Ahad, 17 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Rosyam Beli Kereta Mclaren Mp4-12C RM1.8 Juta?

Posted: 16 Feb 2013 08:53 PM PST

Santai-santai hujung minggu dengan melihat kereta artis tempatan kan best juga. Namun taktala ramai selebriti yang menggunakan 'supercar', kali ini kita bakal melihat pengarah, Rosyam Nor yang dikhabarkan telah membeli kereta mewah, Mclaren Mp4-12C yang dianggarkan bernilai RM1.8 Juta mengikut laporan jualan kenderaan berkenaan di laman Mudah.my.

Memang kalau lihat model kereta ni adalah diantara kereta terpantas di dunia dan setanding dengan supercar yang berada sama dengan kelasnya tersendiri. Yang pasti gambar dibawah ini adalah dikediaman Rosyam dengan melihat Lotus Neo R3 First Edition yang dibelinya dahulu.

Takpe lah kan dah rezeki dan ada duit, nak beli apa pun beli lah, asalkan tak papa kedana kerana nak beli sesuatu benda. Tapi satu je lah tak boleh jual beli, pahala dan dosa. hehe. -gambar forum CariGold


Kereta dan Plat Nombor Milik Dafi?

Posted: 16 Feb 2013 10:01 PM PST

Memang tak sah kalau selebriti pakai kereta mewah lebih-lebih lagi kalau selebriti tu dari keluarga kaya seperti VIP mahupun VVIP. Seperti Dafi yang dikatakan memiliki kereta mewah, Porsche, model apa admin tak tahu sebab tak pro sangat dalam bab kereta dan model-modelnya.

Namun kereta mewah, Porsche itu juga dihiasi dengan plat number yang boleh dikatakan unik dan sudah semestinya mahal. D4FI merupakan singakatan nama huruf 'Dafi'. Wah memang senang kena cam la ini kereta siapa yang memandunya. Nak ingat ni Dafi punya agak susah sikit, ramai peminat selebriti berdolak dalih dengan seribu andaian kereta ini kepunyaan siapa. Kalau lihat gambar agaknya memang sah kereta dan plat nombor itu milik Dafi kan.

Tapi pengakuan Dafi melalui laman sosialnya menyatakan kereta itu adalah untuk shooting sahaja, dan mungkin nombor plat diubah mengikut citarasa shooting berkenaan.


Kuswadinata Meninggal Dunia

Posted: 16 Feb 2013 05:30 PM PST

Semalam kita kehilangan lagi permata selebriti tanah air yang bernama Kuswadinata yang banyak berlakon dalam babak vateran dan tidak lupa waktu kegemilangannya untuk filem Ibu Mertuaku, Seniman Bujang Lapok (Abang Kus) dan Antara Dua Darjat.

Dilaporkan melalui akhbar Bharian semalam, Kuswadinata meninggal dunia pada usia 75 tahun jam 5 petang 16 Februari 2013 di Hospotal Ampang. Arwah meninggal dunia kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kaser kelenjar selain daripada prostat dan buah pinggang yang kritikal.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor. Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines