Sabtu, 20 Julai 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Perak idam kekal dua awang import

Posted: 18 Jul 2013 05:34 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Ipoh: Perak mahu mengekalkan khidmat dua awang import Brazil, Paulo Rangel dan Rafael Souza Silva Novais bagi menghadapi Liga M musim depan.

Pengurus pasukan Khairul Azwan Harun berkata, setakat ini Seladang puas hati dengan sumbangan mereka yang menjadi aset kepada Perak.

Begitupun Azwan membayangkan Perak mungkin menghadapi kesukaran mengekalkan khidmat Rangel kerana pemain itu dituntut semula kelab asalnya, Muang Thong United dari Thailand.

"Tiada masalah mengekalkan Rafa (Rafael) tetapi Rangel mungkin ada sedikit halangan," katanya.



Muang Thong sentiasa mengikuti rapat perkembangan pemain yang mereka pinjamkan kepada Perak itu.

"Keupayaan Rangel menjaringkan sembilan gol dalam Liga Super membuatkan Muang Thong mahu mengambil balik pemain itu. Di sinilah timbulnya masalah Perak untuk mengekalkan khidmat Rangel kerana kelab itu masih mempunyai hak ke atasnya," katanya.

Namun pemain itu difahamkan mahu kekal di Ipoh dan Azwan berharap ejen pemain itu dapat memujuk pegawai kelab Thailand itu supaya membenarkannya terus beraksi bersama Perak.

"Yang pasti kami akan cuba mengekalkan khidmat kedua-dua awang import itu di Ipoh," katanya.

Che Ku Marzuki jurulatih T-Team

Posted: 18 Jul 2013 05:32 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Teka-teki siapa yang akan membimbing T-Team dalam kempen Piala Malaysia akhirnya terjawab apabila tugas itu diberikan kepada penolong jurulatih Che Ku Marzuki Mohd Noor.

Keputusan muktamad pihak pengurusan T-Team itu jelas menghampakan pengendali sementara Eduardo Almeilda yang sebelum ini gah melaungkan kesediaan mahu menjulang piala berprestij itu bersama skuad The Titans.



Pelantikan Che Ku Marzuki itu bagaikan peluang kedua buat pengendali yang mesra dipanggil Jibang untuk membuktikan keupayaannya sekali gus membalas kepercayaan pihak pengurusan.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abd Rasid Jusoh berkata, keputusan melantik Che Ku Marzuki pilihan terbaik selepas menilai pelbagai aspek Menurutnya, pemilihan Che Ku Marzuki tidak bermakna pihak pengurusan tidak mengenang budi Almeilda yang berjaya mengekalkan pasukan itu dalam Liga Super musim depan, tetapi jurulatih dari Portugal itu mempunyai misi besar dalam pembangunan bola sepak The Titans.

"Keputusan tidak melantik Almeilda jurulatih pasukan tidak bermakna khidmatnya bersama T-Team berakhir, sebaliknya kita mahu beliau memberi fokus kepada peranannya sebagai ketua jurulatih dan Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda.

Che Ku Marzuki akan dibantu Khalid Mat Dahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines