Khamis, 25 Julai 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Sazzy Falak menafikan status facebook sokong Alvin & Vivian

Posted: 24 Jul 2013 06:00 AM PDT

sazzyfalaksokongalvin

Menerusi laporan berita di Utusan Malaysia, Sazzy Falak telah menafikan bahawa beliau menyokong tindakan pasangan kontroversi Alvin & Vivian mengenai gurauan berbentuk penghinaan melalui poster di Facebooknya.

Sazzy menjelaskan, artikel yang dikongsi melalui fanpagenya itu bukan dilakukan oleh beliau mahupun suami tetapi oleh rakannya yang juga mempunyai akses laman sosialnya itu. Adakah salah seorang ahli geng CELEPETS?

Jelas Sazzy lagi, beliau mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut namun memberi kepastian bahawa tujuannya itu bukan untuk menjatuhkannya.

Super Bonus: Penjawat awam menerima bantuan khas Hari Raya RM500

Posted: 24 Jul 2013 05:26 AM PDT

bantuankhasrm500

Melalui laporan Bulletin Utama, Y.A.B Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 sebagai persiapan Hari Raya kepada penjawat awam. Bantuan khas itu adalah untuk kakitangan khas awam gred 1 hingga 54. Bayaran akan dibuat pada 31 Julai 2013. Manakala pesara Kerajaan pula akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM250.

Wow untunglah mereka yang kerja sebagai penjawat awam. Video penuh selepas ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines