Ahad, 21 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Diana Amir Sahkan Kahwin Tahun Ini

Posted: 20 Jul 2013 09:42 PM PDT

Dalam tak disangka Diana Amir akan berkahwin dengan seorang pensyarah yang juga tunanganya, Habib. Maka dengan itu, maka genap la usia pertunangan mereka setahun memasuki Ogos ini.

Bab kahwin ini pula, Diana tidak nafikan mereka berdua sangat sibuk dan kemungkinan merancang akan mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini walaupun persediaan masih lagi 0%.

Menurut sumber Murai itu lagi, Diana juga akui yang Habib kini sibuk menyambung pendidikan tahap Master di USM
"Memang jika hendak diikutkan semasa dalam perbincangan pertunangan kami, kami mahu ikat setahun tetapi nampaknya kami terpaksa tangguhkannya lewat sedikit daripada jangka masa itu.

"Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya baru kami bincangkan. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.

"Yelah, kami masing-masing sibuk dan satu perisapan pun sehingga kini belum disiapkan lagi. Bukan sahaja persiapan, malah kursus kahwin pun kami belum pergi,"-Diana Amir

30 Gambar Selebriti Berbuka Puasa

Posted: 20 Jul 2013 07:35 PM PDT

Maaf la kerana terlambat untuk memuatnaik gambar selebriti ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Astro baru-baru ini.

Biasalah hot dengan cerita Ashraf Muslim kan, terlupa nak selitkan gambar kesayangan selebriti anda.

Ramai juga selebriti yang hadir di bangunan Astro bersebelahan KLCC ni, di antaranya adalah, Zizan Razak, Johan dan Ozlynn, Erra Fazira, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Kaka Azraff, Mia Sara, Fouziah Gous, Raja Azura, Fida, Azwan Ali, dan ramai lagi lah.

Jom layan..
Baca lagi »

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines