Selasa, 16 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anak dan Faezah Elai Terkini

Posted: 15 Jul 2013 10:08 PM PDT

Setelah 5 bulan berlalu sejak melahirkan anak sulung Faezah Elai, Dealova Heyrinna kini Faezah kelihatan lebih ceria dan bertenaga selepas mendapat anak sulung. Wajahnya kelihatan sungguh anggun dan kembali aktif dalam dunia lakonan seperti sedia kala.

Namun kehadiran Dealova sepertinya membawa satu sinar kebahagian di dalam rumahtangga, bahkan kedatangan bulan Ramadan ini juga turut diwarnai bersama Dealova yang pertama kalinya bersama-sama ibu dan bapanya menjalani ibadah Ramadan. -Instagram faezahelai
Baca lagi »

Siti Nurhaliza Tidak Pergi Umrah Sebab Datuk K

Posted: 15 Jul 2013 09:00 PM PDT

Kalau tidak silap setiap menjelangnya Ramadan tiba, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K pastinya akan menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Makkah. Namun kalau kita lihat Instagram Siti, pastinya korang perasan mereka berdua tidak akan pergi umrah tahun ini.

Ini disebabkan oleh Datuk K sendiri yang terpaksa membatalkan hasrat itu. Menurut laporan Utusan semalam, ini berikutan kesihatan Datuk K sendiri yang tidak boleh menjamin dirinya untuk ke Tanah Suci. Disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya tahun lalu.
Baca lagi »

Gambar Fasha Sandha Bawa Rayfal Berjualan Ramadan

Posted: 15 Jul 2013 08:00 PM PDT

Rajin sungguh ibu kepada anak bernama Putera Rayfal, Fasha Sandha. Fasha kelihatan menolong ibunya menjual kuih muih ketika bulan Ramadan ini. Dengan turut membawa Putera Rayfal bersama, Fasha tidak kelihatan keberatan untuk menolong ibunya dengan membawa anaknya itu, bahkan orang ramai pula yang mengunjungi gerainya itu.
Baca lagi »

Gambar Sekitar Pertunangan Raja Azmi, Eddie

Posted: 15 Jul 2013 06:13 PM PDT

Tahniah kepada pengarah Raja Azmi, 54 yang selamat menjadi tunangan orang yang menjadi pilihannya sendiri, Mohd Eddie Ghazali, 45 yang juga seorang pemain gitar.

Mereka melakukan majlis sederhana itu di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana, Ampang semalam. Dimana Raja Azmi diwakili anak sulungnya, Puteri Suraya dan Eddie oleh anak sulungnya juga, Daniel.

Pihak lelaki menyerahkan 3 dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung, pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut. -mStar | gambar GUA
Baca lagi »

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines