Rabu, 6 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu

Posted: 05 Mar 2013 09:53 PM PST

Akhirnya desas desus mengenai isu prosiding perceraian bagi aktress Jeslina Hashim dan Dion Andrew Vercoe telah mendapat keputusannya.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam, 5 Mac memutuskan yang mereka berdua sah bercerai talak satu dan tempoh edah selama 3 bulan kepada Jeslina bermula hari yang sama.

Antara persetujuan lain yang dipersetujui adalah hak penjagaan anak dimana, penjagaan anak mereka yang berusia 5 dan 3 tahun itu bergilir-gilir dengan diberi hak lawatan, selain daripada tuntutan edah bernilai RM5,000 dan muta'ah bernilai RM150,000. sumber Malaysian Digest.

Post Pertama Wardina Isu Lahad Datu?

Posted: 05 Mar 2013 09:00 PM PST

Kenyataan pengacara Wardina ini ada kemungkinan yang pertama mengenai isu pencerobohan pengganas di Sabah. Dan seperti difahamkan kenyataan ini keluar melalui laman sosial media milik Wardina Safiyyah OfficialPage pada 5 Mac 2013, untuk menjawab persoalan dari seorang peminat Wardina yang menyoalkan mengenai kenapa Wardina tidak 'updates' isu berkenaan dalam laman sosial.

Namun Wardina bukanlah seorang selebriti yang mahu menunjuk-nunjuk dan fanatiknya dalam laman sosialnya mengenai isu pencerobohan berkenaan, namun Wardina hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk apa yang terjadi. Korang nak tahu isinya, baca kat bawah ni ek.


Gambar Neelofa di FFM25

Posted: 05 Mar 2013 08:00 PM PST

Gambar dibawah adalah gambar Neelofa di majlis gilang gemilang bersempena Festifal Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang semua dah tahu filem Bunohan merangkul pelbagai kategori anugerah yang dipertandingkan.

Namun kelibat Neelofa juga tidak kurang hebatnya, dengan pemakain yang boleh dikatakan pakaian 'terbaik' pada malam itu, fesyen rambut juga boleh tahan, nampak seperti old school. Hehe.


Gambar Fouziah Gous Bertudung

Posted: 05 Mar 2013 07:00 PM PST

Cantiknya pelakon Fouziah Gous bila bertudung. Tapi gambar dia bertudung yang dimuatnaik dalam laman Instagram ni rata-rata dalam set pengembaraan drama/filem.

Dan belum lagi dalam proses memakai sepenuhnya. Namun kita yakin, Insyallah, Fouziah akan memakai tudung satu hari nanti.


Adik Remy Ishak ke Lahad Datu

Posted: 05 Mar 2013 05:15 PM PST

Dikhabarkan adik kepada pelakon Remy Ishak bernama Mohammad Fairul Azmi Ishak (Lans Koperal) kini telah dalam misi ditugaskan menjaga keselamatan dari pencerobohan Sulu.

Dalam portal mStar semalam, difahamkan Fairul merupakan seorang anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan.
"Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,

"Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat,"-Remy
ehsan portal Murai


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines