Isnin, 29 Ogos 2016

Pelajar SMK Presint 9 (2) Maut Terjatuh Bagunan


Putrajaya: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi mangsa Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.

Menurut sumber, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya mengambil beg berkenaan.

"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal memgawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.






Isnin, 22 Ogos 2016

7 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit

Baju ketat pakai tudung

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.


5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Rentung Dalam Kereta


Shah Alam: Satu mayat rentung ditemui dalam sebuah kereta Mercedes-Benz yang mempunyai logo kelab rekreasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbakar di Bulatan Anggerik Mokara, Seksyen 31 di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata mayat yang tidak diketahui identiti itu ditemui bomba di tempat duduk pemandu kereta berwarna hitam bernombor pendaftaran AJP 9 kira-kira 5 pagi.

"Kereta itu berada dalam kawasan bulatan dan terbakar sepenuhnya.

"Pemandunya dipercayai datang dari arah Kota Kemuning dan gagal mengawal kenderaannya hingga terbabas masuk ke kawasan bulatan seterusnya melanggar sebatang pokok dalam kawasan bulatan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pokok itu tumbang dan menghempap kereta berkenaan sehingga menyukarkan pemandu menyelamatkan diri.

Shafien berkata kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin dan serpihan kaca serta beberapa bahagian kereta tercampak di sekitar kawasan bulatan.

Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabtu, 28 Mei 2016

Gadis Bunuh Diri di Greenlane Penang


Gadis Bunuh Diri Terjun Flat Jalan Gangsa Greenlane, Penang

Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.

Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.




Isnin, 18 April 2016

Isteri Dicekup Khalwat

Isteri Dicekup Khalwat

MELAKA - Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun terkejut apabila melihat suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Wanita berusia 23 tahun berasal dari selatan tanah air itu ditahan pihak penguat kuasa Jaim bersama seorang lelaki penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, lelaki itu menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, wanita tersebut terkejut apabila dibawa balik ke pejabat Jaim dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita berkenaan datang bersama suaminya yang berusia dalam lingkungan 25 tahun.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Sementara itu, katanya, dalam operasi yang bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

“Tangkapan semalam turut membabitkan tiga penjawat awam serta dua pelajar universiti awam di negeri ini.

"Salah seorang penjawat awam terlibat adalah seorang pengurus pasukan sebuah negeri di kejohanan sukan membabitkan kakitangan kerajaan.

“Penjawat awam berkenaan yang berusia 51 tahun ditahan bersama pasangan wanitanya berusia 35 tahun berasal dari Selangor. Hasil siasatan lelaki berkenaan sudah berkahwin sementara pasangannya masih bujang,” katanya.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya..

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/suami-hadir-jamin-isteri-dicekup-khalwat-1.510659

Ahad, 28 Februari 2016

Wanita cincang kemaluan‎ suami akibat curang


MOMBASA - KENYA. Berang dengan kecurangan pasangan, seorang wanita dituduh membunuh suaminya dengan mencincang kemaluan lelaki itu sehingga hampir terputus dua..

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, wanita itu terserempak dengan suaminya yang sedang bermesra dengan wanita lain di sebuah pub di bandar itu.

Wanita itu yang tidak dapat mengawal perasaan, mencapai pisau di dapur dan menyerang lelaki itu di kemaluannya sebaik sahaja lelaki itu pulang ke rumah.

Jirannya yang terdengar bunyi bising di kediaman pasangan itu pergi ke rumah terbabit dan menemui lelaki tersebut terbaring dengan tompokan darah pada kemaluannya.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital, bagaimanapun tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan darah.

"Ketika kami ke sana (rumah pasangan itu), kami menemui lelaki itu terbaring berlumuran darah," kata jirannya, Haningtone Ochieng.

Polis kini mengesan wanita itu yang dipercayai sedang bersembunyi.

Ahad, 31 Januari 2016

Janda Beranak Tiga Dicekup Khalwat


ALOR SETAR - Seorang janda beranak tiga sanggup mengaku sebagai ibu saudara kepada pasangannya gara-gara tidak mahu dicekup penguat kuasa, dalam serbuan di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, awal pagi, semalam.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), lelaki berusia 27 tahun membuka pintu, manakala wanita berusia 40 tahun berkenaan di bilik air.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Undang-undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, mereka mengaku memiliki hubungan anak buah dan ibu saudara.

“Akan tetapi, melalui siasatan dilakukan penguat kuasa Jaik mendapati wanita dan lelaki berkenaan sebenarnya tidak memiliki hubungan persaudaraan ataupun sebarang ikatan sah.

“Wanita yang bekerja di sebuah kedai makan berkenaan memaklumkan dia sudah lama berpisah dengan suami, manakala anak-anaknya tinggal bersama tuan rumah ketika dia bekerja,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan memberikan alasan menginap di hotel bersama lelaki yang bekerja sendiri itu semata-mata mahu berehat selepas selesai kerja.

Sementara itu, katanya, seorang pelajar sebuah kolej di Alor Setar sanggup bersembunyi di bawah meja solek bagi mengelak dari dikesan penguat kuasa Jaik dalam pemeriksaan di sebuah bilik di hotel sama.

Roshidi berkata, wanita berusia 21 tahun dari Terengganu dan lelaki dari Selangor berusia 23 tahun mendakwa menginap di hotel berkenaan untuk melakukan tugasan.

Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Alor Setar untuk laporan tangkapan berkenaan, sebelum pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Jaik untuk diambil keterangan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Rogol Anak 14 Tahun


BUTTERWORTH 29 Jan. – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 14 tahun, pertengahan bulan ini.

Lelaki berusia 57 tahun itu didakwa merogol mangsa di rumahnya di Jalan Telaga Air di sini pada pukul 8 pagi, 12 Januari lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebelum pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, tertuduh menangis teresak-esak sehingga terpaksa kes ditangguhkan seketika dan dia ditenangkan oleh polis mahkamah.

Ketika pertuduhan dibacakan untuk kali kedua, tertuduh kelihatan keliru dan beberapa kali bercakap sendirian sambil mendakwa dia tidak melakukan perbuatan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Idris yang mengendalikan pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan pertuduhan ke atas lelaki itu membabitkan kesalahan serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela tidak membuat sebarang rayuan terhadap permohonan pendakwa.

Hakim Julie Lack Abdullah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar tiada ikat jamin dikenakan ke atas tertuduh.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Mac ini.

Khamis, 14 Januari 2016

Dirogol rakan ayah



KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak merogol anak gadis rakan baiknya sehingga mangsa mengandung dan melahirkan seorang anak, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku beberapa kali di rumah mangsa yang berusia 15 tahun, di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Menurut sumber, suspek yang berusia 55 tahun itu dipercayai sering berulang alik ke rumah tersebut dan secara kebetulan, kediaman mereka berdekatan antara satu sama lain.

“Namun, setiap kali mengetahui mangsa berseorangan, suspek dipercayai mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Dia yang layak dipanggil ‘ayah’ oleh mangsa, dipercayai mengulangi perbuatan keji itu sehingga mangsa yang masih bersekolah itu mengandung,” katanya, semalam.

Sumber berkata, sepanjang tempoh mengandung, mangsa langsung tidak mengetahuinya kerana menganggap dirinya tidak datang bulan adalah perkara biasa.

“Bagaimanapun, mangsa merasa risau setelah melihat kakinya mula membengkak sebelum menunjukkan keadaan kakinya kepada ibunya, lalu di bawa ke klinik berhampiran.

“Setibanya di klinik tersebut, doktor mengesahkan mangsa sedang mengandung dan hanya tunggu masa untuk bersalin, sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Kata sumber, terkejut dengan perkhabaran itu, ahli keluarga mangsa terus membuat laporan polis dan suspek ditahan di kediamannya, kelmarin.

Semalam, di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan suspek ditahan reman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - SH


Rabu, 13 Januari 2016

Kantoi Berzina Dengan Isteri Orang


Tokang Ais Dan Pil Kuda Di Tangkap Berzina Dengan Isteri Orang Yang Juga Penagih Dadah Jenis Tersebut di marang.Perangkap Yang Di Pasang Oleh Suami Wanita Terbabit Yang Telah Lama Menghidu Perbuatan Si Isteri Terbabit Bersama Pasangannya Akhirnya Membawa Penangkapan Tersebut.Menurut Sumber Suami telah memaklumkan Perihal Laku Si Isteri Kepada Keluarga Wanita Terbabit tetapi Tidak di Percayai oleh keluarga wanita itu.Selepas Kejadian Tangkapan Tersebut Si suami di katakan telah menceraikan si isteri semalam.Mereka Di Tangkap Apabila Di dapati Berdua-Duaan Di Dalam Bilik dan Mengarahkan anak mereka duduk di Ruang Tamu.Lelaki Tersebut Berasal dari marang. -Sumber




Sabtu, 9 Januari 2016

Posisi Unutk Zakar Pendek.


Tidak semua lelaki berharap dilahirkan dengan zakar yang besar, kekar dan tegang. Terdapat ramai kaum lelaki yang mempunyai zakar yang bersaiz agak pendek. Seringkali perkara ini menimbulkan rasa rendah diri, dan kadang kala kurang keyakinan untuk melakukan hubungan seks.

Saiz zakar yang pendek juga menimbulkan dilema di dalam diri para suami kerana takut tidak dapat memuaskan isteri mereka dalam hubungan seks. Tambahan pula dengan persepsi yang ditimbulkan oleh masyarakat, iaitu hanya saiz zakar yang besar sahaja yang dapat memuaskan wanita dalam hubungan seks.

Banyak kajian yang dilakukan terhadap wanita di barat merumuskan bahawa ramai wanita hanya berpuas hati apabila melakukan seks dengan lelaki yang mempunyai zakar yang bersaiz besar. Walaupun ada sedikit kebenaran di dalam perkara ini, kepuasan di dalam hubungan seks tidak bergantung sepenuhnya kepada saiz zakar anda.

Seperti yang saya jelaskan di dalam artikel yang lepas, banyak faktor-faktor lain yang boleh memberikan kepuasan kepada isteri anda di dalam hubungan seks, dan saiz zakar hanya memainkan peranan yang kecil di dalam kepuasan seks.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud anda harus tidak mengambil berat akan perkara ini, dan terus mendayung dengan zakar yang kecil tanpa mengambil inisiatif untuk memuaskan isteri anda dengan kekurang anda (saiz zakar pendek).

Terdapat pelbagai posisi seks yang telah dicipta untuk lelaki yang mempunyai saiz zakar yang pendek. Posisi-posisi ini mengambil kira faktor saiz zakar, dan bagaimana untuk memaksimakan tujahan zakar yang pendek ke dalam faraj.

Posisi seks Missionary

Posisi seks asas seperti posisi seks Missionary adalah salah satu posisi yang sesuai untuk mereka yang mempunyai saiz zakar yang kecil. Di dalam posisi missionary, tujahan zakar adalah dalam dan kuat kerana disokong oleh berat badan. Terdapat pelbagai variasi atau posisi seks yang diilhamkan dari posisi missionary untuk memberikan nikmat yang berbeza kepada isteri ketika menujah. Antaranya ialah posisi butterfly atau posisi rama-rama di mana kaki isteri dikangkangkan dengan luas dan suami dapat menujah dengan lebih dalam.


Begitu juga posisi pemecah dara yang dicipta oleh Vatsayana, iaitu pengarang kitab Kamasutra. Posisi ini merapatkan faraj serapat yang mungkin sekaligus memberikan kenikmatan kepada isteri walaupun saiz zakar pendek.

Jika anda tergolong di dalam golongan kaum lelaki yang mempunyai saiz zakar yang agak pendek, anda boleh mempelajari posisi-posisi seks yang boleh memberikan kenikmatan maksima kepada isteri anda melalui panduan Kamasutra Bergambar. Panduan ini mengandungi 102 posisi seks dan terdapat pelbagai posisi seks yang sesuai untuk mereka yang mempunyai zakar bersaiz pendek.

Posisi-posisi seks yang terkandung di dalam panduan ini adalah gabungan daripada 4 kitab seks kuno dari India, China dan Timur Tengah. Dan posisi-posisi seks ini telah diamalkan sejak zaman berzaman dan telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kenikmatan di dalam hubungan seks, dan memberikan kepuasan kepada suami isteri sejak turun temurun.

Petua dan Cara Ketatkan Faraj


Petua ketatkan faraj ini adalah khas kepada kaum wanita untuk mengetatkan faraj mereka terutamanya yang selepas bersalin atau sudahpun mempunyai anak yang ramai. Petua ketatkan faraj ini juga boleh diamalkan oleh semua wanita yang ingin mendapatkan faraj yang ketat seperti zaman anak dara dahulu.

Ada beberapa cara atau petua ketatkan faraj ini yang boleh diamalkan oleh para wanita. Wanita boleh memilih mana-mana cara yang sesuai dan mudah untuk mereka ketatkan faraj mereka. Untuk mendapatkan faraj yang ketat dan rapat ini merupakan idaman isteri demi untuk membahagiakan para suami. Suami pasti akan lebih menyanyangi isteri jika perhubungan malam mereka bahagia.

Inilah cara ketatkan faraj boleh diamalkan oleh wanita.

Cara 1.
Bahan-bahannya:
- Daun sirih 10 helai
- Gambir 2 keping
- Kapur makan
- Kulit pinang muda
- dua manjakani

Caranya:
– Tumbuk gambir sehingga lumat

– Kulit pinang muda disiat kecil-kecil

– Rebus semua bahan tersebut dengan daun sirih,gunakan untuk cebok. Kalau boleh gunakan selama dalam pantang untuk wanita yang baharu bersalin. Jika untuk kegunaan biasa bolehlah diamalkan sebulan sekali.

Kalau malas nak merebus semua bahan diatas boleh juga direndam dalam air panas,setelah sejuk baru gunakan untuk cebok.


Cara 2. 


Dengan cara kemutan. Caranya ialah ketatkan lubang kencing seperti menahan kencing,tahan selama beberapa saat kemudian lepaskan. Buatlah senaman ini setiap masa. Ianya mudah dilakukan di mana sahaja,kesannya sangat hebat untuk mengetatkan vagina dan memuaskan suami ketika berjimak.

Cara 3. 

Ambil dua atau tiga helai daun sirih dan rebus bersama dua gelas air. Apabila mendidih,tutup api. Biarkan seketika sehingga suam.
kemudian gunakan air daun sirih tadi untuk membasuh alat sulit sambil diiringi selawat tiga kali. Amalkan 3 kali sehari selama seminggu.

Cara 4.

Rebus beberapa helai pucuk betik sehingga empuk.
Kemudian anda perlu memakannya setiap hari bersama nasi selama sebulan. Boleh juga dibuat kerabu untuk mengurangkan rasa pahitnya.


Cara 5. 

Rebus segenggam daun inai dan biarkan suam. Gunakan airnya untuk mencuci vagina anda terutama selepas membuang air.
Amalkan selalu untuk mendapat kesegaran dan keselesaan.

Berikut tadi cara mudah yang boleh dilakukan oleh para wanita untuk ketatkan faraj. Untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita ini juga penting jika mereka baru lepas bersalin atau disebabkan melahirkan anak yang ramai. Mungkin juga untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita yang kerap melahirkan anak.

Selasa, 5 Januari 2016

Anak Teman Ibu Berkhlawat


BUTTERWORTH: Seorang janda sanggup membawa anak lelakinya berusia 10 tahun sebagai teman, bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sempena sambutan tahun baharu, awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata janda berusia awal 30-an dari Sungai Petani, Kedah itu, ditahan di sebuah hotel bajet dekat Jalan Teluk Air Tawar di sini, bersama pasangannya sekitar jam 3 pagi.

 "Wanita itu ditahan bersama pasangannya dari Balik Pulau yang turut dilaporkan sudah berkahwin," katanya. Beliau berkata, JHEAIPP menahan 48 individu berumur 18 hingga 30 tahun dalam operasi khas yang dijalankan di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Daerah Timur Laut, di sini.

"Seramai 26 lelaki dan 24 wanita ditahan dalam operasi bermula jam 2 pagi itu. Semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan