Rabu, 14 Ogos 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Salah penganjur tukar venue

Posted: 12 Aug 2013 09:16 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Pihak penganjur, BSC Soccer News wajar dipersalahkan sepenuhnya kerana pertukaran saat akhir venue perlawanan Malaysia menentang Barcelona dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu kerana mereka sudah dimaklumkan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak berada pada tahap memuaskan sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia, Datuk Jamil Salleh berkata, kementeriannya tiada kaitan mengenai pertukaran venue kerana bidang kuasa itu terletak di bawah pihak penganjur yang tetap berdegil mahu beraksi di Stadium Nasional di samping kelulusan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



"Sudah terhantuk, baru terngadah... mungkin itu ungkapan yang paling sesuai buat penganjur yang terpaksa mengambil tindakan drastik dalam tempoh kurang 24 jam mengubah gelanggang perlawanan, tindakan yang dilihat sebagai satu insiden kurang profesional dan mencalarkan nama baik negara dalam penganjuran sukan-sukan besar pada masa akan datang.

"Tiada isu untuk mengatakan KBS bersalah dalam hal ini apabila venue ditukar dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam. kerana keputusan menganjurkan perlawanan bukan terletak di tangan kami.

"Memang benar stadium itu di bawah selenggara KBS tetapi isu di sini adalah satu isu berlainan iaitu pertukaran tempat perlawanan di saat akhir yang dilihat memalukan walaupun telah diberitahu sebelum ini yang keadaan rumput di padang Stadium Nasional perlu diperbaiki.

"Pihak penganjur yang sepatutnya bersalah dalam hal ini kerana mereka yang berdegil juga mengadakan perlawanan di Stadium Nasional, tiada kena mengena dengan kebenaran yang diberikan oleh KBS.

"KBS melalui Menterinya, Khairy Jamaludin pernah mengadakan lawatan di sana pada Jun lalu dan memberitahu keadaan rumput di stadium itu mudah tercabut dan akan ditutup mulai Oktober ini selama enam bulan, jadi kenapa mereka buat-buat tidak faham, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelas bekas Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) itu lagi, PSM tidak ada kuasa untuk menyekat perlawanan itu diadakan jika itu yang dimahukan oleh penganjur.

"PSM tiada bidang kuasa untuk menyekat perlawanan itu jika dimahukan oleh pihak penganjur melainkan tarikh yang diminta bertindih dengan program-program lain, di situ baru mereka ada kuasa untuk menolak permintaan penganjur.

"Saya boleh bercakap sebegini kerana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini dan apa sahaja yang diminta oleh mana-mana pihak, PSM akan terima selagi mematuhi peraturan, " katanya.

Isu penukaran Bukit Jalil ke Shah Alam jelas mencetuskan kontroversi gara-gara padang yang dianggap seperti padang bola sepak pantai selepas pemain-pemain Barcelona menjalani latihan terbuka pada Jumaat lalu dan turut mencederakan Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi sehingga tidak boleh beraksi pada perlawanan persahabatan dengan Malaysia.

Malik tekad perkukuh jentera Tok Gajah

Posted: 12 Aug 2013 09:08 PM PDT

Sumber : Harian Metro

Kuantan: Penyerang muda Pahang, Abdul Malik Mat Ariff tidak mahu melepaskan peluang membantu skuad itu bersaing dalam kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini.

Justeru, pemain berusia 22 tahun itu berazam menambat hati jurulatih Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi memperkasakan jentera serangan Tok Gajah.



Pada masa sama, saingan Piala Malaysia adalah pentas pertama kerana Abdul Malik baru menyertai Pahang musim ini selepas bersama skuad Piala Presiden Pahang musim lalu.

Namun, Abdul Malik mengakui perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama memandangkan masih ada pemain lebih berpengalaman di posisi itu.


"Saya sedar ia satu persaingan sengit tapi tidak mustahil untuk meyakinkan jurulatih yang sebelum ini memberi kepercayaan beraksi dalam saingan Liga Super dan Piala FA.


"Biarpun hanya diturunkan sebagai pemain gantian, ia cukup bermakna terutama memberi lebih keyakinan kehadiran saya mampu memberi impak kepada pasukan," katanya semalam.

Abdul Malik turut yakin Pahang mampu merebut dua tempat ke suku akhir piala berprestij itu.


Menurutnya, diundi bersama juara bertahan, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan tidak akan memadamkan impian skuad itu melangkah ke final.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines