Rabu, 17 Julai 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Ayu & Radhi (OAG) Rancang Kahwin Tahun Depan

Posted: 16 Jul 2013 03:44 PM PDT

Sepadan... Ayu bersama Radhi.
KUALA LUPUR: Kekasih kepada penyanyi Radhi (OAG) iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan bakal menamatkan zaman solo dengan pemuda itu pada tahun hadapan.
Nur Shahira Ayu atau lebih mesra disapa Ayu, 19, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.
"Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini, pada Selasa.
Ayu berkata, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu.
Malah ujar Ayu, dia juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Jelasnya, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.
"Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok," ujar Ayu.
Jelas gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Mengimbas semula detik pertemuannya Ayu berkata, mereka bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belalah The Curve, Damansara dekat sini ketika dia berusia 15 tahun.
Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.
Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.
"Alhamdulillah... sedikit demi sedikit saya berubah ke arah yang lebih baik," katanya.
Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun.

Pertunangan Fouziah Gous Buat Iqram Dinzly Terkilan

Posted: 16 Jul 2013 03:43 PM PDT

Iqram Dinzly
PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly mengakui terkejut apabila mendapat tahu teman karibnya iaitu Fouziah Gous bertunang kerana tidak pernah mengetahui aktres itu sebenarnya mempunyai kekasih hati.
Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, berkata, dia lebih terkilan apabila berita pertunangan itu diketahui menerusi laporan media selain hanya dimaklumkan kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung.
"Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya.
"Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah.
"Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Fouziah dan Zhafran bertunang pada 1 Jun lalu.
Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengikat tali pertunangan dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, dekat sini pada 1 Jun lalu.
Tambah Iqram, sejak pertunangan itu, dia dan Fouziah tidak lagi berhubung.
Bagaimanapun Iqram berharap, kenyataannya itu tidak memberi persepsi negatif kononnya dia tidak gembira dengan pertunangan aktres itu.
"Saya tengok, majlis pertunangan mereka sangat meriah. Jadi saya harap perhubungan suami-isteri yang bakal disatukan nanti juga akan meriah dan kekal sehingga akhir hayat.
"Apa yang telah berlaku ini juga membuatkan saya berasa syukur, Alhamdulillah," ujarnya.
Dalam pada itu, Iqram turut menafikan dakwaan yang kononnya dia makan hati dengan pertunangan Fouziah sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.
"Rasa nak tergelak pun ada apabila orang cakap begitu. Mana ada, berat saya susut sebab terlalu sibuk bekerja.
"Pada Februari lalu, selama dua bulan saya menjalani penggambaran drama berjudul Kes 253 di Singapura. Mungkin kerana itu juga membuatkan berat saya turun," tuturnya.

Zed Zaidi Anggap Ezany Tidak Kenang Budi

Posted: 16 Jul 2013 03:42 PM PDT

Gambar fail menunjukkan Ezany (kiri) bertemu Zed Zaidi untuk membuat laporan masalahnya pada April lalu.
PETALING JAYA: Tuduhan pelakon Ezany Nizariff kononnya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak bertindak terhadap dua laporannya adalah satu kenyataan yang dianggap tidak mengenang budi.
Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, 33, berkata, pihaknya telah berusaha untuk membantu Ezany, 40, tetapi perkara itu mestilah mengikut peraturan tertentu termasuklah mempunyai surat dengan pihak-pihak berkenaan.
"Kami sudah mendapat surat jawapan daripada pihak-pihak berkenaan untuk diaturkan temu janji bagi menyelesaikan masalah Ezany tetapi pada saat-saat akhir Ezany tidak memberi respons kepada kami sama ada untuk menyertai pertemuan itu atau pun tidak.
"Sebaliknya Ezany memberi kami pilihan untuk melantik sebuah persatuan seni lain sebagai pemerhati dalam pertemuan itu. Mana boleh macam tu? Persatuan mana yang dia nak minta tolong sekarang ini?" soal Zed Zaidi ketika menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Beliau mengulas kenyataan Ezany dalam mStar Online pada Selasa yang kesal dengan tindakan Seniman kerana gagal bertindak selepas dia membuat dua laporan pada April lalu berhubung isu tunggakan hutang syarikat produksi terhadapnya dan kes kononnya dia digam oleh RTM.
Bagaimanapun maslah Ezany itu selesai apabila dia menerima semula baki hutang sebanyak RM3,500 untuk penggambaran drama Titian Dua terbitan NR Network selain salah fahamnya dengan pihak RTM juga dapat diselesaikan selepas meminta bantuan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.
Zed berkata, dalam kes Ezany pihaknya enggan terlalu gelojoh kerana setiap pertemuan ataupun sesuatu urusan itu perlu dibuat selepas mendapat 'balck & white' kerana segala urusan surat-menyurat itu akan disimpan sebagai rekod untuk mengelak apa-apa tindakan saman.
Katanya, perbuatan Ezany yang menuduh Seniman 'tidak buat kerja' itu benar-benar tidak profesional kerana dalam masa yang sama dia merujuk kes berkenaan kepada persatuan lain untuk meminta bantuan.
"Kami buat kerja ikut peraturan. Bukan ikut cara cowboy. Kami berniat nak bantu Ezany tetapi akhirnya dia kutuk kami balik. Dia tuduh kami tak buat kerja tetapi bila kami nak tolong, muncul pula persatuan lain yang nak tunjuk hero," katanya.
Ditanya kenapa Seniman mengambil masa hampir tiga bulan untuk selesaikan masalah Ezany sedangkan Karyawan mengambil masa yang singkat ujar Zed, pihaknya perlu memikirkan banyak perkara agar tindakan yang hendak mereka lakukan itu tidak menyalahi undang-undang.
Malah katanya, Seniman juga perlu menyiasat terlebih dahulu pihak mana yang bersalah termasuk kontrak lakonan sebelum beberapa keputusan lain diambil dengan surat-menyurat diperlukan sebagai bukti agar tiada masalah kemudian hari.
"Salahkah kami kalau kami buat kerja ikut peraturan? Semua pihak harus faham perkara berkaitan teknikal. Kami pun takut kena saman jadi setiap tindakan itu hendaklah dengan cara yang betul. Barulah persatuan Seniman itu nampak profesional dan bukan dengan cara gelojoh," katanya.
Jelas Zed Zaidi, selama ini sudah banyak kes melibatkan artis berjaya di selesaikan termasuklah isu pergaduhan Anzalna dan Neelofa yang antara bukti persatuan itu tidak duduk diam.

Minta Izin Jika Guna Lagu Opick

Posted: 16 Jul 2013 03:41 PM PDT


Opick
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu-lagu ketuhanan dari Indonesia iaitu Opick berharap pihak penerbit atau televisyen yang menggunakan lagu nyanyiannya hendaklah meminta keizinannya terlebih dahulu sebelum menggunakan karya berkenaan.
Opick atau nama sebenar Aunur Rofiq Lik Firdaus, 39, berkata ia adalah untuk makluman dan perhatiannya sahaja sebagai pencipta lagu tersebut.
"Seharusnya mereka perlu meminta izin daripada saya sebagai pencipta lagu tapi setakat ini belum pernah ada yang berbuat demikian.
"Tapi itu tidak menjadi masalah selagi tidak menimbulkan apa-apa kesalahan atau mungkin juga mereka ada beritahu pada orang lain tetapi tidak disampaikan kepada saya," katanya ketika pada majlis pelancaran album Ya Maulana, di sini, Isnin.
Antara lagu nyanyiannya seperti Rapuh, Bila Waktu Telah Berakhir dan Ketika Cinta Memanggil sering dijadikan lagu tema dalam filem dan drama tempatan.
Tambah Opick, dia juga kurang jelas dengan pembahagian royalti yang sepatutnya diterima jika lagu diputarkan di stesen radio di negara ini.
"Saya tidak tahu bagaimana prosesnya tetapi saya yakin ada bahagian yang telah diuruskan oleh pihak pengurusan kepada saya.
"Saya yakin apa pun hak saya akan diberi Allah dengan pelbagai caranya," ujarnya.
Album Ya Maulana mengandungi 10 buah lagu baru ciptaan Opick sepenuhnya.
Dalam pada itu, Opick turut bersyukur lagu-lagu keagamaan yang diciptanya mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini.
"Saya bersyukur lagu saya diminati dan disukai, ini bermakna satu bonus buat saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain dalam memuji keagungan Allah," ujarnya.
Selain pelancaran album kesembilan, Opick hadir ke Malaysia bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ke 11 tahun dengan Dian Rosita.
"Alhamdulillah rezeki saya bertambah sejak membuat lagu-lagu keimanan, malah keluarga saya lebih bahagia dan hari ini kami sebenarnya dalam percutian menyambut ulang tahun perkahwinan kesebelas kami.
"Oleh kerana waktu agak terhad jadi terpaksa menyelitkan jadual pelancaran album pada waktu percutian ini," katanya.
Album Ya Maulana ini mengandungi 10 buah lagu yang diciptanya sendiri.
Antara lagu dalam album ini termasuklah Ku Tak Pernah, Berapa Jarak, Ajari Aku dan Aku Percaya.
Album berkenaan sudah berada di pasaran seluruh Malaysia dengan harga RM25.90.

TV9 Siarkan 30 Program Terbaik Sempena Sambutan Aidilfitri

Posted: 16 Jul 2013 03:40 PM PDT

Antara artis yang hadir pada majlis pelancaran program sempena Aidilfitri 5 Malam 4 Hari, Selasa.
KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Aidilfitri Pada Bulan Ogos tidak lama lagi, stesen televisyen TV9 memperkenalkan tema 5 Malam 4 Hari dengan memaparkan sebanyak 30 program terbaik.
Menurut pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, program-program tersebut akan disiarkan sepanjang lima hari pertama Aidilfitri bermula 7 Ogos depan (malam Raya pertama).
"Pelbagai rancangan hiburan dan drama-drama terbaik bakal disajikan bermula malam Raya.
"Menerusi 5 Malam 4 Hari, ia turut menampilkan kolaborasi erat antara TV9 dan Hot FM di mana Hot FM turut mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ini ke udara seperti Mimpi Fara, Geng Kampung Pisang dan Hot TV Raya," katanya.
Sherina ditemui pada majlis pelancaran program sempena Aidilfitri 5 Malam 4 Hari di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), di sini pada Selasa.
Bermula pada malam Raya, penonton akan dihiburkan dengan program Hip TV yang menampilkan Hani Hatim dan Aidid Marcello.
Pada keesokan hari, nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latiff akan menghibutkan para penonton menerusi program Stailista Unplugged pada 8 Ogos, pukul 10 pagi.
Persembahan hebat lagenda rock Amy (Search), Azlam (The Typewriter) dan Black pula akan dipaparkan menerusi muzikal hebat Rockesta pada raya pertama, pukul 8.30 malam.
Antara telefilem-telefilem yang bakal disiarkan ialah Sweet Lola, Mana Kuali Opah? dan Oh Kampungku!. Menerusi slot Bananana TV9 pula, program kanak-kanak seperti Seringgit Kashorga, I Heart Kurma, BanananaSquad VS Idola Kecil dan Cokelat Maraton turut dipaparkan.
Dalam pada itu, TV9 turut menyiarkan filem animasi yang mendapat sambutan hebat di pawagam iaitu Bola Kampung The Movie.
Selain itu, TV9 turut menyediakan rancangan berbentuk gameshow seperti Ada Bran? 2013, Kidnap, Mini Busking, Bintang Mencari Pasal Raya dan Switch Off Raya.

Dayang tolak jodoh pilihan keluarga

Posted: 16 Jul 2013 03:36 PM PDT

DAYANG NURFAIZAH mengaku teringin untuk mempunyai anak, namun dia tidak berani untuk mengambil anak angkat.


PENYANYI bersuara gemeresik, Dayang Nurfaizah mengakui pertama kali dilatih menjalani ibadah puasa adalah pada usia tujuh tahun.
Begitupun, dedah penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu, dia yang berpuasa ketika itu tidak berjaya menahan diri lalu membuka puasa dengan secawan air sejuk. Akibatnya, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dipukul oleh ibunya.
"Mak memang sangat tegas. Umur tujuh tahun lagi dia sudah suruh Dayang puasa. Tetapi belum sempat waktu berbuka Dayang tidak tahan lalu meminta nenek air untuk minum. Bila mak dapat tahu dia sangat marah dan mencubit Dayang dengan kuat," ungkapnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Hotel Prince, Kuala Lumpur.
Kesan daripada amarah dan cubitan ibunya, sejak daripada itu Dayang tidak pernah ponteng puasa kecuali jika dia datang bulan.
Mengimbau kenangan berpuasa ketika kecil, ujar Dayang, dia selalu mengikut ibunya bertadarus dan solat tawarih.
"Dayang selalu ikut mak tadarus dan tawarih. Ketika tadarus, Dayang sekadar ikut dan dengar sahaja tetapi satu hari Dayang sertai sama tanpa pengetahuan mak. Dia terkejut tetapi gembira," ujarnya.
Gosok baju
Berkongsi aktiviti puasanya pada tahun ini pula, tutur Dayang, dia mendapat banyak tawaran menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim.
Dalam masa yang sama, jelas Dayang, dia juga sedang mencari lagu baharu untuk dijadikan single terbaharu selepas hit dengan lagu Bisikan Rinduku.
"Lagu Bisikan Rindu itu dibuat khas untuk lagu runut bunyi drama Dahlia. Kalau boleh Dayang mahu sebuah single untuk Dayang sendiri," ungkapnya yang gembira kerana sambutan puasanya lebih teratur selepas keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.
Ditebak apakah makanan yang disukai semasa berbuka puasa, ulas Dayang, dia sangat merindui ikan terubuk bakar Sarawak.
Bagaimanapun, katanya, menu tersebut tidak ada di Kuala Lumpur.
Terlanjur bersembang tentang puasa, Dayang turut bercerita tentang sambutan Aidilfitrinya.
Ceritanya, setiap tahun, dia akan pastikan anak-anak buahnya memperoleh baju raya baharu.
"Setiap kali nak raya, Dayang sibuk beli baju untuk anak-anak buah dan juga tempah kek lapis. Baju raya Dayang sekadar dua pasang sudah memadai," ujarnya.

DAYANG NURFAIZAH meraikan seramai 53 orang anak yatim daripada Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia dengan kerjasama Hotel Prince Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Bakal pulang ke Kuching dua minggu sebelum raya, ungkap Dayang, dia tidak pernah membuat rumah terbuka untuk peminatnya. Begitupun, jelasnya, rumahnya sentiasa terbuka untuk peminat datang berhari raya.
Dayang turut berkongsi mengenai pengalaman menggosok baju anak buahnya sehingga terbakar dan berlubang.
"Dayang sebenarnya tidak suka gosok baju. Tetapi, masalahnya sejak kecil lagi Dayang memang gosok baju sekolah sendiri. Ada baju sekolah yang Dayang gosok sampai jadi warna kuning.
"Begitu juga, baju raya anak buah Dayang. Kesian dekat dia terpaksa pakai baju biasa sebab baju raya berlubang digosok Dayang," ungkapnya sambil ketawa mengenangkan peristiwa tersebut.
Acap kali bertemu dengan Dayang, pasti soalan bilakah dia akan menamatkan zaman bujang diajukan kepadanya.
Akui bosan apabila sering ditanyakan soalan tentang kahwin, luah penyanyi berusia 32 tahun itu, dia sebenarnya teringin mempunyai anak, tetapi sehingga kini dia belum bertemu jodoh apatah lagi berumah tangga.
"Sebenarnya bila melihat kanak-kanak, hati saya terdetik teringin untuk mempunyai seorang anak. Tetapi hendak buat macam mana jodoh saya belum sampai," ungkapnya.
Ditebak tidakkah dia teringin mengambil anak angkat seperti kebanyakan artis lain, dedah Dayang, dia tidak berani dan menganggap tanggungjawab tersebut terlalu besar.
"Saya tidak berani ambil anak angkat. Besar sangat tanggungjawab itu. Saya perlu bersedia dari segi mental. Saya hormat dengan orang yang sanggup ambil anak angkat malah menjaganya dengan baik," akuinya.
Kejutan hari lahir
Satu malam amal berbuka puasa untuk penghuni rumah kebajikan terpilih di bawah seliaan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) bersama Dayang dengan kerjasama Hotel Prince Kuala Lumpur telah berlangsung pada malam kedua Ramadan lalu.
Pada majlis tersebut, ratu R&B itu mendendangkan lagu-lagu seperti Hari Mulia, Dayang Sayang Kamu dan Seandainya Masih Ada Cinta untuk anak-anak yatim tersebut.
Menariknya, dalam kemeriahan majlis berbuka tersebut, penyanyi dari Bumi Kenyalang itu menerima kejutan apabila diraikan dengan sambutan hari lahirnya yang ke-32 tahun.
Majlis pada malam itu turut disertakan dengan alunan ghazal secara langsung oleh Seri Nusantara 2 serta aktiviti sampingan seperti meniup belon dan mewarna untuk anak-anak yatim.
Setiap daripada anak-anak yatim itu telah mendapat sumbangan khas berupa beg saguhati serta duit raya oleh Pengarah Urusan Hotel Prince Kuala Lumpur, Tim Quarm.

Chomel Fana tiada isu dengan KRU Studios

Posted: 16 Jul 2013 03:35 PM PDT

FIGURA ini menafikan dia kurang aktif berlakon sejak akhir-akhir ini.


NAMA Chomel Fana tidak kedengaran asing tapi pada masa sama masih samar-samar dalam industri hiburan.
Seketika, namanya menjadi bualan gara-gara gosip negatif yang menggambarkan dirinya kurang berdisiplin dan sombong namun kemudiannya kembali menyepi.
Timbul persoalan adakah Chomel tidak kisah akan kehadirannya dalam bidang lakonan atau nyanyian semasa atau kehendaknya untuk tidak menghebahkan kisah peribadi sendiri?
Bertemu dengan pemilik nama sebenar Noorhanis Farhana Shaharuddin, 27, pada majlis doa selamat drama Balqis di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini, Chomel menjelaskan situasi kariernya kini.
Khabarnya ada cerita di sebalik dirinya yang kini sudah tidak lagi bernaung di bawah pengurusan KRU Studios Sdn. Bhd. (KRU Studios).
Ikuti temu bual lanjut Kosmo! bersama pelakon utama drama Balqis yang kini ditayangkan di TV2.
Kosmo!: Pada bulan Ramadan ini, apakah perancangan karier Chomel Fana?
CHOMEL FANA: Saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod Menjinak Ombak arahan Along Kamaluddin sehingga penghujung bulan Julai. Kemudian, baru ada masa untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Selain itu, saya memenuhi undangan berbuka puasa dan majlis-majlis amal.
Chomel kelihatan kurang aktif dalam bidang lakonan atau nyanyian, kenapa agaknya?
Mana ada? Masih ada syarikat korporat yang menjemput saya untuk mengadakan persembahan begitu juga lakonan. Mungkin saya jarang diberikan watak yang betul-betul memberikan impak kepada penonton, tetapi saya mengharapkan drama Balqis ini membuka mata orang ramai tentang bakat lakonan saya.
CHOMEL ada sebab tersendiri keluar daripada pengurusan KRU Studios.


Adakah Chomel masih bernaung di bawah syarikat KRU Studios?
Ramai yang menyangka saya masih bernaung di bawah KRU Studios tapi sebenarnya sudah setengah tahun saya bergerak sendiri. Mungkin juga ramai yang masih ingatkan saya dinaungi oleh syarikat pengurusan, faktor itu membuatkan produksi atau penganjur takut untuk mendapatkan khidmat saya.
Chomel keluar daripada KRU Studios kerana ada masalah?
Tiada masalah, saya keluar kerana kontrak saya selama dua tahun telah tamat dan tidak terfikir untuk menyambungnya. Kami tiada sebarang masalah sampai sekarang. Bukan kerana merajuk atau isu pilih kasih tapi saya mahu kembali bergerak solo. Kebanyakan projek saya bersama KRU Studios lebih kepada nyanyian dan pengacaraan tapi jangan salah anggap kerana saya tidak mengharapkan apa-apa daripada syarikat itu. Saya tidak menyesal keluar daripada KRU Studios.
Jadi, adakah Chomel rasa mampu membawa hala tuju sendiri tanpa syarikat pengurusan?
Pembabitan saya dengan KRU Studios pun kerana merakamkan single, kemudiannya saya ditawarkan untuk bernaung di bawah sayap syarikat itu. InsyaAllah saya akan bekerja lebih keras dan fokus kepada bidang lakonan.
Sudi kongsikan pengalaman menerajui drama Balqis?
Saya melakonkan watak utama Balqis iaitu seorang remaja pintar tapi memberontak selepas kematian bapa. Tanpa disedari dia terbabit dengan golongan gelandangan dan melakukan jenayah. Akhirnya Balqis dipenjarakan dan bertemu dengan seorang majistret yang ingin mengkaji perubahan sikapnya.
Paling mengujakan apabila penggambaran dijalankan di Mekah dan Madinah selama dua minggu.

Air Tangan ibu undang selebriti

Posted: 16 Jul 2013 03:34 PM PDT



IFA RAZIAH (kanan) dan ibu mertuanya, Khizan Zain (tengah) bersama hos Wanita Hari Ini (WHI) dalam segmen Air Tangan Ibu.


PEPATAH ada mengatakan, tidak ada makanan yang lebih baik selain daripada masakan air tangan ibu. Baru-baru ini Planta dengan kerjasama Wanita Hari ini (WHI), sebuah rancangan bual bicara TV3 telah memperkenalkan sebuah segmen baharu iaitu Air Tangan Ibu dengan tema Melimpahkan Kasih Sayang Hidangan Ibu yang akan dibawakan khas sempena bulan Ramadan ini.
Penonton bakal menikmati segmen menarik ini bermula 8 Julai sehingga 6 Ogos ini.
Bagi Penerbit Eksekutif WHI, Siti Hatija Yusoff, mereka menghargai kepentingan masakan air tangan ibu, apatah lagi pada bulan Ramadan.
Ini kerana pada bulan mulia ini, seisi keluarga akan berkumpul menikmati juadah bersama-sama yang pastinya resipi daripada air tangan ibu sendiri.
Menariknya, segmen tersebut menampilkan selebriti tanah air bersama ibu mereka. Antara artis yang terbabit ialah Tasha Shila dan Nabil yang akan berbuka dan bersahur.
Dalam setiap episod, selebriti bersama ibu mereka akan berkongsi pengalaman air tangan ibu di dapur, selain memasak menu kegemaran mereka.
Ini secara tidak langsung menimbulkan minat dalam kalangan wanita terhadap bidang masakan dan belajar resipi-resipi baharu.
Turut hadir semasa acara pelancaran segmen Air Tangan Ibu tersebut ialah pelakon dan penyanyi popular, Ifa Raziah, serta ibu mertuanya Khizan Zain yang dijemput untuk memasak resipi kegemaran mereka iaitu nasi goreng planta.
Menurut Ifa, masakan ibu adalah yang paling sedap dan tidak mampu ditandingi oleh masakan lain yang ada di dunia.
"Air tangan ibu itulah yang menyedapkan sesuatu makanan sebenarnya. Walaupun sekadar telur goreng, ia lebih sedap berbanding makanan lain.
"Masakan ibu juga mempunyai seribu keberkatan. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah lama, begitu juga saya yang telah kehilangan ibu tercinta tiga tahun lalu. Jadi sekarang saya sering makan masakan ibu mertua untuk menghilangkan kerinduan tersebut," katanya.

Hati Ella tertinggal di Palestin

Posted: 16 Jul 2013 03:33 PM PDT




TANGGAL 7 Julai 2013 genap setahun usia perkahwinan Ratu Rock, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 47, bersama suami, Azhar Husaini Ghazali, 32.
Gembira dengan kehidupan baharunya, Ella, memberitahu, selepas berkahwin dia sengaja memperlahankan kerjaya seninya selama setengah tahun untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.
Ujar Ella yang ditemui bersama suaminya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor baru-baru ini, dia banyak bercuti di luar negara termasuk menunaikan umrah sebelum jadual kerjanya kembali padat selepas Aidilfitri nanti.
"Saya sengaja berehat panjang selepas berkahwin. Sebabnya sebelum ini, saya terlalu sibuk dengan kerjaya. Saya bersama suami, kakak, ibu dan ibu mertua sempat menunaikan umrah selama dua minggu pada Mac lalu.
"Tidak terkata apabila melihat Kaabah di depan mata, rasa sejuk dan tenang sekali. Saya banyak berdoa di sana untuk rakan-rakan dan keluarga, tidak ketinggalan doa untuk mendapatkan cahaya mata," jelasnya.
Sambungnya lagi, selepas menunaikan umrah mereka melawat beberapa kota Arab termasuk Jordan dan Palestin.
Melihat sendiri keadaan di Palestin buat kali pertama memberi keinsafan dalam diri Ella dan dia bersyukur kehidupannya lebih baik berbanding dengan masyarakat di sana.
"Sebenarnya saya mendapat banyak ilmu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit ketika berada di Palestin.
"Walaupun saya tidak masuk ke Genting Gaza kerana berbahaya memandangkan saya turut membawa ibu, tetapi saya dapat merasai kesengsaraan mereka.
"Saya banyak menderma di sana kerana lebih baik derma itu diberi terus kepada mereka. Jika kita beri kepada mereka menerusi bank, kebanyakan bank di sana dikuasai oleh Israel, jadi kita tidak tahu derma kita itu benar-benar sampai ke tangan mereka ataupun tidak," katanya yang melawat Palestin sekitar Mei lalu.
Selain itu, Ella turut bercerita bagaimana kuatnya semangat rakyat Palestin yang ditemuinya.
"Saya kagum dengan seorang gadis Palestin bernama Israh. Orangnya sangat cantik, umurnya 14 tahun dan merupakan pemandu pelancong kami sepanjang berada di Palestin.
ELLA meraih idea untuk menjalankan bisnes biskut daripada diet pemakanan yang diamalkan suaminya.


"Walaupun dia masih muda tetapi semangatnya cukup kuat. Katanya, jika ditakdirkan dia mati, dia mahu mati di bumi Palestin. Mungkin remaja seusianya di
Malaysia tidak akan berfikir sebegitu.
"Jadi, saya rasa sangat baik kalau pelajar Malaysia dapat melawat Palestin supaya mereka sedar betapa bertuahnya mereka," balas Ella serius.
Meskipun bimbang dengan keselamatan, Ella menegaskan jika dia diberi peluang lagi, dia benar-benar teringin melawat Palestin buat kali kedua.
"Banyak yang saya dapat belajar daripada orang di sana, kalau ada peluang lagi, saya ingin masuk ke Genting Gaza.
"Takut memanglah takut kerana askar Israel berada di mana-mana sahaja tetapi jika pergi dengan niat yang ikhlas, tidak ada apa yang perlu ditakutkan," katanya.
Tauke biskut
Bercerita tentang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, Ella tersenyum. Katanya, Ramadan kali ini sedikit berbeza kerana tugas hariannya bertambah padat selepas bergelar isteri.
Hanya dapat berbuka puasa bersama suami pada Ramadan kedua kerana tugas Azhar sebagai juruterbang membataskan waktu mereka bersama.
"Sudah berkahwin pastinya cara dan sistem kehidupan saya berubah sama sekali. Apa yang saya lakukan harus dahulukan suami. Mula-mula susah juga kerana suami saya seorang yang cerewet apabila tiba bab makan.
"Saya tidak tahu apa yang dia ingin makan. Makanan yang saya suka dia pula tidak suka. Sebelum ini saya merajuk jugalah tetapi selepas berfikir panjang, apa yang suami lakukan ada benarnya kerana dia seorang yang mengamalkan diet sihat. Secara tidak langsung, saya pun terikut-ikut dengan gaya makan dia," tutur Ella.
Disebabkan itu, Ella terfikir idea untuk mengeluarkan biskut diet di bawah jenamanya sendiri iaitu Ella Cookies. Tidak terfikir idea secara suka-suka itu membawa bisnes tambahan untuknya.
"Ini kali pertama saya berniaga pada bulan Ramadan. Biskut berasaskan oat di bawah jenama saya terdapat empat perasa iaitu, kismis, kurma, kelapa dan kacang almond.
"Semuanya biskut yang sihat bukannya biskut raya yang biasa. Sasaran saya untuk terus memasarkan biskut tersebut walaupun bukan musim raya kerana ia sesuai dimakan pada bila-bila masa," kata Ella.
Ujar Ella lagi, menariknya tahun ini sambutan Aidilfitri sedikit berbeza dan menimbul debaran buat dirinya. Ini kerana buat kali pertama dia akan beraya di rumah keluarga suaminya di Muar, Johor terlebih dahulu.
"Kami sudah berbincang dan suami tanya saya terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk menyambut raya pertama di kampung halamannya.
"Memanglah seronok tetapi dalam hati berdebar-debar juga kerana tidak pernah beraya jauh daripada keluarga di Klang, Selangor.
"Apa yang pasti adat dan cara masakan mereka pasti berbeza, jadi saya siap sedia belajar apa yang patut," ujarnya dalam tawa.

Bulan baharu ditemui di planet Neptun

Posted: 16 Jul 2013 03:25 PM PDT



GAMBAR rajah diagram ini menunjukkan beberapa buah bulan yang mengelilingi planet Neptun.- REUTERS


WASHINGTON - Sebuah bulan baharu telah dikesan mengelilingi planet Neptun, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) kelmarin.
Ia merupakan bulan yang ke-14 dikesan mengelilingi orbit planet paling jauh di sistem suria.
NASA memberitahu, berdasarkan tinjauan teleskop Angkasa Hubble, bulan itu merupakan yang paling kecil mengelilingi Neptun dan berukuran kira-kira 19 kilometer.
Planet Neptun merupakan planet paling jauh dari matahari.
NASA menyatakan, bulan yang diberi nama s/2004N1 itu adalah 100 juta kali lebih kabur daripada bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Ahli astronomi menemui bulan itu selepas menjejaki satu tompok putih yang muncul berulang kali di dalam 150 keping gambar yang diambil oleh teleskop Hubble sejak 2004 sehingga 2009.
Bulan kecil itu dipercayai mengelilingi planet Neptun setiap 23 jam sekali.

Potensi bisnes bunga segar

Posted: 16 Jul 2013 03:24 PM PDT




SEJAK tiga tahun lalu, bunga merupakan sumber pendapatan utama wanita ini. Sejak berurusan dengan bunga segar, Noorsyazrah Sulaiman, 34, mengakui hidupnya lebih ceria, bertenaga dan gembira.
Hakikatnya, wanita yang berasal dari Sri Kembangan, Selangor itu bukanlah tergolong dalam kategori mereka yang menggemari bunga.
Namun, persepsinya terhadap bunga berubah selepas beliau bekerja di sebuah syarikat perancang perkahwinan.
Menurut Noorsyazrah atau lebih mesra dengan panggilan Sya, perniagaan bunga mempunyai potensi yang cerah.
"Pengalaman bekerja dengan syarikat perancang perkahwinan sebelum ini telah membuka mata saya bahawa daripada urusan katering hinggalah pelamin semuanya memerlukan bunga," katanya yang menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai Amaryllis Floral Design.
Menurut Sya, perniagaan bunga yang diceburinya itu juga secara tidak langsung, menemukannya dengan Mohd. Noor Riduan Ali, 34, yang kini tunang dan rakan kongsinya.
Sya ketika ditemui sibuk menjual bunga sempena majlis konvokesyen sebuah institusi pendidikan di Pusat Konvensyen Putrajaya baru-baru.
Menurut Sya, selepas berkecimpung di bawah syarikat pembekal dan jualan bunga, Amarrllis, dia akan memastikan rumah dan biliknya sentiasa diserikan dengan gubahan bunga segar.
Antara bunga kegemaran Sya ialah mawar, tulip dan lavendar.
Sya juga tidak menyangkal warna bunga turut mempengaruhi dan memainkan peranan. "Lazimnya warna bunga juga memainkan peranan. Saya lebih suka warna merah jambu dan krim kerana ia memberi ketenangan," katanya yang menganggap bunga yang sedang mekar dan gugur sebagai satu proses yang unik.

BUNGA-BUNGAAN mempunyai hubungan yang sangat erat dengan pengguna yang sering menggunakannya, kata Sya.


Ramai pelanggan Sya juga mempunyai amalan meletak bunga segar di rumah atau pejabat kerana kepercayaan yang sama. Malah, seorang pelanggannya di Bandar Baru Bangi pernah memberitahu bahawa dia berasa resah tanpa bunga segar di rumah.
"Dia (pelanggan) menyimpan bunga segar setiap hari sejak beberapa tahun, satu hari tanpa bunga segar membuatkan dirinya kurang bersemangat," kata Sya.
Namun, meletakkan bunga segar di bilik sahaja tidak mencukupi. Wanita ini juga selalu memanjakan bunga-bunga di pejabat operasi iaitu tempat pengumpulan bunga. Sya akan menjaga dan mengurus sebaik-baiknya bunga-bunga tersebut dengan teliti.
Agen penyembuh
Perasaan terhadap bunga perlu baik supaya kita dapat menggubahnya dengan baik dalam jambangan. "Apabila mood kita tidak baik, kita tidak dapat berkomunikasi dengan bunga dan jambangan bunga yang digubah juga kurang menyerlah. Nenek saya pernah memberitahu bunga-bunga ada perasaan dan ia perlu diberi perhatian," kata Sya.
Malah, beberapa kajian juga menunjukkan bunga-bunga pernah digunakan sebagai agen penyembuh dan magis.
Ketua Bahagian Psikologi Tumbuhan di sebuah institut botani di Rusia Prof. Ivan Isidogovich Gunar menyimpulkan, dalam sekuntum bunga terdapat beratus-ratus ekspresi. Ia dibuktikan melalui kewujudan impuls elektrik yang berfungsi sama seperti saraf manusia. Beliau yang mempunyai kemahiran berhubung tumbuhan mengakui bunga mempunyai pelbagai sikap seperti berharap, bertindak balas dan menunjukkan ekspresi termasuk kesakitan.
Pembantu Gunar, Leonid A. Panishkin memberitahu: "Bunga-bungaan ini juga mempunyai memori ingatan yang pendek."
Ada kepercayaan mendakwa, jika anda menanam bunga pada waktu petang bulan baharu, ia membawa tuah. Kepercayaan Mesir purba pula mempercayai amalan memberikan bunga kepada seseorang turut membawa tuah tetapi jika bunga dialih dari kubur dan dibuang, lokasi yang dibuang itu akan dihantui selama-lamanya.

MANDI bunga segar dipercayai mampu menambah seri dan aura positif. - Gambar hiasan


Bagi wanita muda, Devyamini Selvaraju, 24, dari Bandar Botanic, Klang, Selangor, bunga elemen penting bukan sahaja kerana dia menyukai bunga tetapi atas faktor keagamaan.
Sebagai seorang penganut Hindu, sejak kecil Devya tidak pernah lupa membeli bunga segar setiap hari Jumaat untuk upacara sembahyang.
"Selain hari Jumaat, kami juga membeli bunga untuk tujuan yang sama pada hari-hari penting termasuk perayaan dan upacara kebesaran lain. Ia satu kemestian," katanya ketika ditemui pada majlis nalunggu di rumahnya pada bulan Jun lalu.
Nalunggu ialah upacara kebudayaan yang diadakan tiga atau lima hari secara berturut-turut sebelum seseorang itu berkahwin. Ketika ditemu bual, Devya bakal melangsungkan perkahwinannya dua hari lagi.
"Pada hari ini, kami gunakan banyak bunga. Antaranya bunga melur yang akan diberikan kepada tetamu wanita, bunga kekwa untuk hiasan dan pemujaan dan bunga ros untuk hiasan. Pada hari perkahwinan, lebih banyak bunga diperlukan. Misalnya, malai iaitu bunga untuk pemujaan dan sembahyang, bunga untuk ditabur di atas mempelai sebagai tanda restu, hiasan bunga di pintu masuk dan banyak lagi," katanya yang menyediakan bajet antara RM700 hingga RM1,000 untuk bunga-bunga segar bagi upacara nalunggu, perkahwinan, majlis makan malam perkahwinan dan segala adat yang perlu disempurnakan sepanjang seminggu sebelum dan selepas perkahwinan.
Seri wajah
Peranan bunga segar dalam adat dan upacara Hindu tidak boleh dipisahkan. Daripada kelahiran seorang bayi, akil baligh, berkahwin, majlis melenggang perut sewaktu hamil, masuk rumah baharu, sambutan perayaan hingga kematian semuanya memerlukan bunga segar.
Selaku seorang pemilik spa kecantikan, Devya menjelaskan, sama seperti kaum Melayu yang menggunakan bunga segar untuk mandi bunga bagi menaikkan seri wajah, Devya mengakui kaum India turut mempercayai adat itu, cuma ia kurang diamalkan.

KEDIAMAN Devya dihias menggunakan bunga-bunga segar dan sedikit bunga plastik sebagai penambah seri rumah pengantin perempuan itu.


Katanya, ia akan hanya dilakukan apabila seorang anak perempuan mencapai akil baligh dan bunga akan digunakan sebagai aksesori hiasan diri.
Bunga melur misalnya, yang mempunyai bau wangi yang kuat meningkatkan ciri-ciri kewanitaan. Atas sebab itulah ramai dalam kalangan wanita India menggunakan melur selain mawar sebagai aksesori hiasan kepala.
Walaupun tidak mengetahui secara mendalam tentang kegunaan bunga untuk tujuan agama, Devya memberitahu, bunga-bunga yang pelbagai warna menjadi penyeri majlis dan upacara.
Kaum India antara pengguna bunga segar yang paling banyak dan paling kerap menggunakan bunga dalam hampir semua upacara.
"Ia satu tawaran yang paling disenangi. Selain itu, dalam agama Hindu, bunga-bunga itu dipercayai akan berasa sempurna jika ia digunakan untuk menghias patung puja dan tempat sembahyang daripada dibiarkan tumbuh dan layu di pokok," kata seorang sami, S.Samynathan, 69, dari Pelabuhan Klang, Selangor.
Pada hari pemujaan, beliau akan menggunakan empat hingga enam bakul bunga dengan anggaran berat antara tujuh hingga 10 kilogram.

Resipi Kak Yam penuhi selera Ramadan

Posted: 16 Jul 2013 03:23 PM PDT



MARIAM menampilkan kelainan dalam penyediaan menu masakan.


DALAM usaha mengingati jasa Mariam Ibrahim, 54, atau lebih dikenali sebagai Chef Yam selama 15 tahun berkhidmat di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur, hotel tersebut menawarkan resipi Kak Yam sepanjang Ramadan ini.
Promosi resipi Kak Yam yang terkenal dengan selera kampung pastinya memberi pelbagai pilihan kepada penggemar masakan tersebut.
Apa yang pasti, resipi Kak Yam mengetengahkan hidangan seperti ayam rendang cabai, ayam panggang percik, asam pedas Melaka dan masak lemak cili padi.
Tidak terkecuali, ketam Balik Pulau, gulai nangka tulang rawan, masak lemak telur itik dan bermacam-macam jenis kerabu seperti mangga, tauge dan pucuk.
Untuk pencuci mulut, pengunjung boleh mencuba pelbagai pastri, kuih-muih tempatan dan juga potongan buah-buahan segar.
Chef masakan Melayu, Mariam Ibrahim berkata, pada tahun ini pihaknya menyajikan lebih 100 hidangan bufet yang menggabungkan masakan kampung dari negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Bagi memastikan rasa dan kualiti hidangan sentiasa konsisten dan menepati keaslian, hanya ramuan rempah-ratus segar digunakan.
Menyentuh mengenai hidangan istimewa di hotel berkenaan, Mariam memberitahu, beliau menyediakan ayam panggang lada hitam.
"Menu ini sememangnya sedap memandangkan terdapat kombinasi rasa pedas, manis dan berlemak," katanya sambil memberitahu hidangan itu berasal dari Sarawak.

Akim tidak tolak jodoh dengan Stacy

Posted: 16 Jul 2013 07:04 AM PDT


Akim teruja tunggu 'bayi' pertama
Akim dan Stacy
BIARPUN telah menafikan hubungan cinta seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak sejak beberapa tahun lalu, namun sehingga kini penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam masih lagi tidak terlepas daripada kontroversi itu.

Baru-baru ini, Akim kerap dilihat memuat naik beberapa keping gambar mesra bersama anak angkat Stacy, Bella Valentina menerusi laman Instagram miliknya sekali gus mengukuhkan lagi gosip yang tersebar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Akim masih lagi menegaskan bahawa hubungan yang terjalin bersama penyanyi wanita itu hanyalah sekadar teman rapat.

"Kami kawan. Memang kami rapat. Sebenarnya perkara ini sudah lama, cuma sekarang ia jadi lebih besar sebab ramai orang sudah tengok di Instagram saya.

"Bagi saya semua gambar-gambar yang saya muat naik itu hanyalah sekadar suka-suka, tambahan pula kami berdua memang satu kepala," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Kampung Girl, baru-baru ini.

Kata Akim, dia juga tidak sangka beberapa keping gambar yang dimuat naik telah menimbulkan beberapa perkara di luar jangkaannya.

"Salah satu gambar yang ada ketika itu saya main game dengan Bella di rumah Stacy. Tidak sangka pula ada orang ingat saya seorang di rumah Stacy.

"Sebenarnya pada masa itu, saya tolong dia pindah rumah dan ketika itu juga keluarga dia pun turut ada sama.

"Bila ada kawan lain pindah pun, kalau saya ada masa lapang, saya akan tolong. Hari tu Hafiz Suip pindah pun saya tolong. Bezanya mungkin sebab Stacy perempuan," jelasnya.

Dalam pada itu, Akim turut akui jika jodohnya sudah ditentukan bersama penyanyi itu, dia tidak akan menolak.

"Ajal, maut dan jodoh semuanya di tangan ALLAH. Andai kata ada jodoh saya dengan Stacy, saya tak menolak," katanya.

Isu Hutang Ezany Selesai Selepas Campur Tangan Karyawan

Posted: 16 Jul 2013 07:03 AM PDT

Ezany (tengah) menunjukkan dua salinan laporan yang dibuatnya melalui Persatuan Seniman pada April lalu yang tidak diambil tindakan. Hadir sama Freddie (kanan) dan Deen Maidin.
KUALA LUMPUR: Baki hutang drama sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Ezany Nizariff yang tertangguh sehingga melibatkan kes polis akhirnya selesai apabila pelakon itu menerima kembali RM3,500 selepas dibantu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff, 40, berkata, dia menerima cek daripada produser Titian Dua iaitu Andy dari syarikat NR Network pada 29 Jun lalu dan sudah menunaikan cek berkenaan pada 7 Julai lepas.
"Alhamdulillah... akhirnya masalah saya dengan syarikat produksi itu selesai. Hutangnya kepada saya sudah dijelaskan selepas pihak Karyawan membantu saya menuntut kembali hak saya," katanya kepada mStar Onlinepada satu sidang media anjuran Karyawan di Hotel Seri Pasific di sini pada Isnin.
Pada 17 Jun lalu Ezany bersama enam orang kru produksi drama Titian Dua telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dekat sini bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar kepada mereka.
Dia bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan baki hutang kepada Ezany sebanyak RM3,500 manakala kru-kru produksi lain dianggarkan tidak mendapat upah di antara RM20,000 hingga RM30,000 secara keseluruhan.
Bagaimanapun tunggakan terhadap kru dijelaskan oleh pihak produksi beberapa hari selepas laporan polis itu dibuat.
Ezany Nizariff
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut, Deen Maidin.
Ezany berkata dia mendapat wang berkenaan selepas Freddie mengadakan dua kali pertemuan dengan Andy selain kedua-dua pihak berjaya mencapai kesepakatan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Dalam masa yang sama Ezany turut berterima kasih kepada persatuan itu kerana telah membawanya bertemu dengan pihak pengurusan RTM bagi menyelesaikan isu kononnya dia digam oleh stesen televisyen berkenaan.
"Saya amat gembira kerana dua kes saya berjaya selesai dengan baik. Saya mendapat semula wang saya dan masalah saya dengan RTM juga ditangani dengan berkesan sekali.
Selepas pertemuan dengan pihak RTM itu, saya terus mendapat tawaran berlakon dua buah drama stesen TV itu.
Saya berterima kasih kepada RTM dan Karyawan," katanya.
Dalam pada itu Ezany berkata dia kesal apabila kesnya itu dipandang ringan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang kononnya menjaga kebajikan artis kerana gagal menyelesaikan hal berkenaan dengan baik.
Ujar Ezany, dia telah membuat laporan pada bulan April lalu berhubung dua isu berkenaan tetapi persatuan tersebut tidak mempunyai usaha membantunya.
"Saya sedih apabila Seniman tidak melaksanakan tugas mereka selain memberi pelbagai alasan sehinggalah Karyawan yang berusaha membantu menyelesaikan masalah ini dalam masa yang singkat selepas laporan dibuat kepada mereka," katanya.
Sementara itu Freddie berkata, faktor sesebuah aduan tidak dapat diselesaikan kerana berkemungkinan sesebuah persatuan itu tiada pengalaman untuk menangani sesebuah kes.
Dalam isu Ezany itu kata Freddie, beliau mengadakan pertemuan dengan pihak RTM dan syarikat produski berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian sehinggalah semua pihak mahu menyelesaikan masalah yang timbul.

Nora Danish sering dikritik

Posted: 16 Jul 2013 07:00 AM PDT


Nora Danish
TIDAK sukar menyelami isi hati pelakon cantik berdarah kacukan Melayu - Myanmar ini.

Meskipun wajahnya menampakkan dia seorang yang ceria, namun jauh di sudut hatinya, masih ada sesuatu yang dipendam.

Akui ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal ini, dia tidak tahu mengapa masih ada segelintir masyarakat yang sering memandang negatif kepadanya.

Ini terbukti apabila gambarnya melakukan solat Tarawih yang dimuat turun di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini mendapat kritikan.

"Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu.

"Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja," luah empunya nama Nora Danish Haniff, 31, ketika ditemui di program Bazar Seindah Ramadan, baru-baru ini.

Tambahnya, dia antara selebriti yang suka memuat turun pelbagai gambar di Instagram.

"Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

"Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya," katanya.

Ditanya adakah dia membalas kritikan 'insan' tersebut, jelas Nora, dia tidak perlu melakukan semua itu.

"Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang 'dia'.

"Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya," akuinya pelik kerana berbuat baik turut menjadi isu.

Permintaan Nora

Dalam pada itu, bintang Aku Terima Nikahnya ini sempat bercerita mengenai hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha.

Tidak lari daripada pelbagai umpat keji orang sekeliling, ujar Nora, dia berharap mereka berhenti membandingkan dia dengan pelakon Anak Halal itu.

"Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua.

"Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula.

"Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa," katanya dan memberitahu ada bertemu Fasha di rumah bekas ibu mertuanya selepas melawat kelahiran Rayfal dahulu.

Fokus ibadah

Sementara itu, berkongsi pengalaman sepanjang bulan puasa ini, katanya, dia juga lebih selesa menolak untuk melakukan penggambaran di bulan Ramadan.

"Setiap hari saya menjalankan rutin tersebut, jadi saya rasa tidak ada salahnya di bulan mulia ini saya fokuskan diri kepada perkara ibadah pula.

"Waktu inilah saya harus lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan bersama keluarga," katanya yang tidak ketinggalan ke bazar Ramadan apabila berkesempatan.

Ujar Nora, sudah menjadi pilihannya berbuka dengan menu ayam bakar.

"Saya paling suka ayam, jadi kalau berbuka mesti ada ayam, dan kuih tepung pelita wajib ada," katanya yang lebih suka bersederhana di bulan puasa, baik ketika berbuka mahupun bersahur.

Raja Azmi nikah 15 September

Posted: 16 Jul 2013 06:52 AM PDT


Raja Azmi nikah 15 September
Raja Azmi ketika menanti rombongan pihak lelaki tiba di rumahnya. 
Raja Azmi nikah 15 September
Raja Azmi bersama ketiga-tiga anaknya. 
Raja Azmi nikah 15 September
Raja Azmi ketika menanti rombongan pihak lelaki tiba di rumahnya. 
PENERBIT filem, Raja Azmi Raja Sulaiman selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Mohd Eddie Ghazali, di kediamannya yang terletak di Ampang, hari ini.

Raja Azmi menerima tiga dulang hantaran berbalas lima kepada pihak lelaki.

Kedua-dua pihak diwakili oleh anak masing-masing iaitu Muhammad Daniel Mohd Eddie, 21 dan Puteri Suraya Jailani, 28.

Hasil perbincangan, majlis pernikahan Raja Azmi dan Eddie ditentukan pada 15 September ini dengan hantaran senaskah al-Quran.

Cincin disarung ke jari Raja Azmi oleh ibu Eddie.

Sebelum ini, Raja Azmi telah bercerai dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek setelah 28 tahun berkahwin.

Jenazah dihurung langau

Posted: 16 Jul 2013 06:49 AM PDT


Jenazah dihurung langau
Abdullah berkongsi pengalaman agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.
KEMAMAN – Dipercayai akibat gemar berfoya-foya dengan wanita di Thailand, jenazah seorang pendulang emas bukan sahaja dihurung langau, malah liang lahadnya turut digenangi air.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebuah kampung di daerah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah Musa berkata, kejadian yang berlaku pada 11 tahun lalu itu benar-benar menginsafkan.

Menurutnya, pendulang emas berusia 52 tahun ketika itu yang juga peneroka tinggal berdekatan dengan rumahnya, meninggal dunia selepas terjatuh dalam tandas ketika sedang minum di sebuah kedai makan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

"Apabila mendapati arwah tidak keluar dari tandas, pelayan kedai itu pergi memeriksa sebelum menemui arwah terbaring dengan mulut berbuih. Kes dilaporkan kepada polis, namun polis mengesahkan tiada unsur jenayah.

"Walau telah dilap, buih pada mulut arwah masih keluar dan ketika memandikan jenazahnya, secara tiba-tiba, datang beberapa langau dan menghurungnya," katanya yang membantu memandikan jenazah.

Bercerita lanjut, katanya, kerja-kerja pengebumian sedikit terganggu apabila liang lahad yang digali digenangi air kerana hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menggali kubur dilakukan penduduk.

"Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang. Air dalam liang lahad waktu itu paras lutut. Biarpun ditimba berkali-kali, tetapi air tidak berkurang dan kami terpaksa juga semadikan jenazah dalam keadaan begitu," katanya.

Kata Abdullah, sepanjang hayat, arwah hidup mewah kerana dia pakar mendulang emas, selain memperoleh hasil dari ladang kelapa sawit yang diusahakannya.

Difahamkan, setiap kali mempunyai wang banyak, arwah akan pergi berhibur ke Selatan Siam selama beberapa hari dan pernah mengajak penduduk kampung untuk pergi berhibur bersama samanya.

"Apabila orang kampung tanya buat apa pergi ke Thailand, arwah cakap nak cari 'mek'," katanya sambil memberitahu perkongsian pengalaman itu bukan untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya untuk dijadikan pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya dapat menghindari perbuatan yang ditegah apatah lagi pada Ramadan yang mulia ini.

Kedai nasi kandar meloyakan

Posted: 16 Jul 2013 06:47 AM PDT


Kedai nasi kandar meloyakan
Selamba saja si tukang masak bersinglet dan berkain pelekat diikat tinggi ini menyediakan bahan masakannya di tepi tandas dengan pintu terbuka.
Kedai nasi kandar meloyakan
Sudah tumbuh akar, begitulah rupa kacang dal yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran nasi kandar.v
Kedai nasi kandar meloyakan
Pegawai kesihatan mengesan lipas yang begitu banyak dalam stok tepung dan gula di sebuah premis nasi kandar.
BAYAN LEPAS - Selamba saja si tukang masak sebuah restoran nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi, sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.

Tepung yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya diletakkan di sebelah tandas sahaja.

Bukan itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.

Di dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu.

Operasi mengejut yang bermula seawal jam 8.30 pagi semalam turut mendapati darah haiwan bertakung di atas lantai di bahagian dapur belakang.

Tidak basuh sebelum masak

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamed kemudiannya bertanya kehairanan bagaimana telur yang dimasak untuk pelanggan dipecahkan dalam keadaan yang mengotorkan.

"Saya tahu telur-telur ini memang tidak basuh kerana lihatlah bagaimana keadaan kamu gunakannya, kamu basuh atau tidak?," katanya.

Kemudian selamba sahaja lelaki yang penuh dengan jambang itu mengaku kepada penguat kuasa telur ayam yang dimasaknya langsung tidak dibasuh sebelum dimasak.

Ketika ditegur supaya mencuci peti sejuk, lelaki berkenaan dengan nada ceria menjawab, 'hari-hari saya cuci encik'.

Jawapannya hanya disambut dengan senyuman daripada anggota penguat kuasa sedangkan kacang dal yang berada di dalam peti sejuk sudah mula tumbuh akar.

Pemeriksaan kebersihan itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi restoran nasi kandar yang terletak di hadapan lokasi restoran yang sama.

Ketika melangkah ke satu ruangan yang dipenuhi bekalan tepung dan gula dalam restoran itu, didapati lipas dan pelbagai jenis serangga memenuhi kawasan tersebut.

Akibatnya, kedua-dua restoran berkenaan diarahkan tutup oleh JKNPP selama dua minggu.

Operasi setiap bulan

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,  Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi hampir tujuh jam itu mengakibatkan 22 premis makanan ditutup di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 34 premis diperiksa dan hampir 50 peratus daripadanya melibatkan kedai nasi kandar.

"Kesemua premis yang ditutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sekiranya didapati bersalah, pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Sekiranya dalam tempoh dua minggu ada antara pemilik premis yang berdegil, kami tidak akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah," katanya.

Operasi yang turut melibatkan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut mengeluarkan sebanyak 57 kompaun dan enam notis amaran dari KPDNKK.

Bermula Januari 2013 hingga Julai ini, sebanyak 96 premis ditutup atas kesalahan terlalu kotor di seluruh negeri ini sementara 3,288 telahpun diperiksa. Ku Nafishah berkata, pihaknya akan menjalankan risikan selama lima hari untuk melihat premis yang mana perlu diperiksa.

"JKNPP kami akan menjalankan operasi kebersihan ini setiap bulan sehinggalah memastikan premis makanan di Pulau Pinang mencatat tahap kebersihan yang sepatutnya," katanya.

Tekad Tasha, Shamin

Posted: 16 Jul 2013 06:44 AM PDT




PENYANYI kacak yang juga bekas vokalis kumpulan Umbrella, Zarul atau nama penuhnya Zarul Husin menerusi sebuah artikel dalam blognya melabelkan pendatang baharu industri hiburan tempatan, Tasha Manshahar dan Syed Shamim sebagai Uji Rashid dan Hail Amir versi 2013.
Menambahkan hujah terhadap label yang diberikannya itu, ujar Zarul, biarpun imej yang ditampilkan Tasha menyamai konsep Yuna, Najwa Latif dan Ainan Tasnim, namun kelainan dan barangkali kelebihan sudah tentu adalah kerana dia tampil berkolaborasi secara duo bersama Shamim.
Tasha dan Shamim memperkenalkan diri mereka sekitar setahun yang lalu di laman YouTube menerusi lagu pengenalan mereka, Mr Saxobeat iaitu lagu solo dendangan penyanyi dan model Romania, Alexandra Stan yang dinyanyikan semula oleh mereka secara berduet.
Kian mendapat tempat di hati peminat muda dan pelayar laman sosial YouTube, Tasha dan Shamim mengakui terkejut kerana tidak pernah sesekali menyangka mereka akhirnya bergelar artis rakaman.
Ini kerana hasil pendedahkan di YouTube tersebut, mereka dilamar menjadi artis rakaman FMC Music Sdn. Bhd. Ia sesuatu yang boleh dibanggakan memandangkan sekarang ini, syarikat-syarikat rakaman tempatan jarang menerbitkan album baharu.
"Sejujurnya saya agak terkejut pada mulanya tapi lama-kelamaan sudah dapat membiasakan diri. Tidak terduga sebenarnya untuk menjadi artis secara serius kerana lagu-lagu yang kami nyanyikan semula hanya untuk suka-suka.
"Sehinggalah pihak FMC Music Sdn. Bhd. melamar kami untuk menandatangani kontrak menjadi artis rakaman mereka. Alhamdulillah, di sinilah kami sekarang," kata Tasha yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran single Be Mine dan Cuba Teka di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tidak sengaja
Mengulas lanjut perjalanan mereka menjadi artis, kata Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd. Manshahar, 21, yang masih menuntut di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur, minat dalam muzik telah menyatukan dia dan Shamim.
"Kami berjumpa di universiti dan saya senior Shamim lebih setahun. Dari sekolah lagi saya selalu bermain instrumen muzik seperti gitar dan keyboard, apabila dapat tahu dia (Shamim) mahir dalam bidang muzik kami mula berkenalan.

TASHA dan Shamim akui terkejut mereka kini bergelar artis rakaman.


"Selepas itu, kami selesa dan sering merakamkan lagu bersama-sama. Malah, video pertama kami pun hanya dirakamkan menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik dalam YouTube sekadar main-main.
"Tidak sangka pula ramai yang memberikan perhatian dan reaksi positif terhadap persembahan kami. Mulai dari situ, kami mula merakamkan video lain dan sekarang sudah ada lebih 30 buah video nyanyian semula dan single pertama kami, Be Mine berada di laman YouTube," ujarnya.
Diusik soalan nakal adakah kolaborasi duo Tasha dan Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 20, bukan sekadar minat sama tetapi mungkin kerana bercinta, mereka tertawa kecil.
Sambil tersipu-sipu malu, Shamim menjawab: "Memang kami bercinta. Tapi bercinta dalam lagu."
Kolaborasi
Barangkali artis kelahiran YouTube solo telah dibuktikan kejayaannya menerusi Yuna atau paling tidak pun Najwa Latif, namun sejauh manakah cabaran dan hala tuju artis Youtube yang bergerak secara duo?
Empat fakta yang dibimbangkan Tasha dan Shamim sepanjang bergerak sebagai artis duo! Kata mereka, ketidakserasian, gosip-gosip liar, aliran muzik yang sukar diterima dan tidak mampu menyanyi lagi antara faktor yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan mereka.
Jelas Shamim dia tidak takut akan dugaan hari mendatang sebagai artis duo YouTube kerana sementelahan dia atau Tasha, masing-masing mampu menyanyi solo.
"Sebelum ini kami pernah memuat naik video kami menyanyi solo tapi kebanyakan maklum balas diterima peminat mahukan kami berduet.
"Lagipun, konsep duo berbeza dengan artis-artis sebelum ini. Insya-Allah selagi diterima kami akan menyanyi bersama sampai bila-bila, sekarang pun kami masih dalam peringkat percubaan untuk tampil berdua.

PASANGAN duet ini muncul dengan dua single yang masing-masing berjudul Be Mine dan Cuba Teka.


"Buat masa sekarang, belum ada sebarang perancangan untuk bergerak solo tapi ada merancang untuk mengeluarkan lagu secara solo," jelas anak kelahiran Negeri Sembilan itu.
Sementara itu, untuk kekal relevan dalam industri hiburan ujar Tasha dia berpegang pada fakta 'perlu pandai membawa diri'.
"Daripada mana datang seseorang artis itu tidak menjadi hal tapi bagaimana cara membawa diri dan sanggup bekerja keras adalah pokok cerita.
"Disiplin, kesanggupan dikritik dan berjiwa kental juga perlu untuk berkekalan," tambah penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah itu.
Batasan waktu
Kedua-duanya mengakui jadual pembelajaran yang padat sebagai penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi sedikit sebanyak membataskan peluang mereka untuk tampil lebih ke hadapan.
"Pelajaran dan nyanyian berjalan seiring. Keluarga saya telah tetapkan syarat untuk saya tamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum fokus menyanyi.
"Kerana belajar juga waktu kami terhad. Waktu malam dan hari minggu saja peluang untuk kami menumpukan perhatian kepada bidang muzik, selebihnya adalah bersama buku.
"Faktor masa juga menyebabkan single Be Mine yang terlebih awal dikeluarkan terpaksa dilancarkan serentak secara rasmi bersama single kedua, Cuba Teka.
"Untuk bercakap hala tuju saya sebagai seorang penyanyi dan bakal guru, ia bergantung pada penerimaan orang ramai. Selagi saya diperlukan saya akan terus menyanyi.
"Tapi kalau saya tidak boleh menyanyi kelak saya masih boleh menjadi guru," ujar Tasha yang mengakui popularitinya membantu pengajaran dalam bilik darjah sepanjang praktikal.

Datuk Shake cari penajaan konsertnya

Posted: 16 Jul 2013 06:42 AM PDT

DATUK SHAKE memerlukan penaja untuk menjadikan konsert jelajahnya satu realiti.


SETIAP kali pulang ke Malaysia, penyanyi Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh atau lebih sinonim dengan panggilan Datuk Shake sering diajukan pertanyaan mengenai konsert yang akan dianjurkan.
Ini kerana Shake yang sudah berkelana di luar negara dan menggembangkan karier nyanyian di Perancis dan Amerika Syarikat selama 37 tahun jarang membuat persembahan di Malaysia.
Penyanyi tersebut yang ditemui semasa rakaman program nyanyian Pulanglah Hari Raya Bersama Dato Shake terbitan Astro baru-baru ini mengakui kali terakhir dia mengadakan konsert di negara ini sekitar tahun 1986.
"Kalau mengikut perancangan, saya memang bakal mengadakan siri jelajah konsert di seluruh Malaysia pada pertengahan tahun ini, tetapi saya terpaksa menangguhkannya dahulu.
"Puncanya disebabkan agak sukar untuk mendapatkan penaja memandangkan berlakunya Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) pada Mei lalu. Jadi, konsert saya itu tidak dapat direalisasikan," jelasnya.
Meskipun perancangan untuk penganjuran konsertnya itu tertangguh, Shake menyatakan bahawa dia tetap mahu mengadakannya pada tahun ini dan mensasarkan pada bulan Disember sebagai permulaan siri jelajah konsertnya.
Jelasnya, selepas Hari Raya Aidilfitri nanti dia akan mula sibuk merangka dan menghasilkan kertas kerja untuk konsertnya dalam usaha untuk mendapatkan penaja.
"Dalam siri jelajah konsert ini saya sasar untuk mengadakannya di tujuh buah lokasi, termasuk satu konsert di Sabah memandangkan permintaan yang ramai di negeri tersebut.
"Sudah tentu saya cukup teruja kerana sudah agak lama tidak menghiburkan para peminat di Malaysia. Saya harap konsert tersebut mampu mengubat rindu buat mereka," jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Anugerah Dari Kegagalan itu.
Memandangkan penganjuran sesebuah konsert itu memerlukan kos yang agak besar, Shake menyatakan sudah tentu dia memerlukan sokongan pihak penaja untuk menjayakannya.
DATUK SHAKE bakal muncul dengan program Pulanglah Hari Raya Bersama Dato Shake yang akan disiarkandi saluran Astro Prima pada hari raya pertama.


Ujar Shake, dia seboleh-bolehnya tidak mahu meletakkan harga tiket yang terlalu mahal kerana mahu seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira status dan menyaksikannya.
"Tidak guna kalau saya letakkan harga tiket dengan harga yang mahal, tetapi hanya sedikit yang datang. Saya lebih suka membuat konsert dengan kehadiran penonton yang ramai," ujarnya.
Sementara itu, penyanyi tersebut memberitahu para peminat boleh menyaksikan persembahannya yang terkini menerusi program nyanyian Pulanglah Hari Raya Bersama Dato Shake yang akan disiarkan di saluran Astro Prima pada hari raya pertama.
Menurut Shake, program nyanyian tersebut agak istemewa kerana persembahannya turut diiringi lapan orang pemuzik iaitu empat dari Perancis dan empat dari Malaysia.
"Program ini akan berlangsung kira-kira lebih sejam dan saya akan mempersembahkan sebanyak 14 buah lagu popular saya. Cuma ada sebuah lagu raya yang dinyanyikan iaitu Musafir Di Aidifitri dan sebuah lagu Perancis, Tu Sais Je T'aime (You Know I Love You)," jelasnya.
Disiplin
Apabila kali pertama berpeluang dapat bersua muka dengan penyanyi kelahiran Johor itu, tidak sangka usia Datuk Shake sekarang ini sudah menjangkau 63 tahun.
Ketika ditanya apakah tip atau rahsia dia masih lagi kekal cergas dan mempunyai stamina untuk beraksi di pentas, penyanyi itu memberitahu bahawa disiplin merupakan kriteria utama.
"Dengan usia yang semakin meningkat sudah tentu tenaga akan semakin berkurangan. Namun begitu, perkara tersebut dapat diatasi apabila saya melakukan senaman setiap hari.
"Selain itu, jangan selalu keluar malam dan mengambil minuman keras serta sembahyang lima waktu juga tidak boleh tinggal. Semua perkara yang saya sebutkan itu memang berkait rapat dengan disiplin," tegasnya.
Pada masa yang sama, Shake berpesan kepada mana-mana penyanyi yang mahu mencuba nasib di luar negara supaya lebih kuat mengharungi segala cabaran yang terpaksa dilalui sekiranya mahu berjaya.

Tangan hancur angkara mercun

Posted: 16 Jul 2013 06:41 AM PDT


NGERI...Tangan kiri Ahmad Fuad yang cedera setelah mercun buatan sendiri meletup dalam genggamannya di Kampung Teluk Kandis, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir menyebabkan tangan kirinya kudung apabila bahan 'uji kajinya' itu meletup ketika berada dalam genggamannya.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu itu menyebabkan mangsa, Ahmad Fuad Jaafar, 27, terputus jari tengah dan jari manis, manakala tapak tangannya turut terkoyak.
Mangsa yang berasal dari Kampung Telok Kandis dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) di sini menggunakan ambulans untuk menerima rawatan kira-kira pukul 5 petang pada hari kejadian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut sumber, mangsa tersebut menceritakan kepada pasukan perubatan yang merawatnya bahawa kejadian itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung itu tiba-tiba meletup.
"Menurut mangsa, dia mengumpul belerang yang banyak di dalam batang besi itu dan ketika sedang memampatkannya, ia tiba-tiba meletup sehingga terkena tangannya," cerita sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Alvin dan Vivian beri keterangan

Posted: 16 Jul 2013 06:39 AM PDT


ALVIN dan Vivian hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memberi keterangan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pasangan kontroversi yang mempersendakan umat Islam di bulan Ramadan dengan memuat naik gambar memakan bak kut teh (sup tulang babi), Tan Jye Yee (Alvin), 25, dan Vivian Lee, 24, hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini semalam.
Pasangan itu dilihat berjalan kaki memasuki pekarangan bangunan SKMM pada pukul 10.45 pagi.
Vivian dilihat menutup muka bagi mengelak wajah dirakam sebaik melihat sekumpulan wartawan dan jurugambar menunggu mereka di situ.
Semalam, akhbar melaporkan pasangan itu dipanggil SKMM untuk memberi keterangan berhubung isu mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan bak kut teh dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh wangi, enak dan menyelerakan' dengan logo halal kerana menimbulkan kemarahan umat Islam.

Raja Azmi selamat bertunang

Posted: 16 Jul 2013 06:38 AM PDT


MARIAH menyarungkan cincin ke jari Raja Azmi pada majlis pertunangan penerbit filem itu di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.


HULU KLANG – Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman selamat bertunang dengan kekasihnya, Mohd. Eddie Ghazali, 45, (gambar kecil) dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana di sini petang semalam.
Raja Azmi, 54, berkata, dia sebenarnya begitu teruja dan gemuruh sebelum majlis berlangsung tetapi sangat bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.
"Perasaan saya ketika ini cukup gembira dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
"Sudah tentu saya merupakan insan yang cukup bertuah kerana tidak ramai yang berpeluang untuk bertunang buat kali kedua. Saya anggap ini merupakan anugerah Allah paling besar," ujarnya selepas acara berakhir.
Majlis yang bermula kira-kira pukul 6 petang itu dimulakan dengan acara merisik melibatkan perbincangan antara anak sulung Raja Azmi, Puteri Suraya Jalani, 28, dengan anak sulung Eddie, Muhamad Daniel, 21.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, Mariah Abu Samah, 73.

AS cipta robot tingkatkan hasil pertanian

Posted: 16 Jul 2013 06:36 AM PDT



LETTUCE Bot memudahkan proses pertanian dan mampu menjaga kualiti tuaian dengan baik.


SALINAS, California - Para penyelidik kini sedang mereka bentuk beberapa buah robot untuk merevolusikan sistem jentera pertanian bagi menangani masalah tenaga buruh yang dialami oleh golongan petani di Amerika Syarikat (AS).
Langkah itu juga diambil bagi menangani masalah beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang alah kepada jentera kerana terlalu sensitif dan mudah busuk untuk pasaran pasar segar di AS.
Robot-robot tersebut direka untuk menguruskan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sensitif. Ia dilengkapi sistem sensor berteknologi tinggi bersepadu, sistem pengkomputeran berkuasa tinggi, perkakasan robotik dan algoritma.
Robot itu juga dilengkapi teknologi GPS untuk pengesanan kawasan yang tepat.
Sebuah robot yang dikenali sebagai Lettuce Bot dikatakan mampu untuk menuai ladang sayur salad yang memerlukan 20 pekerja untuk melakukan kerja-kerja berkenaan dalam tempoh masa ditetapkan.
Salinas Valley, California merupakan wilayah yang dikenali sebagai Mangkuk Salad Amerika kini menggunakan tenaga buruh asing untuk menuai dan menanam sayur-sayuran.
Bagaimanapun dengan adanya robot satu revolusi pertanian dapat dilakukan.
"Masih tidak cukup pekerja untuk melakukan kerja-kerja yang ada. Jadi, robot-robot ini dapat membantu menyelesaikan sebahagian masalah yang ada," kata seorang Pengurus Operasi Pertanian syarikat Tanimura & Antle, Ron Yokota.
Tanimura & Antle merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan sayur-sayuran segar dan memiliki ladang sayur yang menguji sebuah robot bernama Lettuce Bot.

Rawatan kecantikan di rumah

Posted: 16 Jul 2013 06:34 AM PDT




KESIBUKAN dan kesuntukan masa untuk memanjakan diri di spa sering dijadikan alasan oleh kebanyakan wanita yang bekerjaya. Kadangkala harga perkhidmatan tata rias yang dianggap mahal menjadi penyebab mereka melupakan hasrat tersebut.
Tidak dinafikan, ada segelintir golongan wanita di negara ini yang kurang rajin keluar rumah semata-mata untuk ke spa atas pelbagai alasan tersendiri.
Namun, dengan perkhidmatan spa bergerak yang diperkenalkan oleh Harmony Mall Sdn. Bhd. baru-baru ini, ia boleh menjadi penyelesaian kepada masalah tersebut.
Perkhidmatan yang diberikan nama Harmony Myspa itu merupakan spa bergerak pertama di negara ini. Ia merupakan inisiatif seorang personaliti terkenal dalam dunia penyiaran iaitu Zamzarina Zambri.
Zamzarina, 40, merupakan pengacara program bual bicara RTM Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina.
Terikat dengan rutin harian sebagai seorang penyanyi nasyid kontemporari daripada kumpulan Safiya membuatkan Nurain T. Abdullah, 40, memilih untuk menggunakan perkhidmatan spa bergerak bagi menjimatkan masa.
"Perkhidmatan spa bergerak memudahkan saya kerana hanya dengan satu panggilan telefon, saya boleh menjalani rawatan kecantikan ala spa di rumah sendiri.
"Rawatan juga bagus kerana operator Harmony Myspa seorang yang bertauliah dan produk yang digunakan pula berkualiti walaupun harganya lebih murah berbanding perkhidmatan spa di luar," katanya yang melakukan rawatan spa di luar sebanyak dua kali sebulan sebelum ini.
Selepas mencuba beberapa kali perkhidmatan tersebut, Nurain berminat untuk menjadi salah seorang operator kerana modal yang diperlukan ialah RM4,888.
Operator Harmony Myspa, Suhaila Yaakup, 38, berkata, dia memilih untuk perniagaan tersebut kerana modalnya berpatutan dan tidak memerlukan sewaan tapak premis.

RUZIDAH (kiri) menunjukkan kaedah menyapu krim muka ke wajah pelanggan sambil dipantau oleh Zamzarina (tengah) dan Suhaila.


"Bahkan harga bagi setiap perkhidmatan jauh lebih murah sekali ganda daripada harga yang ditawarkan di spa, sekali gus ia dapat membantu pelanggan menjimatkan wang mereka.
"Bekalan produk yang diberi oleh Harmony Mall pula boleh digunakan sebanyak 40 kali rawatan," katanya ketika ditemui di Segambut, Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau mengakui dapat menjana pendapatan lumayan dengan hanya bergerak dari rumah ke rumah.
Seorang lagi operator, Noor Azira Abdullah, 40, yang berkhidmat sebagai seorang guru di Machang, Kelantan pula sanggup memandu sejauh 400 kilometer ke Kuala Lumpur bagi menghadiri kursus latihan yang dikendalikan oleh Harmony Mall.
Masa fleksibel
Dia hanya mengetahui mengenai spa bergerak tersebut melalui majalah dan tertarik untuk menyertainya kerana masa yang diperuntukkan untuk perniagaan tersebut sangat fleksibel.
"Saya hanya perlu bekerja pada hujung minggu selepas menamatkan tugas sebagai seorang guru pada hari persekolahan. Ia juga boleh dijadikan pendapatan sampingan bagi mengisi masa terluang.
"Pelanggan juga pasti lebih selesa jika segalanya dilakukan di rumah mereka tanpa perlu bimbang dengan anak-anak di rumah yang terpaksa ditinggalkan sekiranya ingin ke spa," jelasnya yang sudah lama berminat dengan kursus tata rias diri.
Harmony Mall bekerjasama dengan dua orang tenaga pengajar kemahiran yang bertauliah dan berpengalaman luas untuk berkongsi kaedah rawatan wajah, kuku tangan dan kaki serta urutan badan yang betul kepada peserta yang berminat.

PELANGGAN akan dimanjakan dengan urutan pada badan dan tangan sementara menunggu skrub pada wajah kering.


Seorang daripada tenaga pengajar yang terlibat, Ruzidah Ishak, 47, berkongsi pengalamannya selama 13 tahun berkecimpung dalam bidang urutan terapi kecantikan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia tersebut.
"Peserta akan diberi tunjuk ajar selama tiga hari di sini (Harmony Mall). Ia meliputi cara melakukan rawatan wajah yang betul, amalan kebersihan ketika bertugas, teknik urutan yang berkesan dan cara berinteraksi dengan pelanggan.
"Kami akan memantau operator (peserta) dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan mereka mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sini," katanya yang sudah mempunyai kira-kira 1,000 pelajar ketika mengajar di Giat Mara pada tahun 2007 hingga 2011.
Katanya, rawatan wajah tidak boleh dipandang ringan kerana teknik urutan pada wajah sebenarnya boleh membantu meremajakan kembali kulit wajah pelanggan.
Kaedah urutan yang betul boleh membantu membuang toksin pada wajah ke beberapa titik nodul limfa dan secara tidak langsung dapat menegangkan kulit muka.
Operator juga perlu mahir mengurut badan dan tangan pelanggan sementara menunggu masker yang disapu pada wajah kering.
"Urutan yang berterusan membuatkan interaksi dengan pelanggan tidak terhenti. Pelanggan akan lebih berminat untuk menggunakan khidmat operator berkenaan pada masa akan datang sekiranya mereka berasa selesa," ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines