Khamis, 14 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Rozita Terima Emas Habib Jewels dari Zain

Posted: 13 Mar 2013 11:06 PM PDT

Baru-baru ini Rozita Che Wan telah menyambut ulang tahunnya yang ke-39, 9 Mac lalu. Namun disaat mengingatkan hari yang bermakna itu Rozita menerima kejutan dari buah hatinya, Zain Saidin.

Acara kejutan itu dilakukan di sebuah restoran sekitar shopping complex, Publika di Solaris Dutamas. Difahamkan ini adalah kali ke-3 mereka bersama-sama menyambut harijadi berkenaan.

Tanpa hadiah, tidak bermakna harijadi, Rozita menerima gelang Emas jenama Habib Jewels.
 Dan dibawah adalah kek harijadi Rozita yang dikatakan berperisa durian.



Sayang - Shae versi Pecah Perut

Posted: 13 Mar 2013 10:05 PM PDT

Memang betul-betul mengelakkan sesiapa yang melihat gelagat seorang 'minah' yang mendendangkan lagu 'Sayang' nyanyian Shae dari Indonesia.

Gelagatnya yang dikatakan popular di laman sosial minggu lalu telah mendapat membuatkan hati tidak rasa senang duduk. Sekali lihat di awal video rasa ok sahaja, bila dah lama-lama (minit 0.40) seperti kerasukan pula, dan ada juga yang bersependapat nak tumbuk sahaja muka dia ni. Haha.


Zizan Razak Nak Kahwin 2014!

Posted: 13 Mar 2013 09:14 PM PDT

Pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak dikhabarkan melalui portal Murai semalam yang dia bakal dalam planning untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan, 2014.

Ini juga menunjukkan Zizan mempunyai target kahwin dengan usianya yang ke-30 tahun hadapan. Namun sekarang masih lagi mencari-cari gadis pilihan hati, dan anda mungkin salah seorang yang dikehendaki Zizan, admin syorkan bagus buat program mencari jodoh bersama Zizan. Hehe.

2 Juta fan page, takkan takde yang berkenan kot.
"Saya tahu diusia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.

"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri.

"Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.

"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga.

"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih.

"Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," -Zizan

Gambar Vie Shantie Terkini

Posted: 13 Mar 2013 08:00 PM PDT

Wah dah semakin cantik nampaknya isteri kepada Eizlan Yusof, Vie Shantie. Walaupun dah dikurnikan dua cahaya mata bersama-sama Eizlan, namun penampilan Vie masih lagi nampak muda dan bergaya. Apakah rahsia anda ini? layan..


Siti Nurhaliza Derma RM20,000 untuk Lahad Datu

Posted: 13 Mar 2013 06:19 PM PDT

Semalam, Datuk Siti Nurhaliza menyumbang RM20,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu, Media Prima Berhad untuk ahli anggota keselamatan yang terkorban insiden pencerobahan di Lahad Datu yang sehingga kini difahamkan hampir 10 anggota kita yang terkorban.

"Daripada jumlah RM20,000 ribu itu, RM10,000 adalah sumbangan daripada Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd dan RM10,000 lagi daripada SimplySiti Sdn Bhd. Siti rasa terpanggil untuk menderma kerana Siti ingin menghargai jasa anggota keselamatan kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan keamanan negara. Siti juga anak anggota polis, jadi Siti dapat merasakan keperitan yang dialami oleh ahli keluarga anggota keselamatan terbabit.

Selain itu, Siti juga salah seorang askar Wataniah. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus Siti lakukan sebagai tanda prihatin kepada wira-wira negara kita," ujar Siti yang mahu anda juga menyumbang bersama. -petikan GUA 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines