangan Kembar Juara 'Mimpi Ke Bintang'

Posted: 16 Mar 2013 06:59 PM PDT

Syazwan dan Syazrul dinobatkan sebagai juara pertandingan Mimpi Ke Bintang musim pertama.
KUALA LUMPUR: Pasangan kembar, Mohd Syazwan Nizam Matusin dan Mohd Syazrul Nizam Matusin, 24, dinobatkan sebagai juara pertandingan terbitan RTM iaitu Mimpi Ke Bintang musim pertama pada malam Sabtu.
Syazwan dan Syazrul yang menubuhkan kumpulan Wan Rul Puppet berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Mempertaruhkan persembahan berbentuk muzikal menggunakan boneka, pasangan daripada Sabah ini berjaya menarik perhatian juri dengan sketsa menarik menggunakan lagu-lagu penyanyi lagenda seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Mengulas kemenangan mereka, Syazwan berkata, mereka tidak menyangka dapat bergelar juara kerana sudah berpuas hati dapat melangkah ke peringkat akhir dan menganggap gelaran diberikan sebagai rezeki.
"Alhamdulillah kemenangan ini memang tidak disangka sehingga saya hampir pengsan apabila diumumkan sebagai pemenang," jelasnya ketika ditemui media selepas pertandingan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini.
Mimpi Ke Bintang turut menobatkan kumpulan Roku Steps sebagai naib juara manakala The Siblings Band di tempat ketiga.
Mereka masing-masing membawa pulang hadiah RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Dalam pada itu, Syazwan berkata, buat masa ini mereka tidak bercadang untuk meneruskan karier di Kuala Lumpur sebaliknya ingin kembali ke Sabah untuk mencipta nama di tempat asal mereka.
Jelas Syazwan, mereka mahu membina kerjaya di sana terlebih dahulu namun tidak menolak sekiranya mendapat tawaran di Kuala Lumpur.
"Rasanya kami ingin mencipta nama di Sabah terlebih dahulu tambahan pula sebelum ini kami memang sering membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan ingin meneruskan karier sebagai pemain boneka.
"Duit kemenangan yang kami terima juga akan digunakan untuk membuka syarikat sendiri dan membeli lebih banyak boneka yang perlu ditempah khas dari Amerika Syarikat," jelasnya.
Sementara itu, Syazwan berkata, mereka mahu mempopularkan komedi dan sketsa menggunakan boneka di Malaysia memandangkan masih tidak ramai yang melibatkan diri.
Mula terlibat dengan komedi boneka sejak berusia 15 tahun, Syazwan memberitahu mereka mempelajari teknik suara menerusi laman Youtube dan latihan secara berterusan.
Pada acara malam itu, setiap peserta perlu membuat dua persembahan yang mana pada pusingan pertama mereka perlu memilih salah satu persembahan mingguan terdahulu dan satu aksi baru.
Ia dihoskan oleh Azad Jazmin, Linda Onn dan Datuk Fadzley sementara beberapa juri jemputan turut diundang seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Kavita Sidhu dan Dr Izani (Masterchef).

Arvind Tolak Tawaran Kelab Badminton New Zealand Untuk Jadi Pelakon

Posted: 16 Mar 2013 06:56 PM PDT


Arvind Gorasia
PETALING JAYA: Peluang yang diterima oleh bakat baru, Arvind Gorasia untuk menyertai kelab badminton di New Zealand terpaksa ditolak gara-gara hasratnya untuk bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon.
Jejaka berusia 20 tahun ini berkata, dia membuat keputusan itu kerana cintanya dalam dunia seni lebih mendalam walaupun dalam masa yang sama turut bergiat aktif dalam sukan berkenaan sejak di bangku sekolah.
"Ramai orang yang berkata saya menolak tuah kerana tidak menerima tawaran menyertai kelab badminton di New Zealand itu tetapi saya percaya kepada peluang dan masa depan yang cerah sekiranya saya bergelar seorang pelakon," katanya dalam satu pertemuan dengan mStar Online.
Anak sulung daripada lima beradik ini berkata, sejak berusia 14 tahun lagi dia sudah aktif dalam sukan itu sehingga berjaya mewakili Kuala Lumpur pada peringkat kebangsaan.
Bagaimanapun selepas mendapat peluang membintangi drama berjudul Kisah Kita pada tahun lalu untuk siaran TVi, minat terhadap dunia seni semakin membara selain merasakan banyak kelebihan yang ada padanya untuk bergelar pelakon.
Arvind yang berdarah campuran antara Portugis, Cina dan Hindustan ini berkata, selain fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris dia juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dengan baik.
Ujarnya perkara itu adalah faktor yang menarik jika terdapat mana-mana syarikat produksi yang ingin mempelbagaikan watak dalam karya mereka sesuai dengan kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
"Saya bergaul dengan semua lapisan bangsa serta mempunyai ramai rakan berbangsa Cina dan Melayu. Sebab itulah saya boleh menguasai kedua-dua medium bahasa itu dengan baik," katanya.
Ditanya kenapa dia memilih untuk aktif dalam dunia seni Melayu Arvind berkata, ia disebabkan masyarakat Melayu memberi perhatian besar terhadap dunia seni mereka berbanding bangsa lain yang lebih menumpukan dunia seni masing-masing Hong Kong ataupun India.
Tambahnya, sejak aktif dalam dunia seni, dia sudah terlibat dengan hampir 10 buah drama termasuk iklan komersial sebagai pelakon utama, pembantu dan juga tambahan.
Selain Kisah Kita, antara karya lain dia terlibat ialah Natijah, My Hometown Gigi Putih, Kelas Sebelah dan drama .
Selain itu lebih menarik lagi Arvind juga pandai memasak serta membuat gubahan.
"Percaya atau tidak saya pandai membuat cup cake serta boleh menggubah bunga. Semuanya saya pelajari daripada ibu saya yang merupakan seorang mak andam," katanya.
BIODATA
Nama penuh: Arvind Gorasia
Nama panggilan: Arvind
Tarikh lahir: 24 November 1993
Agama: Hindu
Berat: 66 kilogram
Tinggi: 184 sentimeter
Facebook: Arvind Gorasia
Twitter: vin_max6
Instragram: arvindrynn
PENGALAMAN SENI:
1. Kisah Kita – TVi (2011)
2. Natijah – TVi (2012)
3. My Hometown Gigi Putih – My Hometown Channel (2012)
4. Iklan Guardian – (2012)
5. Iklan Malaysia Airlines – (2012)
6. Julia – TV3 (2013)
7. Kelas Sebelah – RTM1 (2013)

Atilia Lancar 'Indah' Di Indonesia

Posted: 16 Mar 2013 06:55 PM PDT


Atilia telah melancarkan album terbaharunya berjudul Indah di Indonesia.
PETALING JAYA: Penyanyi Atilia akhirnya telah melancarkan album terbaharunya berjudul Indah untuk pasaran Indonesia di Aksara Bookstore, Jakarta pada minggu lalu.
Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron berkata, dia masih mengekalkan konsep Jazz seperti album pertamanya iaitu Sangkar dan gembira dengan penerimaan masyarakat di Indonesia terhadap muziknya.
"Diakui ada beberapa lagu saya yang menarik minat pendengar muzik negara ini tetapi kebanyakannya kurang diterima mereka dan pendengar di sana (Indonesia) lebih menyukai muzik Jazz.
"Insya-Allah, saya yakin album itu bakal mendapat sambutan memandangkan lagu saya seperti Harus Bagaimana dan Silly Litle Thing (menampilkan kumpulan Sore) diterima masyarakat di sana.
"Tambahan pula, syarikat Demajors di Jakarta yang mengedarkan album di negara itu jadi saya percaya mereka mempunyai pelan promosi yang bagus," ujarnya.
Atilia ketika mengadakan persembahan semasa majlis pelancaran albumnya di Jakarta baru-baru ini.
Dalam pada itu, Atilia memberitahu, album keduanya ini turut menampilkan beberapa nama terkenal di Indoensia seperti Ifta Fachir daripada kumpulan Maliq & d'Essentials yang terlibat dalam penghasilan single pertamanya, Indah.
Malah katanya dia berhasrat untuk terus bekerjasama dengan pemuzik di sana seperti Mondo dari kumpulan Sore dan Ricky Virgana pada masa akan datang.
Sementara itu, Atilia turut berpeluang mengadakan persembahan di Festival Antarabangsa Java Jazz 2013 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac lalu.
Pada persembahan itu, Atilia turut diiringi oleh enam pemuzik bagi mengiringinya pada acara tahunan itu.

Suami dirampas rakan artis!

Posted: 16 Mar 2013 06:53 PM PDT


Noniswara
Saat indah selepas majlis pernikahan Noniswara dan Rosman.
Noniswara
Noniswara
MENGHARAPKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mendambakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir nyawa, namun pelakon, Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.
Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Rosman Ridzwan, 54, akhirnya Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, akur dengan kehendak suaminya supaya menuntut cerai.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia amat terkilan kerana kawannya sendiri yang menjadi duri dalam daging memusnahkan hubungannya bersama suami.

"Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.

"Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.

"Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.

Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.

Kena 'buatan orang'?

Mula menghidu perubahan suaminya sejak enam bulan lalu, Nonis mengakui, dalam masa itu, Rosman mula tiada keinginan untuk pulang ke rumah.
Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan hubungan itu dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.

"Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai 'hantu'.
"Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama," katanya kesal dengan tindakan suami gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut Nonis, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah sama.
"Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri," katanya.

Pernah dilamar kerabat
Tabah menghadapi apa yang berlaku, Nonis bagaimanapun menepis dakwaan yang dirinya pernah merampas kebahagiaan orang lain untuk memiliki Rosman.

"Tiada istilah rampas suami orang. Saya berkawan dengan Rosman ketika dia berdepan dengan masalah rumah tangga. Ketika itu, dia tidak terurus dan perniagaan mula merudum.

"Setelah dia bercerai dengan kedua-dua isterinya, barulah saya mula bantu dia memulihkan semangat. Setelah melihat kesungguhannya, saya yakin dialah yang terbaik untuk saya walaupun sebelum ini, ada di kalangan Datuk dan
kerabat yang melamar saya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.

Mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin murah sejak akhir-akhir ini, Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

"Saya yakin, saya boleh hidup sendiri tanpa dia (Rosman). Lagipun, sebelum ini, memang saya jenis yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan ruang saya dalam industri lakonan masih ada. Lagipun, sudah lebih 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang lakonan dan ia menjadi mata pencarian saya.

"Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia," katanya yang turut menerima beberapa tawaran drama selepas ini.

Rempah asli istimewa Cik Nor

Posted: 16 Mar 2013 06:52 PM PDT


Rempah asli istimewa Cik Nor
Rempah kari ikan, kicap bercili dan daging antara jenama Cik Nor yang boleh didapati di Lembah Klang.
Rempah asli istimewa Cik Nor
Rempah siap dikisar halus disusun mengikut jenis dan berat sebelum dimasukkan ke dalam pek kecil.
Rempah asli istimewa Cik Nor
Abdul Rahim dan Norisah mahu pastikan pengguna mendapat rempah yang terjamin halal.
NIAT mereka hanya satu, iaitu mahu menghasilkan rempah yang terjamin halal bagi kegunaan saudara Islam lain.
Dan itulah yang kekal menjadi motivasi kepada pasangan Abdul Rahim Yamman, 62, dan Norisah Napiah, 57, pemilik Sumayyah Enterprise yang menghasilkan pelbagai rempah di bawah jenama Cik Nor.
Seperti tiada apa mampu mematahkan semangat mereka, pasangan itu kini ingin maju setapak lagi dengan berusaha mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meluaskan pasaran mereka.
"Kami nak besarkan perniagaan dan tembusi pasar raya besar tapi benda paling penting adalah sijil halal. Sebelum ini kami beroperasi dari rumah sebelum mula menyewa kilang ini pada penghujung 2009.
Perbanyakkan produk Muslim

"Sudah RM40,000 pinjaman bank dibuat untuk mengubah suai premis ini mengikut spesifikasi Sirim Bhd bagi memastikan produk kami layak menerima cop halal Jakim. Insya-ALLAH kami akan menerima sijil halal dua bulan lagi," kata Abdul Rahim.
Sumayyah Enterprise kini beroperasi di kilang satu tingkat setengah di Salak Selatan, Kuala Lumpur disewa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kilang itu mampu menghasilkan lebih 1,000 kilogram rempah setiap bulan.
"Saya mula berniaga rempah selepas suami saya pencen sebagai pegawai kerajaan pada 2006. Pada awalnya kami ambil terus rempah dari Pulau Pinang sebelum mula buat sendiri pada 2007," kata Norisah.
Norisah berkata, dia mahu membuat rempah secara besar-besaran selepas melihat ada pihak kurang yakin dengan perniagaan rempah.

"Semasa saya sertai satu majlis di Kuala Lumpur, ada seorang wakil agensi datang dan tanya: "Apa matlamat makcik buat rempah ni?".

"Saya jawab, saya buat rempah kerana nak pastikan orang Islam mendapat produk halal," ceritanya yang menggunakan resipi turun temurun untuk menghasilkan rempah itu.
"Memang banyak rempah di pasaran sekarang ini mempunyai sijil halal tetapi kami mahu menambahkan rempah halal supaya pengguna mempunyai lebih pilihan untuk mendapatkan produk terjamin halal buatan orang Islam sendiri, dan bukan hanya produk halal dikeluarkan syarikat bukan Islam," katanya.

Berniaga di lapan pasar tani

Selain menjadi pembekal rempah secara pukal kepada pengusaha katering atau kedai makan, Abdul Rahim dan Norisah yang menetap di Bandar Tun Razak turut menjual sendiri rempah jenama Cik Nor keluaran mereka di lapan pasar tani sekitar Lembah Klang.

"Di pasar tani, kami jual rempah mengikut gram, bukan rempah di dalam paket kerana pelanggan lebih suka begitu. Memang seronok meniaga di pasar tani, terutama apabila tahu pelajar atau diplomat Malaysia di luar negara pun akan datang beli rempah kami bila mereka balik Malaysia. Kalau sehari tak pergi pasar tani.

Pisang berbuah pada batang

Posted: 16 Mar 2013 06:50 PM PDT


Pisang berbuah pada batang
Buah pisang yang tumbuh di bahagian batangnya.
KOTA TINGGI - Lain daripada lain. Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat sebatang pokok pisang di Kampung Batu Empat di sini, berbuah pada batang.

Pemiliknya, Salmah Bajuri, 60, berkata, kejadian itu mula disedarinya pada minggu lalu ketika sedang menjemur kain di bahagian belakang rumah.

Menurutnya, sebaik sahaja melihat keadaan pokok itu, dia terus memberitahu anaknya.

"Pada mulanya saya tidak perasan, namun pada pagi itu ketika sedang menjemur kain saya lihat pokok pisang ini seperti berlainan daripada pokok lain.

"Selepas melihat lebih dekat saya dapati buah pisang yang masih muda dan sepatutnya tumbuh di bahagian atas tumbuh di bahagian batang," katanya ibu kepada lima anak itu.

Salmah berkata, benih pokok pisang itu diambil dari rumah ibunya di Kampung Temenin Baru.

"Sejak itu, rumah saya sering dikunjungi saudara mara dan penduduk kampung yang datang rumah untuk melihat sendiri buah pisang ini," katanya.

Katanya, sebelum ini, dia pernah menjumpai pisang bercabang dua yang tumbuh di bahagian batang pisang ketika bekerja di ladang getah kira kira 20 tahun lalu.

"Bagi saya ia perkara biasa walaupun jarang ditemui. Namun bagi anak-anak mereka agak teruja kerana masing masing baru pertama kali melihat perkara seperti itu," katanya.

Makhluk hodoh ganggu pelajar perempuan

Posted: 16 Mar 2013 06:45 PM PDT


Makhluk hodoh ganggu pelajar perempuan
Empat pelajar perempuan sekolah ini diserang histeria, kelmarin.
KUANTAN - "Sejurus selepas ternampak lembaga hodoh di koridor sekolah, anak saya terus menjerit dan pengsan sebelum diikuti oleh tiga rakannya yang lain."

Demikian kata Roziana, 45 (bukan nama sebenar) ibu salah seorang pelajar yang mengalami histeria di sebuah sekolah menengah dekat Indera Mahkota di sini.

Roziana berkata, ini kali pertama anaknya mengalami gangguan seperti itu walaupun sudah beberapa kali kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan.

"Tidak sangka pula, kali ini anak saya pula yang menjadi mangsa.

"Apabila bercerita mengenai rupa mahkluk yang hodoh itu, anak saya akan takut dan tidak mahu ke sekolah kerana bimbang akan terserempak lagi," katanya.

Ketika kejadian, anak perempuan Roziana yang merupakan pelajar tingkatan dua berdiri di koridor sekolah pada waktu rehat sebelum menjerit apabila melihat makhluk hodoh tersebut.

"Sejurus selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah, saya terus bergegas ke sana dan mendapati anak saya sudah sedar biarpun masih ketakutan.

"Mujur ada guru dan ustaz yang tolong anak saya jika tidak, saya pun tidak tahu apa nasib anak saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Rosdi Ismail berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan tindakan segera telahpun diambil oleh pihak sekolah.

Menurutnya, itu kejadian kedua yang berlaku di sekolah tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

"Kita nasihat pelajar terbabit supaya berubat dan ibu bapa serta guru diharap sentiasa memantau pelajar sekolah itu," katanya.

Dunia animasi Aznil, Marsha, Ezlynn

Posted: 16 Mar 2013 06:43 PM PDT

MENJADI pelakon suara untuk animasi Bola Kampung The Movie mencabar imaginasi Ezlynn, Aznil dan Marsha untuk menghidupkan emosi karakter yang mampu memikat hati penonton.


BERMAIN dengan karakter lakonan bukan lagi sesuatu yang asing buat Datuk Aznil Nawawi, Marsha Milan Londoh dan Ezlynn. Namun, membentuk imaginasi karakter kepada watak kartun hanya berdasarkan sekeping kertas mungkin tidak semudah yang dijangkakan.
Mereka bukan hanya terlibat dalam proses rakaman suara, malah lebih daripada itu. Dalam filem animasi 3D terbaharu, Bola Kampung The Movie yang akan ditayangkan pada 21 Mac ini, Aznil, Ezlynn dan Marsha sebaliknya terlibat dengan proses pembentukan karakter animasi bermula daripada proses lakaran awal hinggalah ke proses terakhir.
Atas bahu Aznil tersandang nama Lord Vilus, kuasa jahat yang tamakkan pengaruh dan rupa manakala Puteri Amanda yang masih kanak-kanak pula dihidupkan oleh Marsha. Keluar daripada kepompong Moon seperti yang terlihat dalam Husin, Moon dan Jin Pakai Toncit, Ezlynn pula menzahirkan dirinya menjadi Iwan, budak lelaki super aktif yang handal menyepak bola.
Melihat semula profil Aznil, 50, Ezlynn, 31, dan Marsha, 28, mereka bukanlah pelakon secara total sebaliknya berkembang daripada variasi lapangan. Masing-masing teruja kerana buat pertama kalinya, muncul dalam karakter kartun yang seratus-peratus bercirikan Malaysia.
Pelat Sabah
"Ini kali pertama saya terlibat dalam filem animasi. Semasa mula-mula hendak masuk studio saya hanya diberikan lakaran-lakaran watak Puteri Amanda. Ketika itu semuanya masih atas kertas. Daripada situ, kena banyak berimaginasi, mencari dan membentuk suara yang bagaimana paling sesuai untuk watak kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan empat hingga lima tahun," cerita Marsha yang sebelum ini pernah terlibat dalam rakaman suara dan alih bahasa filem High School Musical 1, 2 dan 3 serta filem animasi The Disco Worms.
SEDIKITmenyepikan diri selepas berkahwin, tahun ini Ezlynn meriah dengan pelbagai produk untuk tatapan peminatnya.


Amanda satu-satunya anak perempuan kepada pemerintah Kingdom Hill. Akibat pencerobohan ke atas negaranya oleh Lord Vilus lakonan suara oleh Aznil Nawawi, Amanda diamanahkan oleh ayahanda dan bondanya untuk mencari Pahlawan Suria bagi memulihkan keamanan Kingdom Hill daripada cengkaman kuasa jahat itu. Dalam pencariannya, Amanda jatuh ke bumi dan ditemui sekumpulan budak kampung.
Turut menyanyikan lagu runut bunyi filem berkenaan bertajuk Rindu duet bersama Harris Alif, cerita Marsha, penglibatannya dalam animasi itu berlaku secara tidak sengaja.
"Tapi bila nak mulakan rakaman suara awal tahun lepas, payah juga sebab kena tiru semula suara yang dikeluarkan masa uji bakat dahulu. Lepas setahun buat rakaman, tetapi hanya baru-baru ini kami dipanggil lagi untuk proses rakaman terakhir sebab nak betulkan mana yang kurang.
"Cabaran juga sebab kami buat rakaman secara berasingan, kena bayangkan sendiri percakapan oleh karakter lain, bawa pula watak budak perempuan umur lingkungan tiga hingga empat tahun," katanya yang mengakui peminat kartun-kartun Disney termasuk merujuk siri Dora The Explorer untuk mengelak rasa kekok dalam studio.
Tambah pelakon yang sedang di lokasi penggambaran Duri Di Hati itu, jika ada yang merasakan pertuturan Amanda kedengaran seperti bahasa persuratan serta pelat kebaratan, dia ada alasan yang kukuh.
"Mujur Amanda datang dari planet asing, anak raja pula. Jadi kalau ada yang kata vokal saya kedengaran pelat sebenarnya itu cuma campuran pelat Sabah dan Inggeris saya. Tak ada niat nak tiru suara Deanna Yusoff," usulnya berderai tawa.
Aznil kepit suara
Sempat mengusik Marsha yang harus melalui sesi uji bakat, Aznil pula dilamar pihak produksi untuk sekali lagi mendokong watak jahat dalam kemunculannya.
"Untuk menjadi Lord Vilus, saya kena kepit suara saya supaya berbeza dengan watak-watak jahat yang pernah saya lakonkan seperti, Prof. Klon, Mr. J atau Ketua Penyamun. Suara itu pula harus kena dengan cara watak itu berjalan, bahasa tubuh dan reaksi muka. Masalahnya, semua itu kena muncul dalam imaginasi. Kalau berlakon sendiri tahulah bagaimana saya nak buat mimik muka, beri reaksi sinikal atau apa sahaja. Saya diberitahu bahawa Lord Vilus asalnya seekor siput yang mahu jadi raja dan memiliki tubuh sendiri.
"Satu hal lagi, bukan hanya kena ubah suara tapi dalam masa yang sama saya mahu penonton masih dapat mengecam bahawa Lord Vilus itu ialah saya. Macam Afdlin Shauki pula, watak Sabuk itu memang nampak macam dia. Paling saya suka apabila Ezlynn bawa suara budak lelaki," beritahu Aznil sambil tidak segan meluahkan rasa kagum terhadap hasil animasi berkenaan yang disifatkannya bertaraf antarabangsa.
Seperkara lagi yang membuatkan Aznil terpanggil untuk menyertai keluarga Bola Kampung The Movie ialah bayaran. Bukan seorang yang materialistik tetapi tawaran Animasia Studios sebenarnya sedikit mengejutkan Aznil yang sudah berdekad bergelumang sepak terajang dalam industri.
BERPERSONALITI ceria dan kelakar dan menjadi idola dalam bidang pengacaraan, ironinya Aznil kerap melakonkan watak jahat di dalam filem dan teater.


Bayaran lumayan
"Bila ditawarkan watak dalam animasi, mulanya saya ingat macam rakaman suara macam biasa. Macam saya buat alih bahasa untuk Robot, The Disco Worms atau Ninja Turtle dahulu, tapi ini lain. Kami rakam suara sebelum ia jadi filem lagi. Saya tengok jumlah bayarannya juga lumayan, macam berlakon satu filem. Kami semua dibayar macam pelakon filem sebenar. Saya fikir filem ini memang ada perancangan besar dan mahu pergi jauh.
"Bila tengok hasilnya, memang saya layak rasa bangga dan tak mustahil ia akan menjadi produk antarabangsa yang membanggakan Malaysia. Kalau ada yang cemburu, pasti macam tak percaya, betul ke animasi ini orang Malaysia yang buat," beritahu Aznil yang kini sibuk dengan rakaman program Master Chef Celebrity musim kedua.
Sama seperti Marsha, awalnya Ezlynn tiba di Animasia Studio untuk tujuan merakamkan single keduanya berjudul Dusta. Kebetulan, ketika itu pihak studio sedang sibuk menguruskan uji bakat. Terlanjur berada di lokasi, Ezlynn bersama suami, Adam Fahmy turut diminta mencuba nasib.
"Bukan saya sahaja, Adam pun cuba juga tapi tak dapat. Masa uji bakat, saya cuba suara Nasha dan Amanda tapi gagal. Kemudian diberi satu peluang lagi supaya buat suara budak lelaki nama Iwan tapi tanpa dialog. Apa yang terkeluar secara spontan tapi ketika itu mereka macam suka gila dengan suara saya.
"Lepas dua minggu, saya dihubungi untuk bawa watak Iwan. Kata Joanna Basey, pengarah vokal filem ini, mujur kebanyakan kami semua ada asas nyanyian jadi mudah untuk pembentuk suara," giliran Ezlynn pula menceritakan pengalamannya.
Harus mengekalkan emosi budak lelaki yang selalu aktif dan teruja dalam setiap tindak-tanduknya, beritahu Ezlynn juga, dia terpaksa berlari-lari anak dan melakukan aksi sebagaimana pergerakan Iwan seperti yang dibayangkan ketika rakaman suara.
"Saya betul-betul kena jadi budak lelaki, nasib baik perasaan itu ada dalam diri saya yang memang suka sukan lasak. Saya juga peminat siri komik, kumpul buku komik dan suka ajuk suara kartun," cerita Ezlynn tentang kegilaannya terhadap dunia animasi.
Jika tidak diberi pendedahan tentang karakter lakonannya, tiada siapa dapat mengagak bahawa suara karakter Iwan dalam filem berkenaan milik penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu.
Melibatkan pinjaman suara oleh ramai artis termasuklah Noh Hujan, Baki Zainal, Aizat Amdan, Douglas Lim dan Rahim Omar, filem yang turut diterbitkan bersama Young Jump Animation itu juga memperkenalkan satu permainan video online khas Bola Kampung The Movie yang diberi nama Robokicks. Ia boleh dimuat turun secara percuma iOS Apple dan Android.

Pelakon kena tutup mulut

Posted: 16 Mar 2013 06:42 PM PDT

SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL berharap magis Remy Ishak (dari kiri), Diana Danielle dan Sharnaaz.


SESI previu filem Sembunyi: Amukan Azazil yang diadakan pada Khamis lalu tetap diteruskan biarpun tanpa kehadiran dua teraju utamanya, Diana Danielle dan Sharnaaz Ahmad.
Hanya pelakon Remy Ishak, Umie Aida, Emelda Rosmila dan Fizo Omar hadir pada majlis itu baru-baru ini. Jelas penerbit filem berkenaan, Tengku Iesta Tengku Alaudin, ketidakhadiran kedua-dua bintang itu tidak akan meninggalkan impak negatif terhadap perjalanan promosi filem berkenaan. Kedua-dua pelakon itu turut diberi sedikit kelonggaran memandangkan masing-masing ada komitmen lain.
"Sharnaaz sekarang sibuk dengan penggambaran lain, manakala Diana pula sedang berada di luar negara (Australia). Ini bukan bermakna Diana tidak akan melakukan promosi kerana dia juga memainkan peranan dengan menghebahkan tentang filem ini melalui internet.
"Kalau ada media yang berminat untuk menemuramah Diana, pihak kami boleh menguruskan untuk berhubung menerusi e-mel atau mengaturkan sebuah sesi khas menerusi Skype," ujar Tengku Iesta.
Diana kini menjadi buruan media setelah sejumlah gambar-gambar yang dimuat naik oleh Diana dan suaminya Farid Kamil menerusi laman Instagram beberapa hari lalu menunjukkan mereka sedang berada di tanah air. Namun, hasrat untuk bertanyakan khabar Diana yang sedang hamil itu tidak membuahkan hasil.
Diana memilih untuk tidak ditemui media tempatan sedangkan begitu aktif berkongsi gambar-gambar dan rutin hariannya bersama pengikut di laman Instagram.
Berbalik kepada Sembunyi: Amukan Azazil, filem seram pertama garapan pengarah Kabir Bhatia itu dinilai sebagai sebuah naskhah yang begitu kreatif. Jalan cerita hasil tulisan skrip Alfie Palermo juga boleh dianggap luar biasa berbanding naskhah seram tempatan sebelum ini.
Adunan drama, aksi serta sarat kejutan di luar jangkaan dalam filem berkenaan disusun Kabir tanpa memperlihatkan kecacatan pada jalan ceritanya. Plot secara yang berlapis-lapis juga menjadi mudah apabila setiap persoalan di minda penonton dibongkar satu demi satu.
Saat diminta mengulas mengenai peranan masing-masing dalam naskhah yang menelan belanja RM1.8 juta itu, setiap pelakon mengambil pendekatan mengunci mulut. Hal itu menjadi satu lagi kejutan semasa majlis pratonton berlangsung. Hal itu dilihat sebagai satu strategi agar Sembunyi: Amukan Azazil mengundang tarikan kuat kepada peminat untuk ke pawagam.
"Tidak banyak yang boleh diceritakan tentang watak saya melainkan saya membawa watak sebagai Ibu Yani. Kalau didedahkan lebih banyak, nanti penonton tidak akan puas pula.
"Pihak media juga diminta agar tidak mendedahkan jalan cerita, nanti penonton tidak teruja menonton filem ini kelak," jelas Umie kepada media.
Filem fantasi dan seram yang judul asalnya ditukarkan daripada Azazil kepada Sembunyi: Amukan Azazil itu ternyata berdepan pelbagai kekangan berkaitan isu sensitif.
Menurut Kabir, beberapa aspek terpaksa diperbaiki demi mengelakkan sebarang pertikaian mengenai unsur yang tidak sesuai dipertontonkan.
"Daripada namanya yang terpaksa ditukar sehinggalah pengakhiran cerita. Asalnya penamat cerita ini berlainan daripada apa yang dirancangkan, tetapi terpaksa dipotong bagi menghormati garis panduan yang ditetapkan.
"Beberapa adegan ganas dan intim juga terpaksa disunting semula. Tetapi ia tidak mengganggu perjalanan filem ini," kata Kabir.
Sembunyi: Amukan Azazil mengisahkan kehidupan lakonan Diana Danielle yang hidup ketika zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
Hidup mula berubah setelah dibawa bersembunyi di sebuah kampung. Pelbagai situasi yang sukar difahaminya berlaku satu persatu sepanjang dia berada di situ.
Filem terbitan bersama yang turut dibarisi pelakon Sara Ali, Sheila Rusli, Kismah Johar, Aznah Hamid dan Shukri Yahya itu bakal menemui penonton di pawagam pada 28 Mac ini.

Fidz buat lagu guna iPad

Posted: 16 Mar 2013 06:41 PM PDT

SINGLE berjudul Kerna Dia sandaran Fidz.


ASALNYA Fidz merencana perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi melalui jalan biasa. Dia memilih salam perkenalan ke persada muzik dengan mengeluarkan sebuah single.
Lagu yang diberi judul Kerna Dia hasil garapan komposer Aidi Qalil telah pun diputarkan di corong-corong radio sejak awal tahun ini. Kata pemilik nama penuh Muhammad Hafidzuddin Roslan itu, respons yang diterima juga positif.
"Pastinya ada perasaan teruja apabila lagu kita diterima pendengar. Bahkan respons sebegitu daripada mereka lebih menaikkan semangat saya untuk meneruskan hasrat tersebut.
"Apabila ada yang menghargai usaha, saya tidak ragu-ragu untuk meneruskan impian bergelar seorang penyanyi seperti yang pernah dicita-citakan," kata lelaki berusia 26 tahun itu.
Jalan untuk menempa nama tidak boleh bersandarkan sebuah single semata-mata. Respons positif bukan janji bahawa percaturan yang dibuat sedang berhasil. Anak sulung daripada empat beradik itu akur bahawa tidak mudah untuk bergelar seorang penyanyi, apatah lagi berdepan kekangan kewangan.
Lantas Fidz menemui idea baharu apabila seorang rakannya memperkenalkan sebuah aplikasi mencipta lagu menggunakan gajet mudah alih iaitu iPad yang begitu menjimatkan dari segi kewangan.
"Harga bagi sebuah lagu boleh mencecah hingga RM10,000. Setelah menggunakan aplikasi GarageBand yang boleh dimuat turun dengan bayaran AS$4.99 (RM15.50), saya boleh menghasilkan lagu sendiri dengan pelbagai jenis alat muzik.
"Pastinya cara itu lebih memuaskan hati kerana segala idea yang saya mahukan bebas dicurahkan seratus peratus. Tidak lama lagi saya bakal mengeluarkan single kedua yang dihasilkan sendiri sepenuhnya dengan aplikasi itu. Ia diberi judul Why You Leave Me Alone," katanya.
Biarpun tanpa sebarang pengetahuan luas dalam kerja-kerja menghasilkan lagu, namun usaha anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan itu sesuatu yang perlu diberi perhatian.
Percaya bahawa ilmu dan teori muzik harus seiring untuk menghasilkan sesebuah karya yang baik namun Fidz juga yakin sesuatu yang lebih penting ialah menghasilkan muzik tulus dari jiwa.
"Pengetahuan tentang muzik sangat penting tetapi bagi saya yang tidak tahu tentang hal sedemikian, saya harus bekerja keras. Teknologi perisian sungguh membantu, ia boleh mengeluarkan irama dengan hanya menyentuh skrin.
"Selagi ia enak didengar dan mampu mencuri tumpuan, bagi saya itu sudah cukup untuk menghasilkan sesebuah lagu. Jika muziknya boleh meresap ke akal dan hati, lagu itu akan mudah melekap kepada pendengar jua nanti," katanya.
Sebagai perancangan sebelum tirai tahun ini dilabuhkan kelak, Fidz kini mempunyai tempoh kira-kira lapan bulan bagi merealisasikan impian menghasilkan sebuah album.
"Saya merancang untuk mengeluarkan album penuh atau album mini pada November ini. Lagu-lagu berkenaan turut menggunakan aplikasi iPad tersebut.
"Insya-Allah, saya akan berkerjasama dengan seorang penyanyi wanita tanah air," kata pemegang Diploma Seni Lakon daripada Universiti Teknologi Mara dan Diploma Syariah Islamiah daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) itu.

Fizo pitam panjat tembok China

Posted: 16 Mar 2013 06:40 PM PDT

SELAIN akan muncul sebagai watak askar dalam filem Sembunyi Amukan Azazil, Fizo Omar akan memulakan penggambaran filem arahan Aaron Aziz yang terajuk Romeo Kota.


AKTOR dengan nama Wan Hafizol Wan Omar, 28, ini menyusun langkahnya sebagai anak seni dengan kelihatan santai namun teliti. Berjalan, melangkah dalam nada tidak terlalu laju, namun perjalanannya tetap membuahkan hasil.
Jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga bijak merancang dan memperluas kemahiran diri dalam pelbagai bidang. Bukan hanya bergelar pelakon, dia juga menggalas tugasan pengacaraan dan juga usahawan.
Rezekinya berjalan dan diselang kesibukan sebagai anak seni dan ahli perniagaan, Fizo kini turut sibuk menjadi jurulatih motivasi di universiti. Berkongsi cerita dan menebarkan inspirasi, ujar Fizo dia bercita-cita untuk menjadi pakat motivasi dan berkongsi ilmu dan pengalaman buat pelajar-pelajar dan belia negara.
Pilihan Agensi Pelancongan
Selepas Beijing, Fizo turut akan mengikuti pakej pelancongan bersama Arlief Event & Management ke Phuket, Thailand, Hong Kong, Mongolia, Guangzhou, China dan Istanbul.
Untuk siri jelajah Istanbul, Turki dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 9 Oktober kelak, Fizo akan merasai pengalaman bercuti dengan penyanyi berprofil tinggi, Ramli Sarip.
Pelakon terkenal itu menganggap peluang ke bumi Turki yang terkenal dengan sejarah itu sebagai rezeki.
Ujar Fizo, percutian sebegini banyak memberi input buatnya. Dia melihat sudut perniagaan dan budaya. Ujarnya, dia mempelajari cara kerja orang luar yang sanggup berbuat apa sahaja untuk hidup.
"Saya juga belajar tentang sikap dan disiplin orang China sewaktu di Beijing. Dari segi kerja, mereka memang cekap dan tidak mengambil lewa tentang tanggungjawab," ujar Fizo yang terlepas bermain salji di Beijing.

BAGI Fizo, pengalaman di negara orang membuatkan dia lebih memahami disiplin dan budaya kerja orang luar.


Cinta Hati Fizo
Walaupun ramai sudah mengetahui hati Fizo sudah dimiliki, namun dia tetap enggan bercerita perihal teman wanitanya. Pun begitu, mutakhir ini, jejaka kacak ini tidak lokek berkongsi cerita tentang kekasih hatinya, Asmidar Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Haas.
"Hubungan kami memang serius ke arah perkahwinan, tapi soal jodoh, saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih. Kalau diikutkan perancangan, mungkin sebelum umur saya 30 tahun, tetapi biarlah masa yang menentukan," ujar Fizo tentang hubungannya dengan teman wanitanya yang sudah dikenalinya setahun lalu namun baru rapat dalam empat bulan lalu.
"Saya kenal Haas menerusi seorang kawan sejak lebih setahun lalu dan kami mula rapat. Alhamdulillah hubungan kami berjalan dengan lancar setakat ini. Ibu saya juga sangat fleksibel dan dia tidak kisah saya berkawan dengan sesiapa pun. Bagi ibu, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya," ujar Fizo yang memang terkenal sebagai anak emak.
Memetik sedikit keistimewaan gadis kelahiran Kedah itu, Fizo berkata mereka minat yang sama dalam bidang perniagaan. "Kami mempunyai persamaan serta minat, dua-dua jenis orang berniaga. Dia mempunyai perniagaan sendiri dan kami banyak bercerita mengenai hal perniagaan," ceritanya tanpa segan silu.

Single Kembara ubat rindu peminat

Posted: 16 Mar 2013 06:40 PM PDT


ANGGOTA- ANGGOTA Kembara yang akan muncul di Esplanade, Singapura, dari kiri, Sharum Basiron, Md. Shah Othman, Datuk M. Nasir, Rahman Suri dan Zoul.


UNTUK generasi X, nama Kembara wujud dalam minda mereka sebagai salah satu grup yang melakar sejarah industri muzik dengan lagu-lagu yang tersendiri. Generasi terkini pula mengenali lagu-lagu Kembara hanya dengan menonton di internet atau mendengar lagu mereka berkumandang di udara. Jelas untuk menonton persembahan mereka baik Kembara versi trio atau generasi kedua, tidak terjangkau mata.
Namun untuk sebuah realiti dan impian yang mahu dijadikan nyata, grup yang mula ditubuhkan pada tahun 1980-an itu berkumpul semula atas nama Konsert Kembara Rakyat. Himpunan dua generasi grup Kembara ini akan memeriahkan ruang Esplanade, Singapura pada 30 Mac ini sekali gus sebuah peluang yang tidak patut dilepaskan.
Single Kembara
Lagu-lagu hit dan punya pengertian tersendiri seperti Ekspres Rakyat, Gerhana, Hati Emas, Kolar Biru dan Duit yang merupakan lagu-lagu siulan anak muda awal 1980-an akan dibawakan oleh grup yang awalnya dianggotai oleh Datuk M. Nasir, S. Sahlan dan A. Ali.
Menariknya, atas kesedaran bahawa lagu-lagu senandung rakyat mereka masih mendapat tempat, anggota kumpulan Kembara berhasrat untuk menerbitkan single baharu sebagai hadiah kepada peminat yang masih menyokong mereka.
Salah seorang pengasas kumpulan Kembara, M. Nasir yang masih aktif berkarya hingga hari ini berkata, selain single baharu, kumpulan tersebut juga berhasrat untuk merakam semula semua lagu-lagu lama mereka dalam bentuk akustik.
"Mungkin Kembara akan merakam semula semua lagu yang pernah dirakamkan sebelum ini ataupun mungkin sebuah lagu baharu, perancangan ke arah itu ada dan satu kemungkinan besar," katanya ketika ditemui semasa sesi latihan untuk Konsert Ekspres Rakyat Kembara di Muzium Toko, Yayasan Warisan di Johor Bahru untuk rakaman bersama Astro Awani.
Menambah cerita itu, A. Ali berkata, perbincangan untuk menerbitkan sebuah single baharu sedang berjalan bersama syarikat rakaman Luncai Emas. Menurutnya, ketiga-tiga anggota Kembara perlu bersama mencari melodi yang sesuai dan membuat susunan muzik yang beridentitikan Kembara.
Lirik pula akan diserahkan kepada S. Amin Shahab atau M. Nasir sendiri kerana Kembara lebih sinonim dengan lirik ciptaan mereka berdua.
"Kalau 10 atau 12 lagu lama sahaja tidak mencukupi, kami mesti perlu ada satu lagu baharu untuk Kembara.
"Kita akan usaha mencari jalan dengan mencari melodi yang berkonsep Kembara. Kita bertiga berkumpul, keluarlah identiti Kembara, lirik antara Amin Shahab atau M. Nasir, memang tidak jauhlah, dia macam adik-beradik," kata A. Ali yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu 1987 menerusi lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon.
Sementara seorang lagi anggota Kembara, S. Sahlan berkata, kemungkinan untuk Kembara keluar dengan sebuah single baharu tidak mustahil kerana mereka benar-benar berjiwa muzik.
"Masih dalam perbincangan. Kalau perbincangan berjalan lancar, kami teruskan, pasal jiwa kami jiwa orang muzik lagi," katanya bersemangat.
Konsert untuk tatapan mata
Giat menjalankan latihan untuk konsert di Esplanade Singapura pada 30 Mac nanti, ini merupakan konsert pertama mereka selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan bersama.

LAGU-LAGU seperti Gerhana, Hati Emas dan Duit akan berkumandang setelah 20 tahun Kembara tidak mengadakan konsert.


Konsert Ekspres Rakyat Kembara akan menampilkan kesemua anggota asal kumpulan tersebut dan akan menjadi salah satu konsert yang dinantikan oleh peminat di Singapura kerana Kembara merupakan ikon muzik negara tersebut.
Bagi penerbit bersekutu Konsert Ekspres Rakyat Kembara, Norhayati Yusuf, kumpulan ini dipilih kerana mereka membawa kelainan berbanding kumpulan muzik lain. Selain itu Kembara dipilih kerana kualiti lagu dan muzik yang mereka bawakan yang masih tiada gantinya.
Perbincangan untuk mengadakan konsert ini sudah dilakukan sejak setahun yang lalu bersama beberapa pihak termasuk anggota kumpulan Kembara.
"Kembara membawa kelainan untuk pemuzik dan juga peminat di Singapura, di Malaysia dan mungkin juga di Indonesia jadi kerana itu kita membawa balik Kembara.
"Saya tahu ramai peminat di luar sana yang menunggukan kepulangan mereka jadi kerana itu dan saya tahu tentang kualiti yang akan dibawa oleh kumpulan Kembara," katanya
Menurut Norhayati, Kembara mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pemuzik tempatan termasuk pemuzik muda.
"Ramai yang merindukan lagu-lagu yang berkualiti seperti ini seperti yang akan anda dengar dalam konsert Kembara nanti," katanya yang turut merancang persembahan beberapa artis lain di Esplanade tahun ini.
Bagi M. Nasir, nostalgia ketika Kembara masih aktif mungkin tidak dapat dirasakan ketika konsert di Esplanade nanti namun katanya, dengan semua anggota asal masih bersama, kerinduan peminat terhadap Kembara akan terubat.
"Ini agak berbeza, mungkin tidak akan sama. Insya-Allah ia akan mengembalikan nostalgia," katanya yang mahu susunan muzik asal dikekalkan untuk konsert itu nanti.
Selepas konsert di Singapura, kumpulan Kembara berhasrat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain.
Untuk konsert selama lebih dua jam ini nanti latihan telah diadakan sejak beberapa bulan yang lalu. Mereka tidak mahu berada di atas pentas tanpa persediaan yang rapi hingga menghilangkan kualiti kumpulan Kembara yang pernah umum kenali.
"Kalau tidak betul-betul kita tidak mahu buat. Kita tidak suka kalau tidak serius, jadi kalau mahu buat bagilah kami enam bulan untuk latihan atau setahun latihan sampai keluar (kualiti) apa yang orang hendak dengar," kata A. Ali yang menegaskan Kembara bukan hanya muzik tetapi perjalanan setiap individu dalam menempuh hidup.
Mereka berharap konsert ini akan menjadi kenangan terindah buat semua peminat muzik terutama peminat kumpulan Kembara dan mampu mengubat kerinduan sebahagian besar mereka yang lama menantikannya.

Masa Bon Jovi

Posted: 16 Mar 2013 06:39 PM PDT


Bon Jovi


BUNYI dan stail grup Bon Jovi sudah dikenali ramai malah sudah ditangkap pendengaran. Suara khas Bon Jovi yang kadangkala keluar dengan efek suara merupakan antara tunjang utama grup yang berasal New Jersey tersebut.
Untuk taruhan album ke-12, grup ini memberikan lagu Because We Can sebagai single perdana mereka. Namun pada masa yang sama, jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat sentuhan magis Bon Jovi seperti yang pernah dilakukan untuk lagu-lagu berhantu seperti Always, Lay Your Hands on Me atau Bed of Roses.
Lagu balada dalam album ini belum cepat menangkap seperti lagu-lagu tersebut. Namun kekuatan pada vokal Jon Bon Jovi selaku vokalis membuatkan lagu-lagu balada dalam album ini sedap dan perlu diulang dengar.
Secara estetik, album ini membawa tema yang berulangan dengan album terdahulu, The Circle yang dilancarkan pada tahun 2009. Bon Jovi mengangkat tema yang besar seperti politik, ketenteraan dan kesejahteraan. Contohnya lagu Room at the End of the World menceritakan tentang pengharapan dalam masalah dunia. Bon Jovi meletakkan sesuatu yang positif kepada pergolakan dan masalah yang berlaku dalam dunia.
Menariknya pada lagu terakhir dengan tajuk The Fighter ialah petikan gitar Richie Sambora dan vokal Jon Bon Jovi yang mendamaikan. Melodi yang manis dan segar membuatkan lagu ini cepat melekat dan sedap didengar dalam muzik akustik.


Ebi selesa di Sabah

Posted: 16 Mar 2013 06:38 PM PDT


EBI kini lebih selesa dengan kehidupan di negeri kelahirannya di Sabah.


SEJURUS namanya diumumkan sebagai naib juara pertandingan rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim kelima (AF5) beberapa tahun lalu, nama Ebi Kornelis seperti tenggelam timbul.
Mujurlah kontroversi kisah cintanya dengan juara program sama, Mila Jirin menjadi bahan bualan peminat. Sekurang-kurangnya ada bahan untuk nama penyanyi itu terus diingati.
Namun, setelah cerita-cerita mengenai percintaan mereka semakin lenyap, nama Ebi juga semakin luput daripada liputan media.
"Saya tidak pernah hilang pun dalam dunia hiburan ini. Cuma tidak ada publisiti media kerana saya lebih memberi tumpuan kepada penglibatan dalam industri seni di negeri kelahiran saya (Sabah).
"Di sana pun industrinya serancak di Semenanjung. Mungkin rezeki saya di sana," tutur Ebi ketika hadir pada sesi fotografi bersama Sensasi Bintang di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pemilik nama penuh Firdaus Yaimal itu mengakui bahawa rezekinya dalam dunia hiburan semakin bertambah apabila mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu, Sabah.
Selain banyak berlakon dalam naskhah-naskhah drama dan telemovie di Negeri di Bawah Bayu itu, Ebi kini bergelar Pengarah Kreatif di bawah syarikat penerbitan miliknya, Empayar Bayu (M) Sdn. Bhd.
"Saya sedang menerbitkan sebuah telemovie berjudul Aboi yang akan ditayangkan di saluran tempatan Sabah selain dalam perancangan untuk beberapa judul yang lain.
"Beberapa filem juga telah saya terbitkan. Cuma masih menunggu masa untuk ditayangkan," katanya yang banyak merakamkan lagu-lagu dalam bahasa tempatan seperti Dulu Sayang Suka dan Sayang Sabah.
Dalam perkembangan sama, Ebi kini kembali ke Semenanjung dalam usahanya mengembalikan ingatan peminat terhadap peserta rancangan realiti televisyen Mania itu. Ebi kini muncul dengan sebuah single baharu ciptaan komposer Kuncidemak.
"Saya sekarang dalam proses mempromosikan single berjudul Takdir & Masa yang dikeluarkan dalam masa terdekat. Lagu itu benar-benar mewakili suara hati saya sepanjang bergelar anak seni.
"Lagu itu juga ada kaitan tentang hubungan saya dengan Mila yang pada suatu ketika dahulu pernah bercinta dan masih bersahabat biarpun sudah tidak bersama. Ia adalah tentang takdir dan masa yang telah saya lalui," kata jejaka berumur 30 tahun itu.
Sibuk dengan pelbagai urusan di belakang tabir termasuk aktif menerusi Kelab Artis 1Malaysia Sabah (KA1MS) memaksa Ebi mengenepikan seketika hal berkaitan jodoh.
Katanya, dia tidak mahu membiarkan hal remeh-temeh yang melibatkan percintaan menjadi penghalang untuk dia berjaya terlebih dulu.
"Selepas hubungan saya dengan Mila putus, saya ada mengenali seorang gadis biasa. Namun hubungan kami tidak lama kerana dia sukar memahami kerjaya saya. Kini saya lebih selesa solo dan memberi tumpuan kepada karier yang saya anggap baharu bermula," luah Ebi jujur.

Azman Hashim sumbang derma RM1 bilion

Posted: 16 Mar 2013 06:35 PM PDT


TUANKU MUHRIZ (kanan) melancarkan komitmen sumbangan dana RM1 bilion kepada Yayasan Azman Hashim sambil disaksikan Azman di Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR - Pengerusi dan pemilik Kumpulan AmBank yang terkenal dengan sifat dermawannya, Tan Sri Azman Hashim menyumbangkan RM1 bilion daripada kekayaannya kepada Yayasan Azman Hashim di sini malam tadi.
Menurut beliau, sumbangan itu bertujuan membantu pembangunan pendidikan golongan kurang berkemampuan serta meringankan beban badan-badan kebajikan.
"Wang dana sebanyak RM1 bilion itu akan digunakan secara berperingkat bagi membina lebih banyak kemudahan kepada golongan memerlukan.
"Ia tidak terhad kepada bidang pelajaran sahaja kerana jika terdapat bidang lain yang memerlukan bantuan daripada dana ini, ia akan turut dibantu," katanya.

Fiesta Taiping jadi acara tahunan

Posted: 16 Mar 2013 06:34 PM PDT


LIAN HOE (tengah) bersama barisan artis memegang akhbar Kosmo! ketika mengunjungi gerai Kosmo! di tapak Fiesta Taiping 2013 di Taiping, Perak semalam.


TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yakin penganjuran acara seperti Fiesta Taiping 2013 bukan sahaja memberi peluang pengunjung berhibur sebaliknya mendapat maklumat terus mengenai kementerian terbabit dan agensi-agensinya.
Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, selain dihidangkan dengan pelbagai program menyeronokkan untuk seisi keluarga, fiesta berkenaan turut mengetengahkan informasi terkini kepenggunaan.
Katanya, melalui gerai-gerai pameran seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bank Rakyat, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Perbadanan Nasional Berhad, pengunjung boleh mengetahui peluang yang disediakan serta kepentingan agensi berkenaan.

330 juta pengguguran di China

Posted: 16 Mar 2013 06:32 PM PDT

SEKEPING poster untuk menggalakkan dasar satu anak satu keluarga di China.


BEIJING - Hampir 330 juta pengguguran telah dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun lalu sejak ia melaksanakan langkah mengekang pertambahan penduduk, menurut perangkaan rasmi negara.
China merupakan negara berpenduduk paling ramai di dunia.
Data di laman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan dari tahun 1971 hingga 2010, sejumlah 328.9 juta pengguguran dilakukan di China yang mempunyai 1.35 bilion penduduk.
Beijing menyatakan bahawa dasar satu anak yang diperkenalkan pada awal tahun 1980-an berjaya mengekang masalah penduduk berlebihan di samping melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar tersebut bagaimanapun mengecualikan sebahagian keluarga di pedalaman, etnik minoriti dan pasangan yang masing-masing merupakan anak tunggal.
Namun, gesaan agar dasar itu dihapuskan semakin meningkat ekoran tenaga kerja yang berkurangan dan peningkatan bilangan warga emas di China.
Sebelum ini, beberapa pertubuhan hak asasi manusia mengkritik tindakan keras pemerintah dalam melaksanakan dasar satu anak satu keluarga tersebut.
Di bawah dasar itu, keluarga di bandar dibenarkan memiliki cuma seorang anak manakala keluarga di pedalaman dibenarkan mempunyai anak kedua jika anak sulong mereka ialah perempuan.
Mereka yang melanggar peraturan tersebut perlu membayar sejumlah denda.

Tiga angkasawan ISS mendarat di Kazakhstan

Posted: 16 Mar 2013 06:31 PM PDT


ANGKASAWAN NASA, Ford (kanan) dan kosmonaut Rusia, Novitskiy serta Tarelkin (kiri) ditutup dengan selimut selepas keluar daripada kapsul Soyuz di timur laut bandar Arkalyk, Kazakhstan kelmarin.


ARKALYK - Tiga angkasawan selamat kembali ke Bumi dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam apabila kapsul angkasa lepas Rusia yang membawa mereka mendarat di kawasan padang rumput steppe di Kazakhstan, kata pusat kawalan misi berkenaan.
"Pendaratan berlaku!," kata pusat kawalan misi di Rusia yang disiarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).
Beberapa pasukan penyelamat kemudian bergegas untuk mencari kapsul Soyuz yang membawa angkasawan NASA, Kevin Ford dan dua jurutera penerbangan Rusia, Oleg Novitskiy serta Evgeny Tarelkin.
"Semua kru itu berasa normal semasa penerbangan dan pendaratan, angin mereka juga baik," kata beberapa agensi berita Rusia yang memetik kenyataan komentator rasmi pusar kawalan misi tersebut yang dikenali sebagai Ekspedisi 34.
Ketiga-tiga angkasawan itu mendarat dalam cuaca mendung pada pukul 7.06 pagi di timur laut bandar ini semalam.
Mereka sebelum ini berada di ISS yang berharga AS$100 bilion (RM312 bilion) itu selama 144 hari sejak Oktober tahun lalu.
Kini, tinggal tiga angkawan yang mengendalikan stesen angkasa lepas tersebut yang diketuai oleh warga Kanada, Chris Hadfield.
Mereka akan berada di ISS hingga Mei depan.

Hotel kucing kalis nyamuk

Posted: 16 Mar 2013 06:29 PM PDT

SANGKAR ini ditutup jaring halus bagi menghalang nyamuk daripada menggigit penghuninya.


SEPERTI seorang wanita yang mementingkan penjagaan diri dengan mengunjungi spa, haiwan peliharaan seperti kucing juga memerlukan penjagaan rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Tidak sekadar memastikan bulu sentiasa terurus, beberapa bahagian badan seperti tapak kaki, kuku, dubur dan telinga lain juga harus diberi perhatian.
Pusat sehenti haiwan peliharaan, Pets Heaven Store di Bandar Baru Bangi, Selangor, antara yang menawarkan perkhidmatan spa kucing seperti itu. Kedai milik bumiputera berkonsepkan butik itu menyediakan khidmat spa seluruh badan.
Pengarah Urusannya, Layla Lazim, 43, menjelaskan rawatan badan kucing dapat mengelakkan haiwan itu daripada mudah terkena penyakit sekali gus memudaratkan pemiliknya.
"Melakukan grooming (tata rias) perlu bagi kucing peliharaan kerana aspek kesihatan dan kebersihannya dapat dijaga.
"Ia seelok-eloknya dibuat sebanyak dua kali sebulan. Jika bulunya berpintal terutamanya bagi kucing berbulu lebat, ia seharusnya sentiasa dileraikan dengan sikat khas agar kekotoran tidak melekat," kata anak kelahiran Sepang, Selangor ini.
Tata rias
Perkhidmatan tersebut merangkumi proses membersihkan mata, telinga, alat sulit, memotong kuku serta memandi dan mengeringkan bulu. Proses mengurut lembut tubuh kucing pula membantu memperbaiki peredaran darah.
Bagi memastikan proses tersebut dibuat secara rapi dan teliti, ia dilakukan di kawasan hadapan kedai agar pengunjung melihat sendiri kerja tersebut berlangsung.
"Semuanya dijalankan di bilik khas berdinding kaca ini. Ia dilakukan dengan cara yang paling lembut. Daripada memandi hinggalah kepada proses memotong kuku," katanya.
Aktiviti membersih tubuh haiwan itu tidak dibuat secara semberono. Sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh Layla yang mendapat pentauliahan daripada Akademi Dandanan Haiwan Peliharaan di Kuala Lumpur.

PETS Heaven cuma menerima haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan hamster.


Bagi memperoleh sijil yang diperakui di Jepun, Korea dan Amerika Syarikat itu, Layla sebelum ini mengikuti kursus singkat selama tiga hari tentang cara-cara menata rias haiwan tersebut.
Bukan sahaja menawarkan khidmat spa, Pets Heaven seolah-olah menjadi sebuah pusat peranginan buat kucing apabila turut memuatkan 'hotel' dengan beberapa buah sangkar.
Terdapat kira-kira 20 buah sangkar yang bertindak sebagai 'bilik' bagi kucing yang ditinggalkan pemiliknya di situ. Setiap bilik pula hanya menempatkan seekor kucing.
Seakan-akan hotel lima bintang, setiap sangkar akan ditutup dengan jaring khas bagi mengelakkan penghuninya digigit nyamuk.
Gigitan nyamuk boleh menyebabkan penyakit kepada kucing. Walaupun kucing dilindungi oleh bulu yang tebal tetapi nyamuk boleh mengigit telinga dan hidung mereka.
Selain kegatalan, penyakit yang menjadi kebimbangan utama adalah jika gigitan nyamuk menyebabkan hipersensitiviti dan penyakit cacing jantung pada kucing. Apabila nyamuk menggigit kucing, cacing jantung di dalam nyamuk akan berpindah pada kucing.
Cacing
Di dalam badan kucing, cacing jantung tadi boleh berkembang menjadi parasit. Bilangan cacing yang sedikit sahaja sudah mencukupi untuk membunuh kucing.
Gejala penyakit ini ini ialah kelesuan, muntah-muntah, batuk dan sukar bernafas.
Menurut pakar, gigitan nyamuk boleh memberi kesan yang buruk pada sistem imun kucing. Kesan pada luaran yang boleh dilihat adalah, luka-luka, bersisik atau ulser pada kawasan gigitan nyamuk di samping kehilangan bulu dan perubahan warna pada kawasan gigitan.
"Apabila kucing dihantar ke sini, kami akan memberi makan dua kali sehari mengikut keperluannya. Tetapi ia juga tertakluk mengikut cara asal penjaganya memberi makan.
"Kucing-kucing tersebut tidak dibiarkan di dalam sangkar sepanjang hari. Ia akan dibiarkan bebas antara 15 hingga 30 minit di taman khas mengikut giliran.
"Pada sebelah malam pula, kesemuanya akan ditemani dengan alunan zikir atau muzik ala spa bagi memberikan suasana yang selesa. Kaedah itu begitu popular di Thailand," kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Walaupun baru dibuka bulan lalu, pusat tersebut kini telah mendapat tempahan daripada pemilik kucing yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan layanan terbaik.
Menurut Layla, pusat sehenti tersebut tidak seharusnya diragui oleh pemilik yang beragama Islam kerana kebersihannya dipantau sepanjang masa.
"Bukan sahaja sangkar yang sentiasa dibersihkan, bahkan kami tidak menerima anjing untuk diletakkan di sini.
"Kami cuma menerima haiwan-haiwan seperti kucing, arnab dan hamster," katanya yang memiliki tiga orang pekerja.

PEMILIK boleh melihat sendiri proses menata rias kucing peliharaan mereka di Pets Heaven.


Layla telah menimba banyak pengalaman dalam bidang itu.
Biarpun dalam masa yang sama menjalankan bisnes pengiklanan, demi minat yang mendalam terhadap haiwan itu, dia telah mempelajari selok-belok haiwan peliharaan di beberapa buah negara yang terkenal dengan perkembangan bidang berkaitan.
"Perkara ini sudah lama berkembang di Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Thailand dan Vietnam. Saya juga mendapat ilham daripada kejayaan negara-negara tersebut dalam menaikkan industri penjagaan haiwan peliharaan.
"Saya perlu mengetahui tabiatnya dengan banyak membaca. Minat dan pengalaman membela kucing sejak kecil menjadi penyumbang terbesar untuk saya mengenali kelakuan kucing," katanya yang kini memiliki tiga ekor kucing jenis campuran parsi.
Seperti menjaga seorang kanak-kanak, haiwan itu boleh dimanjakan dengan pelbagai cara. Cuba mempopularkan budaya memakaikan aksesori kepada kucing, jelas Layla memakaikan aksesori akan memperlihatkan haiwan itu seperti lebih manja.
"Mula-mula memang berasa tidak selesa, lama-kelamaan ia akan selesa apabila dikenakan baju, stoking, klip kepala dan topi," tambahnya.

Lendir siput babi licinkan wajah

Posted: 16 Mar 2013 06:28 PM PDT


RASA siput babi panggang dikatakan lebih enak berbanding cara masakan yang lain.


JIKA di Malaysia gulai lemak siput sedut menjadi makanan kegemaran ramai namun berbeza pula halnya di China, Peru, Latvia dan negara-negara Afrika Utara yang menganggap siput babi sebagai hidangan istimewa.
Malah haiwan perosak tanaman khususnya sayur-sayuran itu diternak secara komersial di ladang-ladang pembiakan. Selain dipasarkan secara segar di pasar awam, siput babi itu juga dijual dalam bentuk paket dan tin di pasar raya.
Menurut laman web www.21food.com, produk sejuk beku haiwan itu mendapat sambutan ramai. Sebagai contoh, sebuah ladang di Pachacamac dekat Lima, Peru menjadi pembekal siput babi jenis Helix aspersa.
Ladang ini membekalkan siput babi sehingga 3,000 kilogram (kg) seminggu dengan harga antara RM15 hingga RM16 sekilogram.
Ladang yang diberi nama Mynshop Sac ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang bertujuan meningkatkan dan mengkomersialkan siput spesies tersebut. Siput ini dijual segar dan boleh dijadikan krim kecantikan.
Di China pula, ladang yang diusahakan sudah berusia lebih 17 tahun. Ladang yang terletak di Xinqiao, Beijing itu, Jinmengxuan Snail Breeding Co. Ltd. juga membekalkan siput baka aspersa.
Bekalan siput ini sentiasa berterusan sepanjang empat musim setiap tahun.
Bermula daripada ladang yang kecil, kini ia merupakan ladang pembiakan siput babi terbesar di China. Ladang ini membekalkan 9,000 kg hingga 11,000 kg siput sebulan.
Penyelaras bagi program Inisiatif Afrika Barat dan Pembangunan Pertanian Lestari (UMCOR), Yehezkiel. C Freeman, berpendapat siput babi adalah bagus untuk manusia dan sedap dimakan terutamanya jika dibakar.
Tambahnya, siput ini mempunyai banyak khasiat dan tinggi kandungan protein. Ia selalu dimakan oleh individu yang mengamalkan diet.
"Pada awalnya, masyarakat Afrika memakan siput apabila mereka ke hutan untuk mencari madu lebah.
"Namun, selepas program UMCOR, kami telah mengajar mereka membina sangkar siput dan cara memberinya makan," jelas Freeman.

DI benua Afrika tempat asal siput babi, haiwan itu dianggap sebagai makanan istimewa.


Kecantikan
Menurut Catlin Cottage dalam www.snailfacialcream.com, siput dan manusia berkongsi banyak elemen kulit yang sama. Siput membekalkan serum yang kaya antioksida yang berfungsi mengatasi masalah penuaan.
"Penggunaan serum atau krim siput juga boleh mengatasi masalah kulit yang terbakar dan terdedah kepada cahaya matahari," jelasnya.
Pelakon terkenal Hollywood, Katie Holmes merupakan salah seorang pengguna krim siput menurut akhbar Daily Mail. Krim yang digunakan Holmes itu juga didakwa boleh menghilangkan parut pada wajah.
Antara jenama produk krim siput yang terkenal ialah Missha, Dr. Jart+ dan Labcconte
Selain daripada dijadikan krim kecantikan, siput babi juga dikatakan boleh dijadikan alat urutan terapi di salun kecantikan.
Menurut pemilik sebuah salun kecantikan di bandar Krasnoyarsk, Rusia, Alyona Zlotnikova, siput babi mampu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit, menghilangkan kedutan, parut dan kesan terbakar.
Alyona akan meletakkan siput hidup di muka dan badan pelanggannya. Siput yang bergerak dan mengengsot di sekitar wajah tersebut dianggap sebagai terapi.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin.
Pengarah Institut Pembedah Laser Dermatologi di Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Tanzi, berkata, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan krim daripada lendir siput boleh menenangkan dan antiradang.
"Namun tiada kajian saintifik yang boleh membuktikan kesahihannya. Jadi, saya masih ragu-ragu tentangnya," jelasnya.

GULAI lemak siput sedut menjadi kegemaran sesetengah rakyat negara ini.


Kawasan darat
Hakikatnya terdapat lebih daripada 74,000 spesies siput yang berlainan saiz dan warna cangkerang dengan pelbagai nama saintifik.
Haiwan ini berasal dari benua Afrika. Jangka hayatnya pula mencecah hingga 10 tahun. Saiz siput dewasa boleh mengembang sehingga 20 sentimeter panjang.
Kebiasaannya, siput babi mengembang dengan aktif untuk enam bulan pertama selepas kelahirannya, dan selepas setahun, pertumbuhan itu akan terus berlaku. Haiwan yang bercangkerang ini mempunyai berat sehingga 600 gram.
Pengarah Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabar Shaik Mohideen berkata, di negara ini siput babi lebih dikenali sebagai haiwan perosak.
"Siput babi ini bukan sahaja merosakkan tanaman jenis makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan malah turut memakan pucuk-pucuk pokok hiasan," ujarnya.
Jelasnya, setakat ini pihaknya belum menerima laporan wujudnya ladang ternakan siput babi komersial di negara ini seperti yang dilakukan dalam ternakan lintah dan cacing.
"Mungkin ada rakyat Malaysia yang memakan siput babi tapi saya rasa bilangannya kecil sahaja," katanya sambil menambah, taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat di negara ini lebih mementingkan kualiti makanan yang diambil.

Salji di Gurun Sahara

Posted: 16 Mar 2013 06:27 PM PDT


PENEMUAN mayat ibu dan anak di Gurun Sahara.


GURUN Sahara yang berkeluasan 4.6 juta kilometer persegi dengan keadaan suhu ekstrem mencecah 38 darjah Celsius pada waktu siang dan -5 darjah Celsius pada waktu malam bukan sahaja tidak menyukarkan pergerakan manusia malah tidak mesra haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Namun, terdapat beberapa kisah menarik gurun yang meliputi beberapa buah negara antaranya Senegal, Mauritania, Mali, Niger, Libya dan Mesir ini.
Percaya atau tidak, Gurun Sahara sebenarnya dihiasi sebuah tasik yang indah.
Tasik Ounianga yang terletak di Chad bergantung kepada sumber air bawah tanah yang wujud sejak zaman purba memandangkan iklim Sahara yang lembap pada masa itu.
Purata hujan tahunan tidak melebihi 2 milimeter (mm).
Pakar-pakar mendakwa 5,500 tahun dahulu tasik itu merupakan sebuah takungan besar yang panjangnya merentasi beratus-ratus kilometer.
Namun, perubahan iklim menyebabkan keluasan tasik itu menyusut.

SALJI memenuhi Gurun Sahara pada awal tahun lepas yang menimbulkan misteri kepada pengkaji.


Fosil dinosaur
Selain kisah tasik unik itu yang menjadi ikon pelancongan Chad, pada tahun 2008 pengkaji menemui kubur seorang wanita bertubuh kecil dengan dua kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 5,000 tahun. Mereka disemadikan bersama hamparan bunga-bungaan.
Peliknya, lengan kurus kanak-kanak tersebut masih 'memeluk' wanita itu seakan-akan pernah berlaku kejadian besar ketika itu.
Paul Sereno dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat dan rakan-rakannya sebenarnya sedang mencari fosil dinosaur di kawasan gurun itu di Niger.
"Kami telah menemui sesuatu yang paling tidak dijangkakan.
"Apabila kami menemui perkara seperti ini di tengah-tengah kawasan gurun ini, kami berasa aneh," katanya.
Kira-kira 200 kubur manusia ditemui dalam usaha pencarian fosil dinosaur di situ pada tahun 2005 dan 2006. Tidak ketinggalan juga tulang haiwan seperti ikan besar dan buaya.
"Di mana sahaja anda pergi, anda akan menemui tulang-tulang haiwan yang tidak mendiami gurun ini.
"Kami mula sedar bahawa kami berada di 'gurun' yang hijau," katanya.
Kubur-kubur tersebut yang tersembunyi di sebalik laluan angin gurun yang panas dipercayai terletak berdekatan tasik pada masa itu.
Dahulu, perubahan orbit matahari menyebabkan angin monsun bertiup jauh hingga ke utara yang membentuk landskap bertasik dan kawasan subur sekali gus menarik kedatangan haiwan dan manusia.
FOSIL ini didakwa berusia 5,000 tahun.


Syurga penternakan
Para pengkaji juga membuat kesimpulan sekitar 10,000 tahun lalu, Gurun Sahara mengalami fasa lembap Holosen Afrika menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh subur di benua itu.
Ini mendorong kepada kewujudan kawasan penternakan lembu susu.
Penyelidikan ini berdasarkan gambar yang terdapat pada tembikar dan batu-batu kuno menunjukkan bahawa sekitar 7,000 tahun lalu di Gurun Sahara terdapat lembu, sapi, biri-biri serta kambing.
Lebih meyakinkan apabila terdapat gambar pemerahan susu dan penternak yang sedang mengolah susu untuk dijadikan yogurt, keju dan mentega.
Menurut seorang pakar arkeologi dari Universiti Bristol, Kanada, Julie Dunne, ini berdasarkan hasil analisis pecahan tembikar kuno yang ditemui di Libya.
"Apa yang paling menarik adalah penemuan sebuah kendi yang didapati mengandungi sisa susu. Pakar mengandaikan susu merupakan bahan makanan yang sangat berguna bagi masyarakat zaman prasejarah. Mungkin masyarakat zaman dahulu sudah faham istilah khasiat makanan," kata Dunne.
Tambahnya, aktiviti itu berlaku mungkin disebabkan manusia bermigrasi dari sekitar kawasan Mediterranean ke Mesir yang mendorong penghasilan susu untuk makanan di Afrika Utara.
"Ketika para imigran baru yang datang ke Afrika memulakan penternakan, maka orang pribumi (orang asli Afrika) dengan cepat melihat manfaat luar biasa daripada aktiviti penternakan.
"Anda benar-benar melihat evolusi dalam tindakan dalam jangka waktu yang sangat singkat, hanya 1,000 hingga 2,000 tahun," kata Dunne.
Selain itu, pada tahun 2012 berlaku kejadian salji turun di Bechar, Algeria.
Kejadian selama 24 jam itu membawa salji dan hujan lebat. Malah, salji turut memenuhi jalan dan bangunan di bandar itu.
Apa yang menghairankan, pakar meteorologi sebelum itu meramalkan cuaca baik.
Namun, kejadian itu disambut baik oleh penduduk sekitar kerana salji yang tidak diduga itu dapat membunuh parasit yang terdapat pada pokok kurma sekali gus dapat menghasilkan lebih banyak kurma.
Kejadian sama dikatakan pernah berlaku pada tahun 1979 namun berlaku selama 24 jam sahaja.
Pakar-pakar cuaca agak bingung dengan keadaan ini dan mereka mendakwa ia disebabkan fenomena pemanasan global.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines