Sabtu, 31 Ogos 2013

MummyNemo

MummyNemo


Program Super Spontan 2013 – Pasukan Semut Sentap Menang Di Minggu Pertama

Posted: 31 Aug 2013 12:15 AM PDT

 Program Super Spontan 2013 bermula secara rasminya sebentar tadi dengan kemenangan minggu pertama berpihak kepada pasukan Semut Sentap. Berlangsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, Semut Sentap yang dianggotai oleh Johan, Rahim R2, Jep Sepahtu, Nurkhiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Saywho serta diuruskan oleh Rashid Salleh telah berjaya menewaskan kumpulan Ketam Konfius dengan [...]

Senarai 23 Pemain Negara Yang Digugurkan Ong Kim Swee?

Posted: 30 Aug 2013 10:46 PM PDT

 Senarai 25 pemain dikeluarkan pengendali skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee bukan yang muktamad dan pertukaran masih boleh dilakukan sehingga 6 September ini. Kim Swee berkata, tidak ada posisi yang selamat baik buat pemain yang sudah lama bersama pasukan atau baru dipanggil, tetapi dia akan sentiasa memantau prestasi setiap pemain sebelum menamakan skuad terbaiknya. [...]

Khasiat Ubi Kentang Mencantikkan Mata

Posted: 30 Aug 2013 08:28 PM PDT

 Selalunya petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata adalah dengan menggunakan timun dan uncang teh. Tetapi tahukah anda ubi kentang juga mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Ini kerana kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda terutamanya pada bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase. Ianya bukan sukar untuk dibuat, namun tidak juga sesenang [...]

Shila Amzah Dituduh Perampas Kekasih Orang?

Posted: 30 Aug 2013 07:21 PM PDT

“Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As’ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang [...]

Senarai 24 Peserta AF 2013|Fida Ibrahim Antara Tersenarai AF 2013

Posted: 30 Aug 2013 06:09 PM PDT

RAMAI sudah tahu malah tidak kurang juga mempertikaikan tindakan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang mahu menyertai pertandingan realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim terbaru yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun menurut Rafidah atau lebih mesra dengan panggilan Fida, keputusannya mahu menyertai program tersebut walaupun sudah mempunyai nama dalam industri adalah kerana mahu mencari ilmu. “Saya [...]

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Insta Erma Fatima merokok secara stylo dikritik peminat (2 Gambar)

Posted: 29 Aug 2013 10:18 PM PDT

Apabila gambar artis di muat naik, pelbagai persepsi peminat akan diluahkan melalui ruangan komen. Erma juga tidak terlepas dikritik oleh peminat gara-gara memuat naik gambar-nye yang sedang menyalakan rokok. Erma telah memuat naik gambar itu beserta caption yang berbunyi “Feeling2 stylo” telah menyebabkan ruangan komen gambar tersebut dihentam oleh beberapa peminat.

Pada kami, itu adalah hak Erma sendiri untuk merokok tetapi kesilapan-nya ialah memaparkan di laman Insta miliknya yang diikuti oleh ramai peminat. Orang berpengaruh merupakan idol dan mentor buat peminat-nya, jika mereka mengajar dan menunjukkan cara yang salah, secara tidak langsung akan terdapat peminat yang akan mengikuti jejaknya dan akan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati. Begitu juga jika orang yang kita obses itu membawa kereta mewah. Ada yang bangga dan puji bak menjilat kaki, ada yang menasihat supaya hanya bersederhana. OPS!

Original article: Insta Erma Fatima merokok secara stylo dikritik peminat (2 Gambar)

©2013 Media Malaya. All Rights Reserved.

5 masalah seks dihadapi wanita


Masalah disfungsi seksual selama ini lebih banyak menyoroti sisi kaum lelaki sahaja. Padahal, keadaan tersebut boleh juga terjadi pada perempuan. Umumnya , masalah disfungsi seksual baik pada lelaki mahupun perempuan dicetuskan oleh pelbagai gangguan dan penyakit , baik fizikal mahupun mental.



Disfungsi seksual pada perempuan boleh terjadi pada usia berapa pun . Tetapi , masalah ini umumnya muncul pasca lahir atau selama proses menopause . Berikut ini adalah beberapa masalah yang paling umum yang berkaitan dengan disfungsi seksual pada perempuan :

1 . Terganggunya ghairah

Masalah disfungsi seksual pada perempuan salah satu penyebabnya adalah kurang mempunyai ghairah seksual atau minat dalam seks. Dalam keadaan ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi termasuk di antaranya perubahan hormon, keadaan perubatan dan rawatan ( misalnya , penyakit kanser dan kemoterapi ) , kemurungan , kehamilan, tekanan, dan keletihan. Kebosanan dengan rutin seksual yang teratur juga boleh menyumbang kepada kurangnya keghairahan untuk melakukan hubungan seks.

2. Tidak terangsang

Pada perempuan , ketidakmampuan untuk terangsang secara fizikal semasa aktiviti seksual akan menyebabkan pelinciran pada faraj tidak cukup. Ketidakupayaan untuk menjadi terangsang mungkin juga berkaitan dengan timbulnya rasa cemas. Di samping itu, beberapa kajian kini juga sedang menyiasat sejauh mana hubungan masalah aliran darah pada daerah organ genital perempuan dapat mempengaruhi ghairah dalam melakukan hubungan seks.

4. Sukar orgasme ( anorgasmia )

Anorgasmia adalah istilah perubatan untuk masalah kesulitan mencapai orgasme secara teratur selepas rangsangan seksual yang cukup. Anorgasmia sebenarnya adalah kejadian yang sangat umum, yang mempengaruhi sekurang -kurangnya 1 daripada 5 wanita di seluruh dunia. Hal ini dapat disebabkan oleh perencatan seksual wanita, pengalaman, kurangnya pengetahuan, dan faktor psikologi seperti rasa bersalah , kecemasan, atau trauma seksual masa lalu. Faktor -faktor lain yang menyumbang terhadap anorgasmia termasuk penggunaan ubat - ubatan tertentu, dan penyakit kronik .

5. Kesakitan saat berhubungan

Sakit semasa berhubungan seksual boleh disebabkan oleh beberapa masalah, termasuk endometriosis , massa panggul , kista, vaginitis , sekurang -kurangnya pelinciran , adanya parut dari operasi , atau penyakit berjangkit seksual. Selain itu suatu keadaan seperti rasa takut ketika melakukan penetrasi juga akan mencetuskan sakit semasa senggama. Hal ini boleh terjadi akibat fobia seksual atau pengalaman traumatik sebelumnya .


Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Artis Kongsi Rasa Bangga Merdeka Sebagai Anak Malaysia

Posted: 30 Aug 2013 04:14 PM PDT

Datuk Fazley Yaakob
PETALING JAYA: Kesan selepas 56 tahun kemerdekaan Malaysia dapat dilihat dengan jelas bukan sahaja pada pembangunan ekonomi dan sosial negara, malah turut dirasai segenap warga seni tanah air.
Bersempena sambutan hari kemerdekaan negara yang disambut 31 Ogos 2013 pada Sabtu, mStar Online mendapatkan pandangan beberapa anak seni mengenai kebebasan dan perubahan yang dikecap mereka dalam industri seni tempatan.
Penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkata, erti kemerdekaan disifatkannya sebagai sesuatu yang perlu difahami mengenai erti kebebasan dalam konteks perbuatan, pemikiran dan jiwa seseorang dengan dihalusi batasan agama, adab dan budaya tempatan.
"Industri seni Malaysia sememangnya merdeka dengan kebebasan idea namun undang-undang haruslah dipatuhi agar keharmonian kepelbagaian kaum dan budaya di dalam industri terpelihara.
"Selain itu, filem, lagu dan karya-karya televisyen janganlah terlalu mencerminkan perbezaan pendapat namun harus memaparkan kematangan dalam melahirkan pelbagai budaya dan kepercayaan tempatan," katanya kepada mStar Online melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Perancis.
Tambah Fazley dia melihat negara Perancis turut menghormati kebebasan kepercayaan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan dalam menghasilkan sesebuah karya dalam industri seni mereka dan penggiat seni juga perlu melakukan perkara yang sama.
Helen Yap
Komposer terkenal Helen Yap pula berkata, generasi pada hari ini bertuah kerana hidup dalam era yang selesa dan bebas namun harus memerdekakan diri dalam segenap aspek terutamanya berkenaan isu rasa tidak puas hati terhadap negara.
"Sepatutnya rakyat Malaysia bertuah kerana memiliki negara yang aman damai. Walaupun ada sedikit pergolakan politik tetapi rasanya ia belum sampai ke tahap perang seperti di beberapa buah negara Arab.
"Rasa tidak puas hati terhadap sesebuah negara itu adalah normal. Tetapi saya percaya apabila kita berada di negara orang, kita pasti bersyukur kerana masih bebas untuk melakukan apa sahaja di negara sendiri," ujarnya.
David Teo
Penerbit filem David Teo pula berkata, dia merupakan salah seorang rakyat yang mengibarkan bendera Malaysia di rumah serta pejabatnya, Metrowealth International Group (MIG), setiap tahun apabila tibanya bulan Kemerdekaan tiba.
"Hari Merdeka merupakan hari yang sangat penting buat diri dan jiwa saya. Kerana itu saya akan pastikan pejabat saya akan dihiasi bendera Malaysia.
"Daripada segi kemerdekaan dalam perniagaan pula, saya anggap, seseorang itu akan berjaya apabila mereka berusaha sendiri daripada bawah tanpa meminta bantuan subsidi atau geran daripada kerajaan.
"Dan saya kini sedang menuju ke arah kemerdekaan apabila telah berjaya menerbitkan sebanyak 95 judul filem tanpa perlukan dana daripada sesiapa. Nampak mudah, tetapi jalannya bukan senang. Pelbagai cabaran yang harus dilalui, barulah kita dapat rasa nikmat kemerdekaan itu," katanya.
Fathia
Selain merasakan kemerdekaan bebas daripada jajahan pihak luar, pelakon muda Nur Fathia pula merasakan para artis pada zaman ini bertuah apabila dapat berkarya dengan bebas dan tenteram tanpa 'dijajah' budaya seni luar.
"Erti kemerdekaan bukan sahaja kita bebas daripada dijajah tetapi juga budaya seni kita yang masih lagi mengekalkan adat negara tanpa pengaruh budaya luar.
"Kita bebas mengekalkan dan mengawal warisan seni negara dan penggiat seni perlu bersyukur dengan perkara itu.
"Selain itu merdeka bukan sahaja dapat berkarya secara bebas tetapi minda terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan khalayak terhadap kerja kita," katanya.

Yusof Haslam Tetap Saman Dalang Cetak Rompak 'KL Gangster 2'

Posted: 30 Aug 2013 04:13 PM PDT

Datuk Yusof haslam melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman YouTube.
KUALA LUMPUR: Produser filem KL Gangster 2 Datuk Yusof Haslam bertekad untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas individu yang terlibat melakukan cetak rompak dan menyebarkan filem itu di laman muat naik Internet sebelum ia ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan.
Yusof berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti untuk diserahkan kepada pihak polis selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati dekat sini pada Rabu lalu.
"Pihak kami sedang mengumpul bukti dan setakat ini sudah ada beberapa petunjuk tentang dalang tersebut namun kami tidak menuduh secara melulu, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung isu itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Jumaat.
Pada Rabu lalu, Yusof dan anaknya yang juga pengarah filem berkenaan iaitu Syamsul melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sehingga ia boleh dimuat naik oleh peminat.
Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.
Dari kiri Tengku Iesta Putra Tengku Alauddin, Md Affendi Hamdan, Yusof Haslam dan Pansha.
Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd, Tengku Iesta Putra Tengku Alauddin, Pengerusi Finas, Datuk Affendi Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengeluar Filem Malaysia, Pansha.
Dalam pada itu Yusof berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mendapatkan tarikh tayangan lebih awal gara-gara masalah itu kerana ingin berlaku adil kepada penerbit filem lain.
"Saya tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan mengambil tindakan menayangkan filem ini lebih awal dari tarikh sebenar.
"Saya rasa tidak adil untuk penerbit lain. Walaupun saya cukup risau kerana terpaksa menunggu sebulan lagi untuk tempoh penayangannya," kata beliau.
Sementara itu ditanya mengenai filem tersebut yang mengambil masa dua tahun untuk proses suntingan sehingga menjadi perbalahan di antara dia dengan anaknya Yusof berkata, ia adalah lumrah bagi mendapat hasil terbaik dan tiada kaitan dengan insiden berkenaan.
"Sebagai produser yang menjaga kewangan syarikat, sudah tentu saya mahu ia disiapkan segera namun bagi anak saya pula, dia ingin sesuatu yang berkualiti untuk penonton sehingga menyebabkan proses akhir filem itu tertangguh," katanya.

Nurul Wahab Ingin Hasilkan Lagu Bahasa Perancis

Posted: 30 Aug 2013 04:12 PM PDT

Nurul Wahab
PETALING JAYA: Penyanyi Nurul Wahab mempunyai perancangan tertentu dalam usahanya mempelajari dan mendalami bahasa Perancis.
Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul, 36, berkata, dia merancang untuk mencipta sebuah lagu menggunakan bahasa tersebut.
"Selepas lima bulan berada di Perancis rumah keluarga mertua, saya dapat mendalami lagi apa yang saya belajar tentang bahasa itu sejak 2011.
"Saya belajar kerana memang ada beberapa perancangan untuk hasilkan lagu dalam bahasa tersebut, lagi pula saya suka bahasa itu sejak zaman sekolah lagi," katanya kepada mStar Online.
Tambah Nurul, dia juga mempunyai rancangan jangka panjang untuk menetap di negara tersebut mengikut suaminya Eric Daniel Depp.
"Ya... Insya-Allah salah satu sebab juga untuk pindah ke sana suatu hari nanti tapi lama lagi, bukan dalam masa terdekat," katanya.
Tambah Nurul, selepas menguasai bahasa tersebut, dia merancang untuk cuba mempelajari bahasa Itali yang jauh lebih mudah.
"Selepas fasih bahasa Perancis, saya terfikir untuk belajar bahasa Itali pula kerana bahasa tersebut lebih mudah dan strukturnya lebih kurang sama dengan bahasa Melayu.
"Kalau boleh saya mahu menguasai banyak bahasa seperti suami saya yang kini boleh bercakap dengan lima bahasa iaitu bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Portugis dan Sepanyol selain mempelajari bahasa Melayu pula," katanya.

Marshanda Tidurkan Anak Dengan Lagu Beyonce

Posted: 30 Aug 2013 04:11 PM PDT


Marshanda
PENYANYI Indonesia, Marshanda mempunyai cara yang pelik untuk menidurkan anaknya Sienna Ameerah Kasyafani yang berusia tujuh bulan iaitu dengan menyanyikan lagu Beyonce Knowles iaitu Single Ladies.
"Kalau saya nyanyi lagu Beyonce iaitu Single Ladies anak saya baru boleh tidur, saya juga pelik kenapa jadi begitu.
Tambah Marshanda, dia kini menikmati kehidupan berkeluarga yang sangat bermakna.
"Penat jadi ibu tapi aku sangat gembira menjalani kehidupan ini," katanya seperti dipetik portal kapanlagi.com

Gandingan eksklusif Guba & Yuna

Posted: 30 Aug 2013 04:10 PM PDT


  • Yuna Yuna & Guba
BUAT pertama kalinya, penyanyi kelahiran Sabah, Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba telah terpilih untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013 September ini.

Lebih bermakna, Guba turut digandingkan bersama Yuna menerusi lagu You're So Fine.

Teruja untuk menjayakan persembahan itu, Guba memberitahu inilah kali pertama dia dijemput untuk membuat persembahan di luar negara.

"Apabila mendapat undangan untuk membuat persembahan di Festival OzAsia tahun ini, saya terkejut dan pada masa yang sama, rasa teruja. Macam-macam perasaan ada.

"Untuk persembahan dua hari nanti, saya akan membuat satu segmen yang menarik, termasuk berduet bersama Yuna," ujar Guba.

Festival yang bakal berlangsung di Adelaide, Australia ini merupakan acara tahunan yang menyajikan persembahan kebudayaan dari negara Asia, yang akan dijalankan selama dua minggu.

Semangat patriotik Heliza!

Posted: 30 Aug 2013 04:09 PM PDT


  • Heliza Heliza
MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Itulah ungkapan yang memberi sejuta makna buat Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Pengisytiharan itu sekali gus membawa Tanah Melayu keluar daripada belenggu penjajah serta membawa kepada kebebasan dan pembangunan pada hari ini.

Pejam celik, pejam celik, tarikh keramat 31 Ogos itu datang lagi. Bukan sahaja untuk diraikan, tanggal itu turut mengingatkan kita mengenai keperitan hidup zaman penjajahan.

Pun begitu, setiap individu mempunyai cara yang tersendiri dan berbeza dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Mungkin pada dasarnya, cara sambutan kini tidak semeriah dulu, namun bagi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5 (AF5) ini, bahang sambutan 31 Ogos masih dekat di hati.

Menurut Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi, 27, pada setiap tahun, dia sekeluarga akan meraikan tanggal keramat itu secara lebih bermakna.

"Keluarga saya memang bersemangat patriotik lebih-lebih lagi ayah saya. Kami memang dididik dari kecil untuk meraikan sambutan itu.

"Malah, setiap kali sambutan, kami akan memasang bendera di rumah, kereta dan mengagihkan kepada saudara mara serta rakan taulan.

"Setiap tahun, kami akan merasai suasana itu. Dengan cara inilah, semangat dan rasa cintakan negara akan terus kukuh di hati," katanya yang pernah menjayakan persembahan sempena sambutan kemerdekaan di Dataran Bandaraya Tawau.


Sentiasa bersyukur

Ditanya mengenai cara sambutan kemerdekaan masyarakat kini, Heliza tidak menafikan ianya berubah mengikut peredaran zaman.

Katanya, walaupun dengan cara yang berbeza dan lebih moden, ia tidak menjadi satu masalah asalkan semangat cintakan negara itu tetap utuh.

"Mungkin cara sambutan dah berubah kerana zaman dahulu, tidak semua orang memiliki televisyen untuk menonton di rumah.

"Kini seiring dengan peredaran zaman, ada yang lebih selesa menonton siaran istimewa di televisyen daripada menghadiri sambutan di luar.

"Namun, saya percaya, setiap orang memiliki cara tersendiri untuk menyambut tanggal bersejarah itu.

"Saya tertarik dengan cara sambutan yang bakal diadakan di Masjid KLCC pada malam ini. Walaupun tiada teriakan merdeka, namun majlis itu menyusun program Qiamullail.

"Walaupun kita sudah 56 tahun merdeka, namun kita tetap memerlukan bantuan dari ALLAH SWT untuk menjaga Malaysia daripada sebarang ancaman luar yang kita sendiri tidak tahu. Malah, kita harus sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya," kata pelakon filem, Syurga Cinta ini.


Perlu sentiasa waspada

Menurut Heliza, walaupun negara kita tidak diuji dengan sebarang ancaman besar seperti yang dialami beberapa negara lain seperti Mesir, Rohingya dan Palestin, namun kita perlu berhati-hati serta berwaspada.

Katanya, perpaduan di kalangan masyarakat menjadi faktor penting dalam menghadapi sebarang ancaman yang mampu menggugat kestabilan negara.

"Apa yang saya nampak, kehidupan kita semakin kompleks dan teknologi berkembang dengan pesat.

"Kita sendiri tidak berupaya untuk menduga perkembangan teknologi dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi. Namun yang pasti, cabarannya lebih hebat.

"Oleh itu, jati diri dan semangat kita perlu kuat bagi menghadapi semua itu. Peranan guru-guru di sekolah juga perlu diberi perhatian dalam mendidik pelajar untuk mengenal diri dan negara agar tidak mudah dijajah," katanya yang bakal terlibat dalam program Pray For Syria, Gaza & Rohingya di Kompleks Sukan Bangi pada 7 September ini.


Lancar album baru

Sepanjang penglibatannya dalam industri seni, Heliza masih tidak berpeluang untuk menghasilkan album atas kesibukan jadualnya.

Pun begitu, dia tetap berusaha untuk mengeluarkan albumnya sendiri. Walaupun masih mengumpul material untuk album pertamanya itu, Heliza telah pun memperkenalkan dua singlenya, La Tahzan dan Jom Berzikir.

Selain itu, Heliza juga turut berkolaborasi bersama penyanyi luar negara, Julien Drolon menerusi lagu, You Are The One.

"Alhamdulillah, kini saya dalam proses untuk mengumpul dua atau tiga lagu lagi untuk melengkapkan album. Mengenai single, La Tahzan, saya mendapat idea itu ketika mengunjungi bumi Gaza. Apa yang mereka lalui di sana, saya cuba terjemahkan menerusi lagu ini.

"Single Jom Berzikir pula adalah himpunan zikir yang diolah dalam susunan muzik yang lebih segar. Manakala, lagu duet itu adalah karya Julien Drolon. Saya dilamar untuk berduet dengannya selepas dia melihat video nyanyian saya di laman sosial, YouTube.

"Pun begitu, kami rakam video itu di dua lokasi berbeza. Ia adalah permintaan daripada Julien sendiri supaya penyampaian lagu itu lebih tepat kepada Sang Pencipta.

"Insya-ALLAH, jika tiada apa-apa halangan, album itu akan dilancarkan pada tahun ini. Doa-doakan ya!," katanya yang turut berhasrat untuk mengendalikan program bual bicara sendiri.


Butik pakaian Muslimah

Selain menguruskan syarikat, Heliza Helmi Production, duta syampu Sunsilk ini turut mengendalikan beberapa perniagaan termasuk Heliza Helmi Hijjab, Heliza Helmi Instant Telekung dan butik pakaian Muslimah, Falah Abiyana.

Baru sahaja dilancarkan pada Julai lalu, butik pakaian Muslimah itu turut dikongsi bersama tiga rakannya, Awin Seindah Wajah, Farah Adiba dan Shafinaz Yunus.

"Sejujurnya, jadual saya sangat ketat sejak akhir-akhir ini. Kadang kala, tak sempat nak makan bila sibuk menguruskan banyak perkara apatah lagi soal peribadi.

"Pada raya ketiga baru-baru ini, saya jatuh sakit selama seminggu. Mungkin ALLAH SWT 'tegur' kerana terlalu sibuk sehingga mengabaikan kesihatan.

"Namun, selepas sihat, saya kembali bekerja seperti biasa. Tapi, lebih berpada-pada. Kini, saya mula mengamalkan pengambilan vitamin dan supplemen untuk kekal sihat. Selain itu, saya juga mengamalkan makanan sunnah seperti badam, kismis, kurma dan air zam-zam setiap hari.

"Saya bukan sahaja sibuk dengan perniagaan, saya juga turut terlibat dengan program pengacaraan dan Usrah Fitrah. Itu yang membuatkan saya sangat sibuk," katanya yang mengakui masih belum menemui jodoh dan pasangan hidup.

KL Gangster 2 bocor: Pawagam jadi dalang?

Posted: 30 Aug 2013 04:06 PM PDT


  • Yusof Haslam jalani pembedahan Yusof Haslam
KUALA LUMPUR -  "Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.

Filem arahan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu sepatutnya ditayangkan kepada penonton di pawagam pada Oktober depan.

Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.

"Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

"Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.

Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.

Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.

Bukit Jenun pendam tragedi

Posted: 30 Aug 2013 04:03 PM PDT


  • Bukit Jenun pendam tragedi Pekan lama Bukit Jenun yang terkenal.
BAGI yang tidak mengenali Bukit Jenun pastinya akan beranggapan tiada apa yang  istimewanya di situ, namun di sebaliknya, tempat itu mempunyai sejarahnya tersendiri pada satu ketika dahulu.

Bukit Jenun merupakan kawasan di dalam daerah Pendang  yang  berada di Mukim Air Puteh dan terletak di lokasi agak terpencil, iaitu lebih kurang 32 kilometer ke Selatan Bandar Alor Setar.

Bukit Jenun dikelilingi oleh bukit-bukit kecil dan ada sesetengah daripada bukit itu masih berhutan tebal dan setengah daripada kawasannya pula terletak di kedudukan rendah dan berpaya, yang  dimanfaatkan  oleh  penduduk  dengan tanaman padi.

Di kawasan ini dikatakan terdapat dua jenis tanaman utama iaitu padi ditanam di sebelah barat dan tanaman kedua adalah getah yang ditanam di sebelah timur.

Penduduk mahu lupa sejarah lama

Sinar Harian difahamkan penduduk bahawa Bukit Jenun menyimpan pelbagai kisah sejarah ketika zaman pemerintahan Jepun dan komunis pada satu ketika dahulu sehingga banyak penduduk kawasan itu terkorban.

Difahamkan, walau bagaimanapun rata-rata penduduk kawasan berkenaan tidak mahu mengenang kembali kisah lama yang dianggap begitu menyedihkan mereka dan telah lama melupai kisah itu.

Penduduk, Awang Jassin, 93, berkata, tidak dinafikan bahawa Bukit Jenun menyimpan sejarah silam ketika perang tentera Jepun dan komunis satu ketika dahulu namun peristiwa itu dikatakan perlahan-lahan terpadam selepas negara mencapai kemerdekaan.

"Jika dikenang memang sedih apabila ramai saudara mara saya sendiri mati dibunuh dengan begitu kejam ketika itu, namun perkara lama tidak mahu dikenang lagi.

"Penduduk Melayu, India, Cina dan Siam di Bukit Jenun kini hidup dalam keadaan aman damai dan hubungan masing-masing sangat akrab," katanya kepada Sinar Harian.

Penduduk zaman dulu berkomunikasi bahasa Siam

Sementara itu, Awang menjelaskan bahawa nama Bukit Jenun diambil daripada sebutan Siam iaitu 'quan nun' yang bermaksud 'bukit nangka' memandangkan satu masa dahulu kawasan itu terdapat banyak pokok nangka.

Katanya, nama itu kemudiannya ditukar kepada bahasa Melayu menjadi Bukit Jenun kerana masyarakat Melayu pada masa dahulu kesemuanya sangat fasih berkomunikasi dalam bahasa Siam.

"Pada masa sekarang, kira-kira generasi ketiga sudah tidak pandai berkomunikasi bahasa Siam, malahan masih ada segelintir yang hanya memahami percakapan bahasa itu namun tidak pandai berbalas percakapan tersebut," katanya.

Terkenal dengan pekan lama

Bukit Jenun dikatakan terkenal dengan pekan lama dipercayai mula dibuka kira-kira pada tahun 1800 yang kebanyakan dimonopoli oleh penduduk Cina.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Jenun, Sharif Kassim berkata, Bukit Jenun masih terkenal dengan pekan lama yang masih beroperasi sehingga kini.

Katanya, penduduk Cina yang tinggal di Pekan ini kebanyakannya bekerja sebagai peniaga kecil atau menjual barang-barang runcit manakala kebanyakan masyarakat Melayu kawasan itu bekerja sebagai petani atau penoreh.

Menurutnya, kira-kira 6,000 penduduk sekitar Bukit Jenun masih membeli barang-barang runcit di Pekan itu antaranya dari Kampung Tanjung Setol, Kampung
Banggol, Bassin, Sungai Durian, Paya Mak Inson, Baloh, Siam, Banggol Sanai, Tok Rama dan banyak lagi.

Ketua kampung disegani suatu masa dahulu

Dalam pada itu, Allahyarham Osman Awang dan Allahyarham Yaacob Hitam merupakan nama yang bukan asing bagi penduduk Bukit Jenun apabila mereka itu pernah menjadi ketua kampung di situ satu ketika dahulu.

"Kedua ketua kampung ini begitu disegani penduduk satu masa dahulu kerana dikatakan pandai berkomunikasi dan memberi nasihat kepada semua penduduk dan mereka berdua ini banyak berjasa di Bukit Jenun kerana berusaha mendapatkan jalan raya, dewan orang ramai dan beberapa kemudahan lain selepas kemerdekaan," katanya.

Saya telah disabotaj rakan sendiri - Aweera

Posted: 30 Aug 2013 03:57 PM PDT

TIDAK mahu KRU Studos campur tangan dengan isu yang dihadapinya, Aweera menganggap apa yang dihadapinya adalah merupakan masalah peribadinya.


USIANYA baru sahaja mencecah 22 tahun, tetapi vokalis kumpulan Mojo, Aweera berhadapan dengan pengalaman pahit apabila telah diisytiharkan muflis.
Perkara berkenaan tersebar menerusi satu notis yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar pada 11 Julai lalu, malah pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham turut mengakuinya.
Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, pelantun lagu Andaiku Bercinta Lagi itu enggan mengulas lanjut.
Tegasnya, dia mahu semua permasalahan yang melanda dirinya itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.
Kosmo!: Kalau tidak keberatan, boleh Aweera jelaskan dengan lebih lanjut berhubung pengisytiharan muflis tersebut?
AWEERA: Saya ingin memohon maaf kerana tidak boleh bercerita dengan lebih mendalam. Apa yang boleh saya katakan, ia masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.
Ketika ini saya masih lagi berbincang dengan pihak bank dan mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, barulah saya akan buat kenyataan.
Apakah tujuan Aweera membuat pinjaman?
Rasanya ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum, namun ia merupakan pinjaman peribadi yang dibuat ketika saya berusia 19 tahun dan sudah bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di unit kebudayaan.
Adakah Aweera telah ditipu oleh mana-mana pihak sehingga tidak mampu membuat bayaran dan diisytiharkan muflis?
Semasa bekerja dahulu tidak dinafikan memang ada rakan sekerja yang mempunyai hasad dengki. Saya akui semua yang terjadi ini akibat daripada sabotaj oleh rakan sendiri.
Adakah masalah ini telah menjejaskan karier Aweera selaku seorang penyanyi?
Apabila ramai yang sudah mendapat tahu mengenai perkara ini terdapat sedikit tekanan yang saya rasai, terutamanya ada yang telah bertanya mengenainya.
Jadi, untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami itu, saya lebih fokus kepada kerja. Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat dan berharap semuanya dapat diselesaikan.
Adakah pihak KRU Studios turut campur tangan dengan masalah yang dihadapi Aweera?
Memandangkan ini merupakan masalah peribadi saya sendiri, mereka langsung tidak masuk campur. Namun begitu, mereka telah menasihati saya supaya mencari jalan terbaik dan tenang berhadapan dengan segala cabaran yang dilalui ini.
Bagaimanakah pula dengan perkembangan Aweera bersama Mojo sekarang?
Ketika ini kami baru sahaja selesai merakamkan lagu runut bunyi untuk filem Vikingdom yang berjudul Dark Clouds. Lagu hasil ciptaan Edry dan Yusry Abdul Halim itu boleh dikatakan single terbaharu Mojo selepas Andaiku Bercinta Lagi.

Tidak amal sikap pilih bulu

Posted: 30 Aug 2013 03:56 PM PDT




PADA asalnya, sesi fotografi yang diaturkan bersama pelakon Khatijah Tan, Pierre Andre dan Mikail Andre bertujuan untuk keluaran khas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Selain berkongsi cerita mengenai pengalaman menyambut Aidilfitri mereka sekeluarga, Pierre dan Mikail turut bercerita mengenai perkembangan karier seni masing-masing.
Bagi Pierre atau pemilik nama sebenar Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre itu, dia mengakui agak gembira kerana adiknya telah menunjukkan minat dan berkecimpung dalam lapangan sama serta mengikut jejak langkah dia dan ibunya bergelar anak seni.
"Sudah lama saya dapat menjangkakan bahawa bakat seni ibu dan saya akan mengalir turut mengalir dalam diri Mikail, malah saya berbangga kerana dia kini semakin menyerlah.
"Begitu juga dengan mutu lakonan yang ditampilkan sudah menunjukkan peningkatan yang ketara. Kini saya semakin percaya dengan kebolehan yang ada pada dirinya," jelasnya.
Bagaimanapun, di sebalik penampilan Mikail yang semakin ketara terutamanya di layar perak, sudah mula timbul persoalan apabila dia kerap mengambil adiknya itu berlakon dalam beberapa buah filem arahannya itu.
Sehingga kini, sudah terdapat empat buah filem yang dilakonkan oleh Mikail di bawah arahannya iaitu 1 Lawan Satu, Sniper, Highland Tower dan Perempuan Muka Surat Tujuh.
Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Pierre menafikan bahawa dia menggunakan kuasanya sebagai pengarah untuk memilih adik sendiri berlakon dengannya.
Tegasnya, pemilihan pelakon untuk membintangi sesebuah filem itu dibuat berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak penerbit sebelum keputusan dibuat.

MIKAIL mengakui abangnya, Pierre merupakan seorang yang serius dan cukup teliti ketika bekerja.


"Sebenarnya dalam beberapa buah filem yang saya arahkan, Mikail bukanlah pilihan utama saya. Misalnya, dalam filem terbaru saya iaitu Sniper, dia sekadar menjadi pilihan terakhir saya.
"Untuk filem berkenaan, saya telah mencadangkan dua nama pelakon lain untuk memegang watak utama, tetapi kedua-duanya telah menolak tawaran yang diberikan kerana jadual yang tidak sesuai dan akhirnya Mikail yang menjadi pilihan kerana saya melihat dia sesuai membawakan watak yang diberikan," dedahnya.
Berkenaan dengan layanan yang diberikan terhadap adiknya ketika menjalani penggambaran, Pierre memberitahu, dia langsung tidak membezakan Mikail dengan pelakon-pelakon yang lain.
Menurutnya, sebagai seorang pengarah dia perlu bertindak secara profesional dan tidak boleh memberikan sebarang keistimewaan kepada darah daging sendiri.
"Tidak bermakna Mikail itu adik saya, layanan yang diberikan perlu berbeza dengan pelakon lain. Kalau ada sebarang kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, saya akan tetap tegur demi kebaikannya.
"Kalau boleh, saya tidak mahu mengamalkan sikap pilih bulu kerana ia boleh memberikan impak yang kurang baik. Bekerja dalam sebuah pasukan sudah tentu memerlukan kerjasama yang baik antara satu sama lain," jelasnya.
Mengakui agak serius terhadap adiknya semasa bekerja, namun hubungan dia dan Mikail sangat rapat di luar waktu kerja memandangkan dia tidak mempunyai adik-beradik lain.
Beri peluang
Ketika ini penampilan Pierre di layar perak dilihat semakin berkurangan. Kali terakhir dia berlakon adalah menerusi filem X terbitan Metrowealth pada pertengahan tahun lalu.
Menurut Pierre, dia telah mengambil untuk berehat seketika daripada dunia lakonan kerana mahu memberi lebih fokus kepada bidang pengarahan sepenuhnya.
"Buat masa ini saya rasa seronok untuk menjadi seorang pengarah. Lagipun kebanyakan tawaran berlakon yang diterima kurang menarik minat saya.
"Selain itu, saya rasa lebih baik sekiranya peluang diberikan kepada pelakon-pelakon baharu. Dengan kemunculan ramai pelakon sekarang ini, saya lihat ada antaranya yang memiliki bakat dan potensi yang sangat besar," ujarnya.
Namun begitu, Pierre menegaskan bahawa dengan keputusan yang dibuat itu tidak bermakna dia akan meninggalkan terus dunia lakonan buat selama-lamanya.
Menurutnya, perasaan rindu untuk berlakon itu memang ada. Malah, dia tidak menolak kemungkinan bakal kembali ke dalam dunia lakonan seawal-awalnya pada tahun hadapan.
"Seboleh-bolehnya saya mahu komitmen terhadap bidang pengarahan akan selesai sebelum saya berlakon semula kerana mengikut kontrak dengan Metrowealth, masih ada enam buah filem lagi yang perlu disiapkan," jelasnya.

PIERRE mempunyai baki enam buah filem lagi untuk dilakonkan seperti yang sudah termeterai menerusi kontraknya bersama Metrowealth.


Tiada kelebihan
Bagi pelakon Mohd. Mikail Andre pula, dapat bekerja di bawah arahan abang sendiri sebenarnya langsung tidak memberi sebarang kelebihan buat dirinya kerana dia perlu berusaha keras dan memberi sepenuh komitmen agar tiada pihak yang mempertikaikan kemampuannya serta mengharapkan ehsan abang sendiri.
Ujarnya, hubungan antara dia dan Pierre sepatutnya tidak harus menjadi persoalan, meskipun kini dia sering menjadi pilihan untuk membintangi filem di bawah arahan abangnya itu.
"Mula-mula berlakon dulu, memang saya berasa sedikit gugup apabila Pierre bertindak sebagai pengarah dalam filem yang saya lakonkan, namun lama-kelamaan perasaan itu terus hilang.
"Selain ibu yang banyak memberi bimbingan kepada saya untuk menjadi pelakon yang baik, Pierre juga sering membantu dan berkongsi pengalamannya memandangkan saya masih lagi baharu dalam bidang ini," ujarnya.
Ditanya mengenai pandangan terhadap Pierre sepanjang berlakon di bawah arahan abangnya itu, dia melihat seorang yang cukup teliti dan serius sewaktu bekerja.
Sementara itu, memandangkan karier lakonannya yang semakin berkembang apabila kerap muncul di layar perak, Mikail turut berterima kasih kepada pihak Metrowealth yang banyak memberi peluang berlakon kepadanya.
Dia menjelaskan dirinya sentiasa terbuka untuk berlakon dengan produksi luar dan sentiasa menimbangkan sekiranya terdapat sebarang tawaran yang sesuai.
"Pihak Metrowealth tidak pernah halang langsung kalau ada sebarang tawaran, malah menggalakkan saya supaya cuba berlakon dengan produksi lain sebagai langkah mengembangkan lagi bakat lakonan yang ada.
"Tidak dinafikan tawaran itu memang ada saya terima, tetapi disebabkan masa yang kurang sesuai kerana bertembung dengan kerja lain menyebabkan saya terpaksa menolak," jelasnya yang bakal muncul dalam filem Kisah Paling Gangster terbitan B&L Kreatif Sdn. Bhd. arahan Brando Lee pada bulan November ini.

Rumah terbuka WHI rai 40 warga emas

Posted: 30 Aug 2013 03:55 PM PDT

NABIHAH


BUAT pertama kalinya program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) mengadakan majlis rumah terbuka di luar pekarangan Sri Pentas, TV3.
Menurut salah seorang pengacara Wanita Hari Ini iaitu Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fiza, lebaran kali ini lebih istimewa kerana majlis rumah terbuka WHI bersiaran secara langsung di PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
Mengenakan tema Masih Ada Yang Sayang, tutur Fiza lagi, rumah terbuka program popular itu turut meraikan 40 orang warga emas dari Rumah Seri Kenangan Cheras.
"Sengaja kami memilih untuk mengadakan majlis rumah terbuka di luar pula berbanding sebelum ini kami hanya mengadakannya di Sri Pentas.
"Kami mahu warga-warga emas ini seronok menikmati suasana menarik sambil menikmati makanan yang enak," ungkapnya.
Tidak hanya menyediakan juadah raya yang enak, kongsi Fiza lagi, mereka turut menghulurkan duit raya kepada warga-warga emas tersebut.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif WHI, Siti Hatija Yusof pula berharap, sedikit sebanyak rumah terbuka yang diadakan itu dapat menceriakan warga-warga emas tersebut di samping memberi pengertian kepada semua orang agar menghargai orang yang tersayang.
"Tujuan kami mengumpulkan artis veteran dan muda serta warga emas kerana ingin menghargai mereka. Ia juga sebagai tanda penghargaan yang muda kepada yang tua di hari lebaran ini," ulas Siti lagi.
Kemeriahan rumah terbuka itu turut diserikan dengan kehadiran personaliti WHI dan artis-artis seperti Datin Rosnani Jamil, Norlia Ghani, Raja Noorbaizura, Zarina Zainuddin, Fauzi Al Qadri (Pelakon Spa Q1 & Spa Q2) serta Shiha Mentor.
Tetamu yang hadir juga dihidangkan dengan persembahan istimewa dari Kumpulan Tijani Usaid dengan persembahan Ghazal dan Caklempong.
Selain Fiza, majlis rumah terbuka WHI pada hari itu juga diacarakan oleh Irin Putri Azmi, Nabihah Mohd. Rosdi dan Azzura Azizul Azman.
Program Wanita Hari Ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang di TV3.

Model Proton paling premium

Posted: 30 Aug 2013 03:52 PM PDT



INTERNET membuatkan banyak benda dalam hidup ini menjadi kurang eksklusif dan tiada kejutan. Sebagai contoh, jika dahulu, pengguna terpaksa menunggu hari pelancaran rasmi untuk melihat sesebuah kereta baharu, kini semuanya boleh dilihat jauh lebih awal.
Dilihat dari segi positifnya, pengguna dilengkapi dengan lebih banyak maklumat. Maka, tidaklah pembelian kereta dibuat atas dasar dengar cakap orang atau termakan kata-kata manis jurujual di bilik pameran.
Model terbaharu pengeluar kenderaan nasional, Proton iaitu Suprima S tidak terkecuali. Sejak beberapa bulan lalu, berpuluh-puluh keping 'gambar curi' model berkenaan disiar di internet. Malah, gambar kereta itu diangkut oleh trak, lengkap dengan pelekat namanya pun sudah tersiar.
Jadi, apa yang tinggal ketika majlis perasmian adalah harga sebenar yang ditawarkan, varian dan perincian-perincian lain. Bosan juga bukan?
Proton memperkenalkan model Suprima S selepas 18 bulan menawarkan sedan yang dikatakannya sebagai yang terbaik setakat itu, Proton Preve. Harus diakui bahawa Preve menjadi bukti kesungguhan Proton untuk menghilangkan stigma negatif orang ramai terhadap produk keluarannya.
Proton sebenarnya berada dalam keadaan yang unik. Ketika ramai yang menjadi pengutuk setianya, tidak kurang juga yang tidak pernah jemu menyokong jenama kereta tempatan itu.
Suprima S tampil sewaktu Proton perlu memenuhi ekspektasi menggunung daripada pengguna tempatan. Tidak boleh salahkan pengguna 100 peratus. Mereka mempunyai semua alasan untuk memberi reaksi sedemikian. Apatah lagi selepas ia diambil alih oleh pemilik barunya, DRB Hicom dan usia Proton menceburi sektor automotif sudahpun mencecah lebih 25 tahun.

GARIS badan pada bahagian tepi jentera menonjolkan sifat sportynya.


Sedar atau tidak, rakyat Malaysia sebenarnya mahu melihat sejauh mana DRB Hicom mampu menukar nasib Proton dan menjadikannya satu jenama yang disegani. Bukan sekadar bergantung kepada jualan domestik untuk meneruskan kelangsungan jenamanya.
Nama Suprima diambil daripada perkataan bahasa Inggeris "Supreme" yang membawa makna agung. Sementara S pula bermaksud Sport.
Biarpun dibina berasaskan kepada model Preve, Proton tidak mahu Suprima S dikaitkan dengan sedan tersebut. Ia seolah-olah memberi isyarat bahawa hatchback itu mungkin menjadi pemula kepada satu rangkaian model lain yang lebih sporty.
Ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Premium, jentera itu dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohammed.
Di bawah tangan pasukan pereka Proton, rekaan Suprima S hadir sebagai sebuah hatchback yang tidak mengecewakan. Berpaksikan kepada hala tuju rekaan terbaharu dikenali sebagai Proton Wings, Suprima S jelas memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang kemas serta moden.
Bahagian hadapan diserlahkan menerusi rekaan lampu utama jenis projektor bersama butiran LED yang nipis. Gril radiatornya kini menggunakan gril honeycomb berwarna hitam untuk kelihatan lebih sporty. Rekaan perumah lampu kabus pula dikatakan berfungsi untuk mengalirkan udara bagi tujuan penyejukan enjin.
Rekaan bahagian belakang Suprima S nampak ringkas dengan sepasang lampu LED. Penampilan itu disempurnakan dengan penggunaan rim aloi bersaiz 17 inci untuk model Premium, manakala Executive pula 16 inci.
RUANG simpanan kargo model ini cukup luas.


Ada sebab kenapa Suprima S menerima penarafan lima bintang oleh Australia NCAP. Hatchback itu dilengkapi sistem keselamatan aktif dan pasif. Ia terdiri daripada sistem brek ABS, EBD, ESC, kawalan cengkaman dan ISOFIX.
Malah, enam beg udara menjadi ciri standard untuk kedua-dua varian Suprima S, pertama pada model Proton.
Suprima S dikuasakan oleh unit enjin sama seperti yang ada pada Preve. Enjin Campro bersesaran 1.6 liter dengan sistem pengecas soft turbo itu mampu menjana kuasa sebanyak 138hp @ 5,000 rpm. Sementara kuasa tork 205Nm pula boleh diperoleh ketika rpm mencecah takat 2,000 hingga 4,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear Punch VT3 CVT tujuh kelajuan.
Proton menyatakan bahawa transmisi CVT itu telah menerima talaan baru bagi disesuaikan dengan profailnya sebagai sebuah jentera sporty. Kalau mahu varian manual, anda kena tunggu kerana versi itu akan ditawarkan oleh Proton tidak lama lagi.
Menyentuh tentang prestasi pula, hatchback segmen C itu berupaya mencapai kelajuan 0-100km/j dalam tempoh 9.9 saat dengan kelajuan maksimum 190mk/j. Penggunaan bahan api pula dianggarkan sebanyak 9.1 liter untuk setiap 100km.
Sebenarnya angka itu sedikit tinggi jika dibandingkan dengan Preve yang mencatatkan bacaan 8.2 liter untuk setiap 100km. Sebabnya, Suprima S adalah 35 hingga 55kg lebih berat berbanding Preve berikutan penggunaan cermin lebih besar. Selain mungkin tahap ketegaran kerangka yang telah dipertingkatkan.
Selepas lama menghilang, Proton mengembalikan emblem "Handling by Lotus" kepada Suprima S. Saya yakin, ramai yang percaya dengan kualiti pengendalian jitu model-model keluaran Proton.

SUSUN atur butang kawalan pada stereng dan papan pemuka Suprima S mudah dicapai oleh pemandu.


Setup chasis hatchback ini terdiri daripada sistem suspensi jenis topang MacPherson untuk roda hadapan. Ia dipadankan dengan suspensi multi-link dan bar penstabil bagi roda belakang. Input pemandu pula diserahkan kepada stereng kuasa hidraulik yang menjanjikan kualiti pengendalian memuaskan.
Disifatkan sebagai model Proton paling premium setakat ini, Suprima S hadir dengan pelbagai ciri inovatif. Sebagai contoh, sistem audio Android dengan kemampuan WiFi untuk melayari internet, ciri Hill Hold Assit dan banyak lagi.
Bunyi daripada sistem audio Android yang pertama untuk OEM di Malaysia itu disalurkan menerusi enam unit pembesar suara (Premium).
Bagi mereka yang berminat, Suprima S boleh anda miliki pada harga bermula RM76,338 (Executive) hingga RM79,988 untuk model Premium.
Ini adalah harga di atas jalan, lengkap bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000 kilometer (km). Selain program Free Road Assist Proton selama lima tahun.
Sebenarnya, Suprima S memasuki daerah yang sudah pun dihuni oleh pesaing-pesaing seperti Honda Jazz, Ford Fiesta dan Kia Rio. Di atas kertas, ini nyata bukan satu tugas yang mudah.

Zaw Oo impikan hidup berkeluarga

Posted: 30 Aug 2013 03:51 PM PDT




WIN ZAW OO hanyalah seorang petani biasa yang menetap di Htone Pouk Chai, sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Natmouk, wilayah Magwe, tengah Myanmar.
Rakan-rakan memanggilnya Big Zaw. Gelaran itu diberikan disebabkan keadaan fizikalnya yang besar dan tinggi seperti seorang 'gergasi'.
Dengan ketinggian mencecah 2.33 meter, lelaki berusia 36 tahun itu diiktiraf sebagai lelaki tertinggi di negaranya.
Merupakan seorang yang pemalu tetapi mudah mesra, ketinggiannya yang luar biasa menyebabkan dia sering mengundang perhatian sesiapa sahaja, namun bukan di kampungnya.
"Kami melihat dia hampir setiap hari di kampung ini. Disebabkan mempunyai hubungan kekeluargaan, saya tidak pernah menganggapnya berbeza berbanding orang lain," kata sepupunya, Than Htoo.
Rekod manusia tertinggi di Myanmar sebelum ini dipegang oleh Zee Kwet Sein, seorang wanita buta yang berasal dari Bagan.
Mempunyai ketinggian sehingga 2.21 meter, Kwet Sein dipercayai meninggal dunia pada lewat tahun 1970-an.
Bagaimanapun Zaw Oo berjaya memecahkan rekod itu dengan kelebihan sebanyak 0.12 meter selepas kisahnya disiarkan di sebuah akhbar harian tempatan, Myanmar A lin.
"Hampir separuh usia, saya terpaksa berkaki ayam untuk bergerak ke mana-mana sahaja kerana tidak mampu menempah kasut atau selipar yang sesuai dengan saiz kaki.
Kemiskinan
"Begitu juga pakaian, semuanya dihasilkan sendiri oleh bapa saudara yang merupakan seorang tukang jahit, setidak-tidaknya wang yang ada boleh digunakan untuk tujuan lain," katanya dalam artikel berkenaan.
Kemiskinan bukanlah sesuatu yang asing bagi Zaw Oo. Ibu bapanya, U Aung Hla dan Daw Mouk Tin bergantung kepada pendapatan hasil bercucuk tanam untuk menyara dia dan tiga adik-beradik perempuannya.
Pada usia 15 tahun, dia terpaksa berhenti sekolah. Disebabkan ketiadaan pekerjaan yang sesuai untuk menyara keluarganya, Zaw Oo mengambil keputusan berhijrah ke Yangon.

ZAW OO merupakan individu kedua di negaranya yang mempunyai ketinggian lebih dua meter.


Dia bernasib baik, selepas beberapa hari, Zaw Oo berjaya mendapat pekerjaan di sebuah kedai yogurt berhampiran Latha Township.
Kehidupannya di bandar raya Myanmar itu tidaklah seindah yang disangkakan. Dia terpaksa mengikat perut untuk memastikan sebahagian besar wang gajinya dihantar ke kampung.
Selepas tiga tahun, Zaw Oo kembali semula ke kampung berikutan keadaan ibu bapanya yang semakin uzur. Justeru, dia dan adik-beradiknya diberi tanggungjawab untuk menguruskan pelbagai tanaman yang diusahakan.
Dia yang ketika itu baru berusia 18 tahun merasakan perubahan fizikalnya begitu drastik berbanding rakan seusia.
Bermula dengan bengkak pada bahagian kaki dan tangan, mukanya juga semakin melebar dan berlaku perubahan ketara pada bahagian dagu.
Di samping itu, tisu tulang tangan dan kakinya mula memanjang tanpa diketahui puncanya menyebabkan ketinggiannya meningkat secara mendadak saban tahun.
"Disebabkan itu pergerakan saya semakin terhad serta tidak mampu bergerak laju seperti dulu.
"Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana ketiadaan wang, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan rawatan pakar di hospital. Ia menyebabkan saya sering tertekan dan mengalami kemurungan," ujarnya lagi.
Kisahnya berjaya mengundang simpati banyak pihak. Pada masa yang sama dia turut menjadi buruan akhbar-akhbar tempatan yang mahu mendapatkan berita eksklusif.
Selain itu, ramai pakar perubatan di negaranya tampil memberikan pandangan dan mahu dia mendapatkan rawatan lanjut.
Pakar Bedah Saraf, Professor Myat Thu berkata, keadaan Zaw Oo berpunca daripada penyakit acromegali yang boleh menyebabkan pesakit mendapat penyakit kegergasian sekiranya tidak dirawat segera.

KETIADAAN rawatan yang sesuai di negaranya memaksa Zaw Oo ke Singapura untuk tujuan tersebut.


Populariti
Katanya, keadaan itu menyebabkan penghasilan hormon tumbesaran secara berterusan oleh kelenjar pituitari.
"Pesakit bukan sahaja berisiko menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, masalah jantung malah boleh menjadi buta.
"Biarpun ketika ini Zaw Oo tidak menunjukkan tanda-tanda berkenaan, namun ia tidak mustahil berlaku pada masa hadapan," jelasnya.
Tiada data khusus mengenai penyakit itu di Myanmar, namun Yayasan Pituitari Britain melaporkan kira-kira empat hingga enam kes baharu bagi setiap sejuta penduduk berjaya dikesan di seluruh dunia.
Populariti Zaw Oo juga mendorong sekumpulan pakar perubatan di negaranya melaksanakan kempen menggesa rakyat untuk menghulur sumbangan bagi merawatnya.
Usaha itu berbaloi, baru-baru ini, Zaw Oo dibawa ke Singapura untuk menjalani rawatan lanjut berhubung penyakit itu
"Dia perlu dirawat. Ia melibatkan prosedur seperti mengakses kelenjar pituitari di dasar otaknya melalui hidung atau insisi di mulut. Rawatan ini terpaksa dilakukan di luar negara kerana ia terlalu kompleks dan tidak ditawarkan di negara kami.
"Setakat ini Zaw Oo telah menjalani beberapa ujian di Hospital Besar Singapura sebelum mengenal pasti rawatan yang sesuai," kata Dr. Myatthu Mynn yang merupakan salah seorang doktor pengiring yang turut serta dalam misi berkenaan.
Bagi Zaw Oo, pengalaman pertama berada jauh di negara sendiri membuatkannya gementar dan teruja.
"Seumur hidup, saya hanya pernah melihat kapal terbang mainan, tidak hairanlah saya agak risau ketika menaiki kapal terbang sebelum ini. Bagaimanapun, jika ia untuk kesihatan, saya rela melakukannya," katanya.
Ketika ditanya mengenai perancangan selepas menjalani rawatan nanti, Zaw Oo berkata, dia mahu mencari pasangan hidup selepas sekian lama bersendirian disebabkan kegagalan cinta pertamanya kira-kira 16 tahun lalu.
"Saya mengimpikan untuk mempunyai seorang isteri dan keluarga sendiri serta sebuah kedai yang selesa untuk menjalankan perniagaan keluarga," katanya.
Antara pesakit akromegali yang paling menonjol dalam sejarah ialah Robert Pershing Wadlod. Dilahirkan pada 22 February 1918, dia turut digelar 'Alton Giant' sempena nama tempat kelahirannya, Alton, Illinois, Amerika Syarikat.
Dengan ketinggian 2.72 meter dan berat mencecah 220 kilogram, dia merupakan manusia tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah perubatan dunia.
Saiz fizikalnya yang luar biasa itu disebabkan Wadlow tidak pernah berhenti membesar sejak dari kecil sehingga dewasa akibat pengeluaran hormon pertumbuhan. Malah dia terus membesar sehinggalah pada saat-saat kematiannya.
Ketika itu, Wadlow diletakkan sebaris dalam kalangan selebriti popular Amerika; dia semakin dikenali selepas melakukan jelajah bersama Ringling Brothers Circus pada 1936. Sejak itu dia terus aktif menyertai pelbagaoi siri jelaja dan kerap melakukan penampilan awam.
Pada 4 Julai 1940, ketika muncul pada Festival Hutan Antarabangsa, pergelangan kaki telah cedera dan me nyebabkan pendarahan dan jangkitan kuman. Doktor cuba menyelamatkannya dengan melakukan pemindahan darah rawatan kecemasan namun keadannya semakin kritikal. Keesokan harinya, Wadlow disahkan meninggal dunia ketika tidur.
John William Rogan dilahirkan pada tahun 1868-berasal dari Sumner County, Tennessee, Amerika Syarikat merupakan salah seorang daripada 16 individu yang dicatatkan dalam sejarah perubatan mempunyai ketinggian melebihi lapan kaki. Beliau juga dikenali sebagai Bud Rogan. Tumbesaran Rogan mendadak pada umurnya 13 tahun yang akhirnya menyebabkan lelaki itu tidak boleh berdiri atau berjalan.
Bagi membolehkannya bergerak menggunakan kereta sorong yang diperbuat daripada katilnya sendiri dan ditarik kambing.
Uniknya lelaki berketurunan Afrika-Amerika itu, ketinggian hanya dapat diukur selepas kematiannya dalam keadaan duduk. Pada masa itu, ketinggian yang dicatatkan ialah 264 sentimeter (sm) dan beratnya hanya 79 kilogram. Dia dicatatkan sebagai lelaki Afrika-Amerika kedua tertinggi.
Dia meninggal dunia pada September 1905 akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Tanjung Manis medan tunjuk kehebatan

Posted: 30 Aug 2013 03:49 PM PDT



PERJALANAN menaiki bot ekspres dari Terminal Bot Ekspres Kuching menghala ke stesen penumpang di Sungai Rajang dekat Tanjung Manis, Sarawak menyebabkan perasaan kaki pancing termasuk pengamal media menjadi girang.
Apa tidaknya, fikiran masing-masing terbayang keseronokan beraksi bersama ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung bersama ikan bersaiz XL di sekitar perairan Kuala Rajang dan Tanjung Sirik di Tanjung Manis.
Sebagai medan menguji kehebatan, teman seangkatan sudah memastikan terlebih dulu semua barangan keperluan seperti joran, mata kail, batu ladung, lampu suluh, pisau serta peralatan memancing lain disediakan.
Safari Memancing Tanjung Manis 2013 merupakan masa terbaik bagi kaki-kaki pancing tegar di Sarawak mempamerkan segala kemahiran yang dimiliki dalam menaikkan pelbagai saiz ikan.
Setelah hampir tiga jam perjalanan, bot ekspres akhirnya sampai ke destinasi. Ada dalam kalangan kaki pancing sudah tidak sabar untuk turun ke laut.
Keterujaan dan kehangatan pertandingan semakin dirasai sebaik kaki menjejak jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Tanjung Manis iaitu lokasi pelepasan para peserta safari memancing bagi kategori laut dalam dan pesisiran pantai.
Perairan Kuala Rajang dan Tanjung Sirik, di Tanjung Manis sememangnya terkenal dengan ikan lautnya, jadi tidak hairanlah kaki-kaki pancing sudah bersiap sedia dengan joran masing-masing.

MENYAKSIKAN panorama matahari terbenam di Tanjung Manis menjadi satu memori indah kepada kaki pancing.


Bagi peserta kategori laut dalam, sebaik dilepaskan mereka berlumba-lumba ke tengah laut bagi mencari 'port' terbaik masing-masing.
Cabaran
Salah seorang peserta iaitu bekas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, setiap tahun beliau bersama rakan-rakannya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keseronokan memancing di perairan Tanjung Manis.
Menurutnya, cabaran pertandingan tersebut memang dinanti-nantikan ekoran keseronokan dan hasil tangkapan yang lumayan selain pengalaman berdepan ribut di tengah laut.
"Apa jua rintangan serta cabaran sepanjang aktiviti memancing ini tidak kami endahkan. Keseronokan menumpaskan dan menaikkan ikan bersama rakan-rakan di tengah laut bukan semua orang boleh merasainya, tambahan pula ketika menyertai pertandingan seperti ini," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Umpan
Mohamed Khalid yang mula meminati aktiviti memancing ikan sejak di bangku sekolah menggunakan umpan sotong kurita kerana kebarangkalian untuk menangkap ikan besar seperti jenahak, merah, tanda dan kerapu lebih cerah.
MD. FAIZAL menunjukkan hasil tangkapan ikan kerapu seberat 15.05 kg sekali gus dinobatkan sebagai Raja Pancing dalam cabaran Safari Memancing Tanjung Manis 2013.


"Meskipun umpan sotong kurita berharga RM6 hingga RM8 seekor ia tetap menjadi pilihan kami kerana hasil yang dibawa pulang dari laut pasti tidak mengecewakan.
"Kami juga tidak ketinggalan membawa umpan seperti umpan hidup dan udang pasar terutama ketika ingin menaikkan ikan gelama" katanya.
Tambahnya, tidak dinafikan aktiviti memancing merupakan hobi yang memerlukan belanja tinggi, namun ia mampu menghasilkan pulangan lumayan kepada kaki pancing terutama kumpulan yang gemar memasuki pertandingan.
Dalam pada itu, Safari Memancing Tanjung Manis 2013 di Sarikei pada 22 hingga 23 Jun lalu telah menarik penyertaan seramai 119 kaki pancing bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM28,550.
Penganjur, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) menyediakan pelbagai hadiah termasuk wang tunai, trofi dan hamper kepada peserta bagi pelbagai kategori laut dalam dan persisiran pantai.
Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM180 bagi kategori persisiran pantai dan RM250 untuk kategori laut dalam.
Suasana ketika pertandingan pula tidak ubah seperti sebuah pesta. Kesemua kaki pancing berlumba-lumba mencari lubuk ikan untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lumayan.

TANGKAPAN hasil laut yang berjaya dipancing oleh peserta.


Pengajaran
Sementara itu, bagi pemancing cilik, Merichmanson Gason, 9, memberitahu, tidak ramai rakan-rakannya sanggup menunggu berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendapatkan ikan.
Pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Buyuk, Tanjung Manis itu berkata, dia seronok menyertai pertandingan itu kerana dapat mengisi masa luang selain mengeratkan hubungan dengan keluarganya.
"Aktiviti luar sebegini tidak membuang masa saya sebaliknya ia memberi banyak pengajaran berguna seperti sikap sabar dan menghargai alam sekitar.
"Selain itu, satu kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-ata apabila ikan menyentap umpan dan ketika bertarung mendaratkan ikan," katanya.
Tambahnya, ibu bapanya tidak melarang menyertai aktiviti memancing malah memberi sokongan termasuk menyertai pertandingan seumpama itu.
"Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, saya tetap seronok kerana dapat berjumpa dengan ramai peserta yang mempunyai minat sama," katanya.

Kealpaan Generasi Y

Posted: 30 Aug 2013 03:47 PM PDT



GENERASI Y kini sepatutnya mencontohi kepayahan generasi terdahulu menempuh hidup supaya lebih menghargai kehidupan dan kemerdekaan yang dikecapi negara hari ini. - Gambar hiasan


ADA segelintir ibu bapa yang mungkin merungut bahawa anak-anak mereka suka berjaga di malam hari, tetapi bangun setelah tengah hari.
Anak-anak muda ini juga mungkin sering tidak mematikan peralatan elektrik sekalipun tidak menggunakannya. Ada masanya, mereka membuka televisyen tetapi mengabaikannya dan memberi tumpuan pada komputer atau sibuk berbual di telefon.
Gaya kehidupan mereka juga agak berbeza. Mereka bergaya dengan fesyen terkini dan memiliki pelbagai gajet walaupun mungkin tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Sesekali kita berfikir, mengapakah kehidupan anak-anak muda ini agak berbeza dengan cara hidup kita? Adakah mereka berubah atau zaman sedang berubah?
Sebenarnya itulah realiti generasi baharu yang dinamakan Generasi Y atau Generasi Millennial.
Walaupun tidak ada pandangan yang tepat, bagaimanapun dikatakan generasi tersebut lahir sekitar awal tahun 80-an hingga tahun 2000.
Generasi Y berbeza dengan generasi terdahulu. Sungguhpun mampu menguasai teknologi dengan baik, mereka dikatakan pemalas, tidak berdisiplin dan komited.
Semua ini dikaitkan dengan keadaan persekitaran ketika mereka membesar. Generasi ini tidak mengalami sebarang kesulitan atau halangan ketika membesar. Mereka tidak mengalami situasi kehidupan yang terperangkap dalam kancah peperangan atau kegawatan ekonomi zaman dahulu.
Penghayatan mereka terhadap sejarah tidak mendalam, sebaliknya lebih mementingkan perjalanan kehidupan masa hadapan.
Sebaik sahaja mereka dilahirkan, mereka sudah mengenal kewujudan pelbagai teknologi baharu dan gaya hidup yang lebih selesa berbanding yang dialami kedua-dua ibu bapa mereka.
Teknologi
Semua keperluan anak muda ini sudah tersedia. Bahkan, untuk membuka televisyen sekalipun, mereka hanya perlu menekan alat kawalan jauh sahaja, tanpa perlu menyentuh televisyen. Begitu mudah kehidupan mereka.
Perubahan teknologi yang mendadak memudahkan generasi ini dalam hampir kesemua aspek kehidupan.
Bagi mereka yang sedang belajar di menara gading misalnya, mereka tidak perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku. Sebaliknya hanya membaca buku atau jurnal secara dalam talian melalui telefon bimbit atau komputer peribadi masing-masing.
Sekiranya ingin membayar bil atau membuat transaksi wang, mereka tidak perlu menghabiskan masa beratur panjang tetapi hanya menekan tetikus di komputer mereka.
Untuk makan sekalipun mereka bukan sahaja tidak perlu memasak atau ke kedai, tetapi hanya mendail nombor di telefon agar makanan yang diingini dihantar terus ke rumah.
Inilah kehidupan Generasi Y. Mereka adalah anak-anak yang mungkin berbeza berbanding kehidupan kita sebelumnya.
Sebab itulah, mereka tidak begitu menghiraukan cerita-cerita yang cuba mengingatkan mereka mengenai sejarah lampau kerana diri mereka tidak pernah terdedah dengan kesulitan hidup generasi terdahulu.
Mereka mungkin mempunyai pengetahuan yang lebih baik daripada generasi sebelum dalam beberapa aspek kehidupan kerana cekap mencapai maklumat yang diperlukan.
Jangan terkejut sekiranya generasi baharu ini tidak mengambil kisah dalam hal-hal yang menjurus kepada isu etnik atau tempatan kerana mereka berkongsi nilai dengan anak-anak muda lain di seluruh dunia.
Mereka membawa nilai dan paradigma baharu. Mereka juga tidak akan menghiraukan autoriti kerana tidak dibesarkan dalam budaya yang menghormati sistem berasaskan hierarki.
Ia terjadi di mana-mana sahaja, baik di tempat kerja atau dalam masyarakat. Mereka ini lebih terbuka dan tidak bersifat konservatif dalam membuat pertimbangan.
Bagi mereka, apa yang dipentingkan ialah kehidupan yang lebih baik dan bukannya pematuhan terhadap nilai-nilai tradisi.
Justeru, mereka kini adalah sebahagian daripada warga baharu dunia dan kita perlu memahaminya.
Sungguhpun berbeza, kita perlu mendidik dan memberikan ingatan kepada mereka tentang rasa tanggungjawab dan realiti kehidupan agar mereka tidak tenggelam ditelan dunia sendiri.
Walaupun dunia hari ini telah dipermudahkan dengan keupayaan teknologi canggih, tetapi hakikatnya hidup ini tidaklah semudah yang dijangka.

Laman web untuk para ibu berinteraksi

Posted: 30 Aug 2013 03:46 PM PDT


DARI kiri: Pengarah Pemasaran Danone Dumex, Ang Ching Lee bersama Brendish, Azizah, Preeta dan Indra pada majlis pelancaran dumex.com.my.


ALAM keibuan membawa pelbagai pengalaman berharga, indah dan penuh emosi. Hakikatnya, ia merupakan satu komitmen berpanjangan yang bermula dari saat kehamilan.
Menyedari betapa penting peranan yang dimainkan oleh seorang ibu dan sokongan yang diperlukan, Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd. (Danone Dumex) baru-baru ini melancarkan laman web interaktif dumex.com.my.
Laman web itu direka khas untuk memberi akses kepada golongan ibu berhubung, berkongsi pengalaman dan petua-petua berkaitan alam keibuan.
Penasihat-penasihat Talian Pelanggan Dumex® dan beberapa profesional kesihatan terpilih turut mengulas mengenai isu-isu berkaitan seperti kehamilan, kelahiran bayi dan zaman kanak-kanak.
Intipati
Melalui ruangan Share Your Wisdom atau Kongsikan Mutiara Kata Anda, para ibu boleh berkongs pengalaman peribadi mereka bersama ibu lain.
Laman web tersebut boleh dilayari menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.
Terdapat juga aplikasi interaktif yang praktikal seperti laporan berat badan ketika hamil dan kalendar kehamilan. Ciri-ciri lain seperti perbualan secara langsung dan perkongsian detik-detik keemasan akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Menurut Pengarah Urusan Danone Dumex, Toni Brendish, pihaknya menjadikan para ibu sebagai rakan bagi memupuk semangat baharu kepada golongan tersebut.
"Platform digital Dumex® baharu ini diolah untuk memberikan kaum ibu akses kepada komuniti ibu lain dan pakar-pakar yang berkaitan.
"Selain itu, pelbagai ciri interaktif dan menarik di laman web ini bukan sahaja berperanan sebagai alat mendidik, tetapi turut memberikan keseronokan dalam menempuh alam keibuan," katanya pada majlis perlancaran laman web berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Anggota panel
Bersempena majlis pelancaran itu, Danone Dumex telah menjemput beberapa orang bakal ibu ke sesi rancangan bual bicara bercorak pendidikan yang bertajuk Nutrisi Sewaktu Hamil.
Penasihat Talian Pelanggan Dumex® yang juga merupakan seorang ibu, L. Preeta; pakar diet, Indra Balaratnam dan ibu selebriti, Azizah Ariffin, merupakan ahli panel yang dijemput membicarakan tajuk tersebut.
Ketiga-tiga mereka turut berkongsi pengalaman dan cabaran sebagai seorang ibu.
"Ramai ibu yang menghubungi talian pelanggan kami menyatakan perasaan bimbang dan tidak yakin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mereka inginkan kepastian sama ada perkara yang dilakukan betul atau sebaliknya demi kebaikan anak dan keluarga mereka," kata Preeta.
Bagi Indra, penjagaan sepanjang kehamilan amat penting. Ini termasuk pengambilan makanan yang bernutrisi yang memberi manfaat bagi wanita dan bayi yang dikandung.
"Semasa mengandung, saya amat bertuah kerana emak dan kawan-kawan sering memberi dorongan dan nasihat.
"Laman web baharu ini pastinya akan memudahkan ibu-ibu seperti saya untuk berkomunikasi bersama komuniti ibu lain di luar sana," ujar Azizah.
Golongan ibu yang berminat untuk turut serta boleh mendaftar sebagai ahli Dumex® Mama Club di dumex. com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan