Isnin, 18 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Fesyen Rambut Anuar Zain Terkini

Posted: 17 Mar 2013 11:00 PM PDT

Peminat Anuar Zain pastinya ingin melihat perubahan rambut Anuar yang terkini. Dari rambut panjangnya yang dahulu kepada yang pendek terkini dan boleh dianggap lebih bergaya dan hensem. Jom merembes!.


Aidil Larang Rita Berlakon Bersama Pelakon Singapura

Posted: 17 Mar 2013 10:00 PM PDT

Khabarnya Aidil Zafuan melarang Rita Rudaini daripada berlakon bersama-sama selebriti lelaki dari Singapura. Kisah ini bermula apabila dikatakan gelagat Rita yang cepat mesra dengan mana-mana selebriti ketika berada dalam set lakonan.

Rita yang difahamkan oleh portal Murai itu bagaimanapun tidak menyesal atas permintaan Aidil itu walaupun dianggap sebagai misteri tanpa bersebab, namun akur dengan permintaan suaminya itu.
"Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu.

"Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili.

"Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya," -Rita

Gambar Sari Yanti Bertudung

Posted: 17 Mar 2013 09:00 PM PDT

Pelakon drama yang terkenal suatu masa dahulu, Kisah Kaisara di TV3, Sari Yanti kini dikatakan sedang berusaha kepada pemakaian bertudung. Namun tidak lagi untuk digunakan setiap hari, memandangkan gambar-gambar terbaharunya di Instagram miliknya masih lagi tidak bertudung.

Kadang-kadang sahaja dia bertudung. Tapi baguslah kalau macam itu, mungkin Sari mahu belajara perlahan-lahan terlebih dahulu.


AC Mizal Kecewa Masjid Kutuk Artis

Posted: 17 Mar 2013 08:00 PM PDT

Pengacara, Dato' Ac Mizal merasakan ketidakpuasan hatinya, apabila sebuah masjid dijadikan tempat mengutuk anak seni aka selebriti. Ac yang meluahkannya dalam laman sosial beberapa hari lalu menganggap ianya tidak wajar berlaku di Rumah Allah, memandangkan masjid adalah tempat suci untuk beibadah.

Bahkan ianya telah berlaku setiap minggu, kemungkinan yang dimaksudkan oleh AC adalah dalam khutbah Jumaat yang disampaikan. Takpelah AC, solat je di masjid tu, yang penting sabar dan tabah menjadi anak seni, Allah lebih Maha Mengetahui ikhlas atau tidak seseorang itu beribadah.




Tahniah! Roy Azman Timang Anak ke-3

Posted: 17 Mar 2013 06:25 PM PDT

Tahniah kepada pelakon, Roy Azman kerana isterinya selamat melahirkan anak ke-3 mereka baharu-baharu ini. Cuma gambar yang dimuatnaik oleh Roy ini sahaja yang menjadi cerita disebalik apa yang terjadi. Segala maklumat seperti nama belum lagi diketahui umum. Kalau ada sesiapa yang tahu, mohon share di bawah ok.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines