Isnin, 4 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Sharifah Sofia Hamil Anak Ke-2

Posted: 03 Mar 2013 09:57 PM PST

Tahniah kepada pelakon, Sharfiah Sofia yang dikhabarkan kini telah hamil/mengandung anak ke-2 hasil perkahwinannya dengan Syed Ismail. 

Sharifah telah memuatnaik gambar scan (imbasan) perut anak ke-2 berkenaan di dalam laman sosialnya baru-baru ini.

 Anak sulung, Sharifah Sofia bernama Sharifah Ariana.

Gambar Dynas Mokhtar Terkini

Posted: 03 Mar 2013 09:00 PM PST

Dynas Mokhtar yang selamat melahirkan anak ke-2 pada bulan Jun 2012 yang lalu kini semakin aktif dengan kerjaya dan personalitinya. Bahkan ada orang yang mengelarkannya sebagai 'hot mama'.

Memang tidak menjadi satu penafian, Dynas masih lagi kelihatan anggun dan berseri dengan style dan gayanya yang terbaru. Dan kembali sebagai seorang pelakon.

Gambar Mia Sara Jadi Duta Dutch Lady

Posted: 03 Mar 2013 08:00 PM PST

Baru-baru ini bertempat syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) telah melantik pelakon kecil molek, Mia Sara sebagai duta untuk produk kanak-kanak keluaran syarikat berkenaan.

Pemilihan Mia ini dibuat kerana dia memiliki bakat berlakon dan juga memenangi pelbagai anugerah kategori kanak-kanak. Mia menyatakan yang dia suka dengan produk syarikat berkenaan seperti Dutch Lady 6+ perisa coklat. -gambar Budiey

'Abby Abadi = Ustazah Jadian' -Zed Zaidi

Posted: 03 Mar 2013 07:00 PM PST

Sudah hangat mengenai isu Lahad Datu yang dikatakan Abby sebagai mainan politik baru-baru ini, kini Presiden Seniman, Zed Zaidi yang memetik portal Utusan semalam menyatakan yang Abby Abadi digelar sebagai 'Ustazah Jadian'. Bahkan tambah Zed lagi, Abby mampu memesongkan akidah umat Islam di Negara ini.

Komen ini dibuat oleh Zed sebagai membidas dakwaan Abby yang menuduh selebriti sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari syariat Islam, ditambah lagi lupa diri akan rezeki Allah.
"Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

"Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," -Zed
 

Isu Lahad Datu adalah politik! -Abby Abadi

Posted: 03 Mar 2013 05:24 PM PST

Isu pencerobahan 'tentera diraja kesultanan Sulu' di Lahad Datu memang kini menjadi isu yang hangat dan sememangnya menjadi perhatian utama seluruh rakyat Malaysia. Dan pelbagai status dan juga twitt yang dipost rata-rata menyentuh soal keselamatan di Sabah.

Pon begitu kita juga harus berbangga dengan mempunyai pegawai dan juga anggota keselamatan yang menjaga keamanan disana, walaupun difahamkan kini kalau tidak silap sehingga jam 6 pagi ini, seramai 8 anggota keselamatan Negara terkorban.

Namun tidak ketinggalan juga, ada pihak yang memanipulasikan isu ini sebagai agenda politik, tidak tahu sebelahmana namun ianya bukannya sesuatu yang perlu diketengahkan. Abby Abadi juga tidak ketinggalan memainkan isu Lahad Datu itu sebagai bahan politik di dalam laman sosialnya.

Tak tahu la ucapan takziah or al Fatihah kepada pewira terkorban tu Abby ada updates ke tak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines