Sabtu, 17 Ogos 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Neelofa Bakal Ke Amerika Tahun Hadapan

Posted: 16 Aug 2013 05:43 AM PDT

Neelofa
PETALING JAYA: Pelakon Neelofa akan meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya apabila membuat keputusan untuk mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat pada tahun depan.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia akan menjalani kursus tersebut selama dua bulan yang bertujuan menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.
"Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA.
"Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal," katanya kepada mStar Online.
Tambah Neelofa, dia tidak keseorangan ketika berada di sana kerana rakannya turut mengambil kursus berkenaan.
Sementara itu, Neelofa yang kini sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkongsi pengalamannya bahawa bukan mudah untuk menjadi pelajar dan pada masa sama sibuk di lokasi penggambaran.
Malah pelakon filem Lemak Kampung Santan ini tidak terkecuali melalui saat sukar sehingga pernah berputus asa dalam kedua-dua bidang disebabkan gagal menangani tugas berkenaan.
"Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali).
"Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja.
"Bagaimanapun Alhamdulillah, saya berjaya atasinya dengan membahagi masa antara kerja dan pelajaran sebaik mungkin," tuturnya.

Rozita Che Wan Kecewa Peminat Sebar Berita Palsu

Posted: 16 Aug 2013 05:43 AM PDT


Zain Saidin (kiri) bersama Rozita dan anak sulung aktres itu, Ammar Effendy (tengah) pada sambutan Hari raya lalu di Alor Setar, Kedah.
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mempertikaikan tindakan seorang peminatnya yang menyebarkan cerita palsu di laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya ketiga lalu.
Berita Harian melaporkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, mengakui menyedari kehadiran pemuda tersebut pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
"Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik.
"Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Apa ayang peliknya dia berani meletakkan hashtag #MajlisPertunanganRozitaCheWandanZainSaidin yang mencetuskan spekulasi," katanya.
Bagaimanapun, Rozita berkata, dia tidak terkejut dengan perkara itu kerana kerana memang tiada sebarang majlis pertuangan diadakan.
"Saya rasa umum tahu bahawa kami memang tidak merancang untuk bertunang sebaliknya mahu bernikah sahaja.
"Mungkin juga kerana kami sekeluarga berpakaian sedondon pada hari itu yang membuatkan peminat terpedaya dengan gambar itu," katanya.
Sementara itu, Rozita turut mengulas cemuhan peminat terhadap tindakan Zain yang dikatakan terdesak mencari wang untuk majlis pernikahan mereka dengan membuka tawaran kepada pembeli kuih terbanyak pada majlis persandingan mereka.
"Saya tidak tekankan apa-apa syarat sekalipun untuk dia berkahwin dengan saya. Biasalah apa yang kita buat pasti ada yang tidak berpuas hati.
"Zain bukan sangat terdesak sehingga sanggup berbuat demikian. Lagipun majlis kami nanti bakal ditaja, jadi tidak perlu fikir soal bajet," katanya.

Debaran Diana Amir...

Posted: 16 Aug 2013 05:41 AM PDT


  • Diana Amir Diana Amir
Umum mengetahui, pelakon filem Sekali Lagi ini telah bergelar tunangan orang sejak September tahun lalu.

Memilih pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Habib Bullah A Rahman, sebagai pasangan hidupnya, akui Diana, detik bahagia itu akan tiba tidak lama lagi.

Sebelum ini, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 27, pernah memberitahu bahawa mereka bersedia untuk diijabkabulkan selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Namun sehingga kini, baik Diana mahupun tunangnya, masing-masing belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk disatukan.

"Memang betul, kami pernah berbincang dan bercadang untuk bertunang setahun dan kemudiannya mendirikan rumah tangga.

"Namun, sehingga kini kami masih belum ada tarikh yang sesuai, memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

"Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun ini juga. Mungkin dalam masa terdekat ini, kami akan berbincang mengenainya.
"Saya sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya, Insya-ALLAH, kalau dah ada tarikh, kami akan uar-uarkan kepada semua," katanya.


Elak berjumpa

Tidak seperti pasangan yang lain, Diana lebih selesa untuk mengelak daripada berjumpa terlalu kerap.

Katanya, ikatan itu bukanlah 'tiket' untuk dicanang sebagai pasangan sehingga memudaratkan hubungan yang bakal dibina.

"Kami memang jarang berjumpa dan menghabiskan masa bersama. Kalau berjumpa pun, hanya atas urusan kerja sahaja.

"Lagipun, kami masih bukan muhrim dan batas-batas pergaulan harus dijaga," katanya.

Menurut Diana, walaupun dirinya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri, namun dia tidak terlalu mendesak untuk ke arah itu.

Kata pelakon drama Adam Maya ini, bukan sahaja dirinya, malah tunang juga masih sibuk dengan urusan kerja dan pengajian.

"Sebenarnya, tunang saya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Selain itu, dia juga turut membantu saya dalam urusan perniagaan kerana ada masanya saya juga sibuk dengan usrah, latihan motivasi dan pengacaraan.

"Jadi, kami sama-sama sibuk dan tiada sebab untuk saya mendesaknya. Saya sangat memahami urusan kerjanya dan begitu juga dengan dia," katanya yang kini sibuk dengan perniagaan pakaian Muslimah di bawah label, Diana Amir Exclusive.

Selain itu, Diana juga turut mendapatkan kerjasama daripada pereka fesyen, Melinda Looi dalam rekaan tudung sebanyak 12 koleksi label, Emel.


Buku pertama laris

Sedang berjinak-jinak dalam penghasilan buku, Diana juga turut tampil dengan buku pertamanya, Titian Mahabbah yang dihasilkan bersama penulis, Ibnu Rijal.

Walaupun bukunya itu baru sahaja diperkenalkan selama sebulan, sambutan yang diterima daripada pembaca amat menggalakkan.

Malah, buku yang menceritakan mengenai penghijrahan serta kisah-kisah peribadinya itu turut tersenarai sebagai buku Bahasa Melayu terlaris di MPH Bookstore.

"Syukur Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan penerimaan dan sokongan daripada peminat dan pembaca.

"Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi membaca nukilan hati kecil saya. Syarikat penerbitan ada menawarkan saya untuk menghasilkan Titian Mahabbah 2, tapi buat masa ini, saya perlu fokus  mempromosikan buku pertama dahulu.

"Malah, ramai di kalangan pembaca yang mahukan buku kedua dihasilkan lebih tebal berbanding buku pertama.

"Insya-ALLAH, kini saya dalam proses mengumpul material untuk buku kedua," katanya yang turut dilantik sebagai duta minuman kesihatan, Blinq Beauty Drink.

Dalam perkembangan seni pula, akui Diana, tawaran lakonan semakin kurang dan skrip yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan imejnya.

"Ada yang menawarkan saya untuk melakonkan watak bertudung tetapi tidak sepenuhnya. Jadi, ia tidak sesuai dengan pendirian saya.

"Saya akui, saya perlu lebih selektif dalam pemilihan skrip dan watak. Memang saya kurang dalam lakonan filem, namun untuk drama, masih lagi ada.

"Mungkin sekarang bukan rezeki saya lagi. Insya-ALLAH, kalau ada tawaran filem bercorak Islamik, saya akan kembali berlakon," katanya mengakhiri perbualan.

Jumpa cicak dalam agar-agar

Posted: 16 Aug 2013 05:36 AM PDT


  • Jumpa cicak dalam agar-agar Agar-agar yang dibeli untuk membuat koktel mengandungi cicak kering.
KUALA TERENGGANU – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli.

Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut.

"Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.

"Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel," katanya kepada Sinar Harian.

Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya.

Variasi Aiman, Tasha, Amar

Posted: 16 Aug 2013 05:31 AM PDT




SEGAK berbaju Melayu dan kebaya semasa sesi fotografi di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, tiga pelakon muda, Aiman Hakim Redza, Tasha Shilla dan Amar Asyraf begitu teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Sebagai duta Anugerah Syawal saluran TV3 tahun ini, agak mudah mempertemukan ketiga-tiga pelakon ini dalam satu sesi.
Walaupun sibuk menguruskan karier, persiapan hari raya tidak pernah dilupakan. Tambahan pula, akui mereka, hari raya ialah hari untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Jadi, masing-masing punya ceritera berbeza tentang cara dan pengalaman menyambut Aidilfitri.
Aiman beraya di luar negara
Bagi pelakon tinggi lampai, Aiman Hakim Redza, hari rayanya tahun ini agak berlainan.
Ini kerana dia dan keluarga menyambut hari raya di United Kingdom (UK).
"Raya kali ini kami sekeluarga berada di UK kerana adik dan kakak saya ada di sana. Kebetulan pula adik saya menghadiri konvokesyen, kakak juga belajar di sana.
"Kami ke sana selama tiga minggu untuk meluangkan masa bersama," ujar Aiman yang berangkat ke negara itu pada hari raya pertama.
Tasha cuti empat hari
Bagi pelakon cantik, Tasha Shilla atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abd Razak, raya tahun ini tiada bezanya berbanding sambutan pada tahun-tahun terdahulu.
Oleh kerana komitmen terhadap kerja, Tasha hanya mengambil cuti raya selama empat hari.
"Saya ambil cuti raya empat sahaja. Seperti biasa, persediaan kami tidaklah terlalu meriah.
"Kami memang dari dahulu tidak pernah ada tema warna untuk raya. Masing-masing diberi kebebasan untuk mengikut cita rasa sendiri.
"Keluarga saya bukan jenis yang terlalu mengikut ritual sebegitu kerana kami sibuk dengan kerja, jadi kami hanya membuat persiapan untuk diri sendiri.
DARI kiri: AMAR, Tasha dan Aiman mempunyai cerita raya masing-masing yang menarik untuk dikongsi bersama peminat.


"Kami banyak guna masa cuti untuk berehat kerana sudah penat bekerja sepanjang Ramadan," tutur Tasha yang gemarkan lemang, rendang, kuih tart dan lodeh sebagai juadah hari raya.
Ujarnya lagi, cuti raya empat hari itu digunakan untuk pulang ke kampung di Ulu Yam dan Kulai, Johor.
Amar teruja sambut raya
Lain pula keterujaan Amar yang kali ini merupakan tahun pertama dia menyambut raya sebagai seorang suami. Ceritanya, selain teruja dia juga agak gementar kerana bakal melalui pengalaman berbeza.
"Dulu, bujang lain keadaannya, semua boleh dilakukan pada minit terakhir. Tahun ini saya perlu memilih kuih raya, buat rumah terbuka, tukar langsir dan kemas rumah yang semua itu merupakan perkara baharu untuk saya," katanya.
Tahun ini Amar pulang ke rumahnya di Masjid Tanah, Melaka dahulu.
Selepas itu, barulah Amar pulang ke rumah keluarga isterinya di Bidor, Perak pada raya kedua.
"Saya mengambil cuti raya selama dua atau tiga minggu," jelasnya yang akan pergi berbulan madu selama seminggu bersama isteri.
Selain komitmen kerja yang perlu dilakukan selepas cuti raya, tutur Amar, dia juga merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengurusan Seni di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur.

Raya sederhana Fizza

Posted: 16 Aug 2013 05:30 AM PDT


FIZZA lega kerana tahun ini dia dapat menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.


KALI pertama bersua dengan pemilik nama Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan pada sesi fotografi bersama Kosmo! di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, boleh dirumuskan wanita ini seorang yang pemurah dengan senyuman. Ini kerana sepanjang penggambaran itu bibirnya sentiasa menguntum senyuman.
Siti Hasfizza Aswaty atau lebih mesra disapa sebagai Fizza bukan figura asing bagi media hiburan tempatan. Sudah enam tahun dia menjadi pengacara program Wanita Hari Ini.
Walaupun telah lama menceburi bidang kewartawanan, persiapan hari raya Fizza dibuat secara sederhana sahaja.
Sungguhpun mengendalikan dua program iaitu Wanita Hari Ini dan Singgah Sahur, cerita Fizza, raya tahun ini sedikit berbeza.
"Persiapan dibuat secara sederhana, namun Ramadan lalu agak berlainan. Ini kerana saya punya masa lapang dan berpeluang menunaikan solat tarawih bersama keluarga.
"Jika tahun lepas saya sibuk hingga tiada masa untuk buat perkara lain, tahun ini saya dapat menguruskan masa dengan lebih baik. Apa yang menggembirakan, saya dapat berbuka bersama keluarga beberapa kali.
"Saat itu sangat berharga memandangkan jadual saya yang sentiasa padat," cerita anak keempat daripada lima adik-beradik ini.
Berbicara mengenai raya pula, kata Fizza, tahun ini dia mengambil cuti raya selama seminggu dan seperti biasa, dia pulang ke Klang, Selangor.
Fizza juga bercuti awal. Kebiasaannya sehari sebelum raya, keluarga dan sanak saudara berkumpul di rumah keluarga Fizza.
"Setiap tahun sehari sebelum raya, mak cik-mak cik saya akan pulang ke Klang untuk bergotong-royong memasak di rumah.
"Ini kerana nenek juga tinggal di rumah saya, jadi ia menjadi seperti pangkalan untuk mereka berkumpul," kata Fizza.
Antara juadah yang sering disajikan pada hari raya ialah rendang daging cili padi dan sambal goreng jawa yang disediakan oleh ibu Fizza.
Apa yang menarik, cerita personaliti TV ini, pada sebelah petang raya pertama, ibunya akan sediakan lauk lain untuk keluarga sebelah nenek.
"Nenek saya berketurunan Cina dan masih mempunyai ahli keluarga Cina. Selalunya, pada sebelah petang atau malam raya pertama, mereka akan beraya di rumah.
"Jadi, ibu akan sediakan makanan lain untuk mereka seperti nasi goreng.
"Biasanya pada hari raya pertama saya pakai baju yang simple kerana sejak dari dahulu lagi 'kontrak' basuh pinggan memang kerja saya," tutur Fizza yang sangat menggemari rendang masakan ibunya.
Nasihat Fizza, persediaan hari raya tidak semestinya perlu terlalu meriah. Bagi seorang yang sibuk dengan kerjaya seperti dirinya, cuti raya merupakan hari untuk bersama keluarga.

Yazid perlu bantuan jalani rawatan dialisis

Posted: 16 Aug 2013 05:29 AM PDT


YAZID terharu dengan kunjungan DJ Dave dan Nash yang melawatnya di HKL baru-baru ini.


PEMAIN dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, kini terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga, Sabtu lalu.
Yazid yang menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi itu pada mulanya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi kemudiannya terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama kerana keadaannya yang tidak stabil.
Tiga tahun lalu, pemain dram itu pernah dirawat di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, akibat penyakit yang sama.
Begitupun, penyakit Yazid yang membahasakan dirinya sebagai abang itu kini dipercayai semakin teruk dan rawatan lanjut perlu dilakukan segera.
Ikuti penjelasan lanjut daripada Yazid mengenai penyakitnya itu.
Kosmo!: Bagaimanakah kesihatan anda sekarang?
YAZID: Masih lemah, cepat letih dan kepala juga berasa pening.
Boleh ceritakan bagaimana anda boleh rebah pada hari raya ketiga lalu?
Biasanya saya berpantang makan tetapi pada hari raya itu tidak. Mungkin terlebih garam dan disebabkan itu penyakit saya datang semula. Penyakit buah pinggang dan darah tinggi ini biasanya ada pantang larang. Tidak boleh terlebih makan atau minum kerana ia akan memberi kesan buruk.
Apakah reaksi isteri mengenai keadaan anda?
Dia risau dan menasihatkan saya supaya lebih menjaga makan selepas ini.
Apakah yang diberitahu doktor mengenai kesihatan anda sekarang?
Doktor menyarankan saya melakukan rawatan dialisis tiga kali dalam seminggu.
Apa pendapat anda mengenai saranan doktor itu?
Kalau ikutkan hati, saya tidak mahu sebab kos rawatan dialisis memerlukan duit yang banyak. Saya tidak mampu.
Apa harapan anda, mungkin memohon bantuan?
Mudah-mudahanlah. Harap ada sesiapa yang sudi memberikan sumbangan.
Setakat ini, siapa yang sudah datang melawat anda di hospital?
Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia iaitu Datuk DJ Dave ada datang untuk beri sumbangan. Ada juga beberapa rakan artis turut hadir seperti Nash (Lefthanded), Mas Omar dan pemuzik Aznan Alias.
Bagaimana pula dengan anggota kumpulan Search? Ada yang sudah datang melawat?
Belum ada seorang pun anggota Search yang datang melawat saya.

Kembara Saffiya di Taiwan

Posted: 16 Aug 2013 05:28 AM PDT


KRU program Aidilfitri Safiyya bersama Anak-Anak Jalinan Kasih merakamkan foto kenangan menjejakkan kaki di bumi Taiwan.


PROGRAM Safiyya terbitan TV9 sentiasa mencari kelainan untuk dihidangkan kepada lebih setengah juta penonton setianya.
Justeru, sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, Safiyya mengembara sejauh kira-kira 3,225 kilometer ke bumi Taiwan untuk mendasari budaya komuniti kecil Islam di sana berpuasa dan beraya.
Namun lebih istimewa, ujar penerbit Saffiya, Marwatif Amer, pihak produksi turut membawa 20 kanak-kanak daripada Rumah Jalinan Kasih, Cheras, Kuala Lumpur untuk sama-sama merasai aura silang budaya oleh masyarakat Muslim Taiwan.
"Sebelum ini Safiyya bersama pengacara Liyana Hisham beraya dengan mood Asia Barat dan Eropah Timur seperti di Istanbul, Turki dan Moscow, Rusia. Jadi tahun ini kami bawa anak-anak yatim Jalinan Kasih beraya dalam suasana oriental.
"Istimewa untuk Aidilfitri ini juga, kami lebih berkonsepkan travelog dokumentari yang menceritakan tentang pengalaman yang diraih oleh kanak-kanak ini yang semuanya baru pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara dan menaiki kapal terbang," katanya ketika ditemui pada sesi penggambaran di lokasi terpilih di Taiwan baru-baru ini.
Penggambaran mencabar
Program yang dinamakan Aidilfitri Safiyya bersama Anak-Anak Jalinan Kasih di Taiwan itu turut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Taiwan di Malaysia, Persatuan Pelancong Taiwan cawangan Kuala Lumpur, China Airlines dan Persatuan Pelabur Taipei cawangan Malaysia.
Selain Marwatif atau Atif yang bertindak sebagai penerbit, kru produksi lain yang turut terlibat dalam penggambaran yang penuh mencabar itu ialah wartawan Siti Nazatul, dua juruteknik iaitu Akmal Mohd. Rizah dan Azizul Sufyan serta dua jurukamera, Affandi Dzulkifili dan Mohd. Hairul Izuan Aminuddin.
Bersiaran sebanyak dua episod iaitu pada 18 Ogos dan 25 Ogos ini, ujar Atif, penonton akan dibawa menyelami perasaan suka duka anak-anak yatim itu mengembara di Taiwan.
Paling menarik perhatian ialah apabila melihat bagaimana minoriti Islam di sana mengimarahkan masjid.
Antaranya Masjid Kaohsiung yang terletak di Kaohsiung, Masjid Long Gang di Bandar Jungli, Taoyuan dan Masjid Taipei Grand di Shinseng S. Road, Taipei.
Bagi yang ingin mengetahui tentang di manakah masyarakat Islam bebas berdakwah dan menjalani rutin harian di Taiwan, jawapannya ada dalam program berdurasi selama satu jam itu.
Selain itu, pernahkah anda tahu bahawa masyarakat Taiwan bermain bunga api dan permainan tradisi Melayu iaitu gasing? Pastinya bingkisan kru produksi Safiyya bakal mengubah persepsi penonton.
Aidilfitri Safiyya bersama Anak-Anak Jalinan Kasih di Taiwan turut membawa penonton mengenali Taiwan dengan lebih dekat.
Sudah tentu penonton akan terpesona dengan destinasi memukau seperti mengenali seni Taiwan di Perkampungan Seni Tunghai dan di Yizhong Street Shopping.
Selain itu, anak-anak Jalinan Kasih turut dibawa menjelajah muzium terbesar di Taiwan iaitu Muzium Nasional Sains Semula Jadi dan bermain di taman tema safari yang hebat iaitu Leefoo Village.
Mengulas mengenai aktiviti yang dijalani kanak-kanak itu, Atif menjelaskan, kembara itu antara lain berupaya mendidik mereka menunaikan tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah di negara luar.
Solat musafir
"Antaranya memahami rukun solat musafir, jamak dan qasar, cara menggunakan kompas dalam mencari arah kiblat dan sebagainya," katanya.
Selain itu, ujar Atif, secara tidak langsung ia membuka ruang kepada mereka untuk berdikari dan mempelajari gaya hidup perantauan.
Menariknya lagi, kanak-kanak ini juga berkongsi pendedahan gaya pembelajaran yang lebih interaktif menerusi teknologi moden seperti di Virgo Pineapple Cake Factory dan Chunh Hua Foods Factory.
"Kalau kita lihat, kilang berkenaan mengajak mereka merasai pengalaman menghasilkan produk dengan menggunakan teknologi canggih dan berbentuk interaktif.
"Inovasi yang diketengahkan itu boleh dijadikan satu medium dalam pembelajaran mereka di sekolah.
"Kami berpendapat, aktiviti dalam program ini mampu membuat mereka lebih faham bahawa Islam itu mudah dan universal," katanya.
Pastinya setiap penggambaran yang dilakukan berdepan dengan liku-liku tertentu.
"Selain masalah bahasa, cabaran lain semasa sesi rakaman berlangsung ialah bagaimana untuk melihat penduduk Islam tempatan membuat persiapan dan menyambut Aidilfitri di kediaman mereka kerana mereka lebih fokus kepada aktiviti perhimpunan dan bermusyawarah di Masjid berbanding di rumah.
"Kami berada di sana pada musim panas dan kebanyakan mereka bercuti. Ini menyebabkan agak sukar untuk penganjur mengumpulkan komuniti Islam tempatan.
"Namun, alhamdulillah, kami masih boleh berkenalan dan membuat penggambaran mengenai sambutan hari raya di sana," katanya.
Saksikan Safiyya sempena Aidilfitri bersama pengacara Ameera Zaini yang menggantikan Liyana Hisham yang sedang bercuti bersalin.

Jolie jadi ahli sihir

Posted: 16 Aug 2013 05:27 AM PDT



PELBAGAI aksi Jolie dirakam di set pengggambaran filem Maleficent.



AKTRES Angelina Jolie mengejutkan peminatnya apabila muncul dalam kostum seorang ahli sihir yang bertanduk dua pada hujung minggu lalu sempena ekspo D23 Disney di California, Amerika Syarikat.
Penampilan pemenang Oscar itu bagaimanapun hanya di layar perak apabila satu majlis tayangan khas filem terbaharunya yang berjudul Maleficent telah ditayangkan.
Jolie yang membawa peranan sebagai ahli sihir jahat daripada kisah dongeng terkenal, Sleeping Beauty memberitahu, penampilannya dalam filem itu sangat menakutkan sehingga dia sendiri tidak menjangkakannya.
"Semasa di lokasi penggambaran filem itu, ada beberapa orang kanak-kanak yang membuat lawatan.
Saya fikir, saya seorang pelakon dalam watak Disney yang digemari mereka lalu saya menegur kanak-kanak tersebut.
"Malangnya, mereka terlalu takut dan menjerit. Salah seorang daripada mereka sempat meminta ibunya supaya menyuruh saya bercakap dengannya kerana dia tidak menyukainya," kata Jolie pada CBS News.
Meskipun begitu, wajah Jolie yang menyeramkan ketika membawakan watak ahli sihir bernama Maleficent itu tidak membuatkan anak perempuannya, Vivienne, takut.
Vivienne yang turut melakonkan watak Sleeping Beauty semasa kanak-kanak, tidak menjerit ketika melihat penampilan ibunya itu.

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan

Posted: 16 Aug 2013 05:25 AM PDT





GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu ditahan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek (gambar) berusia 36 tahun yang merupakan penjawat awam ditahan sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang pada pukul 4.45 petang.
Menurut beliau, susulan itu bapa kepada tiga anak itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang hari ini untuk direman bagi membantu siasatan mengenai tindakannya membelasah isterinya.
"Polis akan merekodkan keterangannya berhubung kejadian itu dan seterusnya melengkapkan kertas siasatan," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Kelakuan ganas suspek itu yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook dan YouTube sejak Isnin lalu.

Labu air gergasi seberat 54 kilogram

Posted: 16 Aug 2013 05:21 AM PDT



CUCU Vowles mengambil kesempatan bergambar bersama labu air gergasi yang berjaya dihasilkan Vowles dalam tempoh lima minggu.- Agensi


CARDIFF, Wales - Seorang pesara berjaya membesarkan beberapa biji sayur labu air sehingga bersaiz gergasi di kawasan kebun rumahnya di Llanharry, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesara itu, Phil Vowles, 65, telah membesarkan sayur labu air gergasi tersebut sehingga mencecah berat 54 kilogram dalam tempoh hanya lima minggu.
Vowles menjelaskan, pembesaran sayur labu air itu dilakukan menggunakan teknik pendebungaan silang khas.
Dia juga terkejut dengan kepantasan sayur labu air tersebut membesar melalui teknik pendebungaan berkenaan.
Vowles dipercayai pernah memegang rekod untuk timun paling berat di dunia dengan catatan 8.34 kilogram.
"Sangat luar biasa untuk sayur itu membesar dengan cepat. Ia merupakan sayur labu paling besar saya pernah hasilkan.
"Saya terpaksa meminta bantuan anak saya untuk mengangkatnya," katanya.
Berasal dari Llanharry, South Wales, Vowles berharap labu airnya mampu mencecah berat 68 kilogram dan memperoleh satu lagi rekod dunia.

Mesir tutup sempadan Rafah-Genting Gaza

Posted: 16 Aug 2013 05:20 AM PDT



PINTU sempadan di antara Rafah dengan Genting Gaza ini ditutup oleh pihak berkuasa Mesir mulai kelmarin atas alasan keselamatan.- AFP


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir telah menutup sempadan Rafah dengan Genting Gaza 'buat selama-lamanya' atas faktor keselamatan.
Beratus-ratus warga Palestin dibiarkan terkandas di sempadan negara itu yang merupakan satu-satunya pintu masuk ke wilayah yang ditadbir oleh Hamas.
Langkah tersebut diambil berikutan pergolakan yang semakin meruncing di Mesir selepas pasukan keselamatan mengambil tindakan keras terhadap penyokong setia bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang meragut ratusan nyawa.
Pihak berkuasa Mesir sebelum ini pernah menutup laluan sempadan itu selama beberapa hari selepas Morsi digulingkan oleh pihak tentera pada 3 Julai lalu.
Bagaimanapun, laluan itu kemudiannya dibuka semula selama empat jam sehari.
Hamas secara lantang mengkritik tindakan kejam yang dilakukan oleh pasukan keselamatan di kem- kem yang didirikan oleh penyokong Morsi.
Kementerian Kesihatan Mesir semalam memberitahu, sekurang-kurangnya 525 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh Mesir.

Main mahjung dalam air elak cuaca panas melampau

Posted: 16 Aug 2013 05:19 AM PDT


SERAMAI empat orang penyelam menyusun strategi ketika bermain mahjung di dalam sebuah kolam renang di Changsha, China.


CHANGSHA, China - Keadaan cuaca panas yang melanda China baru-baru ini telah memaksa empat orang penyelam bertindak kreatif dengan bermain mahjung di dasar sebuah kolam renang untuk menyejukkan badan masing-masing, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Keempat-empat penyelam tersebut bertindak demikian ketika suhu panas mula mencecah 41 darjah Celsius pada minggu lalu.
"Bermain mahjung di dalam air hanya untuk bersuka ria. Alasan sebenarnya adalan untuk menyejukkan badan," kata salah seorang penyelam, Zhang Pin di bandar Xiangtan.
Menurutnya, pada kedalaman 5.5 meter, suhu berada pada serendah 24 darjah Celsius dan boleh menjadi lebih sejuk lagi.
Semua penyelam tersebut memakai pakaian renang dan kelengkapan pernafasan semasa menyelam. Mereka juga menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan bermain mahjung.
Meja dan buah mahjung yang digunakan diperbuat daripada bahan-bahan berat bagi memastikannya tidak terapung.

Jualan alat pencabut kening merudum kerana Cara Delevingne

Posted: 16 Aug 2013 05:18 AM PDT





LOS ANGELES - Model terkenal, Cara Delevingne (gambar) didakwa menjadi punca jualan alat pencabut bulu kening semakin merosot, lapor akhbar dalam talian, Daily Mail semalam.
Kening lebat model berusia 21 tahun itu menjadi trend terhangat selepas orang ramai cuba untuk mendapatkan kening sepertinya. Ini menyebabkan jualan peralatan kit HD Brow serta rawatan bulu kening semakin meningkat.
Google melaporkan, pencarian laman Cara Delevingne dan kenyataan yang dibuat mengenai keningnya meningkat manakala jumlah pencarian pencabut bulu kening semakin menurun.
Pendandan artis untuk model terkenal Kate Moss dan Delevingne, Charlotte Tilbury memberitahu MailOnline, kening lebat seperti bentuk kening pelakon Britain, Audrey Hepburn dan Elizabeth Taylor amat popular sekitar tahun 1950-an.
"Kening Cara Delevingne yang lebat dan hitam telah menawan dunia kecantikan.
"Jualan serum melebatkan kening yang kami keluarkan, Grow Baby Grow dan celak pensil turut mengalami peningkatan pada tahun lalu," tambahnya.
Delevingne kini merupakan model untuk jenama terkenal, Burberry bersama dua model lain, Edie Camp- bell dan Jourdan Dunn.

Lelaki tertua di dunia dari Bolivia

Posted: 16 Aug 2013 05:17 AM PDT



CARMELO FLORES LAURA bergambar di samping cicitnya di luar rumahnya di perkampungan Frasquia, Bolivia.



FRASQUIA, Bolivia - Seorang lelaki berbangsa Aymara di sini mencatat rekod terbaharu sebagai orang paling tua di dunia pernah direkodkan dalam rekod pendaftaran Bolivia.
Lelaki itu, Carmelo Flores Laura didakwa berusia 123 tahun pada bulan lalu oleh rekod pendaftaran umum negara tersebut.
Laura tinggal di sebuah pondok beratapkan jerami dan berlantaikan tanah pada kedudukan 4,000 meter di sebuah kawasan desa di pergunungan terpencil dekat Tasik Titicaca.
Warga emas itu bertutur dalam bahasa Aymara dan tidak mempunyai gigi, namun, dia masih mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat, tidak memakai cermin mata serta mempunyai masalah pendengaran.
"Penglihatan saya sedikit kabur, Saya boleh melihat dengan baik sebelum ini tetapi saya nampak kamu datang," katanya kepada sekumpulan wartawan yang melawatnya.
Guinness World Records memberitahu, individu paling tua yang masih hidup direkodkan ialah Misao Okawa dari Jepun yang berusia 115 tahun.
Umur manusia paling tua direkodkan adalah 122 tahun dan 164 hari milik Jeanne Calment dari Perancis. Dia meninggal dunia pada tahun 1997.
"Saya sepatutnya berusia 100 tahun atau lebih," kata Carmelo.
Pengarah pendaftaran sivil Bolivia, Eugenio Condori menunjukkan sijil pendaftaran yang mencatatkan tarikh lahir Carmelo adalah pada 16 Julai 1890.

Perubatan alternatif yang murah

Posted: 16 Aug 2013 05:15 AM PDT




SEBUT sahaja lebah pasti majoriti masyarakat negara ini terbayangkan pelbagai khasiat madunya.
Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa sengatan lebah yang mempunyai kira-kira 20,000 spesies dan boleh didapati di setiap benua kecuali Antartika itu mampu merawat penyakit berbahaya.
Mengingati momen disengat lebah sahaja sudah menyakitkan, apatah lagi mendapatkan rawatan melalui sengatan lebah yang dilakukan di bahagian badan tertentu.
Lain pula ceritanya di China apabila orang ramai berduyun-duyun ke klinik akupuntur bagi mendapatkan rawatan sengatan lebah yang didakwa mampu merawat atau menghindari penyakit yang mengancam nyawa.
Menurut pakar akupuntur di Beijing, Wang Menglin, yang memperoleh sumber pendapatan hasil melakukan rawatan tersebut, lebih daripada 27,000 orang telah menjalani teknik rawatan menyakitkan itu dengan setiap sesi rawatan menggunakan berpuluh-puluh sengatan.
Selain daripada cuba mengelakkan reaksi alahan terhadap sengatan, tidak ada bukti perubatan ortodoks yang menyatakan bahawa bisa lebah berkesan bagi melawan penyakit.
Pada masa yang sama, laman web rasionalis Barat menggambarkan amalan yang dinamakan apiterapi iaitu penggunaan perubatan produk lebah madu termasuk madu, debunga, propolis, jeli raja dan bisa lebah itu sebagai cara rawatan palsu serta amalan perubatan yang meragukan.
"Kami memegang lebah dan meletakkannya di titik pada badan, memegang kepalanya dan picit sehingga jarum sengatan muncul," kata Menglin di kliniknya di pinggir ibu negara.
Hasil rawatan positif
Lebah yang digunakan olehnya adalah daripada jenis yang diimport dari Itali. Ia akan mati selepas menyengat.
"Kami telah merawat ramai pesakit yang menghidap pelbagai penyakit, daripada artritis hingga barah dan semuanya menunjukkan hasil yang positif.
"Sengat lebah boleh digunakan untuk merawat penyakit yang biasa berlaku di anggota bawah badan," ujarnya yang mendakwa rawatan tersebut juga berfungsi sebagai langkah pencegahan kehamilan.

SENGATAN lebah akan diletakkan pada bahagian badan yang sakit sama seperti lokasi tusukan jarum akupuntur.


Namun demikian, sebuah laman web di Amerika Syarikat, sciencebasedmedicine.org mengatakan bahawa dakwaan penyembuhan dan kemampuan mengubati penyakit selalunya tidak benar atau palsu.
"Tidak ada bukti saintifik yang menyokong penggunaannya," menurut laman web tersebut yang merujuk kepada apiterapi atau rawatan menggunakan produk lebah.
Salah seorang pesakit Menglin memberitahu, doktor memaklumkan dia hanya mempunyai masa lebih kurang setahun untuk hidup kerana menghidap barah otak dan paru-paru.
Hasil rawatan sengatan lebah, dia percaya telah berjaya memanjangkan jangka hayat hidupnya.
"Sejak tahun lalu hingga ke hari ini, saya semakin kuat dan sihat," kata pesakit tersebut kepada AFP.
Dalam pada itu, laman web Persatuan Kanser Amerika Syarikat menjelaskan: "Tiada kajian klinikal pada manusia yang menunjukkan bahawa bisa lebah atau produk lebah yang lain berkesan dalam mencegah atau merawat kanser.
"Bergantung kepada jenis rawatan ini sahaja dan mengelakkan atau melambatkan penjagaan perubatan konvensional untuk kanser mungkin mendatangkan kesan serius terhadap kesihatan pesakit."
Tambahnya, terdapat rujukan dalam al-Quran mengenai ciri-ciri perubatan cecair yang dihasilkan oleh lebah dan Maharaja Suci Rom pertama, Charlemagne (742-814) yang dikatakan telah dirawat dengan sengatan lebah.
Di negara Barat, sengat lebah juga digunakan oleh penghidap sklerosis berbilang iaitu penyakit yang melumpuhkan dan menyerang sistem saraf pusat.
Sungguhpun begitu, Persatuan Sklerosis Berbilang di Amerika Syarikat berkata pada laman webnya: "Di sebalik dakwaan bahawa ada kemungkinan bisa lebah mempunyai manfaat buat pesakit sklerosis berbilang, satu kajian rawak selama 24 minggu telah dilakukan.
"Hasil kajian tersebut tidak menunjukkan sebarang pengurangan terhadap penyakit, kehilangan upaya atau keletihan dan tiada peningkatan dalam kualiti hidup."

SEORANG pesakit menahan kesakitan daripada rawatan sengatan lebah yang dilaluinya.


Jejas koloni lebah
Penggunaan akupuntur lebah secara berleluasa boleh menyebabkan koloni serangga tersebut di seluruh dunia terjejas.
Para pencinta alam sekitar memberi amaran bahawa kemerosotan bilangan lebah yang membantu pendebungaan tanaman boleh memberi kesan serius ke atas pengeluaran pertanian.
Bisa lebah merupakan salah satu daripada perubatan tradisional China (TCM) yang berasal daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebahagian daripadanya 'dipersalahkan' kerana membahayakan hidupan liar tertentu.
TCM adalah sebahagian besar daripada sistem penjagaan kesihatan China dan ia merupakan industri yang berkembang pesat yang menerima pelaburan dan sokongan kerajaan pusat.
Ramai orang di China tidak mampu untuk membeli ubat-ubatan ortodoks terbaharu berikutan insurans kesihatan negara yang terhad.
Orang tua yang lebih cenderung jatuh sakit juga lebih gemar mendapatkan perubatan tradisional kerana kepercayaan budaya yang mendalam terhadap kuasa alam semula jadi berbanding ubat-ubatan moden.
Kebanyakan hospital di China ada menyediakan rawatan perubatan tradisional.
Ia boleh menjadi satu bidang yang menguntungkan syarikat-syarikat mahupun pengamal perubatan.
Menurut Biro Perangkaan Negara, pada tahun 2012, industri TCM di China menghasilkan barangan bernilai 516 bilion yuan (RM275 bilion), lebih 30 peratus daripada jumlah pengeluaran perubatan di negara itu.

Transisi lagu Aidilfitri

Posted: 16 Aug 2013 05:14 AM PDT




BAIK ketika hari raya mahupun sebelum tibanya tarikh 1 Syawal, lagu-lagu raya sudah mula mendapat permintaan untuk dimainkan di corong-corong radio.
Malah, pusat-pusat beli-belah juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana hari raya menerusi dendangan irama lagu-lagu raya popular.
Ternyata, lagu raya benar-benar mampu meninggalkan kesan nostalgik dan aura luar biasa untuk umat Islam menyambut hari kemenangan itu.
Transisi lagu raya daripada mula lagu pertama dicipta iaitu Selamat Hari Raya lantunan suara seniwati Saloma tahun 1955, beredar ke beberapa fasa dan kini pada tahun 2013, nada lagu raya mencipta identiti sendiri.
Bukan tidak menarik tetapi lagu raya pada alaf baharu sukar untuk menembusi jiwa penggemar lagu raya, memandangkan penggunaan instrumen moden yang agak ketara.
Meninjau pilihan beberapa penyanyi terkenal kini dan pemilik vokal beberapa buah lagu raya popular terdahulu, Kosmo! menyajikan evolusi dan impak elemen lagu raya kepada suasana semasa.
Selamat Hari Raya
Nyanyian: Saloma
Tahun: 1955
Komposer/lirik: Ahmad Jaafar
Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya
Lagu raya pilihan artis
Amy Mastura
Setahun Sekali nyanyian
Amy Mastura
Saya pilih lagu saya sendiri kerana maknanya tersirat. Seperti mana judulnya, lagu ini saya nyanyikan setahun sekali dan hari raya pun setahun sekali saja.
SHILA AMZAH


Shila Amzah
Airmata Syawal nyanyian Siti Nurhaliza
Lagu ini sedih dan mengimbau kenangan silam beraya pada zaman kanak-kanak.
Siti Nurhaliza
Suara Takbir nyanyian Saloma
Saya suka lagu ini kerana ia merupakan lagu raya pertama yang saya rakamkan. Ia menjadi kenangan buat saya.
Anuar Zain
Bersabarlah Sayang nyanyian Sanisah Huri
Melodi, lirik, susunan lagu serta cara penyampaian penyanyinya begitu menusuk jiwa dan perasaan. Seolah-olah kita berada dalam situasi sedih itu. Ia menjadi pilihan lagu raya malar segar untuk saya.
Alyah
Dendang Perantau nyanyian P. Ramlee
Lagu ini menjadi kegemaran arwah ayah saya dan akan menjadi dendangan wajib sementara menunggu ketibaan abang dan kakak saya pulang ke kampung.
Hattan
Lagu-lagu nyanyian Ahmad Jais, P. Ramlee dan M. Nasir
Apabila mendengar lagu-lagu raya lama, tiba-tiba ada rasa momentum hendak raya. Lagu baharu tiada rasa sebegitu.

Lagu lama masih menjadi pilihan

Posted: 16 Aug 2013 05:13 AM PDT


NORANIZA


SETIAP kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, lagu-lagu raya pasti berkumandang di corong radio dan tidak kurang pula yang dijadikan nada dering telefon bimbit.
Namun, apa yang pasti, masih ramai pendengar yang lebih gemar memilih lagu raya lama berbanding lagu baharu.
Orang ramai suka memilih lagu nostalgia raya kerana melodi dan liriknya berjaya membuatkan suasana hari raya lebih terasa.
Antara lagu raya yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Selamat Hari Raya, Dendang Perantau, Nazam Lebaran, Suasana Hari Raya, dan Suara Takbir.
Memberi pendapat peribadi tentang lagu raya, bicara komposer, penyanyi dan penulis lirik terkenal, Datuk M. Nasir berkata, antara lagu kegemaran ramai ialah Selamat Hari Raya nyanyian Saloma.
"Saya suka lagu tersebut kerana sejak saya kecil lagi lagu itu sudah popular.
"Walaupun kini telah banyak lagu raya baharu, sejujurnya lagu lama punya nostalgia tersendiri," ujar M. Nasir.
Beliau yang pernah menyanyikan dan menggubah lagu-lagu raya menjelaskan bahawa agak sukar untuk menghasilkan sebuah lagu raya.
"Sejujurnya, lagu raya agak sukar dibuat kerana ramai yang menuntut pelbagai perkara dalam sebuah lagu raya.
"Sebagai contoh, lagu raya harus punya mood, suasana dan melodi yang tepat, barulah komposer berkenaan dapat membikin lagu raya yang menarik.
"Lagu lama terasa lebih nostalgik kerana mungkin suasana hari raya pada zaman itu mempengaruhi komposer yang membikin lagu.
"Walaupun begitu, ada juga beberapa lagu raya moden yang bagus dan menjadi pilihan pendengar," katanya.
Jiwa Melayu
Sementara itu, penyanyi Alyah menyatakan keinginannya untuk bekerja bawah komposer lagu-lagu irama Malaysia terkenal, Pak Ngah Suhaimi sekiranya diberikan pilihan menghasilkan lagu raya.
"Saya akan pilih Pak Ngah kalau diberikan pilihan kerana mood raya akan segera dirasai setiap kali mendengar lagu-lagu ciptaannya," ujar Alyah yang teringin merakamkan lagu raya sendiri.
Menjadikan penyanyi lagu raya era 1970-an dan 1980-an sebagai pujaannya, kata Alyah, dia tergamam apabila menyaksikan mereka membuat persembahan di hadapannya.
"Saya tidak membesar dengan lagu-lagu mereka tetapi apabila melihat dan mendengar mereka menyanyi, ia saling tak tumpah seperti versi lagu asal," tambah Alyah.
Berbeza pula bagi pelantun lagu raya Setahun Sekali, Amy Mastura yang menyokong penuh usaha penyanyi dan komposer baharu menghasilkan lagu raya moden.
Katanya, bukan bermakna lagu-lagu raya lama tidak malar segar tetapi Amy beranggapan lagu baharu memberikan suasana baharu.
"Tiada yang lama tiada yang baharu, itu konsep asas perkembangan dunia seni. Namun, saya melihat lagu raya moden membuktikan generasi baharu menghargai hari istimewa ini dengan cara yang lebih segar.
"Selepas mendengarnya banyak kali, lagu raya baharu juga boleh menjadi mesra telinga. Apa pun, lagu-lagu lama masih tetap di hati," ujarnya.
Bagi penyanyi yang sinonim dengan genre muzik etnik kreatif pula, hari raya di Malaysia dikaitkan dengan orang Melayu.
Oleh itu, kata Noraniza, jiwa Melayu harus ada dalam lagu-lagu raya.
"Saya rasa lagu baharu yang tiada jiwa Melayu kurang bertahan. Namun, lagu lama memang malar segar. Lagu Melayu harus ada jiwa Melayu.
"Bagaimanapun, ada juga lagu baharu yang berjaya menambat hati pendengar.
"Saya minat dengan lagu Sesuci Lebaran (dengangan Siti Nurhaliza), kerana walaupun baharu, ia mempunyai elemen malar segar," tegasnya.

Makan secara sederhana

Posted: 15 Aug 2013 08:35 PM PDT



SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tentunya tidak lengkap tanpa jemputan ke rumah terbuka anjuran kaum keluarga dan sahabat handai.
Bermula dari hari pertama sehingga akhir bulan Syawal, pasti ada sahaja jemputan yang diterima.
Jika tidak pergi, tidak manis pula. Lebih-lebih lagi sebagai orang Timur yang kaya dengan sikap menghargai undangan orang.
Makanan seperti nasi beriani, rendang ayam dan daging, acar, nasi himpit dan ketupat, serunding, kuah kacang, lemang, aneka manisan, biskut, kek, kuih-muih serta minuman manis seperti air sirap dan teh tarik antara pilihan makanan yang biasa disajikan pada majlis berkenaan.
Sungguhpun enak, apa yang membimbangkan menu tersebut tidak mesra diet.
Bagi ibu kepada dua orang anak, Emy Syafinaz Abdul Majid, 32, dari Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, budaya menghadiri rumah terbuka sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Pilih hidang sesuai
Namun, wanita itu merupakan seorang yang peka dalam pemilihan makanan walaupun tuan rumah menyediakan pelbagai jenis hidangan yang menarik dan sedap.
"Saya sedar usia kian meningkat, jadi saya perlu memilih makanan yang hendak dimakan. Bergantung kepada jenis makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, saya selalunya akan memilih sate, laksa dan mi," katanya.
Walaupun belum berpeluang menganjurkan majlis rumah terbuka sejak mendirikan rumah tangga, Emy Syafinaz mempunyai pengalaman menganjurkan majlis seumpama itu ketika bujang.

EMY SYAFINAZ (kiri) percaya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan.


Pada masa itu, dia dan keluarganya menyediakan makanan seperti soto, laksa Johor, spageti dan pemanis mulut seperti buah tembikai serta kek coklat.
"Tetamu biasanya mencari nasi beriani, ketupat, rendang, sate dan makanan manis serta bersantan. Mereka mungkin kurang selesa jika cuma hidangan sihat seperti makanan panggang atau salad yang disediakan.
"Lagipun makanan yang dianggap sihat ini melibatkan kos yang tinggi khususnya untuk majlis yang besar," ujarnya.
Tambahnya, faktor lain yang turut mempengaruhi jenis hidangan ialah tradisi dan amalan masyarakat sejak berzaman-zaman. Ini termasuk makanan berlauk, masakan bersantan dan berminyak atau manis.
Ketika mengunjungi rumah terbuka, katanya, dia akan memastikan anak dan suami mengambil makanan yang lengkap dengan karbohidrat dan protein, disusuli pengambilan buah-buahan seperti epal atau pisang.
Makan secara sederhana
Dalam pada itu, ahli farmasi rangkaian AEON Wellness, Elisha Teh Hwee Yee, 32, memberitahu, sama ada ketika berbuka puasa, menikmati hidangan harian, kenduri ataupun rumah terbuka, peraturannya hanya satu iaitu memilih makanan dengan penuh kesederhanaan.
"Tidak dinafikan kita tidak dapat mengelakkan diri daripada tergoda dengan makanan yang disajikan tetapi kita harus sedar keperluan tubuh kita," ujarnya.
Oleh itu, Elisha menyarankan individu supaya memilih makanan yang dipanggang dan dikukus di samping memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan.
"Sajian manis seperti biskut, kek, puding dan agar-agar pasti ada pada majlis keraian seumpama ini. Namun, saya syorkan agar individu hanya mengambil satu bahagian kecil iaitu sekadar untuk merasa," katanya.

HARI raya tidak semestinya mengenai makanan berlemak, bersantan atau bergoreng kerana terdapat pelbagai alternatif makanan sihat lain.


Minum air
Berkongsi panduan menghalang diri daripada terlebih makan, Elisha berkata, seseorang itu boleh minum dua gelas penuh air kosong sebelum menjamu selera.
Selain itu, katanya, individu juga boleh memulakan hidangan dengan memakan buah-buahan.
"Melalui cara itu, perut kita hampir separuh terisi dan seterusnya mampu mengawal pengambilan makanan," ujarnya.
Beliau menambah, pengambilan air juga menolong proses penghadaman.
Tidak menyangkal makanan tempatan kaya dengan santan, kelapa, gula dan agen kurang sihat, Elisha bagaimanapun berpendapat perancangan makanan yang baik dan pengambilan suplemen mampu membantu individu kekal sihat.
"Ini khususnya dari segi pengambilan suplemen yang berperanan membantu dalam pembersihan, penghadaman dan penyahtoksikan badan," jelasnya.
Justeru itu, beliau mencadangkan pengambilan suplemen yang terdiri daripada enzim, klorofil dan spirulina untuk penyahtoksikan.
Tambahnya, suplemen yang mengandungi serat yang tinggi baik untuk sistem penghadaman, manakala vitamin dan mineral dapat memberikan khasiat yang lengkap.
"Semuanya tertakluk kepada keperluan masing-masing. Bagi wanita, suplemen harian yang harus diamalkan ialah kalsium, minyak ikan dan minyak evening primrose bagi mendapatkan kesihatan yang baik," jelas beliau.

Tatacara bertamu pada Aidilfitri

Posted: 15 Aug 2013 08:34 PM PDT



MEMENUHI undangan makan itu hukumnya sunat.


NABI SAW pernah bersabda: "Janganlah kamu memaksa diri ketika menghormati tetamu, kerana hal itu boleh membuat kamu tidak suka kepadanya. Siapa yang tidak suka dengan kehadiran seorang tetamu, dia telah membuat Allah murka. Dan siapa yang membuat Allah murka, maka pasti Allah akan memurkainya." - Kitab al-Mughni'an Hamli al-Asfar karya al-Hafiz al-'Iraqi.
Memenuhi undangan makan itu hukumnya sunat bagi orang miskin mahupun kaya. Dalam salah satu kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT disebutkan: "Berjalanlah kamu satu batu untuk menjenguk orang sakit. Berjalanlah dua batu untuk menghantarkan jenazah. Dan berjalanlah tiga batu untuk memenuhi undangan."
Rasulullah pernah berkata: "Seandainya aku diundang untuk menghadiri jamuan makan di al-Kura' wilayah Ghamin, tentu akan aku penuhi undangan itu."
Al-Kira' merupakan sebuah bangunan yang terletak beberapa batu dari Madinah. Nabi pernah berbuka puasa di sana ketika bulan Ramadan dan baginda mengqasarkan solat ketika dalam perjalanan.
Ketika memenuhi undangan makan, tetamu dibolehkan berbuka jika dia sedang berpuasa sunat. Ini kerana menggembirakan hati orang yang mengundang itu jauh lebih utama dibandingkan puasa sunat.
Di samping itu, seseorang boleh menolak untuk memenuhi undangan jika dia tahu bahawa makanan yang dihidangkan dalam jamuan mengandungi harta yang syubhah atau orang yang mengundangnya merupakan orang fasik, zalim, ahli bidaah atau orang yang suka berbangga atas undangannya itu.
Sebab, memenuhi undangan itu haruslah dengan niat untuk melakukan ketaatan, bukan ingin melampiaskan nafsu makan.
Walaupun demikian, tidak dibenarkan pulang dari tempat jamuan sebelum meminta diri terlebih dahulu daripada tuan rumah.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, dia berkata: "Pada zaman Rasulullah, kami pernah makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri."
Posisi makan dan minum seperti yang disebutkan pada riwayat tersebut menunjukkan adanya keringanan yang diberikan kepada penganjur majlis dan tetamu yang hadir.
Tetamu juga tidak dilarang membawa makanan seperti ketika menziarahi orang yang meninggal dunia.

Sahabat baik juara pertandingan masakan Ikea

Posted: 15 Aug 2013 08:32 PM PDT

SEMUA peserta bergambar kenangan bersama Chef Anis Nabilah (empat dari kiri) dan Chef Muluk (empat dari kanan) selepas tamat pertandingan.


MAMPUKAH anda melakukan aktiviti memasak selama 25 jam tanpa henti dengan cabaran tertentu? Bagi sesetengah orang terutama mereka yang tidak pernah ke dapur, ia mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan.
Namun, dua sahabat baik, Lee Ren Ying, 33, dan Tong Chin Thing, 34, membuktikan bahawa hubungan persahabatan yang terjalin selama ini dapat dimanfaatkan ketika beraksi di dapur.
Menamakan kumpulan mereka sebagai Talking Giraffe, Ren Ying dan Ching Thing berjaya mengungguli pertandingan sulung Cabaran Memasak 25 Jam Tanpa Henti yang dianjurkan oleh Ikea Malaysia (Ikea) baru-baru ini.
Kejayaan itu membolehkan mereka memenangi sebuah dapur idaman bernilai RM10,000 yang boleh dibeli melalui Kad Hadiah Ikea sekali gus menewaskan 11 kumpulan peserta yang lain.
Setiap kumpulan terdiri daripada pasangan suami isteri, ibu dan anak, adik-beradik dan sahabat baik.
Masing-masing berusaha mempamerkan skil memasak untuk mencapai impian memenangi hadiah keseluruhan yang bernilai RM38,000.
"Saya seperti tidak percaya bahawa kami telah memenangi pertandingan dan mengharungi setiap cabaran dengan jayanya. Ia seakan-akan satu mimpi.
"Saya juga amat berterima kasih kepada Ikea atas inisiatif menganjurkan program ini. Walaupun kepenatan menyelesaikan setiap cabaran dalam tempoh 25 jam, kegembiraan apabila dinobatkan sebagai pemenang mengatasi segala-galanya.
"Semua peserta memiliki kehebatan tersendiri. Saya tidak akan lupakan detik penuh bersejarah ini," ujar Ren Ying dengan penuh teruja.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Pemasaran Serantau Ikea, Yeong Tze Kuen berkata, kesemua 12 peserta akhir itu telah melalui proses penghakiman yang ketat.
Justeru, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada para peserta yang memberikan komitmen sepanjang pertandingan tersebut.
"Saya percaya semua peserta telah melalui satu pengalaman yang hebat di dapur Ikea. Hubungan yang dipamerkan mereka benar-benar merangkumi nilai teras dapur Ikea yang direka untuk keselesaan dan tahan lama," kata Tze Kuen.
Tambahnya, produk dapur Ikea diberikan jaminan kualiti selama 25 tahun bertujuan untuk mencipta detik-detik yang berkekalan di sesebuah rumah.
AKSI seorang penyokong memberi kata-kata semangat kepada peserta yang bertanding.


Semangat berpasukan
Dalam cabaran tersebut, semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan perlu melengkapkan 12 cabaran dalam tempoh masa 25 jam. Keputusan dan persembahan mereka telah diadili oleh juri jemputan, Chef Anis Nabilah dan Chef Muluk Rambli serta panel juri daripada Ikea.
Mata merit telah diperuntukkan berdasarkan keputusan, yang kemudiannya terkumpul untuk menentukan pemenang.
Cabaran yang direka bukan hanya untuk menguji kemahiran kulinari peserta bahkan merangkumi kekuatan dalam hubungan masing-masing.
Antara cabaran tersebut ialah Dekorasi Duo dengan setiap pasukan diberi dua biji kek untuk dihias manakala seorang lagi perlu bekerja dalam keadaan mata bertutup.
Ia diikuti cabaran Apa Yang Mereka Boleh Buat? Dalam cabaran tersebut, setiap pasukan diundi sebelum menerima kotak misteri yang mengandungi bahan dan perasa masakan.
Selepas itu, mereka dikehendaki mencipta dua resipi pembuka selera dan satu hidangan utama.
Selain itu, cabaran yang dinamakan Ekspresi Di Atas Pinggan memerlukan setiap pasukan yang diberi resipi spesifik mencipta dan menghidangkannya dengan cara tersendiri.
Dalam pada itu, juri undangan yang juga chef selebriti, Anis Nabilah berkata, semua peserta menunjukkan semangat dan keghairahan memasak secara berpasukan.
"Cabaran ini mengingatkan saya tentang dapur memasak di rumah yang sentiasa menjadi lokasi kegemaran kami sekeluarga. Ia mampu membawa satu hubungan yang baik bersama individu yang bekerja dengan anda di dapur," tuturnya sambil tersenyum.
Menurut Chef Muluk pula, makanan sentiasa menjadi cara terbaik untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan antara manusia.
"Pertandingan ini membolehkan kita melihat dua individu yang berperwatakan berbeza berganding bahu menyelesaikan cabaran memasak selama 25 jam," katanya.

Kawal emosi di jalan raya

Posted: 15 Aug 2013 08:31 PM PDT



RANCANGLAH perjalanan anda supaya tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


HUJUNG minggu ini, keadaan jalan raya pasti sesak. Mereka yang pulang beraya ke kampung halaman pada Aidilfitri lalu akan kembali ke ibu kota.
Keadaan itu sangat sukar dielakkan namun jangan biarkan kegelisahan tersebut menyebabkan kita memandu secara cuai dan tidak selamat.
Kajian-kajian psikologi menunjukkan fikiran yang tidak tenteram selalu memberikan kesan buruk di jalan raya.
Sejak tahun 1970-an lagi, kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah di rumah, ada kecenderungan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kajian seorang ahli psikologi, McMurray, menunjukkan kadar kemalangan tinggi membabitkan seseorang yang memfailkan perceraian pada enam bulan lalu malah kes naik mendadak dalam tempoh tiga bulan selepas mereka bercerai.
Ini menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku sebenarnya melibatkan isu psikologikal.
Apatah lagi, pada musim perayaan ini, kita mungkin akan menghadapi aliran trafik yang padat berbanding biasa.
Keadaan ini tentulah memerlukan kesabaran yang tinggi dan pengguna jalan raya harus bijak mengawal emosi.
Ilmu psikologi mendedahkan beberapa faktor yang membangkitkan emosi marah ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya iaitu kawalan diri, jangkaan dan kesuntukan masa.
Tidak sabar
Melihat kenderaan yang perlahan di hadapan, pengguna cenderung sama ada mampu mengawal diri atau tidak, dan kemudian menjangkakan sama ada mereka sempat memotong atau tidak kenderaan di hadapan.
Keadaan ini kemudian dihimpit pula oleh persepsi bahawa mereka kesuntukan masa dan perlu sampai ke destinasi dalam masa tertentu.
Keadaan tersebut menghuraikan situasi yang membangkitkan rasa kecewa yang akhirnya menyebabkan seseorang itu gagal mengawal kemarahan mereka.

GAGAL mengawal psikologi diri menyebabkan kita mudah marah semasa memandu.- Gambar hiasan


Ia berlaku kepada kebanyakan orang yang berada di jalan raya, apatah lagi bagi individu yang terkenal dengan sifat panas baran.
Sebab itulah, ada baiknya mereka yang tidak sabar atau mempunyai sikap tergesa-gesa, merancang perjalanan agar tidak pulang ke ibu kota semasa ribuan kenderaan sedang bersesak-sesak di jalan raya.
Keadaan ini bertambah teruk apabila ada yang merasakan diri mereka 'seseorang' di tengah-tengah kesesakan itu.
Ini biasanya berlaku kepada mereka yang berstatus tinggi dan melihat orang lain sebagai pemandu kerdil.
Hakikatnya, apabila berada di jalan raya, setiap orang sama sahaja sifatnya. Tidak ada lagi status dan jawatan. Kita semua hanya pengguna jalan raya yang sedang memandu untuk sampai ke destinasi tertentu.
Selain faktor psikologikal dan jantina, umur pemandu ada kaitan dengan kebarangkalian berlakunya kemalangan.
Pemandu lelaki didapati sering terlibat dalam kemalangan jalan raya berbanding wanita. Begitu jugalah yang selalu berlaku kepada pemandu muda yang beranggapan bahawa mereka pemandu yang cekap dan dengan itu mengabaikan peraturan jalan raya.
Kawal psikologi
Pada akhirnya, sebagai pengguna jalan raya, kita perlu bijak mengawal psikologi diri. Dalam psikologi, ia dikenali sebagai coping atau bagaimana kita menafsirkan sesuatu.
Sekiranya kita menafsirkan kesesakan lalu lintas sebagai satu masalah, maka tindakan kita akan terarah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sebab itulah, ada pengguna yang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tadi dengan memandu secara laju atau memotong barisan di lorong kecemasan.
Hakikatnya, ia mungkin satu kaedah penyelesaian masalah yang menimbulkan masalah yang lebih besar.
Ada baiknya jika setiap pengguna melihat kesesakan jalan raya sebagai salah satu isu atau cabaran yang akan kita hadapi setiap kali musim perayaan.
Sekurang-kurangnya dengan cara ini, kita akan lebih bersikap sabar dan menerima hakikat bahawa apa yang kita lalui itu juga dihadapi oleh pengguna jalan raya yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines