Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia |
- Gambar Dynas dan Anaknya
- Heliza, Bunga Citra Hiasi Majalah Edisi Mac
- Kereta Mewah Tasha Shila Dah Berubah?
- Haleeda Mazlin Kini Bertudung!
Posted: 12 Mar 2013 10:18 PM PDT Dynas Mokhtar kini sudah kembali dan ternyata penampilannya juga berbeza setelah bersalin anak ke-2 pada bulan Jun 2012 yang lalu. Anaknya yang sulung seorang perempuan bernama, Khyra Khalyssa yang berusia 3 tahun manakala yang ke-2, lelaki berumur 7 bulan. Semoga berbahagia.-gambar IG dynasmokhtar |
Heliza, Bunga Citra Hiasi Majalah Edisi Mac Posted: 12 Mar 2013 09:20 PM PDT Admin malas nak letakkan satu post untuk satu majalah pada hari ini, jadi digabungkan kedua-duanya menjadi satu post sahaja. Salah satunya adalah Bunga Citra Lestari di dalam majalah Femina dan satu lagi seorang selebriti tempatan, Heliza Helmi di dalam majalah Hijabista. Masing-masing memang lawa, tapi seperti langit dan bumi bezanya. Hehe. |
Kereta Mewah Tasha Shila Dah Berubah? Posted: 12 Mar 2013 08:00 PM PDT Dahulu kereta yang bernombor pendaftaran TAS114 telah kelihatan di sebuah kereta mewah, Audi. Namun kini nombor plat yang didakwa dari Forum Cari milik pelakon, Tasha Shila ini beralih kepada sebuah kereta Honda. Tidak dipastikan kemana kereta mewah Audi berkenaan, adakah sudah bertukar milik nombor pendaftaran lain ataupun kereta Audi itu dijual kerana tidak mampu membayar 'CCM' yang tinggi? Tidak dapat dipastikan. Wallahualam. |
Haleeda Mazlin Kini Bertudung! Posted: 12 Mar 2013 06:18 PM PDT Memetik portal MediaHiburan, penyanyi yang terkenal era 90-an, Haleeda Mazlin kini dikhabarkan sudah memakai tudung penuh selepas beberapa tahun sepi tanpa khabar berita setelah kemunculannya pada 2009 lalu di salah sebuah rancangan Astro. Syukur Alhamdulillah lah kalau sudah seperti itu, makin ramai artis kita sudah berubah kepada arah kebaikkan, satu persatu mula menutup aurat. Dan telah menampakkan industri seni tanah air kita semakin dekat dengan konsep dakwah. "Sebenarnya niat berhijrah ini dah lama, tapi lebih menguatkan lagi adalah masa arwah mak saya tengah sakit tenat. Masa itu terdetik nak berubah sebab saya rasa kita perlu cari ketenangan dalam hidup ini. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |