Isnin, 8 Julai 2013

Kes Rogol bergilir-gilir atlet SUKMA



Atlet SUKMA dakwa dirogol peserta lelaki

Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AtletSUKMAdakwadirogolpesertalelaki/Article/



Siasatan berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) dirogol

KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama

sumber;http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-kes-atlet-sukma-dakwa-dirogol-disiasat-1.179912



Tiga lelaki ditahan reman kes rogol seorang pegawai pengiring atlet SUKMA

SHAH ALAM - [Dikemaskini] Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.

"Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.

"Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol," katanya, hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan bahawa atlet bolang baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.

Menurut laporan tersebut, mangsa sedar kira-kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel serta dihimpit oleh seorang lelaki.

Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya. - Bernama

sumber;http://www.sinarharian.com.my/rogol-pegawai-pengiring-3-atlet-direman-1.179927


Rogol atlet: Polis ambil keterangan individu terbabit

KUALA LUMPUR 8 Julai - Polis akan mengambil keterangan semua individu yang berkenaan bagi membantu siasatan kes rogol yang dilapor berlaku di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sebahagian daripada mereka sudah dipanggil dan diambil keterangan, manakala yang lain akan menyusul dalam masa terdekat.

"Kes ini akan disiasat secara terperinci kerana bukan sahaja satu kes yang serius tetapi juga melibatkan integriti," katanya pada sidang media selepas lawatan ke Hospital Sungai Buloh sempena peringatan Hari Polis Ke-206, dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan kes seorang pegawai pengiring yang membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Supritendan Lam Chien Fei memberitahu Bernama hari ini mereka yang akan diambil keterangan termasuk semua pemain dan jurulatih pasukan bola baling berkenaan.

"Pada petang ini ada saksi yang akan tampil untuk memberi keterangan kepada kita," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Mohd. Bakri dalam ucapan berkata, pihaknya berterima kasih terhadap pihak hospital kerana memberi tumpuan khas terhadap kesejahteraan keluarga Polis Diraja Malaysia, bukan sahaja dari segi kebajikan dan kesihatan tetapi juga berkaitan perkembangan institusi kekeluargaan polis.

Turut hadir Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. - BERNAMA

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_09/Rogol-atlet-Polis-ambil-keterangan-individu-terbabit


KJ Saran gantung atlet kes rogol bergilir-gilir

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013 digantung dahulu semtara siasatan dijalankan.

Khairy berkata, meskipun kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ia nya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini, namun disebabkan atlet itu merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), beliau merasakan tindakan awal perlu diambil terhadap atlet tersebut.

“Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.

“Walau bagaimanapun, oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab MSWP, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, untuk mengambil tindakan awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan pegawai pengiring atlet berkenaan mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Ekoran kejadian, wanita berkenaan telah membuat laporan polis.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan perkara tersebut dan ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.

"Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.

"Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sementara itu, Khairy turut meluahkan rasa terkilan dengan insiden terbabit.

Sementara itu, ketika memetik komen Khairy dari laman sosial Facebooknya, Khairy turut menambah, saranan supaya atlet berkenaan digantung turut disampaikan kepada Persekutuan Bola Baling Malaysia.

"Lagipun, kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia.

"Beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras ke dalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia.

“Mereka telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini," katanya.

Mengula perkara sama, Khairy turut mengarahkan agar MSN membuat satu "post-mortem" segera supaya kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.

“Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu,” jelas beliau.

Khairy turut menjelaskan, Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta. Malah katanya, kerjasama daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut digunakan untuk menjaga aspek ini termasuk Unit Keselamatan UPM.

“Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita.

"Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ia tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana menjadi tanggungjawab anggota kontinjen sendiri.

"Oleh kerana itulah, setiap pasukan mempunyai pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, jurulatih dan sebagainya. Mereka bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin," ujar Khairy lagi.

sumber;http://www.sinarharian.com.my/semasa/rogol-kj-saran-gantung-atlet-terlibat-1.179951



Atlet dirogol: Individu lain mungkin ditahan

KUALA LUMPUR 8 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa individu lagi bagi membantu siasatan kes seorang pengiring sukan dirogol tiga atlet bola baling semasa temasya Sukan Malaysia XVI di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan dan pihak polis sedang mengumpulkan bukti untuk melengkapkan siasatan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_11/Atlet-dirogol-Individu-lain-mungkin-ditahan



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines