Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Tiga Sahabat Baik Lancar Pakaian 'Baajookoo'
- Ayu Raudhah & Zaquan Adha Dapat Anak lelaki
- Ainul Aishah Jual Biskut Selepas Belajar Di YouTube
- Jaafar Onn Sahkan Bakal Nikah Ibu Tunggal
- Fimie Don Berehat Berlakon Kerana PMR
- Atilia Popular Kerana 'Sheila Majid Kedua' Di Indonesia
- Izreen Azminda teruja bergelar ibu
- Drama Komedi 'Kelas Sebelah' Angkat Bahasa Malaysia
- Maskara bukan Desperate Housewife
- Aura kehebatan 2NE1
- Backstreet Boys kembali
- Pengawal peribadi Datu Piah serang polis mati ditembak
- Cucu ragut rantai leher nenek dipenjara
- Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan
- AS hantar pesawat kalis radar
- Lori arang batu rempuh enam kereta
- Lelaki Sikh pakai serban gergasi
- Tersingkir kerana tiada hak kerakyatan
- Suka duka penerima bantuan kewangan
- Air kelapa bernilai komersial
- Diapercake unik dan comel
- Segalanya tentang hijab
- Rapatkan hubungan mertua berbeza agama
- Hari Sarapan Malaysia bersama Milo
Tiga Sahabat Baik Lancar Pakaian 'Baajookoo' Posted: 29 Mar 2013 05:39 AM PDT Menurut Yasmin Hani, rekaan Baajookoo merupakan hasil cita rasa fesyen daripada idea ketiga-tiga mereka yang gemar bergaya secara santai. "Kami mahukan baju yang santai dan ringkas serta boleh digayakan untuk semua golongan sehingga timbul idea untuk mereka baju-baju ini. "Alhamdulillahlah ia mendapat sokongan daripada peminat dan rakan-rakan sehingga kami menerima banyak tempahan daripada penjualan dalam secara dalam talian," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran jenama pakaian itu di Serai KL, KL Live di sini pada Khamis. Tambah Yasmin, penjualan pakaian tersebut yang dilakukan menerusi Internet di www.baajookoo.com.my telah beroperasi sejak September tahun lalu. Sementara itu ketiga-tiga artis berkenaan akan melakukan kolaborasi dengan label fesyen antarabangsa lain yang akan dilancarkan pada 14 April depan. "Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan, kami mendapat pelawaan untuk bekerjasama dengan label pakaian antarabangsa. Dalam pada itu, Yasmin berkata masih terlalu awal untuk mereka membuka sebuah butik bagi menempatkan produk tersebut. Katanya, mereka perlu menunggu masa yang sesuai iaitu selepas jenama tersebut stabil di pasaran. "Bisnes ni baru sahaja enam bulan dilaksanakan dan kami baru nak merangkak. Biarlah kami buat perlahan-lahan. Bila ia sudah berkembang dan dikenali, Insya-Allah kita akan fikir ke arah itu," katanya. Baajookoo mempunyai lebih daripada 10 koleksi baju dan beg yang juga boleh didapati di laman web jual beli iaitu mudah.my. Dalam pada itu Yasmin mengakui bisnes tersebut merupakan salah satu cara untuk menghargai persahabatan mereka. "Hubungan kami memang rapat dan kami selalu berjumpa. Dari situlah kamu mula terfikir lebih baik ada sesuatu yang dihasilkan untuk mengukuhkan lagi persahabatan ini. Jadi dengan adanya jenama Baajookoo ini kami melihat ia adalah persahabatan," katanya. | ||
Ayu Raudhah & Zaquan Adha Dapat Anak lelaki Posted: 29 Mar 2013 05:38 AM PDT Suaminya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan dan Johor, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 25, berkata, anak sulungnya itu dilahirkan seberat 2.79 kilogram (kg) dan kedua-dua isteri dan anak berada dalam keadaan sihat. "Alhamdulillah, saya teruja dan pada masa sama rasa macam tak percaya pula bahawa kini saya seorang ayah. "Sekarang ini tanggungjawab saya lebih berat lagi dan Insya-Allah saya dapat mendidiknya sebagai seorang anak yang baik," katanya yang dihubungin mStar Online, Jumaat. Bagaimanapun, tambah Zaquan, dia dan isterinya masih lagi belum memikirkan nama yang sesuai buat anak sulung mereka itu. "Kami tak beri nama lagi. Biarlah Ayu berehat dahulu dan baru kami bincangkan nama yang sesuai. "Selepas keluar wad nanti, Ayu akan berpantang di rumah kami di JB," ujarnya Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. | ||
Ainul Aishah Jual Biskut Selepas Belajar Di YouTube Posted: 29 Mar 2013 05:37 AM PDT Kata Ainul, 28, disebabkan perkara itu dia terpaksa menggaji seorang pembantu kerana perlu memenuhi permintaan dan tempahan daripada orang ramai. "Pada mulanya saya buat biskut untuk suka-suka sahaja dengan mempelajarinya di YouTobe dan tidak sangka pula apabila saya jual, ia mendapat sambutan yang menggalakkan sekali. "Biskut-biskut itu saya jual dengan cara meletakkannya di bazar-bazar tertentu serta kedai runcit sekitar Bangi (Selangor) serta di Rasta, Taman Tun Dr Ismail (Kuala Lumour)," ujarnya yang menamakan biskut-biskutnya Ainul A Cookies. Selain perniagaan berkenaan, Ainul juga menolong keluarganya membuka cawangan Tutty Fruity di Bangi, dekat sini dan Nilai, Negeri Sembilan. Sehubungan itu tambah pelakon drama Begitulah Cinta ini, dia merancang untuk membuka sebuah kafe tidak lama lagi bagi mengembangkan perniagaan tersebut. Jelas Ainul, disebabkan ingin memberi fokus terhadap dunia perniagaan membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon terutamanya drama bersiri. "Saya memang tidak ambil tawaran yang memerlukan komitme tinggi seperti drama bersiri. Kalau sedikit sahaja dan watak yang bagus saya akan terima. "Bukan apa, umur saya sudah 28 dan saya perlu mempunyai pendapatan yang tetap dan fikir masa depan, kalau berlakon tidak menjanjikan masa depan yang baik untuk saya," katanya. Ainul yang baru selesai penggambaran filem Pilot Cafe mengakui menerima tawaran tersebut kerana ingin berlakon di bawah arahan Osman Ali. "Saya sudah lama teringin untuk berlakon dengan Osman Ali, ini peluang baik yang tidak boleh dilepaskan biarpun watak saya hanya sekadar pembantu sahaja. "Lagi pula filem ini merupakan lakonan saya selepas kira-kira setahun saya menyepi kerana sibuk dengan bisnes," katanya. | ||
Jaafar Onn Sahkan Bakal Nikah Ibu Tunggal Posted: 29 Mar 2013 05:36 AM PDT Jaafar, 62, berkata, sebelum ini dia ada membuat gimik di laman tersebut untuk mencari jodoh dan tidak menyangka bertemu kembali dengan wanita yang juga usahawan berusia 37 tahun menerusi laman sosial berkenaan "Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini. "Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran drama komedi Kelas Sebelah di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis. Dalam pada itu, menjelaskan gimik yang dilakukan menerusi Facebook itu, Jaafar berkata, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya. Namun kata Jaafar, ramai di antara mereka mempunyai niat tidak baik dan ingin mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang selebriti. "Tak kurang juga yang memberi kata-kata penghinaan tentang hasrat saya tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana yakin sudah tiba masanya saya berkahwin," ujarnya. Jaafar berkata, beliau mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 62 tahun kerana selesa dengan perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu. Jelasnya lagi, pada usianya sekarang dia memerlukan seorang teman bagi berkongsi susah senang bersamanya. "Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan memahami kerjaya saya sebagai seorang artis," jelasnya. Jaafar bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan nama wanita berkenaan namun memberitahu dia berstatus ibu tunggal. "Saya telah pun menemui ibu dan bapanya dan mereka tiada halangan untuk kami berkahwin malah keluarga saya juga gembira dengan perkhabaran ini," katanya lagi. Sementara itu, Jaafar berkata, beliau berasa bersyukur apabila pelbagai pihak tampil untuk memberikan tajaan untuk hari bahagianya itu nanti. "Rezeki saya murah apabila ramai yang nak taja perkahwinan saya seperti pelamin, baju dan percutian bulan madu dan saya sangat terkejut namun berbesar hati," katanya. | ||
Fimie Don Berehat Berlakon Kerana PMR Posted: 29 Mar 2013 05:35 AM PDT Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, 15, berkata, keputusan itu diambil kerana bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik di antara pelajaran dan lakonan yang memerlukan komitmen tinggi. "Saya pilih untuk utamakan pelajaran buat masa ini kerana sedar tidak dapat membahagikan masa dengan baik terhadap dua-dua perkara itu. "Tambahan pula penggambaran mengambil masa lama dan bimbang pelajaran akan tercicir," jelasnya kepada mStar Online. Fimie ditemui pada majlis pelancaran drama komedi berjudul Kelas Sebelah di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, petang Khamis. Drama 13 episod itu akan mula bersiaran pada 3 April ini pada setiap hari Rabu pukul 9 malam di TV1. Dalam pada itu, Fimie berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk peperiksaan itu nanti namun berjanji akan melakukan terbaik demi masa depannya. "Siapa yang tidak mahu mendapat semua A dalam PMR tetapi saya tidak terlalu mengenai sasaran sebaliknya ingin belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik pada peperiksaan itu nanti," katanya. Sementara itu, Fimie berkata, walaupun berehat daripada dunia lakonan buat seketika namun kerjaya nyanyiannya bersama kumpulan 'The Bee Sings' akan tetap diteruskan. Bagaimanapun kata Fimie, undangan nyanyian hanya akan diterima pada hujung minggu sahaja bagi tidak menggangu sesi persekolahannya. | ||
Atilia Popular Kerana 'Sheila Majid Kedua' Di Indonesia Posted: 29 Mar 2013 05:34 AM PDT Atilia atau nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Harun ini berkata, melalui beberapa artikel berita dan previu album yang dibuat oleh media Indonesia, mereka memanggilnya sebagai Sheila Majid kedua "Alhamdulillah selepas pelancaran itu banyak maklum balas yang positif, banyak juga artikel daripada media Indonesia yang beri komen positif terhadap album Indah. "Mereka suka kerana genre jaz yang saya tampilkan selain saya turut disamakan dengan Sheila Majid yang sememangnya tidak asing lagi di negara itu," katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran jenama Baajookoo, di sini, Khamis. Jelas Atilia, lagu duet bersama kumpulan Sore berjudul Silly Little Thing mendapat tempat di carta-carta radio di negara jiran itu. Malah katanya, dia mendapat beberapa undangan nyanyian termasuklah bersama artis Indonesia Andien pada 4 April depan. "Kalau di Malaysia genre jaz agak kurang diterima, di radio pun jarang sekali kita dengar tetapi orang Indonesia memang menggemari irama seperti itu," katanya. Sebelum itu, Atilia turut berpeluang mengadakan persembahan di Festival Antarabangsa Java Jazz 2013 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac lalu. Katanya, dia berazam untuk membuka jalan kepada penyanyi Malaysia untuk menembusi negara jiran itu menerusi muzik berkenaan. | ||
Izreen Azminda teruja bergelar ibu Posted: 29 Mar 2013 05:34 AM PDT Bakal melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan bersama jurukamera bebas, Muhammad Riza Baharudin, 30, pada Julai depan, Izreen, 28, sudah mengetahui jantina bayinya itu. "Hasil ujian imbasan yang dibuat baru-baru ini, doktor sudah mengesahkan jantina bayi saya. Namun, saya rasa, biarlah ia dirahsiakan terlebih dahulu. "Lagipun, saya tidak mahu terlalu terburu-buru kerana banyak kes yang terjadi di mana ujian imbasan bukanlah keputusan tepat. "Apa jua jantina, saya dan suami tidak kisah. Yang penting, dia sihat dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja," katanya yang diijabkabulkan pada 30 Ogos tahun lalu. Izreen yang dinikahkan bapanya sendiri menerima wang hantaran sebanyak RM19,001 dan majlis resepsi diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar. Berat badan naik mendadak Walaupun perutnya semakin membesar, namun Izreen masih lagi berada di lokasi penggambaran untuk telemovie Barakah. Menurut Izreen, telemovie itu bakal ditayangkan pada hari raya ini dan mengambil masa tujuh hingga lapan hari penggambaran. "Buat masa ini, saya masih lagi bekerja. Namun, jadual saya tidak sepadat dulu lagi. Selepas telemovie ini, saya akan berehat panjang menunggu tarikh bersalin. "Doktor juga menyarankan agar saya berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Lagipun, walaupun usia kandungan baru enam bulan, tapi saya rasa macam dah sembilan bulan. "Berat badan juga semakin bertambah. Dulu, saya hanya 53 kilogram (kg) tapi sekarang mencecah 68 kg. Sejak akhir-akhir ini, saya suka makan nasi dan nafsu makan bertambah," katanya yang akan kembali bekerja semula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Masih suri rumah Menurut Izreen, sepanjang tempoh berehat nanti, masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk menguruskan tugas di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Katanya, jika sebelum ini dia terpaksa mengabaikan tugas-tugas tersebut, namun peluang yang ada tidak akan disia-siakan. "Saya akan menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa. Walaupun berehat, namun istilah berehat hanya untuk kerja-kerja di luar sahaja. "Dalam pada itu juga, saya akan mempersiapkan mental dan fizikal untuk bergelar ibu. Selain membaca beberapa panduan mengenai kelahiran dan proses penjagaan, saya juga akan menyediakan kelengkapan bayi dan diri saya sendiri. "Buat masa ini, ada beberapa kelengkapan yang sudah dibeli, namun bukan sepenuhnya lagi. Selain itu, kami juga sedang mencari nama-nama yang sesuai untuk anak. Setakat ini, nama pilihan sudah ada, namun ia sering bertukar-tukar dari semasa ke semasa," katanya sambil ketawa. Faham tugas suami Mengakui masa yang ada bersama suami sangat terhad, namun bagi Izreen, dia sudah biasa dengan situasi itu dan tidak menganggap ianya sebagai masalah besar dalam rumah tangga. Malah, sejak Izreen disahkan hamil, Riza hanya mengambil kerja-kerja di sekitar Kuala Lumpur sahaja. "Suami saya memang sibuk dengan kerjanya. Sebelum ini, kami sama-sama sibuk. Namun, saya memahami tugasnya dan tidak ada masalah mengenai perkara itu. "Namun, tidak bermakna suami sering mengabaikan saya. Jika ada masa terluang, dia akan membawa saya keluar bersiar-siar, menonton wayang, makan dan mengambil angin. "Pada Februari lalu, suami membawa saya bercuti ke Phuket dan sebenarnya itulah bulan madu pertama kami sejak berkahwin," katanya yang bakal bersalin di Hospital Columbia, Kuala Lumpur. Berpantang di Kuala Lumpur Di awal perancangan, Izreen sepakat untuk melalui proses berpantang di kampung halamannya di Kangar, Perlis. Namun, kerana suaminya perlu bekerja, Izreen terpaksa membatalkan hasrat itu dan berpantang di Kuala Lumpur sahaja. "Walaupun saya berpantang di sini, namun saya akan minta mak datang untuk menjaga saya nanti. "Biasalah, kelahiran sulung, saya sendiri tak tahun cara-cara untuk menjaga kesihatan dan berpantang. Bukan senang nak melalui tempoh ini kerana macam-macam perkara boleh berlaku. "Lagipun, pada tempoh inilah kita kena menjalaninya secara betul untuk mengekalkan tenaga dalaman. Saya juga perlu menurunkan berat dan bentuk badan asal," katanya yang memilih kaedah tradisional dalam tempoh berpantang. Ditanya mengenai pemilihan kerjaya untuk anaknya nanti, Izreen seboleh-bolehnya tidak mahu anak mereka mengikut jejak langkahnya yang terlibat dalam industri seni. "Biarlah dia memilih kerjaya yang menjamin masa depannya. Kalau tak ahli perniagaan, dia boleh jadi peguam atau doktor. "Saya lebih suka anak saya berjaya dalam bidang akademik, bukan untuk terus mengikut jejak langkah kami dalam industri," katanya. | ||
Drama Komedi 'Kelas Sebelah' Angkat Bahasa Malaysia Posted: 29 Mar 2013 05:33 AM PDT Pengarah siri berkenaan, Norsahlawani Mohd Salleh berkata, perkara itu dititikberatkan selepas menyedari golongan muda pada ketika ini lebih cenderung menggunakan bahasa 'rojak' dalam percakapan seharian. "Adalah menjadi satu kebimbangan apabila bahasa Malaysia semakin terhakis kerana penggunaan bahasa 'rojak'' yang berleluasa di kalangan masyarakat terutamanya golongan muda. "Menerusi drama komedi ini selain dapat berhibur pada masa sama kita dapat mempelajari penggunaan bahasa kebangsaan itu dengan tepat," jelasnya semasa sidang media program itu di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis. Musim pertama Kelas Sebelah akan bersiaran sebanyak 13 episod dan menampilkan pelakon seperti Jaafar Onn, Mya Matahari, Fimie Don, Dotty dan Zizan Nin Dalam pada itu, Norsahlawati berkata, pelbagai masalah sosial remaja juga akan dipaparkan dalam bentuk komedi selain menekankan aspek bahasa dalam pengisiannya. Pihaknya turut menyasarkan 95 peratus penonton dari golongan pelajar dan berharap mesej yang ingin disampaikan tercapai. "Walaupun ia berbentuk ilmiah tetapi unsur komedi diyakini dapat membantu menarik perhatian penonton," katanya. Kelas Sebelah mengisahkan mengenai pelajar kelas 4 Harapan yang mempunyai pelbagai masalah sehingga tampil seorang guru baru iaitu Cikgu Azman (Zizan Nin) yang berjaya membantu mereka meningkatkan prestasi dalam pelajaran. | ||
Maskara bukan Desperate Housewife Posted: 29 Mar 2013 05:20 AM PDT
SELEPAS kali terakhir mengarahkan drama bersiri Dottie tiga tahun lalu, pengarah drama Maskara, Nizam Zakaria kembali dengan buah tangan terbaharu menerusi drama komedi ringan, Maskara. Maskara mengisahkan kehidupan empat wanita daripada pelbagai peringkat usia bernama Lynn (Lisa Surihani), Liza (Nasha Aziz), Hani (Anzalna Nasir) dan Sue (Adrea Abdullah) dalam mengharungi kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur. Berlakon bersama pelakon senior seperti Nasha Aziz yang telah banyak melakar kejayaan, kata Lisa, ia memberikan pengalaman baharu kepadanya. "Tambah teruja sebenarnya apabila dapat berlakon bersama Nasha. Dia mempunyai cara tersendiri dan dia telah mengkaji karakter pelakon lain sebelum masuk ke dalam set," ujarnya yang ditemui pada sidang akhbar pelancaran drama Maskara di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sementara itu, menurut Nizam, Maskara mengetengahkan elemen mockumentary (penceritaan ala dokumentari di luar realiti selepas sesuatu kejadian berlaku) dan pada masa sama menyampaikan mesej dalam mengangkat martabat golongan wanita. "Proses sebelum penggambaran drama ini mengambil masa lebih setahun untuk saya mengolah skrip, jalan cerita, memilih warna serta konsep. Seperti karya saya sebelum ini, saya lebih menitikberatkan elemen pengarahan seni," kata Nizam. Tegasnya, drama tersebut tidak meniru drama bersiri popular Amerika Syarikat, Desperate Housewife biar pun intipati dan subjek yang ingin ditonjolkan dilihat seakan-akan sama. "Konsep mockumentary yang digunakan langsung tidak sama seperti Desperate Housewife, cuma momen dan subjek yang digunakan hampir sama kerana ia adalah satu genre. "Maskara tidak meniru Desperate Housewife. Genre ini juga banyak digunakan dalam drama atau filem di Barat sama seperti cerita adiwira dan seram, cuma olahannya saja yang membezakan setiap cerita," ujarnya. Drama terbitan KRU Studios itu memberikan hak penyiaran eksklusif secara digital bersama Maxis, Digi dan khususnya pengguna telefon pintar iPhone. Maskara akan bersiaran secara rasmi di slot Arca pukul 10 malam di saluran RTM1 setiap hari Khamis dan Jumaat bermula April ini. | ||
Posted: 29 Mar 2013 05:20 AM PDT KEMUNCULAN kumpulan wanita popular dari Korea Selatan 2NE1 amat dinanti-nantikan peminat selepas konsert New Evolution yang sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lalu di Kuala Lumpur telah dibatalkan. Kunjungan kali pertama mereka di Malaysia atas undangan persembahan di konsert Twin Tower @Live 2013 pada Sabtu lalu bersama kumpulan Backstreet Boys menerima sambutan hangat apabila lebih 20,000 penonton membanjiri pekarangan KLCC. Selepas persembahan Caprice, One Nation Emcee dan Mizz Nina, kumpulan 2NE1 yang dianggotai empat gadis, CL, Minzy, Sandara Park dan Park Bom muncul pada pukul 10.20 malam telah membuatkan peminatnya terutama remaja menjerit kegembiraan. Muncul di atas pentas dengan gaya santai, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia, mereka mendendangkan enam buah lagu iaitu Fire, Can't Nobody, Lonely, Ugly, I Am The Best dan I Love You. Tidak hanya menyanyi, sesekali mereka juga berinteraksi dengan peminat dan memberitahu kini mereka dalam proses menyiapkan album terbaharu. "Terima kasih kerana hadir, anda semua peminat yang hebat. Kami tidak dapat berada lama di Malaysia dan sebab itu kami tidak sempat untuk menerokai keindahan Malaysia. "Kami berharap dapat bertemu dengan peminat dan mengadakan konsert sulung di Malaysia pada masa akan datang. Buat masa sekarang kami sedang sibuk menyiapkan material untuk album terbaharu," ujar CL. Bukan itu sahaja, mereka berempat juga mencuit hati peminat apabila cuba mempelajari bahasa Melayu dengan bertutur: "Apa khabar Malaysia dan saya sayang Malaysia." Ternyata, 2NE1 yang digelar Big Bang versi wanita telah membuat persembahan yang memuaskan hati penonton terutamanya ketika mendendangkan lagu berhantu mereka I Am The Best dengan cukup bertenaga sekali. | ||
Posted: 29 Mar 2013 05:19 AM PDT
KUMPULAN Backstreet Boys satu nama yang cukup gah pada penghujung tahun 90-an dengan 130 juta unit album terjual di seluruh dunia. Tanyalah kepada mana-mana wanita yang membesar pada zaman itu, pastinya mereka cukup mengenali lima jejaka kacak, A.J McLean yang kini telah berusia 35 tahun, Howie Dorough, 39, Brian Littrell, 38, Kevin Richardson, 41, dan anggota termuda mereka, Nick Carter, 33. Selepas 20 tahun, mereka berlima masih lagi berdiri di pentas menghiburkan peminat tanpa jemu. Bagaimanapun, peningkatan usia jelas kelihatan pada wajah mereka ketika berkunjung ke Malaysia atas undangan persembahan di Konsert Twin Tower @Live 2013 yang berlangsung pada Sabtu lalu. Empat daripada mereka telah berkahwin dan mempunyai anak dengan pasangan masing-masing, manakala Nick telah bertunang dengan kekasihnya selama empat tahun, Lauren Kitt pada Februari lalu. "Ya, kehidupan kami telah banyak berubah sepanjang 20 tahun. Kebanyakan daripada kami semuanya telah berkahwin dan mempunyai anak dan tidak lama lagi Nick akan menyertai kami (ketawa). "Sekarang kehidupan kami lebih stabil dan lengkap. Memang kami seronok bergelar bapa dan menghabiskan masa bersama anak-anak tetapi minat kami pada muzik tidak pernah pudar sehingga ke hari ini. Mungkin sebab itu Backstreet Boys tidak pernah bubar dan terus berada di atas pentas menghiburkan peminat," kata Howie. Bercakap tentang muzik Backstreet Boys yang telah melalui perubahan seiring dengan peredaran waktu dan penambahan usia anggotanya, Brian mengatakan dia cukup bersyukur kerana Backstreet Boys diterima dan terus diminati selepas 20 tahun. "Tidak sangka dan sangat bersyukur kerana kami mempunyai peminat yang setia serta sentiasa memberi sokongan di mana sahaja kami berada. Saya akui Backstreet Boys banyak mengalami perubahan bukan sahaja pada kehidupan peribadi sahaja tetapi secara keseluruhannya. "Muzik kami juga telah berubah ke arah lebih dinamik dan matang sesuai dengan usia kami ketika ini. Namun, semua itu tidak mengubah identiti kumpulan Backstreet Boys, kami tetap sama seperti dahulu cuma komitmen kini lebih besar memandangkan masing-masing sudah berkeluarga," balas Brian. Disoal bagaimana mereka bersaing dengan kumpulan dan penyanyi baharu yang muncul, balas Howie, mereka tidak perlu bersaing kerana Backstreet Boys mempunyai pengikut yang setia. "Kami tidak perlu bersaing, sebaliknya kami menyokong penyanyi dan kumpulan generasi baharu. Apa yang penting kami harus sentiasa menghasilkan lagu-lagu berkualiti dan juga persembahan yang terbaik untuk peminat," ujar Howie. Sungguhpun begitu, akui Nick perasaan berada kembali di atas pentas dan mengadakan persembahan di seluruh dunia cukup mengujakannya. "Saya rasa seperti kembali ke masa dahulu, di mana kami mengadakan konsert jelajah. Cukup seronok dan bersyukur apabila kami kembali di atas pentas persembahan selepas senyap seketika daripada industri seni. "Bagaimanapun pada usia kami sekarang, kami harus bekerja lebih kuat untuk mengekalkan stamina di atas pentas," tuturnya yang pernah muncul dengan program realiti House Of Carter bersama adik-beradiknya. Penyatuan Kevin Kevin yang merupakan sepupu kepada Brian, sebelum ini pernah mengundurkan diri daripada kumpulan Backstreet Boys pada tahun 2006 selepas 13 tahun bersama untuk memberi fokus kepada keluarga dan kehidupannya. Namun, pada April 2012, kumpulan Backstreet Boys mengumumkan Kevin telah kembali bersama mereka secara tetap dan akan terlibat dalam pembikinan album terbaharu yang dijangka keluar pada 20 April ini. "Keputusan untuk keluar daripada Backstreet Boys sangat sukar bagi saya tetapi ketika itu, mengundur diri merupakan keputusan yang terbaik. Hubungan kami tetap rapat meskipun saya tidak bersama mereka. "Tahun lepas, saya mengambil keputusan untuk kembali bersama Backstreet Boys kerana hati saya mengatakan sudah sampai masanya untuk saya kembali," kata Kevin. Album terbaharu yang akan muncul pada tahun ini merupakan album pertama mereka rakamkan bersama semua ahli asal selepas album Unbreakable (2007) dan This Is Us (2009) yang dirakamkan tanpa Kevin. Menurut Brian, meskipun Kevin telah keluar daripada Backstreet Boys, tetapi mereka tidak pernah menghalang andai Kevin ingin kembali semula bersama mereka. "Selepas Kevin kembali, saya rasakan seperti abang sulung telah kembali ke pangkuan keluarga (ketawa). Adanya Kevin kami lebih stabil dan kuat kerana Kevin merupakan tenaga positif dalam kumpulan ini," ujar Brian yang berkahwin dengan model dan aktres Leighanne Wallace yang ditemui pada pembikinan muzik video lagu As Long As You Love Me. Tambah Kevin, mereka berlima telah tinggal bersama selama sebulan di London untuk pembikinan album terbaharu dan bekerja bersama penerbit Martin Terfere yang pernah bekerja dengan penyanyi Train dan Jason Mraz. "Tinggal bersama telah membuatkan kami mengimbas seperti zaman muda. Kami hanya tinggal bersama buat sementara waktu sahaja iaitu sebulan, saya tidak boleh tahan jika tinggal lebih lama bersama mereka kerana mereka akan berperangai gila-gila (ketawa)," ucap Kevin. Ulang tahun Tanggal 20 April ini merupakan tarikh keramat buat kumpulan Backstreet Boys apabila mereka akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-20 Backstreet Boys dan dalam pada masa yang sama melancarkan album terbaharu mereka. Majlis ulang tahun itu akan diadakan diadakan di California, Amerika Syarikat bersama peminat. Kemudian pada 22 April kumpulan itu sekali lagi diraikan apabila nama mereka terpahat di Hollywood Walk Of Fame yang menjadi mercu tanda di Hollywood. "Kami sudah tidak sabar untuk bersama peminat meraikan ulang tahun ke-20 kami. Apa yang pasti sambutannya akan dibuat secara besar-besaran khas buat peminat yang bersama kami selama 20 tahun. "Kami juga cukup berbangga kerana selepas 20 tahun di dalam industri seni, akhirnya kami diberi penghargaan untuk nama Backstreet Boys berada di Hollywood Walk Of Fame yang menjadi tanda kejayaan kami. Terima kasih kerana terus menyokong kami," ujar A.J. Selain itu, bermula bulan Mei depan, kumpulan itu akan memulakan siri konsert jelajah ke seluruh dunia dan Malaysia turut tersenarai sebagai destinasi konsert tersebut. "Kami akan bertemu anda selepas ini di konsert jelajah. Kamu semua peminat yang hebat. Ini hanyalah sebuah konsert pemanas badan sahaja, nantikan konsert yang sebenar tidak lama lagi. Kami sayang anda semua," kata Kevin ketika membuat persembahan di Konsert Twin Tower @Live 2013. | ||
Pengawal peribadi Datu Piah serang polis mati ditembak Posted: 28 Mar 2013 09:58 PM PDT LAHAD DATU - Seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna semalam. Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut. Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan. Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut. "Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi. "Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | ||
Cucu ragut rantai leher nenek dipenjara Posted: 28 Mar 2013 09:46 PM PDT BUTTERWORTH - Seorang cucu yang merompak neneknya sendiri dengan meragut rantai leher milik warga emas itu menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 48 bulan dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi ketika menjatuhkan hukuman itu mengarahkan tertuduh, Khairul Azhar Osman, 26, dari Taman Pokok Sena Indah, Tasek Gelugor menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 30 Ogos lalu. Khairul Azhar didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 14 tahun atau disebat. Meor Sulaiman dalam keputusan penghakimannya berkata, sebagai seorang cucu, tertuduh sepatutnya bertindak menjaga keselamatan nenek dan bukannya mengambil kesempatan meragut hingga mencederakan mangsa. | ||
Ikan paus diburu untuk ditembak dengan alat pengesan Posted: 28 Mar 2013 09:45 PM PDT
SYDNEY - Sekumpulan saintis Australia menaiki bot untuk memburu beberapa ekor ikan paus biru di Lautan Selatan, Antartika selama tujuh minggu. Saintis-saintis dari Divisyen Antartika Australia memburu ikan paus itu dengan tujuan untuk menembaknya supaya sebuah alat pengesan kecil satelit tertanam pada badan haiwan tersebut. Alat pengesan itu akan membolehkan para saintis mengetahui pergerakan haiwan mamalia tersebut. Ikan paus itu yang merupakan haiwan yang paling besar di dunia telah dikategorikan sebagai spesies terancam. Menteri Alam Sekitar Australia, Tony Burke berkata, ikan paus itu boleh membesar sehingga lebih 30 meter dan mencecah berat 180 tan. Menurutnya, lidah mamalia itu lebih berat daripada seekor gajah manakala hati ikan tersebut sebesar sebuah kereta yang kecil. Setakat ini, para saintis tidak banyak mengetahui tentang kehidupan ikan paus itu. | ||
Posted: 28 Mar 2013 09:44 PM PDT
SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan, sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan semalam. Penghantaran pesawat itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan. Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan. Roket-roket milik Korea Utara juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau Pasifik. Tindakan Korea Utara itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu. Pesawat-pesawat B-2 Stealth itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri. Ia terbang sejauh 20,800 kilometer ke Korea Selatan. Menurut Tentera AS dalam satu kenyataan, sebutir bom palsu digugurkan dari pesawat itu di sebuah lokasi di selatan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan. Kedua-dua pesawat itu menyertai latihan ketenteraan dengan tentera Korea Selatan yang telah mencetuskan kemarahan Korea Utara. Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu mengancam untuk melancarkan Perang Korea Kedua dan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS. | ||
Lori arang batu rempuh enam kereta Posted: 28 Mar 2013 09:41 PM PDT ATLAS, Pennsylvania - Sebuah lori yang membawa serbuk arang batu terbalik dan hampir menghempap sebuah kereta di sebatang jalan raya di sini kelmarin. Lori yang dipandu oleh Ronald Dowds, 44, itu hilang kawalan semasa menuruni bukit menyebabkan ia merempuh sebuah pusat perkhidmatan sebelum melanggar lima buah kenderaan lain. Bagaimanapun, Dowds hanya mengalami luka pada muka dan mengalami kecederaan pada salah satu bahunya dalam nahas itu. | ||
Lelaki Sikh pakai serban gergasi Posted: 28 Mar 2013 09:39 PM PDT AMRITSAR - Seorang anggota tentera Nihang Sikh memakai serban gergasi di Kuil Emas di sini semalam. Panjang kain serban itu lebih 325 meter. Dia memakai serban itu sempena sambutan Hola Mohalla yang berlangsung selama tiga hari.Festival itu diadakan bagi menunjukkan kekuatan tentera Sikh. | ||
Tersingkir kerana tiada hak kerakyatan Posted: 28 Mar 2013 09:37 PM PDT
GELANDANGAN, kelaparan dan sarat hamil sembilan bulan. Itu antara kepedihan yang terpaksa dilalui Nuru ketika menaiki bot pancung yang dipenuhi oleh pelarian Rohingya sewaktu melarikan diri daripada kekejaman tentera di barat Myanmar. Enam hari kemudian, dia selamat melahirkan anak jauh daripada hospital ataupun bantuan doktor. Sejak pelampau agama antara Muslim-Buddha meletus Jun lalu di wilayah Arakan, beratus-ratus bot yang membawa pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak, telah meninggalkan negara yang diperintah oleh Junta tersebut. Bagi pelarian yang tiba di kawasan kejiranan Thailand, mereka telah dibantu oleh tentera laut negara tersebut sebelum ditahan sebagai pendatang asing tanpa izin. Bagaimanapun, beratus-ratus dikhuatiri lemas sepanjang perjalanan manakala sebahagian lagi ditemui selamat di kawasan sejauh Sri Lanka. Golongan itu terpaksa meninggalkan negara mereka dalam usaha mencari tempat perlindungan kerana hak mereka untuk mendapat kerakyatan Myanmar telah dinafikan. Malah, etnik Rohingya juga telah melalui satu tempoh penderitaan yang panjang selama lebih sedekad berkaitan diskriminasi dan penindasan. "Saya tiada tempat tinggal dan hilang pekerjaan selepas rumah saya dibakar," kata Nuru, 24, kepada AFP ketika ditemui di pusat perlindungan sementara Thailand sambil mengendong anak lelakinya yang berusia sebulan. Walaupun ketika itu dia sarat mengandung, namun Nuru nekad menempuh pengembaraan yang berbahaya dengan harapan untuk sampai ke Malaysia. Selepas beberapa hari di laut, pelarian tersebut kehabisan bekalan makanan dan minuman yang dibawa. "Kami terpaksa minum air laut, akibatnya kami mengalami cirit-birit yang teruk," jelas Nuru sambil memberitahu beberapa nelayan yang bersimpati telah memberi mereka air, ikan dan petrol. Selepas dua minggu meninggalkan Arakan dan mengharungi perjalanan sejauh 1,500 kilometer, bot pancung mereka akhirnya tiba di sebuah pulau di perairan Andaman, Thailand. Namun, itu bukan destinasi penamat mereka. Golongan lelaki terpisah dengan keluarga masing-masing dan dihantar ke pusat tahanan. Sementara itu, kaum wanita dan kanak-kanak dihantar ke tempat perlindungan di Khao Lak, sebuah kawasan pantai yang popular terletak di utara Phuket. Pengembaraan sukar "Mereka kelihatan sangat teruk. Sebahagian kanak-kanak diserang cirit-birit kerana minum air laut. Muntah mereka dipenuhi dengan cacing. Mereka kelihatan takut dan kecewa," ujar pekerja penempatan sementara yang menempatkan kira-kira 70 orang wanita dan kanak-kanak. "Pengembaraan tersebut begitu sukar terutama buat ibu hamil dan kanak-kanak. Mereka pasti berdepan dengan penderitaan yang hebat dalam perjalanan ke sini," kata seorang pekerja yang enggan dikenali. Sebahagian kanak-kanak menyertai pengembaraan berbahaya itu tanpa saudara-mara, meninggalkan tanah air sendiri kerana mereka dianggap sebagai pelarian Bangladesh oleh kerajaan Burma. "Bapa saya agak uzur dan saya perlu ke Malaysia. Saya mempunyai bapa saudara di Malaysia," kata seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Abdul Azim, 12. Rumah Abdul Azim telah dibakar dan ibunya dibunuh di Arakan. Remaja tersebut merupakan antara 1,700 pelarian Rohingya yang ditahan di Thailand termasuk 300 wanita dan kanak-kanak. "Mereka merupakan golongan yang terdesak dan sebab itu kita melihat terdapat wanita dan kanak-kanak yang turut serta dalam perjalanan berbahaya ini," kata Timbalan Pengarah Hak Asasi Manusia Asia, Phil Robertson. "Ini menunjukkan terdapat satu perkara yang begitu serius di Arakan yang perlu Myanmar ditangani segera. Bagi pendatang yang ditahan di Thailand, mereka akan disimpan selama enam bulan sementara menunggu rundingan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). "Ia bertujuan untuk mencari negara yang sanggup menerima mereka. Thailand mengesahkan mereka tidak sanggup menanggung beban itu," kata Menteri Luar Thai, Manasvi Srisodapol. "Kami tidak mahu mereka mengambil risiko yang berbahaya dengan mengembara di laut setiap tahun. Kami mahu lihat suasana yang lebih baik bagi mereka di negara sendiri." Di pusat tahanan Phang Nga dekat Phuket, seramai 275 pelarian Rohingya lelaki ditahan dalam keadaan bersesak-sesak dan dihalang untuk berjumpa dengan keluarga. Sebahagiannya telah dirawat kerana menghidapi malaria, cacar dan batuk kering. Seorang pelarian berbisik kepada wartawan AFP yang mereka hendak pergi ke Amerika Syarikat atau Malaysia. Pemerdagangan manusia Beratus-ratus lagi dihalang oleh tentera Thailand daripada memasuki negara itu selaras dengan peraturan baharu yang dibuat selepas tentera negara gajah putih itu dituduh melakukan pemerdagangan manusia ke atas etnik Rohingya. Di Myanmar, lebih 100,000 telah terpisah ekoran peperangan di wilayah Arakan yang telah banyak berlaku pembentukan politik oleh pihak pemerintah sejak awal tahun 2011. Pihak pemerintah memberitahu, kira-kira 180 orang telah terbunuh namun aktivis khuatir angka kematian sebenar lebih daripada itu. Seramai 800,000 etnik Rohingya yang mendiami Myanmar disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai golongan minoriti yang terseksa di tanah air sendiri. Mereka berdepan dengan sekatan, buruh paksa, sukar mendapat rawatan kesihatan dan pembelajaran. Bangladesh pernah dijadikan tempat untuk pelarian berlindung namun kerajaan negara itu telah menutup pintu sempadannya. Sekarang mereka mahu pergi ke Malaysia di mana UNHCR telah mendaftar hampir 25,000 pelarian Rohingya walaupun pihak berkuasa tempatan menjangkakan jumlah mereka dua kali ganda telah menetap di negara Islam itu. PBB menganggarkan seramai 13,000 individu telah belayar dari Myanmar ke Bangladesh tahun lalu. Sebahagian yang sampai ke Thailand mahu menetap di negara tersebut dan berharap dapat bertemu saudara-mara di situ. "Saya tidak gembira di sini. Saya hanya gembira jika saya dapat pergi ke Malaysia," tutur Abdul Azim. | ||
Suka duka penerima bantuan kewangan Posted: 28 Mar 2013 09:36 PM PDT
PERNAH gagal dalam perniagaan sebanyak tiga kali sedikit pun tidak mematahkan semangat Yola Gusandra Abdul Rahman Saleh, 28, untuk meneruskan cita-cita. Kesukaran hidup menjadi 'guru' kepada anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu untuk mengubah nasib diri dan keluarga. "Saya mula bekerja pada umur 16 tahun sebelum bekerja dengan ibu angkat di sebuah restoran makanan segera," ujar Yola mengimbas kisah lampau ketika ditemui Kosmo! di kedai bakeri miliknya, Yola Confectionaries di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Selepas berkhidmat beberapa tahun, dia dilantik sebagai pengurus restoran. "Semasa bekerja di situ, saya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar coklat. Kios tersebut terletak di pusat beli-belah Plaza Metro Kajang, Selangor," kata Yola. Ke luar negara Yola kemudiannya merantau ke luar negara untuk mengikuti kursus selama tiga tahun di Akademi Coklat Barry Callebaut, Suzhou, China. Suzhou merupakan sebuah bandar yang sarat dengan bangunan bersejarah dan terletak 90 minit perjalanan dari Shanghai. Sekembalinya ke tanah air, Yola mendapat pekerjaan di sebuah syarikat pembuat makanan milik Bumiputera. "Saya telah membuat perjanjian usahasama bagi mengeluarkan produk makanan bersama mereka tetapi gagal," luah Yola. Ketika semangat Yola goyah kerana usahanya belum membuahkan hasil, perkenalan dengan seorang ahli perniagaan membawa sinar untuknya berniaga. Melalui kerjasama tersebut, Yola menghasilkan produk coklat berkualiti tinggi setanding keluaran luar negara. Pada masa itu, keuntungan yang diperoleh Yola berlipat kali ganda sehingga produknya dipasarkan ke kios lapangan terbang dan beberapa pusat tumpuan pelancong. "Sayangnya, dugaan datang kembali apabila syarikat pengeluaran kami mengalami kejatuhan sehingga menjejaskan kelangsungan perniagaan tersebut," jelas Yola. Selama dua tahun, Yola terperuk tanpa sebarang pekerjaan kerana terikat dengan perjanjian syarikat sebelum ini. Atas takdir Allah, seorang temannya mengajak membuka premis bakeri yang menjual roti dan dihantar ke beberapa buah kantin sekolah serta hospital berdekatan. Namun, ia bertahan selama tiga bulan sahaja kerana teman niaganya menarik diri pada saat-saat akhir. "Dalam merungkai permasalahan tersebut, saya diberitahu mengenai bantuan perniagaan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)," ujar Yola. Selepas menunggu selama sebulan, Yola mendapat khabar gembira apabila menjadi salah seorang penerima Skim Bantuan Kewangan Baitulmal MAIWP. Modal tambahan sebanyak RM4,000 diguna pakai sebaik-baiknya untuk membeli bahan-bahan mentah dan keperluan harian. "Dana itu sangat membantu kerana selama tiga bulan saya tidak mempunyai modal untuk membeli bahan mentah," luah Yola. Jika sebelum ini tenaga kerja perniagaannya terdiri daripada ahli keluarga termasuk ibunya sendiri, kini Yola mempunyai dua pekerja tambahan. Selain bantuan kewangan, MAIWP turut membantu pembelian beberapa mesin dan alatan bakeri selain mendapat peluang berniaga di majlis-majlis keramaian. Berkongsi cerita hampir sama, Siti Natasha Saparuddin, 32, enggan menoleh ke belakang demi mengejar impiannya. "Kalau setakat ditipu dan ditindas, saya sudah melaluinya," ujar Natasha ketika ditemui di butiknya, Natasha Al-Samini Mujmal yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Jual nasi lemak Wanita kelahiran Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur itu telah didedahkan kepada dunia perniagaan sejak umurnya 10 tahun. Natasha membantu meringankan beban keluarga dengan menjual nasi lemak ibunya selain alat-alat tulis kepada jiran tetangga. "Selepas tamat sekolah, saya bekerja dalam bidang insurans selama tujuh tahun. Pada masa sama, saya menjual pakaian wanita secara sambilan," tambah Natasha. Kesungguhan dan minat Natasha dalam dunia fesyen membuatkannya nekad berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan busana muslimah. "Keadaan berubah ketika saya mula berhijab dan perlahan-lahan menukar konsep jualan kepada pakaian muslimah. "Tiga bulan pertama, modal keuntungan masih belum diraih tetapi ia tidak mematahkan semangat kerana saya percaya kesabaran dan kekuatan perlu ada dalam diri seorang usahawan," kata Natasha. Sedikit demi sedikit bisnes Natasha mula mendapat perhatian. Kini dia mempunyai butik sendiri bagi menempatkan semua busana yang dijual. "Sebelum ini, saya hanya beroperasi melalui laman sosial Facebook dan sesekali mengikuti jualan terbuka di majlis keramaian," tambah Natasha. Menurutnya, kebanyakan busana yang dijualnya diperoleh daripada peniaga persendirian. Selain itu, beberapa rekaan turut dibeli terus dari Indonesia dan Asia Barat. "Syukur ke hadrat Ilahi kerana bantuan daripada MAIWP banyak membantu saya dari segi kewangan dan khidmat nasihat. "Sekurang-kurangnya, MAIWP membantu meringankan beban perniagaan seperti pembelian peralatan butik, barang keperluan semasa pameran dan baju-baju jualan," ujar Natasha. Sama seperti Natasha, Yola juga mempunyai perancangan untuk memajukan kedai bakerinya dengan mewujudkan menu baharu seperti sandwic. "Jika cukup dana, saya mahu meluaskan premis dengan kelengkapan sistem pendingin hawa untuk keselesaan para pengunjung," ujar Yola.
Yola sempat menitipkan nasihat kepada usahawan muda untuk terus menguasai bidang kerjaya mereka. "Rasa tanggungjawab perlu ada dalam diri setiap peniaga untuk mengetahui secara jelas dan mendalam mengenai perniagaan yang bakal dijalankan. Bagi Natasha, dia banyak membaca buku-buku motivasi dan mendengar ceramah daripada pakar-pakar untuk menguatkan diri. "Usah takut untuk mengejar impian dan tidak perlu bertangguh-tangguh untuk menunaikan cita-cita," ujar Natasha. Jika Natasha dan Yola sudah dapat merasai mempunyai premis dan perniagaan sendiri, berbeza pula dengan Sidirwan Osman, 35, yang masih menunggu teksinya yang dijangka dikeluarkan pada bulan depan. Sidirwan merupakan salah seorang penerima Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf baru-baru ini. "Saya menerima bantuan sebanyak RM5,000 daripada Baitulmal. Melalui dana yang diberikan, saya hanya perlu menambah sejumlah RM2,000 untuk membayar deposit membeli teksi baharu," ujarnya ketika ditemui Kosmo! ketika sibuk mencari penumpang di sekitar Cheras. Bagi menambah deposit tersebut, Sidirwan menyewa teksi pada kadar sewaan sebanyak RM35 sehari. "Saya perlu bekerja keras demi keselesaan pada masa akan datang," luah jejaka berasal dari Semporna, Sabah itu. Berhijrah ke ibu kota seawal usia 18 tahun, pelbagai pekerjaan dilakukan Sidirwan untuk menampung kehidupan diri dan keluarganya. "Saya memandu teksi sejak tujuh tahun lalu kerana hasilnya lebih tinggi berbanding berniaga makanan secara kecil-kecilan. "Walaupun penat bekerja sehingga lewat malam, saya gagahkan diri demi menanggung anak-anak yang bersekolah," ujar Sidirwan yang mempunyai empat orang anak dan salah seorangnya merupakan anak istimewa. | ||
Posted: 28 Mar 2013 09:35 PM PDT SEORANG petani yang mengusahakan tanaman kelapa di Filipina, Liezl Balmaceda tidak pernah mengenali Madonna. Namun, sokongan Madonna terhadap minuman kelapa mungkin boleh mengubah kehidupan Balmaceda yang bergelut dengan kemiskinan. Sehingga kini, air kelapa menjadi minuman kegemaran bagi warga Filipina. Minuman yang kaya dengan khasiat mineral itu mendapat promosi yang agresif daripada syarikat industri minuman untuk mengimbangi jualan minuman soda di negara itu. Balmaceda, 33, dan suaminya memproses kira-kira muatan sebuah trak yang mengandungi kelapa di belakang rumah mereka setiap minggu. Mereka juga mempunyai kemahiran menukarkan isi kelapa kepada minyak sayur-sayuran. Pasangan yang mempunyai tiga orang anak itu memperoleh pendapatan RM28 (AS$9) sebulan dan jumlah itu ternyata tidak mencukupi untuk mereka. "Kami membuang air buah itu semasa kami mengekstrak kopra (kelapa kering). Kami akan mendapat pendapatan yang lebih sekiranya anda memberitahu sebenarnya orang ramai sanggup membayar untuk minum air kelapa," ujarnya yang tinggal di Bandar Mulanay terletak di selatan Manila. Dalam kenyataannya Presiden Filipina, Benigno Aquino baru-baru ini mengakui, bahawa air kelapa merupakan salah satu komiditi eksport terbaik yang dimiliki negara itu. Memetik kata-katanya, industri eksport air kelapa Filipina melonjak lebih sembilan kali ganda kepada 16.76 milion liter pada tahun 2011. Fruits of Life merupakan salah sebuah syarikat yang diusahakan oleh anak tempatan dan mendapat penghargaan dari negara Barat kerana mencipta inovasi air kelapa sebagai alternatif lain kepada minuman berkarbonat. Pasaran antarabangsa Pengurus Jualan Fruits of Life, Phoebe de la Cruz memberitahu, orang ramai secara umumnya mementingkan kesihatan mereka. Syarikat tersebut mula mengeksport produk minuman kelapa sejak 2006. Kini, Fruits of Life membawa kira-kira 240 tan minuman dalam kotak dan tin setahun ke rangkaian pasar raya di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Jenama minuman terkenal di seluruh dunia seperti Coca-Cola dan Pepsi juga cuba untuk menjadikan air kelapa sebagai produk kesihatan sejak kebelakangan ini. Jenama minuman koko di AS, ZICO yang juga dimiliki oleh Coca-Cola mendapat sokongan daripada model, Gisele Bundchen dan pemain bola keranjang, Kevin Garnett. Sementara itu, bintang Pop seperti Madonna, Rihanna serta pemain bola keranjang, Alex Rodriguez merupakan antara selebriti yang memegang saham dalam Vita Coco iaitu salah satu jenama utama dalam produk itu. Dengan harga RM9 (AS$3) sekotak, ia dianggap sebagai minuman alternatif kepada minuman tenaga dengan isipadu sebanyak 0.33 liter. Kini, Filipina menjadi negara pengeksport kelapa terbesar di dunia. Kilang kelapa terbesar di Filipina juga memproses isi kelapa menjadi tepung untuk memasak biskut, snek, kek dan pastri. Selain itu, isi kelapa juga boleh diproses menjadi minyak sayur-sayuran yang digunakan untuk memasak dan produk yang digunakan dalam kehidupan seharian termasuk sabun mandi. Bekalan kelapa tidak pernah menjadi masalah utama di Filipina. Menurut laporan Pihak Berkuasa Kelapa Filipina, dengan 350 juta pokok tumbuh di pesisiran pantai sehingga ke lereng bukit, ladang Filipina menghasilkan sebanyak 15 juta buah setahun. Air kelapa masih kekal sebagai minuman paling popular di Filipina. Harga yang murah dan ia dijual terus kepada pelanggan selepas dipetik daripada pokok merupakan senario biasa di bandar dan juga desa. Masalah logistik Setiausaha Pertanian, Proceso Alcala pula memberitahu, sementara air kelapa mempunyai potensi untuk membantu petani miskin di Filipina, timbul pula isu-isu logistik yang kini mula diperkatakan. "Permintaan kelapa adalah tinggi. Masalahnya adalah bagaimana untuk membawa air kelapa ke pusat pemprosesan sebelum ia rosak. Kebanyakan ladang kelapa terletak di kawasan berbukit dan tiada kemudahan jalan yang sempurna," ujarnya. Sementara itu, ada dalam kalangan petani yang masih ragu-ragu bahawa mereka bakal menjadi mangsa kerakusan pihak Barat. Mereka juga berpendapat akan terus kekal miskin untuk beberapa dekad lagi sementara perniagaan yang besar mendapat keuntungan hasil eksport buah kelapa. Salah seorang daripada mereka, Rodolfo Aquino, 68, berkongsi cerita, dia dibayar oleh peniaga untuk membawa kelapa dengan menggunakan kereta lembu selama dua jam dari manila. "Sama ada mereka mahu isi dan air atau isi sahaja, kami tetap menerima bayaran yang sama," ujarnya. | ||
Posted: 28 Mar 2013 09:33 PM PDT
APABILA menerima berita kelahiran bayi daripada ahli keluarga terdekat dan sahabat handai, pastinya otak ligat memikirkan hadiah yang mahu dibeli buat orang baharu. Sudah menjadi kemestian majoriti daripada kita membeli pelbagai barangkeperluan bayi baik hamper mahupun kotak hadiah sepersalinan baju si comel yang banyak dijual di gedung-gedung barangan bayi. Namun, bagi mereka yang mahu lari daripada pemberian hadiah yang klise dan mahukan kelainan, diapercake boleh dijadikan pilihan. Ia bukan sahaja comel dan unik, malah lain daripada yang lain. Diapercake mula menjadi trend pemberian hadiah buat si comel sejak dua tahun lalu. Bagi yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan diapercake, ia merupakan diapers atau lampin bayi yang dibentuk menjadi kek ditambah dengan pelbagai keperluan bayi dan aksesori. Suka-suka Memandangkan ia sesuatu yang baharu di pasaran Malaysia, Azlin Huzaireen Mohd. Razaffli, 34, mula berjinak-jinak memasarkan diapercake hasil gubahan seni tangannya pada tahun 2011. "Tidak terlintas untuk membuat bisnes kerana pada mulanya saya menjadikannya sebagai hobi sahaja. "Lama-kelamaan ia mendapat sambutan yang menggalakkan, jadi tidak salah untuk meneruskannya memandangkan ia dapat menjana pendapatan sampingan," katanya yang mencintai apa sahaja berkaitan kraf dan bayi. Wanita berasal dari Kuantan, Pahang itu turut memasarkan diapercake melalui internet. Anak pertama daripada empat beradik itu memberitahu, pada mulanya diapercake ciptaannya hanya mendapat sambutan dalam kalangan saudara-mara dan rakan-rakan rapat sebelum ia berkembang ke pasaran yang lebih luas. Berbekalkan promosi daripada mulut ke mulut, semakin hari hasil gubahan diapercake Azlin Huzaireen mula mendapat tempat di hati pelanggan. "Biasanya diapercake yang digubah mengandungi lampin pakai buang, rompers, washcloth musical soft toy, stokin, baby rattle, bedung dan soft book. "Menggubah diapercake tidak susah, namun cabarannya adalah ketika memilih koordinasi warna. Ia perlu dipadankan dengan reka corak yang sedia ada dalam stok," ujarnya yang mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi menggubah sebuah diapercake. Permintaan pelanggan Dia belajar seni gubahan diapercake melalui internet dan kaedah cuba jaya. Diapercake terbahagi kepada dua iaitu diapercake atau bakul hadiah digubah berdasarkan stok sedia ada dan tempahan pelanggan berdasarkan bajet, umur dan jantina bayi. Diapercake biasanya untuk bayi baru lahir hingga berusia tiga tahun dijual serendah RM60 hingga RM300 bergantung kepada barang yang digunakan. Masih bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat, Azlin Huzaireen memberitahu, tempahan diapercake diterima melalui panggilan telefon dan dalam talian. Setelah pembayaran dilunaskan, diapercake akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos laju atau diambil sendiri oleh pelanggan jika berada di sekitar Kuala Lumpur. "Permintaan tidak terhad di sekitar Lembah Klang sahaja kerana diapercake gubahan saya turut mendapat permintaan dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. "Modal permulaan perniagaan ini adalah sebanyak RM1,000. Perniagaan ini hanya dilakukan secara dalam talian memandangkan saya masih bekerja sepenuh masa," katanya yang mendapatkan stok pakaian kanak-kanak dari sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Menghasilkan 20 diapercake dalam tempoh seminggu tidak menjadi masalah, memandangkan dirinya sangat meminati seni gubahan. Sebelum serius menggubah diapercake Azlin Huzaireen sering kali membantu rakan dan saudara-mara menyiapkan hantaran sama ada hantaran pertunangan, perkahwinan dan menghasilkan bunga telur. Kini, dia mempelbagaikan produk perniagaan seperti bakul dan kotak hadiah. Selain itu, Azlin Huzaireen turut menyediakan keperluan ibu selepas bersalin dan berpantang dengan menjual korset Premium Beautiful yang dikenali sebagai bengkung moden. "Setiap perniagaan pasti ada cabarannya, dalam perniagaan diapercake ini, saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok. "Begitupun, saya berharap bisnes ini berkembang maju dan mendapat tempat di hati pelanggan," ujarnya yang memasang impian untuk membuka kedai menjual pelbagai kelengkapan ibu dan anak. | ||
Posted: 28 Mar 2013 09:32 PM PDT SEBUT sahaja hijab pasti semua dapat membayangkan wanita ayu menutup bahagian kepala bagi mengelakkan rambutnya kelihatan. Namun, definisi hijab itu meluas dan ia bukan sekadar menutup bahagian kepala sahaja, tetapi menutup aurat mengikut syariat Islam. Tidak dinafikan ramai dalam kalangan anak-anak gadis kini, semakin cenderung mengenakan hijab atau tudung bagi memenuhi tuntutan Islam, namun hakikatnya ada antara mereka masih tidak faham mengenai istilah menutup aurat dalam konteks Islam. Menyedari situasi tersebut, komuniti Facebook, We Are Beautiful, Allah Love Us dengan kerjasama Wanita Ikram Wilayah Persekutuan Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program iaitu Hijab Event 2013. Program yang berlangsung Februari lalu bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat idea sebenar mengenai aurat menurut pandangan Islam. Walaupun hijab bukan satu perkara baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia, masih terdapat kekeliruan mengenainya. Program yang bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada 1 tengah hari itu diisi dengan pelbagai aktiviti yang direncanakan pihak penganjur. Antaranya ialah Hijab Walk, forum Hijab Talk, demonstrasi hijab dan pertandingan video. Program yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris berikutan terdapat panel jemputan dan peserta berbangsa asing itu berjaya menarik minat 350 orang peserta walaupun sasaran asalnya adalah seramai 300 orang peserta sahaja. Bertudung kerana Allah Apabila berbicara tentang hijab pastinya penyertaannya meliputi golongan Hawa sahaja dan terbuka kepada wanita Islam dan bukan Islam. Ruang solat masjid tersebut hari itu dipenuhi dengan wanita pelbagai lapisan umur yang sedang khusyuk mendengar butir bicara ahli panel dan tidak kurang pula mencatat nota supaya pesanan sentiasa tersemat di ingatan. Menurut Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, ada segelintir wanita memakai tudung kerana suami dan ayah. Jika tidak, mereka tidak akan memakainya. "Mereka pakai tudung kerana orang, bukannya kerana tuntutan agama dan suruhan Allah. "Pakai tudung bukan kerana emak suruh, tetapi kerana Allah mahukan kita berbuat demikian dan lakukannya semata-mata kerana Allah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Ikram Malaysia. Tambahnya, dengan menutup aurat, ia menimbulkan hubungan santun antara manusia berlainan jantina. Wanita yang menutup aurat akan berasa selesa, selamat, dihormati dan sejahtera. Harlina mengumpamakan menutup aurat seperti bonggol jalan kerana orang akan berhati-hati apabila berinteraksi selain ia meningkatkan keyakinan diri. "Harus diingat bahawa, hijab bukannya rambut palsu yang boleh ditukar-tukar. Banyak persepsi salah mengenainya dan menganggap memakai hijab sekadar menutup rambut sahaja. "Topi juga bukan pengganti hijab, ada juga menggunakannya walhal ia tidak menutup aurat yang sepatutnya sama seperti gaya bertudung kini yang keterlaluan," ujarnya menggalakkan pemakaian tudung yang sederhana. Bagi wanita yang berhijab Harlina mengingatkan supaya tidak 'menghukum' rakan yang tidak memakai hijab atau baharu sahaja yang mengenakannya kerana mereka mungkin lebih baik daripada diri si penilai. Bersederhana Dalam pada itu, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fadila Grine yang turut menjadi panel pada forum Hijab Talk memberitahu ada sebahagian wanita berhijab, tetapi sebenarnya 'berbogel' kerana memakai baju yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. "Ada pula yang mengambil masa terlalu lama untuk memakai tudung kerana mahu nampak cantik. "Kenapa ini terjadi? Sebab mahu membuatkan orang tertarik kepadanya. Itu sudah salah sama sekali, kita seharusnya memakai hijab kerana Allah," katanya. Fadila memberitahu, pemakaian hijab perlu selari dengan konsep haya' (malu) iaitu malu kepada Allah atas segala perbuatan yang melanggar perintah-Nya. "Pakailah hijab secara sederhana dan tidak keterlaluan hingga tidak menepati syariat. "Hijab bukan sekadar menutup luaran sahaja, malah dalaman (hati) juga perlu dititikberatkan juga dengan menunjukkan contoh yang baik," ujarnya. Ketika forum berlangsung yang dikendalikan oleh selebriti terkenal, Wardina Safiyyah Fadlullah, pengunjung di taman KLCC didatangi oleh wanita dan kanak-kanak yang melakukan Hijab Walk. Pengunjung di taman, baik wanita Islam mahupun bukan Islam diberikan sekuntum bunga ros dan sehelai hijab selain risalah mengenai menutup aurat secara sempurna. Tidak mahu hadirin hanya mendengar forum, diadakan juga demonstrasi empat jenis gaya pemakaian tudung oleh label tudung, Jumana selain mengadakan gerai-gerai jualan di ruang legar masjid. | ||
Rapatkan hubungan mertua berbeza agama Posted: 28 Mar 2013 09:31 PM PDT PERKAHWINAN antara dua individu yang mempunyai latar belakang agama dan budaya berbeza bukan lagi perkara luar biasa dalam kalangan masyarakat hari ini. Begitupun, kajian membuktikan kebanyakan pasangan yang berkahwin dengan individu berbeza agama dan budaya mempunyai masalah dalam mewujudkan keharmonian hidup berumah tangga terutama dalam konteks interaksi bersama keluarga mertua. Mungkin ada yang beranggapan, pedulilah dengan keluarganya kerana yang berkahwin dan diterima dalam hidup anda ialah si anak. Mereka yang memegang prinsip sebegini perlu berusaha untuk menukar prinsip tersebut kerana perlu diingat, tanpa ibu bapanya, tidak mungkin anda dapat mengahwini pasangan anda. Anda boleh merapatkan hubungan dengan keluarga mertua dengan syarat bersedia dan berusaha ke arahnya. Antara perkara yang perlu dilaksanakan adalah menerima keluarga mertua seadanya, melayan mereka sebagai manusia biasa, meluangkan waktu dan melaksanakan komunikasi bijaksana. Terima seadanya Walaupun anda dan keluarga mertua berbeza agama serta budaya, itu bukan alasan untuk menolak mereka. Fikirlah, mereka bersedia menerima anda sebagai menantu. Mungkin mereka juga perlu menerima keputusan si anak untuk menukar agama amalan mereka sekeluarga sebelum ini. Jika mereka boleh menerima anda seadanya demi kebahagiaan anak mereka, pastinya anda juga boleh menerima mereka seadanya. Hormatilah mereka sebagai ibu bapa pasangan anda. Ikhlaskan hati dalam menerima mereka, hormati prinsip hidup dan amalan agama mereka asalkan tidak bercanggah dengan prinsip agama anda. Jika berlawanan, berterus-terang secara berhemah agar tiada hati yang terasa. Layan sebagai manusia biasa Biar apa juga agama yang menjadi pegangan dan amalan seseorang, selagi dia manusia maka individu tersebut perlu dilayan sebagai seorang manusia. Fitrah seorang manusia mahu dilayan dengan baik sebagai manusia iaitu difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian dan dipercayai. Setiap manusia sekeliling kita mahukan layanan sebegini termasuklah pasangan anda dan ahli keluarganya. Prinsip asas setiap agama dan fahaman yang diamalkan di dunia ini juga menekankan kepada tingkah laku baik serta berperibadi mulia, cuma berbeza iktikad dan ketuhanan. Luangkan masa Usaha menerima dan melayan keluarga mertua sukar dilaksana andai anda gagal meluangkan masa untuk mereka. Meluangkan masa bermaksud anda melakukan aktiviti bersama, menziarahi mereka pada hujung minggu, memasak atau makan bersama-sama. Paling tidak pun, sentiasa berbual atau melayan mereka bersembang apatah lagi jika ibu bapa mertua anda warga emas yang memerlukan perhatian. Mereka mungkin tidak boleh 'dilawan sembang' tetapi jika anda dapat menjadi pendengar yang setia maka ia pasti membibitkan keakraban silaturrahim. Jika anda bermasalah dalam mengambil hati ibu bapa mertua, tetapi mampu menambat hati nenek mertua, hajat anda bakal kesampaian dalam tempoh terdekat. Komunikasi bijaksana Dalam setiap hubungan, komunikasi memainkan peranan penting. Bersama tanpa interaksi mewujudkan komunikasi negatif yang tidak membantu usaha merapatkan hubungan. Komunikasi yang diperlukan adalah komunikasi yang efektif, bijaksana dan mampu memberikan hasil yang positif. Pelajarilah bahasa mereka jika berbeza dengan bahasa pertuturan anda. Sebagai permulaan, pasangan anda boleh bertindak sebagai jurualih bahasa atau penterjemah. Situasi tersebut mungkin sedikit rumit, tapi boleh jadi lucu dan meriah. Jika perlu, boleh menggunakan bahasa isyarat, gambar atau apa saja yang dapat membantu anda. Kesungguhan anda untuk berinteraksi menyebabkan mereka menyayangi anda. Jangan sesekali berasa putus asa untuk mendekati mereka terutama bagi anda yang tidak diterima oleh keluarga mertua. Ada ibu bapa yang merasakan menantu merampas anak mereka apabila si anak bertindak menukar agama untuk bersama pilihannya dan mereka akan kecewa. Rasa kecewa dan sakit hati yang dialami oleh keluarga mertua merupakan perkara biasa. Menjadi tanggungjawab anda untuk membuktikan kepada keluarga mertua bahawa anak mereka tidak tersalah apabila memilih anda. Ambil hati, pujuk dan curahkan kasih sayang yang ikhlas kepada mereka. Sekeras-keras batu, masih mampu dilekukkan oleh titisan air tanpa jemu, apatah lagi hati manusia. | ||
Hari Sarapan Malaysia bersama Milo Posted: 28 Mar 2013 09:28 PM PDT TERKENAL dengan produk minuman sejak 60 tahun lalu, jenama minuman Milo sentiasa mendidik serta memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan fizikal dan keperluan makanan berkhasiat untuk seluruh rakyat Malaysia. Dikenali sebagai peneraju minuman nutrisi di Malaysia, Milo melancarkan Hari Sarapan Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei nanti di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor. Melalui sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia itu, pihak Milo cuba memecahkan rekod Guinness World Book of Records dengan pengambilan minuman malt coklat terbanyak dalam satu hidangan sarapan. Dalam usaha itu, Milo telah melaksanakan Gerakan Sarapan Milo di seluruh negara bagi menyampai serta memperkukuhkan kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi. Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Tenusu Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh memberitahu, bagi permulaan tahun 2013, pihaknya telah menetapkan satu misi iaitu memberitahu kepada umum mengenai sarapan pagi yang ideal bagi rakyat Malaysia. "Kempen Gerakan Sarapan Milo memberi peluang kepada kami untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan sarapan pagi melalui pelbagai cara. "Menerusi laman web Milo, kami menyalurkan informasi mengenai objektif, fakta dan panduan bagi gaya hidup sihat serta memberi idea mengenai idea penyediaan sarapan pagi yang lebih menarik," ujarnya dalam ucapan majlis perasmian Hari Sarapan Malaysia bersama Milo di Hotel Westin Kuala Lumpur baru-baru ini. Resipi sihat Milo Pada majlis itu, Chef Sabri Hassan telah diundang untuk menunjukkan demonstrasi penyediaan beberapa resipi mudah untuk sarapan pagi iaitu Swiss Muesli dan pankek dengan garapan produk Milo. Resipi idea olahan Master Chef Sabri itu turut mendapat penjelasan maklumat kandungan nutrisi dan manfaat yang diperoleh daripada pengambilan sarapan yang penuh bertenaga oleh Pakar Nutrisi Nestle, Nurul Illani Ahmad. Menurut Nurul Illani, pengambilan sarapan pagi merupakan amalan terbaik yang perlu diamalkan oleh setiap individu. "Mengambil perumpamaan seperti sebuah kereta, ia perlu diisi minyak untuk memulakan perjalanan pada setiap hari. Sama seperti manusia, kita perlu mengambil sarapan sebelum memulakan hari untuk memberi tenaga kepada kita," ujarnya. Sempena Hari Sarapan Malaysia nanti, Milo akan menyumbangkan 20,000 pek sarapan pagi secara percuma. Pengunjung yang hadir juga boleh menyertai Larian Sarapan sekitar UPM sebagai langkah sokongan jenama tersebut dalam amalan gaya hidup sihat. Maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia dan aktiviti yang akan dijalankan, sila layari laman web www.milo.com.my/breakfast. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |