Rabu, 24 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Amaran, Bobo Bakal Di Belasah!

Posted: 23 Jul 2013 11:01 PM PDT

Kasihan Bobo artis dari laman sosial ni sampai dia terima ugutan mahu kena belasah sampai tahap tidak berperikemanusian gitu kerana dek video prodi-prodinya di dalam Youtube mahupun Facebook.

Tapi semangat Bobo bukan seperti menampaknya dia seorang yang lemah, malah mempunyai semangat ingin membuat lagi video prodi yang lain walaupun mendapat cacian, makian, perlian, dan ugutan.

Inilah ulasan Bobo apabila mendapat ugutan belasah itu yang memetik portal Murai semalam

"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.

"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya,"

"Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.

"Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook," -Bobo

Gambar Anak Adi Putra Terkini

Posted: 23 Jul 2013 10:02 PM PDT


Dah besar gitu ko jah anak angkat Adi Putra, Zara Adelia Haadi. Usianya kini dah nak masuk 10 bulan. Dan kelihatan bersama ibunya ketika membuat medical checkup baru-baru ini. -Instagram adp_adiputra


Adira Nafi Jadi PlayGirl

Posted: 23 Jul 2013 09:00 PM PDT

Sudah banyak kita dengan kisah percintaan selebriti dengan beberapa orang pilihan dirinya. Tidak ketinggalan Adira bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-8.

Bila sudah habis program realiti itu, Adira sepertinya menjadi rebutan dan dambaan ramai lelaki, apa tidaknya kulitnya yang melepak putih, pastinya mengalahkan orang putih dari Amareka, hehe.
Baca lagi »

Neelofa, Tiz Zaqyah Hiasi Majalah Astro

Posted: 23 Jul 2013 08:00 PM PDT


Siapa ada melanggan majalah Astro pasti ada menampak kelibat dua selebriti cantik yang menghiasi muka hadapan majalah berkenaan.

Siapa lagi kalau bukan Tiz Zaqyah dan Neelofa. Pastinya kedua-duanya memang anggun dengan rambut ikal mayang rebonding gitu.

Memang padan apatah lagi edisi majalah itu untuk AidilFitri nanti.


Pekin, Uqasha Sudah Bertunang

Posted: 23 Jul 2013 06:24 PM PDT

Dalam tidak disangka, Pelakon, Pekin dan kekasihnya, Uqasha Senrose dikhabarkan memetik portal MediaHiburan yang mereka telah betunang pada awal bulan ini atau bersamaan sebelum bulan Ramadan.

Namun tarikh sebenar pertunangan itu tidak didedahkan, cukup sekadar pemberitahuan secara ringkas. Apa-apa pun tahniah, semoga ke jinjang pelamin.
"Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini" -Pekin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines