Sabtu, 27 Julai 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


PIALA MALAYSIA 2013

Posted: 26 Jul 2013 12:07 AM PDT

Pertandingan Piala Malaysia 2013 kali ini akan dikenali sebagai "Watson Piala Malaysia"




Saksikan "Live" undian Watson Piala Malaysia di Astro Arena 27 Julai 2013 jam 5:30ptg.

Undian Balang adalah seperti berikut:-

Balang 1:
Lions XII FC
Selangor
Darul Takzim FC
Kelantan

Balang 2:
Pahang
ATM
Perak
Pkns Selangor FC

Balang 3:
Terengganu
T-Team
Sarawak
Sime Darby

Balang 4:
Johor
Kedah
Felda United
N.Sembilan


JADUAL PERLAWANAN seperti berikut:-


Peringkat Kumpulan:
Perlawanan 1 - Selasa, 20 Ogos 2013
Perlawanan 2 - Sabtu, 24 Ogos 2013
Perlawanan 3 - Selasa, 27 Ogos 2013
Perlawanan 4 - Sabtu, 31 Ogos 2013
Perlawanan 5 - Selasa, 17 September 2013
Perlawanan 6 - Selasa, 21 September 2013

Peringkat Suku Akhir:
Perlawanan Suku Akhir 1 - Selasa, 28 September 2013
Perlawanan Suku Akhir 2 - Jumaat, 4 Oktober 2013

Peringkat Separuh Akhir:
Perlawanan Separuh Akhir 1 - Jumaat, 18 Oktober 2013
Perlawanan Separuh Akhir 2 - Jumaat, 25 Oktober 2013

Perlawanan Akhir:

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013.

Tiada lagi aksi kelab - Hamidin

Posted: 25 Jul 2013 06:05 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Seperti mendengar suara pengkritik dan peminat, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berjanji akan memastikan tiada lagi aksi pemanas badan menentang pasukan berstatus kelab sepanjang 2014.

Sebaliknya, jelas beliau, FAM akan memberi lebih banyak tumpuan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa berkelas A.

Menurutnya, menentang pasukan berstatus kelab tidak begitu memberi impak untuk memperbaiki ranking skuad bola sepak negara yang semakin merudum.

"Kita akan cuba pastikan skuad kebangsaan tidak lagi bertemu dengan pasukan kelab selepas ini, jika ada pun... mungkin satu atau dua perlawanan, itu pun bergantung kepada kesesuaian.



"Sasaran utama saya adalah untuk memenuhi sembilan tarikh perlawanan persahabatan yang telah ditetapkan dalam kalendar FIFA.

"Kami akan bekerja keras untuk mendapatkan perlawanan persahabatan antarabangsa biarpun tiada pengesahan daripada mana-mana pasukan setakat ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola perlawanan persahabatan Malaysia dan Barcelona di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Sejak pengurus Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal dan jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal memilih perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab Divisyen 2 di Australia pada Jun lalu.

Ini menyebabkan ramai yang mempertikaikan hala tuju bola sepak negara yang kelihatan tiada inisiatif mengadakan aksi berkelas A.

Ini disusuli aksi persahabatan menentang kelab Thailand Chonburi F.C dan Chelsea baru-baru ini, sebelum ke Jepun menentang tiga kelab J-League minggu ini dan melengkapkan siri pertemuan dengan pasukan kelab dengan menentang Barcelona 10 Ogos ini.

Hamidin membuktikan dia tidak bercakap kosong apabila mengesahkan China akan menjadi lawan terbaru Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan yang dijadualkan akan berlangsung di Beijing, 10 September, sekali gus menjadi menjadi pengganti kepada aksi menentang India yang dibatalkan sebelum ini.

"FAM telah menghantar surat pelawaan kepada China dan mereka bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan yang dijadualkan pada 10 September ini.

"Kita akan beraksi di sana (Beijing) dengan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh mereka sepenuhnya dan satu lagi tarikh iaitu pada 6 September, masih lagi kosong dan FAM masih dalam usaha mencari pasukan yang berminat.

"Hong Kong juga berada dalam radar kami, tetapi mereka telah mengesahkan pertemuan dengan Myanmar terlebih dahulu, jadi kami terpaksa mencari pasukan lain, besar kemungkinan dari kalangan negara Asia juga, " katanya.

Sebelum ini, India menarik diri lebih awal untuk bertemu Harimau Malaya kerana terlibat dengan Piala SAFF yang ditunda dari Ogos kepada September sementara Uzbekistan perlu menghadapi playoff Piala Dunia 2014 berdepan Jordan pada tarikh tersebut.

Hanya pertemuan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 Oktober hampir pasti diadakan sebelum Malaysia dijadualkan bertemu Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2015, pada 15 Oktober di Stadium Shah Alam.

Kelab penyokong sokong lantikan Mukhriz

Posted: 25 Jul 2013 05:52 PM PDT

Sumber: Sinar Harian

KELAB penyokong Bola Sepak Kedah menyokong penuh pelantikan Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Sambil menyifatkan itu keputusan yang tepat, Presidennya, Nor Asmadi Hamzah berkata, Kedah sememangnya memerlukan seorang pemimpin profesional dan berwibawa dalam menentukan semula hala tuju Hijau Kuning yang sekadar berada pada prestasi hambar musim ini.

"Sebagai kelab penyokong, saya rasa memang beliau calon paling sesuai mengemudi KFA selepas ini dalam memperkasakan semula Hijau Kuning pada musim depan.



"Lagipun, Mukhriz ialah pemimpin berwibawa dan dengan kedudukannya sekarang ini sebagai menteri besar, dilihat mampu menyuntik sesuatu ke dalam Hijau Kuning menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.

"Beliau tentu mempunyai ramai pengaruh atau kenalan korporat yang mampu menjadi penaja untuk Hijau Kuning selepas ini.

"Ini kerana KFA tidak boleh terlalu bergantung kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pada setiap tahun dan inisiatif lain perlu dicari untuk memperkukuhkan lagi kantung wang persatuan,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelantikan Mukhriz sebagai Presiden baru KFA bagi penggal 2013-2014.

Pelantikan tersebut dibuat sebulat suara oleh 28 perwakilan pada Kongres Luar Biasa (EGM) KFA di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Tambah Asmadi, sifat profesional Mukhriz juga melayakkannya beliau untuk mengisi kekosongan jawatan presiden KFA yang dikosongkan penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada awal Jun lalu.

Malah, minat ditunjukkan Mukhriz yang hadir pada beberapa perlawanan Liga Perdana membabitkan Hijau Kuning di Stadium Darul Aman selepas menjawat jawatan Menteri Besar Kedah membuktikan komitmennya untuk memulihkan semula reputasi pasukan tersebut yang pernah menjulang juara berganda pada tahun 2007 dan 2008.

"Mukhriz adalah salah seorang peminat setia Hijau Kuning.

"Beliau memang bagi komitmen yang tinggi setiap kali ada perlawanan pasti beliau hadir untuk bagi sokongan di Stadium Darul Aman.

"Kelab penyokong menaruh harapan yang tinggi kepada beliau dan yakin mampu memimpin bola sepak Kedah untuk kembali muncul sebagai gergasi bola sepak utara,"ujarnya.

Sementara itu, dipetik dalam laporan tempatan hari ini, Mukhriz yang menerima amanah dan tanggungjawab itu tekad untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah, sesuai dengan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata akan mengkaji semula program pembangunan bola sepak Kedah dengan menjalin kerjasama dengan kelab terkemuka antarabangsa bagi memberi pendedahan kepada pemain Hijau Kuning.

"Amanat ini amat berat memandangkan bola sepak memberikan kesan yang mendalam kepada Kedah dan rakyat negeri ini.

"Saya akan cuba menggalasnya dengan sebaik mungkin menerusi pelbagai usaha untuk memastikan pasukan memenangi sebanyak mungkin permainan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada bekas Presiden KFA, Tan Sri Azizan Abdul Razak atas jasa dan sumbangan beliau kepada KFA," katanya

Harimau Malaya kalah lagi

Posted: 25 Jul 2013 05:44 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya memulakan langkah sumbang dalam siri perlawanan persahabatan di Jepun apabila tumpas 0-2 kepada Shimizu S-Pulse, malam tadi yang menyaksikan kubu negara gagal bertahan selepas dibolosi pada babak kedua.

Shimizu S-Pulse yang beraksi dalam Liga-J 1 membuka tirai jaringan pada minit ke-48 menerusi percubaan pemain tengah Jumpei Takaki sebelum pertahanan Yasuhiro Hiraoka melengkap kemenangan skuad kendalian Afshin Ghotbi itu pada minit ke-76.



Kunjungan skuad kebangsaan ke Jepun ini menjadi medan buat pengendali kebangsaan itu mempersiapkan pasukannya sebelum berdepan juara La Liga Sepanyol, Barcelona di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 10 Ogos dan aksi kelayakan Piala Asia 2014 dengan Bahrain pada Oktober

‘Tiada hitam putih’

Posted: 25 Jul 2013 05:42 PM PDT

Foto

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: "Saya tidak mahu ulas lanjut kerana tiada hitam putih."

Jurulatih Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad membuat kenyataan itu berhubung laporan pelantikan bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez selaku pengurus dan ketua jurulatih baru skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.



Fandi yang baru pulang dari Chile atas urusan keluarga tidak mengendahkan segala perkhabaran malah bersikap profesional apabila kembali melatih pemain Harimau Selatan tanpa mempedulikan desas-desus membabitkan dirinya menghadapi kempen Piala Malaysia 20 Ogos ini.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai jurulatih baru itu. Tiada maklumat rasmi walaupun saya ada dengar berita mengenai perubahan musim depan. Apa yang saya dengar, jurulatih dari Sepanyol akan ditugaskan selaku ketua jurulatih. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa kerana tumpuan sekarang pada persiapan rapi kempen Piala Malaysia.

"Saya tidak mahu ulas lanjut. Apapun saya akan mengadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapat maklumat lebih terperinci," katanya yang turut memuji pemain yang memberi komitmen tinggi terhadap latihan ketika bulan puasa sekalipun tanpa pemain utama yang bersama skuad kebangsaan.

Sementara itu, Jiminez difahamkan akan berada di Johor Bahru dalam masa terdekat sebelum saingan Piala Malaysia bermula dan belum ada kata putus pengurusan tertinggi sama ada beliau akan bergandingan dengan Fandi.

Sebelum ini Johor DT dilapor berusaha membawa pemain LionsXII, Hariss Harun dan tiga pemain Harimau Muda yang juga anak jati Johor, Mohd Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman selepas Sukan SEA Myanmar, Disember ini selain pemain pertahanan dan penjaga gol utama Selangor, Norazlan Razali dan Mahali Jasuli.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines