Selasa, 26 Mac 2013

MummyNemo

MummyNemo


Filipina Akan Kemuka Tuntutan Ke Atas Sabah?

Posted: 25 Mar 2013 07:00 PM PDT

Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian. Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen [...]

Kanak Kanak 5 Tahun Maut Di Dera Ibu Tiri

Posted: 25 Mar 2013 06:30 PM PDT

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dipercayai setelah didera oleh ibu tirinya dalam kejadian di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat dekat sini semalam. Kanak-kanak malang itu, Ummi Amilia Azman meninggal dunia kira-kira pukul 8.56 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, selepas tidak sedarkan diri. – UTUSAN

Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M),Pinjaman Mudagh Penjawat Awam

Posted: 25 Mar 2013 06:00 PM PDT

Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) disaran mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam. Dalam membuat cadangan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, ia bagi mengelak penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau Ah Long dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan. [...]

Pembubaran Automatik DUN Negeri Sembilan Pada 28 Mac 2013

Posted: 25 Mar 2013 07:36 AM PDT

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan terbubar automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya pada esok seperti dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, sebelum ini terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan DUN yang menurut Fasal 56 (3) Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan, menyatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan selama lima [...]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines