Jumaat, 15 Mac 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


'Ustaz Bollywood' Rakam 19 Lagu Hanya Setengah Hari

Posted: 13 Mar 2013 06:22 PM PDT

Haslin Baharin (kiri) dan Syed Abdull Kadir Al Joofre semasa pelancaran album mereka.
KUALA LUMPUR: Pendakwah, Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood berjaya merakamkan album pertamanya yang mengandungi 19 buah lagu hanya dalam masa separuh hari.
Haslin, 44, berkata, kelebihan itu terjadi selepas dia melakukan solat hajat yang secara seterusnya memudahkan proses rakaman album Zikir Zindagi itu.
"Bukan saya nak riak atau pun meninggi diri tetapi sekadar berkongsi pengalaman mengenai kelebihan yang Allah berikan itu telah melancarkan proses rakaman album saya. Ia berlangsung dari pukul 10 pagi dan tamat kira-kira 5 petang.
"Alhamdulillahlah semuanya berjalan lancar dan saya berharap zikir yang ditampilkan dapat membantu masyarakat Islam untuk mengingati, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah," katanya.
Haslin ditemui pada majlis pelancaran album Zikir Zandagi dan Ratib Al Hadad di Restoran Hadramawt di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Haslin berkata, beliau pada mulanya enggan merakamkan album tersebut kerana malu dan tidak yakin dapat menyanyi dengan baik.
Namun apabila memikirkan tujuan asal penerbitan album adalah untuk berdakwah, beliau mengubah fikiran.
"Album ini menampilkan zikir-zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar. Di samping itu ia dapat mendekatkan pendengar kepada Allah," jelasnya.
Menurut Haslin, album tersebut mengalunkan zikir dan doa menggunakan lenggok seakan-akan lagu hindustan.
Penyanyi nasyid lulusan Universiti Islam Abu Bakar, Karachi, Pakistan ini turut menyelitkan bahasa Urdu dalam album tersebut.
"Zikir Munajat, doa dan bacaan ayat suci al-Quran bakal membawa perbezaan ketara kerana ia dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi Hindustan selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan," jelasnya.
Sementara itu, pendakwah Syed Abdull Kadir Al Joofre pula memilih memuatkan himpunan doa dan zikir susunan Imam Abdullah Alawi Al Haddad menerusi album Ratib Al Hadad.
"Istimewanya mengenai album ini zikir yang diperdengarkan mempunyai sejarah tersendiri yang mana merupakan zikir dan doa daripada al-Quran dan hadis yang kemudiannya disusun oleh Imam Abdullah Alawi Al Hadad berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadan 1071 Hijrah," katanya.
Kedua-dua album tersebut edaran Unicdotmy Pro Sdn Bhd dan telah pun berada di pasaran.

Elak Sikap Buruk Jaja Kisah Cinta - Farahdhiya

Posted: 13 Mar 2013 06:21 PM PDT


Farahdhiya
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Farahdhiya tidak sesekali menjaja kisah cintanya kepada umum kerana perbuatan itu sedikit-sebanyak akan memperlihatkan sikap buruk seseorang wanita.
Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 29 berkata, seseorang wanita perlu mempunyai perasaan malu untuk bercakap mengenai lelaki yang dicintainya.
"Wanita kena ada rasa malu. Ini tidak... sikit-sikit, 'I sayang boy friend I.' Sebenarnya tak boleh macam tu.
"Wanita kena ingat, kita bukannya nak pinang lelaki tetapi kaum itu yang akan meminang kita," katanya kepada mStar Online ketika ditanya siapakah teman lelakinya ketika ini.
Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati Ini menjelaskan, sudah menjadi prinsipnya untuk tidak berkongsi soal kekasih kepada umum kerana individu yang dikenalinya belum tentu akan mengakhiri hubungan itu sehingga ke jenjang pelamin.
Tambah dia lagi, sekiranya sudah bertemu dengan individu yang sesuai dan kedua-dua pihak memutuskan untuk berumah tangga, barulah dia bersedia untuk menghebahkan perkara tersebut.
"Selagi belum nak kahwin, selama itulah saya akan menyimpan rahsia dengan siapa saya berkawan kerana saya memegang teguh kepada prinsip, perempuan tidak boleh jaja cinta mereka," katanya.
Dalam pada itu bercerita mengenai album mininya yang sudah lebih setahun tertangguh kata Farahdhiya, dia sudah merakamkan tiga buah lagu sementara baki dua lagu lagi dalam proses utnuk disiapkan.
Penangguhan itu katanya bukanlah satu masalah besar sebaliknya ia akan memberi banyak ruang kepadanya untuk memastikan karya tersebut benar-benar berjaya.
"Buat masa ini saya serahkan sepenuhnya kepada Julfekar sebagai komposer yang bertanggungjawab untuk menerbitkan album itu.
"Lagipun hanya ada dua lagu lagi yang belum dirakamkan," katanya.
Mengulas mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan, Farawahida tetap aktif seperti artis lain dan baharu saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan yang akan disiarkan di TV3.
Dia juga akan bercuti selama sebulan untuk menziarahi ibunya yang kini berada di Portsmouth, London.

Sudah 2 Tahun Berlakon, Anzalna Mengaku Tidak Terkenal

Posted: 13 Mar 2013 06:21 PM PDT

PETALING JAYA: Aktres Anzalna Nasir tetap merasakan dirinya tidak terkenal walaupun sudah dua tahun bergelar seorang pelakon.
Wanita berusia 25 tahun ini berkata, faktor itu mungkin disebabkan dia tidak mempunyai laman sosial khas ataupun menubuhkan kelab peminatnya seperti yang dilakukan artis lain.
"Saya tidak pernah rasa saya ada peminat, saya tiada 'Facebook Fanpage' atau kelab peminat. Mungkin ada yang mengenali saya sebagai pelakon tapi bukan peminat.
"Sebab itu jika ada orang yang senyum ketika jumpa saya di luar, mulalah saya rasa janggal," katanya.
Disebabkan itu juga, Anzalna berkata dia tidak pernah terfikir untuk memenangi sebarang anugerah dalam industri hiburan terutama berkaitan undian peminat.
Dia juga sedar kerjaya sebagai anak seni yang dikecapnya baru sahaja bermula dan masih banyak yang perlu dipelajari.
"Saya tidak pernah terfikir untuk rangkul sebarang anugerah dalam industri hiburan buat masa ini.
"Namun bukan bermakna saya tidak pernah impikan untuk itu, semua pelakon ada impian untuk dapat anugerah sebagai tanda penghargaan," katanya.
Dalam pada itu, Anzalna mengakui lebih selektif dalam memilih watak dan drama yang akan dilakonkan.
"Sebelum ini saya dikenali dengan watak-watak antagonis dan perempuan jahat, bagi saya watak itu mudah untuk dilakonkan kerana kita boleh keluarkan apa yang kita mahu.
"Tapi tahun ini saya ingin cuba watak-watak baik pula, saya mahu penonton melihat saya dari pelbagai watak dan bukan haya satu watak sahaja," ujarnya yang membawakan watak utama dalam drama Bangkitnya Seorang Perempuan di slot Samarinda, TV3 bermula Rabu.
Sementara itu, bercakap tentang kontroversi, dia sekarang lebih bersedia berhadapan dengan gosip dan kontroversi yang mungkin melanda dirinya selepas berhadapan dengan beberapa kontroversi pada awal kemunculannya tahun lalu.
Pelakon filem Sepah The Movie ini menganggap perkara itu sebagai lumrah kehidupan yang terpaksa dilalui apabila bergelar anak seni.
Jelasnya, peristiwa lalu memberi banyak pengalaman dan pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati ketika berbicara.

Hanis Zalikha Tetap Kongsi Kisah Dalam Blog

Posted: 13 Mar 2013 06:19 PM PDT

Hanis memberitahu tidak akan meninggalkan minatnya menulis blog walaupun telah bergelar pengacara dan pelakon.
KUALA LUMPUR: Pelakon Hanis Zalikha tidak akan meninggalkan dunia penulisannya menerusi blog walaupun dia semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
Hanis, 23, yang juga pengacara program Mad Markets di TV9 berkata, pengalaman sebagai pelakon dan pengacara telah memberikannya lebih banyak input untuk mengemas kini blog miliknya.
"Sejak bergelar pengacara dan pelakon semakin banyak topik yang ingin saya kongsi bersama pembaca dan saya tidak akan berhenti menulis.
"Walaupun sibuk saya tetap akan meluangkan masa untuk mengemas kini blog saya kerana ia adalah minat utama saya," jelasnya kepada mStar Online.
Blognya boleh diikuti menerusi; inibelogsaya.blogspot.com.
Sementara itu mengenai peluang diberikan Astro kepadanya sebagai artis terbaharu di bawah syarikat penyiaran berkenaan Hanis berkata, dia teruja dengan tawaran itu kerana kerjayanya boleh berkembang ke tahap lebih tinggi.
Katanya, perancangan yang disusun oleh Astro telah memikat hatinya untuk menerima pelawaan itu.
"Walaupun masih baru saya yakin Astro dapat menyusun kerjaya saya dengan baik," ujarnya.
Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk menempuh dugaan sebagai seorang selebriti, Hanis berkata, segala-galanya akan berjalan dengan baik sekiranya dia pandai menjaga diri.
Hanis sebelum ini pernah muncul dalam filem Gangster Celop selain beberapa buah drama seperti Memberku Hawa dan Mariam Kampung Putat.
Dia juga aktif sebagai pengacara untuk program seperti Mad Markets, Ulasan Novel SPM dan Carta Tip Top SPM untuk Astro Tutor.

Pekerja Belakang Tabir Dapat Pengiktirafan

Posted: 13 Mar 2013 06:18 PM PDT

Jurey (kiri) bersama Khir Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) pada Rabu telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) bagi membolehkan pekerja belakang tabir mendapat pengiktirafan dan perakuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Menurut presiden CCIG, Jurey Latiff Rosli pengiktirafan dalam bentuk sijil itu adalah sebagai kayu ukur yang sah kepada seseorang penggiat seni yang mendapat pengiktirafan kerana kerja keras mereka dalam industri seni negara.
"Perakuan dan pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Finas nanti adalah sijil yang sah terhadap seseorang penggiat seni dalam meletakkan mereka dalam kategori tertentu.
"CCIG bertanggungjawab menilai kelayakan dan pencapaian individu tersebut dan ia secara tidak langsung memudahkan industri ini berkembang," katanya kepada mStar Online selepas selesai acara itu di Finas, Rabu.
Jelas Jurey, perakuan sah ini juga mampu mengawal perkembangan industri seni tanah air dan meletakan penggiat seni pada tahap pencapaian masing-masing.
"Dengan adanya perakuan ini, ia dapat mengawal perkembangan industri seni. Kita tidak mahu lambakan pekerja seni yang kita tidak iktiraf latar belakang dan pengalaman mereka.
Pekerja belakang tabir perlu mendapat upah setimpal seperti diamalkan negara maju. - Gambar hiasan.
"Begitu juga dari segi bayaran yang diberi, mereka yang diiktiraf menerusi kerjasama ini akan mendapat upah berdasarkan pencapaian dan bukan kroni atau lain-lain kelebihan peribadi individu tersebut," jelasnya.
Penilaian dibuat mengikut kriteria kelayakan yang ditetapkan dan dinilai oleh beberapa panel yang arif dalam bidang-bidang tersebut.
Ia juga melibatkan keseluruhan bidang dalam industri seni termasuk pelakon, pengarah, dan pekerja belakang tabir.
Sementara itu, presiden Profima, Khir Mohd Noor berkata, perakuan sah ini akan memberi manfaat kepada pekerja-pekerja belakang tabir yang bernaung di bawah persatuan itu seperti krew produksi.
"Pekerja-pekerja belakang tabir kebanyakannya tidak mempunyai sijil dari mana-mana universiti atau kolej, jadi perakuan ini merupakan satu-satu cara untuk mengukur tahap kelayakan mereka.
"Dengan pengalaman dan pengiktirafan yang telah diperoleh akan meletakkan mereka di tahap mana dalam industri," katanya.
Khir, menganggap usaha ini membantu perkembangan industri seni secara lebih sihat dan terancang.

Scha stereotaip, Elly kunci mulut

Posted: 13 Mar 2013 06:13 PM PDT



JIKA menerusi siri televisyen Awan Dania, penonton dapat menyaksikan gelagat dan telatah Scha Al-Yahya memegang watak utama sebagai Dania, seorang pramugari yang bersikap kasar tetapi baik hati, kali ini menerusi Awan Dania The Movie (ADTM), buat pertama kalinya pelakon tinggi lampai itu digandingkan dengan seorang pelakon berwajah manis, Elly Mazlein.
Dalam filem arahan Rashid Sibir itu, Elly membawa watak Tania, seorang pramugari gedik yang mempergunakan juruterbang Remy (Rusdi Ramli) untuk mendapat gelaran pramugari terbaik.
Sering membawakan watak wanita kasar, Scha dilabel oleh sesetengah pihak mengatakan dirinya seorang pelakon stereotaip. Mengulas mengenai perkara itu, isteri kepada pengacara terkenal Awal Ashaari itu tidak menganggap perkara itu negatif sebaliknya bersyukur kerana pengarah dan penerbit yakin dengan kekuatannya untuk membawakan peranan seperti itu (watak kasar).
"Masalah watak stereotaip ini bukan saya seorang sahaja alami. Ada juga pelakon lain turut berhadapan perkara sama. Sebagai pelakon, saya melihat perkara itu daripada sudut positif.
"Saya sentiasa diberikan peranan sama mungkin disebabkan kekuatan saya mendukung watak tersebut manakala watak serius dan romantik pula lebih sesuai untuk pelakon lain," ujarnya ketika ditemui pada majlis pratonton Awan Dania The Movie di Pavilion, Kuala Lumpur.
Begitupun, ulas Scha, dia juga mahu mencuba watak lain demi membuktikan dirinya seorang pelakon versatil.
Ungkapnya, jika diberi peluang dia sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran tersebut demi memantapkan lagi mutu lakonannya.
Ditanya apakah watak lain yang ingin dicubanya, ujar Scha: "Saya tidak ada watak tertentu yang diidamkan tetapi jika diberi peluang untuk watak apa pun saya akan lakukan kerana itu adalah kerja saya sebagai pelakon".
Didukung Rusdi
Bercerita mengenai Awan Dania The Movie, ulas Scha, dia agak gementar apabila pertama kali turun ke set penggambaran filem tersebut di bawah arahan Rashid Sibir kerana mengagumi bakat pengarah tersebut.
Selain itu, ujar duta produk kecantikan Bio Essence itu juga, Awan Dania The Movie berlainan dengan apa yang ditonjolkan dalam drama bersirinya dan ia memerlukannya fokus kepada visi yang dimahukan oleh pengarah.
Mengulas mengenai adegan dirinya didukung oleh pelakon Rusdi Ramli dalam filem tersebut, luah Scha, dia berasa malu kerana faktor tubuhnya yang lebih besar daripada Rusdi.
"Ini adalah pertama kali saya berlakon dengan Rusdi. Saya akui berasa malu dan gementar berlakon dengannya kerana dia seorang pelakon yang berkarisma.
"Malah, ada pula adegan yang memerlukan Rusdi mendukung saya sedangkan saya lebih besar daripada dia. Nasib baik, kami sudah rancang betul-betul untuk menjayakan babak tersebut," ujarnya sambil ketawa.

SATU babak kelakar filem Awan Dania The Movie lakonan utama Scha, Rusdi dan Elly.


Ditebak bagaimana perasaannya apabila Awan Dania The Movie lewat ditayangkan memandangkan siri tersebut sudah lama habis disiarkan di kaca TV, dedah Scha, pada mulanya dia akui berasa bimbang dengan momentum filem tersebut kerana karya tersebut sudah terperap hampir tiga tahun lamanya sebelum ia ditayangkan di layar perak.
Bagaimanapun, dia percaya Awan Dania The Movie mampu menjadi fenomena sepertimana sirinya kerana ia sudah mempunyai pengikut setia drama tersebut.
"Pada mulanya saya takut juga bagaimana sambutan peminat mengenai filem ini. Sepatutnya habis sahaja Awan Dania musim ketiga, filem ini terus ditayangkan.
"Walau bagaimanapun saya yakin dan percaya Awan Dania The Movie mampu mendapat sambutan kerana ia mempunyai pengikut-pengkutnya sendiri," ujarnya yang sehingga kini mengakui ramai yang memanggilnya dengan nama Dania jika berjumpa dengannya.
Elly enggan buka mulut
Beralih pula kepada Elly Mazlein, sebelum ini, dia pernah mengakui bakal ke jenjang pelamin pada pertengahan Disember ini dengan tunangnya, Azmi Hata, 37.
Namun baru-baru ini, ada khabar mengatakan hubungan Elly dengan pengarah drama dan filem itu sedang berantakan. Malah, ada pula khabar yang mengatakan Elly dan pasangannya itu sudah putus tunang!
Diajukan persoalan itu kepada Elly sendiri, ternyata pelantun lagu Bungaku Bakawali itu mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai status hubungannya bersama tunang buat masa ini.

RASHID SIBIR (depan duduk, dua dari kanan) bersama karyawan filem Awan Dania The Movie pada majlis tayangan perdana filem tersebut di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Biarlah perkara itu menjadi rahsia buat masa ini. Bila masa yang sesuai nanti saya akan kongsikan," jelasnya sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pihak media.
Bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Sabarlah Hati, ujar Elly, single baharunya itu tiada kena mengena dengan dirinya sebaliknya ia adalah hadiah buat peminat setianya.
"Sudah lama saya tidak menyanyi. Single Sabarlah Hati ditujukan khas buat peminat setia saya. Ia merupakan hasil kerjasama saya dengan KRU Music dan kami jangka lagu ini akan berada di pasaran dalam masa terdekat," tuturnya.
Mengulas mengenai karakternya dalam filem Awan Dania The Movie, Elly memberitahu, wataknya dalam karya Rashid Sibir itu berlainan dengan wataknya sebelum ini.
Ulasnya, sebelum ini dia sering membawakan watak baik tetapi dalam filem tersebut Awan Dania The Movie , dia membawakan peranan sebagai wanita gedik dan manja.
"Saya seronok menjayakan watak Tania dan berharap peminat suka dengan kelainan yang cuba ditonjolkan melalui watak saya kali ini," jelasnya.

Yoyo pilih kucing berbanding anak

Posted: 13 Mar 2013 06:13 PM PDT

YOYO dan Ekin belum mahu memiliki zuriat buat masa ini.


DIA sudah berusia 39 tahun dan pada 28 Januari lepas secara rasminya telah bergelar isteri kepada bintang terkenal Hong Kong, Ekin Cheng yang berumur 45 tahun.
Namun aktres Hong Kong, Yoyo Mung menegaskan buat masa ini dia belum memikirkan untuk mendapat anak kerana dia melihat kehamilan bagaikan penjara buat diri seseorang wanita.
Ujarnya kepada akhbar The Sun: "Saya melihat rakan-rakan saya sibuk melayan anak masing-masing dan ia membuatkan saya tidak berasa teruja.
"Malah, saya pernah bermimpi hamil tetapi ia kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri. Ini kerana ibu dan bapa perlu memikirkan mahu menghantar anak belajar di sekolah mana sebagai contohnya.
"Sedangkan kalau bab mengisi borang, dalam kes ini borang kemasukan ke sekolah, memang saya cukup benci melakukannya.
"Saya rasa semua akan membuatkan saya dilanda masalah, sebab itu saya dan Ekin belum ada keinginan untuk mempunyai anak buat masa ini."
Tambah Yoyo: "Lagipun, saya rasa hamil bagaikan penjara buat wanita. Jika saya hamil, saya akan rasa seperti hidup dalam penjara selama sembilan bulan.
"Ia ditambah pula berehat selepas melahirkan anak dan tidak aktif tanpa berbuat sesuatu, jadi saya fikir sepanjang tahun kehamilan saya akan berada dalam penjara."
Katanya lagi, ibu mertuanya tidak pernah memberikan tekanan kepadanya berhubung isu zuriat itu.
Yoyo menambah lagi: "Lagipun, kalau ada bayi baru lahir, tidak boleh dekat dengan kucing kerana bimbang dijangkiti kuman bawaan kucing tersebut. Sedangkan saya tak boleh tinggal di rumah tanpa kehadiran kucing-kucing saya yang comel itu."

Spekulasi Cecilia pelihara anak hantu

Posted: 13 Mar 2013 06:12 PM PDT


CECILIA bersama dua orang anaknya, Lucas (kanan) dan Quintus.


BINTANG terkenal Hong Kong, Cecilia Cheung digosip selama ini telah memelihara 'anak hantu' bagi tujuan mendatangkan tuah buat dirinya sebelum menceburi industri hiburan 15 tahun lalu.
Bintang berusia 32 tahun itu dipercayai merupakan pengikut ajaran Buddha Thailand selepas dia dilihat memakai tangkal yang mempunyai lambang Phra Somdej, iaitu satu daripada lima Buddha zaman silam di Thailand.
Identitinya itu mula terdedah selepas dia bercerai dengan aktor Nicolas Tse pada tahun 2011.
Ujar sumber kepada media Hong Kong: "Sejak bercerai pada tahun 2011, Cecilia bersama dua orang anaknya, Lucas dan Quintus sering dilihat mengunjungi Thailand.
"Dia mula mendapatkan anak hantu pertamanya bagi tujuan untuk dirahmati dalam percintaannya dengan Nicolas.
"Apabila rumah tangganya itu bergolak, dia pergi ke Thailand dan membawa pulang dua lagi anak hantu. Kini bagi tujuan untuk mendapatkan tuah selepas dia bercerai, Cecilia dipercayai sudah memiliki empat anak hantu yang ditempatkan dalam sebuah bilik khas di kediamannya."

Ziana perlukan RM2 juta

Posted: 13 Mar 2013 06:11 PM PDT


PENGURUS Besar Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Hasni Hashim (tiga dari kiri) bersama selebriti (dari kiri) Tauke daripada kumpulan Jambu, Ziana Zain dan Awie tidak ketinggalan menghulurkan derma bagi tabung Lahad Datu pada sidang media mengenai minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru baru-baru ini.


SELEPAS impian yang dipendam oleh Anuar Zain untuk muncul dengan konsert solo yang diberi judul Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari tercapai 16 Februari lalu, kini, kakaknya, Ziana Zain turut mengidamkan perkara yang sama.
Ujar Ziana, dia kagum dengan kesabaran Anuar yang sanggup menunggu kira-kira 30 tahun untuk berbuat demikian.
Hasilnya, penghibur itu berjaya mengumpulkan kira-kira 6,000 peminat fanatiknya di Stadium Malawati, Shah Alam untuk menikmati alunan muziknya.
Justeru, kata Ziana, kejayaan adik kandungnya itu memberi inspirasi kepadanya untuk mengikut jejak langkah yang sama.
Pelantun lagu Kemelut Di Muara Kasih itu yakin, meskipun usianya kini menginjak 45 tahun, auranya masih luar biasa dan vokalnya tetap berbisa.
Ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Minggu Setiausaha yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), Johor Bahru pada 10 April ini, Ziana meluahkan segalanya kepada Kosmo!. Ikuti temu bual bersama Ziana.
Kosmo!: Selepas menunggu hampir 30 tahun, akhirnya Anuar Zain berjaya mengadakan konsert solo yang disifatkan begitu berjaya. Justeru, bagaimana Ziana melihat perkembangan ini?
ZIANA ZAIN: Sebenarnya, saya sudah lama mengidamkan untuk muncul dengan konsert solo. Namun, untuk berbuat demikian bukanlah sesuatu yang mudah kerana kos yang perlu dibelanjakan sangat tinggi. Kalau setakat perbelanjaannya menelan sekitar RM500,000 bagi saya ia tidak apa-apa. Untuk pengetahuan semua, bagi penganjuran konsert solo berskala besar, saya perlukan sekurang-kurangnya RM2 juta hingga RM3 juta untuk merealisasikannya. Dalam hal ini, penaja memainkan peranan yang penting.
Ziana bukan asing kepada industri hiburan dan mempunyai nama yang cukup besar dalam bidang ini. Memang sukarkah untuk menarik penaja untuk menaja konsert Ziana?
Itulah sebenarnya, di manakah pergi semua penaja? Kenapa tidak ada penaja yang sanggup menaja kami artis tempatan? Namun, untuk membawa artis luar negara, penaja dilihat begitu berminat. Mentaliti sesetengah penaja ini cukup menyedihkan kami.
Melihat layanan kelas kedua itu, apakah harapan Ziana agar kemelut ini tidak berterusan?
Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya kongsikan bahawa di Malaysia, kalau seseorang penyanyi itu hendak buat konsert, ada yang sanggup jual rumah dan kereta. Rintihan kami tidak mendapat perhatian mereka. Jadi, saya berharap selepas ini ada pihak yang buka mata dan dapat menaja penyanyi kita untuk buat konsert solo sendiri di tempat sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan, bila agaknya Ziana mahu muncul dengan album baharu?
Belum pasti lagi kerana sekarang ini trend artis ialah mengeluarkan single terlebih dulu. Bagi saya, pendekatan itu lebih baik. Saya juga masih lagi menunggu sekurang-kurangnya tiga buah single selepas Dingin, Pawana dan Misteri Cinta (duet bersama Sohaimi Meor Hassan). Insya-Allah, semuanya dalam perancangan.
Jika tidak silap, ini merupakan kunjungan Ziana kali kedua untuk majlis minggu setiausaha di Johor setelah beberapa tahun tidak berkunjung ke sini. Jadi apa agaknya persembahan yang akan dipersembahkan khusus untuk para setiausaha di negeri ini?
Istimewanya pada kali ini, saya akan berkolaborasi bersama pasangan duet saya iaitu rockers terkenal, Awie. Saya percaya, gandingan kami dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Selain itu, sudah semestinya saya akan menyanyikan beberapa lagu hit termasuk lagu-lagu terkini saya. Persembahan yang bakal berlangsung selama tiga jam itu turut menampilkan naib juara Maharaja Lawak Mega 2012, Jambu, selain penampilan istimewa pelakon kacak dari Singapura, Ady Putra. Cadangan untuk membawakan lagu rakyat Johor, turut saya pertimbangkan nanti.

PNB umum agihan pendapatan ASM 6.80 sen

Posted: 13 Mar 2013 06:10 PM PDT


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan ASM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.80 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
ASM merupakan sebuah dana ekuiti pendapatan yang mula dilancarkan pada 20 April 2000 dengan objektif untuk memberi peluang kepada pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang serta memperoleh pulangan yang kompetitif.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar 0.30 sen daripada jumlah agihan pendapatan tersebut merupakan pendapatan khas sebagai tanda penghargaan kepada 542,809 pemegang unit terlibat.
"Jumlah agihan pendapatan ini lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu 6.50 sen seunit.
"Sebanyak RM913.85 juta peruntukan digunakan bagi agihan ini berbanding RM818.62 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman agihan pendapatan berkenaan di sini semalam.

Bank Rakyat agih dividen 18%

Posted: 13 Mar 2013 06:09 PM PDT


ISMAIL SABRI (tengah) menunjukkan keputusan kewangan Bank Rakyat selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum.
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli.
Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion bagi tempoh tersebut, naik 4.7 peratus atau RM94.9 juta berbanding tempoh yang sama sebelumnya.
Di samping itu, keuntungan bersih yang dicapai bank itu ialah sebanyak RM1.74 bilion.

Filipina tahan 35 pengganas Sulu

Posted: 13 Mar 2013 06:08 PM PDT

DUA lelaki sedang disoal siasat oleh polis sebelum mereka ditahan di Fajar Harapan di Lahad Datu semalam.


MANILA – Tentera Laut Filipina mendakwa telah menangkap 35 pengganas Sulu termasuk seorang wanita semalam ketika mereka cuba kembali ke Filipina dari Sabah.
Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Rey Ardo berkata, mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.
"Mereka sudah pulang (ke tanah air), mereka bersenjata," kata Ardo kepada stesen televisyen ABS-CBN.

Menurutnya, ketika ditahan para pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di negara ini.
Jelasnya, salah seorang lelaki itu cedera kemungkinan akibat pertempuran yang berlaku di Sabah.
Ardo menyatakan, ketibaan pengikut-pengikut Jamalul itu menunjukkan mereka panik kerana pasukan keselamatan Malaysia meningkatkan usaha memburu kumpulan tersebut.
"Mereka takut dan kembali semula ke Filipina untuk mengelak ditangkap di Sabah," katanya.

Perodua perkenal model S-Series Viva, Myvi, Alza

Posted: 13 Mar 2013 06:07 PM PDT


MUHYIDDIN (tengah) menunjukkan tanda bagus selepas pelancaran kereta model Myvi S-Series di Sungai Choh, Rawang semalam.


RAWANG - Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka memperkenalkan kereta daripada segmen S- Series bagi model Viva, Myvi dan Alza hari ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model- model tersebut dikeluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama kereta terkemuka itu di pasaran.
"Kelainan yang ada pada model baharu S- Series ini boleh dilihat daripada beberapa prospek seperti reka bentuk yang lebih menarik, kepelbagaian aksesori-aksesori tambahan dan juga stereng berkuasa tinggi yang dijual pada harga berpatutan.
"Selain daripada warna-warna model Perodua yang sedia ada di pasaran, model S-Series ini turut didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Ozzy Orange," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran batu asas kilang baharu Perodua di Sungai Choh, Rawang yang telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.
Aminar Rashid menerangkan, ketiga-tiga model Viva S 1.0L, Myvi 1.3 SE dan Alza S 1.5L itu ditawarkan pada harga antara RM34,774.30 sehingga RM56,517.00 seunit di seluruh rangkaian Perodua bermula hari ini.
Dalam pada itu, Perodua turut menawarkan pemberian servis kereta secara percuma selama tiga tahun kepada mana- mana pemilik Perodua yang mendaftar kenderaan mereka bermula 15 Mac ini.
Tambah Aminar, khidmat lapan kali servis kenderaan secara percuma yang bernilai kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 itu merangkumi kos buruh, alat ganti upah dan enam peratus cukai.

Karnival Halal bermula hari ini

Posted: 13 Mar 2013 06:06 PM PDT


PENTAS khas dan khemah jualan serta pameran sudah siap dipasang untuk Karnival Halal Kedah 2013 di pekarangan tempat letak kereta Amanjaya Mall Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Karnival Halal Kedah 2013 yang bertema Halal Bukan Sekadar Logo anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di pekarangan letak kereta Amanjaya Mall di sini bermula hari ini selama tiga hari.
Karnival tersebut yang dijangka mampu menarik lebih 50,000 pengunjung bertujuan mendidik masyarakat khususnya di Kedah tentang kepentingan isu halal dan pensijilan halal.
Selain itu, karnival tersebut juga menjadi platform kepada syarikat-syarikat dan produk yang telah mendapat Sijil Halal Malaysia yang kini berada di pasaran untuk memperluaskan perniagaan masing-masing.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, karnival tersebut adalah lanjutan daripada Kempen 1 Malaysia 1 Halal yang dianjurkan Jakim pada 2010.
Katanya, program itu telah menjelajah ke enam negeri sebelum ini bermula di Masjid Negara, Perlis, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan yang terakhir di Melaka pada tahun lepas.
"Tema Halal Bukan Sekadar Logo adalah intipati daripada objektif keseluruhan karnival iaitu pendidikan mengenai isu halal di Malaysia dan kita mempunyai dua fokus sasaran iaitu pengguna dan industri," katanya di sini semalam.

Peluang beli beg produk halal RM1

Posted: 13 Mar 2013 06:05 PM PDT


ANTARA makanan ringan yang disediakan dalam beg produk halal RM1 pada Karnival Halal Kedah 2013.


SUNGAI PETANI – Pengunjung Karnival Halal Kedah 2013 di pekarangan tempat letak kereta Amanjaya Mall di sini berpeluang membeli beg berisi produk halal pada harga RM1 sahaja sepanjang tiga hari karnival berlangsung.
Beg berkenaan hanya boleh dibeli di khemah pameran DagangHalal.com di tapak karnival.
Pengurus Usahawan karnival, Ahmad Bukhari Abu Bakar berkata, beg khas itu mengandungi makanan ringan, minuman kopi, vitamin dan kosmetik.
"Aktiviti jualan murah@RM1 ini bertujuan memberi peluang kepada pengunjung memperoleh produk halal pada harga murah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Selain itu, katanya, sebanyak 84 tapak pameran dibuka melibatkan 90 pemamer daripada agensi kerajaan, industri dan institusi kewangan menawarkan pelbagai produk makanan, perkhidmatan, busana dan perbankan.

Tujuh ekor dugong dipindahkan dari Zoo Singapura

Posted: 13 Mar 2013 05:55 PM PDT


BEBERAPA pekerja memegang dugong yang bernama Pedro untuk dipindahkan ke River Safari, Singapura semalam.


SINGAPURA - Tujuh ekor dugong berjaya dipindahkan ke 'rumah' baharu mamalia itu di Rimba Berair Amazon milik River Safari, kata Rizab Hidupan Liar Singapura (WRS) semalam.
Perpindahan secara besar-besaran itu melibatkan 20 pekerja Zoo Singapura dan pakar-pakar haiwan serta mengambil masa lebih dua hari untuk dilakukan.
Langkah tersebut melibatkan pemindahan seekor dugong betina berusia 21 tahun bernama Eva ke satu lokasi pameran yang empat kali ganda lebih besar berbanding tapak pameran sebelum ini di Zoo Singapura.
Memiliki berat 1,100 kilogram (kg), Eva merupakan dugong paling berat di taman berkenaan.
Ia tiba di zoo tersebut pada tahun 1994.
Eva dan 10 ekor dugong lain yang juga dikenali sebagai lembu laut akan ditempatkan di Rimba Berair Amazon. Pameran tersebut bertemakan hutan hujan Amazon.
Spesies mamalia besar itu menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari memakan tumbuhan akuatik dengan seekor dugong dewasa memakan antara 50 hingga 100kg rumpai air.

Pemuda bakar diri akhirnya mati

Posted: 13 Mar 2013 05:55 PM PDT

BEBERAPA anggota keselamatan melihat Khadri selepas dia membakar dirinya di Tunis, Tunisia kelmarin.


TUNIS - Seorang peniaga rokok yang membakar dirinya di sebatang jalan di sini kelmarin meninggal dunia semalam akibat melecur teruk, kata seorang pegawai perubatan.
Pengarah Pusat Melecur Ben Arous, Imed Toiuibi berkata, peniaga itu, Adel Khadri, 27, mati pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan kerana melecur teruk.
Menurut beberapa pegawai, Khadri yang berasal daripada sebuah keluarga yang amat miskin di Jendoubam, barat laut Tunisia tiba di sini beberapa bulan lalu untuk mencari pekerjaan.
Dia dilaporkan membakar diri di depan sebuah bangunan pentadbiran di Habib Bourguiba Avenue di sini.
Menurut seorang saksi, Khadri memberitahu, dia terpaksa menjual rokok kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Saksi itu berkata, dia menyebut Allahuakbar sebelum bertindak membakar dirinya. Beberapa anggota keselamatan dan pejalan kaki kemudian cuba memadamkan api pada tubuh lelaki tersebut.
Api itu berjaya dipadamkan dan dia diusung ke dalam sebuah ambulans untuk dihantar ke hospital tersebut.
Menurut jurucakap sebuah agensi perkhidmatan kecemasan, Mongi Khadhi, bapa pemuda itu meninggal dunia empat tahun lalu.
"Dia (Khadri) mempunyai tiga beradik dan keluarganya amat miskin," katanya.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Khaled Tarrouche berkata, psikologi Khadri terjejas kerana tidak mempunyai pekerjaan menyebabkannya membakar diri.
Seorang penjaja yang menjual roti di jalanan yang hanya dikenali sebagai Farid memberitahu, dia memahami kenapa Khadri melakukan perbuatan itu.
"Apabila kita menjadi tidak bernilai, tingkat sosial rendah dan miskin, ketika itulah kita melakukan perbuatan gila," katanya.
Pada Disember 2010, seorang penjaja di bandar Sidi Bouzid, di sini, Mohamed Bouazizi, 26, pernah membakar diri sehingga mati kerana memprotes gerainya dirampas pihak berkuasa.
Insiden tersebut telah mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Tunis sehingga menyebabkan Zine El Abidine Ben Ali meletak jawatan sebagai Presiden pada 14 Januari 2011.

Komet kelihatan di sebelah bulan sabit

Posted: 13 Mar 2013 05:53 PM PDT


GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin.


CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin.
Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS.
Sebelum ini, komet tersebut ditemui oleh pakar-pakar astronomi dengan menggunakan Teleskop Kaji Selidik Panorama dan Sistem Tindak Balas Pantas (PanSTARRS) di Hawaii, AS pada Jun 2011.
Komet tersebut bergerak sejauh 160 juta kilometer (km) dari Bumi pada minggu lalu.
Menurut seorang ahli astronomi AS, Tony Phillips, komen berkenaan dilihat di Hemisfera Selatan sejak beberapa minggu lalu sebelum muncul di bahagian tengah Bumi.
Walaupun sudah berusia beberapa bilion tahun, Pan-STARRS kini melakukan perjalanan pertama merentasi sistem solar.
Bebola gergasi berais itu melintasi matahari melalui orbit planet Utarid pada jarak 45 juta km pada Ahad lalu.

Keharmonian pelbagai suku di Sabah

Posted: 13 Mar 2013 05:52 PM PDT



HARI itu Abdul Majid Arbani, 52, tidak turun ke laut. Sebaliknya dia mengamati pemandangan dari pangkin kayu yang terletak di pinggir pantai Kampung Batu, Tanjung Labian, Lahad Datu.
Sesekali dia tersenyum sendirian dengan membelek topi berwarna putih yang dipakainya sambil membetulkan postur tubuh agar selesa duduk di pangkin kayu tersebut.
"Nelayan dan ombak bagaikan sahabat di lautan luas. Kehidupan nelayan yang keluar mencari rezeki dengan menyabung nyawa di sungai dan laut bukanlah mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi demi kelangsungan hidup," ujarnya membuka kata.
Terletak kira-kira 140 kilometer dari bandar Lahad Datu, Tanjung Labian terkenal akibat tempias kes pencerobohan pengganas bersenjata dari kepulauan Sulu di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu.
Malah, jarak perjalanan dari Kampung Tanjung Batu ke Kampung Tanduo hanya empat kilometer memakan masa selama sejam dengan berjalan kaki di pesisir pantai.
Lebih menarik, di Tanjung Labian orang ramai berpeluang melihat dengan jelas beberapa pulau di selatan Filipina yang tidak jauh dari situ.
"Jika cuaca baik dan terang, pasti kamu akan dapat lihat beberapa pulau kecil di selatan Filipina yang berada di depan tanjung ini. Lagipun pulau tersebut tidak jauh dari sini dan boleh menaiki bot pancung sahaja namun ia bergantung kepada keadaan ombak," kata lelaki keturunan Bajau itu.
Dibesarkan di Kampung Tanjung Labian, dia yang mahu dikenali sebagai Pak Majid memberitahu, penduduk di sekitar Tanjung Labian hidup aman dan harmoni dengan suku kaum berlainan seperti Idahan, Suluk dan Bajau.
Tanjung Labian menempatkan empat buah kampung utama iaitu Kampung Tanjung Batu, Tanjung Labian, Kampung Lok Sambuang dan Lok Buani. Rata-rata penduduknya menjalankan aktiviti nelayan sebagai sumber utama kepada ekonomi selain ada yang bekerja di ladang kelapa sawit di Felda Sahabat. Di pesisiran pantai yang bersih dan kecantikan tanjungnya yang terkenal dengan lubuk ikan menjadikan Tanjung Labian antara lokasi tumpuan bagi segelintir para pemancing.
Aktiviti memancing
"Kadang-kadang ada juga orang luar terutamanya kaki pancing berkunjung di sini sebab di sekitar kawasan ini ada lubuk ikan termasuk kerapu, pari dan tenggiri," tegasnya.
Pak Majid memberitahu, dia sendiri pernah membawa beberapa pemancing bagi melepaskan ketagihan memancing.

WANITA ini menjalani kehidupan seperti biasa meskipun pelbagai cerita negatif dimomokkan di Tanjung Labian.


Tindakannya itu secara tidak langsung merancakkan lagi ekonomi segelintir para nelayan selain dapat berinteraksi dengan masyarakat luar.
"Memang seronok apabila ada orang luar datang ke sini kerana kampung ini memang jauh terpencil di dalam Felda Sahabat.
"Mereka juga melahirkan kekaguman terhadap kecantikan pantai dan tanjung-tanjung yang terdapat di kawasan ini terutama pada awal pagi dan lewat petang," kata anak bongsu daripada 12 beradik ini.
Berada di perairan yang berdekatan dengan kawasan sempadan, berdiam di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti sememangnya harus diketepikan.
Biarpun, bimbang dengan kegiatan memancing di sekitar perairan berkenaan kerana dikhabarkan menjadi laluan lanun dari negara jiran, bagi seorang lagi nelayan, Alimudin Omar, 52, berkata, pasukan keselamatan negara terutama Maritim Malaysia, Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am sentiasa menjalankan pemantauan yang rapi.
Masa bersama keluarga
"Bekerja di bawah panas mentari di dalam bot yang dipukul gelombang sepanjang hari memberikan pengalaman berbeza dengan hasil yang tidak menentu dan pulangan tidak seberapa terutama pada musim tengkujuh.
"Bukan mudah untuk menangkap seekor ikan. Namun, saya bersyukur dengan apa yang ada kerana ada orang lain yang lebih susah daripada kita.
"Kami reda dan tetap berasa gembira menetap di kampung ini," tegasnya yang membuat blok bata rumah sebagai kerja sampingan.
Alimudin mendedahkan, bagi melupakan seketika tekanan yang dirasai, kebanyakan penduduk di Tanjung Labian menghabiskan masa bersama keluarga berkelah di pantai tersebut.
"Rata-rata penduduk di kawasan ini mempunyai hubungan persaudaraan antara satu sama lain. Jadi, bila ada masa terluang aktiviti berkelah sememangnya ditunggu-tunggu bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain," cerita Alimudin.

MUHAMMAD GABRIL menunjukkan ikan hasil tangkapannya di tepi pantai Kampung Tanjung Labian.


Realitinya, segelintir kehidupan keluarga nelayan dihimpit kesusahan terutama dari segi infrastruktur.
Namun, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa memastikan kehidupan mereka terjamin bagi memastikan kehidupan mereka tidak terpinggir sejauhnya.
Buktinya, Ketua Kampung Tanjung Labian, Mahmood Mallang berkata, pelbagai infrastruktur sedang rancak dibangunkan termasuklah projek tenaga elektrik solar kerajaan bernilai RM132 juta.
"Beberapa buah rumah di kampung ini sudah menerima bekalan elektrik sejak dua minggu lalu. Sebelum ini, para penduduk hanya bergantung penuh kepada sumber elektrik daripada set janakuasa mini yang dibeli sendiri oleh sebilangan penduduk yang berkemampuan.
"Di kampung ini sahaja, terdapat kira-kira 20 set janakuasa yang digunakan penduduk. Jadi, setiap malam apabila janakuasa dihidupkan, kampung ini memang diselubungi bunyi bising daripada set jana kuasa tersebut," katanya.
Tenaga solar
Menurut Mahmood, persekitaran tersebut bakal berubah apabila syarikat utama pembekalan elektrik negeri, Sabah Electricity Sdn. Bhd. sedang rancak menjalankan operasi pembekalan elektrik tenaga solar dan proses pemasangan wayar pada tiang elektrik ke rumah di setiap kampung terlibat dan empat buah sekolah rendah di kawasan tersebut.

Hubungan Malaysia, Filipina tidak terjejas

Posted: 13 Mar 2013 05:51 PM PDT


TANJUNG Simpang Mengayau di Kudat merupakan titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan yang dikelaskan sebagai salah satu destinasi pelancongan paling cantik di Sabah.


PERTEMPURAN yang berlaku antara pengikut Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia pada 1 Mac lalu mencatat tragedi berdarah yang sukar dilupakan.
Keengganan pengganas Sulu berundur dari Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah selepas menceroboh kawasan tersebut sejak 12 Februari lalu mengundang insiden berbalas tembakan hingga ramai menjadi korban.
Ekoran pencerobohan itu, 10 anggota keselamatan gugur sebagai pejuang negara. Mereka terdiri daripada anggota polis Komando VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46; Superintendan Ibrahim Lebar, 52; Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48; Koperal Salam Togiran, 42; Sarjan Baharin Hamit, 49; Asisten Superintendan Michael Padel, 36, dan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24.
Seorang lagi anggota tentera, Prebet Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia kelmarin selepas trak yang dipandu untuk menghantar bekalan ke kawasan operasi Ops Daulat hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di Lahad Datu.
Sementara itu, seramai 57 pengganas Sulu berjaya ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam Ops Daulat yang dilancarkan sebagai tindak balas ekoran serangan tersebut.
Berasal dari Selatan Filipina, kumpulan pangganas tersebut yang belayar ke perairan Sabah dengan menaiki bot pancung semata-mata untuk menuntut hak mereka yang mahu kerajaan Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
Jamalul Kiram, 74, mendakwa dia merupakan pewaris kerajaan Islam Kesultanan Sulu yang suatu ketika dahulu pernah menguasai sebahagian Borneo termasuk beberapa buah pulau di selatan Filipina.
Justeru, kehadiran kumpulan lelaki yang lengkap bersenjata dan berpakaian ala tentera itu bertujuan membuat tuntutan terhadap perkara tersebut.
Sejak itu, Malaysia telah mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lalu sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.
Bagaimanapun tempoh pengusiran mereka telah dilanjutkan kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air mereka.

ANGGOTA keselamatan negara tiba di jeti selepas melakukan pemantauan di perairan Lahad Datu rentetan pencerobohan pengganas Sultan Sulu.


Kecam tindakan
Malah, Presiden Filipina, Benigno Aquino turut mengecam tindakan pengikut Jamalul Kiram III yang dianggap keterlaluan dan melampau hingga sanggup menceroboh kawasan Lahad Datu, Sabah.
"Kehadiran pengikut Kiram di sana langsung tidak membantu tuntutan kerajaan Filipina ke atas Sabah," ujar jurucakap Aquino, Edwin Lacierda baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Malaysia (MPN), Datuk Prof. Dr. Zainal Kling berkata, mengikut sejarah, Sabah dahulu asalnya diperintah oleh kerajaan Brunei. Kemudian ia bertukar pemerintahan kepada Kesultanan Sulu bermula pada tahun 1870-an.
Menurut beliau, pada waktu itu, Sabah melalui Kesultanan Sulu sudah dicagar atau dipajak kepada kuasa Eropah untuk dibangunkan.
"Jadi, surat penyewaan atau pajakan itulah sebenarnya yang dituntut oleh Jamalul Kiram," ujar Zainal ketika dihubungi Kosmo!.
Apabila Sabah ditadbir oleh Inggeris melalui North Borneo Chartered Company pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, mereka tetap menerima bayaran pajakan.
Begitu juga selepas Perang Dunia Kedua apabila Sabah kemudian diserah kepada koloni British, bayaran sewaan sebanyak AS$1,700 (RM5,300) ketika itu masih diberikan kepada mereka.
"Bagaimanapun, sewaktu Sabah memilih untuk merdeka pada tahun 1963, ia adalah satu keputusan yang dinamakan self determination iaitu penentuan kepentingan sendiri oleh mereka. Atas prinsip ini, ia menjadikan Sabah merdeka dalam Malaysia.
"Namun, sewa yang dahulu dibayar kepada keturunan Raja Kiram masih diteruskan. Tetapi, keputusan sebenarnya telah dibuat oleh rakyat Sabah melalui pungutan suara sama ada rakyat di Sabah hendak masuk Malaysia atau tidak. Pungutan suara ini dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Dari sudut itu, rakyat Sabah sudah buat keputusan memilih untuk menyertai Malaysia sebagai satu negara. Bagaimanapun, bagi keturunan Sultan Sulu, mereka masih menganggap bahawa mereka mempunyai hak terhadap tanah tersebut," jelas Zainal sambil menegaskan bahawa tragedi serangan balas antara anggota keselamatan Malaysia dan pengganas Sulu merupakan peristiwa berdarah yang tidak sepatutnya berlaku.
"Ia merupakan satu pencerobohan, namun secara peribadi saya rasa isu ini tidak akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Filipina kerana Presiden Aquino sendiri sudah menyatakan pendiriannya terhadap pencerobohan tersebut.

Asah bakat di ChiliPadee Studio

Posted: 13 Mar 2013 05:49 PM PDT

PARA pelajar ChiliPadee Studio berpeluang mempelajari teknik-teknik dalam penghasilan sesuatu animasi.


ANIMASI kegemaran Mohamed Uwais Mohamed Syairoz, 10, ialah SpongeBob SquarePants, Car dan Toy Story sama seperti rakan-rakan sebayanya. Namun, ibu bapanya dapat mengesan sesuatu yang lain dalam diri kanak-kanak itu.
Mohamed Uwais kelihatan sangat berminat dengan pergerakan dan emosi wajah setiap karakter berbanding kanak-kanak lain yang hanya terpesona pada jalan cerita yang kelakar serta penggunaan warna menarik.
Berikutan perkembangan tersebut, ayah Mohamed Uwais, Mohamed Syairoz Mohd. Odman, 35, mengambil keputusan untuk mendaftarkan anak sulungnya itu ke kelas animasi kanak-kanak, ChiliPadee Studio (CPS) yang terletak di Batu Caves, Selangor.
CPS merupakan kelas animasi khusus untuk kanak-kanak yang pertama di Malaysia. Ia ditubuhkan pada November 2011 dengan menawarkan dua sesi kelas.
Menyasarkan kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun, ia bertujuan untuk meneroka minat kanak-kanak terhadap animasi sekali gus mengasah kemahiran dan mengekalkan minat.
Bilangan pelajar setiap kelas dihadkan bagi memastikan hubungan murid dan guru lebih berkesan serta tidak berlaku sebarang tekanan kepada mereka.
"Kami mahu anak saya meneroka bakat yang ada dalam dirinya dan sebagai ibu bapa, kami perlu memberi sokongan sepenuhnya," kata Mohamed Syairoz ketika ditemui Taman Industri Bolton, Selangor.
Ketika ditanya mengenai cita-cita, Mohamed Uwais yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor, pantas menjawab mahu menjadi juruterbang.

UWAIS (kanan) berminat untuk meneroka karakter animasi Toy Story di ChiliPadee Studio.


Skil sandaran
Walaupun berbeza dengan apa yang dipelajarinya, ibu kanak-kanak itu, Saidatul Ashikin optimistik bahawa setiap bakat yang ada dalam diri kanak-kanak itu boleh menjadi skil sandaran pada kemudian hari.
Pada awal Januari lalu, anaknya itu selesai menjalani upacara graduasi setelah tamat kelas peringkat pertama.
Setiap pelajar yang menamatkan pengajian peringkat pertama termasuk menyiapkan setiap tugasan yang ada akan dianugerahkan sijil pencapaian.
Mohamed Uwais seterusnya didaftarkan dalam kelas peringkat kedua. Menurut Mohamed Syairoz, anaknya itu seronok dapat bersama dengan kawan-kawan dalam kelas yang sama.
"Paling penting, Mohamed Uwais tidak pernah kelihatan tertekan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan gurunya.
"Penghayatan terhadap kartun juga semakin meningkat terutamanya dari segi mimik muka. Dia dapat memahami kesukaran dalam menghidupkan satu-satu karakter," terang Mohamed Syairoz yang bekerja sebagai pegawai bahagian perhubungan strategik sebuah syarikat swasta.
Antara muka mudah
Kelas animasi kanak-kanak di CPS setakat ini mempunyai dua peringkat yang menggunakan dua perisian yang berbeza iaitu Crazy Talk 6 (CT6) dan Crazy Talk Animator (CTA) masing-masing untuk peringkat yang berbeza.
Perisian CT6 adalah untuk peringkat pertama dengan memberi fokus pada ekspresi wajah dan pergerakan muka, manakala CTA pula, khusus pada pembinaan latar belakang serta pergerakan karakter.
Kedua-dua perisian itu sesuai untuk sistem operasi Microsoft dan merupakan animasi dua dimensi.
Sebenarnya, terdapat beberapa ciri pada perisian tersebut yang membolehkan kanak-kanak boleh mempelajarinya dengan mudah.
Hal itu bertentangan dengan tanggapan lazim yang sering terlintas dalam pemikiran orang ramai iaitu hampir semua perisian melibatkan animasi atau grafik terlalu sukar untuk dipelajari.
Menurut Pengarah CPS, Sazrul Zakri Zakariya, 36, kedua-dua perisian tersebut memberikan hasil akhir seperti karya juruanimasi profesional.
Namun, lelaki yang senang dipanggil Zack itu menambah, perisian tersebut dapat mempercepatkan masa pembikinan antara empat hingga lapan minggu.
Selalunya, bagi satu episod animasi berdurasi 30 minit memerlukan masa lebih kurang 35 minggu untuk disiapkan.
"Ciri jelas yang dapat dilihat ialah interface yang mudah digunakan sehingga kanak-kanak juga boleh menggunakannya," terang Zack yang berasal dari Pulau Pinang tetapi menetap di Seri Gombak, Selangor.
Interface (antara muka) bagi memilih ekspresi wajah dan pergerakan mulut agak senang dan prosesnya hampir berlaku secara automatik dengan suara yang dirakam.
Satu lagi ciri yang ada ialah tetapan (setting) yang telah dilaras lebih awal untuk pergerakan yang biasa dilakukan seperti berjalan, berlari atau menari.
Jadi, apabila pembikin animasi dua dimensi mahu karakter ciptaan mereka bergerak, watak yang sedia ada hanya perlu dimasukkan dan pilih pergerakan yang ada.
Pergerakan yang pelik seperti mahu menghasilkan tarian yang ada identiti seperti hip hop, juruanimasi harus menghasilkan gambar satu persatu.
Selain itu, banyak lagi ciri yang ada seperti watak yang dicipta boleh diberi dekorasi menarik. Contohnya, pakaian yang cantik berdasarkan kepada keinginan pereka.

PERISIAN CrazyTalk yang digunakan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak.


Memupuk minat
Paling utama menerusi kelas bimbingan sebegitu adalah mencambahkan kreativiti anak-anak kecil. Melaluinya, minat kanak-kanak dapat dipupuk dan bakat mereka tidak disia-siakan malah dibentuk berdasarkan saluran yang betul.
Pendidikan awal dalam bidang animasi secara umumnya sangat penting dan untuk jangka masa panjang, ia dapat menyumbang kepada pembangunan negara sebagai persediaan sumber tenaga mahir dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Tambahan pula, dengan sokongan kerajaan yang memperkenalkan Dasar Industri Kreatif yang memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta bagi pembangunan bidang tersebut, ia bakal merancakkan lagi industri.
Pada masa akan datang, industri tersebut bakal melonjak dan sudah pasti negara ini memerlukan ramai tenaga kerja kreatif mahir untuk mengisi permintaan dunia penerbitan filem, muzik, penyiaran dan juga animasi.
Kini, perkembangan dunia animasi Malaysia juga dilihat agak meriah dengan penerbitan kartun kegemaran ramai seperti Upin dan Ipin dan Boboiboy.
Selain industri kreatif dan hiburan, kata Zack, animasi juga sangat berkesan dalam proses pembelajaran di sekolah. Perisian itu sebenarnya sudah digunakan di sekolah-sekolah di Singapura sejak tahun 2010.
Para guru dilatih menggunakan perisian Crazy Talk supaya penyampaian ilmu dibuat dengan lebih kreatif dan menarik dan dalam masa yang sama ia mudah diselenggara.
"Ia boleh menjadi alat bantu mengajar sampingan bersama-sama peralatan sedia ada yang konvensional iaitu papan hitam.
"Kaedah tersebut (konvensional) sudah sangat lama diguna pakai dan barangkali boleh menyebabkan timbul rasa bosan sekali gus membantutkan pengajaran," kata Zack lagi.
Perancangan masa hadapan CPS adalah mahu memperkenalkan kelas untuk pelajar menengah yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Silibus kelas tersebut menggunakan perisian tiga dimensi, iClone. Kelas tersebut, untuk masa akan datang, turut menerima pelajar dewasa yang berminat untuk mengembangkan bakat dalam animasi.

Jepun bangkit selepas bencana terburuk

Posted: 13 Mar 2013 05:48 PM PDT


KEROSAKAN yang berlaku di banyak bangunan reaktor nuklear (kiri) telah berjaya diperbetulkan.


GEMPA bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun pada 11 Mac 2011 nyata membawa kemusnahan besar terhadap negara itu.
Apatah lagi, ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu turut mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.
Susulan daripada kejadian itu, seramai 23,000 orang terkorban dan hilang. Bencana alam itu memusnahkan bangunan serta infrastruktur bernilai 16.9 trilion yen (RM639 bilion).
Walau bagaimanapun, jumlah tersebut tidak termasuk kos kerosakan akibat kemalangan loji nuklear Fukushima Daiichi dan kos-kos lain seperti bayaran ganti rugi bagi mangsa bencana dan mangsa-mangsa yang dipindahkan.
Bencana berkembar itu juga telah menyebabkan kemusnahan kawasan perumahan, kedai, bangunan pejabat, kilang, lapangan terbang, sistem air, gas, tenaga elektrik dan rangkaian telekomunikasi.
Kesan dahsyat itu juga meliputi kawasan pelabuhan dan menjahanamkan sistem pembetungan, sektor pertanian, perhutanan serta perikanan.
Kerosakan teruk yang melanda negara itu menyebabkan ia lumpuh sehingga memaksa seramai 300,000 orang penduduk meninggalkan kawasan Tohoku utara iaitu kawasan yang paling teruk terjejas.
Selain Tohoku, kawasan lain yang terlibat ialah bandar Sendai, Iwate, Miyagi dan Aomori, Gunma, Ibaraki, Tochigi, Kanagawa, Saitama dan Chiba.
Lebih teruk, kerosakan sistem pendingin di loji nuklear Fukushima yang hampir mencetuskan bencana nuklear dunia sehingga telah diisytihar darurat nuklear.
Berdasarkan sejarah Jepun, itulah kali pertama darurat nuklear diisytiharkan. Lantaran itu, operator stesen loji tenaga nuklear tersebut, Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) mengambil keputusan untuk menutup loji itu atas faktor keselamatan untuk jangka masa panjang.
Rata-rata penduduk di negara itu menyatakan bahawa mereka tidak pernah menyaksikan bencana alam seburuk itu. Dalam pada itu, episod malang itu nyata memberi kesan yang sangat mendalam kepada kehidupan mereka.
Pemulihan pantas
Bagaimanapun, pada hari ini penduduk di negara itu mampu menarik nafas lega dengan menikmati pembangunan yang pesat di negara itu.
Genap dua tahun peristiwa tragis itu melanda Jepun. Hari ini, negara Jepun telah bangkit memandangkan berjaya membaik pulih bangunan serta infrastruktur dalam tempoh yang singkat.
Difahamkan, kerajaan Jepun membelanjakan hampir RM50 billion untuk projek pembangunan semula.
Pemerhati dunia kini dapat melihat kawasan-kawasan terjejas seperti lapangan terbang Sendai, TEPCO, jalan raya sekitar Miyagi, dewan gimnastik, pelabuhan di Kesennuma, pelabuhan Otsuchi dan bangunan-bangunan sekitar kawasan yang terlibat telah kembali pulih seperti sediakala.
Jika sebelum ini, kawasan-kawasan tersebut dipenuhi dengan timbunan sampah, ia telahpun dibersihkan manakala rangkaian jalan raya dibaiki.
Hakikatnya, imej-imej pembangunan semula ini membuktikan bahawa semangat warga Jepun tidak mudah patah.

Zombi bercinta dengan manusia

Posted: 13 Mar 2013 05:45 PM PDT

DJANGO UNCHAINED mengubat kerinduan penonton terhadap sentuhan sutradara Quentin Tarantino.


MINGGU yang sarat dengan filem seram, maka Layar Perak kali ini memulakan penceritaan dengan filem seram romantik berjudul Warm Bodies yang mengisahkan percintaan zombi dan seorang manusia.
Dalam filem ini, kisah zombi yang bernama R digarap dalam gabungan rasa seram, komedi dan romantik. Bertemu dengan seorang gadis, Julie, R merasakan dirinya semakin terasing dalam kelompok zombi sendiri.
Selain itu, sebuah kisah ngeri lakonan mantap Halle Berry berjudul The Call menemui kaki wayang minggu ini. Filem ini menceritakan kejadian penculikan seorang gadis remaja yang telah membuat panggilan telefon dalam keadaan cemas sehingga memaksa operator yang bertugas mengambil tindakan sendiri untuk membantunya.
Sementara itu, sebuah filem komedi romantik arahan Rashid Sibir akan menemui peminat setia drama bersiri Awan Dania menerusi Awan Dania The Movie.
Sebuah filem Mandarin, Finding Mr. Right juga dihidangkan pada minggu ini. Ikuti kisah Jia Jia yang sedang hamil menempuh pelbagai dugaan dalam usaha mencari teman lelakinya.
Turut menjenguk pawagam ialah filem yang berlatarbelakangkan perang saudara berjudul Django Unchained lakonan Leonardo DiCaprio dan Jamie Foxx. Menerima banyak ulasan bagus daripada pengkritik filem, penonton bakal dihiburkan dengan kisah perhambaan kulit hitam dan aksi ala wild west berlatarkan tahun 1858.
Selain itu, filem komedi bahasa Mandarin, Ah Boys To Men: Part 2 dan sebuah filem berbahasa Tamil, Onbathula Guru.
WARM BODIES


Warm Bodies
Tarikh tayangan: 14 Mac 2013
Durasi: 1 jam 50 minit
Genre: Drama, Seram, Romantik
Pengarah: Jonathan Levine
Pelakon: Nicholas Hoult, Teresa Palmer, John Malkovich
Sinopsis: R (Nicholas Hoult) telah bertukar menjadi zombi selepas dunia diserang sekumpulan makhluk berupa mayat hidup itu. Dia tinggal di dalam sebuah bangkai jet pejuang yang tersadai di sebuah kawasan lapang. R memburu otak manusia untuk menikmati memori yang disimpan di dalamnya. Apabila memakan otak manusia seorang remaja yang ingin membunuh diri, R tiba-tiba dipenuhi rasa cinta terhadap teman wanita remaja tersebut, Julie Grigio (Teresa Palmer). R juga menyelamatkan gadis itu daripada sekumpulan zombi yang menyerangnya. Apabila Julie ingin pulang, R masih mahu menemani demi memastikan keselamatan Julie. Adakah perhubungan antara manusia dan zombi berakhir dengan sebuah khabar gembira?
The Call
Tarikh tayangan: 14 Mac 2013
Durasi: 1 jam 50 minit
Genre: Ngeri
Pengarah: Brad Anderson
Pelakon: Halle Berry dan Abigail Breslin
Sinopsis: Seorang operator telefon 911, Jordan (Halle Berry) telah menjawab panggilan daripada seorang gadis remaja yang diculik. Tanpa dirancang, Jordan rasa terpanggil untuk mengambil tindakan sendiri menyelamatkan gadis tersebut. Keputusan itu membuatkannya perlu berdepan dengan seorang pembunuh dari masa silamnya.
AWAN DANIA


Awan Dania The Movie
Tarikh tayangan: 14 Mac 2013
Durasi: 1 jam 40 minit
Genre: Romantik, Komedi
Pengarah: Rashid Sibir
Pelakon: Scha Alyahya, Elly Mazlein, Rusdi Ramli dan Jehan Miskin
Sinopsis: Pencarian kru kapal terbang terbaik telah bermula. Pramugara dan pramugari mula cemas menjelang pertandingan itu. Sebanyak 12 orang finalis telah dipilih termasuk Dania dan Tania, bekas
pemenang tahun lalu yang kemungkinan besar akan sekali lagi ditabalkan sebagai juara tahun ini. Dania bagaimanapun ingin menyiasat kehidupan Tania lalu menyelinap masuk ke salah satu penerbangan
Tania dan melihat caranya menjalankan tugas.
Finding Mr Right
Tarikh tayangan: 14 Mac 2013
Durasi: 1 jam 30 minit
Genre: Komedi, Romantik
Pengarah: Xue Xiaolu
Pelakon: Tang Wei dan Wu Xiu Bo
Sinopsis: Seorang gadis dari kawasan bandar, Jia Jia bertekad untuk mengembara ke Seattle untuk melahirkan anak lelakinya sekali gus menambat hati teman lelakinya yang kaya.
Malang tidak berbau, semua yang dirancang tidak menjadi dan dia terkandas di sebuah rumah kecil bersama dua orang wanita yang sedang mengandung malah, dia juga gagal menghubungi teman lelakinya. Dapatkah Jia Jia bertemu semula dengan teman lelakinya?

Nubhan, Mila tidak berputus asa

Posted: 13 Mar 2013 12:57 AM PDT

NUBHAN dan Mila mengharapkan tuah lagu Cinta Kasih kolaborasi mereka.


BAIK Nubhan mahupun Mila, mereka berdua sedar karier sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah biarpun sudah bertapak dalam industri seni suara sejak lima tahun lalu, iaitu sejak kedua-duanya keluar daripada program realiti Akademi Fantasia.
Jika ada pun, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 27, hanya popular menerusi beberapa buah lagu seperti Oh Juwita dan Seadanya Aku.
Begitu juga Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 26, yang hanya popular menerusi lagu Persis Mutiara.
Mengakui kurang menyerlah sebelum ini kerana tiada pihak pengurusan, Mila memberitahu, ia menjadi faktor kepada kekurangan untuk mempromosikan lagu-lagunya sendiri.
Sebaliknya bagi Nubhan, dia mendedahkan, dirinya yang mentah dan kurang matang dalam industri membuatkan dirinya dipergunakan oleh pihak pengurusannya terdahulu.
Nubhan dan Mila juga bercerita mengenai lagu duet baharu mereka iaitu Cinta Kasih yang merupakan lagu tuah buat mereka untuk menyerlah kembali dalam industri seni suara ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duet terbaharu berjudul Cinta Kasih di Redbox, The Garden, Kuala Lumpur.
NUBHAN kini mempunyai syarikat pengurusan sendiri iaitu Nubhan Records & Productions.


Pengajaran buat saya - Nubhan
Sekitar bulan September tahun lalu, Nubhan pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mendedahkan tidak pernah mendapat duit royalti dan hak-haknya sebagai seorang artis yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya, sebelum ini.
Enggan mengungkit dan mengingati kisah lalu, ungkap Nubhan, dia menganggap tempoh lima tahun di bawah pihak pengurusan itu merupakan pengalaman dan pengajaran yang boleh ditimba olehnya.
"Kalau boleh saya tidak mahu kenang lagi perkara lama. Mahu tutup buku lama dan buka buku baharu.
"Sebelum ini saya budak remaja yang tidak tahu ranjau dan liku berada dalam industri seni, tetapi sekarang saya sudah dewasa dan mampu bergerak serta berfikir secara matang," ujarnya yang menganggap kembalinya dia ke dunia seni sekarang bersama pihak pengurusan baharu adalah tempoh permulaan karier seninya.
Kini Nubhan bernaung di bawah pengurusan sendiri, Nubhan Records & Productions. Bagaimanapun, untuk penerbitan single, album mahupun urusan promosi, Nubhan bekerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music.
Mengakui kini lebih selesa dan bebas dalam membuat keputusan, Nubhan mendedahkan, dia tidak pernah berasa putus asa untuk terus bertahan bergelar sebagai penyanyi kerana peminat-peminatnya.
"Kekuatan saya adalah peminat-peminat yang sentiasa menyokong. Mereka juga sering bertanya khabar dan ingin melihat perkembangan terbaharu saya.
"Memang kontroversi yang berlaku sebelum ini begitu pahit buat saya. Masakan tidak, saya mengharapkan pihak pengurusan yang baik, tetapi sebaliknya yang berlaku," ujarnya yang kini begitu popular dengan lagu duetnya bersama Mila.
Dalam proses mengumpul bahan-bahan untuk single terbaharunya di bawah Nova Music, Nubhan juga bersyukur kerana lagu Cinta Kasih ciptaan Nur Zaidi Abdul Rahman (pencipta lagu Ombak Rindu) itu mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat muzik.
Melihat pada penampilan Nubhan yang kini kelihatan segak dan matang, ada khabar yang mengatakan perubahannya itu disebabkan sudah mempunyai kekasih.
Mengulas mengenai perkara itu, Nubhan mendedahkan, perubahan penampilannya bukan disebabkan seseorang yang bergelar kekasih. Tetapi, dia berubah seiring dengan usianya yang semakin meningkat.
"Cinta saya tolak tepi dulu. Sekarang, saya tidak mahu fikir soal cinta. Saya mahu fokus kepada karier. Saya juga tidak bercadang untuk mencari teman istimewa atau mengenali sesiapa buat masa ini.
"Begitupun, soal jodoh kita tidak boleh jangka. Jika sudah tertulis jodoh saya sampai dalam waktu terdekat ini, saya tidak akan menolak, " ujarnya lagi.
SELEPAS putus cinta dengan jejaka Rusia, Mila kini enggan menjalin hubungan cinta dalam masa terdekat.


Mila sedia bercinta
Bila ada mulut yang mengharapkan dirinya bercinta dengan Nubhan selepas mereka berduet bersama lagu Cinta Kasih, luah Mila, kalau boleh dia tidak mahu bercinta sesama artis atau orang dalam industri.
Ujar Mila yang pernah bercinta dengan seorang warga Rusia sebelum ini, dia mahukan kekasihnya itu tidak berbicara topik yang sama dengannya iaitu nyanyian atau lakonan.
"Kalau boleh saya tidak mahu bercinta dengan orang dalam industri. Sebab takut topik perbualan sama. Lagipun Nubhan terlalu tinggi untuk saya," ujarnya sambil ketawa.
Mengulas mengenai teman lelakinya sebelum ini, luah Mila, kerana jarak dan juga budaya, percintaannya bersama lelaki warga Rusia itu tidak berpanjangan.
Pernah juga bercinta dengan Ebi AF5 sebelum ini, Mila juga mendedahkan, bahawa kedua-dua ibu bapanya berharap agar dia segera bercinta dan berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.
Berbicara pula mengenai lagu duetnya bersama Nubhan, Mila mengakui berasa bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pencipta lagu, Nur Zaidi dan juga pihak Nova Music untuk dirinya menyanyikan lagu tersebut.
"Lagu Cinta Kasih hadir pada saat saya mahu membuat kemunculan semula dalam bidang seni. Saya seronok dan bersyukur kerana dipilih pihak Nova Music untuk menyanyikan lagu ini," ujarnya kini bernaung di bawah Nova Music bersama Nubhan bagi pengurusan promosi dan juga menerbitkan single atau album baharu.
Cerita Mila, selain mempromosikan lagu tersebut, pihak Nova Music juga sedang merangka untuk menghasilkan single terbaharunya.
Mila bersyukur kerana dirinya kini mempunyai pihak pengurusan dan berharap perjalanan kariernya lebih menyinar selepas ini.
"Saya tiada kekuatan mahu mempromosikan lagu sendiri. Sebelum ini saya pernah buat sendiri dan ia tidak menjadi," ulasnya berhubung album keduanya yang pernah berdepan dengan kegagalan kerana lagu-lagunya langsung tidak diputarkan di corong-corong radio.
Berkongsi rasa, ujar Mila, walaupun kerjaya seninya kurang menyerlah dia tidak pernah berputus asa kerana menganggap nyanyian sudah sebati dalam dirinya.

Keith Foo & Hanis Zalikha Artis Terbaharu Astro

Posted: 13 Mar 2013 12:56 AM PDT

Hanis dan Keith dipilih sebagai Artis Naungan Astro terbaharu.
KUALA LUMPUR: Pemilihan dua artis baru iaitu Keith Foo dan Hanis Zalikha sebagai artis naungan Astro terbaharu dilihat tepat berdasarkan bakat kedua-duanya yang mampu pergi jauh dalam industri hiburan tempatan.
Ketua Pembangunan dan Pengurusan Harta Intelek Astro, Bob Azrai berkata, pihaknya akan memberi peluang yang lebih luas kepada Hanis dan Keith dan bersedia menerima tawaran daripada stesen televisyen untuk kerjaya mereka.
"Pihak Astro tidak akan mengikat mereka untuk muncul di saluran Astro sahaja tetapi lebih kepada pengurusan bakat supaya mereka mendapat peluang lebih luas dalam industri hiburan tempatan.
"Malah pihak Astro sendiri sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan dan percaya Keith dan Hanis mempunyai potensi besar untuk dikembangkan dalam setiap cabang seni," jelasnya.
Bob ditemui selepas majlis memperkenalkan Hanis dan Keith sebagai Artis Naungan Astro terbaharu di Restoran Delicious di sini pada malam Selasa.
Keith terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia selama 10 tahun sebagai pelakon dan model manakala Hanis adalah seorang penulis blog, pelakon dan model.
Bob memberitahu pemilihan Hanis dan Keith adalah berdasarkan bakat, personaliti dan kualiti yang ada pada kedua-dua artis itu.
Dalam pada itu, Bob berkata, pemilihan pasangan itu berdasarkan bakat serta kualiti mereka yang dilihat mampu pergi jauh dalam industri dan memberikan impak positif kepada industri seni secara keseluruhannya.
"Bakat adalah kriteria utama pemilihan selain kualiti dan personaliti yang menarik tambahan pula kedua-dua mereka secara dasarnya mempunyai latar belakang yang kuat untuk mengukuhkan nama sebagai artis berkaliber.
"Seperti Keith yang telah terlebih dahulu popular di Indonesia dengan pelbagai kejayaan cemerlang manakala Hanis mempunyai keistimewaan tersendiri," katanya.
Sementara itu, Bob berkata, pihaknya sudah merancang beberapa projek untuk dua artis itu namun tidak dapat mendedahkannya buat masa ini.
Selain pasangan tersebut, artis-artis lain yang bernaung di bawah Astro ialah Elfira Loy serta beberapa peserta yang dicungkil menerusi program Raja Lawak dan On Air.
Selebriti ini tidak disekat untuk muncul di stesen televisyen lain manakala Erra Fazira dan Aaron Aziz adalah artis di bawah Wajah Eksklusif Astro yang hanya dibenarkan berlakon untuk penerbitan stesen televisyen itu sahaja dalam tempoh kontrak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines