Isnin, 28 April 2014

Pesawat ringan terhempas


Kota Bharu: Seorang pelatih pusat latihan penerbangan, Asia Pacific Flight Training (APFT) nyaris maut apabila pesawat ringan yang dinaiki terhempas di kawasan lapang berdekatan Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari tadi menyebabkan M Shankar, 20, parah kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), di sini.

Difahamkan, mangsa sedang menjalani latihan penerbangan seorang diri dengan memandu pesawat ringan jenis Piper Warrior.

Bagaimanapun dia dipercayai gagal mengawal pesawat itu selepas mengesan kerosakan pada enjin sebelum pesawat itu menjunam.



Beberapa penduduk turut mendakwa enjin pesawat itu sudah berhenti, sebelum ia terhempas di kawasan berkenaan. -HM


Gadis 17 tahun nyaris dirogol


Kuala Lumpur: Seorang gadis berusia 17 tahun nekad melawan suspek lelaki yang cuba merogolnya walaupun penjenayah itu mencekik leher mangsa sekuat hati. Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa dikatakan diserang penjenayah ketika menunggu ibunya untuk keluar makan di kawasan perumahan berhampiran Taman Muda, Ampang, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dihampiri suspek berusia lewat 20-an dari arah belakang sebelum memeluknya.

Mangsa meronta-ronta bagi melepaskan diri, namun dipukul lelaki terbabit. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dicekik suspek dipercayai bagi mengelakkannya menjerit.

Remaja terbabit terus bergelut sebelum lelaki itu cuba menanggalkan pakaiannya dipercayai bagi merogol mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang bergelut dengan suspek kemudian terjatuh sebelum menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

Jeritan kuat itu didengari penduduk kawasan berkenaan sebelum lima hingga tujuh lelaki bergegas memberi bantuan,” katanya.

https://my.news.yahoo.com/gadis-tangkis-cubaan-perkosa-214636297.html

Ahad, 20 April 2014

Remaja diliwat, dirogol teman lelaki


SUNGAI BULOH – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menempuh detik hitam dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Jaras dekat sini, minggu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan keluar dari rumah di Tanjong Karang Selangor tanpa pengetahuan keluarganya.

“Mangsa dibawa ke rumah sewa teman lelakinya di Kampung Paya Jaras sebelum dirogol dan diliwat.

“Siasatan mendapati mangsa turut dirogol oleh dua lagi lelaki yang merupakan kawan serumah teman lelakinya," katanya.

Menurutnya, teman lelaki mangsa kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakannya diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377 kanun keseksaan kerana merogol dan meliwat. SH


Ahad, 13 April 2014

Risiko Besarkan Zakar



Saiz purata zakar normal pada ketika tegang adalah pada saiz 3.5-4 inci. Saiz itu dianggap pendek. Tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bertubuh rendah dan inginkan zakar lebih besar dan panjang. Ramai lelaki mencari petua untuk membesarkan zakar mereka. Perlu anda ingat bahawa, jika anda tersilap memilih kaedah membesarkan zakar, ia boleh merosak dan mematikan zakar anda!

Dibawah ini adalah kaedah-kaedah pembesaran zakar yang meragukan yang boleh membahayakan zakar anda serta terbukti TIDAK memberikan hasil yang diharapkan! Jangan membahayakan zakar anda dengan risiko kecederaan dan kecacatan selain membazirkan duit dan masa anda dengan kaedah-kaedah ini:


Pam Vakum Dan Pam Air, ELAKKAN! 


Pam vakum hanya mampu mengembangkan zakar anda untuk beberapa minit, bukan membesarkannya apatah lagi memanjangkan. Alat ini tidak sesuai untuk pelbagai keadaan. Selain itu pam diketahui boleh meninggalkan bekas, zakar boleh melecet bahkan kadang-kadang menyebabkan rasa kebas dan membuat zakar terasa sakit berdenyut-denyut. Pam ini mengisi zakar dengan udara. Cara ini hanya mengembangkan zakar beberapa minit tapi tidak boleh meningkatkan kapasiti darah di sel zakar yang sebenarnya sangat penting untuk mencapai pembesaran kekal.

Kerugian lain alat ini berisiko untuk anda mengalami mati pucuk sementara, berisiko melepuhkan zakar sehingga menyebabkan rasa sakit, dislokasi dan lebam, pendarahan dari kapilari yang membengkak dan terlalu banyak usaha yang perlu dilakukan dengan hasil minimum. Kaedah ini sememangnya tidak berkesan langsung.

Pam air adalah satu lagi produk baru yang dicipta sebagai alternatif kepada pam vakum yang banyak kelemahannya. Namun produk ini juga gagal untuk berfungsi membesarkan zakar sebagaimana yang didakwa. Adakah air boleh diguna untuk membesarkan zakar? Ia bukan sekadar melucukan tapi kesan dari penggunaan alat ini amat membahayakan. Seperti juga pam vakum, ia akan melecetkan kulit dan ditokok dengan rendaman zakar didalam air, kulit zakar anda akan mengalami kerengsaan. Ada pengguna yang mencuba alat ini mengalami kelekangan kulit zakar akibat tindakan air yang dipam dengan kuasa hidro menghakis sel kulit dan menyebabkannya mengelupas seolah-olah seperti melecur dan memerlukan rawatan dari pakar kulit pula.


Alat Pemberat, Cincin Zakar Dan Peregang (Extender), ELAKKAN!


Kaedah menggunakan alat pemberat dilakukan dengan cara menggantungkan pemberat di zakar anda, setiap hari selama 20-30 minit. Pemberat itu dapat melatih zakar tapi mempunyai beberapa kelemahan seperti menyebabkan rasa sakit, bengkak, kebas dan silap urat di beberapa bahagian. Yang lebih buruk, pemberat itu memotong peredaran darah kezakar sehingga boleh menimbulkan jangkitan dan amputasi. Kaedah ini sangat berisiko dan boleh mencederakan dan mencacatkan zakar anda.
Cincin zakar pula digunakan dengan cara menyarungkannya kepangkal zakar untuk melambatkan pancutan mani dan mengekalkan ereksi. Pemakainya boleh mengalami kecederaan dibahagian pangkal zakar apabila melakukan aktiviti seksual disamping berisiko mencederakan juga bibir faraj dan kelentit pasangannya.

Begitu juga dengan alat peregang yang dipakaikan dizakar. Alat ini bukan sahaja menghadkan pergerakan anda, malah jika tersilap langkah boleh mencederakan zakar sehingga otot dalaman terkoyak dan berlaku kekerasan otot yang menyebabkan zakar menjadi bengkok (penyakit Peyronie).


Gel / Minyak / Krim Sapu, ELAKKAN!


Kebanyakan gel atau minyak dan krim yang dipasarkan untuk disapu pada zakar bagi membesarkannya adalah sebenarnya satu pembohongan nyata dan mengarut. Kajian menunjukkan tiada sebarang gel atau minyak mahupun krim yang boleh membesarkan alat sulit anda. Kebanyakan produk sapuan seperti krim 'pembesar ajaib' yang dijual semuanya mengandungi bahan-bahan dan ramuan kimia yang boleh membahayakan zakar anda. Penggunaan krim seperti ini bukan saja tidak mampu membesarkan zakar malah ia menipiskan lagi kulit zakar anda yang boleh membawa kesan buruk seperti mati pucuk dan ejakulasi pra-matang untuk tempoh jangka panjang.


Pil / Ubat Kuat, ELAKKAN!


Bolehkah pil pembesar zakar membesarkan zakar anda dengan sendirinya?

Tentu saja tidak! Pil Pembesar Zakar hanya mampu membuatkan ereksi zakar anda sedikit keras tetapi bukan membesarkannya. Syarikat pil biasanya memberikan anda program latihan asas dan sebenarnya latihan itulah yang dapat membesarkan zakar anda, bukan pilnya. Malangnya, program latihan itu ditulis dengan sangat buruk, kurang terperinci dan sangat tidak berkesan.

Ya, kita tahu beberapa bahan herba yang digunakan untuk meramuankan pil tersebut mungkin dapat membantu anda meningkatkan aliran darah dan mungkin membuat ereksi anda sedikit lebih keras, tapi apakah ini kekal? Tidak mungkin!

Simpan wang anda, jangan bazirkannya untuk sebotol pil yang sama sekali tidak boleh membantu membesarkan zakar anda. Jika anda memutuskan untuk cuba menggunakan pil sama ertinya anda menghamburkan wang anda.

Apa risiko pil dan seumpamanya ini?

Ubat-ubat kuat dan sebagainya mengandungi bahan yang berbahaya bagi kesihatan, pada beberapa kes boleh menyebabkan kematian!


Suntikan /Operasi / Pembedahan, ELAKKAN!


Ada lelaki menggunakan khidmat tukang urut atau tabib untuk membesarkan alat kelaminnya dengan cara suntikan. Tabib atau tukang urut yang memberi khidmat ini melakukannya dengan menyuntik bawah kulit zakar dengan minyak cendana atau minyak bunga hingga menyebabkan keseluruhan zakar mengalami radang. Memang benar zakar menjadi besar, tapi ia tidak berfungsi. Akibatnya mangsa terpaksa pula membelanja ribuan ringgit untuk menjalani pembedahan pemulihan yang akan ‘membantutkan’ lagi zakar mereka!
Selain suntikan, banyak lelaki menggunakan kaedah salah dengan melakukan pembedahan kemudian menyedari bahawa mereka telah menghabiskan banyak wang tetapi berisiko tinggi dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Untuk melakukan kaedah ini pula memerlukan belanja yang bukan sedikit.

Operasi ini biasanya dilakukan dengan cara menambah lemak atau sejenis hormon ke zakar dan menggantungkan beban seberat 15 paun agar lemak tidak naik kembali ke bahagian perut. Boleh terjadi impotensi kekal jika berlaku kesalahan dalam operasi. Hal inilah yang menyebabkan para lelaki menjauhi cara operasi ini.

Kaedah-kaedah diatas dikenalpasti tidak memberikan kesan yang dikehendaki disamping membahayakan zakar anda baik secara luaran mahupun dalaman. Elakkan dari menggunakan kaedah-kaedah tersebut demi kesihatan dan juga keselamatan nyawa kedua (zakar) anda!



Buat selaput dara dengan kaedah ‘hymenoplasti’



Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.

Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.
Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.


Jumaat, 4 April 2014

Pakar Motivasi Terkenal Cabul Pelajar IPT


Arau: Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendakwa terpaksa merelakan dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 20 tahun yang tidak sanggup diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, selepas selesai peperiksaan akhir semester.

Difahamkan, dalam kejadian terbaru pada Jumaat lalu, mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan.

Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.


“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.


“Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” katanya. - HM

Khamis, 3 April 2014

Wanita hamil tujuh bulan dirogol lima lelaki



BACHOK - Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok.

Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan.

“Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau.

 “Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi.

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April.

"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka  mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu. Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali.

Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac.

Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh sebanyak RM15,000.

Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan 10 suspek terlibat.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. -SH


Rabu, 2 April 2014

Hantu Pocong Jambatan Kedua Pulau Pinang



BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.
-SH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines