Khamis, 18 Julai 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Skuad Harimau Muda A tewas kepada Kanada 1-3

Posted: 16 Jul 2013 05:39 PM PDT

Sumber: SInar Harian & Bernama

KAZAN, (Rusia) - Skuad Harimau Muda A menutup tirai perlawanan temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) dengan menduduki tempat kelapan selepas disingkirkan Kanada, dengan kekalahan 1-3.
    
Pada perlawanan penentuan klasifikasi ketujuh dan lapan di Stadium Trudovye Rezervy menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang, namun percubaan skuad Harimau Muda menerusi sepakan kapten pasukan Mohd Irfan Fazail di depan pintu gol pada minit ke-13 gagal disempurnakan.
    
Skuad Harimau Muda terus mengasak permainan dengan membuka jaringan pertama oleh D.Saarvindran di dalam kotak penalti pada minit ke-27.
    


Bagaimanapun Kanada menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti oleh  Marco Thomas Visintin pada minit ke-39 selepas pemain negara Reuben mengasari pemain lawan.
    
Tiga minit awal babak kedua perlawanan bermula menyaksikan Kanada menambah  gol kedua menerusi jaringan pemain Matthew Medoruma selepas menewaskan penjaga gol negara Mohd Farhan Abu Bakar.
   
Bagaimanapun percubaan Saiful Ridzuwan Selamat untuk menyamakan kedudukan gagal apabila sepakannya tersasar keluar daripada pintu gol lawan pada minit ke-72.
    
Kemudian pemain lawan Mario Kovacevic memberikan kedudukan selesa buat  Kanada dengan jaringan ketiga pada minit ke-82.
    
Secara keseluruhan prestasi skuad bola sepak universiti negara menunjukkan peningkatan apabila menghuni tempat kelapan daripada 15 pasukan yang mengambil bahagian sekali gus memperbaiki kedudukan edisi Universiade 2011 di Shenzen.
    
Pada Universiade 2011, Malaysia menduduki tempat ke-12 daripada penyertaan  16 pasukan. - Bernama

Boleh berbuka di stadium

Posted: 16 Jul 2013 05:35 PM PDT

Sumber: Sinar Harian

PEMINAT Chelsea yang beragama Islam tidak perlu khuatir menonton perlawanan membabitkan pasukan kegemaran mereka menentang pilihan Malaysia, Sabtu ini kerana mereka dibenarkan untuk berbuka puasa di dalam Stadium Shah Alam, lapor,  NURUL RIDUAN NOR ASHAHA, DARI BANGKOK.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan stadium bagi memberi kemudahan kepada penyokong terutamanya yang berpuasa.

"Semua kemudahan sudah disediakan di stadium. Mereka boleh menggunakan surau dan membawa makanan ke dalam stadium untuk berbuka puasa," katanya pada sidang media di Bangkok, semalam.


Dalam pada itu katanya, buat pertama kalinya, anak buah Jose Mourinho akan mengadakan dua kali sesi latihan selama tiga hari bermula Sabtu ini hingga Isnin depan.

Latihan komprehensif itu diadakan sempena persiapan Chelsea bagi menentang pilihan Malaysia dan Indonesia dalam program Jelajah Asia 2013.

Julian berkata, pemegang tiket perlawanan boleh melihat secara dekat pasukan mereka mengadakan latihan terbuka selama satu jam, hanya pada Sabtu ini, bermula 6 petang.

"Pasukan Chelsea menyatakan mereka selesa dan suka mengadakan latihan di Malaysia. Mereka akan mengadakan latihan selama 2 jam 15 minit setiap sesi, pagi dan petang," katanya.

Sementara itu katanya, lebih 30,000 tiket sudah terjual dan orang ramai masih boleh mendapatkan tiket di premis Adidas terpilih, Tiketpro.com.my dan di kaunter tiket di Stadium Shah Alam.

Harimau Malaya seri 0-0 dengan Chonburi FC

Posted: 16 Jul 2013 05:32 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Julai - Skuad Harimau Malaya yang bakal berhadapan dengan Chelsea Ahad ini tampil penuh longlai apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu kelab dari Thailand, Chonburi FC pada aksi persahabatan malam tadi.

Turun tanpa kelibat pemain utama seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali, ternyata anak-anak buah Datuk K.Rajagobal gagal mencipta sebarang jaringan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gandingan Mohd. Amri Yahyah, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Nizad Ayub tidak mampu memikul tanggungjawab dalam usaha merencana sebarang peluang dan mencipta sebarang gol.

Ini sekali gus memberikan gambaran sukar bagi skuad Harimau Malaya untuk berhadapan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea Ahad ini. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines