Selasa, 23 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anak Nora Danish, Rayqal Terkini

Posted: 22 Jul 2013 11:13 PM PDT

Anak pelakon Nora Danish, Rayqal nampaknya sudah berusia 4 tahun lebih dan mahu masuk 5 tahun tidak lama lagi. Lihat gaya Rayqal ni sepertinya nampak cool dan memperlihatkan anak yang berjiwa matang.

Baru-baru ini Rayqal dan ibu serta neneknya pergi keluar berjalan. Dengan berpakaian bersahaja, Rayqal sempat bergambar dengan neneknya, bahkan muka mereka memang mirip betul.

Apa-apa pun tahun depan dah nak masuk tabika dah. jadi Nora taknak kahwin lagi ker, macam Abby Abadi tu. Hehe.
Baca lagi »

Gambar Terkini Anak Eira, Azad

Posted: 22 Jul 2013 10:16 PM PDT

Dah besar panjang dah anak pelakon Eira Syazira dan Azad Jasmin ni, walaupun sudah berusia7 bulan, Amarra Sofea Rose kelihatan sangat comel sekali, tidak tahu berapa berat badannya ini, mungkin dalam 9-10 kilogram kot. Gambar Instagram Eira.
Baca lagi »

Kereta Ainan Tasneem Kemalangan

Posted: 22 Jul 2013 09:01 PM PDT

Diberitakan yang kereta Perodua model Myvi milik penyanyi, Ainan Tasneem terbabas dan mengakibatkan kerosakan teruk pada keretanya itu baru-baru ini.

Melihat daripada posisi kereta itu, tayar depan patah dan bumper belakang remuk tahap kritikal. Diharaplah Ainan Tasneem tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.


Calon Isteri Fahrin: Muslimah Tapi Hot!

Posted: 22 Jul 2013 08:00 PM PDT

Agak keliru dan sepertinya ada udang disebalik mee. Fahrin yang ditemu ramah oleh wartawan Utusan baru-baru ini ada menyoalkan mengenai jodohnya dengan usianya kini menjangkau 34 tahun.

Dengan usia sebegitu Fahrin masih lagi single dan sukar bagi dirinya untuk mencari calon kerana terlalu sibuk. Dan memaksanya untuk menerima hakikat berbuka dan bersahur berseorangan ketika ini.

Dan ini artikel yang tidak tahu apa maksud sebenar Fahrin. Mungkin hot yang dimaksudkan bukanlah yang sendat-sendat dari segi pemakaian kot, tapi yang hot dari segi agama dan ilmu
Utusan: Wanita bagaimana yang menjadi dambaan Fahrin?
Fahrin: Muslimah tapi hot.

Isu Insurans Suara, Fara Fauzana Minta Semua Tenang!

Posted: 22 Jul 2013 06:27 PM PDT

Isu peng-insurans suara oleh deejay, Fara Fauzana minggu lalu telah membuatkan ramai pihak rasa terkejut dan tidak menyangka keputusan yang dibuat Fara begitu mementingkan dirinya.

Namun bagi Fara memetik portal BeritaHarian semalam, dia berbuat demikian kerana ada sebab tertentu kerana ianya dianggap penting untuk menjamin masa depan kesihatannya kelak. Jadi dia berharap orang ramai tidak perlu kecoh dan heboh untuk isu seperti ini.
Baca lagi »

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines