Rabu, 21 Mei 2014

Siswi Malaysia Dirogol Bergilir-gilir di Bandung


Kuala Lumpur: Seorang siswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung, Indonesia diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan meletak kenderaan kira-kira 40 kilometer dari lokasi dia diculik, Sabtu lalu.


Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainudin ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa kini dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Katanya, selain diculik dan dirogol, mahasiswi itu turut cuba dibunuh oleh kumpulan penjenayah yang menculiknya berikutan terdapat kesan jerutan di leher mangsa.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa mendakwa dia dirogol tiga lelaki di dalam kereta.
Kami sudah meminta bantuan pihak polis di Indonesia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu,” katanya.

Berdasarkan laporan berita disiarkan portal berita Detik.com, mangsa diculik ketika mahu mengambil wang dari mesin juruwang automatik (ATM).

Ketua Polis Cimahi, Erwin Kurniawan, dipetik berkata, mangsa diperkosa bergilir-gilir oleh tiga suspek kecuali pemandu kereta dinaiki penjenayah terbabit. -yahoo


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines