Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Ayu Raudhah & Irma Hasmie Dapat Anak Lelaki
- Ana Rafalli Tidak Kejam Untuk Letakkan Bayaran Tinggi
- Adibah Noor Tidur Sejam Sejak Jadi DJ Radio
- Raja Lawak Musim Terbaharu Masih Relevan
- Hillary Ang & Ian Antono Gegarkan Wings Rockestra
- Irma Hasmie, Ayu Raudhah timang anak sulung
- Bertudung penuh atas kerelaan sendiri
- Bernikah hari ini, Ezad tiada niat sembunyi perkahwinan
- Hidup baharu Salwa Razak
- Lentera Hati ST12
- Penduduk sebak lihat rumah musnah
- Ayu Raudhah lahirkan bayi lelaki
- Korea Utara siap sedia serang AS
- Pelancong asing belajar tinju Thai di Phuket
- Nyalaan matahari dirakamkan NASA
- Anjing laut berenang tanpa satu sirip
- Pemanas daripada ramuan herba
- Bukan festival kopi biasa
- EV pertama dijual di Malaysia
- BMW Motorrad tawar dua model enduro
- Penerus legasi lagenda!
- 1,001 keunikan UPM
Ayu Raudhah & Irma Hasmie Dapat Anak Lelaki Posted: 29 Mar 2013 10:49 PM PDT Suaminya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan dan Johor, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 25, berkata, anak sulungnya itu dilahirkan seberat 2.79 kilogram (kg) dan kedua-dua isteri dan anak berada dalam keadaan sihat. "Alhamdulillah, saya teruja dan pada masa sama rasa macam tak percaya pula bahawa kini saya seorang ayah. "Sekarang ini tanggungjawab saya lebih berat lagi dan Insya-Allah saya dapat mendidiknya sebagai seorang anak yang baik," katanya yang dihubungin mStar Online, Jumaat. "Kami tak beri nama lagi. Biarlah Ayu berehat dahulu dan baru kami bincangkan nama yang sesuai. "Selepas keluar wad nanti, Ayu akan berpantang di rumah kami di JB," ujarnya Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Suami Irma, Redza Shah Azmeer memaklumkan khabar gembira itu menerusi laman Twitter miliknya dan memberitahu bahawa isterinya berada dalam keadaan stabil selepas proses kelahiran. | ||||
Ana Rafalli Tidak Kejam Untuk Letakkan Bayaran Tinggi Posted: 29 Mar 2013 10:48 PM PDT Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 28, ini berkata, walaupun telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke 25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku, dia masih bertolak ansur soal bayaran bergantung kepada jemputan yang diterima. "Saya bukan artis yang kejam. Saya masih boleh bertolak ansur lagi soal bayaran mengadakan persembahan. "Kalaulah yang jemput saya itu di kalangan pelajar, tentulah bayarannya sekadar 'token' (sagu hati) pun saya terima. Tapi kalau untuk acara besar seperti 'dinner show', itu kira lainlah," ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya adakah dia boleh bertolak ansur soal bayaran untuk mengadakan persembahan. Ana memberitahu, sebagai artis yang membesar dalam persekitaran Malaysia, dia memahami kemampuan sesetengah pihak yang mahu mengundang seseorang untuk menjayakan sesebuah acara yang diatur. Malah dengan sifat yang tidak berkira itu kata Ana, rezekinya akan menjadi lebih murah apabila menerima banyak acara yang memerlukan khidmatnya. "Kalau pihak penganjur tak ada duit sangat, bayarlah setakat mana yang mampu. Tapi biarlah kita bincang dan berunding dulu... tak ada masalah," katanya. Dalam pada itu suami yang juga pengurusnya iaitu Ahmad Aznaim Abdullah, 31, berkata, bekerja dengan isteri sendiri yang menjadi bos bukanlah perkara mudah jika seseorang itu tidak mempunyai sikap profesional dalam berurusan. Kata Ahmad Aznaim, kadangkala isteri akan merajuk jika tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara mereka haruslah mempunyai sikap untuk tidak memanjangkan hal berkenaan sebaliknya mengatasinya dengan sebaik mungkin. "Saya tak nafikan, kadang-kala ada juga kami berselisih pendapatan. Bila hal itu terjadi, masing-masing akan ada perasaan tidak puas hati. "Apa-apa pun kita perlulah profesional. Sebagai suami, saya kenalah memujuk isteri saya walaupun dia adalah bos. Biasanya kami menekankan sikap saling pujuk memujuk dan alhamdulillahlah... kami tiada masalah untuk bekerja dan juga bergelar pasangan suami isteri," katanya. Sementara itu bercerita mengenai perkembangan terbaharu pula Ana berkata, dia sudah menghasilkan 'single' berjudul Jauh Ke Syurga dan lagu itu boleh diikuti menerusi YouTube. Apa yang menarik 'single' itu mencatat jumlah pelayar Internet lebih 80,000 orang yang mana ia adalah satu sambutan yang amat menggalakkan. | ||||
Adibah Noor Tidur Sejam Sejak Jadi DJ Radio Posted: 29 Mar 2013 10:47 PM PDT Adibah, 42, yang bergandingan dengan Halim Othman menerusi Slot Ceria Pagi @ Suria berkata, kekurangan waktu tidurnya itu disebabkan oleh kesibukan kerja-kerja lain seperti menyanyi dan mengacara namun bersyukur, perkara itu bukanlah satu bebanan untuknya mengendalikan konti radio berkenaan. "Sudah dua bulan saya menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio Suria FM dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun mempunyai tugasan lain di luar. "Dan kerana itu saya akan memastikan semua kerja-kerja luar diselesaikan sebelum pukul 12 tengah malam agar mendapat rehat secukupnya sebelum ke udara pada pukul 5 pagi. "Pernah beberapa kali juga, kerana kepenatan saya hanya tidur sejam dan ada masa juga tak tidur langsung, takut terlajak pula," selorohnya. Tambah Adibah, walaupun kurang tidur, dia mengamalkan minum kopi dan pengambilan vitamin C agar kelihatan segar dan sentiasa cergas. "Selain itu susunan jadual juga memainkan peranan yang sangat penting agar mempunyai ruang masa membuat persiapan memilih topik-topik bersesuaian buat para pendengar sebelum keudara," katanya. Penjenamaan semula logo Suria FM dibuat menunjukkan kematangan stesen itu sekaligus mengembangkan lagi golongan pendengar 'urban' yang berusia 25 hingga 39 tahun. "Bagaimanapun, putaran lagu lama dan baru masih lagi dimainkan seperti biasa,"tuturnya. | ||||
Raja Lawak Musim Terbaharu Masih Relevan Posted: 29 Mar 2013 10:46 PM PDT Ketua Kumpulan Premium Astro, Nizam Sani berkata, peningkatan peserta menghadiri uji bakat yang diadakan setiap tahun juga mencatat angka membanggakan selain jumlah undi yang diterima konsisten. "Seperti tahun ini, lima buah negeri pihak kami pergi untuk mengadakan uji bakat mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 400 orang di setiap lokasi. "Pihak kami juga turut membuat kajian penonton tentang Raja Lawak dan mereka mahu program ini dikekalkan," jelasnya semasa sidan media program Raja Lawak Musim Ketujuh di Restoran Seri Melayu di sini, Jumaat. Musim terbaharu itu bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 12 April ini menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Pada majlis sama, Nizam turut memperkenalkan 14 peserta yang bakal berentap dalam program tersebut yang 11 daripada mereka peserta berkumpulan dan selebihnya beraksi secara solo. Kumpulan Bora dan Ali bertanding mewakili Singapura. Dalam pada itu, Nizam berkata, pemilihan peserta pada musim ini lebih ketat yang mana seramai 20 peserta yang disenarai akhir perlu menjalani 'bootcamp' untuk dinilai sebelum mereka layak unuk beraksi di gelanggang sebenar. Katanya, langkah ini diambil bagi memastikan peserta yang dipilih berkualiti tinggi di samping untuk mengekalkan standard dan kandungan yang disampaikan segar mengikut peredaran industri semasa. "Bertepatan dengan slogan yang kami perkenalkan tahun ini iaitu 'Takkan Lawak Hilang Di Dunia' menggambarkan komitmen kami dalam menyampaikan kandungan program yang segar dan berkualiti. "Adalah menjadi hasrat kami untuk membuka mata orang ramai bahawa komedi merupakan satu industri yang serius dan berada di aras tinggi," jelasnya. Sementara itu, Nizam berkata, sesuai dengan temanya, barisan juri juga akan membariskan pelawak-pelawak lagenda yang akan menjadi pengkritik. Bagaimanapun, barisan juri hanya akan didedahkan pada minggu pembukaan program itu untuk memberikan elemen kejutan buat penonton. "Barisan juri bukan sahaja bertindak sebagai pengkritik tetapi juga melatih para peserta untuk menjadi pelawak yang berkaliber," katanya. Tambah Nizam, Raja Lawak musim terbaru itu masih mengekalkan format terdahulu yang mana sistem pemarkahan para peserta ditentukan sepenuhnya kepada undian penonton menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Musim terbaharu ini masih mengekalkan Johan dan Zizan sebagai pengacara. Juara program ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM30,000. | ||||
Hillary Ang & Ian Antono Gegarkan Wings Rockestra Posted: 29 Mar 2013 10:45 PM PDT Konsert tersebut akan berlangsung pada pada 26, 27, 28 dan 30 April depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Menurut salah seorang ahli Wings iaitu Joe, kumpulannya sengaja memilih dua nama ini sebagai memberi kelainan dan pengalaman berbeza daripada konsert-konsert yang pernah dilakukan mereka. "Dahulu semasa membesar saya dengar juga lagu God Bless dan tertarik dengan muzik yang ditampilkan. Ini antara sebab saya menjemputnya beraksi buat julung kalinya bersama Wings. "Dan apabila mereka bergandingan dengan kami, saya percaya aura persembahan yang dibawakan pastinya berbeza," katanya menerusi kenyataan media yang diberikan kepada mStar Online. Tambah Joe, dia, Hillary dan Ian bakal bersatu dalam sebuah segmen khas persembahan instrumental selama 20 minit pada Konsert tersebut. Bukan itu sahaja, Ian turut akan memainkan beberapa buah lagu Wings dan berkolaborasi bersama Joe, Awie, Eddie dan Black bagi memeriahkan suasana pentas IB. Bermula pukul 8.45 malam, Panggung Sari juga turut dipadukan dengan persembahan 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangssan. Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer, dipadukan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan. Hillary Ang juga menjawat tanggungjawab sebagai penyusun muzik pertama dan dibantu Rozario sebagai penyusun muzik untuk grup. Saksikan gabungan yang bukan calang-calang dan akan membentuk atmosfera rock yang tersendiri malah boleh dijadikan sebagai sebuah tanda aras dalam sejarah persembahan sebuah grup rock tempatan. Tiket Konsert Wings Rockestra 2013 boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz pada harga RM499, RM399, RM299, RM249, RM199, RM149, RM99 dan RM69. | ||||
Irma Hasmie, Ayu Raudhah timang anak sulung Posted: 29 Mar 2013 10:43 PM PDT Lebih istimewa, kedua-dua aktres ini menimang cahaya mata dengan perbezaan masa kelahiran hanya enam jam. Detik gembira ini dikongsi oleh suami mereka menerusi Twitter. "Alhamdulillah... Irma sudah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93 kilogram pada 8.51 pagi tadi (semalam). "Saya sangat teruja bergelar ayah dan berharap bayi kami akan baik dan taat kepada suruhan ALLAH," kata Redza, suami Irma Hasmie. Sementara itu, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha turut meluahkan rasa gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Ayu Raudhah. "Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan putera sulung kami pada jam 2.17 petang tadi (Jumaat)," kata Zaquan. | ||||
Bertudung penuh atas kerelaan sendiri Posted: 29 Mar 2013 10:35 PM PDT
Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza sudah acap kali dikritik ramai terhadap penampilan bertudungnya yang kelihatan belum sempurna memandangkan tidak menutup keseluruhan mahkota berharga miliknya itu. Namun begitu, penyanyi yang dilahirkan di Temerloh, Pahang itu telah membuat kejutan apabila mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada tahun ini. Ternyata transformasi yang dilakukan oleh Siti itu disambut positif oleh para peminat, cuma terdapat segelintir pihak yang seolah-olah cuba mempertikaikan keputusan yang dibuatnya itu. Antaranya, dia dikatakan mahu bertudung penuh setelah tragedi yang menimpa suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Disember tahun lalu. Berkesempatan menemui Siti semasa sesi percutian bersama pengguna SimplySiti ke sebuah taman tema di Johor kelmarin, penyanyi itu menegaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah atas kerelaan sendiri. "Memang ada yang beranggapan bahawa keputusan saya ini berpunca daripada tragedi yang melanda suami, tetapi saya ingin nyatakan bahawa ia langsung tidak berkaitan. "Hasrat bertudung memang sudah lama saya pendam sejak mengerjakan ibadah haji pada tahun 2008. Cuma saya lakukan secara berperingkat-peringkat dan akhirnya keputusan bertudung penuh dibuat ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada 11 Januari lalu," jelasnya. Menurut Siti, dengan penampilan baharunya itu dia merasakan ia bukanlah satu masalah yang besar untuk beraksi di pentas dan turut gembira kerana peminat telah memberikan sokongan yang pada terhadap dirinya. "Apabila semakin menginjak usia, saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat perubahan ini. Selain itu, saya anggap semua yang berlaku ini merupakan doa daripada para peminat yang sentiasa menyokong saya," ujarnya. Ketika ditanya mengenai ikon wanita bertudung yang menjadi pilihan dirinya, Siti menyatakan, dia cukup minat dan tertarik dengan gaya muslimah yang ditampilkan oleh Hana Tajima. Menurut Siti, dia menjadikan Hana sebagai salah satu contoh untuk imej bertudungnya sekarang ini memandangkan gadis itu dilihat pandai berfesyen, meskipun memakai tudung. "Setiap wanita yang bertudung tidak semestinya sukar untuk bergaya dan itu yang ditonjolkan oleh Hana Tajima. Saya akui telah menjadikan dia sebagai panduan terutamanya mencari idea tentang cara pemakaian tudung," ujarnya. Berkenaan dengan penerimaan Datuk K terhadap perubahan penampilan yang dilakukannya itu, Siti menyatakan suaminya merupakan individu yang paling gembira. "Suami saya begitu memahami kemahuan saya dan dia yang banyak memberikan sokongan kepada saya. Apa yang menariknya, sesekali dia juga pernah memberikan idea kepada saya untuk memilih tudung yang sesuai," jelasnya. Datuk K semakin pulih Bercerita lebih lanjut mengenai keadaan terkini kesihatan suaminya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu, Siti memberitahu Datuk K kini sudah beransur pulih. Bagaimanapun, ketika ini suaminya itu masih lagi mendapat rawatan susulan seperti menjalani fisioterapi untuk menyembuhkan kecederaan bahu dan tangan yang dialaminya itu. "Saya sangat bersyukur dengan keadaan kesihatan suami saya sekarang yang dilihat semakin pulih, malah kalau ada kelapangan dia juga akan pergi ke pejabat. "Selain itu, saya sangat mengagumi ketabahan yang dilaluinya untuk pulih. Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamed menziarahi suami saya, beliau ada memberitahu bahawa menjalani fisioterapi memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi," ujarnya. Ujarnya, Datuk K yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada akhir tahun lalu ketika menunggang motor berkuasa tinggi dijangka pulih sepenuhnya pada April ini.
Album baharu Setelah kali terakhir melahirkan album Melayu iaitu Tahajud Cinta pada tahun 2009, Siti memberitahu, dia bakal muncul dengan album baharu pada tahun ini. Menurutnya, ketika ini dia masih lagi dalam proses pemilihan lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album tersebut dan akan mula memasuki studio rakaman pada bulan Mei ini. "Untuk album baharu ini saya akan kembali semula dengan konsep pop memandangkan dua buah album saya sebelum itu berkonsepkan irama tradisional dan kerohanian. "Setakat ini beberapa orang komposer seperti Aubrey Suwito dan Adi 6ixth Sense sudah menyerahkan lagu ciptaan mereka. Namun begitu, saya masih lagi mempertimbangkan sama ada mahu menghasilkan mini album atau album penuh," jelasnya tentang perkembangan terkininya sekarang. Ujar Siti, untuk album terbaharunya itu juga bakal memuatkan dua buah lagu baharu hasil ciptaannya sendiri sebagai hadiah kepada para peminatnya. Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasratnya yang mahu kembali membuat persembahan di Royal Albert Hall, London pada tahun hadapan, Siti sekadar menyatakan, ia masih dalam peringkat perancangan awal dan berharap ia dapat direalisasikan. | ||||
Bernikah hari ini, Ezad tiada niat sembunyi perkahwinan Posted: 29 Mar 2013 10:34 PM PDT
SEBELUM ini nama bekas vokalis band Exists yang kini bergerak secara solo, Ezad Lazim, 34, kembali hangat apabila ikatan pertunangannya dengan pengurus peribadinya Asliza Abdullah hanya bertahan selama lima bulan apabila pertunangan mereka putus sekitar November tahun lalu. Hanya tiga bulan selepas itu, Ezad bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pengurus jualan, Nor Azeana Ramli, 34, pada hari ini di rumah keluarga perempuan di Kulim, Kedah. Ezad yang dihubungi Kosmo! untuk mendapatkan pengesahan mengenai berita tersebut pada mulanya enggan membuka mulut dan ingin merahsiakan perkahwinannya kepada umum. Bagaimanapun Ezad akhirnya membuka mulut dan memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak mahu menghebahkan hari bahagianya kepada khalayak umum. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya. Kosmo!: Benarkah Ezad menamatkan zaman bujang pada ini? EZAD: Ya, memang saya berkahwin pada hari ini. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana berita saya akan berkahwin tersebar kerana kalau boleh saya ingin hebahkan selepas saya selamat bernikah. Mengapa ingin menyembunyikan hari bahagia? Saya tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan tetapi selepas saya putus tunang, saya menjadi fobia. Sebelum ini saya bercinta dalam tempoh yang lama, kemudian bertunang pun dihebahkan pada media, tetapi akhirnya ikatan itu terputus. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali sebab itu saya mengambil keputusan untuk membuat majlis secara kecil-kecilan dan dihadiri pihak keluarga terdekat sahaja. Apakah yang dibimbangkan jika orang ramai tahu anda berkahwin? Bimbang tidak jadi kahwin satu hal, saya juga bimbang jika ramai yang tahu, dugaannya lagi besar. Sebelum saya selamat bernikah, saya tidak tahu apa yang akan terjadi sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko. Saya juga akan terus bernikah tanpa sebarang majlis pertunangan. Cukuplah sekali saya putus tunang. Khabarnya bakal isteri merupakan pilihan keluarga, benarkah? Memang benar, bakal isteri merupakan pilihan keluarga saya. Sememangnya kami tidak berapa mengenali antara satu sama lain tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan yang direstui keluarga lebih berkat. Bila saya fikirkan kembali, jika saya tidak mengambil peluang sekarang, mungkin umur 50 tahun pun saya tidak akan berkahwin. Rasanya lebih manis bercinta selepas berkahwin. Apakah yang membuatkan anda tertarik kepada bakal isteri? Umur kami sebaya dan dia sebenarnya lebih matang daripada saya. Sebelum ini saya sering bercinta dengan wanita jauh lebih muda daripada saya, bila dapat bakal isteri yang sama umur, kami mudah berkomunikasi. Dia juga amat memahami kerjaya saya sebagai artis dan ikhlas menerima saya seadanya, itu yang membuatkan saya selesa dengannya. Bagaimana dengan kerjaya seni anda? Alhamdulillah, banyak rezeki yang datang sehingga ada yang terpaksa ditolak kerana bertembung dengan tarikh pernikahan saya. Bulan hadapan saya akan muncul dengan dua single terbaharu berjudul Memang Salahku dan Kerana Kamu. Selain itu, saya juga akan beraksi dalam pementasan teater berjudul Hantu Ketapang pada 12 sehingga 14 April depan untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 10:33 PM PDT
PENJENAMAAN baharu yang menghasilkan nama Salwa Razak daripada nama terdahulu Arora Salwa merupakan permulaan kehidupan baharu pemilik nama itu. Tegas penyanyi yang sebelum ini popular dengan lagu Ahmad, nama Salwa Razak adalah kebangkitan semula daripada kegagalan. "Imej baharu dan pendekatan yang lebih terkini diharapkan menjamin sebuah karier yang lebih kukuh dan stabil. "Saya kira, perlu untuk saya menukarkan imej yang lebih feminin dengan nama dan aliran muzik yang baharu," katanya ketika sidang akhbar pelancaran single terbaharu berjudul Hidup Baru di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini. Lagu Hidup Baru menampilkan vokal Salwa Razak yang lebih lantang menerusi genre balada, malah liriknya juga mengandungi makna tersirat bagi penyanyi itu. "Balada adalah jiwa saya dan bersama pasukan baharu ini, saya diberi kepercayaan untuk memilih sendiri genre lagu yang saya mahukan. Gagal atau berjaya, saya serahkan kepada peminat untuk menilai," tambahnya yang kini bernaung di bawah JJS Partners Solution Sdn. Bhd. Salwa yang memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 2010 pernah tampil menerusi single berentak catchy berjudul Ahmad dan Kau Tak Menarik Lagi sepanjang bernaung di bawah label Sony Music dari tahun 2010 hingga bulan Oktober tahun lalu. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kisah kontroversi percintaan yang pernah melibatkan Salwa dan anggota kumpulan Max 24:7, Alloi, penyanyi itu bertegas mahu melupakan kisah silam. "Saya seorang manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. "Saya harap selepas ini tidak akan ada lagi kontroversi mengenai saya dan jika ada perbuatan yang tidak patut saya lakukan, tegurlah saya secara peribadi dan saya akan menerimanya dengan positif. Segalanya baharu buat saya sekarang dan perkara lepas adalah ujian bagi saya. "Kontroversi menyebabkan karier tercemar dan mungkin saya sendiri ada membuat kesilapan pada masa lampau. Tapi sekarang saya lebih matang untuk belajar tentang kehidupan," getusnya. Salwa juga enggan dikaitkan dengan mana-mana pihak malah dia juga enggan menerima komen daripada pihak lain mengenai dirinya. "Pihak yang bercerita mengenai diri saya tanpa usul periksa adalah kurang bijak dan orang seperti itu tidak boleh melihat kejayaan orang lain. Bertindak dan berfikirlah secara positif. "Suka hatilah dia mahu buat apa, bagi saya ibaratnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan," katanya. Dikecewakan cinta bukan bermakna harus mengalah selamanya. Kata Salwa, dia tidak serik bercinta malah dia kini bersedia untuk kembali cinta baharu. "Bukan serik dan saya juga tidak pernah berhenti mencari cinta baharu tapi pendirian saya sekarang adalah mengikut arus yang ada di hadapan saya. "Kalau ada jodoh maka adalah. Saya kena memilih dan enggan pisang berbuah dua kali. Buat masa sekarang saya tiada sesiapa dan saya berkawan dengan semua orang. "Kalau ditanya mengenai kisah cinta sebelum ini, saya sudah maafkan dia, tapi saya tidak akan melupakan perkara yang telah berlaku," tegas Salwa. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 10:32 PM PDT NAMA band kelahiran Indonesia, ST12 bukanlah asing dalam industri muzik di Indonesia mahupun industri tempatan sendiri. Bagaimanapun, sememangnya telah diketahui umum, ST12 sudah lama menyepikan dan dibubarkan kerana ketiadaan vokalis mereka, Charly. Akui Ilham Febry selaku pemain drum yang juga pengasas band ST12, kehilangan empat tahun band itu dalam industri muzik, memang dirindui oleh peminat tegar ST12. Ujarnya yang lebih mesra disapa sebagai Pepep, ada yang menangis kerana mengetahui tentang pembubaran band tersebut. Cintanya terhadap muzik membuatkan Pepep kembali meneruskan perjuangan band ST12 dengan menjalankan uji bakat selama satu setengah tahun bagi mencari vokalis yang sesuai untuk menggantikan Charly. Hasilnya, remaja berusia 16 tahun, Ridho Tuah berjaya mengharungi uji bakat yang dihadiri oleh lebih 500 orang peserta yang bertempat di markas ST12 di Bandung, Indonesia. "Pemilihan Ridho sebagai vokalis baharu ST12 adalah kerana dari segi keunikan vokalnya sendiri. Oleh kerana umur yang masih muda, suaranya juga kedengaran muda dan justeru ia menampilkan kesegaran. "Tidak mungkin saya akan mencari penyanyi yang serupa dengan Charly. Ini kerana, bagi saya setiap orang yang berbeza dan begitu juga Ridho," jelas Pepep yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Selasa lepas. Namun, walaupun dilihat mempunyai anggota band yang baharu secara keseluruhannya, jelas Pepep, ST12 masih akan menggunakan konsep muzik yang dibawa sebelumnya, iaitu Pop Melayu. Bicara jejaka kelahiran Sumatera ini, sejak penubuhan band ST12i, mereka telah berjaya dengan konsep muzik Pop Melayu, jadi tiada salahnya mereka masih ingin memperjuangkan genre yang sama walaupun telah bertukar anggota terutamanya vokalis. "Mengapa tidak berbangga dengan budaya Melayu kita sendiri, seperti Barat contohnya yang sentiasa mengetengahkan budaya mereka tidak kira dalam apapun baik muzik mahupun filem. Tidak perlu untuk membawa aliran muzik Barat. Walhal pada hakikatnya, bukan semua masyarakat yang dapat menerima muzik yang mereka bawa," tegas Pepep yang ingin pertahankan muzik Pop Melayu melalui band ST12. Album kelima Mungkin kini peminat ST12 boleh menarik nafas lega kerana mereka kini kembali memeriahkan semula industri muzik Indonesia mahupun tempatan. Empat tahun telah dimanfaatkan sebaiknya oleh kesemua anggota apabila akhirnya mereka tampil dengan sebuah album terbaharu yang diberi judul Lentera Hati. Kehilangan ST12 dalam industri muzik tidak sama sekali meruntuhkan populariti yang dibina band ini sejak tahun 2004 lagi. Buktinya, single pertama yang berjudul Putih Putih Melati, daripada album kelima berjaya menambat hati peminat. Lentera Hati mengandungi 10 buah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Pepep serta sebuah lagu yang dinyanyikan olehnya yang berjudul ST Setia. "Lagu yang berjudul ST Setia merupakan lagu yang sangat istimewa. Ini kerana dalam lagu tersebut, ia menggabungkan setiap emosi saya bersama ST12 sebelum in termasuk perasaan saya saat berhadapan dengan dugaan serta pembubaran band ini," katanya yang masih berkawan dengan Charly walaupun tidak lagi bersama. Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records. | ||||
Penduduk sebak lihat rumah musnah Posted: 29 Mar 2013 10:31 PM PDT LAHAD DATU - Suasana sayu menyelubungi Kampung Tanjung Batu di sini ketika seramai 30 penduduk pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan itu selepas hampir sebulan diceroboh pengganas Sulu. Penduduk tersebut yang terdiri daripada ketua-ketua keluarga sebak melihat rumah yang dibina hasil titik peluh sejak berpuluh tahun lalu musnah dalam sekelip mata bagaikan menjadi 'padang jarak padang tekukur'. Mereka yang masih ditempatkan di pusat pemindahan turut terkejut apabila melihat ribuan peluru dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan kawasan sekitar termasuk di pekarangan rumah dan kawasan semak samun. Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Malang berkata, tidak pernah terlintas di fikiran, kampung tersebut menerima nasib demikian yang berpunca daripada pencerobohan oleh pengganas Sulu pada 12 Februari lalu. "Kalau tanya soal perasaan, memang saya rasa sangat marah. Dua buah rumah saya hancur dan dibakar. "Dua buah kereta dan kebun saya juga rosak. Saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000," katanya ketika ditemui di sini semalam. Mengulas lanjut, Mahmud memberitahu, kampung yang wujud kira-kira 60 tahun lalu mempunyai 107 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk yang rata-ratanya adalah warga tempatan. Sementara itu, kebanyakan penduduk di kampung itu pula bekerja sebagai petani. Katanya, kerosakan rumah tersebut tidak dapat dielakkan ekoran pertempuran antara pasukan keselamatan negara ini dengan kumpulan pengganas terbabit. "Kami menyokong tindakan pasukan keselamatan namun apa yang kami kesal adalah perbuatan pengganas terhadap Kampung Tanjung Batu. "Mereka (pengganas) bukan sahaja menyusahkan penduduk kampung kerana kami terpaksa berpindah malah memusnahkan penempatan kami," jelasnya. Mahmud menjelaskan, mereka membuat keputusan untuk tinggal di kampung tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan para penduduk. Dalam pada itu, seorang penduduk lain, Shahrin Jamaril, 22, melahirkan rasa sedih apabila rumah yang dibina hasil titik peluh keluarganya sejak 20 tahun lalu telah musnah. John Dulahab, 62, pula memberitahu, dia bersyukur kerana kerosakan rumah yang dialaminya tidak sebegitu teruk berbanding rakan-rakan yang lain. "Apa yang dikesalkan adalah kad pengenalan anak saya hilang selain sebuah motosikal," katanya. Sementara itu, petugas media yang turut dibawa bersama dapat melihat sendiri dengan jelas kemusnahan di kampung itu mendapati hampir setiap rumah berlubang, rosak, tidak lengkap dengan ada atap dan pagar rumah hancur. Para petugas media itu turut menemui kesan darah, pisau dan parang kecil di beberapa rumah serta kasut but hitam milik pengganas di sebatang anak sungai. | ||||
Ayu Raudhah lahirkan bayi lelaki Posted: 29 Mar 2013 10:28 PM PDT
KUALA LUMPUR – Pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 28, telah selamat melahirkan anak lelaki sulungnya pada pukul 2.17 petang semalam di Hospital Columbia, Johor Bahru. Menurut suami kepada pelakon itu, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 26, yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, isterinya telah melahirkan bayi seberat 2.79 kilogram dalam keadaan normal. "Saya sangat bersyukur semuanya berjalan lancar dan selamat. Tiada apa yang saya harapkan selain isteri dan anak saya sihat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Tambahnya, perasaannya bercampur antara gembira dan berdebar menanti kelahiran bayi sulungnya. "Isteri saya mengadu sakit-sakit dan telah masuk ke hospital pada pukul 11 malam semalam (kelmarin). Sebenarnya memang tarikh 29 Mac dijangka oleh doktor untuk isteri saya melahirkan anak," ujarnya yang turut ditemani keluarga terdekat ketika berada di hospital tersebut. Bagaimanapun, Zaquan menjelaskan, dia dan Ayu masih belum memutuskan nama yang ingin diberikan. Ayu Raudhah, adik kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zaquan Adha mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2011. Ayu pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya enam minggu dua tahun lalu. | ||||
Korea Utara siap sedia serang AS Posted: 29 Mar 2013 10:26 PM PDT
SEOUL - Media Korea Utara semalam menyiarkan dua keping gambar yang menunjukkan rancangan negara itu untuk menyerang negara Amerika Syarikat (AS). Kedua-dua gambar itu menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an duduk di tepi sebuah meja yang dipercayai di dalam sebuah bilik operasi ketenteraan. Gambar-gambar itu dirakamkan oleh agensi berita Korean Central News Agency yang melaporkan satu mesyuarat diadakan melibatkan Jong-un dengan beberapa pemimpin tentera. Jong-un mengarahkan roket-roket berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas AS dan pangkalan-pangkalannya di rantau Pasifik. Salah satu gambar itu menunjukkan terdapat peta yang menyatakan tajuk rancangan untuk menyerang negara AS. Sementara itu, berpuluh-puluh ribu anggota tentera dan orang awam berhimpun di Pyongyang bagi memberi sokongan kemungkinan serangan ketenteraan dilancarkan ke atas AS. Perhimpunan itu diadakan di Dataran Kim Il-sung yang dihadiri oleh askar-askar, bekas anggota tentera, pekerja dan pelajar yang memakai pakaian seragam tentera. Bagaimanapun, pemimpin Jong-un tidak hadir pada perhimpunan itu. Kelmarin, Tentera AS menghantar dua buah pesawat kalis radar B-2 Stealth yang boleh membawa senjata nuklear terbang di ruang udara Korea Selatan bagi menunjukkan kesediaannya untuk menghadapi sebarang serangan Korea Utara. Korea Utara mengancam untuk menyerang AS dan Korea Selatan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barangan mewah ke negara itu setelah rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu. Jong-un menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu. | ||||
Pelancong asing belajar tinju Thai di Phuket Posted: 29 Mar 2013 10:22 PM PDT PHUKET - Ramai pelancong asing bercuti di Pulau Phuket di Thailand untuk mempelajari sukan tinju Muay Thai untuk menguruskan badan mereka. Sebahagian mereka sanggup berhenti kerja untuk menghabiskan masa selama berminggu-minggu dan beberapa bulan bagi menjalani latihan dengan tujuan untuk memenangi perjuangan menentang obesiti. Bagaimanapun, terdapat pelancong asing yang berlatih dengan harapan akan menjadi petinju profesional. Seorang pelancong Britain, Jordan Henderson, 26, sanggup meninggalkan gaya hidup sebagai warga kota London yang suka berparti dan bekerja selepas doktor memberi nasihat bahawa dia mungkin diserang sakit jantung kerana beratnya hampir 184 kilogram (km). Selepas sebulan berlatih di sebuah pusat latihan Muay Thai, berat badannya berkurangan sebanyak 20kg. "Anda berada dalam persekitaran yang panas pada setiap masa dan dikelilingi ramai orang yang membuat latihan kecergasan," katanya. Berat badan seorang bekas jurujual kereta di Britain, James Mason, 29, ketika dia tiba di Thailand kira-kira setahun dan enam bulan lalu ialah 200kg. Namun, berat badannya kini berkurangan lebih 100kg. "Doktor memberitahu, jika saya tidak melakukan sesuatu yang drastik untuk mengubah kehidupan dalam tempoh lima tahun, saya mungkin akan meninggal dunia," katanya. Menurutnya, semasa tiba di sini, belakang badannya akan sakit jika dia berjalan sejauh 200 meter. "Saya terpaksa duduk dan berhenti untuk menarik dan menghembuskan nafas. Peluh memenuhi badan saya kerana cuaca panas dan lembap," katanya. Selepas tiga bulan menjalani latihan, Mason dijangkiti bakteria pemakan daging dan terpaksa menjalani tiga pembedahan yang hampir menyebabkan sebelah kakinya dipotong. Bagaimanapun, dia kembali pulih. Mason kemudian meneruskan latihan lasak dan baru-baru ini, dia berjaya menamatkan kayuhan amal sejauh 900 kilometer dari sini ke Bangkok. | ||||
Nyalaan matahari dirakamkan NASA Posted: 29 Mar 2013 10:21 PM PDT FLORIDA - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat semalam mendedahkan gambar nyalaan api di permukaan matahari. Gambar itu dirakamkan pada 16 Mac lalu. Ia menunjukkan terdapat percikan api yang terkeluar dari permukaan matahari. | ||||
Anjing laut berenang tanpa satu sirip Posted: 29 Mar 2013 10:20 PM PDT MYSTIC, Connecticut - Seekor anjing laut betina yang berusia lapan bulan berenang dengan menggunakan hanya satu sirip belakang di sebuah kolam di Akuarium Mystic di sini. Anjing laut itu yang bernama Pup 49 diselamatkan pada Julai 2012 selepas ditemui di sebuah pantai di Plymouth, Massachusetts untuk dirawat. Satu daripada dua sirip belakang haiwan itu terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman tersebar di seluruh badannya. Kuman itu menjangkiti haiwan itu selepas ia cedera kerana diserang singa laut dewasa. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 10:19 PM PDT
KETIKA menyertai Latihan Pembentukan Usahawan di Melaka sedekad lalu, Raja Andak Raja Hussin, 53, menyedari tidak ada usahawan yang berminat untuk menjalankan bisnes spa. Pada masa yang sama, beliau mengakui permintaan untuk mendapatkan khidmat spa ketika itu agak tinggi terutama daripada golongan lelaki. "Rata-rata permintaan untuk mendapatkan khidmat spa pada masa itu datangnya daripada pelancong dari Singapura, Thailand dan Singapura," kata bapa kepada seorang anak lelaki yang berumur 21 tahun itu. Menurut Raja Andak, lazimnya para pelancong yang mahukan perkhidmatan spa itu kerana mereka sudah biasa memanjakan diri di spa-spa di negara masing-masing. Jadi, apabila melancong ke Malaysia, mereka mahukan khidmat spa yang sama seperti yang mereka nikmati di negara sendiri. Atas kesedaran itu, Raja Andak menjalankan bisnes spa dengan memberi khidmat mengurut atas sampan dan mandi tempayan. "Urut atas sampan sekadar nama komersial, sampan itu sekadar melambangkan identiti nelayan kerana lazimnya kita mengurut di atas lantai," ungkapnya panjang lebar. Daripada mengurut, khidmatnya kemudian dikembangkan kepada bertungku untuk pelanggan-pelanggannya. Kata anak kelapan daripada 14 adik-beradik itu, pada peringkat awal pelanggannya terdiri daripada pelancong-pelancong yang bercuti di hotel di sekitar Melaka. Lazimnya, beliau dipanggil oleh pihak hotel berdasarkan tempahan daripada pelanggan. Rata-rata pelanggannya terdiri daripada lelaki yang berumur 30 tahun ke atas. Antara masalah pelanggan beliau ialah kelesuan, stres dan masalah kelelakian. Spa Raja Andak beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9.30 pagi hingga 9.30 malam.
Ramuan herba Raja Andak yang mewarisi kemahiran mengurut daripada nenek moyangnya memberitahu, bagi meningkatkan pengetahuan beliau juga menghadiri pelbagai kursus untuk mendalami bidang ini. Menurut beliau, amalan bertungku memberi manfaat pada tubuh kerana gabungan herba seperti pasir, garam, buah mengkudu, besi dan abu dapat memberi kesegaran kepada pengamalnya. "Bertungku bukan sahaja sesuai untuk wanita bahkan lelaki. Tungku merupakan sejenis bahan pemanas yang mengandungi ramuan herba yang disangai bahan-bahannya sebelum dibungkus dengan kain kapas tebal," kata pemilik Andak Spa di Bandar Hilir Melaka, Melaka ketika ditemui baru-baru ini di spanya. Lelaki itu memberitahu, bungkusan tersebut dipunjut dan dituam mengikut teknik yang betul pada tubuh badan. Amalan bertungku mampu mengeluarkan angin dalam tubuh , memberi kesegaran, kelegaan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan rasa mengantuk dan stres serta awet muda. Tungku terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya tungku pasir, tungku besi, tungku garam, tungku buah mengkudu, tungku abu, tungku bijirin dan tungku bawang putih. Antara bahan-bahan herba yang digunakan untuk bertungku ialah daun mengkudu, bonglai, jerangau, cekur dan halia bara. Selain itu, bahan-bahan lain yang digunakan termasuklah bawang putih, lada hitam, lada ekor, cabai kering, bunga lawang, serai wangi dan daun kantan. Menurut Raja Andak, proses menyediaan bahan-bahan bertungku agak rumit dan memerlukan ketelitian. "Adakalanya ia mengambil masa sehingga tiga minggu kerana bahan-bahan tersebut perlu dilakukan seperti dibersihkan, dijemur, diracik, disangai dan dipunjut," ujar usahawan bimbingan Mara Melaka itu yang telah menjalankan perusahaan spa kampung selama 18 tahun. Raja Andak memberitahu, mereka yang mengalami tanda-tanda mati pucuk, amalan bertungku amat sesuai diamalkan selepas senaman dan urutan. Amalan bertungku turut membantu mengatasi kesihatan lelaki yang kerap mengalami keletihan, stres, sakit perut dan angin pada ari-ari. Bahan bertungku Amalan ini juga kata beliau, sesuai untuk bayi atau anak kecil yang mengalami kembung perut atau keletihan di kaki. "Tungku buah, tungku bijirin dan tungku abu sesuai digunakan. Bayi yang tidak selesa badan, tungku dituam di kawasan pelipat kaki manakala bayi yang mengalami kembung perut, tungku dituam di perut dan belakang badan," jelasnya. Bagi bayi yang kerap menangis dan merengek, tungku dituam di sisi telinga dan ubun-ubun kepala manakala untuk angin pasang, tuam di bahagian celah paha. Bahan-bahan herba yang digunakan lebih kurang sama cuma teknik penggunaannya mungkin berbeza.
"Tungku besi misalnya, popular di Kedah, tungku abu terkenal di Melaka dan tungku pasir diguna secara meluas di Johor. Daun mengkudu dan daun jerangau wajib ada dan digunakan sebagai bahan asas untuk bertungku. Daun-daun herba inilah yang mengeluarkan khasiat," katanya yang banyak membuat kajian di muzium. Biarpun wujudnya tungku moden yang dipanaskan menggunakan elektrik, kesannya tidak sama dengan tungku tradisional. Biasanya tungku akan dibalut dengan kain-kain berwarna supaya ia memberikan impak kepada tubuh mengikut cakra warna bahagian yang mahu ditungku. Ada juga tungku yang dibalut dengan kain batik kerana ia memiliki banyak warna dan dipercayai dapat memberikan kesan kepada tubuh. "Orang Jerman dan Albania contohnya mempunyai tungku atau dipanggil alat pemanas yang menggunakan herba-herba tempatan mereka," katanya penggunaan tungku diguna secara meluas di dunia. Tungku garam popular digunakan di Sabah, Kemboja, Thailand dan Filipina dan Indonesia. Dek minat yang mendalam terhadap terapi kampung, Raja Andak telah mempromosikan amalan bertungku ke Singapura, Medan dan Jakarta di Indonesia yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia. "Terapi kampung seperti bertungku perlu diketengahkan kepada generasi baharu yang tidak tahu langsung nama herba, khasiat serta teknik penggunaannya," ujarnya yang turut menjual tungku pasir dan tungku garam. Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak, Tengku Azmanira Raja Husin, 39, sependapat dengan Raja Andak bahawa bertungku tidak hanya dilakukan dalam tempoh berpantang sahaja. Anak ketiga daripada lapan beradik dari Besut, Terengganu itu mendalami mengenai amalan bertungku daripada ibunya Tengku Azizah Tengku Ismail, 65, seorang bidan kampung di Kampung Alor Lintang, Besut. Bertungku untuk ibu-ibu selepas bersalin membantu mengecut dan membaiki sistem peranakan, melembutkan urat-urat dan melancarkan pengaliran darah. Pengetahuan berpantang Tengku Azmanira turut menafikan pandangan bahawa wanita yang melahirkan anak secara caesarean tidak boleh bertungku. "Mereka masih boleh bertungku tetapi tunggu selepas seminggu. Bertungku boleh dilakukan di bahagian kaki, belakang betis dan paha," katanya mengakui bahagian perut di tempat pembedahan tidak boleh ditungku. Bagaimanapun, mereka yang menghidap hipertensi tidak dinasihatkan terus bertungku dan mengambil jamu bagi mengelakkan tekanan darah mereka meningkat mendadak. Mereka boleh berbuat demikian hanya selepas tempoh tiga minggu bersalin. Pernah berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Selayang selama 15 tahun, Tengku Azmanira mahu berkongsi ilmu kepada para ibu. Beliau yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Sungai Buloh di bahagian ibu dan anak menjelaskan, berdasarkan pemerhatiannya ramai ibu tiada pengetahuan bagi menjalani tempoh berpantang. Justeru, kepada wanita yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai tip penjagaan kesihatan, boleh layari blog http://bidanbersalin.blogspot.com. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 10:18 PM PDT "KOPI percuma, kopi percuma! Sila beratur untuk mendapatkan kopi anda," jerit seorang gadis genit, sambil menggamit pengunjung ke gerai pamerannya Royal Vietnam Moka. Aroma kopi yang segar membuatkan orang ramai berpusu-pusu beratur untuk meneguk kopi yang diberikan. Selang beberapa gerai dari ruang pameran Royal Vietnam Moka, suasana yang sama juga dapat diperhatikan di sebuah trak Nescafe. Ramai yang tidak kisah menunggu dalam barisan panjang semata-mata untuk menikmati secawan Nescafe panas. Sejak empat tahun lalu, menjelang pertengahan Mac, kawasan tanah tinggi Buon Ma Thuot di daerah Dak Lak, Vietnam bertukar wajah menjadi sebuah tapak pesta. Dengan status sebagai pengeluar kedua terbesar kopi di dunia, Vietnam selayaknya menjadi penganjur sebuah Festival Kopi yang mengumpulkan pencinta minuman itu dari seluruh dunia. Diadakan dari 10 hingga 14 Mac, ia berjaya menarik pakar kopi dari Brazil, Colombia, Indonesia, India, Mexico dan Guatemala. Setakat tahun 2012, Vietnam berada di belakang Brazil sebagai pengeluar terbesar kopi dunia dengan penghasilan sehingga 1.6 juta tan setahun. Namun, uniknya di Festival Kopi Vietnam ini pengunjung bukan sahaja berpeluang melawat ruang pameran yang mempamerkan jenis-jenis kopi, teknik menyediakan kopi atau cara yang betul menikmati secawan kopi. Bagi memeriahkan festival tahunan ini, penganjur turut menyajikan pelbagai aktiviti lain seperti perarakan, persembahan muzik, tarian dan pertandingan ratu kopi. Tahun ini, Nguyen Lam Diem Trang dari selatan Vinh Long ditabalkan sebagai Ratu Kopi Vietnam 2013. Mahasiswi Universiti Ho Chi Minh itu bukan sahaja menawan 10,000 penonton dengan kecantikannya, bahkan dengan penguasaan pengetahuan kopi. Tidak ketinggalan, menambahkan lagi ragam pada Festival Kopi Vietnam sekumpulan gajah turut diarak masuk ke kawasan festival sebagai kejutan kepada pengunjung. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 10:16 PM PDT
PENGEDAR kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila menawarkan pasaran tempatan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) iaitu Mitsubishi i-MiEV (Mitsubishi Innovative Electric Vehicle). Pelancaran rasmi kenderaan tersebut diadakan di pusat EV pertama MMM, SAG Star yang terletak di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Kuala Lumpur. i-MiEV ditawarkan pada harga RM136,118 seunit (di atas jalan, tidak termasuk insurans) dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu putih dan dua tona putih merah. Untuk makluman, projek EV Mitsubishi Motors Corporation (MMC) bermula seawal tahun 1969 menerusi model MINICAB EV. MMC kemudian meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) model EV dengan memberi perhatian khusus kepada aspek motor dan bateri. Pada tahun 2006, MMC membangunkan i-MiEV. Sebenarnya, i-MiEV bukanlah model yang terlalu asing. Dibina berasaskan kepada model kompak (dipanggil kei kar di Jepun) Mitsubishi i, MMC giat menguar-uarkan tentang jentera tersebut sejak empat tahun lalu. i-MiEV dilancarkan pada Julai 2009 buat pertama kalinya di Jepun. Sejak itu, kereta comel tersebut mula mendapat perhatian dunia. Dalam tempoh beberapa tahun itu juga i-MiEV mengalami perkembangan yang memberangsangkan, sebelum ia diperkenalkan di pasaran Eropah pada akhir 2010 dan ke Amerika Utara setahun kemudian. Di pasaran Eropah, i-MiEV tampil sebagai Peugeot iOn serta Citroen C-Zero, hasil kolaborasi antara MMC dan PSA Peugeot Citroen. i-MiEV yang khas untuk pasaran Amerika Utara, dikenali sebagai Mitsubishi i dikatakan bersaiz lebih besar dan memiliki banyak ciri berbanding i-MiEV standard. i-MiEV terus mencatat pencapaian signifikan apabila Mitsubishi i berada di ranking pertama dalam senarai Garis Panduan Bahan Api Tahunan yang dikeluarkan oleh pihak Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada tahun 2011. Mitsubishi i menjadi kenderaan paling cekap bahan api yang pernah dinilai oleh EPA, sebelum ia dikalahkan oleh model Honda Fit EV pada Jun 2012. Sumber kuasa i-MiEV datang daripada pek bateri lithium-ion yang menggerakkan satu unit motor elektrik. Bateri berkapasiti 330V itu diletakkan di dek bawah lantai. Sementara motor elektrik diletakkan di bahagian bawah ruang kargo. Motor elektrik berkenaan mampu menghasilkan kuasa mencecah 49kW dan tork 180Nm. Kelajuan maksimumnya ialah 130 kilometer sejam. Boleh tahan juga lajunya. Meninjau bahagian kabin, i-MiEV dilengkap sistem hiburan double DIN dengan skrin sentuh bersama navigasi GPS. Penjimatan Signifikan Sehinga kini, MMC telah menghasilkan kira-kira 33,000 unit EV, selain membentuk kerjasama dengan 107 syarikat swasta dan awam di seluruh dunia. Kerjasama itu melibatkan pelbagai inisiatif seperti ujian bersama dan aktiviti pendidikan mengenai keperluan infrastruktur EV. Kenapa anda perlu membeli i-MiEV? Alasan utama adalah penjimatan. Pertamanya dari segi kos minyak yang dapat dikurangkan dengan signifikan. Sebabnya, untuk mengecas penuh i-MiEV, caj yang dikenakan cuma RM3.50 berdasarkan kepada tarif elektrik semasa. Dengan RM3.50 jarak yang boleh dicapai adalah sejauh 150 kilometer. Jadi, kosnya hanya 3 sen bagi setiap kilometer. Tidak cukup? Baiklah, cukai jalan untuk i-MIEV hanya RM10 setahun. Jumlah itu diperoleh selepas perbincangan dibuat antara MMM dan bahagian teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). MMM juga menyatakan bahawa syarikat insurans tidak ada masalah untuk menawarkan perlindungan insurans buat i-MIEV. Hasilnya, ia hanya dikenakan caj seperti kenderaan bersesaran 660cc. Memang murah! Bagi memberi ketenangan fikiran buat pemiliknya, i-MiEV hadir dengan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun. Selain jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan sehingga 100,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu). "Penyelenggaraan akan dilakukan pada setiap 20,000 kilometer dan apa yang ditukar cuma penapis pendingin hawa dan minyak brek. Itu sahaja. Selebihnya melibatkan pemeriksaan diagnostik bagi memastikan semua komponen elektronik dapat beroperasi dengan baik," kata Perunding Teknikal MMM, Francis Tan. Selain pembeli individu, MMM menyasarkan i-MiEV kepada syarikat korporat yang menggunakan kenderaan dalam jarak yang pendek dan peka terhadap alam sekitar. Menyentuh tentang insentif cukai terhadap kenderaan hibrid dan elektrik yang akan tamat pada Disember 2013, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda yakin bahawa kerajan faham bahawa EV bukan lagi kenderaan untuk tujuan ujian. Tetapi sudah boleh ditawarkan kepada orang ramai secara meluas. Justeru, kerajaan pasti akan menimbang untuk meneruskan insentif tersebut. Harus tahu juga bahawa harga yang ditawarkan untuk memiliki sebuah i-MiEV juga termasuk dengan pemasangan poin pengecasan. "Kami bukan sekadar menjual kereta tetapi turut perlu memastikan poin pengecasan yang selamat. Jadi, setakat ini, lokasi pengecasan terbaik adalah di pusat EV. "Bagi proses mengecas di rumah pula, ia mungkin agak sukar untuk mereka yang tinggal di kondominium atau atau pangsapuri. Melainkan anda mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan kondo untuk menyediakan satu tempat mengecas khas," kata Ketua Pemasaran dan Produk MMM, Shoen Saito. Saito juga memberitahu, perancangan untuk mewujudkan stesen pengecasan pantas memang ada. Malah pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak di Malaysia. Sebagai permulaan, SAG Star menjadi pusat EV yang pertama dan menawarkan kemudahan mengecas secara percuma untuk semua pemilik EV dengan keutamaan diberikan kepada pemilik i-MiEV. MMM merancang untuk menambah pusat EV kepada lima dalam tahun kewangan tahun ini. Dengan kos RM250,000 setiap satu, lokasi pusat EV itu bakal tertumpu di kawasan Lembah Kelang. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sudah benar-benar bersedia untuk mengadaptasi teknologi ini sepenuhnya? Sama-sama kita nantikan. | ||||
BMW Motorrad tawar dua model enduro Posted: 29 Mar 2013 10:15 PM PDT BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menerusi BMW Motorrad baru-baru ini memperkenalkan dua model motosikal enduro baharu ke pasaran tempatan. Dua model yang menjanjikan kepuasan tunggangan untuk para peminat jentera off-road itu ialah BMW F 700 GS dan F 800 GS. BMW F 700 GS merupakan produk baharu yang diperkenalkan bagi menggantikan model sedia ada iaitu F 650 GS. BMW F 700 GS disasarkan kepada mereka yang kurang berpengalaman dalam tunggangan off-road. Tetapi mahukan sebuah jentera berprestasi tinggi serta ekonomikal untuk kegunaan harian. BMW F 800 GS pula merupakan model yang ditambah baik daripada model sebelumnya. F 800 GS mengabungkan keupayaan jelajah dan kualiti tunggangan di laluan off-road. Konsep reka bentuk kedua-dua model tersebut turut berubah daripada karakter urban kepada lebih maskulin dan kontemporari. Kedua-duanya dilengkapi enjin dua silinder bersesaran 798cc dengan sistem penyejukan cecair. Bahan api diperoleh menerusi sistem pancitan kawalan elektronik. Kotak gearnya ialah enam kelajuan. Biarpun begitu, ledakan kuasa bagi kedua-dua model itu agak berbeza. F 700 GS berupaya menjana output maksimum sebanyak 75hp @ 7,300rpm dengan kuasa kilas setinggi 77Nm @ 5,300rpm. Untuk F 800 GS pula, ia lebih berkuasa apabila kuasa maksimumnya mencecah 85hp @ 7,500rpm. Sementara torknya pula sebanyak 83Nm @ 5,750rpm. Sistem brek antikunci (ABS) didatangkan sebagai ciri standard bagi kedua-dua model berkenaan. Ciri lain yang turut ditawarkan termasuklah Automatic Stability Control (ASC) dan Electronic Suspension Adjustment (ESA). BMW F 700 GS ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu kelabu, merah dan perak. F 800 GS pula didatangkan dengan pilihan warna tembaga, biru dan putih. Harga jualan atas jalan tidak termasuk insurans bagi F 700 GS ialah RM79,800 dan F 800 GS pula dijual pada harga RM89,800. Ia boleh didapati menerusi semua pengedar sah BMW Motorrad di seluruh negara. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 10:14 PM PDT SEPERTI kita sedia maklum, Honda ialah nama besar dalam industri automotif. Produknya pelbagai, bukan hanya setakat kereta dan motosikal. Bahkan bermula daripada sekecil generator pasar malam hinggalah ke pesawat peribadi. Nilai kejuruteraan yang ada pada syarikat itu sangat besar dan berjaya pula dalam memasarkan produk-produk mereka. Jika Honda mempunyai universiti, saya yakin ramai juga yang ingin belajar di sana. Produk kenderaan mereka sebenarnya banyak, ada yang kecil dan besar. Cuma untuk pasaran global, hanya beberapa model sahaja yang dikenali umum. Antara model-model tersebut ialah Jazz, Civic dan Accord. Civic dan Accord misalnya sudah berpuluh tahun berada dalam pasaran dan merupakan model pembuka jalan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS). Senang kata, kedua-dua model tersebut merupakan bread & butter untuk Honda. Baru-baru ini di Thailand, Honda telah memperkenalkan kepada umum Accord generasi kesembilan. Model serba baharu itu menampilkan reka bentuk elegan sebagai refleksi kepada citarasa pelanggan. Ia bagi memenuhi kehendak pasaran yang mahukan kereta dengan ciri-ciri mewah, selesa, ada gaya dan sofistikated. Dengan reka bentuk baharu sepenuhnya, Accord turut didatangkan dengan teknologi pemanduan pintar untuk prestasi yang lebih responsif, selamat dan cekap bahan api. Semuanya bagi memenuhi agenda hijau yang merupakan arus perdana dalam dunia automotif hari ini. "Sejak pengenalannya pada tahun 1976 hingga penghujung 2012, Honda Accord telah berjaya menambat hati konsumer global dengan jualan terkumpul sebanyak 19 juta unit di 160 buah negara seluruh dunia. Jualan di Thailand pula adalah sebanyak 138,229 unit sejak tahun 1984 hingga penghujung 2012," jelas Naib Presiden Eksekutif, Honda Automobile (Thailand) Co. Ltd., Pitak Pruittisarikom. Dengan adunan ideal yang terdiri daripada kemewahan, elegan, reka bentuk sporty serta ciri-ciri aerodinamik yang ditambah baik, Accord baharu tampak lebih kemas, garang dan elegan. Mewah dan selesa Gril hadapannya diperkemas, manakala lampu belakang LED pula nampak kontemporari dan korporat. Bahagian dalaman pula nampak seperti ingin meraikan pemandu dan penumpang dengan keselesaan dan kemewahan. Kerusi yang besar memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Kabin yang lebih luas didatangkan dengan kerusi bersama kontur rekaan semula. Tempat duduk pemandu boleh dilaras secara automatik dengan lapan pergerakan dan fungsi ingatan (memory seat). Kerusi sebelah penumpang juga boleh dilaras secara automatik dengan empat pergerakan. Kemudahan lain ialah Active Noise Control (ANC) yang menawarkan pemanduan senyap, kawalan suhu automatik dua zon, Adaptive Cruise Control (ACC) yang mampu mengawal kenderaan secara automatik mengikut kenderaan hadapan dan One Push Ignition System. Sistem multimedia pula terdiri daripada skrin berwarna bersaiz sembilan inci (Multi-Information Display 9i-MID) dan sistem navigasi. Dengan antara muka pintar, pemandu boleh mengawal sistem audio dan Bluetooth telefon bebas tangan menggunakan On-demand Touch Panel. Menguasakan Honda Accord serba baharu ialah enjin 2.4 liter i-VTEC berkuasa 174hp dengan tork 225Nm. Enjin 2.0 liter i-VTEC pula berkuasa 155hp dengan tork 190Nm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi lima kelajuan automatik. Melalui Accord baharu ini juga, Honda memperkenalkan sebaris teknologi keselamatan terkini yang biasanya terdapat pada kereta mewah buatan Eropah. Antara teknologi yang dipakejkan ialah Collision Mitigation Brake System (CMBS). Ia berfungsi memberi amaran kepada pemandu jika objek hadapan terlalu dekat, seterusnya cuba untuk membrek bagi mengelak atau mengurangkan risiko kemalangan. Honda Lane Watch Blind Spot Display pula membantu dalam memerhatikan objek pada sisi kereta. Sementara Active Cornering Lights membantu pemandu sewaktu melalui selekoh pada waktu malam. Teknologi keselamatan lain ialah lampu LED siang hari, beg udara depan, i-side (sisi), Vehicle Stability Assist (VSA), Motion Adaptive Electric Power Steering (MA-EPS), Hill Start Assist (HSA), ABD, EBD, Emergency Stop Signal (ESS) dan cermin sisi tingkap depan dengan pengalir air serta cermin sisi hydrophilic untuk membantu penglihatan. Apa yang ditawarkan Honda pada Accord generasi kesembilan ini sangat impresif. Dengan ciri sedia ada pada kenderaan Honda seperti penjimatan minyak dan kos pemilikan yang rendah, kemudian digabungkan pula dengan teknologi yang ditawarkan pada kereta mewah Eropah. Ia seperti kahwin campur antara pasangan Asia dan Eropah seterusnya menghasilkan suatu yang unik. Paling penting pelanggan tidak perlu lagi berhabis wang untuk menikmati teknologi yang canggih dan selamat. Senang cerita, spesifikasi Eropah tetapi pada harga Jepun. Tidak sabar rasanya untuk menunggu Accord spesifikasi Malaysia. Jika sama hebat seperti Thailand, nampaknya pengeluar lain dari Korea, AS dan Eropah mungkin agak goyah. Apa guna inovasi dan teknologi jika tidak boleh dinikmati ramai. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 10:13 PM PDT
POKOK buah-buahan, ladang sayur-sayuran, tumbuhan yang menghijau umpama mengalu-alukan kedatangan tetamu ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Terletak di tengah-tengah kesibukan antara Kuala Lumpur dan Putrajaya, berkeluasan 1,108 hektar, UPM mempunyai potensi besar menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Universiti penyelidikan itu mempunyai banyak lokasi menarik, prasarana dan keindahan landskap serta keunikan alam yang tersembunyi. Bahkan, institusi itu juga mampu membuatkan pelancong teruja meneroka sambil memperoleh ilmu-ilmu baharu. Taman Konservatori Pertanian, Muzium Anatomi Manusia, Pusat Ekuin, ladang rusa, lembu dan kambing antara sebahagian tarikan yang boleh dikunjungi. UPM ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 di kawasan seluas 8.8 hektar di Serdang. Ketika itu hanya dua program ditawarkan iaitu Program Diploma tiga tahun dan Program Persijilan setahun di dalam bidang pertanian. Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian tersebut telah dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang itu bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya pada tahun 1973. Pada 3 April 1997, namanya ditukar ke Universiti Putra Malaysia. Sebelum ini, institusi pengajian tinggi di negara ini hanya dikunjungi golongan tertentu sahaja seperti pelawat akademik atau ibu bapa yang melawat anak-anak di asrama atau pada hari konvokesyen. Namun seiring dengan perubahan zaman, orang ramai berpeluang meneroka keunikan universiti. "Melalui edu-pelancongan, pelancong dari dalam dan luar negara bukan sahaja dapat menikmati keindahan dan kemudahan di UPM, malah mendapat ilmu sepanjang lawatan tersebut," kata Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Agribio, Putra Science Park, UPM, Profesor Madya Dr. Faridah Qamaruz Zaman. Edu-pelancong dipelopori oleh UPM yang bermaksud melancong sambil belajar. Menurut Faridah, salah satu tarikan utama ialah Taman Konservatori Pertanian yang berkeluasan dua hektar. Taman ini berfungsi sebagai lokasi penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan rekreasi alam. Menariknya, taman ini mempunyai lebih 500 spesies yang dibahagikan kepada 10 zon iaitu halia, tumbuh-tumbuhan ubatan, paku-pakis, ulam-ulaman, tumbuhan akuatik, orkid liar, periuk kera, keladi, rempah ratus dan tumbuhan wangian. Berada di taman ini, timbul rasa teruja apabila melihat pelbagai tumbuhan eksotik dan fungsinya. Adakalanya, tumbuh-tumbuhan tersebut sering kita lihat dan kehadirannya tidak dihargai tetapi apabila berada di taman ini dan mengetahui keistimewaan daripada jurupandu terasa pula rasa menyesal. "Kalau sekadar berjalan mengelilingi taman ini, setengah jam sahaja sudah cukup tetapi jika mendengar penerangan tentang tumbuh-tumbuhan yang kami berikan pasti lebih satu setengah jam. "Bagi memudahkan pengunjung, kebanyakan spesies telah diletakkan maklumat mengenainya termasuk nombor tertentu. Selain itu, taman ini turut dilengkapi kemudahan pelayaran internet WiFi bagi membolehkan pelawat mengakses laman web www.acp.upm.my. "Laman web ini memaparkan maklumat lengkap berserta gambar spesies tumbuhan tertentu dengan memasukkan nombor setiap pokok," kata Penolong Pegawai Pertanian Kanan yang juga penyelaras taman tersebut, Tajuddin Abdul Manap. Ladang lembu Kawasan ladang yang luas memberi kelebihan kepada UPM untuk menternak lembu. Terdapat dua ladang lembu iaitu lembu tenusu dan lembu daging. Tatkala memasuki kawasan ladang ini, keluasan kawasan ladang yang berbukit memberikan suasana pemandangan menarik. Jadi tidak hairanlah, ia menjadi pilihan orang ramai bergambar termasuk pasangan raja sehari, penerbit drama atau filem dan iklan. Di kandang lembu tenusu, pengunjung berpeluang untuk melihat proses memerah susu, memberi minum susu kepada anak lembu atau sekadar mengambil gambar. Ladang rusa Tidak seperti zoo, ladang rusa UPM berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pembelajaran, pengeluaran dan untuk dijual. Terdapat 200 ekor rusa di ladang tersebut. Melihat gelagat rusa mandi-manda di tepi kolam, berkejar-kejaran atau berehat di bawah pokok secara tidak langsung membantu menghilangkan tekanan akibat beban kerja di pejabat. Jangan terkejut, terdapat dua ekor anak rusa jinak di ladang ini yang mesra pengunjung. Pengunjung juga berpeluang bergambar secara dekat dan memberinya minum susu botol.
Pengunjung juga boleh membeli daging rusa pada harga RM35 sekilogram atau seekor antara RM1,200 hingga RM1,600. Namun, jualan hanya dilakukan jika bilangan rusa berlebihan di ladang tersebut. Muzium Anatomi Manusia Adakah anda seorang yang lemah semangat? Jika ya, anda perlu memikirkan sama ada hendak masuk atau tidak ke Muzium Anatomi Manusia. Bagaimanapun, ia sesuatu yang merugikan jika tidak melawat muzium ini kerana banyak maklumat berharga boleh diperoleh. Di muzium ini, pengunjung berpeluang mengetahui anatomi dan fungsi-fungsi organ seperti jantung, paru-paru dan tulang. Selain, melihat model-model rekaan, model sebenar manusia yang diawet turut dipamerkan bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Jurupandu atau koordinator muzium terdiri daripada pelajar perubatan atau staf Jabatan Anatomi Manusia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM bersedia memberikan penerangan berkaitan bahan-bahan pameran. Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak, muzium ini secara tidak langsung memberi mereka pendedahan tentang dunia kedoktoran. Pusat Jualan Ketika melancong tidak sah jika tidak membeli barangan buah tangan untuk dibawa pulang. Kunjungilah Pusat Jualan Taman Pertanian Universiti yang menawarkan pelbagai barangan jualan termasuk anak benih pokok seperti durian, belimbing dan rambutan. Di pusat itu juga, pelbagai hasil pertanian keluaran UPM seperti sayur-sayuran, buah-buahan, susu lembu, kambing dan daging dijual pada harga berpatutan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |