Ahad, 25 Ogos 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


PIALA MALAYSIA 2013 (24 Ogos 2013) Perlawanan ke 2

Posted: 24 Aug 2013 08:57 AM PDT

24 OGOS 2013 (SABTU)
KUMPULAN A
Stadium Shah Alam
8:45pm
SELANGOR FA
2
3
ATM FA
Mohd Amri Yahyah
S Kunalan
Mohd Fitri Omar
Hairudin Omar
Christie Jayaselan
Stadium MP Selayang
8:45pm
KL SIME DARBY FC
1
2
JOHOR FA
Karlo Primorac
Khairul
Moya

KUMPULAN B
Stadium TSHHY
8:45pm
JOHOR DARUL TAKZIM FC
1
0
KL FELDA UNITED FC
Safee Sali
-
Stadium SINS KT
8:45pm
T-TEAM FC
0
1
SELANGOR PKNS FC
-
Roman Chmelo

KUMPULAN C
Stadium SMIV KB
8:45pm
KELANTAN FA
2
0
TERENGGANU FA
Dickson Nwakaeme
Zairo Anuar Zailani
-
Stadium TAR Paroi
8:45pm
NEGERI SEMBILA FA
3
5
PAHANG FA
S.Sivanesan (2)
Nazrin Nawi
Azamudin Akil
R Gopinathan (3)
Matias Conti

KUMPULAN D
Stadium Negeri
8:15pm
SARAWAK FA
2
1
LIONS XII FC
Shakir Hamzah (Gs)
Jospeh Kallang Tie
Safuwan Baharudin
Stadium DarulAman
8:45pm
KEDAH FA
1
1
PERAK FA
Alan Guc
Syamil





A1
JOHOR FA
2
1
1
0
2
1
1
4
A2
KL SIME DARBY FC
2
1
0
1
5
5
0
3
A3
ATM FA
2
1
0
4
5
4
1
3
A4
SELANGOR FA
2
0
1
1
2
3
-1
1
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Bj
Mata
B1
SELANGOR PKNS FC
2
2
0
0
3
0
3
6
B2
T-TEAM FC
2
1
0
1
1
1
0
3
B3
JOHOR DARUL TAKZIM FC
2
1
0
1
1
2
-1
3
B4
KL FELDA UNITED FC
2
0
0
2
0
2
-2
0
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Bj
Mata
C1
PAHANG FA
2
1
1
0
6
4
2
4
C2
KELANTAN FA
2
1
1
0
3
1
2
4
C3
NEGERI SEMBILAN FA
2
1
0
1
5
5
0
3
C4
TERENGGANU FA
2
0
0
2
0
4
-4
0
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Bj
Mata
D1
PERAK FA
2
1
1
0
3
2
1
4
D2
SARAWAK FA
2
1
0
1
3
3
0
3
D3
KEDAH FA
2
0
2
0
3
3
0
2
D4
LIONS XII FC
2
0
1
1
3
4
-1
1


Selangor tidak boleh kalah

Posted: 23 Aug 2013 07:07 PM PDT


Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Jurulatih Selangor, Irfan Bakti menegaskan, pasukannya tidak boleh kalah apabila menerima kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini, sambil memberi amaran kepada pemain Red Giants agar tidak terlalu bergantung Francis Forkey Doe dan Mohd. Amri Yahyah untuk mencari gol.

Irfan menjangkakan pertarungan menentang ATM pasti sukar kerana lawannya juga berada dalam keadaan terdesak untuk mengutip mata selepas kalah mengejut 3-4 kepada Sime Darby pada perlawanan pertama, Selasa lalu.



Dalam memastikan tiga mata penuh menjadi miliki Selangor, Irfan menggesa semua pemainnya, termasuk di bahagian pertahanan untuk memainkan peranan mencipta jaringan dan menjadikan perlawanan dengan Johor (seri 0-0), Selasa lalu sebagai satu pengajaran.

Beliau mahu anak-anak buahnya lebih fokus dan bersedia menghadapi ancaman ATM yang diibaratkan seperti harimau luka.

''Kita tidak boleh kalah dalam perlawanan ini, tambahan ATM juga berada dalam keadaan terdesak untuk bangkit selepas kalah kepada Sime Darby tempoh hari. Kita juga memerlukan kemenangan.

''Semua pemain mesti berusaha mendapatkan gol buat pasukan dan jangan terlalu berharap kepada Forkey Doe dan Amri semata-mata untuk menjaringkan gol.

''Pemain lain seperti K. Gurusamy dan Shukor Jusoh juga kena bertindak sama serta lebih berani membantu pasukan dalam mendapatkan jaringan, jangan hanya mengharapkan kepada penyerang sahaja, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Selangor sekadar mengutip satu mata pada perlawanan sulung Kumpulan A apabila seri tanpa jaringan dengan skuad Liga Perdana, Johor di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Mereka bakal berdepan tugas berat apabila melayani kunjungan ATM hari ini, kerana lawan kembali mendapat sentuhan penyerang import berbisanya, Grenadines, Marlon Alex James.

Perkara itu disedari oleh Irfan namun beliau tidak gentar, sebaliknya yakin Selangor akan menambah sengsara ATM buat kali kedua berturut-turut dengan kejayaan meraih tiga mata pertama di tempat sendiri.

''Saya tahu ATM pasti akan tampil dengan karakter berbeza apabila bertemu kami nanti tetapi saya tidak terlalu bimbang kerana kami juga mempunyai azam yang sama untuk bangkit apatah lagi kami beraksi di tempat sendiri.

''Kami akan tampil dengan persembahan yang lebih agresif dan tidak lagi mengulangi kesilapan seperti mana kita berdepan Johor tempoh hari.

"Dalam perlawanan itu, pemain-pemain kami terlalu mengikut rentak lawan terutama pada separuh masa pertama," ujarnya lagi.

Berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam saingan di Shah Alam musim ini, Selangor unggul dengan kemenangan pada pusingan pertama Piala FA melalui sepakan penalti 3-2 selepas terikat 2-2 sehingga masa tambahan.

Mereka juga menang 2-1 dalam saingan Liga Super, 21 Jun lalu.

Pertahanan Kelantan nafi ambil dadah

Posted: 23 Aug 2013 07:05 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

KOTA BHARU - Tonggak pertahanan The Red Warriors yang disyaki gagal ujian dadah selepas final Piala FA, Jun lalu menafikan telah mengambil bahan terlarang yang menyebabkan dia gagal dalam ujian doping.

Pemain tersebut yang enggan mendedahkan identitinya berkata, dia hanya mengambil makanan tambahan sebelum perlawanan tersebut dan sama sekali tidak menyangka ia mengandungi 'dadah terlarang'.

"Bila ujian dilakukan, hasilnya positif dan perkara itu amat mengejutkan saya.



"Saya sama sekali tidak menyangka makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, sebaik sahaja didapati positif bahan tersebut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengarahkan dia berehat selama enam bulan dari menjalani latihan bersama The Red Warriors.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, seorang pemain pertahanan Kelantan disebut-sebut sebagai antara yang disyaki gagal ujian doping selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.

Mengikut sumber, pemain itu tidak lagi menghadiri latihan bersama skuad Kelantan sejak sebulan lalu iaitu pada Ramadan ekoran digantung oleh KAFA (KAFA).

Butler syok sendiri

Posted: 23 Aug 2013 07:01 PM PDT

Sumber: Sinar Harian

"SIAPA Peter Butler? Setakat yang saya kenal beliau suka cetus masalah dan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebolehan beliau."

Itu kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, ketika mengulas mengenai kenyataan bekas jurulatih T-Team itu, yang dikatakan mempertikaikan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Bagi Zolkples, pemilihan Teong Kim dibuat melalui proses terperinci malah melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.



"Seandainya Butler bagus, sudah pasti dia berada dalam senarai. Sebaliknya nama beliau tidak pernah disebut sebagai calon layak melatih mana-mana program di bawah kendalian MSN.

"Namun, setiap kali beliau kendalikan pasukan mesti ada masalah. Lihat apa berlaku di Kelantan dan Terengganu. Bahkan sebelum datang Malaysia, Butler juga dikhabar bermasalah dengan pasukan di Thailand dan Indonesia.

"Tapi kalau dah syok sendiri, kita pun tak boleh buat apa," katanya selepas merasmikan Program Perlesenan Kejurulatihan Atlet Kebangsaan IPTA/IPTS di Bukit Jalil, semalam.

Butler sebelum ini dalam Twitternya menulis sebagai 'New Director or Youth Development! Don't know him, however give him a chance – obviously cheap option but what do you expect here #belucky. '

Tegas Zolkples, sekiranya bekas jurulatih T-Team itu terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan mencemarkan imej negara tindakan sewajarnya harus dilakukan.

"Pihak berwajib harus lihat adakah perlu beliau terus berada di negara kita," katanya.

Pelantikan Teong Kim berkuat kuasa November ini dengan kontrak lima tahun dilihat dapat membantu negara dalam mengembangkan lagi pembangunan bola sepak terutama di peringkat akar umbi.

Harga tiket Pesta Bola Merdeka antara RM22- RM280

Posted: 23 Aug 2013 06:59 PM PDT

Sumber: Bernama & Sinar Harian

KUANTAN - Harga tiket Pesta Bola Merdeka 2013 yang akan berlangsung di sini dari 7 hingga 14 Sept ini, ditetapkan antara RM22 dan RM280, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Katanya harga tiket itu bergantung kepada jenis sama ada untuk satu atau dua perlawanan dan tempat duduk.

Bagi menyaksikan dua perlawanan, harga tiket ialah RM30 (bebas di hujung selatan dan utara stadium), RM38 (teres, timur), RM5(berdiri, timur) dan RM102 (grandstand), manakala pas bulanan pula berharga RM148 (berdiri, timur) dan RM280 (grandstand).



Untuk satu perlawanan pula, harga tiket bermula dari RM22 (bebas, hujung selatan dan utara), RM30 (teres, timur), RM35 (berdiri, timur) dan RM68 (grandstand), katanya pada sidang media, di sini.

Menurut Tengku Abdullah, harga tiket berkenaan untuk semua perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, manakala bagi perlawanan Singapura-Myanmar di Stadium Temerloh, 11 Sept ini, tiket berharga RM22 (bebas) dan RM30 (grandstand).

"Saya harap penonton kena faham dan menerima harga tiket ini kerana ia pertandingan antarabangsa, kalau nak lebih murah memang sukarlah untuk penganjur kerana saya difahamkan kos penganjuran dan sebagainya pun tinggi.

"...yang penting Harimau Muda akan beraksi di hadapan kita jadi saya mahu peminat bagi sokongan padu kepada pasukan kita," katanya.

Menurut Tengku Abdullah, selain memburu gelaran juara, kejohanan kali ini penting bagi Harimau Muda sebagai pemanas badan sebelum ke Sukan SEA hujung tahun ini dan Piala AFF Suzuki tahun depan.

Selain Malaysia, kejohanan kali ini turut disertai Singapura, Myanmar dan Thailand bawah 23 tahun. Kali terakhir kejohanan diadakan ialah pada 2008 dan skuad bawah 23 tahun Vietnam muncul juara menewaskan skuad negara yang ketika itu dibimbing B. Sathianathan menerusi sepakan penalti 6-5.

Kejohanan kali ini juga merupakan kali pertama diadakan di luar Kuala Lumpur.

Tengku Abdullah berkata jika Pahang akan menganjurkan pesta bola itu sekali lagi jika kejohanan kali ini mendapat sambutan.

Tiket kini boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara dalam talian di www.ticketpro.com.my. - Bernama

Negeri Sembilan sedia sekat Tok Gajah

Posted: 23 Aug 2013 06:56 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Seremban: Negeri Sembilan tidak akan memberi laluan mudah buat Pahang apabila kedua-dua pasukan bertarung dalam perlawanan kedua Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Kemenangan sulung diraih tempoh hari akan dijadikan azimat skuad itu dalam memastikan kelebihan di gelanggang sendiri dimanfaatkan sepenuhnya bagi meraih tiga mata.



Justeru, jurulatih pasukan itu, Ridzuan Abu Shah mahu setiap pemain skuad Hoben Jang Hoben fokus kepada perlawanan menentang skuad Tok Gajah.

"Saya harap pemain Negeri Sembilan berusaha keras dan memberikan persembahan terbaik kerana percaya perlawanan malam esok (malam ini) lebih sengit dan pemain perlu memastikan tiga mata berharga tidak terlepas begitu saja.


"Kemenangan ke atas Terengganu tempoh hari perlu diteruskan ke atas Pahang kerana ia bakal menjadi penentu dalam misi pasukan melayakkan diri ke suku akhir," katanya semalam.


Ridzuan mengakui bersedia menurunkan barisan terbaiknya, malah sudah merangka strategi mantap bagi memastikan anak buahnya dapat memperagakan persembahan cemerlang.

Namun beliau mengingatkan pemainnya berhati-hati dan berusaha mengurangkan kesilapan mudah yang pasti dihukum pemain lawan untuk menghasilkan jaringan.

'Ben 10' idam 11 terbaik

Posted: 23 Aug 2013 06:53 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad mengidam untuk berada dalam kesebelasan utama ketika melayani kunjungan Terengganu dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Pada perlawanan menentang Pahang, Selasa lalu, Mohd Norfarhan atau lebih dikenali sebagai 'Ben 10' hanya diturunkan sebagai pemain simpanan namun tidak dinafikan pemain yang berasal dari Kuala Terengganu itu mempunyai kemampuan merobek gawang lawan.



Norfarhan berkata, selepas gagal mendapat mata penuh di Kuantan, Selasa lalu, The Red Warriors (TRW) perlu bangkit dan beraksi garang di gelanggang sendiri supaya tidak memberi ruang kepada lawan untuk menyerang.

Katanya, berikutan Ahmad Fakri digantung satu perlawanan kerana menerima kad merah pada perlawanan pertama, Norfarhan kini mempunyai peluang untuk beraksi sebagai pemain utama.


"Kami tidak kecewa kerana tetap bernasib baik berjaya mencuri satu mata. Namun kami akan bangkit ketika menentang Terengganu.


"Mungkin saya berpeluang berada dalam kesebelasan utama dan jika mendapat peluang itu, saya akan mencuba yang terbaik untuk menjaringkan gol bagi membantu pasukan mendapatkan tiga mata," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, seperti biasa anak didiknya tidak mempunyai masalah beraksi di laman sendiri ketika berdepan skuad kendalian E Elavarasan.


Bagaimanapun, jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu tetap mengingatkan anak didiknya supaya berhati-hati dengan kebangkitan Terengganu selepas pasukan lawan tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan pertama.

"Kita perlu yakin ketika beraksi di tempat sendiri namun Terengganu pastinya akan bangkit untuk memburu tiga mata di tempat kita, saya harap pemain berhati-hati dengan keadaan ini," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines