Isnin, 25 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Ozlynn Isteri Johan Pun Ikut Tocang

Posted: 24 Mar 2013 10:53 PM PDT

Setelah melihat Johan mengenakan fesyen rambut tocang pada dirinya, kini giliran isterinya, Ozlynn mengenakan fesyen yang sama.

Fesyen yang dikatakan sukar untuk membuatnya itu telah dipadankan dengan pasangan ini. Namun fesyen ini tidak kekal lama, hanya sementara sahaja, mungkin untuk event atau majlis tertentu.

Kini rambut Johan dan Ozlynn kelihatan seperti biasa. -gambar Instagram Johan


Sebagai tambahn: Ini bukan anak mereka, tapi anak orang lain ok.
Bersama baby aishah yg sgt comel.. (berangan nak sgt anak pompuan so pinjam ar anak org lain)

Elfira Loy Dah Bertudung?

Posted: 24 Mar 2013 10:00 PM PDT

Wah pelakon, Elfira Loy kini dah bertudung. Rasanya admin, ini kali pertama melihat kelibat Elfira Loy bertudung selepas melihat adiknya, Ezlisa Loy bertudung beberapa bulan yang lalu,

Kedua-dua adik beradik ini kini kelihatan bertudung ketika berada di airport KLIA baharu-baharu ini bila Elfira memuatnaik gambarnya ke dalam Instagram.


Gaji Aidil RM50k Sebulan, Tidak Beri Nafkah?

Posted: 24 Mar 2013 09:00 PM PDT

Kes prosiding diantara aktres, Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan telah berlangsung lagi baharu-baharu ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari. Terbaharu, Rita mendakwa yang Aidil tidak memberik nafkah yang dikehendaki kepada Rita serta kedua-dua anak mereka walaupun dikatakan Aidil berpendapatan gaji RM50,000 sebulan melalui portal Hmetro.
"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita.
Rita dikatakan menuntut sejumlah wang nafkah melebihi RM12,000 sebulan itu merangkumi:

-RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
-RM7,400 sebulan untuk Rita termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.

Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Namun Aidil menyangkal dakwaan Rita, malah menegaskan dia masih memberikan nafkah kepada mereka.
"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata Aidil

Gambar Siti Sarah Mengandung

Posted: 24 Mar 2013 08:00 PM PDT

Wah dah semakin membesar usia kehamilan anak ke-2 penyanyi, Siti Sarah isteri kepada pelawak Shuib Sepah. Baharu-baharu ini kelihatan mereka bertiga bersama anak sulung mereka, Uwais Al Qarni yang berusia setengah tahun yang pandai berjalan dah.

Mereka kelihatan melakukan aktiviti di dalam pejabat, tidak tahu apa yang ingin ditunjukkan oleh mereka, nampak seperti sebuah mesin inovatif yang didemonstari oleh Shuib.


Gambar Keluarga, Shila Amzah di Makkah

Posted: 24 Mar 2013 06:00 PM PDT

Syukur Alhamdulillah, Shila Amzah sudah selamat menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Makkah baharu-baharu ini. Dia sempat berkongsi beberapa gambar dalam laman sosialnya untuk peminat-peminatnya.

Turut kelihatan Nd Lala serta ahli keluarga kandungnya sendiri. Semoga damai dan tenang hati mu Shila. Kembali ke Malaysia dengan fresh dan 'chapter' baharu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines