Sabtu, 2 Februari 2013

Murid 11 tahun dirogol bergilir


BALIK PULAU 1 Feb. - Hasrat seorang murid perempuan berusia 11 tahun ingin berjumpa dengan rakan lelakinya yang baharu dikenali empat bulan lalu, berakhir dengan tragedi apabila dia menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh suspek dan tiga lelaki lain, Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakan perempuannya yang juga berusia 11 tahun pergi ke sebuah rumah kosong di Air Putih di sini setelah mengatur pertemuan, namun terkejut apabila terdapat lapan lelaki di dalamnya.

Mangsa kemudian ditarik oleh empat lelaki ke dalam sebuah bilik dan dipaksa menanggalkan pakaian manakala rakannya hanya menunggu di luar.

Mangsa bagaimanapun enggan berbuat demikian menyebabkan keempat-empat lelaki berkenaan membogelkannya lalu merogolnya secara bergilir-gilir.


Dirogol 4 Lelaki

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh empat remaja lelaki ketika berkunjung ke rumah teman lelaki rakannya di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mendakwa dipelawa rakan perempuannya untuk berbual kosong di rumah berkenaan yang ketika itu terdapat lapan remaja lelaki sedang melepak.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata siasatan mendapati mangsa mengenali empat daripada lapan remaja lelaki itu sejak empat bulan lalu.


Katanya, seorang suspek dikatakan menarik tangan mangsa ke bilik, sebelum diikuti tiga lagi remaja lelaki yang kemudian bertindak mengunci pintu bilik daripada dalam.

Beliau berkata, mangsa dipaksa membuka pakaian tetapi enggan sebelum dibogelkan semua suspek yang turut menutup mulut mangsa bagi mengelaknya menjerit ketika dirogol secara bergilir-gilir.

Dua beradik ditahan


“Selepas kejadian itu, mangsa dan rakannya pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat beberapa jam kemudian.
“Sehubungan itu, polis menahan dua remaja lelaki yang juga pasangan adik beradik berusia 14 dan 16 tahun bagi membantu siasatan dengan hasil soal siasat mengaku merogol mangsa,” katanya di sini, semalam.

Mohd Hatta berkata, pihaknya kini masih menyiasat kes berkenaan dan sedang menjejaki dua lagi rakan suspek yang turut merogol mangsa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol dengan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau tidak lebih 20 tahun atau sebatan,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budak11tahundirogolempatremaja/Article/index_html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines