Isnin, 25 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Fathia, Keith Foo Bercinta?

Posted: 24 Feb 2013 09:30 PM PST

Memang kita sudah mendengar, pelakon cantik Fathia pernah menolak lamaran orang berdarah di Raja beberapa minggu yang lalu. Dan difahamkan Fathia inginkan lelaki yang kuat agama agar dapat membimbingnya kelak.

Namun baru-baru ini, Fathia dikhabarkan melalui portal Utusan semalam yang dia rapat dengan seorang yang bergelar selebriti juga. Sumber Utusan itu lagi mengatakan yang Fathia rapat dengan seorang lelaki bernama 'Keith Foo'.

Keith Foo merupakan rakyat Malaysia yang berkerjaya sebagai model yang popular di Negara Indonesia.



Ratuku - Awie & Adira

Posted: 24 Feb 2013 08:31 PM PST

Lagu versi Ratuku nyanyian asal Awie memang digemari ramai oleh peminat muzik tempatan, lagu yang begitu mengusik kalbu dan jiwang itu menjadi pilihan kepada kaki cinta.

Lagu Ratuku ini dinyanyikan semula oleh Awie dan digandingkan oleh Adira bersempena untuk drama 'Sehangat Asmara', yang dilakonkan oleh pelakon, Adi Putra dan Rita Rudaini yang bermula 21 Januari yang lalu.

Hubungan Ayah dan Najwa Latif dah Baik

Posted: 24 Feb 2013 07:13 PM PST

Kisah isu Najwa Latif menjadi anak derhaka beberapa bulan lalu hasil luahan seorang yang mengakui ayah kandung Najwa memang cukup mengemparkan seluruh peminat Najwa.

Namun isu itu telah pun diberakhir tidak lama selepas itu. Dan kini difahamkan hubungan Najwa dengan ayahnya itu menjadi baik.

Dan ini komen Najwa yang dipetik melalui portal Murai..
"Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan merekajuga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya.

"Kontroversi itu masalah peribadi saya, saya bersyukur kerana orang di luar sana memahami situasi saya dan ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, alhamdulilah saya semakin banyak menerima tawaran menyanyi, lebih-lebih lagi selepas tamat SPM akhir tahun lepas. -Najwa

Gambar Scha al Yahya Mengandung/Hamil?

Posted: 24 Feb 2013 06:00 PM PST

Hangat apabila sekeping gambar isteri kepada Awal Ashaari, Scha al Yahya yang kelihatan mengandung pada bahagian perutnya tersebar meluas di internet.

Gambar yang dimuatnaik di dalam laman sosial itu mendapat pelbagai pertanyaan dan persoalan daripada peminat-peminat tegar Scha.

Namun jawapan kepada gambar 'mengandung/hamil' itu adalah sekadar pandangan sebelah mata sahaja, Scha rasanya belum berbadan dua lagi kalau diikutkan.

Gambar dibawah ini menunjukkan gambar yang sama baju yang dipakai oleh Scha kelihatan langsing. Mungkin kerana dek angin yang meniup baju berkenaan dan kelihatan seperti berbadan dua.

Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Posted: 24 Feb 2013 05:00 PM PST

Semalam rancangan TV3, Melodi ada memperlihatkan dan mewawancara Fizz Fairuz mengenai isu pertunangannya dengan isteri orang, Azlyn Massiela yang didakwa masih mempunyai ikatan sah dengan suaminya, Ramli. Namun kata Fizz dalam rancangan tu, dia nak tutup buku dan memulakan buku baharu.

Namun penutupan buku Fizz sepertinya bukan biasa, dikhabarkan dalam HarianMetro semalam, dia membuat laporan polis di Damansara untuk bertujuan melindungi dan tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diinginkan keatas diri Fizz.
"Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

"Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini," -sumber polis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines