Rabu, 31 Julai 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Norshahrul Idlan Talaha di saman KAFA

Posted: 29 Jul 2013 06:07 PM PDT




Sumber: Facebook

Fandi Ahmad kena pecat?

Posted: 30 Jul 2013 01:39 AM PDT




Sumber: Facebook Malaysia Football Team & Astro Arena 801

Elak bersaing dengan kelab - Ibrahim

Posted: 29 Jul 2013 05:29 PM PDT

Sumber: Bernama & Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad menggesa badan induk bola sepak kebangsaan itu supaya mengurangkan penglibatan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab.

Beliau berkata, perlawanan sebegitu tidak memanfaatkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal, malah boleh menjejaskan maruah mereka seandainya kalah kepada pasukan kelab kurang ternama terutamanya dari divisyen dua dan sebagainya.



"Sewaktu saya menjadi Setiausaha Agung (dari 2005-2007), kita (FAM) mengeluarkan satu garis panduan yang melarang jurulatih kebangsaan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab melainkan perlawanan berkenaan atas tiket jemputan.

"Perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab juga tidak memberikan sebarang mata kepada sesebuah negara. Saya agak hairan bagaimana FAM boleh mengadakan perlawanan sedemikian sejak akhir-akhir ini," katanya ketika dihubungi.

Skuad Harimau Malaya, yang kini berada di Jepun untuk aksi persahabatan, terus mempamerkan aksi longlai selepas dimalukan 0-5 oleh pasukan tangga kedua tercorot Divisyen Satu Liga J, Shonan Bellmare pada perlawanan kedua Sabtu lepas.

Terdahulu, mereka kalah 0-2 kepada sebuah lagi pasukan dari divisyen sama, Shimizu S-Pulse pada aksi sulung Khamis lepas, yang antara lain bertujuan mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi kelab Liga Primera Sepanyol, Barcelona FC pada 10 Oktober ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya bakal menamatkan aksi persahabatan di negara Matahari Terbit itu dengan bertemu pasukan Divisyen Dua, Tokyo Verdy, Rabu ini sebelum dijadual kembali ke tanah air Khamis ini.

Ibrahim yang pernah menjadi pengurus skuad kebangsaan dari 2000-2005, sebaliknya menegaskan, FAM perlu lebih memperbanyakkan aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar yang dilihat membantu menaikkan kedudukan bola sepak negara yang kini berada pada ranking ke-159 dunia Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

"FIFA sendiri telah menetapkan terdapat beberapa bulan yang sesuai untuk mengadakan perlawanan persahabatan yang antara lain adalah saluran rasmi kepada negara anggota mereka untuk menaikkan ranking masing-masing.

"Selain itu, FAM harus mempunyai rangkaian perhubungan yang baik dengan negara-negara luar untuk mengatur perlawanan persahabatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada FIFA," kata Ibrahim.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perlawanan Antarabangsa FAM dari 2001-2003 itu turut berkata, perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar tidak menelan kos besar memandangkan pasukan tuan rumah perlu menanggung kos kedatangan negara pelawat.

Mengenai ranking skuad Harimau Malaya, Ibrahim berkata, FAM selaku badan pentadbir utama sukan bola sepak negara perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan ranking skuad Harimau Malaya tidak mengalami kemerosotan.

"Mungkin 10 pasukan terbaik di dunia enggan beraksi dengan kita, namun FAM perlulah merencanakan strategi untuk mengatur perlawanan dengan pasukan ranking ke-100 dunia dan ke atas.

"Sekiranya skuad kebangsaan kita menang ke atas negara yang berada pada kedudukan lebih baik daripada kita, maka ranking mereka akan meningkat," kata Ibrahim.

Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan yang diharungi skuad Harimau Malaya tahun ini, mereka hanya mencatatkan dua kemenangan, seri sekali selain tewas baki sembilan perlawanan yang kebanyakannya kepada pasukan dari negara Timur Tengah. - BERNAMA

Perlis ‘pancing’ Cikgu Jan

Posted: 29 Jul 2013 05:26 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kangar: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menawarkan gaji lumayan memancing bekas pemain dan jurulatih skuad kebangsaan Norizan Bakar sebagai jurulatih merangkap pengurus pasukan Singa Utara yang baru.

Naib Presiden PFA Azhar Ahmad berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pemilik nama 'Cikgu Jan' itu bagi membawa cabaran Perlis musim depan selepas melakukan rombakan besar-besaran dalam PFA.


Katanya, setakat semalam, pihaknya ada berhubung dengan Norizan mengenai hasrat mereka yang sememangnya mahu anak tempatan mengisi kekosongan ditinggalkan ketua jurulatih Yunus Aliff.

Norizan yang berasal dari Kampung Datuk Kayaman, menjadi sasaran PFA selepas Presiden Datuk Rozabil Abd Rahman mahu pengurusan serta pemain Perlis terdiri daripada muka tempatan dan anak jati negeri itu.

"Bagaimanapun, tiada pertemuan atau kata putus rasmi sama ada daripada PFA mahupun Norizan mengenai tujuan itu, namun kami berhasrat mendapatkan khidmat beliau," katanya.

Sumber dalaman PFA mendedahkan jika hasrat PFA menjadi kenyataan, Norizan bakal mendapat kebebasan membentuk pasukan. Namun keputusan itu masih terletak di tangan presiden.

Katanya, Norizan masih mempunyai kontrak bersama pasukan IPTA yang berakhir Disember ini.

"PFA akan berbincang dengan pihak IPTA berkenaan mengenai status kontrak selepas mendapat maklumbalas positif daripada Norizan yang akan ditawarkan secara rasmi selepas perbincangan dalaman PFA dilakukan," katanya.

Sementara itu, Norizan ketika dihubungi mengesahkan menerima tawaran itu namun enggan mendedahkan lebih lanjut termasuk jumlah gaji yang bakal diterimanya.

"Kami ada berbual tapi tidak secara rasmi. Saya masih belum mengetahui perincian tawaran yang diberikan," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines