LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
- Kelantan sedia pinjamkan pemain kepada pasukan lain
- Perlis hantar pulang Ayaah, Agyare
- Pemain import punca longlai
- PIALA PRESIDEN 2013: Keputusan Perlawanan 18 Mac 2013
- LIGA FAM 2013: Keputusan Perlawanan17 Mac 2013
- Taring belum tajam
- Main psikologi atau tak hormat Malaysia?
- LIGA FAM 2013 - Berita Terkini
- Norazlan idam jersi No. 1
- 'Ranking turun perkara biasa'
- PIALA PRESIDEN 2013: Keputusan perlawanan 14 Mac 2013
- Semangat juang Tampines ikat Selangor
- FAM ubah peraturan perpindahan
- ‘Peluang Piya’
- Arab Saudi ukur kemampuan kita
- Johor DT sedia buat perubahan
- ‘Owona parasit’
- PIALA PRESIDEN 2013: Keputusan Perlawanan 11 Mac 2013
- Safiq nafi berlaku pertengkaran
- Penyokong Jang protes Alves
- LIGA FAM 2013: Keputusan Perlawanan 10 Mac 2013
- Selangor tak sangka dapat 'berpesta gol'
- LIGA SUPER 2013: Keputusan Perlawanan 9 Mac 2013
- Sime Darby kekal penguasaan
- Petratos mahu jadi watak utama
Kelantan sedia pinjamkan pemain kepada pasukan lain Posted: 18 Mar 2013 08:44 PM PDT Sumber: Metro Online Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA) bersedia meminjamkan pemainnya, malah menyambut baik keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memberi ruang kepada setiap pasukan mendapatkan tiga pemain tempatan dan dua pemain import menjelang sesi pendaftaran semula bermula 8 April ini. Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka tidak mahu ketinggalan dan akan mengambil kesempatan menerusi peraturan baru yang dibuat FAM itu dan bersedia meminjamkan lebihan pemainnya kepada pasukan berminat. Katanya, peraturan baru itu membuka peluang kepada semua pasukan termasuk Kelantan menukar pemain untuk memperkuatkan lagi pasukan masing-masing. "Kami menyambut baik peraturan baru ini dan akan menggunakan peluang sebaik mungkin dalam usaha memperbaiki segala kelemahan yang ada. "Kita bersedia meminjamkan pemain kepada pasukan lain termasuk pemain import. Kelantan kini mempunyai lebihan pemain import dan jika ada pasukan lain yang berminat, ia boleh dipertimbangkan," katanya pada sidang media memperkenalkan penyerang baru, Ahmad Fakri Saarani, semalam. Sebelum ini FAM mengumumkan peraturan baru untuk pendaftaran semula pemain bulan depan, iaitu mengehadkan hanya dua pemain import dan tiga pemain tempatan boleh didaftarkan dalam saingan Liga Super sama ada secara pinjaman atau secara perpindahan. Selain itu, Annuar berkata, Kelantan kemungkinan besar akan mengambil satu atau dua pemain lagi. "Kita masih dalam proses mengambil pemain lain selain Ahmad Fakri dan mungkin satu atau dua lagi pemain akan kita bawa masuk. "Kita perlu kekal 25 pemain dalam saingan liga dan dengan kehadiran pemain baru, kita perlu meminjamkan beberapa pemain kepada pasukan lain. Bagaimanapun, ia masih dalam proses penilaian dan terlalu awal untuk kita umumkan." | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perlis hantar pulang Ayaah, Agyare Posted: 18 Mar 2013 08:39 PM PDT Sumber: Metro online Kangar: Khidmat dua awang import Perlis yang dipinjam dari Kelantan bagi menggalas cabaran pada kempen Liga Malaysia musim ini bakal ditamatkan, akhir bulan ini. Pengurus Perlis Shahruddin Ismail ketika mengesahkan tindakan menamatkan khidmat kedua-dua pemain Ghana itu, pertahanan tengah, Okinne Emmanuel Ayaah dan penyerang, Antwi Dennis Agyare itu berkata, keputusan itu terpaksa diambil berikutan aksi kurang memberangsangkan sepanjang kempen Liga Malaysia, setakat ini. "Tindakan itu bertujuan untuk membawa masuk dan mendaftar dua tenaga import baru bagi memantapkan baki cabaran musim ini," katanya. Shahruddin berkata, bagi mengisi kekosongan itu beberapa pemain luar negara termasuk sebuah negara Eropah dijangka menjadi pilihan untuk didaftarkan. "Bagaimanapun, kita tidak akan terburu-buru sebaliknya mereka akan diuji terlebih dulu sebelum didaftarkan. "Selain itu, sekurang-kurangnya dua pemain tempatan sedia ada juga bakal ditamatkan kontrak bagi memberi laluan kepada dua pemain lain." | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 18 Mar 2013 08:38 PM PDT Sumber: Metro Online Shah Alam: Adakah tepat langkah membenarkan pemain import kembali mewarnai kancah bolasepak tempatan? Persoalan terbabit timbul selepas menyaksikan skuad negara dibelasah 1-4 oleh Arab Saudi dalam aksi persahabatan malam kelmarin dengan pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Safiq Rahim menjaringkan gol tunggal Harimau Malaya pada minit ke-70 pada pertemuan di Stadium Shah Alam itu. "Anda boleh lihat kita tidak mempunyai penyerang yang mampu menjaringkan gol dengan jaringan skuad negara dilakukan Safiq yang bukannya penyerang. Kita perlu sedar dengan situasi ini berbanding lawan (Arab Saudi) yang mempunyai penyerang berkaliber," kata pengendali negara, Datuk K Rajagobal selepas tamat perlawanan itu, malam kelmarin. Menurut Rajagobal, skuad negara hanya mempunyai Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang semula jadi selain Abdul Hadi Yahya yang tersenarai dalam kem latihan pusat kali ini. "Pemain lain seperti Mohd Amri (Yahyah) lebih kepada posisi di belakang dan bukannya penyerang semula jadi. Kita tidak mempunyai Safee Sali (gambar) ketika ini (akibat kecederaan) yang boleh disifatkan seorang pemain yang kuat untuk membolehkan kita mengamalkan corak permainan diamalkan sejak dua tahun lalu. Sekarang dia tidak ada dalam skuad kebangsaan. "Anda boleh lihat liga (domestik) sekarang. Pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor, Kelantan... siapa penyerang mereka? Kita kena menerima hakikat ini. Tapi, tiada apa yang boleh dilakukan, ini yang berlaku dalam liga, semua pihak boleh memberikan pandangan, namun bukan senang untuk pemain beraksi di pentas berbeza," katanya. SAFIQ (kiri) jaring gol tunggal negara di Stadium Shah Alam, kelmarin. Selain Norsharul, kem latihan pusat kali ini juga tidak mempunyai penyerang yang mampu memenuhi hasrat pengendali negara itu untuk menggegar kubu lawan menjelang aksi penting menentang Yaman untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang dijadual berlangsung Jumaat ini.Penjaring tempatan terbanyak Liga Super ketika ini, Mohd Fauzi Roslan dari Pahang yang sudah menjaringkan enam gol diletakkan dalam senarai pemain simpanan selain Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor) dan A Thamil Arasu (Harimau Muda A). Penyerang import ATM, Marlon Alex James mendahului senarai penjaring keseluruhan ketika ini dengan meledak tujuh gol selain penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Jean-Emmanuel Effa Owona yang kini bersama Terengganu, meledak empat gol. Bagaimanapun Rajagobal melihat sesuatu yang positif dalam aksi bertemu Arab Saudi itu apabila menjelaskan ia memberikan gambaran lebih jelas terhadap pemain yang akan diturunkan apabila menentang Yaman di Stadium Shah Alam nanti. Beliau turut puas hati dengan persembahan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi yang pertama kali menyarung jersi negara. "Saya akan fikirkan (peluang untuknya tersenarai), namun dengan tempoh 45 minit dia diturunkan, saya puas hati dengan persembahannya. Saya turut puas hati dengan aksi penjaga gol Selangor, Norazlan (Razali)," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PIALA PRESIDEN 2013: Keputusan Perlawanan 18 Mac 2013 Posted: 18 Mar 2013 08:02 AM PDT 18 MAC 2013 (ISNIN)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LIGA FAM 2013: Keputusan Perlawanan17 Mac 2013 Posted: 18 Mar 2013 08:01 AM PDT 17 MAC 2013 (AHAD)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 17 Mar 2013 08:24 PM PDT Sumber: Metro Online Shah Alam: Arab Saudi menepati ramalan selaku jaguh Asia apabila menang mudah 4-1 ke atas skuad negara dalam aksi persahabatan malam tadi. Rembatan pemain gantian Mohd Safiq Rahim pada minit ke-70 yang menggegar gawang lawan memberikan sedikit kegembiraan kepada 5,000 penonton yang hadir di Stadium Shah Alam. Ia dilihat mampu mengembalikan reputasi kapten kebangsaan itu yang sebelum ini dikecam berikutan prestasi tidak konsisten dalam kancah domestik. Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila Arab Saudi kembali garang menyumbat dua gol lagi selepas itu. Apapun aksi perlawanan semalam dilihat bukan berstatus `A' seperti yang dilaporkan sebelum ini apabila kedua-dua pasukan melakukan pertukaran melebihi enam pemain dengan Arab Saudi memasukkan keseluruhan pemain baru di babak kedua. Pelawat kendalian Lopez Caro terlebih dulu membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi tandukan kebelakang penyerang kelab Al-Ettifaq, Yousef al-Salem. Kesilapan penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat membaca gerakan lawan jelas membawa padah apabila Yousef menyentap semangat anak buah Datuk K Rajagobal yang nampak tenggelam dengan hantaran pendek dan kombinasi pemain lawan. Kehadiran Mohd Badhri Radzi yang bergandingan bersama Shakir Shaari mengemudi jentera tengah belum mampu menggerakkan serangan berbahaya sepanjang 45 minit babak pertama. AMRI (tengah) dihalang dua pemain Arab Saudi Abdullah Aldossary (kiri) dan Taiseer Aljassam malam tadi. Malah lawan sebaliknya menambah jaringan menerusi Yahya al-Shehri m-30 diikuti kealpaan benteng pertahanan membuka ruang Naif Hazazi merembat masuk m-89 dan Hamdan al-Hamdan pada masa kecederaan babak kedua. Ketumpulan sentuhan penyudah yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha dilihat menjadi penyumbang kekalahan Harimau Malaya walaupun mendapat beberapa peluang meledak gol pada babak awal separuh masa kedua. Rajagobal yang melakukan rombakan pemain pada babak kedua masih belum mampu menyaingi kehebatan lawan. yang turut membuat persiapan untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Indonesia. Kekalahan itu menambah kesangsian akan keupayaan skuad negara sendiri berdepan Yaman, Jumaat ini selepas tumbang kepada Qatar pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2015. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Main psikologi atau tak hormat Malaysia? Posted: 16 Mar 2013 08:43 PM PDT Sumber: Utusan Online
PETALING JAYA - Arab Saudi seperti tidak menghormati atau sengaja mencipta tekanan psikologi buat Malaysia apabila sekadar menghantar pegawai media ke sidang akhbar pra-perlawanan persahabatan, semalam. Jurulatih mereka, Juan Ramon Lopez Caro memberi alasan tidak dapat hadir kerana sibuk dengan sesi latihan pasukannya yang bertembung dengan sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya itu. Hanya Khaled Alnuwiser, pegawai media Arab Saudi bersama penyelaras am yang juga penterjemah, Mohammad Alhenaid muncul sebagai galang ganti. Untuk rekod, Arab Saudi juga pernah 'memperdaya' anak-anak buah Datuk K. Rajagobal apabila pada saat akhir membatalkan satu perlawanan yang mereka sendiri cadangkan. Insiden itu berlaku dua tahun lalu apabila mereka menjemput pasukan negara bermain dalam perlawanan persahabatan di Australia dan sanggup membiayai pertemuan, tetapi kemudian membatalkannya tanpa alasan kukuh. Ketika ditanya mengapa memilih untuk bertemu Malaysia, Khaled hanya berkata: "Kami ke sini supaya serasi dengan cuaca dan permainan yang mirip Indonesia (lawan Kumpulan C Kelayakan Piala Asia 2015 di Jakarta, Sabtu depan). "Malaysia sebuah pasukan yang bagus dan semakin meningkat." Sementara itu, Rajagobal pada sidang media sama, mengesahkan terpaksa melupakan khidmat Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim, Amiridzwan Taj Tajudin dan Wan Zack Haikal Wan Nor di Stadium Shah Alam, malam ini akibat kecederaan serius. Namun begitu, beliau tidak gusar dengan situasi itu, biarpun turut dibayangi kemerosotan prestasi bek tengah, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak dalam Liga M. "Kami ada lebih 20 pemain di kem negara sekarang dan ia mencukupi. "Kami menganggap semua perlawanan penting, termasuk aksi persahabatan dengan pasukan besar seperti Arab Saudi ini. Ia satu penghormatan buat kita," katanya. Beliau mengakui kesilapan dan kelekaan skuad negara ketika kalah 2-0 kepada Qatar 2-0 bulan lalu, mampu berulang biarpun anak-anak buahnya kerap diingatkan supaya berwaspada dengan serangan balas pantas lawan. "Saya mengkaji video Arab Saudi-China (Kumpulan C di Dammam, 6 Februari lalu) dan kesilapan pemain mereka telah menyebabkan lawan menyamakan jaringan. "Bagi saya, mana-mana pasukan pun boleh terdedah untuk melakukan kesilapan sebegitu," katanya. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada 30 Ogos 2009 dengan Arab Saudi memenangi perlawanan persahabatan di Stadium Putera Fahd, Dammam 2-1, manakala gol sagu hati Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Shakir Md. Ali. Norazlan Razali dijangka mengemudi gawang Harimau Malaya malam ini, manakala Aidil Zafuan masih diberi kepercayaan menjaga benteng. Tiket perlawanan Malaysia-Arab Saudi yang berharga RM20 (dewasa) dan RM5 (bawah 12 tahun) mula dijual di Stadium Shah Alam pada jam 4.30 petang ini. Penyokong Harimau Malaya diseru hadir memberikan sokongan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LIGA FAM 2013 - Berita Terkini Posted: 16 Mar 2013 08:40 AM PDT SUMBER: FACEBOOK LIGA FAM Perkembangan terbaru bantahan ke atas perlawanan2 tertentu Liga FAM 2013. FAM secara rasminya telah membuat kptsn2 berikut ke atas beberapa perlawanan di bawah ni :- 1. Shahzan Muda vs PB Melayu Kedah (asal Shahzan Muda menang 1-0 ttp keputusan ni telah ditukar kpd kedua-dua team ni kalah pd perlwn ni dgn jaringan 0-3) 2. Shahzan Muda vs Tentera Darat (asal Shahzan Muda menang 1-0 ttp keputusan ni telah ditukar dgn Tentera Darat menang perlwn ni dgn jaringan 3-0) 3. PB Melayu Kedah vs PULAU PINANG (asal P.Pinang menang 7-2 dan KEPUTUSAN ADALAH KEKAL) 4. Shahzan Muda vs Perak YBU FC (asal Shahzan Muda menang 1-0 ttp keptsn ni telah ditukar dgn Perak YBU FC menang perlwn ni dengan jaringan 3-0) 5. PB Melayu Kedah vs Cebagoo FC (asal Cebagoo FC menang dgn jaringan 1-0 sahaja tetapi ditingkatkan kemenangan pada jaringan 3-0) Semua perlawanan di atas telah diubah keputusannya atau ada yg dipinda jumlah jaringan gol kemenangan (kecuali game PP kekal keputusannya) kerana pasukan Shahzan Muda dan PB Melayu Kedah telah didapati bersalah menurunkan masing-masing seorang pemain yg masih belum mendapat Sijil Perpindahan Antara Negeri (SPN) atas sebab bermain dgn pasukan-pasukan lain sebelum ni/pd 2012. Semuanya adalah atas dasar bantahan. Sumber: FAM *untuk info lebih lanjut sila rujuk terus ke FAM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 15 Mar 2013 08:10 PM PDT SUMBER: UTUSAN ONLINE PETALING JAYA - Mungkin sudah tiba masanya buat penjaga gol Selangor, Norazlan Razali diberi peranan utama mengawal gawang Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan berdepan Arab Saudi esok dan Yemen, 22 Mac ini. Setelah sekian lama sekadar berpuas hati di belakang dua penjaga gol utama, Mohd. Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat, prestasi yang ditunjukkan Norazlan dalam saingan Liga Malaysia nyata cukup memukau dan layak dinaikkan pangkat menjadi penjaga gol No. 1 negara. Hakikat itu tidak dapat disembunyikan oleh Norazlan yang jelas mahu meraih kepercayaan jurulatih, Datuk K. Rajagobal bagi diturunkan dalam mana-mana perlawanan sama ada berdepan Arab Saudi atau Yemen. ''Itu semua terpulang kepada jurulatih dan saya anggap peluang adalah 50-50 untuk diturunkan, apa yang penting saya mesti memberi yang terbaik semasa latihan. ''Memang musim ini saya dapat berasakan prestasi semakin meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini dan saya rasa cukup yakin tiap kali beraksi. ''Cuma persoalannya bagaimana saya mahu mengekalkan prestasi sekarang bagi meraih kepercayaan jurulatih," katanya ketika ditemui selepas latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, semalam. Penjaga gol berusia 27 tahun itu berjaya mengetepikan saingan seorang lagi bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee apabila lebih kerap menjadi pilihan Irfan Bakti untuk diturunkan dalam kebanyakan perlawanan. Hasilnya, Selangor menjadi pasukan kedua terbaik bersama Felda United selepas LionsXII yang paling kurang dibolosi. Kehadiran Sharbinee juga antara resipi dia mampu beraksi lebih baik kerana penjaga gol berpengalaman itu meningkatkan saingan bagi merebut tempat. ''Saya akui saingan rakan sepasukan mungkin secara kebetulan membuatkan saya lebih berkerja keras," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 15 Mar 2013 08:06 PM PDT Sumber: Utusan Online PETALING JAYA - Penurunan ranking dunia lima anak tangga kelmarin tidak mencetus rasa gelisah buat pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal. Bukan tidak mengambil peduli, tetapi beliau menganggap itu satu perkara biasa jika pasukan kebangsaan tidak mendapat perlawanan persahabatan kelas A. ''Ranking akan turun dan naik. Kenapa turun, kenapa naik, saya sudah beritahu bahawa kalau kita tidak bermain dengan pasukan-pasukan kebangsaan, ranking akan turun. ''Setiap perlawanan adalah penting dan bukan perlawanan dengan Yemen sahaja. "Selepas ini, apabila kita bermain kita nak beri yang terbaik dalam semua perlawanan, " katanya ketika ditemui di Wisma FAM ,semalam. Pada ranking Februari yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kelmarin, Malaysia menduduki tangga ke-164. Hanya satu perlawanan dilalui anak-anak buah Rajagobal yang diambil kira iaitu ketika tewas 0-2 kepada Qatar pada aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015. Sementara aksi persahabatan menentang Iraq 1 Februari lalu yang menyaksikan Malaysia kalah 0-2, tidak dianggap pertemuan kelas A kerana kedua-dua pasukan menurunkan lebih daripada enam pemain gantian dalam perlawanan berkenaan. Bagi kedudukan Asia Tenggara, Malaysia muncul negara keenam terbaik apabila dipintas Myanmar yang melonjak ke tangga ke-155. Tambah membimbangkan, beberapa negara kerdil dalam bola sepak seperti Bangladesh, Maldives dan Afghanistan mampu mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding Malaysia. Mengenai persiapan berdepan Arab Saudi, Rajagobal berkata, Wan Zack Haikal Wan Noor hampir pasti tidak dapat diturunkan kerana belum pulih daripada kecederaan, sementara Amiridzwan Taj Tajuddin masih bergelut mengembalikan kembali kecergasan. Cuma yang memberi sedikit kelegaan kepada dirinya adalah kepulangan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak yang menjalani latihan pertama semalam, sekali gus mengurangkan masalah kekurangan pilihan di bahagian pertahanan. Rajagobal juga tidak mahu terlalu memaksa pemain Kelantan dan Selangor yang baru menjalani latihan pada hari kedua. ''Aidil memulakan latihan hari ini, dia masih mengadu rasa sakit dan kita akan terus melihat perkembangannya sebelum membuat keputusan diturunkan atau tidak. ''Kecederaan boleh berlaku bila-bila masa. Bukan hanya kerana jadual padat tetapi pemain pun kena pandai jaga diri. ''Dalam masa satu hari saja kamu tidak boleh buat kesimpulan dan kita kena faham bahawa pemain juga nampak kepenatan. "Kerana itu saya tidak mahu terlalu memaksa Badhri (Radzi) dengan Shakir (Shaari) kerana baru bertandang dari Myanmar dan pemain-pemain Selangor yang main di Piala AFC, " katanya lagi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PIALA PRESIDEN 2013: Keputusan perlawanan 14 Mac 2013 Posted: 14 Mar 2013 09:02 AM PDT 14 MAC 2013 (KHAMIS)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semangat juang Tampines ikat Selangor Posted: 13 Mar 2013 05:56 PM PDT Sumber: Metro Online Shah Alam: Persembahan cemerlang Selangor dalam kancah saingan domestik gagal diterjemahkan dalam saingan Piala AFC apabila diikat gergasi Singapura, Tampines Rovers 3-3 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Manakala Kelantan beraksi cemerlang di Yangon untuk menewaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1. Selangor yang bersaing dalam Kumpulan H terpaksa gigit jari walaupun membuka jaringan seawal minit kesembilan menerusi penyerang import Francis Forkey Doe (minit-53). Dia bijak memanfaatkan hantaran jauh kapten pasukan Mohd Asraruddin Putra Omar dengan melepasi barisan pertahanan sebelum melepaskan rembatan menggegar gawang lawan. Tampines jelas mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit menyamakan kedudukan walaupun tiga kali ketinggalan kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang memburu kemenangan pertama dalam kancah Piala AFC musim ini. Jaringan Mohd Amri Yahyah dan penalti Forkey Doe pada babak kedua turut gagal dipertahankan Selangor yang kelihatan rapuh di barisan pertahanan yang dikemudi Peter Chrappan dan Mohd Nasriq Baharom sehingga membenarkan lawan yang diketuai penyerang veteran berusia 43 tahun, Aleksandar Duric kerap kali mengancam kubu yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee Ramli. Dua lagi jaringan pelawat disumbangkan Imran Sahib dua minit selepas Amri menjaringkan gol kedua Selangor manakala tandukan pemain import dari Jepun, Yamashita Kunihiro m-72 memastikan kedua-dua pasukan berpuas hati mengutip satu mata. Keputusan itu menyebabkan Selangor terus menghuni tangga terbawah dengan satu mata, terikat dengan Tampines Rovers yang berada di kedudukan ketiga selepas mempunyai kelebihan jaringan ketika kelab Vietnam, Saigon Xuan Thanh dan East Bengal dari India mengumpul empat mata. Sementara itu juara tiga piala liga domestik musim lalu, Kelantan beraksi cemerlang dalam saingan Kumpulan G di Youth Training Centre, Yangon. Kelantan dibayangi persembahan kurang konsisten dalam kancah Liga Super musim ini membuka jaringan menerusi kapten Mohd Badhri Radzi seawal minit kedua perlawanan bagi memastikan skuad kendalian Bojan Hodak itu selesa mendahului sehingga tamat separuh masa pertama. Pemain pinjaman berusia 21 dari Australia, Dimitri Petratos akhirnya menemui sentuhan penyudah bersama The Red Warriors apabila meledak dua gol m-59 dan 80 bagi membolehkan Kelantan kini mengumpul empat mata menerusi dua perlawanan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
FAM ubah peraturan perpindahan Posted: 12 Mar 2013 10:01 PM PDT
Sumber: Metro Online Kelana Jaya: Mana-mana pemain tempatan yang gagal menepati kehendak pasukan mungkin digugurkan pada pertengahan musim. Ini kerana buat kali pertama Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) membenarkan tiga pemain tempatan didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bermula 8 hingga 22 April ini. "Sebelum ini hanya pemain import dibenarkan untuk ditukarkan, namun ini langkah yang sememangnya terdapat dalam peraturan pertandingan Peraturan 4.5.5," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Menurutnya, pasukan terbabit boleh mendaftarkan pemain baru atau pemain yang masih bersama dengan pasukan lain. "Namun bagi pemain yang bersama pasukan lain, kedua-dua pasukan terbabit perlu bersetuju. Ini permulaan, mungkin selepas ini lebih ramai pemain tempatan dibenarkan untuk didaftarkan pada jendela perpindahan kedua seperti Liga Perdana Inggeris," katanya. Paling dinantikan pastinya pendaftaran membabitkan dua pemain yang pernah berkelana di Portugal, Mohd Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC) dan Ahmad Fakri Saarani yang kini bersama Kelantan. Ia juga pasti menggembirakan Johor Darul Takzim (JDT) yang dilapor berhasrat menukar beberapa pemainnya dengan pasukan Liga Perdana negeri itu. "Langkah ini bagi memastikan pasukan dapat menggantikan pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang selain mereka yang tidak mempamerkan prestasi yang baik." Sementara itu, Hamidin turut menjelaskan satu seminar pengadil diadakan pada 27 Jun bagi merungkai segala isu tentang insiden membabitkan pengadil sebelum ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 11 Mar 2013 06:01 PM PDT Sumber: Metro Online Kelana Jaya: "Ini adalah peluang kepada dia (Mohd Badhri Radzi)." Itu reaksi pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal berhubung tindakannya menyenaraikan kapten dan perancang tengah Kelantan itu buat kali pertama untuk menyertai kem latihan pusat bagi persediaan menentang Yaman pada 22 Mac ini. Rajagobal menjelaskan beliau akan memantau prestasi pemain terbabit ketika sesi latihan dan aksi persahabatan (menentang Arab Saudi) sebelum membuat sebarang keputusan. "Apabila dilantik sebagai jurulatih saya memberi peluang kepada semua pemain. Sekarang masanya untuk dia (Badhri). Bagi saya semua pemain dalam pasukan penting, bukan satu atau dua pemain saja. Itu cara saya selama ini," kata jurulatih berusia 56 tahun itu yang mula dilantik mengendalikan skuad kebangsaan sejak 2009. Bagaimanapun kelibat Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya belum dapat disaksikan apabila bersama Kelantan untuk beraksi dalam saingan Piala AFC termasuk beberapa pemain Selangor dengan hanya 18 pemain melaporkan diri di Wisma FAM semalam selain tiga pemain pertahanan turut mengalami kecederaan iaitu Amir Ridzwan Taj Tajudin, K Reuben dan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak. Rajagobal berkata, aksi persahabatan menentang Arab Saudi, 17 Mac ini akan digunakannya bagi merangka strategi dan menentukan kombinasi pemain tertentu sebelum turun dalam misi penting menentang Yaman di Stadium Shah Alam. "Persiapan ini sama ketika skuad negara menentang Iraq sebelum bertandang ke Qatar. Kita akan mendapat gambaran pemain untuk diturunkan pada perlawanan sebenar. Perlawanan menentang Arab Saudi memberikan tahap permainan yang tinggi, saya akan manfaatkannya dan tidak menyisihkan pemain Kelantan dan Selangor walaupun mereka baru saja bersaing dalam Piala AFC," katanya. Sementara itu kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim yang dikritik hebat sesetengah pihak akibat prestasi tidak konsisten menyedari dia perlu meningkatkan prestasinya. "Saya mempunyai misi mengembalikan prestasi sebelum ini. Saya rasa mampu mempamerkan prestasi lebih baik dan akan cari kelemahan itu untuk memperbaikinya," kata pemain Johor Darul Takzim itu. Dia yang terlepas aksi menentang Qatar (skuad negara tewas 2-0) kerana penggantungan berkata, tumpuannya adalah mendapatkan kembali posisinya dalam skuad kebangsaan. Posisi pemain terbabit kini berdepan saingan sengit terutamanya dengan kehadiran Badhri dan perancang tengah Selangor, Abdul Shukor Jusoh yang turut tersenarai kali ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Arab Saudi ukur kemampuan kita Posted: 11 Mar 2013 06:01 PM PDT Sumber: Utusan Online
PETALING JAYA - Bukan persahabatan biasa, tetapi ukuran awal menguji tahap pemain. Itu penjelasan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas ditanya tentang persiapan anak-anak buahnya menguji kemampuan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 17 Mac ini. Katanya, pertemuan tersebut akan digunakan sebaik mungkin oleh anak-anak buahnya terutama sekali dalam berebut tempat dalam kesebelasan utama bertemu Yemen, lima hari selepas itu di gelanggang yang sama. "Saya juga tidak berasa terjejas dalam persiapan pasukan ini walaupun pada sesi pertama hari ini (semalam), sembilan pemain tidak dapat hadir melaporkan diri kerana mempunyai tugas bersama pasukan Selangor dan Kelantan dalam saingan Piala AFC," katanya ketika ditemui media sebelum sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, semalam. Sembilan pemain yang telah dinyatakan Rajagobal ialah Norazlan Razali, Abdul Shukur Jusoh, Mohd. Amri Yahyah, Mahalli Jasulli dari Selangor serta Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Bahdri Mohd. Radzi, Nik Shahrul Azim dan Shakir Shaari (Kelantan). Jelasnya, dia tidak risau tentang kelewatan pemain Selangor dan Kelantan yang lambat melapor diri untuk bersama pemain lain kerana dia tidak berhak menghalang mereka. "Saya mempunyai tempoh dua atau tiga hari sebelum perlawanan menentang Arab Saudi untuk menilai tahap kecergasan mereka tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan situasi tersebut. "Kita juga akan menilai tahap kemampuan pemain yang mengalami kecederaan seperti K. Reuben, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak," kata Rajagobal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 11 Mar 2013 05:55 PM PDT Sumber: Metro Online Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) bakal berwajah baru pada pusingan kedua saingan Liga Super apabila mendapat khidmat empat pemain Johor yang beraksi dalam kancah Liga Perdana dan semua urusan perpindahan itu diselesaikan April ini mengikut peraturan ditetapkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM). Difahamkan empat pemain itu adalah, kapten Mohd Farid Ramli, Muhammad Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaludin dan pemain import, Andre Francisco Da Silva dan mereka akan memulakan latihan pertama skuad Harimau Selatan, Khamis ini. Pemain Johor DT yang akan mewarnai cabaran Johor pada saingan Liga Perdana pula adalah Mohd Ezaidy Khadar, K Sathiya, Azmi Muslim dan kemungkinan Simone Del Nero namun semua keputusan itu hanya akan diputuskan pengurusan Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ). Syarat ditetapkan FAM berhubung perpindahan pemain berkuatkuasa April ini membabitkan tiga pemain tempatan dan seorang pemain import dan jika diluluskan sudah pasti Johor DT di bawah kendalian Fandi Ahmad bakal merebut peluang itu. Apapun status Del Nero sama ada sanggup diturunkan pangkat beraksi dalam saingan Liga Perdana menjadi tanda tanya namun pengurusan PBNJ harus bijak menyelesaikan isu itu ketika mereka tidak memiliki pemain tengah berkualiti. Malah bekas pemain Lazio itu masih belum mampu menonjolkan diri sebagai pemain yang memiliki sentuhan tepat. Kehadiran Andre Francisco di posisi tengah bakal merungkai masalah pasukan ketika pemain dari Brazil itu memiliki karektor menarik sebagai perancang utama dan mampu bertindak selaku 'jeneral padang' selepas Safiq Rahim masih terkial-kial menguasai posisi itu sepanjang 10 perlawanan lalu. Kelibat Mohd Farid dan Muhammad Nazri menguatkan posisi bek kiri dan kanan bagi menggantikan Azmi dan Irfan Abd Ghani yang belum menunjukkan permainan konsisten dan sering gagal menyekat larian pantas pemain lawan hingga mudah ditewaskan manakala Jasazrin mengukuhkan jentera tengah bagi mengambil alih tugas Ahmad Ezrie Shafize. Andai rombakan pemain menjadi kenyataan dengan kehadiran muka baru itu, ia pasti memberi nafas baru buat barisan Fandi menjelang perlawanan berdepan Terengganu di laman sendiri, 30 Mac ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 11 Mar 2013 05:53 PM PDT Sumber: Metro online Kuala Terengganu: Di sebalik kejayaan Terengganu mencatat empat kemenangan berturut-turut termasuk saingan Piala FA, timbul perasaan kurang senang penyokong mengenai prestasi tidak konsisten penyerang import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona yang boleh dianggap 'parasit' dalam kesebelasan utama skuad Penyu. Malah, pemain yang mencetuskan kontroversi di awal musim antara Terengganu dan Negeri Sembilan berhubung isu perpindahan itu juga dilihat kurang menyengat. Ketika berdepan T-Team Jumaat lalu, tidak kurang tiga peluang keemasan gagal disempurnakan pemain berusia 29 tahun itu. Corak permainan tidak konsisten itu jelas mengecewakan kira-kira 10,000 penonton yang hadir untuk menyaksikan penyerang meledak jaringan seperti aksinya ketika menyarung jersi Rusa musim lalu. Sementara itu Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata, prestasi Owona akan dipantau bagi memastikan dia terus menjadi senjata pemusnah pasukan. "Setakat ini saya belum mendapat laporan bertulis berhubung prestasinya tapi Owona dan pemain lain perlu meningkatkan prestasi. "Saya turut mengingatkan jurulatih perlu mengambil perhatian serius terhadap pemain yang gagal meningkatkan prestasi sebelum amaran dikeluarkan PBSNT," katanya. Seorang peminat dari Gong Badak, Amaliza Ismail berkata, dia mengharapkan PBSNT melakukan sesuatu ke atas pemain itu supaya pasukan tidak ketandusan jaringan kerana saingan liga masih panjang selain skuad Penyu berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA bertemu Negeri Sembilan. "Saya hairan kenapa pemain itu musim ini tidak berbisa, musim lalu ketika mewakili Negeri Sembilan, dia muncul pemenang kasut emas bersama penyerang import Terengganu, Francis Forkey Doe dengan 14 gol tapi kini baru empat jaringan dihasilkan," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PIALA PRESIDEN 2013: Keputusan Perlawanan 11 Mac 2013 Posted: 11 Mar 2013 08:23 AM PDT 11 MAC 2013 (ISNIN)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Safiq nafi berlaku pertengkaran Posted: 10 Mar 2013 10:36 PM PDT Sumber: Metro Online Kuala Lumpur: Kapten Johor Darul Takzim (JDT) Safiq Rahim menafikan berlakunya pertengkaran sesama pemain dalam bilik persalinan berikutan rasa tidak puas hati atas kekalahan 1-4 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin. Tegasnya adalah tidak benar apabila ada pihak yang mendakwa dirinya dikaitkan dengan insiden pertengkaran itu kerana baginya apa yang berlaku selepas perlawanan itu adalah perkara biasa. "Tak betul, orang salah dengar, bukan saya. Tidak ada apa yang berlaku dalam bilik persalinan. Biasalah selepas perlawanan, kita kalah dan semua pemain kecewa. Tidak ada apa-apa pertelingkahan dengan pemain," katanya kepada Arena Metro semalam. Kekecewaan kekalahan kepada Selangor itu amat dirasai memandangkan ia kekalahan terbesar buat barisan bintang kendalian Fandi Ahmad itu musim ini. Malah ia turut memberi kesan kepada usaha mereka untuk merampas kembali kedudukan teratas liga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam perlawanan itu pasukan tuan rumah tampil garang pada babak pertama dengan dua jaringan menerusi pemain sayap S Kunalan pada minit keempat dan Francis Forkey m-33. JDT terus ketinggalan apabila bekas pertahanan Harimau Muda A, Mahalli Jasuli menyumbat gol m-67 sebelum Mohd Amri Yahyah menjadikan kedudukan 4-0 dua minit kemudian. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Mar 2013 10:34 PM PDT Sumber: Metro Online Seremban: Prestasi hambar skuad Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super mencetuskan rasa tidak puas segelintir penyokong pasukan itu apabila mereka mengadakan tindakan protes di luar Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, sebaik tamat perlawanan menentang FELDA United yang berkesudahan Negeri Sembilan tewas 0-1, malam kelmarin. Kira-kira 15 orang penyokong tegar pasukan mengadakan protes secara aman dengan meminta jurulatih Divaldo Alves meletakkan jawatan serta merta. Bagaimanapun tindakan mereka itu tidak menimbulkan kekacauan kerana pasukan keselamatan turut berada di lokasi dan mengawal keadaan sehingga mereka bersurai pada kira-kira jam 12.15 pagi semalam. Jurucakap kumpulan Abdul Borhanuddin Ahmad, 34, berkata mereka tidak dapat menerima prestasi buruk skuad berkenaan sepanjang saingan liga setakat ini apabila gagal meraih kemenangan selepas melalui 10 perlawanan hingga meletakkan pasukan itu kekal di kedudukan tercorot. Katanya, ini adalah pencapaian terburuk skuad Hoben Jang Hoben dalam tempoh 15 tahun dan walaupun saingan liga masih berjalan jelas agak sukar untuk bangkit memberikan saingan. "Alves bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi hambar pasukan kerana ini adalah pencapaian terburuk dalam tempoh 15 tahun. Kami menggesa Alves meletakkan jawatan bagi memberi laluan pengurusan pasukan memilih jurulatih lain pula. "Kami mahu pengurusan pasukan bertindak cepat melakukan perubahan ketika saingan liga sedang berlangsung bagi mengembalikan semula reputasi pasukan yang tercalar dan dapat membentuk kembali kekuatan pasukan untuk terus bersaing serta kekal dalam kelompok Liga Super, musim depan," katanya. Dalam aksi malam kelmarin, Razali Umar Kandasamy muncul wira FELDA United apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40, untuk membolehkan skuad bimbingan K Devan itu ceria meraih tiga mata. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LIGA FAM 2013: Keputusan Perlawanan 10 Mac 2013 Posted: 10 Mar 2013 07:59 AM PDT 10 MAC 2013 (AHAD)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Selangor tak sangka dapat 'berpesta gol' Posted: 10 Mar 2013 03:44 AM PDT Sumber: Sinar Harian JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tidak menjangka anak buahnya mampu menundukkan Johor Darul Takzim ( JDT) dengan kemenangan besar 4-1 dalam saingan Liga Super, malam tadi. Menurut Irfan Bakti, setelah lama ketandusan gol, anak buahnya kembali bangkit untuk menunjukkan taring dan mempamerkan persembahan yang cemerlang. "Saya tidak menjangka kita dapat mencatat kemenangan besar seperti malam ini. Sebelun turun, saya hanya fikir kita akan menang dengan jaringan satu atau dua gol sahaja," kata Irfan ketika ditemui selepas tamatnya perlawanan. Tambah Irfan, "tapi, setelah melihat corak permainan pemain, ia jelas satu persembahan yang baik, kita dapat kuasai permainan dan berjaya mengurangkan kesilapan." "Saya juga sangat berpuas hati kerana setelah tiga perlawanan sebelum ini kita gagal menjaringkan sebarang gol, malam ini pemain kembali membuktikan Selangor tetap digeruni," ujarnya. Semalam, Selangor berjaya mengaibkan JDT 4-1 di halaman sendiri sekali gus merampas tangga kedua liga daripada pasukan berstatus bintang itu. Dalam pada itu, Irfan turut memuji barisan pemainnya yang berjaya mengawal bola dengan baik serta mampu memberi tekanan ke atas pihak lawan. "Strategi untuk menekan pasukan lawan berjaya dilakukan. Pemain nyata cemerlang dan mengikuti segala arahan yang telah diaturkan," katanya yang bangga dengan semangat pemain Selangor. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LIGA SUPER 2013: Keputusan Perlawanan 9 Mac 2013 Posted: 09 Mar 2013 06:47 AM PST 09 MAC 2013 (SABTU)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 08 Mar 2013 06:07 PM PST Sumber: Utusan Online KUALA LUMPUR - Sarawak gagal mengambil kesempatan untuk memintas kedudukan Sime Darby di persada Liga Perdana apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah di Stadium Negeri, Sarawak semalam. Pada perlawanan sebelah petang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Pos Malaysia 1-1 hasil jaringan penalti Karlo Primorac pada minit ke-60, sementara gol tuan rumah dicipta Muhd. Azreen Zulkafali, minit ke-32. Kedah pula cemerlang membenam Kuala Lumpur di Stadium Darul Aman dengan keputusan 3-0 melalui jaringan Mohd. Faizal Abu Bakar pada minit ke-63 disusuli penyerang veteran, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, minit ke-90 sebelum Mohd. Shazuan Ashraf Mathews menambah sengsara skuad warga kota hasil jaringan di masa kecederaan. Sementara itu Johor bangkit daripada kekalahan kedua berturut-turut apabila kembali ke landasan kemenangan dengan membenam Perlis, 6-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Skuad bimbingan Azmi Mohamed itu memperoleh gol pembukaan pada minit ke-7 menerusi Mohd. Farid Ideris yang merembat masuk bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh Hadi Syahmi Hamzah sebelum Andre Francisco De Silva meletakkan tuan rumah selesa di hadapan 2-0 pada minit ke-14. Bersambung aksi separuh masa kedua, pesta gol Johor berterusan apabila Mohd. Alif Mohd. Yusof meledak gol ketiga Johor pada minit ke-49 diikuti Juan Muriel Orlando pada minit ke-57 melalui sepakan penalti dan . Derita Perlis tidak berpenghujung apabila sekali Farid Ideris menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-61 dan ketua pasukan, Mohd. Farid Ramli memberikan jaringan keenam, dua minit kemudian manakala pelawat memperoleh gol saguhati sumbangan Romdhizat Jamian pada minit ke-70. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA Putrajaya) pula berjaya mengikat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-3 dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Hang Jebat di sini semalam. SPA Putrajaya mendahului dua kali melalui jaringan yang disumbangkan oleh Muhammad Asyidi Dil Ashar Yusof minit ke-40 dan Raja Mohd. Hafillah Raja Mamat, minit ke-45 sebelum disamakan Muhd. Khairul Akhyar Husarin(minit ke-42) dan Wan Zaman Wan Mustafar (minit ke-59). Khairul Akhyar hampir memberikan kemenangan kepada PDRM melalui jaringan pada minit ke-68 tetapi A. Puvanarajah menyelamatkan maruah SPA Putrajaya dengan gol pada masa kecederaan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Petratos mahu jadi watak utama Posted: 08 Mar 2013 06:03 PM PST Sumber: Utusan Online KOTA BHARU - Penyerang import dari Australia, Dimitrios Petratos yang kini beraksi bersama The Red Warriors untuk saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertekad mahu merebut tempat selaku penggempur utama pasukan dalam saingan Liga Malaysia, sebaik sahaja pintu pendaftaran pemain dibuka, bulan depan. Petratos mengakui, kesempatan beraksi dalam saingan AFC akan digunakan sebaik mungkin bagi memikat hati pengendali Kelantan, Bojan Hodak untuk menyenaraikan namanya seterusnya membolehkan dia beraksi dalam saingan Liga M. Menurutnya, dia berterima kasih kepada peminat setia Kelantan atas sokongan yang mahu melihatnya kembali beraksi bersama pasukan dalam saingan liga domestik. "Ramai peminat mahu melihat saya kembali beraksi bersama pasukan dalam saingan Liga M. Ini merupakan sebahagian dari impian saya untuk beraksi bersama pasukan," katanya. Bagaimanapun, bekas penyerang Sydney FC itu perlu menampilkan aksi meyakinkan dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan Hodak bagi membolehkan dia kembali ke saingan Liga M. Dia sebelum ini diketepikan dari saingan Liga Malaysia selepas bekas penyerang antarabangsa Guinea, Keita Mandjou berjaya memikat hati Hodak. Impian untuk dia kembali mengetuai jentera serangan Kelantan bertambah cerah apabila pengurusan The Red Warriors dikhabarkan mahu membawa masuk penggempur baharu pada sesi pendaftaran pemain bagi menggantikan pemain sedia ada iaitu Mandjou. Begitupun, Petratos terpaksa bersaing dengan rakannya, Dickson Nwakaeme untuk posisi tersebut, sementara seorang lagi pemain pemain import Obinna Nwaneri dilihat berada dalam keadaan selamat selepas mempamer aksi bertenaga di bahagian pertahanan. Penggempur berusia 20 tahun itu baharu sahaja pulang ke Malaysia selepas menjalani latihan dengan sebuah kelab England, Blackburn Rovers bersama kapten skuad Piala Presiden, Faizul Nazlin Sayuti selama tiga minggu. |
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |