Jumaat, 1 Februari 2013

Seniman risau pelakon luar bocor maklumat sulit Negara


31 Jan – Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) melalui Presidennya, Zed Zaidi, mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat pemeriksaan terhadap pelakon luar sebelum membenarkan mereka menjalani penggambaran filem berkaitan samseng, polis dan tentera.

Menurut Zed Zaidi, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana bimbang maklumat sulit berkaitan pihak berkuasa dibocorkan kepada negara asal pelakon luar tersubut yang dilihat mampu mengancam keselamatan negara.

"Kita (SENIMAN) bukan nak bising, tetapi ini hanyalah saranan kerana kami bimbang maklumat di balai polis dan kem disalurkan kepada negara mereka."

Tambahnya lagi, dia membangkitkan perkara ini selepas mendapati banyak pelakon asing terutamanya dari Singapura membintangi filem watak utama yang berkaitan dengan pihak polis dan tentera.

http://my.entertainment.yahoo.com/news/


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines