Rabu, 24 Julai 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Ridzuan puji aksi Nazrin Nawi

Posted: 22 Jul 2013 08:26 PM PDT

Sumber: Sinar Harian

AKSI dipamerkan Mohd Nazrin Mohd Nawi semasa menentang Chelsea, malam kelmarin jelas mencuri tumpuan sehingga mendapat pujian Jurulatih Negeri Sembilan, Ridzuan Abu Shah.

Walaupun Harimau Malaya tumpas empat gol berbalas satu, namun kemasukan Mohd Nazrin menggantikan S Kunanlan pada pertengahan babak kedua dilihat berjaya merubah rentak permainan yang sebelumnya dikuasai pasukan pelawat.

Ridzuan berkata, selaku jurulatih di peringkat negeri, beliau berbangga dengan prestasi ditunjukkan anak didiknya itu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan kelab dari Eropah tersebut.



"Mohd Nazrin telah mempamerkan mutu persembahan menakjubkan, walaupun baru sahaja diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan.

"Saya tumpang gembira dengan pencapaiannya dan berharap Mohd Nazrin akan dapat mengekalkan kecemerlangannya bersama Skuad Rusa dalam saingan Piala Malaysia," katanya kepada Sinar Harian di Seremban, semalam.

Mengulas tentang pemain berusia 25 tahun itu, Ridzuan berkata, kebolehan Mohd Nazrin untuk menyarung jersi kebangsaan tidak disedari sebelum ini berikutan jarang diberi peluang membarisi kesebelasan utama pada tahun lalu.   

"Bagaimanapun, bakatnya mula terserlah apabila kerap diturunkan pada musim ini, ditambah dengan sikap positif dimiliki yang mahu memajukan diri.

"Justeru, pesan saya pada Mohd Nazrin adalah sentiasa menjaga disiplin dan ikut segala arahan jurulatih semasa mewakili negara di pentas antarabangsa," katanya.

Pada masa sama, Ridzuan turut berharap penyertaan Mohd Nazrin dalam skuad Harimau Malaya akan berupaya menggilap skil dimiliki memandangkan pemain muda berkenaan merupakan aset jangka panjang bagi pasukan negara.

JDT hampiri Pablo Aimar

Posted: 22 Jul 2013 05:20 PM PDT

Sumber: SInar Harian

Pablo Aimar

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semakin hampir mendapatkan khidmat bekas bintang Valencia, Pablo Aimar.

Perkara itu dinyatakan sendiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ.



"Dalam pada itu, kita juga sedang dalam proses rundingan dengan beberapa pemain untuk beraksi dengan pasukan Johor DT.

"Selari dengan prinsip PBNJ yang sentiasa akan membawa nama-nama besar dalam industri bola sepak untuk berkhidmat dengan pasukan Johor, kami semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak bersama Pablo Aimar," katanya.

Aimar pernah beraksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin ketika mewakili Argentina pada Piala Remaja Dunia Fifa 1997 dan pasukannya muncul juara.

Beliau juga pernah beraksi pada Piala Dunia FIFA pada tahun 2002 dan 2006.

Pemain ini juga pernah muncul di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru, bulan lalu dan disambut sekumpulan penyokong skuad Harimau Selatan selain pekerja hotel berkenaan.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, pihak pengurusan juga telah mendapat persetujuan daripada lima pemain baru untuk menyarung jersi Johor DT bagi musim akan datang.

Pada masa sama, Tunku Ismail mengesahkan, PBNJ dalam usaha untuk mendapatkan khidmat pengurus pasukan yang baru dari Sepanyol.

Menurutnya, pengurus berkenaan adalah seseorang yang berpengalaman, selain pernah menerajui pasukan  Valencia dan Atletico Madrid.

"Saya sebagai Presiden PBNJ ingin mengumumkan kepada penyokong Johor, bahawa langkah-langkah positif telah diambil oleh PBNJ bagi memperkukuhkan lagi pasukan kita untuk musim depan.

"Fandi Ahmad akan terus bersama pasukan Johor DT sebagai penolong jurulatih," katanya dalam satu kenyataan dipetik dalam laman sosial.

Tunku Ismail turut menegaskan bahawa sumber kewangan PBNJ adalah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dirinya sendiri dan juga rangkaian penaja yang melabur dalam negeri Johor, dan tidak melibatkan wang rakyat.

"Oleh itu, kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas, adalah lebih baik berdiam diri daripada menjatuhkan maruah diri sendiri," katanya.

Difahamkan, individu yang dikaitkan untuk menerajui Johor DT adalah Cesar Ferrando Jimenez yang pernah mengurus pasukan Athelico Madrid dan Valencia.

Selain itu PBNJ dikatakan juga dalam rundingan dengan Juan Manuel Lillo Diez yang merupakan pereka formasi 4-2-3-1 dan mentor kepada Pep Guardiola.

Hanya latihan pramusim!

Posted: 22 Jul 2013 05:15 PM PDT

Foto
NORSHAHRUL (kiri) diasak pemain Chelsea, Michael Essien di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Sumber: Harian Metro

Shah Alam: Sebahagian proses latihan!

Itu adalah hakikat dan pandangan pengendali Chelsea, Jose Mourinho mengenai aksi persahabatan Blues menentang skuad kebangsaan di Stadium Shah Alam, malam kelmarin yang menyaksikan anak buahnya mudah menang 4-1 di hadapan 40,000 penonton.



Selepas sekadar menewaskan Singha All Stars, 1-0, Chelsea bangkit menerusi tiga jaringan pemain muda pada babak pertama untuk menggambarkan kehebatan gergasi EPL itu disusuli gol Victor Moses di penghujung perlawanan menewaskan Mohd Farizal Marlias sebelum Mohd Fadhli Shas menyumbat gol sagu hati tuan rumah.

"Saya gembira kerana ia sebahagian proses latihan kami. Kami menjalani latihan menentang Thailand (Singha All Stars) dan Malaysia. Ia sesi latihan apabila kami mempraktikkan apa yang kami berlatih setiap hari.


"Oleh kerana sesi latihan tertutup, anda tidak boleh merasai apa yang kami terjemahkan dalam padang namun sebaliknya bagi saya. Saya melihat menerusi aspek pertahanan dan menyerang. Kaedah itu penting bagi saya dan pemain," kata Mourinho yang gembira dengan perkembangan dipamer skuad kendaliannya itu.


Beliau yang kembali membimbing Chelsea musim ini menambah, keputusan perlawanan tidak penting kerana ia sebahagian daripada proses membentuk karektor pasukan.

Hingga kini beliau gembira dengan perkembangan pemain dalam aspek identiti, personaliti dan mentaliti untuk menang yang membolehkan Chelsea bermain menurut cara digemarinya.


Tanpa berselindung pengendali dari Portugal itu memuji skuad kebangsaan apabila mempamerkan tentangan terutamanya pada babak pertama permainan.

"Separuh masa pertama kami bermain dengan baik menentang lawan yang bagus, meletakkan tekanan kepada kami di bahagian belakang selain serangan balas pantas dan kreatif.


"Namun babak kedua berbeza kerana Malaysia melakukan terlalu banyak pertukaran dan 20 kali perlawanan terhenti menyebabkan kehilangan rentak.


"Perlawanan ini menghiburkan buat penonton. Kami mempamerkan corak permainan diingini." Skuad negara menurunkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah untuk menerajui jentera serangan pada babak pertama namun peluang paling hampir untuk meledak jaringan menerusi rembatan K Gurusamy m-22 disusuli percubaan kencang kapten Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak m-39 yang dinafikan penjaga gol Mark Schwarzer.


Gol-gol Chelsea dijaringkan Bertrand Traore, Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan Victor Moses.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines