Jumaat, 30 Mei 2014

VIDEO: 3 Beranak Rogol Pelajar Bergilir-gilir


29 Mei 2014
PASIR MAS - Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.


"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.

"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
 
Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu  Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.
 
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
 
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
 
Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya. - Bernama

VIDEO








Khamis, 29 Mei 2014

Abby dapat cerai SMS


29 Mei 2014: Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.


“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.


Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.


Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.

Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.


Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.

Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.


Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak. -HM


Rabu, 28 Mei 2014

Video Perogol Dirotan Ibu Mangsa




Perogol seorang  peniaga wau di pantai tujuh tumpat telah rogol pelajar tahun 6.




Lelaki ditahan belasah perogol adik

Pasir Mas: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis semalam kerana memukul seorang daripada dua perogol adiknya berusia 12 tahun hingga parah.

Lelaki itu ditahan selepas dia bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa adiknya di Balai Polis Tawang, Bachok, Selasa lalu.

Susulan laporan itu polis turut menahan dua lelaki berusia 20-an dan 28 tahun, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dua suspek termasuk yang parah dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Manakala abang mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan," katanya.


Dalam kejadian Rabu minggu lalu, kanak-kanak berasal dari Jertih, Terengganu itu dikatakan berkunjung ke rumah saudara di Bachok, sebelum menjadi mangsa rogol dua lelaki berkenaan.

Kerana terlalu marah, sekumpulan individu termasuk abang mangsa yang berjaya mengesan seorang daripada perogol terbabit, bertindak memukulnya di hadapan orang ramai di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Selasa lalu.

Insiden itu yang dilakukan di tempat awan mendapat perhatian ramai apabila dirakam dan dimuat naik di Internet. -HM

Pengantin baharu dirogol 3 lelaki



Kinabatangan: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kelmarin dipercayai ada kaitan dengan kes merogol bergilir-gilir seorang wanita berusia 18 tahun yang baharu dua bulan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata polis menerima aduan daripada mangsa beberapa hari selepas kejadian didakwa berlaku pada jam 6 petang 14 Mei lalu di Ladang Leepang 5.

Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Mangsa dikatakan dirogol ketika pergi ke tepi sungai berhampiran rumahnya di situ untuk membuang air besar berikutan tandas di kediamannya rosak.

Diekori 3 suspek

Dalam perjalanan, mangsa diekori tiga suspek yang kemudian menariknya ke dalam ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudian menceritakan perkara berkenaan kepada suaminya beberapa hari selepas kejadian sebelum dibawa membuat laporan polis.
Di Sandakan, seorang pelajar Tingkatan Satu mengadu dirogol kekasih yang baharu dikenali dua minggu menerusi Facebook ketika berjumpa di tangga sebuah bangunan di Jalan Singapura di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan bertemu remaja berusia 18 tahun itu selepas sesi persekolahan sebelum suspek menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Bagaimanapun ketika melalui sebuah bangunan, mangsa mendakwa diajak oleh suspek untuk ke bahagian atas bangunan terbabit dan ketika berbual, suspek dipercayai memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali mengesahkan ada menerima aduan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengantinbaharudirogol3lelaki/Article/



Pelajar dirogol diliwat 38 lelaki


Siasat dakwaan pelajar dinoda 38 lelaki


28 Mei 2014
Kota Bharu: Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh, Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam.


Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.


“Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti mangsa.


Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah.



Mangsa rogol ditahan reman

Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.


Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan.

"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.



Kes rogol beramai-ramai: 12 individu ditahan

KOTA BHARU - Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula hari ini, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini hari ini.

"Polis pada hari ini telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh," katanya.  

Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu esok.

Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.

Menurut Azham polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.



Sembilan lagi suspek rogol direman


29 Mei 2014: Kota Bharu: Sembilan lagi individu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dipercayai membabitkan 38 orang dalam kejadian di Ketereh, Kota Bharu, Selasa minggu lalu.

Semua suspek berusia 20 hingga 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Bharu Norida Mohd Husin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, setakat ini seramai 14 orang sudah ditahan polis termasuk tiga beranak.


"Tangkapan dilakukan di Kampung Hutan Pasir dan Pasang Lembek, Ketereh. Kita masih memburu saki baki suspek," katanya.


Rumah kosong


KOTA BHARU - Penduduk di sekitar kampung Hutan Pasir, semalam, tidak mengetahui kejadian dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong, di sini, dalam kejadian 20 Mei lalu.

Seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila tertangkapnya beberapa suspek yang tinggal berhampiran kediamannya.

“Makcik kerja di kedai makan dan sekitar jam 4 petang, makcik akan bersiap-siap ke kedai untuk berniaga.

“Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rogayah berkata, rumah kosong yang menjadi tempat dua remaja itu dirogol sememangnya sebelum ini dijadikan lokasi budak kampung melepak dan menghabiskan masa membaiki motosikal.

“Pernah saya suarakan kepada tuan rumah terbabit yang telah pindah ke kawasan lain supaya merobohkan rumah kayu peninggalannya itu, memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan kosong, namun pemiliknya endah  tak endah.

“Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya.

Sementara itu, Mat Hussin Mat Nor berkata, kegiatan remaja berkenaan di kawasan itu sebelum ini hanya tertumpu kepada membaiki motosikal dan melepak.


“Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek  tinggal tidak jauh dari kediaman saya.

“Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini.

Mangsa yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai, pada mulanya mengikut seorang rakan lelakinya ke sebuah rumah kosong untuk menemui seorang rakan perempuan.

Dalam pertemuan itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa.

Mangsa gagal melarikan diri selepas dikepung dan dihampiri lebih 30 lelaki yang berada di atas rumah terbabit dan dirogol beramai-ramai.

Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa bergilir-gilir

Ringkasan Kes

Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah.

Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.

Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah tersebut.

Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur.

Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.

Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.

Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki.

Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu.

Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.

Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa.

Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.

Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.

Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu.

Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan.

Kemudian pengadu telah buat laporan polis.



Hasil siasatan

•Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di Kuala Krai dan bersekolah di SMK Bandar Kuala Krai, Kelantan. Ayah pengadu seorang peniaga roti canai manakala ibunya surirumah sepenuh masa.

•Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat kesan geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7 anus mangsa.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. - Bernama


VIDEO


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diratah38orang/Article
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014052802491720140528024917/Article
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-rogol-beramai-ramai-12-individu-ditahan-1.284715
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=512742


Ahad, 25 Mei 2014

Rakaman CCTV Pelajar Malaysia Dirogol


KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.


VIDEO RAKAMAN CCTV MANGSA ROGOL




Khamis, 22 Mei 2014

Pelajar tingkatan 3 dirogol dalam belukar Batu Anam



SEGAMAT – Seorang pelajar tingkatan 3 bukan sahaja dipaksa menaiki motosikal, tetapi mengalami mimpi ngeri apabila dirogol dalam belukar di Batu Anam, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian jam 6.15 petang Sabtu lalu, mangsa yang berusia 15 tahun bersama seorang lagi rakannya dalam perjalanan ke rumahnya menaiki motosikal.

“Secara tiba-tiba, sebuah motosikal yang ditunggang laju seorang lelaki menghalang motosikal  mereka dan merampas kunci motosikal.

“Suspek juga mengugut mangsa supaya menaiki motosikal bersamanya sekiranya mahu kunci motosikal kembali dan mangsa yang ketakutan ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mengikuti arahan suspek,” katanya.

Menurutnya, selepas mangsa menaiki motosikal bersama suspek, suspek membaling kunci motosikal milik rakan mangsa sebelum memecut laju ke kawasan belukar.

Rakan mangsa juga cuba mengejar motosikal dinaiki suspek dan mangsa, tetapi tidak berjaya dan tidak menyangka rakannya dirogol.

“Suspek membawa mangsa ke dalam belukar sebelum merogolnya dan meninggalkan mangsa di persimpangan jalan dekat Batu Anam.

“Sehari selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Anam jam 2 petang dan suspek ditahan beberapa jam selepas kami menerima laporan,” katanya.

Menurutnya, suspek yang berumur 21 tahun itu merupakan penduduk tempatan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. SH




Rabu, 21 Mei 2014

Siswi Malaysia Dirogol Bergilir-gilir di Bandung


Kuala Lumpur: Seorang siswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung, Indonesia diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan meletak kenderaan kira-kira 40 kilometer dari lokasi dia diculik, Sabtu lalu.


Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainudin ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa kini dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Katanya, selain diculik dan dirogol, mahasiswi itu turut cuba dibunuh oleh kumpulan penjenayah yang menculiknya berikutan terdapat kesan jerutan di leher mangsa.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa mendakwa dia dirogol tiga lelaki di dalam kereta.
Kami sudah meminta bantuan pihak polis di Indonesia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu,” katanya.

Berdasarkan laporan berita disiarkan portal berita Detik.com, mangsa diculik ketika mahu mengambil wang dari mesin juruwang automatik (ATM).

Ketua Polis Cimahi, Erwin Kurniawan, dipetik berkata, mangsa diperkosa bergilir-gilir oleh tiga suspek kecuali pemandu kereta dinaiki penjenayah terbabit. -yahoo


Selasa, 20 Mei 2014

2 kali Rogol Anak dalam Bangsal



KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun.

Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu.

Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam.

Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail.- SH


Ahad, 18 Mei 2014

Solat Kerana Hidayah Dari Mimpi?


Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu.

"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee.

"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.


Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.

Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.



KUALA LUMPUR- “Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.

Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.

Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.

Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.

Khamis, 15 Mei 2014

Kejadian Tembak-Menembak di MRR2


Kejadian berlaku di MRR2 dan sangat mencemaskan. Menurut laporan, kejadian ini berlaku pada malam 13 May 2014 lalu lebih kurang jam 2 pagi. Mereka bermula dari Mahameru hingga ke Pandan Indah sebelum melakukan uturn dan berakhir di flyover Klang Gates. Mereka memecut laju-selajunya dan dikhabarkan sehingga 15 biji kereta polis dikejarkan untuk menangkap penjenayah



Rabu, 14 Mei 2014

Dildo tersangkut dalam dubur gadis

Padah onani dengan dildo (zakar palsu)






Video Dildo tertelan dalam dubur gadis



Selasa, 13 Mei 2014

Ustazah cabul pelajar?


JERTIH - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan lain sehari sebelum itu.

Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar mengenai kejadian dia dipukul.

Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.

“Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja,” katanya.

Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. -SH


Ahad, 11 Mei 2014

Potong Telinga Kerana Curi Lembu








PADANG SERAI - Gara-gara mencuri lembu, seorang lelaki ditahan orang ramai di Bukit Selarung kira-kira jam 1.30 pagi.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Chng Seng Ang berkata, orang awam yang ternampak kenderaan dipandu suspek melaporkan kejadian itu kepada PPKM sebelum semua ahli bertugas menjalankan rondaan mencegah jenayah sampai ke tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian itu tiga lelaki berusia 30-an dipercayai mencuri lembu dan diletakkan di bahagian kerusi belakang kereta jenis Proton Wira.

Suspek cuba melarikan diri dengan memecut kereta dipandu mereka ke arah Lebuh raya Kulim -Baling bagaimanapun hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Katanya, dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan.

Kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan perlakuan suspek, orang ramai telah membelasah suspek selain menghiris telinga sebelah kirinya.

“Ketika Ahli PPKM sampai di tempat kejadian, kami dapati suspek terlibat hampir pengsan dan terbaring di atas rumput di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Kami kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis dan meminta bantuan ambulans.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kulim dengan ambulans Hospital Kulim dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil, bagaimanapun orang yang bertanggungjawab mencederakan suspek masih gagal menyerahkan diri kepada polis,” katanya. -SH



Jumaat, 9 Mei 2014

Potong lidah untuk dewa





Jharkhand (India): Seorang remaja Hindu nekad memotong lidahnya menggunakan pisau tumpul untuk membuktikan kesetiaannya kepada dewa Shiva.

Lalmohan Soren, 17, ditemui terduduk di Kuil Mahedevgarha di Dugda ketika orang ramai ternampak darah di lantai kuil pada satu pagi.


Lidah Lalmohan pula ditemui dalam mangkuk yang diletakkan di sisi kakinya berserta nota: “Saya sudah memotong lidah saya untuk dihadiahkan kepada dewa Shiva.

“Tolong jangan halau saya dari sini. Saya cuma ingin duduk di kakinya.”


Media semalam melaporkan, orang ramai kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ketua kuil sebelum mereka berjaya memujuk Lalmohan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Sumber berkata, doktor cuba menjahit semula lidah Lalmohan namun gagal. Lalmohan kemudian dibenarkan pulang selepas beberapa hari.

Lalmohan kini semakin sembuh namun tidak dapat bercakap dan tidak boleh mengambil makanan pejal.

Kata sumber, keluarganya sangat terkejut dengan tindakan itu tetapi tetap menerima.

Ibu Lalmohan, Lalmuni Soren berkata anaknya itu memang tekun mendalami agama Hindu sejak kecil.

“Dia memang berminat melakukan pelbagai ritual namun saya tidak menyangka dia sanggup memotong lidah sendiri demi kepercayaannya.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya kerana dia tidak akan boleh bercakap lagi,” katanya, semalam.

Daerah Dugda memang terkenal dengan pelbagai ritual pelik puak Santhal.

Mereka juga hairan dengan perhatian ‘luar biasa’ diberikan orang luar terhadap kejadian itu kerana ia memang menjadi amalan biasa di daerah berkenaan.

Penduduk tempatan Manoj Sharma berkata, puak Santhal mempunyai pelbagai kepercayaan dan amalan pelik.

“Pada 2011 seorang budak lelaki memotong jarinya untuk ‘dihadiahkan’ kepada dewa di dalam kuil sama,” katanya ketika ditemui, semalam.- Agensi

Rabu, 7 Mei 2014

Buang Janin Dalam Tangki Pam Tandas


Butterworth: Seorang wanita terkejut apabila menemui janin lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemui wanita terbabit ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada 9.10 pagi.
Dalam kejadian itu, wanita terbabit dikatakan membuka penutup tangki pam tandas itu selepas mendapati pam gagal berfungsi.

"Sebaik membuka penutup itu, Wanita terbabit terkejut apabila menjumpai mayat janin dalam keadaan duduk.

"Dia segera memaklumkan penemuan janin itu kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis," katanya.


Hasil pemeriksaan mendapati janin berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan tujuh bulan dengan berat 1.7 kilogram. -HM

Ahad, 4 Mei 2014

Makan luar perkara biasa dalam perkahwinan


Kuala Lumpur: “Isu makan luar perkara biasa dalam hubungan suami isteri. Ia boleh dikatakan lumrah dalam kehidupan ketika, lebih-lebih lagi apabila si suami tidak dapat apa yang diinginkan daripada isteri,” kata Pakar Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) Dr Mariani Md Nor.

Mengulas paparan muka depan Harian Metro semalam bertajuk ‘Punca Suami Pokai’ dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit melanggan pelacur, Dr Mariani berkata, sebilangan rakyat di negara ini mengalami masalah bersama isteri dan akhirnya mencari jalan penyelesaian segera dengan terbabit dalam aktiviti persundalan.

“Proses keharmonian dalam rumah tangga bukan mudah.

Namun apabila masalah ini terjadi, kita perlu melihat keadaan suami dan isteri itu.


Biasanya, suami ‘makan luar’ apabila keinginannya tidak dipenuhi.


“Masalah ini sering terjadi apabila usia sesuatu perkahwinan itu mencecah 10 tahun ke atas.

“Apabila tiba tempoh ini, hubungan suami isteri menjadi hambar.

Isteri mula menganggap perkara seperti berhias, memakai wangian dan menjaga kecantikan tidak penting, ditambah pula apabila mereka memiliki anak.

“Perkara ini membuatkan suami mula mencari layanan di luar kerana isteri hilang tarikan dan keistimewaannya.

Nasihat saya, baru atau lama usia perkahwinan itu, isteri perlu berperanan dan sentiasa menjaga kecantikan serta fizikal untuk suami supaya mereka tidak hilang minat terhadap isteri,” katanya.

Dr Mariani berkata, hubungan komunikasi dua hala juga perlu diterapkan dalam hubungan suami isteri supaya masalah yang terbuku di hati pasangan dapat diluahkan.

“Tanpa komunikasi dua hala yang baik, ini yang bakal terjadi.

Suami perlu menceritakan masalahnya dan harus menasihatkan isteri untuk berdandan atau bersiap buat mereka.

Isteri pula perlu terbuka dan memberi yang terbaik kepada suami.

“Bukan sekadar hubungan seks, malah layanan di meja makan atau hubungan ketika di luar rumah perlu dititikberatkan oleh isteri bagi menjamin suami tidak mencari wanita lain di luar,” katanya. -HM


Sabtu, 3 Mei 2014

Pelajar Dirogol Kekasih : Bahana Ponteng Sekolah



3 Mei 2014, SABAK BERNAM – Keinginan pelajar tingkatan empat berseronok dengan teman lelaki sehingga sanggup ponteng sekolah, akhirnya bertukar detik hitam apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Sungai Besar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa, 16, dipercayai dirogol temannya lelaki itu antara jam 8 hingga 11 pagi di rumah bapa suspek yang ketika itu tiada di rumah kerana bekerja.

Menurutnya, kesempatan itu digunakan sepenuhnya suspek untuk membawanya ke rumah dan kemudiannya bertindak merogol mangsa yang baru dikenalinya kira-kira sebulan lalu.

“Lelaki yang mengenali mangsa melalui rakannya dipercayai pernah melakukan seks oral beberapa kali sebelum ini, namun mengakui baharu pertama kali melakukan hubungan seks dengan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu terbongkar selepas kakak mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kepada adiknya selepas seorang rakan mangsa menghubunginya memaklumkan mangsa tidak ke sekolah.

Katanya, suspek yang menghantar mangsa di rumah selepas waktu persekolahan, tidak menyangka perbuatannya itu berjaya dihidu kakak mangsa.

“Mangsa yang masuk ke rumah kemudiannya didesak kakaknya beberapa kali sebelum mengaku tidak ke sekolah dan dirogol lelaki berkenaan,” katanya.

Noor Mushar berkata, kakak mangsa yang terkejut dengan pengakuan adiknya itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi memaklumkan kejadian terbabit.

“Polis mereman suspek yang bekerja sebagai mekanik bermula 29 April lalu sehingga 6 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya. SH


Khamis, 1 Mei 2014

Instagram punca Adam Fiza bercerai


Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim memberitahu bahawa penceraian yang terjadi di antara dia dan Adam adalah berpunca daripada laman sosial Instagram.

Menurut laporan mStar, Fiza yang berusia 33 tahun mendedahkan ianya bermula apabila peminat yang mengikuti laman Instagramnya mempersoalkan mengapa dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosialnya itu.

"Saya dan Adam tidak memuat naik gambar kami di Instagram masing-masing sehingga mencetuskan spekulasi dan perkara ini menjadi bualan kami sehingga tercetusnya pergaduhan,"jelasnya.

Selain itu, Fiza yang bertindak membuang semua gambar bersama Adam adalah kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan perkahwinan mereka bermasalah.

Fiza turut menambah yang Instagram cumalah sebahagian daripada punca penceraian dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai penceraiannya dengan Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman.
Dalam pada itu, khabar angin mula bertiup kencang mengatakan hubungan mereka yang dibina sejak tujuh bulan lalu mulai goyah kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap dan di antara mereka adanya pihak ketiga.

"Ada yang mengatakan Adam tidak ada duit dan tidak mampu untuk membiayai kos perubatan ayah saya yang sedang sakit di Institut Jantung Negara (IJN). Semua itu karut kerana dia turut membantu menghulurkan wang ketika itu," ujar Fiza.

Keputusan bercerai dibuat atas persetujuan bersama dan Fiza sedia menerima Adam kembali sekiranya masih ada jodoh di antara mereka. -yahoo

Penunggu Sungai Ular


SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.


Enjin motosikal tiba-tiba terhenti


Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.


Bonceng perempuan waktu malam


Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan. SH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan