Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Kereta mini elektrik mewah dijual RM211,607
- Anak hasil sperma penderma
- Srikandi dunia seni kontemporari
- Boleh tempah menu sendiri
- Pencarian Duta HerbaLine
- RTM Beri Ruang Kumpulan Rock Lama Beraksi Di 'Rockers Apa Khabar'
- Iqa Lebih Yakin Dengan Velvet
- Que Haidar Pilih 4 Pengarah Sahaja
- Tedung selar mengganas jaga 40 telur ular
- Demi mata wang lama
- Tiga sifu mencari bintang
- Ana Raffali pilih 800 peminat istimewa
- Produksi sensitif Ida Nerina
- Pengganas semakin tertekan
- Rumah pengganas akan diroboh
- Pelarian Rohingya ditemui kebulur
- Penasihat Kiram disoal siasat
- Alvarez berkayak sejauh 6,500 meter
- Alat implan elak darah beku dicipta
- Musang keluarkan najis kopi dipamerkan
- Ribut debu landa Tokyo
- Pusat tumpuan industri marin
- Dimensi baharu pementasan Secret Cinema
- Karya agung Enid Blyton
- Nukilan seni Kaer Azami
Kereta mini elektrik mewah dijual RM211,607 Posted: 11 Mar 2013 08:15 PM PDT ZAGREB, Croatia - Seorang ahli perniagaan, Vjekoslav Majetic mengendalikan sebuah syarikat Dok-Ing di sini yang mengeluarkan kereta elektrik mini yang mewah. Majetic yang berusia 57 tahun sebelum ini bercita-cita untuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik semasa dia masih kecil. Beliau yang merupakan bekas jurutera pengangkutan mula menjadikan ideanya itu sebagai realiti lima tahun lalu apabila sebuah kereta prototaip yang dihasilkannya, Loox dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Geneva di Switzerland pada tahun 2010. Kebanyakan komponen kereta elektrik tiga tempat duduk itu dibuat di Croatia. Komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan kereta tersebut berkualiti tinggi seperti badannya diperbuat daripada karbon kevlar. Bahan-bahan berkualiti tinggi itu menyebabkan harga kereta itu mahal iaitu AS$68,000 (RM211,607) berbanding kereta elektrik lain. Kereta sepanjang 2.9 meter itu boleh mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 7.5 saat berdasarkan meter laju. Masa untuk mengecaj kereta itu ialah tiga hingga lapan jam. Syarikat itu merancang untuk menghasilkan lima buah kereta tersebut menjelang tahun ini. | ||
Posted: 11 Mar 2013 08:13 PM PDT
HIDEAKI KATO menemui identiti sebenar dirinya secara tidak sengaja. Semuanya bermula apabila beliau menjalani latihan perubatan kira-kira 10 tahun yang lalu. Doktor Jepun itu yang kini berusia 39 tahun telah menjalankan ujian darah terhadap ahli-ahli keluarganya. Hasil keputusan ujian darah itu amat mengejutkan Kato apabila mengetahui beliau sebenarnya tiada pertalian darah dengan ayahnya. Mengetahui kebenaran itu, Kato mengesyaki ibunya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain memandangkan bapanya suatu ketika dahulu sering bertugas di luar daerah. Kato kemudian menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengetahui siapakah bapa kandungnya yang sebenar. Namun, Kato akhirnya diberitahu, ibu bapanya sejak awal menyembunyikan kemandulan bapanya daripada beliau. "Saya berasa separuh badan seolah-olah mahu rebah. Saya bertanya kepada diri sendiri, mungkinkah selama ini senyuman yang terukir di bibir ibu bapa ketika saya kecil adalah palsu?" soalnya. Namun demikian, hasrat Kato untuk menjejaki lebih lanjut mengenai perkara tersebut terbantut kerana mendapat halangan daripada ibu bapanya. Selain itu, tiada undang-undang yang membenarkan dia mengakses lebih lanjut mengenai butiran genetik di Jepun. Begitupun, masalah penderma sperma tanpa nama adalah satu cabaran yang dikongsi oleh beribu-ribu orang di Jepun serta di negara lain yang menawarkan sperma tanpa nama. Oleh itu, ramai yang mengalami masalah identiti apabila mahu menjejaki semula latar belakang mereka. Mereka juga tertanya-tanya tentang kewujudan abang dan kakak. Mereka berasa bimbang kemungkinan menjalani hubungan dengan adik-beradik sendiri. Kebimbangan itu telah menyebabkan ramai kanak-kanak yang mengandung menerusi penderma sperma tanpa nama menyarankan amalan tersebut diharamkan. "Saya berharap ia diharamkan. Mengapakah ia diterima pakai? Bagi saya, teknologi itu satu cara untuk berpura-pura bahawa anda mempunyai 'keluarga' sedangkan ia sebenarnya menyembunyikan kemandulan. "Saya tidak mahu anak-anak hasil penderma sperma tanpa nama berasa sedih seperti mana yang saya alami sekarang," tegas Kato. Tidak bersendirian Seorang lagi mangsa yang lahir daripada proses yang sama, Olivia Pratten yang berasal dari Kanada telah memfailkan tuntutan mahkamah untuk mengetahui keturunan genetiknya. Pada tahun 2011, Britain telah menggubal undang-undang untuk membolehkan kanak-kanak yang dilahirkan menerusi proses sperma penderma mengetahui identiti ibu bapa kandung mereka. Mengikut laporan akhbar Kanada, undang-undang tersebut digubal pada bulan November tahun lalu tetapi Pratten boleh membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi. "Industri kesuburan suka menipu dan mendakwa masih belum ada penderma. Ia sememangnya palsu. Negara-negara lain seperti New Zealand, Sweden, United Kingdom, Australia telah mengharamkan teknologi ini," katanya. Pada tahun 2005, Britain mengubah undang-undang supaya individu yang lahir daripada proses itu boleh mengetahui tentang identiti mereka. Di negara Jepun, terdapat peraturan baharu bagi doktor menjalankan prosedur berkenaan. "Ia lebih kompleks untuk menjalankan sistem terbuka, tetapi hak dan keperluan kanak-kanak yang dilahirkan mesti disimpan. "Saya bersimpati kepada mereka yang menghadapi kemandulan, tetapi keinginan untuk mempunyai keturunan genetik perlu dihormati bagi ibu bapa dan kanak-kanak," ujarnya. Pelopor rawatan kesuburan di Jepun, Netsu Yahiro berkata, beliau tidak boleh mengabaikan keinginan pesakit untuk mempunyai anak. "Jika seorang kanak-kanak yang lahir daripada penderma sperma menghadapi krisis identiti, ia akhirnya akan meredakan kemarahan jika terdapat kepercayaan antara anak-anak dan ibu bapa," kata Netsu. Begitupun, beliau bersetuju kanak-kanak harus mempunyai hak untuk mengetahui sejarah genetik mereka. Sementara tu, Profesor dari Universiti Tezukayama, Mari Saimura terpilih untuk mewujudkan undang-undang mengenai isu itu. "Jepun hanya boleh meluluskan teknologi itu selepas menetapkan garis panduan untuk menjamin hak rakyat mengetahui identiti mereka," katanya. Namun dalam kes Kato, peluang untuk dia mengetahui siapakah bapa kandungnya masih lagi kabur. "Saya tidak pernah lupa tentang bapa biologi saya. Saya sentiasa membawa senarai penderma. Saya cuma mahu mengetahui asal usul genetik saya," jelas Kato. | ||
Srikandi dunia seni kontemporari Posted: 11 Mar 2013 08:12 PM PDT
PERNAH bersama-sama Galeri Wei Ling, menjayakan dua pameran seni solo utama, Yusof Ghani, 63, mengakui wanita di sebalik galeri tersebut adalah seorang yang mempunyai semangat dan kekuatan setanding kaum lelaki. Wanita itu, Lim Wei Ling juga dilihat sebagai seorang yang mengangkat martabat industri seni kontemporari tanah air melalui semangat penuh agresif setiap kali mengendalikan sesebuah pameran. "Kadangkala saya sendiri kelam-kabut untuk memenuhi permintaannya. Tetapi, harus diakui Wei Ling menjadi batu loncatan kepada industri seni kontemporari," ujar Yusof Ghani. Pernah berkerjasama mengadakan pameran pada awal pembukaan Galeri Wei Ling di Townhouse, Bangsar serta di Jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur, Yusof berkata pada waktu itu, Wei Ling begitu menghargai bakat artis-artis veteran. "Kini dia sudah mengubah sedikit pendekatan itu dengan memberi ruang kepada artis muda dalam mengembangkan karya seni kontemporari. Ia satu perubahan yang bagus bagi saya," kata Yusof semasa dihubungi melalui telefon. Antara dua pameran seni utama Yusof di Galeri Wei Ling ialah Segerak dan Biring, masing-masing diadakan pada tahun 2007 dan 2006. Semenjak memiliki ruang penghayatan karya seni, Wei Ling berjaya membina sebuah empayar tersendiri. Empayar yang menjadi titik permulaan dan penambah nilai kepada seni kontemporari. Mengetengahkan lebih 100 pameran dan melibatkan berpuluh-puluh orang artis seni di galerinya, Wei Ling juga pemilik kepada sebuah lagi galeri iaitu Wei Ling Contemporary di pusat beli-belah The Gardens di Bangsar. Sikap suka memilih Semua kejayaan serta reputasi Wei Ling dalam industri seni tempatan dan antarabangsa diakui disebabkan sikapnya yang suka memilih, mempelbagai dan mendalami setiap hasil seni sebelum disampaikan untuk pameran umum. "Saya percaya kepada hasil kerja seni yang sejati dengan kedalaman yang nyata. Bukan sekadar melukis di atas kanvas. Seorang artis harus bersikap mementingkan diri, berkarya untuk diri sendiri dan meminati setiap calitan yang dihasilkan olehnya. "Ia perlu menjadi koleksi peribadi terdahulu sebelum tujuan pameran," kata Wei Ling yang enggan bercakap tentang harga pada hasil sejati sesebuah karya. Menerangkan secara lanjut, Wei Ling berkata, lazimnya, dia akan meminta para artis iaitu peserta pameran untuk menampilkan hasil seni yang berbeza dari semasa ke semasa. Walaupun sesuatu hasil kerja seni mendapat sambutan menggalakkan, Wei Ling tidak meminta artis itu menghasilkan kerja yang serupa bagi pameran berikutnya. "Tetapi itu tindakan yang bersifat komersial. Saya pula lakukan demi reputasi, perkembangan dan kepuasan galeri serta artis. Maka, saya tidak boleh membekukan kreativiti mereka demi wang," katanya yang sedikit lari daripada naluri bisnes. Berdepan dengan situasi demikian, Wei Ling mengakui dia ialah seorang pemilik galeri yang sering meminta artis mempamerkan sentuhan berbeza. Fasa hidup Wei Ling percaya, perjalanan seseorang artis harus melalui kepelbagaian variasi, naik dan turun dalam perjalanan karier. Kisah suka duka golongan penggiat seni itu juga sesuatu yang indah untuk diketengahkan. "Ia seperti membaca sebuah buku. Apabila anda tiba-tiba menyelak muka surat 35, ia menceritakan satu fasa baharu. Di muka surat 40, ia sebuah lagi fasa berbeza. Anda tidak mahu mengulangi kisah yang sama dalam muka surat seterusnya," katanya. Menurutnya, jika kisah yang sama bakal diulangi, seelok-eloknya, artis hanya berhak menerbit buku empat muka surat sahaja, Wei Ling memberi kiasan. Gesaan dan permintaan Wei Ling ternyata menjadi intipati beliau dalam menjayakan perjalanan Galeri Wei Ling di arena tempatan serta di platform antarabangsa. Salah seorang artis Galeri Wei Ling, Anurendra Jegadewa, 43, mengalu-alukan tindakan Wei Ling yang tidak pernah sepi daripada menyemarakkan dunia seni kontemporari. Anurendra yang mengenali Wei Ling sejak tujuh tahun memberitahu, wanita itu sebagai seorang pengoperasi seni yang efisien dan mempunyai 'mata' dalam menghayati setiap penyampaian seni. "Dia mengambil berat terhadap pergerakan seni Malaysia dan antara perintis galeri seni. Jadi saya berbangga menjadi sebahagian daripada artis galerinya yang kini berkembang maju," kata Anurendra yang pernah mengadakan kira-kira lima pameran solo dan beberapa pameran berkumpulan bersama Galeri Wei Ling. Bangkit dari abu Wei Ling pernah tampil dengan karya lukisan yang dipamer secara solo di ruang tertutup pejabat bapanya, di Town House Gallery di Bukit Bandaraya, Bangsar pada tahun 2002. Graduan Rekaan Barangan Kemas dari Universiti Charles Sturt di New South Wales, Australia itu bukan sahaja terlibat dalam kerja seni sebagai pelukis dan pereka barangan kemas malah pernah menjadi broker saham selama tujuh tahun sebelum kembali kepada dunia seni. "Saya merasakan diri ini perlu kembali kepada dunia seni. Saya bermula di Town House," kata beliau. Begitupun, sebuah kejadian buruk pernah terjadi kepada Wei Ling dan juga bapanya, Jimmy C.S. Lim, 60. Pada tahun 2004, pejabat dan galeri Town House musnah sekelip mata dalam sebuah kebakaran yang tragis. Daripada serakan abu, beliau kembali semula ke titik mula dan bangkit meneruskan perjuangan memartabatkan seni berbekalkan sokongan ahli keluarga. "Kemudian kami berpindah operasi ke Brickfields. Bapa selaku seorang arkitek membantu saya mengatur sebuah galeri seni seperti yang anda lihat sekarang. Ia berlaku begitu sahaja tanpa dirancang," katanya. Anak kepada arkitek terkemuka yang pernah tersenarai antara 100 arkitek terbaik dunia itu mengakui bahawa keluarga beliau mempunyai cita rasa yang tinggi dalam bidang kreatif. Ibu beliau, Winnie Cheah, seorang pemain alat muzik, biola manakala abangnya, Lim Cho Wei, seorang arkitek, mengikut jejak langkah bapanya. "Saya direstui oleh seluruh ahli keluarga untuk berkecimpung dalam bidang ini. Bayangkan, ketika kawan-kawan saya mahu belajar menjadi akauntan, undang-undang, perubatan dan lain-lain, saya pula minta belajar seni. Kedua-dua ibu bapa akur dengan minat saya," kata Wei Ling. Sementara itu, suami beliau, Yohan Raj, pula sentiasa memberi dorongan dan membantu menguruskan operasi Galeri Wei Ling. Sehingga kini, antara nama-nama yang pernah dan terus mengadakan pameran di Galeri Wei Ling ialah Ivan Lam, Chin Kong Yee, Hamidi Haidi, Zulkifli Yosoff dan ramai lagi. Ini tidak ketinggalan artis seni antarabangsa seperti Amin Gulgee dari Pakistan dan Stewart Macfarlane dari Australia. | ||
Posted: 11 Mar 2013 08:10 PM PDT
KEPADA kaki makan di Johor waima pelancong dari Kota Singa, Restoran Selera Senibong Seafood (SSS) yang terletak di Kampung Senibong, Johor Bahru lazimnya menjadi pilihan untuk singgah makan malam. Populariti premis itu dapat diukur dengan kehadiran keluarga, rakan taulan, rakan bisnes, pasangan kekasih malah individu yang 'membayar' kepenatan dengan menikmati makanan lazat, memenuhi setiap ruang restoran itu pada hari- hari biasa atau hujung minggu. Pemilik restoran, Mohd. Fauzi Saadon, 44, bersama adiknya Hasbullah, 43, berkata, mereka tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang terlalu ramai menunggu giliran. "Kepada pelanggan yang masih mahu makan di restoran saya dan demi menjaga hati mereka, saya akan memujuk mereka dengan meminta mereka berjalan-jalan ke gerai-gerai jualan dulu dan tinggalkan nombor telefon. "Bila ada meja kosong, saya akan hubungi mereka. Namun kadangkala saya mencadangkan kepada mereka untuk singgah ke restoran bersebelahan," kata mereka senada. Servis pantas Apakah tarikan Restoran SSS? Barangkali hasil laut segar yang menepati cita rasa ramai. Restoran yang terletak di pesisir pantai yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan Restoran SSS lebih terserlah. "Di samping menikmati makanan hasil air tangan lapan tukang masak yang kesemuanya lelaki dan berkebolehan, pelanggan kami leka melihat keindahan pantai negara seberang. "Pemandangan para nelayan yang berulang-alik, feri yang membawa penumpang ke Batam dan kapal-kapal dagang yang berlabuh di situ akan menjadikan kunjungan mereka ke premis ini sesuatu yang cukup istimewa," katanya. Bagaimanapun, antara faktor yang menarik orang ramai ke restoran ini ialah servis yang pantas dan keramahan 40 orang pekerjanya. Justeru, tidak hairanlah, jika Restoran SSS menjadi pilihan beberapa tetamu penting seperti Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang juga merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk. Bercerita tentang menu Restoran SSS membuatkan sesiapa saja rambang mata untuk memilih. "Semua hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk. "Namun, apa yang istimewa di RSS ialah jika lauk yang dicadangkan tidak tersenarai dalam menu, kita juga akan memenuhi permintaan pelanggan untuk memasak resipi yang mereka ingini," kata Hasbullah sambil memberitahu mereka mendapatkan bekalan laut dari Pontian, Sedili, Mersing dan kadangkala dari Sabah dan Sarawak. Pada kunjungan Kosmo! baru-baru ini, Restoran SSS menghidangkan satu masakan baharu yang sangat menyelerakan iaitu udang galah stim lemak cili padi tanpa santan. Sebaliknya, chef SSS menggunakan susu cair menggantikan santan. Dengan membayar udang kara yang berharga RM120 untuk sekilogram, anda tidak akan menyesal. Kepada peminat siput gonggong yang lazimnya banyak terdapat di Johor, anda boleh mencuba masakan siput gonggong cili kering. Naik taraf Begitu juga dengan ketam lada hitam yang berharga antara RM60 hingga RM90 sekilogram. Itu tidak termasuk dengan udang goreng mentega, sotong goreng tepung, lala masak sambal dan kupang bercili. Jangan lupa kepada signatur makanan Restoran SSS ini. Ikan siakap kukus limau yang dicipta oleh pemiliknya Mohd. Fauzi beberapa tahun lalu menambat hati pelanggan-pelanggan tegar. Dalam sehari, beritahu Hasbullah, mereka akan menyediakan 40 kilogram (kg) ketam, 50 kg (udang) dan pelbagai jenis ikan lebih 80 ekor. "Pada hujung minggu atau cuti am, kuantitinya akan digandakan," katanya. Mohd. Fauzi dan Hasbullah mahu terus menggembirakan pelanggannya. Dengan rezeki yang semakin bertambah, mereka menaiktaraf restoran yang semakin menjadi tumpuan terutama dari Singapura, Jepun dan Asia Barat. "Alhamdullillah, dahulu tak berbumbung, kita tambah bumbung, dahulu cuma ada lapan meja, namun kini ada 90 meja yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa," katanya yang melakukan ubah suai dekorasi restorannya baru-baru ini. Kedua-dua beradik ini sepakat memilih konsep Minang kerana kata mereka, corak kesenian pada tiang, anjung dan lantai yang menggunakan kayu teruntun lebih menonjol. Mereka bercadang untuk menambah keluasan restoran dengan konsep terbuka yang lazimnya digemari oleh pengunjung. Di sebalik kejayaan pasangan beradik yang membangunkan perniagaan makanan laut, mereka belum bercadang mengembangkan bisnes tersebut ke luar Johor kerana mahu mengekalkan keaslian makanan tersebut. | ||
Posted: 11 Mar 2013 08:09 PM PDT MENURUT penyelidikan Statistics Brain pada Mac 2012, sebanyak 100,000 pertandingan ratu cantik diadakan di Amerika Syarikat setiap tahun. Di Malaysia juga, kita tidak ketinggalan dalam menganjurkan pertandingan ratu cantik, namun kesemuanya hanya mengutamakan kecantikan fizikal. Buat pertama kalinya, HerbaLine menganjurkan Pencarian Duta Kecantikan Untuk Semua 2013 yang tidak terhad kepada kecantikan fizikal. Pertandingan itu juga dibuka kepada wanita dan lelaki daripada semua peringkat umur. Menurut Pengarah Urusan HerbaLine, C.K. Low, pencarian duta itu adalah salah satu cara HerbaLine mengiktiraf kecantikan sejati dan memberi ganjaran kepada peserta yang mempunyai nilai-nilai kecantikan sejati. Acapkali apabila kecantikan ditakrif, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah penampilan fizikal seperti kecantikan paras rupa dan potongan badan. Begitupun, penyelidikan dan pengertian sebenar mengenai makna kecantikan pula berbeza. Kecantikan ditakrif sebagai kombinasi ciri seseorang atau benda yang menyeronokkan perasaan dan menceriakan minda. "Ini sekali gus membuktikan bahawa kecantikan adalah sangat individualistik dan boleh dinilai melalui pelbagai faktor seperti ciri-ciri perwatakan dan daya tarikan unik. "Selain itu, jangan sekali-kali memperkecilkan faktor X yang membezakan seseorang daripada orang lain," kata Low. Beliau menambah, pencarian tersebut adalah untuk mencari kualiti yang unik dan semangat yang tidak terbatas oleh usia. Ia boleh ditemui sama ada pada seorang remaja yang periang dan penuh bertenaga atau wanita berkerjaya yang mempunyai keyakinan dan semangat jati diri. "Jika anda dalam usia 60-an, kualiti kecantikan boleh dinilai dalam bentuk kematangan, semangat anda yang berhati muda dan kecergasan yang setanding dengan remaja. " Bagi lelaki pula, peribadi yang kami nilai termasuk keberanian, karisma dan tingkah laku yang menawan," tambah Low lagi. Bagi mereka yang berminat, boleh menyertai pencarian duta tersebut dengan mengunjungi laman web www.herbaline.com.my. Pada akhir peraduan ini, HerbaLine akan memilih 12 finalis untuk menyertai sesi bergambar dan pengundian untuk memilih duta akan dibuka kepada orang ramai. Hadiah Utama bagi empat duta Herbaline setiap seorang termasuk lawatan sehari ke Kuala Terengganu Heaven Spa (termasuk tiket penerbangan dan pengangkutan pergi-balik lapangan terbang), pasport rawatan muka peribadi tahunan sehingga 18 kali setahun dan juga pelbagai produk bernilai RM1,000. Nilai hadiah untuk setiap pemenang berjumlah RM3,999. Jika anda rasa anda mencerminkan ciri kecantikan sejati dan anda ingin menyertai atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman web www.herbaline.com.my atau hubungi talian 03-5121 5055. | ||
RTM Beri Ruang Kumpulan Rock Lama Beraksi Di 'Rockers Apa Khabar' Posted: 10 Mar 2013 09:38 PM PDT Penerbit bersekutunya, Megat Syafnir Farree berkata, hal ini membuatkan kumpulan-kumpulan rock yang tidak sempat menempa nama dalam industri muzik tempatan diberi dalam program 13 episod tersebut. "Usaha mengembalikan kegemilangan zaman rock kapak atas kerjasama RTM adalah satu penghargaan yang sangat besar setelah muzik ini pernah disekat satu ketika dahulu. "Selain itu, menerusi Rockers Apa Khabar, pihak RTM ingin membuat koleksi kumpulan-kumpulan rock yang pernah ada di negara kita," katanya pada pelancaran Rockers Apa Khabar di Dataran Palma, Ampang di sini, Ahad. Setiap kumpulan akan menyampaikan enam buah lagu popular masing-masing seperti Sinambungan Cinta oleh Graviti, Maya Percintaan (Utopia), Surat Dari Hiroshima (Satira), Bidadari (Lela), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Izinkan Selamanya Nama di Hati (EYE) dan Kain Cinta Putih (Putra). Menurut pengarah kreatifnya, Bakaruddin Daud yang juga merupakan ahli kumpulan Meditasi, program selama sejam itu bukan sahaja menampilkan persembahan nyanyian sahaja, bahkan juga kehidupan kumpulan-kumpulan tersebut. "Namun, muzik mereka masih lagi mantap dan bertenaga jika membuat persembahan. "Kumpulan-kumpulan rock otai sudah lama tidak mendapat publisiti di media. Apabila dapat berkumpul seperti ini untuk satu sesi fotografi, ia suatu pengalaman yang berharga buat kami," ujarnya. | ||
Posted: 10 Mar 2013 09:38 PM PDT Pemilik nama Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, sebagai vokalisnya berkata, keyakinan dalam membuat persembahan lebih tinggi terutamanya apabila ahli-ahli Velvet iaitu Shana Razma (pemain gitar kedua) dan Mira Fana (pemain gitar utama) mengiringinya berbanding menyanyi solo. "Lain seronoknya apabila mempunyai sebuah band (kumpulan) kerana keterujaan membuat persembahan sangat tinggi. "Malah saya lebih yakin apabila bersama-sama dengan Velvet. Kami bukan sahaja bersama di atas pentas semata-mata tetapi juga menjadi teman rapat dalam berkongsi ilmu muzik masing-masing. Shana pula berkata, walaupun nama Iqa yang juga merupakan bekas peserta akhir Mentor 5 lebih popular berbanding dirinya dan Mira yang masih lagi baru dalam industri muzik, ia bukan menjadi isu buat mereka. "Apabila minat kami sama, isu siapa yang lebih popular daripada siapa tidak akan timbul. Yang penting perhubungan akrab kami akan terjalin seiring dengan kelahiran muzik yang ingin kami tonjolkan buat khalayak umum. "Lagipun sebelum ini kami saling bekerjasama apabila Iqa mempunyai persembahan pentas, jadi kami masing-masing mempunyai keserasian dan Insya-Allah, Velvet akan kekal sampai bila-bila," ujar Shana. Sebagai 'pembuka kata', Velvet yang merupakan artis di bawah naungan KRU Music tampil dengan sebuah single berjudul Luka yang berkonsepkan pop rock dan komersil. "Luka dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim di mana ia mengisahkan mengenai perasaan seorang wanita yang dihampiri lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati. Wanita itu pula tidak mau meletakkan harapan yang tinggi pada cinta mereka kerana tidak mahu terluka. "Susunan muziknya sedikit berat namun ia sesuai dengan konsep muzik Velvet dan ia juga memenuhi citarasa pendengar," kata Mira pula. | ||
Que Haidar Pilih 4 Pengarah Sahaja Posted: 10 Mar 2013 09:37 PM PDT Que berkata, empat pengarah itu merupakan antara yang digemarinya kerana kreativiti yang dimiliki mereka dalam setiap filem yang dihasilkan. "Memandangkan pelibatan saya dalam lakonan sangat kurang, jadi saya senang dengan bersikap memilih. "Tawaran yang diberi hanya akan saya terima jika filem itu diarahkan oleh Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid. Mereka sangat kreatif dalam mengembangkan plot cerita dan watak," katanya. Tambah Que yang sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara di bidang lakonan, dia kini sedang membuka ruang kepada diri untuk mengeksplorasi watak-watak yang belum pernah dibawakannya sebelum ini. "Mungkin ia kedengaran seperti angkuh. Tetapi saya mahu sesebuah watak yang diberi benar-benar memberi kesan terhadap kredibiliti saya," ujarnya. Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangannya yang terbaru, Que kini sibuk dengan pengajaran kelas-kelas lakonan menerusi bengkel-bengkel yang dianjurkan. Selain itu Que juga banyak membantu isterinya dalam menguruskan kerja-kerja persembahan tarian isterinya, Linda Jasmine. "Sekarang ini saya dan isteri saling berbahagi kerja. Selain menguruskan studio tarian isteri di Ampang, saya juga mengadakan beberapa bengkel lakonan buat anak-anak muda yang berminat. "Selain itu, saya juga sibuk menghadiri pelbagai undangan untuk memberi ceramah bagi pelajar-pelajar jurusan seni persembahan. "Alhamdulillah, kerja-kerja ini sudah menjadi keutamaan saya manakala lakonan pula lebih ke arah hobi," tuturnya. | ||
Tedung selar mengganas jaga 40 telur ular Posted: 10 Mar 2013 09:29 PM PDT Ular sepanjang tiga meter itu ditangkap penjinak ular, Mohd Hamdan Mahadi bersama tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai di sebuah kebun getah di kampung itu, jam 10.30 pagi. Mohd Hamdan berkata, dia terima panggilan daripada penduduk mengenai kehadiran ular di kebun getah berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal itu kira-kira jam 10.15 pagi. "Pemanggil beritahu takut nak keluar menoreh kerana ular sama pernah kejar dia beberapa hari lalu. Saya minta bantuan bomba untuk kepung ular ini di kawasan kebun getah supaya tidak terlepas lari," katanya, kelmarin. Mohd Hamdan berkata, selepas reptilia berbisa itu berjaya dijinakkan, pemeriksaan di kawasan sekitar menemui 40 telur ular dipercayai hampir menetas di pangkal sebatang pokok getah dalam kebun berkenaan. "Ada 40 biji semua tetapi enam pecah dan selebihnya saya bawa balik. Saya akan letak telur ini dalam bekas sesuai dan biarkan sehingga menetas, mungkin dalam dua hingga tiga minggu lagi," katanya. Sementara itu, Mohd Hamdan berkata, tedung selar antara segelintir spesies ular yang membina sarang, bertelur dan mengeram sehingga telur hampir menetas. "Tedung selar antara ular paling ganas, liar dan agresif ketika menjaga sarangnya. Selalunya tedung selar akan tinggalkan sarang sebelum telur menetas untuk elak daripada makan anaknya sendiri," katanya. | ||
Posted: 10 Mar 2013 09:04 PM PDT Banyak duit dan waktu dihabiskan untuk membeli bahan bacaan berkaitan di samping menekuni kisah tanah air terutama pada zaman kesultanan Melayu. Dia juga merelakan keringat dan minyak kereta yang bukan sedikit demi memburu warisan lama berkenaan meskipun ia sangat sukar ditemui. "Mulanya saya pengumpul wang kertas. Tapi selepas empat tahun dan koleksi boleh dikatakan agak lengkap, saya mula rasa tiada hala tuju untuk meneruskan minat tersebut. "Selepas membaca buku dan buat kajian, akhirnya minat pada mata wang lama yang pernah digunakan pada zaman kesultanan Melayu pun berputik," cerita anak kelahiran Kg Nakhoda, Selayang, Selangor ini ketika ditemui Sinar Harian. Justeru, dia nekad menjual wang kertas yang telah dikumpulkannya untuk menumpukan perhatian pada mata wang lama. Minatnya kian bercambah selepas ditakdirkan bertemu seorang pengumpul berbangsa Cina, Dr Kong yang memulakan hobi serupa sejak berusia 15 tahun lalu. "Dr Kong bertanya pada saya, mengapa orang Melayu sendiri tak ramai yang minat pada warisan Melayu sepertinya? Saya rasa terpukul dan menyedari kebenaran katakata itu," ujar Raja. Memandangkan pengumpul mata wang lama zaman kesultanan Melayu masih belum ramai, boleh dikatakan dia kini antara pengumpul paling muda kerana kebanyakannya berusia 40 tahun ke atas. Baca sejarah cari klu Menjelaskan minatnya memburu dan mengumpul mata wang lama ikhlas demi kelangsungan sejarah tanah air, Raja tidak terfikir untuk menjual mana-mana koleksi simpanannya buat masa ini. Selain mempunyai nilai sentimental yang tinggi, bukan mudah untuk mendapatkan setiap keping mata wang berkenaan. "Sangat payah nak dapat tapi itulah 'thrill' yang menambah keseronokan hobi ini. Selain itu saya dapat mendalami sejarah yang mungkin tak ramai tahu berkaitan dunia numismatik negara," kata Raja yang amat mengagumi seni pada setiap keping mata wang lama yang ditemuinya. Tidak hairanlah, dia tidak pernah jemu membelek mata wang lama dalam simpanannya. Dia juga aktif bertemu kawan-kawan yang mempunyai minat sama untuk meneliti koleksi milik mereka. Biasanya, Raja menambah koleksi dengan mendapatkannya daripada kenalan yang mewarisinya turun temurun. Hal ini kerana mata wang zaman kesultanan Melayu sukar ditemui di pasar antik, tidak seperti wang ringgit lama. Justeru sebagai alternatif, dia mempunyai cara tersendiri yang bermula dengan meningkatkan pembacaan tentang sejarah lama Tanah Melayu. "Bila saya baca tentang satu-satu tempat yang pernah jadi tempat kapal dagang berlabuh misalnya, saya akan ke sana untuk merisik pada penduduk setempat jika mereka ada mata wang lama. "Kadang-kadang usaha membuahkan hasil dan tidak kurang juga, saya pulang dalam keadaan hampa," ujarnya yang kini memiliki sekitar 100 keping mata wang zaman kesultanan Melayu selepas berhempas pulas memburu selama dua tahun. Ciri khas ikut negeri Meskipun masih belum berpuas hati dengan apa dimilikinya, dari sisi lain bapa kepada dua cahaya mata ini bersyukur kerana mengetahui banyak fakta tentang sejarah mata wang tanah air. Antara yang ramai tidak tahu, duit Melaka sangat susah ditemui kerana dihapuskan oleh Portugis selepas Melaka berjaya ditakluki. Kalau ada pun yang ditemui, ia harus diteliti kerana dibimbangkan palsu. Selain itu, setiap negeri mempunyai mata wang dengan ciri-ciri khas. Sebagai contoh, mata wang Terengganu mempunyai tulisan Malik Al-Adil, mata wang Kedah pula di hiasi bunga berkelopak manakala Kelantan, tertera kalimah Khalifatul Mukminin. Bagi mata wang Johor pula, ia biasanya berbentuk segi termasuk heksagon. Panggilan bagi mata wang juga berbeza mengikut tempat. Di Kedah, penduduk setempat memanggilnya tra manakala orang Melaka, Terengganu dan Kelantan merujuknya sebagai pitis. Terdapat juga mata wang yang dikenali sebagai jokoh, iaitu duit khas Kapitan Cina yang dikeluarkan atas kebenaran sultan pada masa itu. Sudah menjadi undang-undang tak rasmi pengumpul duit lama, setiap keping mata wang zaman kesultanan Melayu yang diperoleh tidak boleh dibersihkan dengan bahan kimia. Justeru apa dilakukan Raja cuma membersihkannya dengan air biasa atau sekadar dilapkan dengan minyak bayi untuk mencuci kotoran yang melekat. Kesan comot yang biasa terdapat pada mata wang juga sebaik-baiknya dibiarkan sahaja kerana ia menjadi bukti usia dan keunikannya. Lagi pula, usaha mencuci dikhuatiri boleh membuatkan mata wang lama ini patah. Atas alasan sama, Raja menyimpan koleksi miliknya dalam album khas yang membuatkan ia tidak bertindih antara satu sama lain selepas album ditutup. Selain itu dia mengelak koleksinya berada dalam persekitaran yang panas kerana dibimbangkan ia boleh meretak. Maklumlah jika perkara ini berlaku, sudah pasti pencinta dan pemburu mata wang zaman kesultanan Melayu seperti Raja akan berasa ralat yang teramat. | ||
Posted: 10 Mar 2013 09:01 PM PDT
KETIKA ini sudah banyak rancangan realiti televisyen yang dianjurkan oleh stesen televisyen tempatan bertujuan mencungkil bakat terpendam orang ramai sama ada dalam bidang lakonan atau nyanyian. Terbaharu menyaksikan sebuah rancangan yang diberi nama iaitu Bintang Mencari Bintang terbitan TV3, program yang memerlukan para peserta berkebolehan membuat komedi dan menyanyi. Rancangan yang dianjurkan buat julung-julung kalinya itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri apabila para peserta bakal dibimbing oleh setiap individu yang sememangnya mempunyai nama besar dalam dunia hiburan. Antara yang terpilih seperti Sabri Yunus, Raja Azura, Faizal Ismail, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik serta kumpulan Senario dan mereka ini digelar sifu. Setiap sifu pula akan diberi tanggungjawab melatih dua orang peserta. Salah seorang sifu iaitu Sabri berkata, dia sendiri meluahkan rasa gembiranya apabila dipilih menyertai rancangan Bintang Mencari Bintang dan menyifatkan rancangan berkenaan mampu melahirkan lebih ramai penghibur. "Pada mulanya saya pernah menolak apabila ditawarkan menjadi sifu dalam rancangan ini. Bukan tidak berminat untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan, sebaliknya ia disebabkan faktor masa memandangkan jadual agak padat. "Kemudian apabila pihak TV3 menyatakan mereka bersetuju untuk ikut jadual kerja saya, barulah persetujuan saya berikan kepada mereka kerana merasakan rancangan ini memang menarik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran rancangan tersebut baru-baru ini. Diberi tanggungjawab untuk membimbing dua peserta iaitu kumpulan Titan dan Bog Too, Sabri menyatakan, antara matlamat utamanya adalah mahu melahirkan seorang penghibur yang bijak. Menurutnya, bakat komedi yang dimiliki sekadar merangkumi 20 peratus dan selebihnya bergantung kepada minat, kreativiti dan kebijaksanaan seseorang individu itu. "Sebelum ini saya sudah beberapa kali terlibat dalam pelbagai rancangan pencarian bakat. Jadi, untuk rancangan ini saya membuat sedikit kelainan dalam pemilihan peserta. "Sebagai contohnya, saya telah memilih beberapa individu yang semasa uji bakat dan membentuk mereka dalam satu kumpulan. Kemudian saya biarkan mereka untuk berbual apa sahaja topik dan barulah pemilihan dilakukan menerusi pemerhatian yang saya buat," jelasnya. Mengenai pemilihan Azizul Ammar Abu Hassan dan Fazlisham Mat Hussin (Titan) dan Nor Alif Mohd. Mokhtar dan Mohamad Shafiq Raside (Bog Too) sebagai peserta bimbingannya, Sabri menyatakan kedua-dua kumpulan itu memiliki kekuatan tersendiri. "Saya yakin bakat yang mereka ada mampu digilap dan dibentuk lagi. Cuma saya agak risau tidak mampu memberi sepenuh komitmen membimbing mereka dan mungkin saya dapat bertemu mereka selepas pukul 12 tengah malam kerana jadual saya yang padat. "Bagaimanapun, saya harap ia tidak menjadi satu halangan buat mereka untuk tampil dengan persembahan yang terbaik. Saya akan mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang dimiliki agar dapat melahirkan penghibur yang berkualiti," ujarnya. Berkenaan persembahan nyanyian pula, Sabri secara terus terang menyatakan dia memang tidak berkebolehan untuk menyanyi. Namun begitu, ia tidak akan mengambil mudah mengenai perkara itu. "Apa yang saya tahu markah yang diberi lebih kepada sketsa komedi berbanding nyanyian, tetapi saya mahu persembahan kedua-dua peserta saya seimbang. Jadi, saya mungkin akan meminta pertolongan rakan yang boleh menyanyi untuk membantu saya memantau mereka," ujarnya. Pelawak wanita Merupakan satu-satunya sifu wanita, Raja Azura menggalas tugasan besar membimbing kumpulan Kelawak yang dianggotai Syed Atiq Wan Long dan Muhd. Maaruf Zamani Lim serta Awok yang menampilkan satu-satunya peserta wanita iaitu Filzah Azmi dan Nurul Ain Othman. Raja Azura atau lebih popular dengan panggilan Kak Engku memberitahu, dia sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri apabila terbabit dalam rancangan Bintang Mencari Bintang ini. "Selama ini kita dapat lihat tidak ramai wanita yang berminat menjadi pelawak, sedangkan ia merupakan bidang yang mampu mendatangkan pendapatan lumayan. "Menerusi rancangan ini saya memang merancang untuk memilih sebuah kumpulan wanita yang akan bersaing dengan peserta lain. Biarpun menjadi satu-satunya peserta wanita, saya tetap yakin Awok sedia mengharungi setiap cabaran yang bakal dilalui," ujarnya. Jelas Kak Engku, memandangkan dunia komedi tempatan kurang penyertaan golongan wanita dan didominasi oleh lelaki, Kak Engku berhasrat mahu melahirkan pelawak wanita yang hebat dan mampu bersaing dengan pelawak sedia ada. Menurutnya, semasa sesi uji bakat berlangsung sebelum ini Filzah dan Nurul Ain masing-masing datang berpasangan bersama peserta lelaki, lalu dia membuat keputusan memecahkan pasangan tersebut dan menggandingkan mereka berdua. "Walaupun matlamat saya mahu melahirkan pelawak wanita yang berjaya, ia tidak bermakna saya mengabaikan kumpulan Kelawak. Saya akan membimbing kedua-duanya secara sama rata dan mahu melihat mereka mara ke peringkat yang lebih jauh," ujarnya.
Terkejut Seorang lagi sifu yang terpilih iaitu Faizal Ismail pula mengakui dia sebenarnya terkejut apabila dipilih oleh pihak TV3 untuk menyertai rancangan Bintang Mencari Bintang. Pada peringkat awal dia sendiri agak hairan memandangkan dia lebih dikenali sebagai seorang penyampai radio dan bukanlah seorang pelawak atau pelakon komedi. "Sebenarnya pembabitan saya ini sebagai pengganti kepada seorang pelawak lain yang tidak jadi menyertai rancangan ini, tetapi saya tetap tertanya-tanya apa yang menyebabkan saya mendapat tawaran ini. "Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada pihak TV3, mereka menyatakan terdapat unsur-unsur komedi dalam diri saya. Akhirnya saya bersetuju dengan tawaran ini untuk mencabar kebolehan diri sendiri," ujarnya. Dalam rancangan tersebut, Faizal selaku sifu diberi tugasan untuk membimbing dua peserta iaitu kumpulan Tapaw yang dianggotai Khairul Faiz Sulaiman dan Mohd. Shahrizal Sulaiman serta peserta solo iaitu Wan Azrul Azizan (Ajo). Selain kumpulan Titan, Bog Too, Kelawak, Awok, Tapaw dan Ajo, lain-lain peserta yang turut bersaing seperti Bowl dan Bocik (Afdlin Shauki), Achey dan XOXO (Harun Salim Bachik) serta Gegau dan Tocai (Senario) untuk merebut hadiah wang tunai RM200,000. | ||
Ana Raffali pilih 800 peminat istimewa Posted: 10 Mar 2013 09:01 PM PDT
JUARA Anugerah Juara Lagu pada tahun 2010, Ana Raffali, 28, dilihat menyepikan diri setelah membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah awal tahun lalu. Bagaimanapun, penyanyi merangkap komposer dan penulis lirik itu sebenarnya mengakui, dia bukan sengaja mahu memencilkan diri daripada dunia seni tapi lebih mengutamakan kerja produksi lagu belakang tabir selain sedang merancang pembikinan album terbaharunya. Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku tersebut ditemui pada majlis pelancaran album Asmidar, Kali Pertama di Black Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapatkan kepastian lanjut. Kosmo!: Ke manakah menghilangnya Ana Raffali yang sebelum ini pernah meraih populariti sekitar dua tahun lalu? ANA RAFFALI: Saya kini melatih diri untuk menjadi seorang penerbit bagi album saya yang akan datang. Sekarang saya sendiri berpeluang dan bertanggungjawab sepenuhnya sepanjang pembikinan muzik, lagu dan album saya. Saya boleh memilih bunyi yang bagaimana saya mahukan dan saya suka melakukan kerja-kerja ini. Selain itu, saya memfokuskan kehidupan bersama suami dan keluarga saya. Adakah Ana merajuk dengan industri? Jauh sekali tidak. Malah, saya sentiasa memikirkan cara untuk kembali mencuri tumpuan peminat, sepanjang saya menjadi isteri orang pun saya tidak putus-putus diajukan pertanyaan sedemikian dan hadiah saya untuk peminat adalah lagu saya. Alhamdulillah pada 24 Januari lalu saya telah melancarkan single terbaharu saya berjudul Jauh ke Syurga dan sedang sibuk mempromosikan single itu. Bagaimanakah sambutan peminat terhadap single itu kerana difahamkan lagu itu juga lebih bersifat Islamik? Alhamdulillah dua hari selepas single itu dilancarkan, ia sudah mendapat lebih 65,000 hit di laman YouTube. Saya terharu dengan sambutan yang diterima. malah sebagai penghargaan, saya telah memilih 800 orang peminat bertuah untuk menerima lagu itu yang saya kirimkan melalui e-mel. Saya seorang penulis lagu yang ingin berkongsi cerita dan lagu itu merupakan satu doa kepada isteri dengan harapan jodoh yang dipertemukan akan berkekalan sampai ke syurga. Kalau disebut dan dinyanyikan banyak kali akan menjadi satu doa. Bagaimanakah kehidupan peribadi Ana bersama Aznaim? Kami bahagia dan gembira. Sekarang, fokus saya adalah keluarga dan saya bersyukur kerana sentiasa ditemani oleh suami apabila berdepan waktu-waktu yang susah. Sekurang-kurangnya saya mendapat inspirasi yang positif walaupun dia hanya tidur di samping saya ketika saya sedang sibuk menyiapkan lagu. Kalau soal anak, kami tidak merancang kerana Allah mengetahui jalan hidup kita, saya berserah dan menantikan yang terbaik. Kosmo! difahamkan Ana turut terlibat menyumbangkan sebuah lagu kepada Asmidar untuk dimuatkan dalam album terbaharunya, boleh Ana jelaskan lebih lanjut mengenai kolaborasi itu? Lagu berjudul Sepasang Sudu dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh saya. Asmidar memiliki suara dan nada yang unik serta sesuai dengan lagu itu. Lagu Sepasang Sudu menceritakan situasi ketika minum petang dengan seorang teman baik tapi masing-masing menyimpan perasaan suka dalam hati namun malu-malu untuk diluahkan. Lagu ini ditulis sejak tahun 2008 dan mujurlah saya tidak merakamkan lagu ini untuk saya kerana sekarang ia sudah berjumpa dengan pemilik sebenarnya. | ||
Posted: 10 Mar 2013 09:00 PM PDT
TIDAK dinafikan sudah beberapa tahun, umum sudah tidak melihat atau mendengar sebarang perkembangan daripada pelakon yang berbakat besar, Ida Nerina. Setelah lama menyepikan diri daripada sebarang aktiviti seni, Ida kini tampil dengan sebuah projek filem pendek sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac pada setiap tahun. Apa yang menarik, projek tersebut bukan menghasilkan hanya sebuah filem, sebaliknya sebanyak 15 buah filem pendek dihasilkan membabitkan 15 pengarah berlainan yang terdiri daripada barisan aktres ternama Malaysia. Mereka termasuklah Datin Sofia Jane yang pertama kali mengarah, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Elaine Daly, Fauziah Nawi, Dira Abu Zahar, Melissa Saila dan Susan Lancanster. "Ia merupakan sebuah projek menggabungkan 15 wanita hebat yang mengekspresikan cerita mereka melalui karya filem pendek. "Projek yang diberi nama Ikal Mayang ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat supaya menghentikan stereotaip terhadap kaum wanita dan membuktikan kami bukan kaum yang lemah. "Dengan kewujudan projek ini, kami berharap masyarakat akan melihat wanita juga mampu mencapai cita-cita mereka dan kami bukan merupakan kaum yang lemah," ujar salah seorang penerbit eksekutif Ikal Mayang, Low Ngai Yuen pada sidang akhbar dan pratonton lima buah filem pendek di GSC, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sementara itu, Ida kelihatan ceria dan tidak lagi menggunakan kerusi roda seperti tahun lalu selepas mengalami kemalangan jatuh tangga di kediamannya pada tahun 2009. Namun pada majlis sidang akhbar tersebut, pelakon filem Selubung dan Layar Lara itu bagaimanapun menolak untuk ditemu bual tentang perkembangan kisah peribadinya yang terkini. Cuma selaku pengarah kreatif projek produksi tersebut, Ida sebaliknya hanya bercakap tentang Ikal Mayang. Dia menjelaskan, apa yang ingin disampaikan melalui projek tersebut adalah tentang realiti kaum wanita yang jarang dipaparkan di kaca TV mahupun medium lain. Malah jelasnya, daripada 15 buah karya yang dihasilkan, lima filem pendek yang dipertontonkan kepada media pada hari tersebut diklasifikasikan sebagai sensitif. Ia termasuklah karya hasil arahannya yang berjudul, She. "Memang lima buah filem pendek yang kami tayangkan ini, mungkin agak sukar untuk ditayangkan dan mempunyai kemungkinan besar ia akan disunting. "Bagaimanapun, jika disunting bahagian tertentu, maka mesej yang ingin diceritakan tidak dapat disampaikan dengan baik. Jadi, lebih baik ia tidak ditayangkan di TV," jelasnya. Ida memberitahu, She merupakan filem terakhir dihasilkan daripada kesemua 15 buah karya tersebut. "She berkisar tentang karakter manusia yang jarang disentuh oleh pembikin filem. Ini kerana, menjadi kebiasaan bagi saya untuk memerhati gerak geri atau perincian karakter manusia. "Ia merupakan sebuah filem yang menggabungkan kesemua lima belas karakter. Ini kerana, She dalam filem ini ialah seorang penulis. Jadi dia banyak memerhati keadaan sekelilingnya untuk dijadikan sumber untuk karyanya," jelas Ida tentang filem pendek yang dihasilkannya itu. Tambahnya, jika diberi peluang, berkemungkinan mereka ingin menjadikan Ikal Mayang ini sebagai projek tahunan setiap kali menjelang Hari Wanita Sedunia. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:59 PM PDT
LAHAD DATU - Terus bersembunyi kerana tiada tempat mahu lari. Begitulah keadaan pengganas Sultan Sulu yang semakin tertekan apabila pasukan keselamatan mengetatkan lagi kawalan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini. Dengan misi untuk memusnahkan kesemua pengganas yang semakin lemah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendapat sokongan moral dan penambahan kekuatan sejak wilayah Sabah diceroboh pada 12 Februari lalu. Berdasarkan semangat kerjasama tersebut, penggeledahan dan pemburuan pengganas di kedua-dua kampung yang terletak tujuh kilometer antara satu sama lain terus dipertingkatkan. Keluasan kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan di Lahad Datu ialah kira-kira 10 kilometer persegi. Pasukan keselamatan juga telah meletakkan 20 buah kapal di perairan Sabah dan menghantar tujuh batalion tentera. Selain Lahad Datu, pasukan keselamatan turut menguasai kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan. Bermula dengan serangan udara secara besar-besaran pada 5 Mac lalu, pasukan keselamatan terlebih dahulu menggempur kubu pengganas di Kampung Tanduo. Ekoran serangan itu, sebahagian daripada puak pengganas dipercayai melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu. Panglima ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mengikut maklumat, saki-baki kumpulan pengganas yang dipercayai tinggal 100 orang itu sudah dikepung dan diyakini sukar melarikan diri. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:58 PM PDT SEMPORNA - Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripada rumah yang dijadikan tempat pengganas Sulu melakukan serangan hendap hingga menyebabkan enam anggota polis maut pada 2 Mac lalu. Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu bagaimanapun hanya akan dilakukan sebaik mendapat laporan daripada pihak polis mengenai maklumat yang mendakwa pemilik ketiga-tiga buah rumah tersebut dipercayai bersekongkol dengan pengganas. "Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi. "Enam buah rumah lagi yang tidak diketahui siapa penghuninya dan terletak berhampiran kawasan serangan hendap itu juga dalam rancangan untuk dirobohkan," kata Ramlee di sini semalam. Difahamkan, sehingga semalam tiada penghuni di sembilan buah rumah tersebut dapat dihubungi oleh pihak berkuasa. | ||
Pelarian Rohingya ditemui kebulur Posted: 10 Mar 2013 08:55 PM PDT GEORGE TOWN – Seramai 126 pelarian Rohingya ditemui dalam keadaan tidak bermaya setelah kapal yang dinaiki mengalami kebocoran di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head Teluk Bahang di sini kelmarin. Kesemua mereka terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 50-an dijumpai oleh nelayan pantai kira-kira pukul 2 petang. Mereka dikatakan terputus bekalan makanan dan minuman sejak tiga hari lalu berikutan stok yang dibawa dalam pelayaran selama 25 hari habis. Difahamkan, kehadiran mereka ke negara ini adalah bagi mendapatkan pekerjaan dan perlindungan. Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Kwee berkata, penemuan pelarian Rohingya dimaklumkan oleh kru Bot Kilat selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kapal yang diubah suai berada dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang melebihi muatan itu telah kehabisan minyak, makanan dan minuman. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:54 PM PDT
MANILA - Satu siasatan berhubung konspirasi Sultan Jamalul Kiram III menghantar sekumpulan lelaki bersenjata ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha-usaha untuk menamatkan keganasan, kata Istana Presiden Filipina kelmarin. Menurut laporan akhbar dalam talian Philstar.com semalam, pihak istana membuat penjelasan tersebut sehari selepas Biro Siasatan Nasional menyaman penasihat Jamalul Kiram III, Pastor 'Boy' Saycon supaya datang untuk disoal siasat esok kerana disyaki menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut. Konspirasi itu bertujuan untuk mewujudkan suasana tidak stabil apabila para pengikut Jamalul Kiram dihantar ke Sabah dan menuntut negeri Malaysia tersebut sebagai milik mereka. Saycon merupakan Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina. Timbalan Jurucakap Presiden Filipina, Abigail Valte menyatakan kepada stesen radio dzRB, adalah sesuatu yang penting untuk menentukan kenapa situasi di Sabah bertukar menjadi insiden ganas sehingga melibatkan kematian. Saycon telah mengaku menjadi penasihat kepada Jamalul Kiram semasa beliau mengemukakan tuntutan Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Menurutnya, beliau menjadi penasihat Jamalul Kiram tentang hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan selama 12 tahun. Sebelum ini, Saycon menafikan menghasut tentera Kesultanan Sulu pergi ke Kampung Tanduo, Lahad Datu pada bulan lalu. Menurutnya, beliau bekerjasama dengan Kiram atas kehendaknya sendiri berhubung tuntutan Sabah. Presiden Benigno Aquino III sebelum ini menyatakan Filipina akan memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung konspirasi pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. Aquino juga akan memberitahu identiti ketua konspirasi itu kepada Najib. Presiden itu pernah menyatakan bahawa para pengikut Jamalul Kiram dijanjikan bayaran AS$600 (RM1,862) setiap orang untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu. | ||
Alvarez berkayak sejauh 6,500 meter Posted: 10 Mar 2013 08:51 PM PDT KEY WEST, Florida – Seorang pemuda berusia 31 tahun, Daniel Alvarez tiba di sini kelmarin selepas berkayak kira-kira 6,500 kilometer dari Northwest Angle di Minnesota, Amerika Syarikat. Alvarez yang berasal dari Tallahassee, Florida mula berkayak pada 11 Jun tahun lalu. Pemuda tersebut akan berhenti di kebanyakan lokasi semasa berkayak untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang pemuliharaan laluan air. Menurutnya, angin dan cuaca buruk menjadi halangannya semasa berkayak. Dia sebelum ini memenangi wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,047) dalam satu pertandingan di di internet yang dianjurkan sebuah majalah pengembaraan. Wang itu digunakan untuk membiayai pengembaraannya dengan menggunakan kayak sepanjang 5.18 meter. | ||
Alat implan elak darah beku dicipta Posted: 10 Mar 2013 08:50 PM PDT
WASHINGTON - Sebuah alat implan dicipta firma Amerika Syarikat, Boston Scientific untuk menghalang berlakunya darah beku dalam tubuh manusia, lapor stau kajian. Alat itu yang dikenali sebagai Watchman itu juga boleh membantu mengelak manusia diserang strok. Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat tersebut, alat berkenaan berfungsi seperti ubat mencairkan darah. Kajian itu melibatkan 407 pesakit di 41 buah lokasi berlainan. Dalam kajian itu, 269 pesakit menggunakan alat berkenaan manakala 138 orang lagi menggunakan ubat mencairkan darah. Hasil kajian tersebut mendapati, alat tersebut berfungsi sama seperti ubat itu. Laporan kajian itu didedahkan pada satu persidangan Kolej Kardiologi Amerika. Menurut syarikat berkenaan, alat berkenaan diluluskan di Eropah pada tahun 2005 dan di beberapa buah negara di Asia pada tahun 2009. | ||
Musang keluarkan najis kopi dipamerkan Posted: 10 Mar 2013 08:50 PM PDT BUON MA THUOT, Vietnam - Dua ekor musang yang dipelihara dan diberi makan biji kopi dan mengeluarkannya semula menerusi najis dipamerkan kepada orang ramai di sini semalam. Musang itu menghasilkan biji-biji kopi yang kemudian diproses dan dijadikan minuman kopi. Kopi musang itu dianggap paling berkualiti di dunia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai kopi luwak. Pameran itu diadakan sempena Festival Kopi Kali Ke-4. Vietnam mengeluarkan kira-kira 1.6 juta tan kopi. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:49 PM PDT TOKYO, Jepun - Ribut debu melanda bandar raya ini semalam yang menyebabkan langit menjadi gelap yang pada kebiasaannya cerah. Jarak penglihatan turut terbatas ketika partikel-partikel halus berterbangan di udara. Seorang ahli meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan oleh perpindahan udara sejuk dan ia tidak mempunyai kaitan dengan pencemaran yang melanda Beijing, China semasa musim sejuk yang lalu. "Sistem tekanan rendah sedang berlaku di utara dan ia bergerak ke selatan. "Ia membawa ribut salji di utara dan angin kencang di Tokyo serta kawasan sekitarnya," kata ahli meteorologi itu. Menurutnya, angin kuat di wilayah Kanto yang meliputi Tokyo dan kawasan sekitarnya telah membawa partikel-partikel debu dari tanah sehingga menjejaskan jarak penglihatan. Beliau berkata, fenomena itu dijangka berlaku buat sementara manakala hujan akan membersihkan debu-debu tersebut. Menurut beberapa laporan, menteri-menteri alam sekitar dari Jepun, China dan Korea Selatan akan bertemu pada Mei depan untuk membincangkan cara untuk mengurangkan pencemaran udara. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:48 PM PDT
SETIAP peralatan termasuk sambungan struktur batang paip telah dipasang, namun Mohd. Haidi Samsuri, 27, masih belum berpuas hati. Dia memeriksa sekali lagi. Tindakan itu bagi memastikan ujian yang akan dijalankan berjalan lancar sekali gus mendapat keputusan yang paling tepat. Kemudian dia menekan satu butang lantas mesin penguji mulai bergerak. Batang paip yang dipasang mulai bertindak balas dengan ombak dan data-data tertera di skrin monitor komputer. "Saya perlu pastikan peralatan yang diuji dipasang dengan betul dan pelarasan mesin juga mengikut aturannya. Jika salah, mesin mungkin tidak berfungsi dengan baik atau keputusan yang diperoleh tidak tepat. "Data-data yang tertera di skrin akan direkodkan kerana ia akan menentukan keupayaan batang paip berkenaan ketika digunakan dalam operasi di tengah laut," kata juruteknik yang bertugas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai itu. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu melakukan ujian daya tahan batang paip ketika digunakan di dalam laut untuk industri minyak dan gas. Ujian batang paip itu dilakukan sebuah syarikat berkaitan minyak tempatan di Pusat Teknologi Marin, UTM. Hasil ujian adalah rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada syarikat pesaing. Pusat marin bernilai RM35 juta itu dibangunkan pada tahun 1996 bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kerja komersial di bawah seliaan Jabatan Teknologi Marin malah merupakan yang pertama di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara, selepas Indonesia. Ia dilengkapi pelbagai prasarana terkini dan moden, antaranya tempat ujian model kapal merangkumi sebuah takungan air sepanjang 120 meter dan mesin penguji pergerakan dengan kelajuan maksimum lima meter per saat. Pusat tersebut juga menyediakan mekanisme penjana ombak bagi menghasilkan olakan air seperti suasana sebenar dan penyerap gelombang. Ia menjadikan pusat berkenaan menjadi tumpuan pelbagai pihak yang inginkan khidmat perundingan mahupun kerja teknikal. Tugas berat Mohd. Haidi berkata, dia bersama lima pekerja lain bertanggungjawab melakukan ujian seperti yang dikehendaki pelanggan terbabit. "Pelanggan mahu kami melakukan kira-kira 300 ujian dalam tempoh tiga bulan. Ia merupakan satu tugas berat kerana setiap hari kami perlu melakukan sekurang-kurangnya 18 ujian rintangan. "Ujian rintangan batang paip ini amat penting kerana apabila ia dipasang di lokasi sebenar di platform tengah laut, ia sepatutnya mampu menahan arus ombak. Jika gagal, kesan buruk akan berlaku seperti tumpahan minyak," kata anak kelahiran Labis, Johor yang memiliki kelulusan Diploma Elektronik dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor Bahru. Ketika ujian dijalankan, beberapa pekerja syarikat minyak terbabit turut berada di lokasi ujian bagi memantau perjalanan ujian berkenaan yang membabitkan kos lebih RM1 juta. Selain daripada tugas tersebut, Mohd. Haidi juga terbabit dengan kerja-kerja pembinaan prototaip kapal-kapal sebelum melakukan ujian rintangan, kestabilan, ombak dan pendorongan. Pembinaan prototaip dilakukan di bengkel kayu di makmal berkenaan. Tugas tersebut memerlukan kreativiti dan imaginasi tinggi bagi menghasilkan model seperti lukisan yang diberikan oleh pelanggan atau pihak tertentu. "Model kapal yang dihasilkan adalah berdasarkan nisbah 1:40 daripada saiz sebenar kapal. Model kapal yang diuji mestilah mempunyai kelajuan sederhana iaitu pada kadar 40 knot dan lazimnya ia untuk kapal yang panjangnya 200 meter pada ukuran yang sebenar," katanya. Menimba ilmu Selain tumpuan pihak luar menjalankan ujian bagi produk-produk mereka, pusat berkenaan juga menjadi medan para pelajar menimba ilmu dalam bidang berkenaan. Antaranya, Maziah Suraya Abd. Majid, 32, yang kini mengikuti pengajian separuh masa peringkat Sarjana Teknologi Marin dan sibuk menjalankan kajian tentang platform minyak di tengah laut. Pada masa sama dia turut bekerja sebagai jurutera seni bina kapal dan luar pantai (naval architect) di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di KL Sentral, Kuala Lumpur. Setelah enam tahun bekerja, Maziah berpendapat inilah masa terbaik baginya menimba ilmu baharu malahan kemudahan yang ada di UTM tersebut merupakan satu peluang keemasan yang tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. "Saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran demi menggembangkan kerjaya dalam bidang ini. Ini kerana, saya dapati negara kita kekurangan pakar dalam menghasilkan platform terapung di laut untuk industri minyak dan gas," katanya yang berasal dari Johor Bahru. Ekoran kekurangan itu, pakar-pakar luar terpaksa diimport bagi membantu membina platform terapung berkenaan. Antara kajian yang dilakukannya termasuk mengenal pasti kemampuan platform dan paip gas menentang arus laut pada paras kedalaman berbeza. Kestabilan kapal Seorang pelajar dari Sulawesi, Indonesia, Rahimuddin Samad, 41, sanggup merantau ke negara ini bagi mendalami ilmu berkaitan kestabilan kapal. Antara perkara yang dipelajarinya termasuk membuat prototaip kapal, menjalankan ujian terhadap model kapal, pembangunan perisian komputer dan stimulasi komputer yang kesemuanya berkaitan dengan kapal. "Sebahagian ujian perlu diadakan di kawasan laut terbuka seperti di perairan Selat Melaka atau Selat Johor. Ketika kajian dijalankan, pergerakan-pergerakan ombak akan direkodkan. Ini bagi memastikan apabila kapal sebenar dibina, tidak berlaku olengan yang boleh menyebabkan anak-anak kapal mabuk lauk. "Kajian juga penting bagi memastikan prestasi kapal sebenar, keselesaan dan kemampuan menghadapi rintangan ombak. Jika tiada kajian itu, apabila dipukul ombak yang tinggi, kapal akan pecah sekali gus membahayakan keselamatan," katanya. | ||
Dimensi baharu pementasan Secret Cinema Posted: 10 Mar 2013 08:47 PM PDT DI bawah pemantauan pengawal, sekumpulan penonton wayang duduk dalam keadaan senyap ketika bas era 1950-an yang mereka naiki meredah kota London. Tidak lama kemudian, sebuah kompleks penjara kelihatan. Selamat datang ke Secret Cinema. Namun, berbeza daripada menonton di pawagam biasa, di Secret Cinema penonton akan dibawa ke lokasi lakonan sebenar. Filem tidak setakat ditayangkan di skrin kerana penonton boleh melihat sendiri dengan lebih dekat karakter yang dihidupkan oleh pelakon. Penonton datang sehelai sepinggang ke lokasi rahsia yang hanya diketahui melalui jemputan e-mel. Mereka membayar sejumlah 43.50 pound sterling (RM213) untuk sekeping tiket Secret Cinema. "Segalanya adalah rahsia. Mereka tidak mempunyai sebarang idea apa yang akan ditonton dan perkara yang akan dilalui. "Namun, sebaik sahaja sampai ke lokasi pelakon, pengarah dan kru menjadi lebih terbuka. Penonton perlu bersedia merasai pengembaraan hebat itu," kata Fabien Riggall yang mengasaskan Secret Cinema pada tahun 2007. Pendekatan wayang gambar inovatif itu juga kini sudah mula menjadi fenomena di New York, Amerika Syarikat (AS) dan Athens, Greece apabila mula merebak sejak April tahun lalu. Lokasi sebenar Secret Cinema menyaksikan penganjurnya mengubah sebuah gudang menjadi lokasi yang pelbagai. Contohnya sebuah taman untuk latar belakang Lawrence of Arabia dan terowong bergenangan air bagi filem The Battle of Algiers. Siri terbaharu pengembaraan menawarkan penonton pengalaman kehidupan penjara yang sukar seperti yang dialami Morgan Freeman dan Tim Robbins seperti dalam filem The Shawshank Redemption. Pada awalnya penonton dimaklumkan akan tiba di sebuah perpustakaan di timur London dengan pakaian era 50-an, sebelum dibawa ke mahkamah dan dibicarakan atas pelbagai jenis jenayah yang menggelikan hati daripada penculikan hinggalah mempunyai dua isteri. 'Banduan' baharu tersebut kemudian dibawa menaiki sebuah bas vintaj ke sebuah sekolah tinggal yang ditukar oleh Secret Cinema kepada penjara. Diasak masuk oleh 'pengawal penjara' iaitu pelakon sebenar filem, mereka kemudian dipaksa menanggalkan pakaian asal mereka. Daripada topi cantik dan kot panjang, mereka kini diminta memakai uniform kelabu dan menghabiskan tiga jam meneroka bilik kurungan masing-masing dengan gangguan pengawal secara berkala. Peningkatan penonton "Jika anda mengikut rentaknya, ia menjadi menarik. "Setiap kali menyertainya, ia menjadi lebih besar," kata Andy yang sudah enam kali mengikuti Secret Cinema dan pernah datang dengan pakaian Badwi untuk Lawrence of Arabia dan pesakit psikologi untuk One Flew Over The Cuckoo's Nest. Babak filem seolah-olah jatuh daripada layar perak menjadi realiti. Bagi The Shawshank Redemption, ia melihatkan sebahagian pelakon tidak dapat dibezakan dengan penonton kerana memakai uniform yang sama, mencipta semula babak rogol dengan kejam, pergaduhan dan hukuman mati. Bermula dengan kelompok penonton pertama seramai 400 orang pada 2007, Secret Cinema kini berkembang sehingga 13,500 orang 'banduan' dalam beberapa siri tayangan untuk The Shawshank Redemption pada Disember lalu. "Setiap kali pembikinan, kami cuba mencipta sesuatu yang melebihi sebelumnya dari sudut bagaimana penonton menjadi sebahagian daripada dunia itu dan cara mewujudkan kekaburan antara persembahan serta tontonan," kata Riggall. Tambahnya, ramai peminat melihat bentuk wayang baharu itu sebagai satu penawar kepada pengalaman biasa yang hanya memerlukan seseorang duduk di hadapan skrin. "Ramai yang mahukan pengembaraan. Mereka mahukan kelainan daripada apa yang mereka sudah ketahui dan saya rasa Secret Cinema adalah langkah tersebut. "Kami mempunyai pelakon yang tidur bersama penonton, malah anda mungkin bangun dan terdapat tahanan yang menyanyikan lagu klasik di sebelah. Seluruh bangunan ini menjadi pentasnya," katanya lagi. Tiket-tiket untuk Secret Cinema kali ke-20 di London untuk April ini sudah pun habis dan ia buat julung-julung kalinya dijalankan serentak di lokasi rahsia di Athens dan New York. Jos, seorang pemuda Belanda yang tinggal di London berkata, peminat filem dari bandar-bandar lain mengalu-alukan projek itu dengan tangan terbuka. "Anda seperti disedut ke dalamnya. Pada mulanya agak kelakar namun selepas 10 minit anda sudah turut serta. "Ia membuat anda berfikir bagaimana rasanya berada di penjara sebenar," katanya. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:46 PM PDT JIKA anda pernah menjadi penggemar buku novel sewaktu zaman kanak-kanak, koleksi novel seperti Siri Lima Penyiasat, Siri Tujuh Penyiasat dan Siri Tiga Penyiasat pastinya tidak dapat dilupakan. Ia antara koleksi buku wajib dalam kalangan murid sekolah, tidak kira rendah atau menengah. Semestinya, lebih separuh daripada kita yang kini berada dalam lingkungan usia pertengahan 20-an hingga 40-an, membesar dengan berimaginasi watak dan jalan cerita karya-karya mereka. Daripada senarai tersebut, penulis buku yang sangat popular menerbitkan lebih 800 buah novel ialah Enid Blyton. Koleksi novel beliau adalah antara yang paling popular pada era 80-an dan 90-an apabila buku-buku beliau bukan sahaja boleh didapati dalam bahasa Inggeris, malah turut dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu. Sedikit mengenai latar Blyton atau nama penuhnya, Enid Mary Blyton, beliau merupakan seorang warga Britain yang lahir pada 1897 hingga tamat hayatnya pada tahun 1968. Beliau merupakan penulis novel kanak-kanak pada abad ke-20 serta disanjung oleh para pengkritik kerana gaya penceritaan dan watak-wataknya yang tidak dapat dilupakan.
Kekal popular Blyton terkenal dengan siri buku berdasarkan watak-watak yang berulang-ulang dan ditujukan kepada kumpulan umur yang berbeza. Kehebatan Blyton membuatkan bukunya terjual lebih 400 juta naskhah di pelbagai negara. Pada tahun 2007, Blyton diiktiraf sebagai penulis kelima popular di dunia di belakang beberapa penulis tersohor seperti William Shakespeare menurut Indeks Translationum. Analisis itu berdasarkan bilangan naskhah buku Blyton yang dijual. Jika diimbas semula karya Blyton, salah satu watak paling terkenal dan lekat di hati semua peminat siri Blyton ialah watak Noddy. Di samping itu, tidak dilupakan juga watak-watak dalam Siri Lima Sekawan (terdiri daripada 21 buah novel berkenaan empat orang remaja serta seekor anjing yang membuat pelbagai pengembaraan) dan Siri Tujuh Penyiasat (terdiri daripada 15 buah novel tentang tujuh orang remaja yang menyelesaikan pelbagai misteri). Sehingga kini, buku-buku Blyton masih popular di Britain, India, New Zealand, Pakistan serta Australia malah telah diterjemahkan dalam hampir 90 bahasa. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:45 PM PDT
NAMANYA pernah meledak menerusi rancangan realiti TV nyanyian popular negara, Akademi Fantasia (AF) musim kedua terbitan Astro pada tahun 2004. Meskipun gagal mendapat tiga tempat teratas pada peringkat akhir AF, Wan Mohammad Khair Wan Azami Hamzah tetap dijulang sebagai juara di hati peminatnya. Rentetan seni hidup lelaki yang senang dipanggil Kaer Azami itu terus mekar apabila lagu dendangannya, Izinku Pergi menerima sambutan hangat. Populariti lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik tulisan Sulu Sarawak itu juga kekal sehingga ke hari ini. Lagu berhantu itu juga diangkat sebagai pemenang kategori balada pada Anugerah Juara Lagu ke-22 pada tahun 2007. Ia turut diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun yang sama. Ironinya, jejaka berusia 28 tahun itu tidak menyepi dalam dunia seni tanah air. Empat tahun menimba ilmu dalam kursus perniagaan di sebuah universiti swasta di Jakarta, Indonesia, Kaer sebenarnya secara senyap telah membina empayar kecil dalam dunia fesyen busana jejaka. "Segalanya bermula ketika saya menghadiri sebuah majlis di Jakarta. Sebelum ke majlis tersebut, saya buntu memikirkan pakaian apa yang sesuai untuk digayakan. Idea bagi menghasilkan pakaian yang ringkas terus datang dan saya bertekad hadir dalam persalinan rekaan sendiri. "Pada majlis tersebut, ada seorang lelaki menegur saya dan bertanya tentang pakaian yang saya pakai. Dia sangat tertarik dengan rekaan yang saya buat dan terus meminta saya mereka pakaian yang sama untuknya," imbas Kaer yang turut memiliki diploma seni bina dalaman. Peluang yang hadir itu dimanfaatkan sepenuhnya Kaer bagi membina namanya di bumi Indonesia. Saban hari, hasil kerja Kaer mula dipandang pencinta fesyen di sana, malah dia juga membuat keputusan bagi memasarkan jenamanya ke beberapa buah negara lain seperti Itali dan Filipina. Kombinasi seni Menjadikan Jakarta sebagai pusat pergerakan label pakaiannya, anak jati Petaling Jaya, Selangor itu kini bersedia membawa pulang eksperimen beraninya ke Malaysia. Sebagai permulaan, Kaer giat mempromosikan produknya secara kecil-kecilan, termasuk membuka gerai di bazar Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada penghujung November tahun lalu. Difahamkan, sebanyak 80 peratus item berjaya dijual di bazar tersebut. Usaha bagi menempatkan rekaannya, Kazami Homme dan Quhji di sebuah butik dalam negara, telahpun berjaya dilaksanakan. Mereka yang ingin melihat sendiri atau teringin menyarungkan pakaian rekaan Kaer bolehlah mengunjungi Butik Seethrough Concept Store, Bangsar, Kuala Lumpur. Kedua-dua koleksi Kaer telah pun diletakkan di butik itu sejak awal bulan Februari lalu. Sementara itu, mengikut perkiraan awal, Kaer telah bersiap sedia untuk menjalankan pertunjukan fesyen sulungnya pada bulan Mei depan. Ujarnya lagi: "Saya mengidamkan pertunjukan fesyen yang unik dan sarat dengan unsur kesenian. Oleh yang demikian, saya sangat senang dapat bekerjasama dengan pereka arca muda yang sedang meningkat naik iaitu Faiz Yunus. "Saya berasa terpanggil untuk sama-sama mengangkat penggiat seni sebegini ekoran kurangnya publisiti yang mereka terima. Fesyen adalah cabang daripada kesenian dan saya melihat kolaborasi ini sebagai satu medium sempurna bagi mengembangkan industri seni negara."
Kazami Homme Tatkala mengamati setiap helaian rekaan Kaer, rasa kagum terus terbit dalam diri. Bagaimana seorang penyanyi bersuara lunak, memiliki bakat luar biasa mencipta pakaian penuh artistik dan teliti dari segi strukturnya? Mungkin secara semula jadi, Kaer telah dianugerahkan kepintaran dalam nukilan kesenian. Kecintaannya sendiri terhadap lapangan tersebut pula membantu pelantun lagu Menjelma itu membawa busana karyanya ke peringkat antarabangsa. Pada awalnya, koleksi bernama Quhji menjadi percaturan Kaer. Ia tertumpu kepada rekaan bersifat eksperimental dan avant garde, sesuai untuk lelaki yang berani mencuba sesuatu di luar kebiasaan dan lari daripada gaya harian tipikal. Menurut Kaer, Quhji bukan pakaian yang direka mengikut musim tetapi bercirikan episod. Ia mempunyai kesinambungan unik, yang bermaksud setiap keluaran adalah sambungan penceritaan rekaan sebelumnya. Selepas selesa dengan keutuhan Quhji, Kaer dengan berani memperkenalkan rekaan baharu di bawah nama Kazami Homme. Berbeza daripada Quhji, Kazami Homme dipusatkan kepada pakaian sedia pakai yang ringkas dan stailo. "Item seperti kemeja, jaket, seluar pendek dan panjang, kasut, sandal dan baju T antara yang diberi fokus dalam koleksi Kazami Homme. Material yang saya gunakan pula pelbagai termasuk kapas, fabrik biri-biri (wool), twil dan poliester," bicara anak kedua daripada empat beradik itu. Pelayaran karier Pertemuan Stailo dengan Kaer baru-baru ini, bukan sahaja membicarakan tentang profesion baharu jejaka berbintang Virgo itu, malah turut menyentuh lanjutan kerjayanya dalam bidang seni suara. "Sebelum ini ramai orang mengenali saya sebagai penyanyi dan kini saya bersedia untuk turut dikenali sebagai seorang pereka fesyen," tegas Kaer penuh semangat. Sudah lebih dua tahun, Kaer tidak tampil dengan material untuk album baharu. Bagaimanapun, ia bukan bermaksud minat terhadap nyanyian itu telah terkubur. Dia masih aktif memenuhi undangan nyanyian untuk beberapa majlis. "Sekiranya berkesempatan menghasilkan album baharu, saya akan tumpukan kepada aspek artistik. Lagu-lagu di dalamnya tidak hanya sedap didengar tetapi mempunyai mesej tersirat dan penceritaan bermakna," jelas Kaer. Menyifatkan nyanyian sebagai hobi dan bukan karier utama pilihannya, Kaer merasakan dirinya mempunyai kepelbagaian seni yang perlu diasah. Dia enggan bakat yang ada itu terpendam tanpa dikembangkan. Tambah Kaer, dia seorang individu yang sukar melekat terhadap satu-satu pekerjaan. Jika boleh, dia mahu mencuba nasib dalam beberapa cabang seni. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |