Jumaat, 29 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Yusry Mainkan Piano Untuk Lisa Surihani

Posted: 28 Mar 2013 08:09 PM PDT

Setiap pasangan selebriti punya cara yang berbeza untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat romantis. Begitu juga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim yang juga salah seorang anggota trio adik-beradik KRU.

Sebagai tanda cinta yang tidak berbelah bahagi buat, Lisa yang juga seorang aktres terkemuka, Yusry akan meluangkan sedikit masa dengan memainkan piano buat suri hati yang dicintainya pada waktu santai mereka.

Dan adakalanya, mereka juga akan habiskan masa dengan duduk berdua-duaan sambil bercerita dan bergurau senda di kolam renang yang dibina di kediaman mereka.

Menariknya, kata Lisa, kolam renang tersebut hanya dibina untuk perhiasan semata dan hanya sekali saja dia merasmikannya untuk aktiviti renang.
"Yusry takde langsung menggunakannya," kata Lisa. -Murai

Wardina Belajar Mempertahankan Diri

Posted: 28 Mar 2013 07:05 PM PDT

Haha. Memang hebat pula pengacara, Wardina ni. Ada seni mempertahankan diri pula. Tak tahu baru belajar atau memang sudah lama belajar. Mungkin inilah cara terbaik bagi dirinya yang sebelum ini pernah diceroboh perompak di kediamannya. :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines