Khamis, 15 Ogos 2013

Kronologi Kisah Isteri Dibelasah Suami Dalam Lif



Video Suami Belasah Bini Dalam Lif




Polis Buru Lelaki Belasah Wanita Dalam Lif

GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan.
- Bernama



Kisah Sebenar Dibelasah Suami Dalam Lif


Bukit Mertajam: “Saya sudah tawar hati sebab itu tidak menangis ketika dipukul,” kata wanita yang menjadi mangsa belasahan suaminya ketika mereka berada dalam lif sebuah hospital swasta, di sini, yang rakaman kejadian itu tersebar di Facebook dan YouTube.

Wanita yang enggan dikenali berusia 36 tahun itu juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya kerana bertindak keterlaluan dengan memukul serta menendangnya.

Menceritakan kejadian pada Isnin lalu, wanita itu berkata, dia serta dua anaknya berusia empat dan lima tahun mahu pulang selepas melawat anak sulung berusia sembilan tahun yang dirawat di hospital terbabit kerana demam panas.

“Kebetulan saya bertemu suami yang turut melawat anak sulung, tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak supaya mengikutnya.

“Bagaimanapun, anak perempuan kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami berang lalu memukulnya,” katanya ketika ditemui semalam.


Video Kisah Sebenar Dibelasah Suami Dalam Lif




Lokasi lelaki pukul isteri dikenal pasti

BUKIT MERTAJAM - Polis telah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya.

"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berfrofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Mazlan berkata polis telah menjalankan siasatan kes itu selepas wanita berusia 36 tahun berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4.40 Isnin lepas.

"Saya minta pihak yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan supaya hentikan tomahan itu, kami jalankan siasatan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan
selepas mangsa membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata beliau melawat mangsa samun Fatimah Che Din, 64, hari ini untuk memaklumkan perkembangan kes itu kepada wanita berkenaan.

Dalam kejadian 2 Ogos lepas, Fatimah yang tinggal seorang diri di rumah selepas suaminya Razali Md Rejab, 67, keluar solat Jumaat berhadapan detik mencemaskan apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan parang di rumahnya pada pukul 1.45 petang.

Mazlan berkata lelaki itu meluru masuk dan meletakkan parang di leher mangsa serta mengikat tangan, menutup mulut dengan kain sebelum melarikan diri dengan motosikal setelah merampas seutas rantai leher dan gelang tangan bernilai RM7,000.

Polis berjaya mengesan perompak terbabit setelah menemui beg yang dipercayai milik suspek dalam rumah mangsa dan lelaki berusia 20 tahun itu merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Johor yang sedang mengikuti latihan pratikal di Bandar Perda, di sini sejak dua bulan lepas.

Di JERANTUT, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata penjawat awam itu gagal dikesan di bandar ini.
 
"Pihak polis telah pergi ke tempat kerja dan rumahnya, tapi suspek didapati tiada di tempat berkenaan. Rumahnya di kuarters kerajaan di sini juga berkunci.
 
"Kami percaya suspek tiada di Jerantut, usaha mengesan suspek masih diteruskan," katanya kepada Bernama.
 
Azid meminta orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/lokasi-lelaki-pukul-isteri-dikenal-pasti-1.192328


Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar



BUKIT MERTAJAM - Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.

Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada  anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.



Lelaki pukul isteri dalam lif serah diri


Bukit Mertajam: Lelaki yang menjadi buruan polis kerana membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini, Isnin lalu, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang, semalam, selepas dia menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek berusia 36 tahun yang juga kakitangan awam dan bertugas di Jerantut, Pahang, tiba di IPD Kuantan kira-kira jam 4.45 petang untuk menyerah diri kepada polis.


“Siasatan akan dijalankan sejurus suspek tiba di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya, semalam.

Menurutnya, dengan penahanan lelaki berkenaan pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.


Harian Metro semalam melaporkan wanita berkenaan dipukul suaminya ketika berada dalam lif sebuah hospital swasta bersama dua anak berusia empat serta lima tahun dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan dimuatkan dalam laman sosial Facebook dan YouTube oleh adik mangsa.


Kejadian berlaku ketika mangsa mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

Suami wanita itu yang juga pegawai agensi kerajaan di Jerantut, Pahang, berkahwin lagi pada 2011, bertindak memukul mangsa kerana anak perempuan mereka enggan mengikutinya.


Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan menampar isterinya menyebabkan kepala mangsa terhantuk ke dinding lif dan wanita terbabit dilihat berundur tetapi suaminya terus melepaskan tumbukan serta tamparan hampir 10 kali.

Sebaik pintu lif terbuka, lelaki terbabit menendang perut isterinya hingga dia tercampak keluar dari lif dan anak perempuan mangsa berlari keluar mendapatkan ibunya. Bagaimanapun, lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati keluar dari lif dan sekali lagi menendang isterinya serta memijak cermin mata wanita terbabit. Ketika itu lelaki berkenaan dilihat seperti memberi amaran dan membawa kedua-dua anaknya beredar meninggalkan isterinya keseorangan. Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) bagi melindungi wanita yang dibelasah suaminya dalam lif hospital swasta di Pulau Pinang, Isnin lalu, sehingga kes mereka selesai.


Surat perintah berkenaan diserahkan Pengarah JKM Pulau Pinang, Zulkifli Ismail di rumah wanita berkenaan di Kampung Mengkuang Sekolah, dekat sini semalam.


Zulkifli berkata, perintah perlindungan berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 4b Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan perlindungan diberikan kepada wanita terbabit sehingga kes mereka diputuskan mahkamah.


“Kita memandang serius kes berkenaan kerana mangsa sepatutnya dilindungi, bukan dipukul. Mengikut Seksyen 4b juga kita memberi tempoh seminggu kepada polis bagi menjalankan siasatan kes berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumah wanita itu, di sini, semalam.
hmetro.com.my


SHAH ALAM - Lelaki yang jadi buruan polis selepas membelasah isterinya dalam lif di Pulau Pinang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, jam 4.45 petang tadi.

Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman YouTube sejak kelmarin.

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.

Kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.

Ekoran itu, polis semalam mula memburu suspek yang merupakan seorang penjawat awam.

sinarharian.com.my



GEORGETOWN: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang.

mstar.com.my/

Video Suami Pukul Isteri Serah Diri





Pukul isteri: Penjawat awam tidak mengaku salah



BUKIT MERTAJAM - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.
 
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
 
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
 
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.  - Bernama


Suami pukul isteri minta maaf pada kaum wanita





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines